Sabtu, September 12, 2009

Cerpen : Cahaya nur

Nama Pena : black tulip

Sham, aku harap kau dapat terima berita ni dengan tabah. Semua orang tak sanggup nak bagitau kau. Aku sebagai kawan baik kau rasa kau patut tahu.
Hmmm, apa dia Kamal?, cakap la cepat. Aku nak keluar jumpa Nur ni.
Kau nak jumpa Nur?
Ya la, Nur. Kenapa buat muka terkejut macam tu plak?
Nur dah tak ada Sham. Nur terlibat dengan kes langgar lari malam tadi dan mayat Nur baru dijumpai pagi tadi oleh tukang sapu kat longkang.
Hey Kamal, kau nak bergurau pasal benda lain aku tak kisah, tapi jangan melibatkan Nur. Dia baru jer hantar mesej kata nak jumpa, macam mana pula boleh terlibat dengan kemalangan. Kau tengok tak mayat Nur dengan mata kau sendiri?
Mengucap Sham. Aku tak tahu siapa yang hantar mesej kat engkau. Yang pasti memang Nur dah tak ada, aku sendiri pergi rumah mayat dan tengok dengan mata kepala aku sendiri.
Dah Kamal, aku malas nak layan engkau. Hari ni bukan April Fool, so jangan buat lawak bodoh engkau kat sini.
Sham…Sham, laung Kamal namun aku terus melangkah tidak mempedulikan Kamal.

Hai sayang, dah lama sampai?
Namun hanya senyuman sahaja jawapan daripada Nur.
Nur, tadi Kamal jumpa Sham. Nur tahu dia cakap apa? Dia cakap Nur terlibat dengan kemalangan dan terkorban. Tapi Sham tak percaya.
Sham, lembut sahaja Nur bersuara. Kalau betul la Nur terlibat dengan kemalangan dan terkorban, apa yang akan terjadi kat Sham nanti?
Sham tak tau nak jawab apa sayang. Yang pasti Sham tak boleh kehilangan Nur.
Maafkan Nur, Sham. Nur tak dapat nak jaga Sham untuk selamanya. Kita dah jauh terpisah sekarang sayang. Tempat Nur bukan kat sini lagi. Nur harap Sham dapat jaga diri dengan baik. Teruskan hidup Sham dan jangan meratapi pemergian Nur. Nur takkan tenteram kalau Sham bersedih. Nur ada banyak lagi benda nak buat bersama dengan Sham, tapi Nur tak boleh berbuat apa, ajal Nur dah sampai sayang." Nur berkata sendirian.
Sayang, jauh termenung. Teringat kat siapa tu? Cepat la pesan makanan, kesian adik ni lama tunggu pesanan Nur.
Tak apa la Sham, Nur kenyang.
Er, encik cakap dengan siapa? Encik cakap dengan saya, tanya pelayan restoren itu kehairanan.
Sibuk la awak ni, mana ada saya cakap dengan awak. Saya cakap dengan kekasih saya, awak tak nampak ker? Saya nak mee goreng dan air sirap 2. Itu sahaja, awak boleh pergi sekarang.
Pelayan itu terus berlalu sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Jasad aku dah berpisah dengan bumi sekarang. Semua orang dah tak boleh nampak aku, tetapi aku hairan mengapa hanya Sham yang boleh nampak.
Sham, Nur nak balik sendiri boleh tak? Nur perlukan masa bersendirian.
Aku terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Bagaimanakah mama dan papa serta ahli keluarga ku yang lain menerima perkhabaran ini?

Dari jauh aku dapat melihat suasana sepi sedang menyelubungi rumah tempat aku telah membesar selama 23 tahun. Orang ramai sedang membaca yassin untuk aku. Aku melihat mama sedang menangis hiba di sebelah mayat yang telah siap dikafankan. Semua orang ada di rumah. Kak long balik bersama anak-anaknya, angah pun ada dan juga kawan-kawan ku. Air mata aku dah tak tertahan melihat semua orang sedang meratapi aku. Ingin ku bersuara tetapi suara ku tak terkeluar.
"Mama, maafkan Nur. Tolong ma, jangan menangis lagi. Nur tak nak air mata semua orang menemani Nur ke alam barzakh. Nur nak semua orang menerima takdir dan ajal Nur. Bukan Nur minta semua ini, Allah lebih sayangkan Nur." Perlahan ku berkata di telinga insan yang selama ini telah memberi kasih sayang kepada aku dan ku hadiahkan kucupan terakhir seikhlasnya dari aku. Mama berhenti menangis sambil menyentuh pipinya, mungkin mama dapat merasa kucupan ku tadi.
Perlahan aku melangkah dan mancari papa yang sedang duduk menyandar di satu sudut yang agak tersorok.
"Papa, Nur tahu papa sedih. Papa harus kuat, papa ada orang lain yang papa kena jaga. Halalkan makan minum Nur selama ini papa dan maafkan la Nur tak sempat nak membalas jasa mama dan papa." Aku mengusap tangan papa dan aku rasa papa pun dapat merasa sentuhan terakhir aku. Akhirnya papa kalah. Papa kalah dengan perasaannya sendiri. Air mata yang dari tadi cuba dibendungnya akhirnya tumpah juga. Papa sedang menangis sehingga terpaksa ditenangkan.
Tanpa dipaksa, kaki aku melangkah perlahan mengamati seisi tumah yng sedang berduka sehingga la sampai ke pintu bilik ku. Aku melihat kak long dan angah sedang ketawa riang melihat foto kami. Aku gembira melihat mereka dapat menerima kepergian aku dengan tabah. Perlahan ku mengucup kening mereka dan melangkah pergi. Dari luar aku mendengar kak long menangis diikuti angah.
Aku dah bersedia untuk pergi sebelum aku secara tiba-tiba mendengar nama ku dipanggil oleh suara yang begitu aku kenal.
"Nur…Nur, apa semua ini?"
"Sham, apa yang kamal ceritakan kepada Sham itu semua betul. Ya, Nur dah tak ada dan Nur sendiri tak tau kenapa dan mengapa Nur ada kat sini dan hanya Sham sahaja yang boleh nampak Nur."
Sham terduduk mendengar pengakuan aku. Semua yang ada terpinga-pinga. Tiba-tiba tubuh aku disentuh seorang lelaki berserban dan berjubah putih dan mengajak aku pergi bersamanya.
"Anak, tempat ini bukan untuk kita lagi. Allah telah menyediakan tempat yang selayak-layaknya untuk anak di sana. Anak kena melepaskan semua yang pernah anak miliki di dunia ini untuk memiliki yang hakiki di sana."
"Nur akan pergi pak cik tapi izinkan Nur mengucapkan selamat jalan kepada semu orang terlebih dahulu."
"Pergilah nak, pak cik izinkan."
"Sham, Nur terpaksa pergi sayang. Teruskan hidup Sham dan jangan sekali-kali pernah berputus asa dengan kehidupan. Sham, tolong sampaikan kepada mama dan papa yang Nur sangat sayangkan mereka. Nur minta maaf sebab tak dapat temankan mama pergi shopping lagi selepas ini. Nur minta maaf tak dapat kacau papa dan temankan papa buat kerja lagi. Nur minta maaf kat kak long sebab selalu kacau anak dia dan nur minta maaf kat angah sebab selalu tumpang bilik dia masa hujan. Nur minta maaf buat semua."
Tiba-tiba aku melihat cahaya putih. Pak cik tadi sedang menunggu aku untuk berangkat ke alam seterusnya. Aku melihat ayah mengusung jenazah aku keluar daripada rumah bersama linangan air mata. Mama dan kak long serta angah mengikut dari belakang. Aku melihat Sham berkata sesuatu kepada mereka sehingga menambahkan lagi tangisan mereka. Perlahan aku menuju pak cik yang setia menantiku. Sebelum pergi, sempat ku menoleh dan mereka juga menoleh ke arah ku dan melemparkan senyuman sebagai bekal aku meninggalkan mereka. Ya Allah, cukupkah bekal ku menghadap diri-Mu?

11 ulasan:

  1. cerpen ni pendek sgt kot..

    blum pape dah mati...

    teruskan berkarya!!

    BalasPadam
  2. cerpen ni memang mengisahkan tentang orang mati..
    saya penah dengar org ckp orang islam bila meninggal dunia..
    dia punya roh akan balik kerumah selama tujuh hari..
    i think memang betul sebab ramai yang kata macam ni but i `m so sory saya tak ingat siape.. mybe they all ada baca penerangan tentang itu..
    pandai awak buat ciruter ni..
    saya pernah mimpi.. time tu saya dah mati n mayat saya dikampankan..
    tapi.. saya menangis tak nak!!
    padahal jelas depan mata saya yang orang tengah kapankan jasad saya..
    tapi.. syukur.. saya still hidup lagi..
    selamat ARI RAYA.. to all..
    best citer ni..
    keep writing..
    -fara-

    BalasPadam
  3. tol 2...bnd2 mcm 2 mmg ade blaku.mgkin x kne pd kite.tp cite ni pndek sngt.but gd job.turskn bkrya..

    BalasPadam
  4. W/pn pndek tp msh rs sedey..huhu
    gud job writer!!

    BalasPadam
  5. cdey aku baca..bagus writer..

    BalasPadam
  6. bgus la wt citer camni...
    biar ada kesedaran ckit dlm diri kite ttg kematian...
    dunia pun dah nk kiamat..

    BalasPadam
  7. hmmm...cita ni pendek je... n lebih kurang cam cita ghost whispers lak...sham tu leh tgk 'hantu' lak ye.. kalau boleh tolong letakkan tanda baca yang betul..cnthnya pada bhagian dialog... ayat kat ats tak da tanda dialog... pape pon..congrate coz brani mencuba wat cita camni...keep it up..gd luck 4 next story...

    BalasPadam
  8. one of the story yang aku rase cam takut...cukupkah bekalan aku bile aku jadi cam nur...

    anyway nice story but 2 shot..nevermine..keep it up..

    BalasPadam
  9. - oiit..ley lak mintak tangguh2..huhu
    - citer cmni ley konfiuskan org..harap writer lbey ati2..wat kajian dlu kalu nk tulis citer berat cmni..selitkan petikan quran o hadis bg kesahihannya..
    -citer ni cm citer indon..yg irwansyah ngan acha..tajuk xingat la..huhu
    -gud luck..n salam aidilfitri..=) -
    -yipee..jap g balik umah..-
    -aya_um-

    BalasPadam
  10. tu lah pasal leh lak mintak tangguh jumpa kekasih dia....
    pape hal cite ni memang best
    bila nk wt cerpen baru....

    BalasPadam
  11. cantik ganu1/11/09 3:44 PTG

    fuh...hmpir meleleh air mta aq...
    apesal x cter masa mula2 sham knal nur...
    pendek tp nice story...
    tengok nama sham teringat name bf mber aku..meck da
    hakhakhakaha.......

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan