Sabtu, September 12, 2009

Cerpen : A.B.Cinta Aliya

Nama Pena : Touya Karuma

Kenapa Aliya diperlakukan seperti ini ? Aliya tidak pernah menyangka nasibnya akan berubah ketika berusia 18 tahun.

Ayahnya tidak pernah menjalankan tanggungjawab seoarang ayah mahupun tanggungjawab seorang manusia . Selalu balik lewat dalam keadaan mabuk , kadang-kadang jika kalah dalam perjudian tangannya
begitu ringan menampar pipi emaknya.

Sehinggalah satu hari dia meninggal dalam kejadian langgar lari . Beberapa hari selepas itu barulah Aliya tahu dia telah dijual oleh ayahnya kepada along bagi melangsai hutang ayahnya.

Dalam sekelip mata impianya musnah ,Aliya dibawa oleh dua orang along menaiki sebuah kereta . Aliya tidak berani melawan kerana tidak mahu keluargaanya dicederakan.

Sekitar 45 minit kemudian , Aliya telah sampai di sebuah rumah . Rumah banglo yang begitu besar dan indah namun ketakutan di dalam jiwa membuatkan dia merasakan rumah ini seperti sebuah neraka dunia ciptaan manusia .

Seorang lelaki berdiri di depan pintu menunggu ketibaan Aliya , dia berpakaian serba putih dan berpakaian kemas .

Mata Aliya tidak dapat lari melihat wajah lelaki tersebut. Dia kelihatan begitu muda dan cara pergerakannya kelihatan agar lemah lembut berbanding dua orang along sebelum ini.

"Awak? " Lelaki tersebut memandang tepat ke arah Aliya . Pada waktu tersebut Aiya mula rasa gelisah , pelbagai andaian berada di fikirannya sekarang.


"Nama awak ?" Sekali lagi dia bersuara , apabila lelaki itu menghampiri Aliya barulah Aliya sedar lelaki tersebut mewarnakan'rambut dengan warna perang

"Hantar dia ke bilik saya" Arah lelaki tersebut.

Mereka membawa masuk gadis itu kedalam bilik pemuda tersebut seperti yang yang diarahkan. Di dalam bilik tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis arca-arca yang kelihatan agar menarik ukirannya.

Selepas membawa gadis itu masuk ke dalam bilik pemuda tersebut mereka meninggal gadis
tersebut bersendirian. Selepas beberapa minit kemudian pemuda itu muncul.

Tanpa berkata apa-apa dia menolak jatuh gadis itu ke atas katil.Gadis itu mula ketakutan jantungnya berdenyut kencang , dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu takut dengan apa yang bakal berlaku kepadanya . Sedangkan nak bercakap pun sukar apatah lagi hendak melarikan diri mahupun melawan .

Lelaki tersebut turut senyap dan menarik bantal di atas katil.

"Awak ambil tilam , bantal saya punya " Lelaki tersebut tidur di lantai tanpa
berniat untuk menyentuh gadis tersebut.Malam yang sepatutnya dijangka panjang terasa seperti singkat.

***

Gadis itu terjaga daripada tidur , dia masih lagi berpakaian seperti semalam . Gadis itu melihat ke lantai dan dapati lelaki tersebut telah tiada.

Dia memandang ke sekeliling arca-arca batu yang disangkakan mempunyai ukiran yang unit semalam sebenarnya kelihatan pelik.

Lantai bilik tersebut dilapik dengan karpet yang bewarna merah dan terdapat lukisan atau corak kepala harimau.

Selain itu terdapat beberapa bingkai gambar yang mempunyai lukisan yang menarik di dalamnya . Bingkai gambar yang terlalu banyak diletakkan di dinding bilik yang bewarna biru itu membuatkan setiap orang yang masuk ke dalam bilik ini akan menyangkakan bilik ini kepunyaan seseorang yang mempunyai masalah otak .

Di pejuru katil terdapat sebuah almari kecil yang digunakan untuk menyimpan file-file penting di atas almari digunakan untuk meletak lampu meja dan terdapat semangkuk nasi goreng bersebelahan lampu tidur tersebut.

Gadis itu mengangkat nasi goreng tersebut dan teragak-agak perlukah dia makan ?
Sifat was-was dengan bahan yang mungkin digunakan untuk membuat nasi goreng sedang berlawan dengan bunyi perutnya yang berkeroncong.

"Makan sajalah" Pemuda itu muncul berpakain baju T-Shirt putih tanpa legan tidak berkolar
dengan seluar Trak hitam berjalur kuning.

Gadis itu memerhati setiap tingkah laku lelaki tersebut. Jantungnya berdenyut kuat kerana terlalu takut.

"Bukan saya yang masak , saya beli tadi.Nama saya Ash" Ash menghulur tangan ke arah gadis itu.

Tingkah laku Ash yang secara mengejut menghulur tangan ke arah gadis tersebut membuat dia terperanjat dan secara tidak senjaga telah menjatuhkan mangkuk nasi goreng tersebut.

Melihat gadis tersebut yang terlalu takut , Ash mengambil keputusan untuk meninggalkan gadis tersebut bersendirian di dalam bilik

***

Sebuah rumah yang agar jauh dari kesibukkan kota , seorang wanita dalam linkungan sekitar lima puluh tahun memerhati dua orang anaknya di dalam linkungan tujuh tahun bermain bola .

Sebuah kereta berwarna hitam menuju ke rumah wanita tersebut, berhenti beberapa meter dari kanan-kanak itu bermain.

Ash keluar daripada kereta tersebut dan berjalan menuju ke arah wanita tersebut.

"Apa lagi yang awak mahukan" Tanya wanita tua itu.

"Mak Cik , ambilah " Ash memberi wanita tua itu sebungkus surat yang berisi sejumlah wang.

"Kenapa bagi duit dekat aku ? Kau dah beli anak aku , dan sekarang kau ingin beli aku ?" Mata wanita tua itu merah berair namun pandangannya tidak lari dari wajah Ash .

"Mak Cik , kita perlu berbincang" Ash duduk bersandar di dinding walaupun tidak mendapat kebenaran daripada wanita tersebut.

***

"Awak dah bangun ?" Muka Ash yang berada hanya sepuluh sentimeter dari wajah Aliya membuatkan Aliya terperanjat.

"BODOH !" Aliya menendang kuat Ash ke bawah.

"Selepas tiga hari bersama saya perkataan pertama yang keluar dari mulut awak adalah 'bodoh' ?" Ash cuba menyembunyikan rasa senat di perutya.

"Emak awak cakap awak suka makan Koey Teow goreng.Jadi saya cuba masak sendiri" Ash menunjuk sepinggan Koey Teow yang bewarna hitam gelap dan mengeluarkan bau yang pelik.

"Jadi awak berehatla" Ash ingin meninggal bilik tersebut untuk Aliya berehat seorang diri tetapi terhenti apabila terdengar suara Aliya.

"Ah ! awak "

" Ya kenapa ?" Ash mengalih pandangan ke arah Aliya .

"Saya hendak tanya satu soalan "

"Emm, silakan" Ash berjalan perlahan-lahan ke arah Aliya.

"Boleh pinjam sejadah ?"

Bilik yang dihuni oleh mereka berdua senyap . Bunyi kicauan burung diselit bunyi cengkerik dapat didengari dari dalam bilik tersebut .

"Errr maghrib tak masuk lagi" Ash cuba untuk memberi alasan.

"Saya hendak sembahyang subuh " Suara Aliya yang lembut membuat jantung Ash berdebar.

"Ah ! Saja berguarau , ada dekat bilik sebelah , Nanti saya ambilkan" Ash memberi helah.

"Awak tak guna sejadah ke ?"

"Ada ! saya selalu guna sejadah , tapi haritu sejadah terkoyak jadi saya sembahyang atas tikar . Ah ! Baru saya ingat saya ada sejadah dekat tingkap atas " Ash berlari meninggalkan Aliya

Ash segera keluar dari rumah tersebut dan memandu sendri kereta menuju ke pusat bandar.

Sekitar 30 minit kemudian Ash telah sampai di pusat bandar . Dia mencari-cari sebuah kedai , kedai yang tidak pernah dia masuk , terlintas untuk masuk pun tidak. Matanya liar membaca papan tanda .

Akhirnya dia terjumpa apa yang ingin dicari. Ash yang tidak pernah mendapat didikan agama tidak dapat membaca tulisan di papan tanda tetapi Ash tahu bahawa tulisan itu adalah tulisan jawi.

Ash memandang ke sekeliling melilau jika ada orang yang dikenalinya nampak dia masuk ke kedai tersebut .Satu tindakan yang memalukan dan lebih teruk Ash tidak pernah pulak berasa malu untuk ketempat-tempat maksiat.

Seorang gadis yang berpakaian labuh dan bertudung , menyambut kedatangan Ash ke kedai milik ayahnya .

"Errr ya encik ?" Gadis tersebut melayan pelanggannya.

"Err , sejadah ada jual ?" Segan juga untuk Ash bertanyakan soalan mudah itu.

"Emm, ada dekat dalam "Gadis itu mengajak Ash ke bahagian dalam kedai.

Ash mengikuti gadis itu ke dalam bahagian dalam kedai untuk memilih sejadah yang sesuai.


***

Aliya mengambil mangkuk Koey Teow tersebut , dia sudah tiga hari berada di rumah ini tetapi lelaki tersebut tidak pernah menyentuhnya sedangkan dia sekarang adalah perempuan simpanan lelaki tersebut.

Hatinya mula terdetik untuk mengenali dengan lebih rapat lelaki tersebut.
sejak kecil dia didera ayahnya , satu-satunya saudara lelaki adalah ayah dan adiknya berusia 7 dan 10 tahun.

Disebabkan oleh sikap ayahnya Aliya tidak dapat bergaul dengan lelaki kerana berpendapat setiap orang lelaki bersikap kasar terhadap kaum sepertinya.

Namun tidak untuk Ash , sejak hari pertama Ash hanya berlembut kepadanya dan bersabar dengan telatahnya. Malahan Ash turut masak untuknya walaupun dia hanya seorang perempuan simpanan.

Aliya mengambil Koey Teow dan memasukkan sesudu Koey Teow ke dalam mulut. Dia mengunyah sedikit demi sedikit untuk merasai rasa sebenar masakan lelaki tersebut.

" Ada kulit telur " Aliya memasukkan jari ke dalam mulutnya dan mengeluarkan serpihan
kulit telur.

"DAH DAPAT !" Ash yang muncul secara mendadak sambil menjerit kuat mengejutkan Aliya.

"Saya dah dapatkan awak sejadah " Ash memberi sejadah kepada Aliya. Matanya menjeling melihat koey teow di dalam pinggan.

"Emmm , terima kasih " Aliya mengambil sejadah pemberian Ash.

"Awak dah sembahyang" Tanya Aliya lembut.

"Err , sudah . Saya dari tadi lagi dah sembahyang " Ash berbohong.

"Awak , tahu tak. Sebenarnya saya sejak lahir ada kelebihan untuk mengukur tahap iman
seseorang"

"Oh ya ke ?" Balas Ash ancuh tak ancuh.

"Awak tak sembahyang " Aliya menjadi semakin berani

"Mana awak tahu ?" Rahsia Ash begitu mudah terbongkar .

"Orang yang beriman boleh nampak kebaikkan dan kejahatan pada seseorang .Di kepala setiap orang ada lingkaran bulatan . Orang yang tidak sembahyang ada lingkaran bewarna hitam " Aliya mempermainkan Ash.

"Ya ke ?" Ash tidak pernah tahu tentang itu semua.

"Tak ! saya tipu" Entah kenapa hati Aliya pada waktu itu ,terasa begitu mengembirakan sedangkan dia sepatutnya di dalam bahaya .

***

Ash perlahan-lahan membuka matanya dari tidur . Kepala dia terasa agar berat untuk bangun , kalau diikutkan hati mahu sahaja dia sambung tidur kembali.

Tiba-tiba Ash dapati Aliya telah hilang daripada katil. Otak Ash mula memikirkan pelbagai
perkara, ke mana Aliya telah menghilang . Tetapi apa yang kuat di fikiran Aliya mungkin telah melarikan diri.


Tidak kira walauapapun berlaku, Aliya tidak boleh lari daripada rumah. Jika berlaku sesuatu kepada Aliya , Ash akan rasa bersalah . Rasa bersalah kerana mungkir janji kepada ayah Aliya .

Namun belum sempat untuk Ash mengambil sebarang tindakan Ash kedengaran bunyi sesuatu dari dapur , lantas Ash menuju ke dapur.

Aliya sedang memasak di dapur , disangkakan Aliya telah melarikan diri ,namun sebenarnya Aliya hanya berada di dapur.

Pada waktu tersebut Ash betul-betul rasa lega. Tanpa berfikir panjang Ash mermeluk Aliya .

Tindakan mendadak Ash membuatkan Aliya tergamam , mahu sahaja dia menolak Ash .Namun ada sesuatu yang menghalang . Jantungnya berdenyut kencang namun bukan kerana takut , tetapi disebabkan satu perasaan , perasaan yang tidak pernah dirasainya.

"Maaf" Ash melepaskan perlukannya.

"Emm tak ... tak apa" Tindakan Ash tadi sedikit sebanyak menakutkan dia . Namun Aliya
yakin Ash tidak berniat jahat . Satu keyakinan yang terlalu kuat bagi mereka yang baru berjumpa empat
hari lepas.

"Awak masak apa ?'

"Nasi goreng , silakan " Aliya menghulurkan sepinggan nasi goreng.

Ash menjamah Nasi Goreng masakan Aliya . Aliya hanya memandang setiap tingkah
laku Ash .

"Aliya saya hendak minta tolong sikit"

"Apa ?"

"Ajar saya sembahyang "

Ash sendiri tidak tahu kenapa dia boleh minta hajat seperti itu .Dalam dirinya terbuak-buak dengan satu sifat ingin tahu , satu sifat yang mencari ketenangan keinginan yang terlalu kuat sehingga
menghapuskan segala rasa segan .

"Boleh , tapi .... " Aliya tidak meneruskan katanya , tetapi matanya memandang kepala
Ash .

"Apa ? Pasal lingkaran tu cuma gurauan jer kan ?" Tanya Ash

"Haah . tapi rambut awak "

"Kenapa ?"

"Awak warnakan rambut awak "

"Jadi ?'

"Tak sah , kalau rambut diwarnakan"

"Kalau begitu saya akan hitamkan kembali"

"Tak boleh , awak kena gunting semua rambut tu , gunting sampai botak"

"APA ?"

"Oh hehe, jangan risau .Saya ada gunting"

Aliya menunjukkan gunting yang bewarna pink itu ke arah Ash

"Saya tak ingat ada gunting seperti itu"

"Oh hehe , saya bawa dari rumah . Saya simpan dalam baju. Ingat bila awak nak ambil kesempatan dekat saya , saya akan tikam awak"

"Awak simpan dalam baju ?"

Hari itu Ash berasa lega , kerana dia tidak pernah mengambil kesempatan dekat Aliya . Dia sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi padanya jika ditikam dengan gunting.

***

Hari demi hari Aliya semakin rapat dengan Ash . Dia tidak pernah disentuh oleh Ash walaupun status dia sekarang adalah perempuan simpanan. Walaupun pernah sekali dia dipeluk oleh Ash itu pun disebabkan Ash risau akan kehilanggannya .

Aliya kini mula hidup mewah , namun dia masih tidak lupakan ahli keluarga. Dia selalu mengirim wang kepada keluarga. Tidak dapat dibayangkan perasaannya apabila Ash membantu kelaurga Aliya .

Sifat Aliya menjadi bertambah ceria dan periang . Selain itu dia selalu
membantu Ash yang di dalam tekanan. Namun hatinya sendiri masih belum sedar dia telah jatuh cinta
kepada Ash .

Ash yang menyimpan satu rahsia berasa serba salah utnuk menceritakan segalanya tentang ayah Aliya.
Kegiatan Ash makin lama makin berkurang . Pendapatan Ash menjadi semakin sedikit namun Ash yang satu masa
dahulu seorang yang pentingkan kehidupan dunia sudah tiada.

Ash mula belajar mengenai agama islam dengan bantuan Aliya . Pada mulanya Ash bersembahyang
dengan tunjuk ajar Aliya namun kini Asah adalah Imam dan Aliya adalah makmum.

"Errr, Ash .Saya nak tanya sedikit" Aliya menghulur nasi putih kepada Ash.

"Tanya jerlaaa " Ash menjamah nasi putih berlaukkan gulai ayam.

"Ash ... err saya tahu saya sudah dijual kepada awak tetapi tak maniskan ?" tanya Aliya

"Emmm setuju"

"Maksud saya , awak dah tahu kita bukan muhrim kan ?"

"Emm setuju"

"Jadi , tak baik kalau bukan muhrim berdua-duaan nanti mendatangkan maksiat"

"Emm setuju"

"Awak mesti tak mahu bebaskan saya bukan ?"

"Emm setuju"

"Jadi boleh tak kalau kita kahwin ?"

"Emm setuju"

"Ah , maaf saya... saya , cuma "Aliya kehilangan kata

"Saya setuju"

"Errr, awak . Saya takpala , saya tahu awak tak setu.. awak cakap apa tadi ?"

"Saya setuju"

"Setuju nak kahwin dengan saya ?"

"Yup, kalau awak sudi "

Saat itu Aliya tidak menyangkakan bahawa Ash sudi menjadi suaminya. Selain itu Ash juga tidak menyatakan sebarang syarat. Aliya yang mencintai Ash secara diam itu tidak terlintas perkahwinan ini atas dasar cinta atau kerana Ash tidak mahu melepaskannya kerana dia telah dijual. Apa yang penting untuk Aliya , dia ikhlas untuk menjadi isteri Ash , atas dasar cinta.

Di atas permintaan Aliya , mereka mahukan perkahwinan itu dipercepatkan. Ash telah bertaubat dan Aliya takut sesuatu yang tidak manis berlaku kepada mereka berdua yang bukan muhrim tinggal bersama.

Ash pulak tidak banyak karenah , segala permintaan Aliya ditunaikan. Ash sudah masak dengan perangai Aliya. Setiap permintaan Aliya bukan untuk kepentingannya tetapi semuanya demi mereka berdua.

Pada malam itu juga Ash membawa Aliya berjumpa kembali keluarganya yang telah lama berpisah.

Ash memandu kereta waja menerusi jalan yang agar suram . Aliya tidak sabar-sabar hendak berjumpa keluaganya.

Namun begitu ketika di dalam perjalanan kereta mereka terlibat di dalam kemalangan dilanggar oleh
sebuah kereta dari belakang . Ash yang sejak di bangku sekolah memandu kereta dengan cekap dapat mengawal keretanya daripada terlanggar sebatang pokok selepas keretanya berputar beberapa kali.

"Aliya ! Awak tidak apa-apa ?" Ash mengerak-gerakan bahu Aliya

"Ash"Aliya membuka mata

"Ash membantu Aliya keluar daripada kereta .Mujurlah mereka berdua tidak menghadapi sebarang kecederaan.

"Satu bunyi tembakan disusuli dengan percikan api di pintu berhampiran dengan Ash . Tembakan yang hampir mengenai Ash.

"Ash menarik tangan Aliya dan berlindung di sebalik kereta.Beberapa das tembakan dilepaskan
tetapi tidak ada satu pun yang mengena.

"Ash !"Aliya menjerit

"Aliya bawa bertenang "Ash menggegam tangan Aliya

"Awak boleh jalan ?"

Aliya mengganguk

"Orang itu menembak dari jauh walaupun mereka menguasai keadaan tetapi mereka tidak datang menghampiri kita , ini bermakna mereka tahu saya cekap dalam tembak-menembak.

"Ash jangan bunuh mereka , tembak di tangan atau kaki saja boleh ? "

"Err , susah Aliya"

"Kenapa ? Awak jangan jadi pembunuh .Kalau awak nak bunuh diorang , biar saya yang lakukan " Desak Aliya

"Tak boleh !"

"Tapi Ash"

"Saya tak bawa pistol"

"ASH ! Kenapa saat-saat macam ini awak tak bawa pistol"Marah Aliya

"Mana ada orang bawa pistol jumpa dengan bakal mak mentua" Balas Ash

"Ceh , harap nama jerk ganster . Benci !" Aliya memasam muka.

"Aliya .... awak merajuk ?"

Aliya tidak menjawab , dia memandang ke bawah.

"Okayla , Aliya saya bersalah . Sekrang kita di antara hidup dan mati kita mesti larikan diri okay ?"

"Emm ! Ash kita berunding dengan diorang."

Ash hanya mengganguk,namun belum sempat Ash membuat tindakan seterusnya.Aliya bangun dari tempat persembunyiaan

"Orang jahat ! Kita berbincang . Apa kata korang bunuh Ash jer lepaskan saya ?"

Satu tembakan tepat dilepaskan , peluru itu meluru laju tepat ke arah kepala Aliya ,
mujurlah Ash sempat menarik Aliya ke bawah sebelum peluru sempat mengenai sasaran.

"Aliya, serius sikit boleh ?" Marah Ash

"Ala , Ash dengan orang jahat tak boleh bawa bergurau"

Tiba-tiba tembakan berhenti, Ash terus menarik tangan Aliya melarikan diri dari situ.

"Saya rasa , mereka sedang mengisi peluru pistol.Dalam beberapa saat ini lari sejauh yang boleh."

Ash membawa Aliya lari masuk di dalam hutan. Pokok-pokok yang di dalam hutan menyukarkan pihak musuh mencari mereka . Selain itu pokok-pokok ini dijadikan perlindungan peluru musuh.

Mereka berlari terus ke sebatang sungai.Air di dalam sungai itu tidaklah terlalu dalam dan arus agar perlahan.

"Aliya , guna sungai ini sebagai panduan.Awak akan sampai ke pekan nanti."

"Saya akan lengahkan diorang"

"TAK NAK !" Jerit Aliya

"Aliya, tolong .Ini bukan hal main-main"

"TAPI SAYA CINTAKAN AWAK !" Jerit Aliya

Berderau darah Ash mendengar ungkapan dari mulut Aliya. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia peluk Aliya.

"Saya cintakan awak , saya tak kisah untuk mati bersama awak"

"Aliya , sebab itu saya tak nak ikut cakap awak kali ini"

"Ash ?"

"Maaf , saya tak nak mati bersama awak"

"Ash , kenapa ?" Air mata membasahi pipi Aliya

"Kerana saya cintakan awak , saya pilih untuk terus hidup bersama awak.Walau apa pun yang terjadi." Balas Ash

Mendengar pengakuan dari Ash hatinya menjadi cair. Kata-kata daripada Ash memberinya semangat baru untuk terus hidup.

"Aliya , guna sungai lekas. Jangan risau saya akan ikut awak kemudian" Desak Ash

"Janji ?" Tanya Aliya

"Janji , saya cintakan awak "kata Ash

"Saya cintakan awak"

Aliya berlari meninggalkan Ash menjadikan sungai sebagai panduan

***

Dua orang yang melepaskan tembakan mencari Ash yang sedang bersembunyi
dalam hutan . Mereka juga telah memastikan pistol dapat berfungsi dengan baik . Mereka mesti pastikan Ash dan Aliya mati pada malam ini juga .

Selepas beberapa minit mencari mereka ternampak Ash berdiri di sebatang
sungai . Salah seorang dari mereka mengacu pistol , selepas dipastikan sasaran mulut
pistol ke arah kepala Ash dia bersedia untuk melepas tembakan .Tembakan yang tepat mengenai kepala Ash .

Namun begitu dia masih belum sempat untuk menarik punat pistol rakannya menghalang.

"Jangan !"

"Apa ?"

"Saya kenal Ash , dia bukan bodoh nak berdiri di kawasan lapang. Ini adalah perangkap !"

"Perangkap ?"

"Mungkin perangkap , tapi Ash tidak akan korbankan nyawanya dalam erti kata lain , serah diri. Dia menyerah "

"Ash ? Mengaku kalah ?"

"Tak , lebih pada rundingan"

"Rundingan tidak diterima"

"Bukan sebarang rundingan"

"Maksud awak ?

"Ash nak lengahkan masa , masa untuk perempuan tu lari."

"sekarang ? Apa yang kita perlu buat ?"

"Kita pergi bersemuka dengan dia"

"Kau yakin ?"

"Emm , jom"

Mereka berdua keluar dan bersemuka dengan Ash . Kedua-duanya telah mengacu pistol ke arah Ash.

"Hai ! Alex dan Akim " Sapa Ash tenang

"Oh , puas saya cari awak .Kalau ikutkan hati nak saja saya tembak terus. Harapkan Alex halang jer" Balas Akim

"Seperti yang disangkakan , tindakan bijak Alex"Puji Ash

"Ash , saya bukan lagi rakan kau" Alex memandang Ash dengan kebenciaan

"Jadi Akim , awak adalah punca segalanya ?" tanya Ash

"Ya , saya dah bosan ikut jejak langkah ketua kita" Balas Akim

"Jadi awaklah yang bunuh dia ?" Tanya Ash

"Saya sendiri langgar dia , tapi tak sangka dia wasiatkan kumpulan ini kepada anaknya" Balas Akim

"Awak bunuh ketua , kerana nak ambil alih kumpulan ?" Tanya Ash

"Semua itu rancangan saya , Saya yang akan jadi ketua kumpulan " Balas Akim

"Kalau begitu , bagaimana dengan Alex ?" Tanya Ash

Ash menggunakan kelemahan perancangan Akim untuk menguasai keadaan.

"Dia akan jadi pembantu aku "Ujar Akim

"Oh ? Cuma jadi pembantu. Dia melakukan perkara yang sama awak lakukan .TapI
habuan dia tidak setimpal apa yang awak akan dapat ?" Ash semakin menguasai keadaan .Kata-kata Ash mula menghasuti pemikiran Alex.

"Kim jangan risau , saya cuma mahu bunuh Ash "Balas Alex

Seperti yang difikirkan oleh Ash . Alex cuma rakan subahat dan Alex sejak dari awal tidak berminat dengan menguasai kumpulan , sasaran Alex hanya satu iaitu Ash .Ash mesti bijak , tersilap langkah
dia akan maut , satu-satunya senjata yang dia ada sekarang adalah akal.

"Ash saya tahu niat awak. Mahu kami berdua bergaduh , untuk lengahkan masa untuk perempuan itu bukan ?"Tanya Akim

Dari percakapan Akim , Ash tahu bahawa mereka belum menjumpai Aliya . Itu sudah cukup bagus . Asalkan tidak ada sesuatu yang buruk berlaku pada Aliya ketika melarikan diri bersendirian maka mustahil untuk Akim dan Alex menjumpainya.

Akim dan Alex menjumpainya sepuluh minit selepas dia dan Aliya berpisah. Sebenarnya
sepuluh minit sudah cukup untuk Aliya larikan diri . Jadi tiba pulak masa untuk Ash selamatkan diri . Dia mesti terus hidup , Ash ingin menjumpai Aliya .

"Awak bunuh ketua sebab hendak menguasai kumpulan . Tetapi ketua lagi bijak , dia menulis wasiat lebih awal untuk kumpulan diwarisi oleh anaknya" Ash memulakan rancangannya

"Jadi saya cuma perlu bunuh anaknya" Balas Akim lagi

"Bukan ke saya dah cakap ketua lagi bijak ? Walaupun di dalam surat wasiat ditulis diwaris untuk anaknya . Namun kumpulan tersebut diwarisi untuk aku " Balas Ash

"Kau jangan merepek . Di dalam wasiat itu mengatakan untuk kau lindungi anaknya . Dia minta kau untuk gunakan orang kananya dan orang yang paling rapat pada kau untuk tujuan ini" Balas Akim

"Memang betul , orang kananya adalah awak dan orang paling rapat pada saya adalah Alex" Balas Ash

Sejak kali pertama Ash membaca wasiat itu , Ash tertarik dengan perkataan 'gunakan' . Ash tahu perkataan ini membawa maksud yang tersendiri.

"Tapi apa yang awak arahkan kepada kami berdua cuma bawa anaknya berjumpa awak" Alex menyampuk.

"Betul , awak bawa Aliya berjumpa saya dengan membohonginya yang menyatakan ketua menjual Aliya kepada saya disebabkan hutang terlalu banyak "Terang Ash

"Untuk apa ?" Alex mula terasa sesuatu

"untuk melindungi Aliya , ketua tahu anaknya dalam bahaya. Dan dia tahu orang yang membunuhnya adalah awak berdua . Sebab itu dalam wasiat nama saya disebut jelas tetapi nama awak berdua dalam bentuk kiasan , sebab ketua mahukan saya perhati awak berdua bukan minta bantuan awak berdua"

"Kim , jika saya berkahwin dengan Aliya hak kumpulan kita akan diberikan kepada saya . Kalau awak bunuh saya sekarang . Ahli lain akan cari awak .Tetapi kalau awak bunuh Alex. Saya akan bagi
awak kumpulan ini. Saya cuma mahu hidup " Tawar Ash

Akim yang mendengar tawaran itu tanpa berfikir panjang mengacu pistol ke arah Alex .Tetapi belum sempat Akim melepaskan tembakan , Ash membaling pisau lipat ke lengan Akim. Membuatkan
pistol ditanganya terjatuh ke tanah.

"Alex ! Sekarang !" Jerit Ash.

"Nanti Alex , aku... " Tidak sempat Akim memberi perjelasan Alex melepaskan satu tembakan di kepala.

"Apa yang awak buat ?" Tanya Alex sambil mengacu pistol ke arah Ash

"Apa ?" Tanya Ash tenang .

"Dia boleh bunuh saya tadi , kenapa awak tolong saya ?" Tanya Alex

"Mudah , awak jenis setia jadi agar sukar untuk saya hasut awak. Tak macam Akim yang tamak , dia tidak akan berfikir panjang" Balas Ash

"Tetapi awak tetap akan mati bukan ?"

"Tak , dari awal saya tak rancang nak mati"

"Apa ?"

Ash memetik jari dan beberapa ahli kumpulan yang masihsetia pada Ash muncul secara tiba-tiba . Mereka mengacu pistol ke arah Alex

"Kenapa boleh ?" Alex terpingga-pingga

"Semua ini dirancang sejak kematian ketua , saya mengesyaki awak berdua berdasarkan wasiat ketua. Tetapi saya tidak tahu kebenarannya tanpa bukti. Untuk menyembuyikan syak wasangka saya dari kamu , saya telah mempertaruhkan Aliya dengan meminta kamu bawa Aliya berjumpa saya . Saya juga minta
kamu menipu dengan Aliya bahawa ketua banyak hutang dan menjualnya kepada saya"

Ash menghampiri Alex dan mengambil pistol dari tangannya dan meneruskan kata.

"Apabila Aliya berada bersama saya , dia dilindungi oleh saya dengan sepenuhnya . Dalam erti kata lain keselamatan dia terjamin . Saya tahu satu hari nanti kamu akan bertindak . Jadi saya cipta peluang untuk kamu"


"Peluang ?" tanya Ash

"Ya, peluang untuk kamu berdua bunuh saya iaitu malam ini. Saya membertahu kamu bahawa saya akan berkahwin dengan Aliya pada malam ini . Saya tahu Akim akan bertindak untuk menghalangnya
kerana jika saya berkahwin dengan Aliya , kumpulan akan jadi milik saya . Dan saya tahu awak juga akan halang saya kerana .." Ash tidak sempat mneruskan katanya apabila Alex menyampuk.

"Awak penggunakan saya ?" Tanya Alex

"Maaf .. saya mempermainkan keikhlasan cinta awak pada saya"

Mata Alex mula berlinang air mata . Namun Ash masih meneruskan katanya.

"Disebabkan cinta , awak pasti akan halang saya . Tapi cinta awak menjadi benci . Walaubagaimanapun saya tetap akan selamatkan awak"

"Selamatkan saya ?" Tanya Alex

"Ya , saya yakin Akim akan bunuh awak selepas bunuh saya. Tetapi Akim tak tahu saya telah menggunkan fungsi speed dial pada handphone , saya menghubungi ahli lain ketika kejadian tembakan tadi. Saya tidak bercakap apa-apa pada handphone apabila ahli lain menjawab panggilan saya namun bunyi tembakan sudah cukup kuat untuk didengari dari handphone "

"Tapi macam mana mereka tahu lokasi kita ? " Tanya Alex

"GPRS , dengan GPRS mereka tahu dimana kita berada namun tidak dapat tahu dengan tepat lokasinya. Hanya tahu saya berada di dalam hutan ini" Balas Ash

"Jadi , awak biar perempuan tu lari jauh dan tinggal seorang diri di sini bagi membuatkan kami menyangka awak sebenarnya lengahkan masa untuk dia lari. Tetapi sebenarnya untuk awak lengahkan masa untuk ahli lain cari lokasi sebenar awak sekarang ?"


"Betul , apabila saya yakin mereka berhampiran saya. Saya bagi satu lagi
isyarat " Cakap Ash

"Satu lagi ?"Tanya Alex

"Bunyi tembakan , bunyi tembakan pistol awak yang kuat telah memberitahu lokasi kita . Tembakan yang membunuh Akim . Seperti yang saya cakap tadi , saya mesti selamatkan awak. Jadi saya kena pastikan
yang menembak awak .

"Awak gagal hasut saya , jadi awak hasut Akim. Akim yang belot dan cuba membunuh saya tetapi awak menghalang dan menolong saya . Saya yang tahu telah dihianati takkan teragak-agak untuk melepaskan tembakan pada Akim. Saya sudah kalah". Alex jatuh terduduk ke lantai dan ahli kumpulan lain memberkas Alex.

"Saya dah lama bertaubat , saya hendak berhenti buat jenayah seperti ini. Saya
harap satu hari nanti awak akan jadi gadis biasa. Ash meninggalkan Alex yang diberkas
ahli kumpulannya.

"ASH ! Awak cintakan gadis tu ?"

"Saya cintakan dia sepenuh hati"

***

"Hiyah !" Aliya melompat ke atas katil mujurlah Ash sempat mengelak.

"Sayang ! Bahaya " Marah Ash

"Oh hehe , saya tiru gusti semalam" Aliya tersenyum nakal.

"Kenapa tak gerakkan abang ?"

"Eleh , abang tu . Lepas sebuh jerk tido. Pergi kebun malas" Perli Aliya

"Ashraf , tetamu datang " Suara ibu Aliya kedengaran dari luar

"Ya , emak " Ash keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

Terkejut Ash apabila Alex di ruang tamu.

"Alex ! "

"Ash , saya tak lama di sini . Terima kasih beri saya peluang kedua , pada lima tahun lepas . Nanti jemput datang " Alex memberi sampul surat bewarna biru muda . Alex kemudiannya meninggalkan Ash.

Aliya kemudian datang dari belakang dan mencubit pipi Ash.

"Nak menggatal la tu" Rajuk Aliya

"Mana ada sayang nie , tu member lama . Dia pun dah nak kahwin " Ash memberi sampul surat pemberiaan Alex kepada Aliya .

"Oh hehe "Aliya meninggalkan Alex dan menuju ke dapur.

"Aliya , abang nak tidur sebentar , nanti kejutkan abang" Ash baring di atas sofa di ruang tamu . Namun belum sempat Ash melelap mata seorang budak berumur empat tahun melompat ke badan Ash.

"Sakit pinggang papa " Ash memarahi budak tersebut .

"Oh hehe , Mama ajar" Budak tersebut membalas

"ALIYA !" Ash menjerit dengan kuat

44 ulasan:

  1. hurmmmm
    x phm laaa
    xplanati0n yg berbelit
    n yg tw d0rank kawen..
    tu jew..

    BalasPadam
  2. lowh .
    bapak pmpn tu gengster.
    die mati kena bunuh.
    so, die nak org jaga anak dia.

    laki tu plak ,
    bg geng tu kat alex tuh.
    ala..
    jln cite cm ni bese je kalo slalu layan cite2 gengster,
    hahaaa

    BalasPadam
  3. macam criter korea dow.....

    BalasPadam
  4. ssh la nk paham..
    napa gengster main ckp saya awk..
    x ganas la nmpk..
    tp last2 2 mcm sweet jgk la..
    try lg..jgn give up ok

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama13/9/09 7:32 PG

    Aku bc cerpen nak kasi hlg bosan n tension kat kpla otak aku ni...ni..tambh tension jer..sorry ye writer. pe2 pun teruskan b'usaha. Jgn ambik at sgt dgn komen aku n komen org lain. jdkan komen2 ni sbg pmbakar smgt. aku komen jujur ape...

    -Budak bosan-

    BalasPadam
  6. sweet la citerr ni kelakar.. ala kan ker dia da tulis itu bapak dia yang gester bukan anak dia.. anak dia just jahat sikit sikit je.. yang lain tu semua musuh musuh dia yang marah dia coz dia da jadi baik.. tapi kesian lak kat asyraff ni bapak gengster..
    bagus la.. cinta memang dapat merubah manusia kan.. tapi hope fully jangan le ader yang jahat cam nih....
    sweet..
    keep writing!!

    BalasPadam
  7. salam
    plot cerita dah bagus cuma penggunaan bahasa yang berbelit menyukarkan pemahaman.
    kesalahan ejaan juga banyak terdapat dalam cerpen ni.
    terdapat perkataan yang berlainan ejaan hingga menjadikan maksudnya turut berubah.
    awak kena banyak membaca dan banyak rujuk kamus bagi memastikan maksud sesuatu perkataan.
    maaf kiranya tulisan saya lancang.
    sekadar menegur dengan niat untuk menambahkan ilmu sesama insan.
    maaf sekali lagi.
    wassalam...

    BalasPadam
  8. sy nk bg stu tips sbelom mmbce cerpen2 yg x bez yg mmbuatkan kte rse mnyesal ble bce laz2.. hehe.. mule2.. bce komen2 dlu.. klo org kata bez.. bru bce.. hahahah.. btol x??

    BalasPadam
  9. ape la korang ni..best pe cite ni..bapak aliya tu bos gangster dlu..pstu mati kena langgar kt alex n akim, tp sblm mati die wasiatkan ash suh jga aliyah cz dk tau alex n akim belot..tp aliyah xtau yg ayah die bos gangster cz y die tau die kna jual kt ash cz bapak die bnyk hutang..soooooooo sweeeeetttttt cite ni...i like it..!!!!!!len dr yg len..terus kan usaha..caiyok2

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama14/9/09 1:10 PG

    Thanks , banyak-banyak untuk komen tersebut . Saya terima kritikan yang diberikan sepenuh hati dan berusaha untuk memperbaiki penulisan saya .

    Cerita ini bermula dengan kematian ayah Aliya yang terlibat di dalam satu kemalangan . Selepas kematian ayahnya Aliya mendapat tahu dia telah dijual oleh ayahnya sendiri kepada Along .

    Dengan bantuan Akim dan Alex mereka membawa Aliya berjumpa dengan Ash . Aliya diberitahu Ash adalah ketua kumpulan Along tersebut .

    Hari demi hari cinta mula berputik di dalam hati mereka berdua . Ash mula insaf dan atas permintaan Aliya mereka mahu menjalinkan ikatan yang sah .

    Namun di dalam perjalan ke rumah ibu Aliya mereka telah diserang oleh Alex dan Akim . Aliya sempat menyelamatkan diri tetapi Ash tidak .

    Dari situ Ash mula bermain peperangan akal . Melalui perbualan Ash dengan Akim dan Alex . Ash telah memberitahu perkara yang sebenar .

    Sebelum kematian ayah Aliya , dia telah menulis satu surat wasiat . Di dalam surat watsiat itu memberitahu bahawa kumpulan akan diberikan kepada anaknya Aliya .

    Ayahnya yang telah dapat menghidu niat jahat Akim dan Alex telah memberi amaran kepada Ash . Amaran yang tertulis di dalam surat watsiat tersebut . Amaran yang hanya difahami oleh Ash .

    Walaupun Alex membelot , tetapi Ash tahu ini semua kerana cinta Alex telah ditolak . (Alex seorang perempuan) . Ash tahu Alex akan dibunuh oleh Akim . Dengan sedikit akal Ash dapat membuatkan Alex membunuh Akim .

    Lima tahun berlalu , Alex kembali berjumpa dengan Ash(Ashraf) untuk memberitahu berita perkahwinanya . Pada masa itu Ash telah mempunyai seorang anak . Anak kepada Aliya .

    Ini cubaan pertama saya , tidak dinafikan perlu banyak diperbaiki , saya terima semua kritikan yang diberikan . Dan berjanji akan terus berusaha.

    Cinta Ash dan Aliya kembali dalam versi novel bertajuk Percikan Peluru . Telah disiarkan di blog ini.

    BalasPadam
  11. jalan cerita menarik...

    BalasPadam
  12. alamak...best pew!!smart giler la citer die..
    jarang tau nk jumpe org yg leh wat citer 2 lam 1 nih..
    cam penulis nih... die combined citer jiwang n action lam 1.

    BalasPadam
  13. huhuu...mmg cm xkene je gne sy awk ngn geng2 jhat ni..tp cte ni ok jgak la...ade skit part 2 cm krang skit..

    BalasPadam
  14. best jln cite dia
    lain dr yg lain..
    bagus tp ade some part kene improve k..

    BalasPadam
  15. macam citer my wife is gangster jek.....

    BalasPadam
  16. kalis dendam17/9/09 12:28 PG

    cerita nak kt best tkejut gak..kesalahan ejaan bnyk deh...yg ak x phmnyer...kelebihan ukur iman seseorang? nuts ke,dah tau dak ash tak solat bkn ada tahap lg dah..memg tak beriman tuu..ad lg..alex tu kan musuh wt la prwatakan musuh elok-elok..aku nak selamatkan kau,selamatkan aku? ayt x gangster.paling lucu bila saat genting bleh plak nk berdrama cinta...perhati ejaan agar dan unit.

    BalasPadam
  17. mizandapewter..17/9/09 12:37 PG

    penulis mudah terpengaruh cerita kumpulan gelap dan nama penanya sendiri lihatlah...banyakkan rujukan yer.bc novel ramlee awang mursyid yg thriller,anda akan lebih kagum padanya.propaganda drama korea la ni..

    BalasPadam
  18. not bad..ok jgak

    BalasPadam
  19. BEST BEST BEST

    BalasPadam
  20. citer ni aku paham..selalunyer citer yang aku paham orang x paham..n citer yg org paham aku lak yang x paham..huishh..xpaham aku..paham ke tak pun aku x paham..korang paham x?huhu
    nice story ..plot teratur tp penyampaian ley baiki sket..
    -freesia_aya-

    BalasPadam
  21. bapak buhsan doe

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama19/9/09 6:53 PG

    tak tahan nak komen gak..GPS lah..bukan GPRS..GLOBAL POSITIONING SYSTEM..taktau lak aku kalau gps leh locate org..?! (confused)

    BalasPadam
  23. eh .. correction*- tak tau lak aku kalau gprs* leh locate org ?! (confused)

    BalasPadam
  24. first2 pening doe...
    dah sampai bwh baru paham...
    anyway citer nie bestla...

    BalasPadam
  25. CITER B'BELIT2. PNIN KPALE AK NAK PHM...HUH

    BalasPadam
  26. bla aku bc sinopsis writer kt space komen lebih baik dr cer yg sebenar..agaknyolah..writer wat sinopsis lebih bek dr wat cer..

    BalasPadam
  27. bestt gleerrrrr,,jalan citer yg mnarik...org len x dpt buat punyer citer gnii...( dlm blog ni)....bset yg last2 tu best..time ada seorg bdak umur 10 thun lompat atas bdan ash tu,,,,kejut cam brol sy tau x..krana upa2 nya dia dh ada ank daaaa..so romantic laa

    BalasPadam
  28. bab akhir tu mmg klkr...
    tapi dkt tengah tu,ssh sangat nk paham...
    alex ni laki ke pompuan???

    BalasPadam
  29. sorry xberapa paham citer ni..permulaan agak mengelirukan dan sedikit bosan..maaf..bukan nak buat cik tersinggung tapi untuk memberi la motivasi..

    BalasPadam
  30. macam kartun

    BalasPadam
  31. nice story....best citer ni....

    BalasPadam
  32. nice try......babak akhir tuh klakar...

    BalasPadam
  33. ok..tp jalan citer xbest sangat la bg saya..
    erm blh usaha la..
    erm perempuan simpanan?
    nape xkawin paksa kew..
    erm ok la dri jd puan murah..
    tp pe pun ok..
    good job..

    BalasPadam
  34. time bc citer ni aku bygkn tgh baca komik
    sebijik r
    tp menarik (sebab ak ske bc komik kot)haha..
    mana da x paham jln citer
    ok la, cuma cara ayat2 tu cam ad kureng ckitt
    keep it up

    BalasPadam
  35. best laaa citer nih...lain drpd yg lain...
    lma x bca citer gengster mcm nih...
    slalu bca yg jiwang2 jer...
    writer yg best...

    BalasPadam
  36. sweet....~~~

    BalasPadam
  37. best gilerrrrrrrr...!!!!! menarik...

    BalasPadam
  38. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  39. cara penceritaan macam..kaku.

    tapi agak kelakar. haha xD

    BalasPadam
  40. cam ada yg x kena je...tp okla drpd x aku yg tau baca je..hihiii

    BalasPadam
  41. Tanpa Nama4/8/10 2:15 PTG

    best gak la..tp ade ke pnjahat leh ade hati baik mcm ash 2..

    BalasPadam
  42. blh la klu cite ni pnh drama lg best

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan