Jumaat, Februari 22, 2008

Kisah Sebuah CInta

fifie aka Nurul Haiza
nhza_fifie@yahoo.com

Pagi itu keadaan sungguh nyaman….senyaman dirinya…Putri melangkah ke beranda rumah untuk menghirup udara nyaman itu…
Suasana bising dan berhabuk yang dicemari dengan asap kenderaan dan juga manusia yang tidak bertanggungjawab telah dia tinggalkan…hanya untuk memenuhi kehendak keluarga supaya dia bernikah dengan insan yang dia langsung tidak kenal dan cintai.Cinta??Apa itu cinta??dia sendiri tidak tahu..namun dia berharap agar perkahwinan yang dirancang keluarga itu akan sentiasa bahagia.Yusri,telah dia tinggalkan tanpa alasan dan sebab yang mampu diterima akal..namun dia tahu hatinya itu masih milik Yusri. “Maafkan aku Yus..aku bukan sengaja hendak melukakan hati dan perasaan kau..tapi keadaan telah memaksa aku”.Yusri hanya memandang wajah sayu Putri itu tanpa jawapan atau pun soalan.Putri sendiri tidak tahu apa yang bermain didalam kepala Yusri.
“Sayang…kenapa duduk disini sorang-sorang? Tidak mahu temankan abang sarapan?” Putri yang sedang enak dibuai kenangan silam itu terkejut dengan pelukan mesra Hafsham,suaminya yang dia sendiri tidak kenal hati budinya lagi.Selesai solat zohor,Putri mengemaskan pakaian dan barang-barangnya untuk kembali ke bandar Kuala Lumpur yang penuh dengan suka dan duka yang pernah dia lalui…
“Abang, mana beg baju abang?Put hendak kemaskan ni”.“Ada disitu la..abang pergi kemaskan kereta sebentar” jawab suaminya selamba.Sudah lima hari dia berada dirumah mentuanya. “Mak..!” Putri tiba-tiba teringatkan maknya. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur,dia singgah sebentar dirumah maknya… “Maafkan mak Along...mak bukan mahu musnahkan masa depan kau nak…cuma mak mahu kau bahagia.” Jelas Mariam.Dia tahu anaknya itu sedih dan marah dengan perbuatannya.
………….****………….

Sudah satu tahun dia menjadi isteri Hafsham,namun tidak pernah sekali pun dia melihat suaminya itu mengerjakan solat…pernah sekali suaminya itu balik dalam keadaan mabuk …
“Abang ini kenapa????tidak pernah sekali pun Put tengok abang solat?” tanya Putri selepas melihat suaminya masuk dan terus menuju ke katil…
Tanpa menjawab soalan isterinya itu,Sham terus merebahkan diri diatas katil,Putri hanya memandang dan menggelengkan kepala sambil melipat kemas sejadahnya dan meletakkannya didalam almari.
……………****………….

“Hai sayang….busy today? I miss you lah…” kedengaran suara Yusri dihujung ganggang telefon.“Yes...letih la sayang,banyak betul kerja hari ni.Lunch pun tidak sempat” Putri mengeluh.Putri tahu Yusri benar-benar sayangkannya.Malah Yusri pernah datang kerumah ibunya di Johor.Yusri memang seorang yang jujur dan ikhlas menyintai dirinya.Malah hidupnya kini berubah selepas mengenali Yusri. “Ok lepas habis kerja I jemput you,kita pergi makan ok” ayat terakhir sebelum Yusri menamatkan perbualan.
Putri tersenyum sendirian. “Hoi..mengelamun ke?” Putri terkejut dengan teguran Aida,kawan baik yang memahami dirinya. “Aku asyik teringatkan Yus sahaja.Langsung tidak dapat lupakan dia dalam kepala aku ni.Aku mahu buat macam mana ini Aida.Tolong lah aku.” jelas Putri dalam nada sedih. “Well..kau sayangkan suami kau?” Putri hanya memandang muka kawannya itu tanpa menjawab soalan tadi. “Sayangkah aku pada Hafsham?aku sendiri tidak pasti.Yang aku tahu dia adalah suami aku yang sah.” jawab Putri dalam hatinya. “Tidak” itu yang terkeluar dari mulutnya.
Aida terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Putri. “Kau fikirlah baik-baik Put.Sham suami kau,Yus tu cuma kenangan yang kau tidak boleh lupakan sahaja.Fikirlah masak-masak.Jangan nanti kau menyesal dikemudian hari.Aku tidak mahu melihat kau sedih lagi.Aku pergi dulu ok.Ada appointment sebentar lagi.”Jelas Aida.
……………****………….

“Abang..Putri rasa tidak sedap badan.Temankan Putri pergi klinik boleh?.” Tanya Putri pada Sham. “Pergilah sendiri..abang penatlah..selalu pandai sahaja keluar sendirian.Sekarang sudah tidak tahu pula ke?” Balas Sham dalam nada selamba.Sedih Putri mendengar jawapan suaminya itu.
“Tahniah puan,puan bakal bergelar ibu.puan mengandung 2 bulan.” Terkejut Putri mendengar penjelasan Dr Halim…Aku sekarang bermimpi ke?
“Hello…..Aida,Aku ada berita baik nak sampaikan pada kau ni …kau dimana sekarang?aku mahu jumpa kau ” Tanya Putri dalam nada gembira.
“Dah berapa bulan?tahniah….kau dah bagi tahu Sham ke?” tanya Aida.Tiba-tiba dia teringatkan suaminya. “Put..nanti kita jumpa ditempat biasa okey.Aku ada kerja hendak disettlekan ni.”Sambung Aida.Putri mematikan talian telefon. “Abang tidak mahu anak lagi buat masa sekarang…Sekiranya Put pregnant just gugurkan sahaja” terngiang-ngiang suara Sham ditelinganya. “Putri…kau sudah beritahu Sham ke belum?”Soalan Aida itu betul-betul mengejutkan Putri dari lamunannya.Putri hanya menggelengkan kepala. “Aku takut…Sham pernah cakap yang dia tidak mahukan anak buat masa skarang ini.dia suruh aku gugurkan kalau aku pregnant.Aku takutlah Aida.” jelas Putri dalam nada sedih dan bingung.Aida agak terkejut dengan cerita yang baru dia dengar dari Putri.
……………****………….

Malam itu,Putri menunggu suaminya pulang.Puas Putri menyusun ayat untuk memberitahu Hafsham tentang dirinya yang bakal bergelar ayah..Tetapi kata-kata Hafsham sering menghantui dirinya. “Bolehkah Sham menerima anak didalam perut aku ini?.” Tanya Putri pada dirinya sendiri.Malam itu Putri menunggu suaminya pulang dengan perasaan yang bercampur baur.Dia sendiri tidak tahu samada dia sudah cukup kuat untuk memberitahu suaminya itu bahawa dia mengandungkan zuriatnya.Jam sudah menunjukkan hampir pukul empat pagi.Sham masih belum pulang..Putri sudah terlena disofa.Dia sendiri tidak tahu sudah berapa kali dia bangun pergi ke bilik air.Pagi itu dia terjaga agak lewat..mungkin kerana terlalu penat menunggu suaminya pulang..Putri segera bersiap untuk ke pejabat.Dia hampir terlupa bahawa dia mempunyai temu janji dengan Dato’Azahari iaitu ayah saudara Sham,suaminya.
……………..****………………

“Encik Yusri…ini dokumen yang Encik minta tadi..”sapa wanita yang memakai blaus berwarna merah jambu itu.Nampak sesuai dengan kulitnya yang putih dan gebu .Tiba-tiba dia teringatkan seseorang yang pernah meninggalkan dia dengan alasan yang dia langsung tidak boleh terima.Namun dia redha dengan keputusan yang dibuat.terdetik hatinya ingin menemui kembali cinta lamanya itu.. “Mahu lagikah dia dengan aku ini?” tanya Yusri pada diri sendiri.Masih jelas diingatan Yusri saat-saat yang dia sendiri tidak mampu hendak lupakan.Waktu itu dia sedang menunggu Putri disebuah restaurant di KLCC,sempana ulang tahun percintaan mereka yang ke-3 tahun.Tapi malangnya,ucapan yang indah dan kata-kata yang manis tidak dapat diluahkan malam itu kerana dia menerima satu berita yang melukakan hatinya sendiri. “Aku minta maaf Yus.Aku bukan sengaja hendak melukakan hati kau,tetapi aku terpaksa.Aku harap kau dapat maafkan aku” Jelas Putri sambil menangis.Yusri tahu dalam hati Putri hanya ada dia sahaja. “Mungkinkah dia dipaksa keluarga untuk melupakan aku?Walau apapun alasan yang diberikan,aku doakan dia bahagia.” Kata Yusri pada dirinya sendiri.Deringan telefon mengejutkan lamunannya. “Hello…ok sebentar lagi I sampai.see you.ok.bye” Yusri meletakkan ganggang telefon dan terus segera keluar dari pejabatnya.Didalam kereta,Yusri masih lagi teringatkan Putri.Lagu yang sedang berkumandang dicorong radio juga diendahkan.Masih terbayang-bayang lagi wajah manis Putri dan senyuman yang selalu diberikan kepadanya.Dalam tidak sedar sudah hampir satu tahun dia tidak berjumpa dengan Putri selepas kejadian tempoh hari.
………………****………………….

“Putri apa kabar?sihat ?muka kau nampak pucat sayang..kau sakit?” Tanya Dato’ Azahari.Dia tahu Putri memang tidak gembira hidup bersama anak saudaranya itu.Kalau diikut kan hati tempoh hari,ingin sahaja dia membatalkan perkahwinan anak saudaranya itu dengan Putri. “Uncle..Putri ada sesuatu hendak beritahu dengan uncle.Tapi promise that u dint’ tell anybody termasuk Yusri.” Dato’ Azahari hanya mengangguk tanda setuju. “I’m gonna be a mom” jelas Putri dalam nada yang agak gementar.Dato’ Azahari tidak tahu hendak kata ape.Dia berasa syukur.Mungkin dengan berita ini akan dapat melembutkan hati Sham untuk menerima Putri sebagai isterinya. “Great..Congractulations honey…Uncle tumpang gembira.Tapi …kenapa kau tidak mahu berutahu Sham lagi?Mungkin ini akan dapat melembutkan hati dia untuk terima kau sebagai isteri dia.” Jelas Dato’ Azahari.Putri tidak tahu apa yang hendak dijelaskan kepada Dato’ Azahari tentang keadaan sekarang. “se..se.sebenarnya…Sham pernah cakap yang dia tidak mahu anak dan sekiranya saya pregnant,gugurkan baby itu…” Jelas Putri sambil menangis.Alangkah terkejutnya Dato’ Azahari mendengar berita itu.Tidak dia sangka Sham begitu membenci Putri.
…………………..*****……………….

“Abang …Put ada sesuatu hendak beritahu abang .Put…” tidak sempat Putri menghabiskan kata-katanya dia sudah ditengking.Terkejut bukan kepalang Putri.Rasa seperti sudah terputus nyawa dari badannya.Dia terus keluar meninggalkan Hafsham dirumah bersendirian. “Hello…Aida,kau dimana?Ok sekejap lagi aku sampai ok…Bye..” Putri memecut laju ke rumah Aida di Putrajaya. “Assalamualaikum…Aida…” salam Putri disambut laju dan pintu dibuka. “Kenapa kau ni Put ?” tanya Aida sambil memberi Putri minuman.
“Kenapa sampai macam tu sekali Sham tu benci sangat dengan kau Put ?” Aida bagai tidak percaya dengan ape yang baru diceritakan oleh rakan baiknya itu. “Tak apa…malam ni kau tidur disini ye.”pujuk Aida.Putri hanya mengangguk lemah tanda setuju.
…………………..*****……………….

“Doktor,jika sekiranya saya ingin mengugurkan anak ini…what is the condition that might be I get from that ?” Tanya Putri kepada Dr Halim. “Boleh saya tahu kenapa Puan ingin mengugurkan anak ini ?” Tanya Dr Halim… “ What ? are you sure you want to do this ?” Tanya Aida sebaik diberitahu bahawa Putri ingin mengugurkan bayi yang tidak berdosa itu.Sambil mengeluh Putri menganggukkan kepala.Dalam perjalanan pulang dari rumah Aida, Putri masih teringat kata-kata Dr Halim “Puan,sekiranya Puan mengugurkan kandungan ini,mungkin peluang untuk puan menimang cahaya mata seterusnya tipis.Kerana keadaan Puan tidak mengizinkan puan untuk mengandung lagi.Even if you really want to aborted this child,I’m afraid you will regret it.So I’m suggesting Puan balik rumah dulu,cuba berbincang dengan suami puan dan mungkin dia dapat menerima bayi dalam kandungan puan ini.” Sambil membelai perutnya,Putri memikirkan masa depan anaknya sekiranya Sham masih tidak dapat menerima anak yang dikandungnya. “maafkan mama sayang..mama hampir-hampir membunuh kamu sayang..maaf kan mama” tangis Putri dalam hati.
…………………..*****……………….
“Yusri?” tegur Aida kepada lelaki yang berdiri didepan matanya itu.
Aida seperti tidak percaya dengan keadaan Yusri yang agak tidak terurus itu.
“Well,.how’s Putri ?” Tanya Yusri kepada Aida. “Sebenarnya Yus,aku sudah hampir empat bulan tidak berhubung dengan Putri.Dengar khabar dia sekarang tinggal bersama maknya di Johor selepas dia dihalau Sham keluar dari rumah” Cerita Aida. “Siapa Sham ?” soal Yusri.Dalam perjalanan pulang Yusri masih memikirkan soal Putri dan suaminya Sham.Cerita Aida itu benar-benar memeranjatkan.Tidak disangka Putri yang dia kasihi dan sayangi telah lama menjadi hak orang lain.Dan bakal bergelar ibu?
“Assalamualaikum..” Sambil menjawab salam Putri membuka pintu dengan perlahan
“Yus!?”…..
Bertemankan angin yang bertiup lembut dan cuaca petang yang menyedapkan mata serta suasana kampung yang damai,Putri terus dibuai kenangan bersama Yusri dibawah pokok rambutan itu. “So I heard from Aida you dihalau oleh suami u ?” dengan berhati hati Yusri menyusun ayat takut terguris hati bakal ibu itu.Putri hanya senyum sambil mengangukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Yusri itu. “What’s up ? if you don’t mind” Tanya Yusri ingin berkongsi cerita dengan bekas kekasih yang sehingga kini masih dicintai. “Well…as you know..after Put dapat tahu yang Put pregnant,Put happy and hope he can accept me as his wife but…that day bila Put diberi kekuatan untuk memberitahu Sham..” ayat Putri tergantung disitu….
…………………..*****……………….

“Bukan aku dah pesan dengan kau kalau kau pregnant,gugurkan.Aku jijik hendak mengaku anak itu aku punya.Dan kalau kau nak tahu aku terima kau sebagai isteri hanya kerana harta.Kau tahu,di sebabkan talian persahabatan antara bapak aku dengan arwah bapak kau,aku terpaksa kahwin dengan kau.Jika tidak segala harta bapak aku akan diserahkan kepada rumah kebajikan.Dan disebabkan itu..aku terpaksa tinggalkan semua perempuan yang aku sayang..dan aku terpaksa kahwin dengan perempuan murah macam kau.Aku tahu sebelum kau setuju kahwin dengan aku,kau masih lagi menjadi kekasih Yusri.” Jerit Hafsham seperti orang hilang pertimbangan. “Tapi…” Putri tidak dapat meneruskan kata kata. “Sekarang aku sudah dapat harta itu dan mulai dari hari ini kau boleh berambus dari sini.aku tidak mahu tengok muka kau lagi.Perempuan murahan.Kalau kau rasa kau mahu anak itu,pergi lah merayu pada Yusri supaya jadi bapaknya.Dan aku tahu Yusri tu masih sayang pada kau.” Jelas Hafsham.

“Put..kenapa ni ?kalau Put rasa tak selesa nak cerita pada Yus,tidak mengapa..Yus paham” terang Yusri.Putri hanya tersenyum.Dengan adanya Yusri,Putri merasa lebih bersemangat dan berani.Kadangkala Putri merasa menyesal dengan perbuatan meninggalkan Yusri dulu.Kalau dia tahu dirinya akan diabai sebegini rupa,dia tidak akan bersetuju dengan keputusan maknya dahulu. “Well… now everything changes and here I am.Mungkin ini balasan Put kerana meninggalkan Yus dulu.Put minta maaf Yus.Kerana Put,Yus jadi macam ni…” Jelas Putri.Yusri hanya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda memahami apa yang dirasakan oleh Putri itu.Namun jauh di sudut hati Putri,sayangnya pada Yusri masih ada cuma dengan keadaan dirinya yang berbadan dua,dia takut untuk meluahkan cinta yang sudah lama terbuku dihati. “Kenal ke Hafsham pada Yus ? Dan siapa Hafsham dan apa hubungannya dengan Yusri ?” bisik Putri dalam hati.Ingin ditanyakan soalan itu pada Yus tetapi melihat Yusri begitu tenang disisinya,Putri membatalkan hasratnya.
…………………..*****……………….

“Kalau Put sudah bersalin nanti,dan sekiranya suami Put ingin menceraikan Put,sudi atau tidak sekiranya Yus melamar Putri?” Yusri tersenyum sendirian apabila mengenangkan soalan bodoh yang dia berikan kepada Putri minggu lalu apabila dia mahu pulang ke Kuala Lumpur. “Ha..ni apahal senyum sorang sorang ni ?” sapa lelaki yang berdiri didepan mejanya.Lelaki inilah rakan sekolahnya yang agak smart dan suka menghabiskan wang kepada perempuan perempuan di kelab kelab malam dan disko disko.Siapa yang tidak kenal dengan dia…Hafsham…playboy Kuala Lumpur. “Kau ni kalau masuk tak reti ketuk pintu ke Haf? Ini tidak main masuk je.Bbuatnya aku tengah bogel ke..ape ke..macam mane ?” marah Yusri sambil gelak.Hafsham hanya senyum dan terus duduk di sofa tanpa disuruh Yusri.
“So what’s up?apahal kau senyum sorang sorang ni ? ada berita baik ker?” Tanya Hafsham ingin tahu. “Ah kau ni..buat apa nak ambil tahu hal aku?..kau tu yang apahal datang office aku ni..Lama tak nampak batang hidung.Nak kata ada anak bini ..kad jemputan kahwin pun aku tak pernah dapat…” perli Yusri. “Alah aku ada kerja sikit..lagi pun selalu kena pergi site la..penat tau..Wei malam ni kuar jom..da lama kita tak sembang sembang pasal..perempuan..ha ha ha ha” ajak Hafsham.Yusri hanya senyum tanda setuju.Dia pun sudah lama tidak bertemu Hafsham sejak Hafsham memberitahu dia perlu pulang ke kampung dan semenjak Putri meninggalkan dia dahulu… “kenapa aku asyik teringatkan dia sahaja ni?” soal Yusri pada dirinya.Yusri sedar yang semenjak Putri memutuskan hubungan dengannya,hidupnya terus berubah dan apabila dia dapat bertemu kembali dengan Putri keadaannya juga bakal berubah…

Keadaan malam di Kuala Lumpur agak membingitkan telinga.Anak anak muda yang menunggang motosikal memecut laju seakan berlumba sesame sendiri.Dibantu dengan sorakan rakan-rakan yang bersidai ditepi jalan menambahkan kebingitan.
“Haf,aku nak tanya kau sikit boleh tak?” Tanya Yusri pada Hafsham yang sedang leka memerhati gelagat anak anak muda itu. “Tanya la..apa dia?” jawab Hafsham ringkas.
“Kenapa kau tak kahwin lagi?umur kau pun bukan sikit..da on the way nak masuk 40-an dah.Dah tua tahu tak” seloroh Yusri.Hafsham yang dari tadi leka memandang luar terus berubah kedudukan mengadap Yusri.Hafsham hanya mendiamkan diri. “Aku tanya kau ni..kenapa tak kahwin lagi?” Tanya Yusri tapi kali ni nada suaranya agak tinggi sedikit. “Well… actually aku…” ayat Hafsham tergantung disitu seperti sedang mencari jawapan kepada soalan Yusri tadi. “Ala..jom la…panas la kat sini” ajak Hafsham sambil mengeluarkan not RM50 dan membayarnya di kaunter.
…………………..*****………………

“kenapa aku takut hendak beritahu pada Yusri yang aku sebenarnya sudah berkahwin dan perempuan yang aku nikahi itu adalah Putri kekasihnya?” fikir Hafsham sendirian didalam bilik tidurnya.Hafsham sedar selepas dia menghalau Putri empat bulan lalu,hidupnya berubah.Perkara itu sampai ke telinga kedua ibu bapanya.Dan disebabkan perkara itulah bapanya pergi menghadap ALLAH S.W.T buat selama lamanya dan segala harta yang dahulunya diserahkan kepadanya dimansuhkan serta merta.Ibunya juga telah menghalau dia dan tidak mahu mengakunya sebagai anak.Hanya kerana dia tidak mahu menerima Putri yang kini sedang sarat mengandung.Kadangkala dia menyesal dengan perbuatannya tapi,dia tahu Putri kini tidak akan mahu menerimanya kembali.Dan Yusri,mungkin akan membencinya kerana mengunakan Putri hanya kerana harta.Dan mungkin disebabkan itu dia takut untuk berterus terang dengan Yusri keadaannya yang sebenarnya.Dan satu kesalahan yang tidak dapat dia maafkan dirinya adalah dengan menikahi kekasih rakan baiknya sendiri.

“Lawa awek ni..kau punya ke Yus?” Tanya Hafsham selamba.Yusri yang tekun didepan computer hanya mengangguk laju mengiakan pertanyaan Hafsham itu. “Wei..bagi pada aku kalau kau tak nak dia ok” kata Hafsham selamba. “Sape nama dia ?” Tanya Hafsham lagi.Namun Yusri hanya diam tidak bersuara.triit..triitt.. “Hello sayang..tak lah bizi sikit..ni pun tengah melayan kawan Yus ni..errmm..da makan ke?..ooo..ok..bye..luv u” Yusri mematikan talian telefon bimbitnya sambil tersenyum. “Ha..apa kau tanya aku tadi?” soal Yusri pada Hafsham yang duduk disofa. “Aku cakap..kalau kau tak awek kau tu bagi kat aku..and aku tanya kau tadi siapa nama dia?”jawab Hafsham.Yusri hanya tergelak mendengar soalan Hafsham itu. “Aku sayangkan dia and tak mungkin aku akan bagi pada orang macam kau ni.Bydaway she’s Putri” Jelas Yusri.
…………………..*****………………

“Sampai hati abang buat Put macam ni.Put sudah mula sayangkan abang dan sudah mula memberi harapan pada rumahtangga kita ini.Tapi,abang hanya bernikah dengan Put semata-mata kerana harta!!” jerit Putri sambil menangis. “Put tidak pernah tahu siapa abang and how you know Yus but Put betul betul menyesal bernikah dengan abang dan setuju untuk tinggalkan Yusri.Anak dalam perut Put ni pun anak abang.Kenapa abang susah sangat hendak menerima dia?” sambung Putri lagi. “Aah..diam!! kalau kau nak anak itu..lahirkan dia..kau boleh pakai nama aku sebagai bapaknya..tapi kau kena ingat,selepas kau habis pantang aku akan ceraikan kau.” Tengking Hafsham.
Putri hanya mampu tersenyum dalam tangisnya. “Kalau itu yang abang mahu..abang jangan menyesal dan jangan minta anak ini lepas Put lahirkan dia” jelas Putri sambil membawa beg bajunya keluar dari rumah itu.Putri sendiri tidak tahu arah tujuannya selepas ini.Mahu kerumah Aida,dia malu..

“Along,termenung kenapa?” sapa Mariam. “Tak ada apa mak.Along tengah fikir anak dalam perut along ni,bila dia dah lahir nanti, macam mana lah dia kan mak.” Jawab Putri manja.Mariam hanya membisu tidak terkata.Perasaannya ketika itu bercampur baur.Marah dengan menantunya yang tidak bertanggungjawab itu,malu dengan anaknya sendiri dan bermacam macam lagi. “Mak minta maaf Along, kalau mak tahu Hafsham akan buat kau macam ni,mak tidak akan setuju dengan perjanjian yang ayah kau buat dulu.Ini semua salah mak.Mak minta maaf nak” jelas Mariam yang menyesal dengan tindakannya bersetuju untuk menikah kan Putri dengan Hafsham. “Bukan salah mak pun,Abang Sham tu yang nak bernikah dengan Put hanya kerana harta Arwah Papa.Tapi sekarang.tengoklah..satu sen pun dia tidak dapat.Arwah Papa sempat bekukan harta yang dia bagi pada Abang Sham.” Jawab Putri meyakinkan maknya. “Lagi pun mak,ini sudah ketentuan –NYA.Kita sebagai manusia biasa hanya mampu menerima segala dugaan-NYA” Jelas Putri lagi.Mariam hanya tersenyum sambil menganguk perlahan.Namun dalam hatinya masih tersimpan sedikit perasaan malu pada anaknya sendiri. “Along jangan risau,mak akan jaga along sampai bila bila .Lepas along bersalin nanti,along terus duduk disini.Tak payah balik Kuala Lumpur lagi.”Jelas Mariam.Bagi Mariam ini sahaja caranya untuk menebus segala kesalah yang telah dia lakukan pada Putri.
…………………..*****………………

“Assalamualaikum..Putri aku ni,Aida..kau apa khabar sekarang?ooo ye ke…errmm baby kau sihat??..Alhamdulillah..Sihat..Cuma sibuk sikit..Ye lah kan projek kat Damai Putera tu dalam bulan ni.Aku tau..tak apa..kau relaks je kat sana okey.Jangan pikir pasal office ok.Nanti aku jumpa kau okey..Insyallah sabtu ni aku singgah sana selepas aku balik dari Melaka.OK.Bye” Aida mematikan talian telefon.Dia memandang tepat ke wajah Hafsham. “Dia okey je.Baby kau pun okey.So anything?” Tanya Aida sambil menjeling kearah Hafsham.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia sanggup menolong Hafsham untuk mengetahui keadaan Putri. “Itu je..sebenarnya Aida, aku kesal dengan sikap aku dan aku malu nak berdepan dengan Putri.Thank’s a lot okey.Hope if you don’t mine can I ask you one question?Is Yusri still berhubung dengan Putri?”Tanya Hafsham serius. “Aku rasa tak.sebab lepas kau halau dia keluar malam tu,dia terus balik kampung.Kenapa kau tanya pasal Yusri pulak?Kau kenal Yusri ke?” soal Aida ingin tahu.Hafsham hanya tersenyum sambil meningalkan pejabat Aida.

“Hai Put,amboi termenung sampai tak nampak kereta aku masuk halaman rumah kau ni..Teringat kat Hafsham ke Yusri ni?” sapa Aida.Putri yang dari tadi termenung terkejut dengan sapaan Aida. “Bila kau sampai Aida?Sorry,aku ni bila da petang petang macam ni memang selalu duduk sini sambil bercerita pada anak aku ni.” Jelas Putri sambil membelai lembut perutnya. “Dalam tak sedar rupanya kandungan aku ni dah 8 bulan lebih.Bulan depan insyallah hujung bulan aku bersalin lah.Tapi doctor kata mungkin awal and mungkin lambat.” Cerita Putri lagi. “Kau sihat Putri?” Tanya Aida inginkan kepastian.Wajah Putri Nampak pucat. “Kau betul betul sihat ke ni?nak aku panggilkan doctor?” Tanya Aida lagi.Aida Nampak begitu risau dengan keadaan Putri sekarang ini. “Aku okey la.maybe sebab letih.Aida,kau nak tahu hari tu,Yusri datang sini cari aku.Kau tahu apa dia cakap pada aku? Dia nak aku terima dia sebagai suami lepas aku lahirkan baby ni and after Hafsham divorced me.” Cerita Putri sambil tersenyum manis. “dah tu kau jawab ape” soal Aida…
…………………..*****………………
Yusri termenung diberanda rumahnya.Teringatkan Putri yang nampak ceria bila dia melamar Putri dikampung hari tu. “Ok.Put tunggu Yus ok.Yus pun kene tunggu Put ok.Jangan cakap sahaja.”jelas Putri sambil tersenyum.Terselah diwajahnya satu harapan kebahagian yang bakal dia kecapi.Tiba tiba Yusri teringatkan suami Putri yang hanya dikenali sebagai Sham.Siapa Sham?Kerja apa Sham tu?Orang mana? Pikir Yusri lagi.
Pagi tu Yusri bangun lalu terus mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Aida. “Hello Aida.Morning.Sorry disturb you this early morning.Aku nak tanya kalau kalau kau kenal dengan suami Putri.”Yusri mematikan talian selepas mendengar penjelasan Aida.

“Mak…!!” jerit Putri menahan kesakitan. “Sekejap along,mak panggilkan Kak Senah kau.”Jelas Mariam mententeramkan Putri yang sedang menahan kesakitan.Sewaktu Yusri tiba diperkarangan rumah Putri, dia melihat kelibat Mak Cik Mariam sedang berlari kerumah jiran sambil memanggil nama Senah. “Putri..da nak bersalin ke?” Tanya Yusri cemas.Putri lantas mencapai tangan Yusri dan menggenggam erat jari jemari Yusri sejurus selepas Yusri duduk disebelahnya.
“Awak ni suami Along ke?” Tanya wanita dihadapan kaki Putri itu. “Ye” jawab Yusri ringkas. “Anak kamu ni da terbalik.Baik kamu cepat cepat bawak Along ke hospital depan sana tu.Dia da nak bersalin ni.” Jelas kak Senah.

“Yus..mana Putri?” Tanya Aida cemas.Dia terus bertolak ke Johor selepas menerima panggilan daripada Yusri.Nasib waktu itu dia berada di Melaka.Hampir 7 jam Putri berada dibilik kecemasan. “Aida aku rasa baik kau panggil Hafsham.Beritahu dia yang Putri dah nak bersalin.Aku tak boleh nak telefon,nanti lain pulak yang jadi” Jelas Yusri pada Aida.Setelah hampir sepuluh jam, akhirnya doctor yang berada didalam bilik kecemasan itu keluar sambil tersenyum. “Tahniah encik.Anak dan ibu selamat.Encik dapat anak lelaki.” Jelasnya kepada Hafsham.Setelah selesai,Putri dibawa ke wad bersalin. “Putri,tahniah..anak kau selamat.Comel macam kau.” Kata Aida sambil tersenyum gembira. “Mana Yusri?” Tanya Putri.
…………………..*****………………

“Aku tak sangka kau sanggup buat macam ni Haf.Kenapa kau tak bagi tahu yang kau sudah bernikah dan perempuan tu kekasih aku.Aku ingat kita kawan.Rupa rupanya..”Jerit Yusri sambil menumbuk tepat ke muka Hafsham. “Maafkan aku Yusri.Aku tahu aku silap.Tapi percaya la..Aku tak pernah cintakan Putri dahulu.” Jelas Hafsham sambil menahan kesakitan. “Kalau kau tak cintakan dia dan kalau kau tahu Putri tu aku yang punya kenapa kau setuju nak berkahwin dengan dia.Kau boleh batalkan saja niat kedua orang tua kau kan.oh aku lupa..kau hanya menggunakan Putri untuk mendapatkan harta kau sahaja bukan!!” Jerit Yusri lagi.Kali ni kemarahan nya sudah tidak dapat ditahan lagi. “Aku betul betul mintak maaf Yus.Dan aku nak mintak maaf pada kau sekarang ni kerana mungkin aku tidak akan menceraikan Putri.Aku sudah terlalu banyak menyeksa Putri.Aku nak menebus segala kesalahan aku pada dia.” Jelas Hafsham menyesali perbuatannya pada Putri.Yusri terduduk sambil menahan marah pada Hafsham. “Kenapa kau buat aku macam ni.Kau, kawan baik aku kahwin dengan gadis yang aku cintai” keluh Yusri sendiri.Hafsham meninggalkan Yusri seorang diri disitu.Dia ingin segera menemui anak dan isterinya.

“Keluar!!!aku cakap kau keluar!!” Jerit Putri.Dia sungguh benci melihat lelaki yang berdiri didepan matanya sekarang. “maafkan abang sayang..abang tahu abang sudah banyak menyiksa sayang” Jelas Hafsham sambil mengharapkan pengampunan dari Putri. “Kan aku dah cakap,kau tak boleh datang ambil anak aku.Ini anak aku..Bukan anak kau.Kau da buang dia dulu.” Jerit Putri sambil menangis. “kau dah buang aku dan anak ini dulu.kau buang kami jauh jauh..kenapa kau datang sekarang ni.kau nak ambil anak aku kan.kau pergi..kau pergi..” Jerit Putri seperti orang sudah hilang pertimbangan.

“Saya sudah beri dia ubat penenang.Saya harap buat masa sekarang jangan la sesiapa pun menganggu pesakit.Biar kan dia berehat dahulu.” Jelas Dr Ahmad.Mariam dan Aida sudah terduduk dikerusi hijau itu.Masing masing berdoa agar Putri selamat.Mungkin buat masa ini kehadiran Hafsham mengganggu pemikiran Putri.Fikir Aida.
“Sham,aku rasa baik kau balik dulu.Putri masih tak mahu terima kau.Nanti kalau dia dah okey baru kau datang jumpa dia” Terang Aida. Hafsham hanya diam disisi mak mertuanya.“Mak saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.Saya tahu saya dah banyak sakitkan hati mak dan Putri.saya minta maaf mak.”Ucap Hafsham sambil mengucup lembut tangan Mariam. “Mak ni bukan sesiapa Sham.Kau sepatutnya malu dengan diri kau sendiri.Kau pergilah minta maaf pada Putri.Bukan dengan mak” jelas Mariam.
…………………..*****………………

“Sudah tiga tahun aku disini bersama anakku Syazwan.Yusri..aku sendiri tidak tahu kemana dia pergi.Aida beritahu selepas dia bertumbuk dengan Hafsham dahulu dia terus menghilangkan diri tanpa sebarang berita..Empat bulan selepas aku habis pantang,aku memohon Hafsham untuk menceraikan aku seperti yang dijanjikannya dahulu.Dan aku sudah memaafkan dia.Dan dia juga sudah berjanji akan bertanggungjawab dan akan menjaga Syazwan bersama.Aida pula sudah selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya.Hafsham…sudah berubah sepenuhnya.Lebih menghormati wanita dan berjaya membina kerjaya sendiri.Dan aku…” sendirian Putri memikirkan masa depannya.

“Mama!!cepat la..nenek dah siap ni.” Jerit Syazwan.Putri hanya tergelak mendengar kepelatan anaknya itu.Mereka bertolak ke Kuala lumpur kerana Putri sudah membeli rumah disana. “Along sudah beritahu Aida yang kita akan bertolak hari ini ?”Tanya Mariam.Putri hanya menganguk laju.
…………………..*****………………

“Kalau Put da bersalin nanti,dan sekiranya suami Put ingin menceraikan Put, sudi atau tidak sekiranya Yus melamar Putri?” teringat Putri sewaktu Yusri melamarnya.Ketika itu dia masih lagi mengandungkan Syazwan.Sambil duduk di coffea house di Damansara sementara menunggu Aida,tiba-tiba Putri terpandangkan kelibat seseorang yang amat dikenali.
“Yusri?” bisik Putri. “Ye saya.” Jawab satu suara dibelakang Putri.Putri menoleh sambil tersenyum gembira.

“Why u left me that day? I need you.And I’m sure u know that” Marah Putri dalam nada manja. “And I still waiting for you.As my promise” Sambung Putri.Yusri hanya membisu sambil tersenyum. “I know.Hafsham dah cerita semuanya pada Yus.” Jelas Yusri. “Dah lama Put nak tanya kat Yus,how Sham know about us?” Tanya Putri ingin tahu.Putri berasa lega selepas Yusri menceritakan segala galanya tentang persahabatan antara dia dan Hafsham.
……………..*****………………


“Tahniah..Selamat Pengantin Baru.Kali ni aku harap kau kekal sampai hujung nyawa ok” Ucap Aida sambil mengucup kedua dua belah pipi Putri. “Mama..mama..Selamat Pengantin Baru” Ucap Syazwan.Putri mendukung anaknya sambil mengucup pipi anaknya yang gebu itu.
“Kau jaga Putri elok elok Yus.Dulu aku tak sempat nak kenal hati budinya.Aku harap kau tidak akan melukakan hatinya.Selamat Pengantin Baru” Ucap Hafsham sambil berjabat tangan dengan Yusri.
……………..*****………………

Kini Putri hidup bahagia bersama Yusri dan Syazwan.Putri hidup dalam cinta Yusri..Syazwan hidup dalam cinta Hafsham.Sekarang baru lah Putri tahu apa itu cinta.Dan ini adalah kisah sebuah cinta dari hidupnya.

Secerah Mentari

Pezza A. Lihan
filluscion_22@yahoo.com.my

Dikala itu satu senja setiap malam,
Ku sendiri menantikan datangnya hari,
Yang terang menyinar diri..
Ku pandang langit mulai hitam..
Sepinya daku di saat begini,
Tiada teman yang menghibur diri..
Hanya bayu senja mencengkam dan gemersik malam..
Yang membelenggu diri..
Hanya air mata yang jadi saksi di kala tidur..
Mimpi datang menusuk diri.


Zaliya menghempaskan pandangan ke dada langit yang membiru. Hatinya terhibur dengan kemerduan kicauan burung yang menghiasi kamar petang. Dia tahu apa yang telah dilaluinya sebelum ini yang telah membawa dirinya ke sini. Biarpun jauh dari insan-insan tersayang, namun Zaliya tetap gembira dengan apa yang di laluinya. Biarlah dirinya jauh dari segala-galanya. Agar dia tidak lagi terjerat dengan pelbagai kisah yang mampu membuat dia menangis. Hatinya dah puas menangis. Jiwanya dah puas tersiksa. Kali ini, dia ingin lari jauh dari segala keperitan hidup. Selama mana, dia sendiri tidak tahu. Dia hanya berharap selepas ini hidupnya akan terus kekal seperti kecerahan mentari…..

* * * * * * * * * * *

Kocakan air dikakinya seperti memahami kocakan di dadanya. Apa yang diharapkan sebelum ini tak semudah yang disangkakan. Fikirnya, cukuplah dia melalui segala kisah duka yang lalu. Bertahun dia harungi, kini dia benar-benar tak ingin untuk melalui sekali lagi. Namun, dia tahu pepatah yamg selalu mengatakan langit yang selalu cerah jangan diharapkan kecerahannya selalu. Kebahagiaan yang selau dia harapkan selama ini akhirnya tidak kesampaian.

Baginya, seperti baru semalam dia melalui kepahitan hidup. Kini dia berada lagi dalam situasi yang dia sendiri tidak pernah minta. Kata perpisahan yang dia terima dari Zafrul benar-benar membuat dia terasa dirinya dipermainkan. Manakan tidak, hanya lagi beberapa bulan hari pertunanganya akan tiba. Tapi secara tiba-tiba, Zafrul meminta putus tanpa alasan yang munasabah. Persiapan pertunangan yang hampir siap terpaksa disimpan begitu sahaja. Sakit dihatinya tika itu, hanya Tuhan saja yang tahu.

Zaliya terasa selama ini dirinya dipermainkan. Apa yang dia tahu melalui adik-adik Zafrul dia ditinggalkan kerana lelaki itu ada hubungan dengan sepupunya sendiri. Malah perhubungan itu sudah hampir berbulan terjalin. Itu yang membuatkan dirinya begitu kecewa. Bermakna, berbulan juga kasihnya di permainkan. Pandai Zafrul menutup segala kelakuannya berbulan-bulan. Malah selama dia bersama dengan zafrul, lelaki itu tidak ada menunjukkan sebarang kelakuan yang boleh dia curiga. Andai masa boleh diputarkan kembali, dia rela dia yang mengundur diri dahulu dari dia ditinggalkan. Apa yang membuatkan Zaliya kecewa, kenapa baru sekarang Zafrul meminta perpisahan setelah hari pertunangan mereka hampir tiba? Cukup terhina dirinya dipermainkan begitu sahaja.

Mudahnya Zafrul meninggalkan dirinya. Seolah-olah dia tidak punya perasaan. Zaliya terpaksa menerima hakikat apa yang terjadi. Tak guna baginya untuk dia merayu dan menagih kasih pada orang yang tak pernah pandai menilai cintanya selama ini. Dia terasa dirinya tertipu. Berbulan juga dirinya dalam kesedihan. Dia selalu berharap agar Zafrul akan kembali padanya seperti dahulu, namun penantiaanya hanya sia-sia.

Baru dia menyedari, Zafrul benar-benar telah berubah hati. Biarpun dia percaya Zafrul tidak pernah bersikap sebegitu, namun dia harus tahu setiap manusai pasti akan berubah. Segala-galanya dia terima dengan rela hati. Biarpun pahit baginya untuk menelan, tapi kehipannya harus diteruskan. Dia tidak mahu hanya kerana kekecewaan itu dia turut kehilangan kehidupannya.

* * * * * * * * * * * *

Segenap ruang nafasnya bergetar. Begitu juga dengan segenap ruang hidupnya. Seperti berkocakan. Sudah berkali hidupnya terganggu dengan kehadiran wajah lelaki yang dia temui baru-baru ini. Sesekali kerja-kerjanya terganggu . Tatkala wajah itu bermain difikirannya, ada sebaris senyuman dibibirnya. Syazir Fazran… itulah yang membuatkan dia selalu dalam keresahan. Hampir seketika hatinya mula sembuh dari kelukaan semalam. Zaliya tidak mengerti apakah sekarang dia mula jatuh cinta semula? Bersediakah dia? Zaliya menolak keras dia akan jatuh dalam perasaan cinta. Kelukaan dihatinya masih ada.

Namun, pertemuan setiap hari dengan Fazran membuatkan semakin lama hatinya seperti dicuri. Tapi, apabila dia menyaderi hakikat sebenar, dia hanya boleh bermain dengan perasaan hatinya. Dia tak terfkir Fazran akan merasai seperti apa yang dia rasa. Dia akan pastikan segala-galanya menjadi rahsia dihatinya sahaja. Dia takkan pernah melupai kerlingan mata dan senyuman manis setiap kali dia memandang wajah lelaki itu. Itulah yang selalu membuat hatinya bergetar sendiri. Dia tahu ada sesuatu yang menarik tentang lelaki itu. Masakan tidak dia mampu melupai sedikit demi sedikit kelukaannya…

Zaliya tak pernah bermimpi cintanya berbalas. Seperti dalam mimpi, Zaliya sudah jatuh cinta semula. Dia tak menyangka selama ini Fazran turut menyimpan perasaan terhadapnya. Sejak dia menerima cinta dari Fazran, dia benar-benar dirinya sudah jatuh cinta sekali lagi. Namun, dia tetap membataskan segalanya. Juga membataskan sayang dan perasaanya. Kalau boleh dia tidak mahu kelukaan lama akan kembali dalam hidupnya sekali lagi.

Selama dia mengenali Fazran, dia sedar lelaki itu banyak membantu dalam kehidupannya. Dan dia tahu, lelaki itu ada kelebihannya sendiri. Selama dengan Fazran, dia dapat melihat sebanyak sedikit Fazran memenuhi karekter lelaki yang dia inginkan. Tapi dia tidak terus mengharap akan memiliki terus. Dia lebih senang begini. Bukan dia tidak mempercayai Fazran, tapi biarlah dia bersahaja. Dia tak mahu berkeyakinan penuh.

Zaliya tahu, Fazran mula menyanyangi dan mencintainya. Bukan dia tidak menghargai. Malah perasaanya juga seperti yang Fazran rasai. Tapi dia keliru. Setelah hampir berbulan bersama Fazran, hatinya sedikit sebanyak terganggu. Kadang-kadang dia merasai jiwanya kosong. Entah apa ayng dia fiirkan, dia sendiri tidak tahu. Bukan dia tak bahagia dengan Fazran, malah hari-hari yang dilaluinya setiap hari bermakna semenjak dia mengenali Fazran. Sejak mengenali Fazran jugalah hidupnya kini mula bersinar. Segalanya berubah sejak kehadiran Fazran. Zaliya tidak mengeluh dengan apa yang dia lalui kini, tapi dia bersyukur kerana Tuhan mengerti isi hatinya sebagai seorang wanita.

* * * * * * * * * * * *

Airmatanya tumpas lagi… Zaliya tidak tahu mengapa Zafrul kembali lagi dalam hidupnya setelah sekian lama. Hatinya pedih dan sakit. Memang dulu dia mengharap kepulangan Zafrul tapi baginya sekarang, kepulangan Zafrul seperti menoreh luka lama yang ada dihatinya. Kenapa baru sekarang? Sejak Zafrul kembali, dirinya sering terganggu. Setiap hari Zafrul akan mengganggunya dengan pelbagai pujuk rayu. Bukan tiada lagi sayang dihatinya untuk Zafrul. Tapi dia tidak mahu menerima Zafrul hanya kerana hatinya berasa kasihan dengan Zafrul. Sejak kehadiran Zafrul jugalah, hubungannya dengan Fazran mula renggang. Dia tahu ini semua kesilapannya sendiri. Bukan niat dia untuk mempermainkan cinta Fazran. Tapi dia tak tahu, kenapa hatinya sejak-sejak ini mula jadi serba tak kena.

Mungkinkah dia akan menerima Zafrul dan mengecewakan Fazran? Dia tak sanggup mengecewakan Fazran yang dah penuh berharap dengannya tapi dalam masa yang sama dia dihantui rasa belas kasihan terhadap Zafrul. Zafrul pandai merayunya dengan menggunakan kenangan-kenangan yang lalu sebagai kunci untuk dia kembali pada Zaliya. Rasa kesalahan dalam dirinya semakin meninggi.

Tidak mungkin dia akan mempermainkan perasaan Fazran yang selama ini banyak memberi erti dalam hidupnya. Tak mungkin juga dia akan menerima Zafrul yang telah melukakan hatinya. Mana mungkin akan terjadi, perkara yang sama akan berulang lagi. Dia tidak mahu akan terluka lagi dengan orang yang sama.

Hari-hari yang dilaluinya mula berasa kelainannya. Zaliya seolah – olah tidak dapat merasai apa yang ada didalam hatinya. Siang malam silih berganti. Hatinya semakin hari semakin terusik. Fazran juga mulai jauh darinya. Dia tak pasti kenapa. Mungkin dia yang sengaja yang menjauhkan diri dari Fazran ataupun Fazran dapat merasai apa yang dia lalui sekarang. Perlukah dia menangis sekali lagi kerana cinta? Perlukah dia tidak memilih sesiapa agar hatinya akan terasa tenang? Zaliya bungkam sendiri…

* * * * * * * * * * * *

Zaliya nekad.. Kali ini keputusannya muktamad. Puas dia berfikir. Sekalipun apa yang terjadi selepas ini, dia akan terima. Hatinya hanya mampu untuk menerima seorang insan sahaja.

Pertemuan dengan Zafrul sedikit sebanyak mengundang dia dalam kemelut kenangan yang lalu. Hatinya sedikit terusik dengan perubahan pada Zafrul. Keadaannya yang sedikit sebanyak berubah membuat hati Zaliya sedih. Keadaan Zafrul seperti tidak terurus. Apa yang terjadi pada Zafrul sebelum ini dia tidak tahu dan dia tidak mahu ambil tahu. Dia tidak mahu hatinya semakin berada dalam persimpangan.

Zaliya tahu, keputusannya akan membuatkan Zafrul kecewa tapi dia terpaksa. Dia dah tak sanggup untuk bermain dengan perasaan yang bersalah. Sejak dia bertemu dengan Fazran semalam dia seolah-olah telah mendapat keputusan sendiri. Dia mula menyedari hatinya hanya menyintai Fazran. Melihat keikhlasan Fazran, hatinya tidak sanggup untuk mengecewakan Fazran . Zaliya tahu, lama-lama nanti dia kena buat keputusan yang sama. Biarlah sekarang dia lalui keperitan itu dulu sebelum sekali lagi dia yang akan terima keperitan .

Sejak dia meninggalkan Zafrul, sesekali hatinya berada dalam kesedihan. Dia tak tahu apa yang membuatkan dia sedih. Jauh di sudut hatinya, dia berasa kasihan dengan Zafrul. Tapi apakan daya, pada masa yang sama dia menyintai Fazran. Biarpun jauh dari sudut hatinya, dia masih menyanyangi Zafrul, tapi dia tidak mahu salah dalam menilai seseorang. Dalam pada masa yang sama juga Zaliyaingin memberi peluang pada Fazran untuk membuktikan kejujurannya. Baginya sekarang, hanya Tuhan yang mampu menentukan segala-galanya. Dia tidak mahu terlalu mengharap dan terlalu mempercayai keadaan.

* * * * * * * * * * * * *
Sejak pemergiaan Fazran, hidupnya tak seindah dulu. Perpisahan antara dia dan Fazran benar-benar mengajar dia erti sebuah kehidupan dan percintaan. Biarpun pemergian Fazran bukanlah kehendaknya, namun Zaliya tetap menerima dengan hati terbuka. Dia tahu, kalau diberi peluang, Fazran juga tidak mahu perpisahan akan terjadi antara mereka. Zaliya tidak menyangka secepat itu dirinya ditinggalkan Fazran. Pemergiaan Fazran telah meninggalkan seribu kenangan bagi Zaliya yang tak mungkin dia akan lupa seumur hidupnya.

Cintanya untuk Fazran tak pernah berubah biarpun telah dimakan masa. Bagi Zaliya, selagi cintanya pada Fazran masih wujud didalam hatinya, dia menganggap lelaki itu masih berada di sisinya. Dan kerana perasaan itu juga, dia semakin hari semakin tabah untuk lalui kehidupan hariannya. Biarlah dia hidup dengan perasaan cintanya terhadap Fazran. Dia tidak mahu perasaan itu turut pergi seperti Fazran meninggalkan dirinya.

Bukan tiada sesiapa yang cuba mengisi hatinya yang kosong, tapi Zaliya masih tidak mampu untuk menerima peganti Fazran. Dia sudah tidak mampu untuk menyanyangi insan yang bergelar lelaki. Kali ini biarlah dia hidup sendirian. Dia percaya, apa yang terjadi dalam hidupnya sudah tertulis sejak azali. Namun, sebagai seorang insan dia tidak mampu untuk mengubah apa yang sudah tertulis untuk dirinya. Dia percaya, Tuhan itu Maha Adil. Pasti ada yang terbaik untuk dirinya suatu hari nanti.

* * * * * * * * * * * * *

Zaliya nekad. Dia akan pergi jauh untuk mencari kehidupannya sendiri. Biarpun terpaksa berjauhan dengan insan-insan yang dia sayang tapi dia percaya apa yang dilakukan adalah keputusannya yang terbaik. Dia akan pergi meninggalkan seribu kenangan yang dia telah lalui selama ini. Namun, dia tetap pergi dengan membawa perasaan cintanya terhadap Fazran. Itulah kekuatan yang dia ada sekarang.

Zaliya tetap melangkah pergi. Di dalam hatinya berharap agar kali ini hidupnya akan beertukar ganti. Dia tidak mahu hidupnya terus diselubungi dengan kemendungan. Dia inginkan hidupnya akan cerah seperti secerah mentari yang selalu menyinari alam.



Gerimis malam mengundang rindu...
Menyentuh syahdu dalam kedinginan,
Dalam kegelapan ku pejam mata...
Terparut dalam bayu-bayu sepi...
Hanya deruan angin yang mengusik..
Dan menghilangkan rasa sunyi…….

Novel : Siapa Di Hatiku 4

Nama Pena : Pelangipagi05

Pukul sebelas pagi baru aku muncul di pejabat kerana terpaksa singgah di beberapa buah hotel untuk menemui pegawai yang bertugas bagi mendapatkan sebut harga untuk majlis jamuan tahunan.Aku lebih suka melihat sendiri tempatnya dari mendapatkan semua maklumat dari laman webnya.Ketika aku meletakkan helmet suasana agak kecoh entah apa yang berlaku.Kelihatan Wati berlari mendapatkan aku bila menyedari kehadiranku.
“Kenapa Wati apa yang sedang berlaku?”soal ku.
“Cik Miera tolong tengokkan Shikin dari tadi berkurung dalam tandas, puas kami pujuk dia tidak mahu keluar” tercungap-cungap Wati menerangkan.
“Dia buat apa kat dalam tu?” tanya ku hairan setahu ku Shikin jenis yang bukan suka mengadap cermin sentiasa.
“Pada mulanya tadi saya cari dia untuk tanyakan sesuatu tetapi tidak berjumpa kemudian bila saya ke tandas saya dengar orang menangis.Dari suara tu saya tahu Shikin yang menangis dan bila saya pujuk suruh buka pintu dia tidak mahu malah suara tangisannya semakin kuat.Kami di sini semuanya sudah berusaha memujuknya tapi satu pun dia tak layan.Tolonglah Cik Miera saya risau kalau dia cuba buat sesuatu” rayu Watie.
“Encik Safuan tahu ke hal ni?” aku takut kalau hal ini sampai ke pengetahuan pihak atasan.
“Semua dah tahu sebab masa kelam kabut tadi Encik Safuan turun dengan Tuan Megat”terang Wati.Aduh bagaimana aku hendak buat ni kalau Tuan Megat sendiri sudah mengetahui masalah ini.Aku melangkah masuk ke tandas yang sudah ramai menanti di sana.Nasib baik kelibat Encik Safuan dan Tuan Megat tidak kelihatan.Aku mengetuk pintu tandas yang Shikin duduk berkurung itu.Aku cuba berlembut dengannya dengan menasihati agar segera keluar dari situ tetapi tidak di endahkan.
“Minta maaf semua boleh tak kawan-kawan tinggalkan saya dengan Shikin di sini.”aku cuba meminta kerjasama dengan kawan-kawan ku.Nasib baiklah mereka memahaminya dan meninggalkan kami.
“Shikin, ini Miera. Saya hendak tanya apa sebab awak menangis.”aku cuba berlembut dengannya.
“Badrul tinggalkan saya” sedih suara Shikin dan dia menangis lagi.
“Habis tu awak nak menangis sampai seteruk ini kenapa”aku paling benci bila perempuan menangis bagai orang gila kerana seorang lelaki.
“Kenapa dia tinggalkan saya?” memanglah budak ini tengah gila ada ke tanya aku tentang kekasihnya mana aku tahu semua itu.
“Shikin saya ni tidak pandai hendak memujuk tapi saya paling benci perempuan menangis hanya kerana ditinggalkan lelaki.Awak ada maruah jadi kenapa hendak letak maruah awak di kaki seorang lelaki.Awak ingat kalau menangis macam ni boleh selesaikan masalah.Entah-entah dia tengah gelak bila mengetahui keadaaan awak sekarang ini.Saya tidak suka kawan saya macam ini perangainya.Shikin apa yang awak nak takutkan itu semua dugaan untuk awak, mesti satu hari nanti awak akan temui lelaki yang boleh menjadi kekasih dunia dan akhirat.Sekurang-kurangnya sekarang awak tahu Badrul tu tidak sesuai dengan awak.Sekarang saya hendak awak keluar kalau tidak saya pecahkan pintu ini.” Aku luahkan apa yang terpendam dan sekali gus marah pada Haikal ku hamburkan keluar.Aku tidak mahu kalah hanya kerana seorang lelaki.Pintu tandas di buka perlahan-lahan dan muka sembab Shikin kelihatan.
“Maafkan saya Cik Miera”aku menarik Shikin dalam pelukan ku dan dia menangis lagi.
“Sudahlah mari kita keluar” pujuk ku.Aku menarik tangan Shikin dan mengenggamnya untuk memberikan dia kekuatan.Aku harus bawa Shikin ke tempat yang tiada orang untuk memberi dia ketenangan kerana dia hanya sebatang kara di dunia ini.Ayah dan ibunya sudah lama meninggal dan dia hanya tinggal menyewa.Ketika aku hendak keluar aku bertembung dengan Tuan Megat.Beberapa pasang mata juga memerhati aku dan Shikin.
“Saya hendak keluar sekejap hantar Shikin balik”aku memohon kebenaran darinya.Iyalah dia sudah depan mata ku jadi lebih baik aku terus bertanya dengannya.
“Miera hendak naik apa?” pertanyaan darinya membuat aku terdiam.Iyalah tak kan aku hendak bawa Shikin naik motor.Memanglah aku tidak kisah tetapi bagaimana Shikin.
“Saya bawa kereta Shikin lah”baru aku teringat Shikin baru sahaja membeli kereta kancil dua minggu lepas.
“Baiklah nanti hendak balik telefon saya” kenapa pula kena telefon lelaki ni.Aku cuba berlagak selamba tetapi mulut ku mendahului hati ku.
“Kenapa pula hendak telefon Shah…oppsss…Tuan Megat “tersenyum lelaki ini dengan cara aku tersasul memanggilnya.Ku memerhati keadaan sekeliling dan mata-mata itu masih memerhatikan kami.Aku berharap Tuan Megat tidak membuat perangai di depan para perkerjanya.
“Nanti saya ambil Miera di rumah Shikin” jawapannya sudah ku dapati.
“Tidak perlulah Tuan Megat tahulah saya bagaimana hendak balik nanti”aku cuba memberi alasan.
“Kenapa degil sangat ni”bisik Tuan Megat mungkin tidak mahu sesiapa dengar apa yang kami perkatakan.
“Baiklah Insyallah”janjiku. Malas hendak bertegang urat dengannya.Kalau di dengar orang lain apa pula anggapan mereka pada ku.
“Jaga diri kalau ada apa-apa hal telefon Shah” dia pula membahasakan dirinya.Aku hanya mengangguk dan melangkah bersama Shikin.
Sampai di rumah Shikin aku cuba mengajak Shikin meluahkan apa yang terpendam.Baru aku ketahui Badrul tinggalkan Shikin hanya kerana terpaut pada seorang perkerja baru di tempat kerjanya.Patutlah sejak kebelakangan ini Shikin lebih banyak mendiamkan diri dari berbual dengan teman-teman yang lain.Tepat jam enam petang aku memohon diri pulang ke pejabat
untuk mengambil motor.
“Miera kat mana ni”baru saja aku hendak melangkah keluar dari rumah Shikin telefon ku berbunyi dan ku kenal pemanggilnya.
“Saya di rumah Shikin baru hendak keluar”terangku.
“Tunggu di sana sekejap lagi saya sampai”lelaki ini tidak faham agaknya yang aku akan balik sendiri.
“Saya balik sendiri”aku cuba mengelak ajakannya.
“Saya kata tunggu di sana tunggu sajalah.”memanglah dia ni tidak faham apa yang aku cakap tadi.
“Shahhh…”aku letih hendak melayan lelaki ni.
“Iya sayang”memang tak reti bahasa langsung.
“Awak ni kan…..”aku rasa entah berapa kali aku ulang ayat yang sama bila berhadapan dengan lelaki ini.
“Beri alamat Shikin..”arahanya tegas.
“Ingatkan dah tahu tadi”aku cuba menyindir.
“Kalau tidak mahu bagi pun saya akan cari”tidak kenal putus asa rupanya dia.Aku bertanya dengan Shikin tentang alamatnya dan memberi kepada lelaki itu.
Setengah jam kemudian kelihatan Toyota Harrier perlahan-lahan memghampiri rumah Shikin.Aku harap Tuan Megat tidak keluar dari keretanya kerana takut Shikin akan bertanya bermacam soalan dengan ku.
“Ehhh….itu Tuan Megat kan?”Shikin dah pun bertanya.Tuan Megat dengan muka selamba tersenyum menghampiri kami.Memang tidak tahu duduk diam agaknya dia ni.
“Bagaimana Shikin dah ok ke?”pertanyaannya ku jawab dengan jelingan.
“Alhamdullilah saya dah ok. Saya minta maaf kerana menyusahkan Tuan dan saya harap Tuan tidak memandang serong dengan saya.”Kesian Shikin tentu dia malu dengan Tuan Megat di atas peristiwa tadi.
“Tidak mengapa asalkan awak tahu bahawa tindakan awak tadi tidak elok di lakukan dan saya harap awak banyakkan bersabar.Baiklah saya hendak pulang ni, saya datang ni hendak ambil Miera”tersenyum dia memandangku.
Tuan Megat melangkah mendahului ku dan Shikin menarik tangan ku agar aku melambatkan langkahku.
“Cik Miera ada apa-apa ke dengan Tuan Megat?”apa aku hendak berikan jawapan dengan pertanyaan ini.
“Awak jangan ingat apa-apa Shikin.Saya tidak ada apa-apa dengan dia.Dia datang ambil saya sebab saya hendak mengambil motor saya di pejabat”tak susah hendak terangkan dengan budak yang lurus macam Shikin.
“Ohhh…..”hanya itu yang keluar dari mulut Shikin.
“Awak jangan buat gossip pula nanti”aku berharap agar Sikin tidak menceritakan dengan sesiapa tentang hal ini.Tuan Megat membuka pintu untuk ku dan sebelum kereta bergerak aku melambai-lambai pada Shikin.
“Kita pergi makan dulu”sedap je mulut lelaki ini memberi arahan padaku.Kalau boleh aku nak cubit-cubit mulut dia ni.Sepanjang perjalanan aku hanya diam membisu dan sesekali Tuan Megat bertanya itu dan ini.
“Kenapa diam je ni ?” aku ingat dia tidak perasaan dengan keadaan ku.
“Mieerraa…..”lembut suaranya menuturkan namaku.
“Saya tak apa-apa”dalih ku.
“Kalau tidak ada apa-apa kenapa diam saja dari tadi, cuba cerita Shah nak dengar “entahlah haruskah aku luahkan pada lelaki ini yang tidak berapa ku kenali ini.
“Mieerrraaa….”aduh bikin cair rasanya bila berada di sisi lelaki ini.Aku sebenarnya pelik dengan diri ini entah apa ilmu yang dia pakai tiap tutur katanya membuat aku senang sekali walau ia menyakitkan.
“Kenapa kaum lelaki senang sungguh hendak campakkan kepercayaan yang perempuan berikan.?”aku cuba bertanya dengan lelaki ini memandangkan hanya dia saja lelaki yang paling dekat dengan ku sekarang ini.
“Kenapa Miera beranggapan begitu, tidak semua lelaki macam itu.” alasan yang selalu ku dengar.
“Lelaki selalu kata macam tu kan”sindirku.Wajahnya masih bersahaja bila aku berkata demikian.Karisma lelaki ini memang tiada bandingannya tetap tenang walau aku sering menganggu gugat.Iyalah bukan salah aku, dia yang selalu mempermainkan ku dengan telatahnya mengusik tidak kira masa.
“Apa sebab Miera cakap begitu macam pernah kecewa je”usiknya sambil tersenyum.Bila dia tersenyum matanya mengecil serupa dengan Dr. Syed Muzaffar calon angkasawan Malaysia tu.
“Ke situ pula “aku rasa muka ni tidak tahu hendak taruh dimana.Perasaan malu menyapa diri ku iyalah pasal orang lain aku yang sibuk-sibuk tak pasal-pasal terkena batang hidung sendiri.
“Miera jangan fikir macam itu masih ada lelaki yang sejati di muka bumi ni, jangan kerana seorang lelaki buat hal Miera dah anggap semuanya sama.Bagaimana pula kalau perempuan buat macam tu jadi saya kena buat anggapan macam Miera ke?. Kalau semua orang buat begitu tidak berkembang umat Muhammad ni sayang oii…...”amboi dah jadi ustaz pula lelaki ni.Malas aku hendak layan lelaki ni.
“Pagi esok saya ambil Miera ye”dia dah mula buat perangai pula.
“Tidak mengapalah Shah saya pergi sendiri” janganlah dia paksa aku buat benda yang aku tidak suka.Kalau dia datang pagi esok mesti bergegar rumah aku tu dengan pertanyaan dari mama dan abang.
“Motor Miera masih di pejabat lagi kan jadi esok saya datang ambil Miera kemudian kita pergi sarapan bersama dan baru ke pejabat.”kenapalah lelaki ni suka buat macam ni pada ku.
“Janganlah begini Shah, saya tidak mahu nanti macam-macam gossip boleh di dengar bila kita datang bersama”luah ku.Aku takut lelaki ini akan tersinggung dengan luahan ku.
“Biarlah mereka hendak bergosip apa salahnya lelaki sejati hendak bersama dengan Miera”kerling matanya bersama senyuman di bibir. Perasan punya lelaki rasa hendak ku cekik batang lehernya.
“Shahhhh….”geram sungguh dengan perangainya.
“Iya sayang….”bahasa apa yang hendak ku cakap lagi aku sendiri tak tahu.Akhirnya aku mendiamkan diri.
“Kalau esok Miera hendak datang sendiri saya tidak kisah tetapi Miera kena berjanji dengan saya.”aku memandang padanya yang masih tenang memandu.
“Janji apa?”tanya ku tidak sabar.
“Boleh percaya ke janji Miera ni?”Dia pula main tarik tali dengan ku.
“Miera janji…”ikrar ku.Lelaki itu tersenyum dengan telatah ku yang bagai anak kecil saja.Baru aku perasan yang aku membahasakan nama dengannya.Lantaklah…….
“Kalau begitu Miera janji kena keluar dengan saya hari minggu ini”aduhhhhh aku dah terjerat dan lelaki itu tertawa dengan muka ku yang terkulat-kulat…….

…………………………………………………………………………………………………………………

Kerana perjanjian inilah aku berada di sini di sisi lelaki ini.Ketika lelaki itu mengambil aku di rumah mama yang menyambutnya.Ayah dan abang hanya tersenyum memandangku.Aku terpaksa memaniskan muka bila di depan mereka.Iyalah tak kan aku hendak buat muka masam nanti apa pula anggapan mereka tentang kami.
“Mieerrraa…”lemasnya aku bila dia menyebut nama ku.
“Mieerraa…..”sekali lagi dia menutur namaku, rasa nak terjun dari tingkap kereta ini.
“Saya…”ku jawab sepatah.
“Kenapa tunjuk muka begitu, macam tidak ikhlas saja.”keluh lelaki itu.
“Mana ada, Miera tidak tahu hendak berbual tentang apa”aku cuba berdalih.
“Betul ke ni atau kerana terpaksa “duga lelaki ini.
“Shahhh…..”lelaki ini sudah mula hendak menaikkan darah ku.
“Iya sayang…”selamba je muka dia bercakap.
“Saya hendak cakap sikit, boleh tak awak jangan panggil saya sayang?”protes ku sambil menarik-narik tali pinggang keselamatan.
“Dah saya sayang dengan Miera nak buat macam mana”lelaki itu boleh bercakap begitu dengan ku dengan muka yang tenang saja.Agaknya kalau aku ni dalam cerita kartun mesti dah nampak api atas kepala ku.
“Shah kenapa lah awak macam ni…”aku dah tiada kata-kata untuk mengambarkan tentang angin ku.
“Kenapa dengan saya? “tanyanya pelik.
“Dahlah malas saya hendak layan awak” aku mengambil keputusan berdiam diri.
“Kalau marahkan saya pun janganlah sampai tarik tali tu macam nak putus”aku terasa tersindir dengan kata-katanya.
“Habis awak tak puas hati” nada suara ku tinggi. Aku tidak tahu kenapa aku bercakap demikian.
“Miera kalau awak tidak mahu keluar dengan saya cakap sajalah tidak perlu menengking-nengking begini”angin dia pula naik.Serta merta dia memberhentikan keretanya di tepi jalan tanpa memberi signal pun.Bertalu-talu hon di bunyikan oleh pemandu di belakang.Ku kerling wajahnya ada sedikit tegang.Takut juga aku buatnya dia campak aku ke gaung di bawah tu tidak siapa yang tahu.
“Dahlah mari kita balik”ujarnya.Ada sedikit sesal di dadaku.Aku tahu yang bersalah adalah aku.
“Shahhhh….Miera minta maaf”aku cuba berlembut tetapi dia masih membisu sambil matanya tenang memandu.
“Shahhh…..”rayu ku tetapi dia tetap begitu.
“Shahhh…dengar tak ni Miera minta maaf..”terasa berat dadaku bila suaranya masih tiada kedengaran.
“Shahhh…plssss”terasa airmata ku bagai hendak gugur tapi ku cuba menahannya. Bumbung rumah ku sudah kelihatan tetapi lelaki ini tetap begitu masih membisu.Ketika dia memberhentikan keretanya wajahnya tetap tenang tanpa sepatah kata.
“Shahhhh…..jangan buat Miera begini”terasa sesuatu mengalir di pipiku.Entah kenapa aku menangis kerana lelaki ini.Bila dia masih membekukan diri aku mengambil keputusan untuk turun dan dia langsung tidak memandangku.Dia terus memecut keretanya tanpa mengucap apa-apa pada ku.Aku hanya membatu di situ dan ketika aku hendak melangkah ku lihat ada tin coca-cola.Aku terus menendangnya untuk melepaskan kemarahanku tetapi ku tahu itu adalah tangisanku.

Mama terperanjat melihat kelibat ku yang tidak sampai setengah jam sudah berada di depan matanya semula.
“Cepat Miera balik?”aku tahu mama mesti akan bertanya.
“Shah ada kerja penting yang hendak di selesaikan”aku cuba menutup keresahan hati.
“Iya ke?”aku tahu mama mesti tidak puas hati.
“Iyalah Ma, ok lah Miera hendak naik atas”aku terus berlalu tanpa memandang mama.Aku takut mama dapat mengesan kekeruhan di wajahku.
“Kenapa dengan anak awak tu Maz?” ayahnya bersuara bila terpandang wajah yang keruh anak daranya.
“Entahlah bang, Maz pun tak tahu.Tidak sampai setengah jam dah balik ni mesti ada apa-apa”getus mamanya.
“Abang pun tidak tahu apa nak buat dengan Miera ni”keluh ayahnya
“Abang, kalau Maz buat sesuatu dengan hubungan Miera dan Shah boleh tak?”mamanya meminta kebenaran ayahnya.
“Kalau hubungan yang baik abang tidak kisah”tersenyum mamanya bila mendengar keizinan ayahnya.Mamanya terus mencapai telefon dan mendail nombor yang memang sudah tersemat di fikirannya.
“Asalamualaikum Min”mamanya berbicara dengan suara di hujung talian.
“Walaikumsalam Maz, aku baru hendak telefon kau”memang ada keserasian antara dua wanita ini.
“Apa hal kau nak telefon aku Min?”tanya mamanya.
“Ni pasal anak teruna aku hahh….yang kau pula pasal apa telefon aku?”suara di sana bertanya.
“Pasal anak dara aku lah, muka monyok semacam baru setengan jam keluar dah balik”terang mamanya.
“Haiiii……sama je dengan anak teruna aku, dua-dua monyok ni mesti ada kes”suara di sana meneka.
“Apa kata kita buat rancangan untuk mereka berdua ni”suara di sana menambah.
“Aku tak kisah lampu hijau pun dah di tangan”tak sangka rancangan mamanya sama dengan suara di sana dan kedua-dua wanita itu pun mengatur rancangan mereka tanpa pengetahuan anak dara dan teruna mereka.

Kenangan lalu 3

hayati
hay86_animax@yahoo.com

8
“Zif ! kau tak apa-apa ke?” Tanya Zafriel yang perasan akan perubahan pada diri Razis.
Razis tidak menjawab, hanya menggelengkan kepala sahaja .
“Kalau kau ada masalah cakaplah pada aku, kitakan dah lama kenal, aku kan dah anggap kau macam adik aku sendiri.”
“Kan aku dah kata tak ada. Jangan bimbang, apahal lah kau melankolik sangat ni? Jom lah kita balik dah jauh malam ni, esokkan kita nak tengok rumah kau pulak.”
Zafriel hanya mengangguk dan menurut. Dalam perjalanan pulang Razis hanya membisu dan kebisuan Razis itu membuatkan Zafriel tidak selesa.
“Zif, kau okey ke?aku tengok kau macam ada masalah aje, lepas kau habis cakap dengan Hafiszul tadi?” Tanya Zafriel memecahkan kesunyian malam.
“Aku okey . Cuma aku terfikir apa yang dia nak cakap pada aku sebenarnya.”
“Kan dia bagitahu kau , yang dia tak ada apa-apa nak cakap, dia melawak aje tu!”
“Kau tak kenal lagi dengan P-Jo tu, dia takkan cakap perkara yang sia-sia.”
“Habis tu, kau rasa dia ada rahsia nak bagi tahu kau?”
“Aku fikir ,macam ada aje.” Razis termenung. Penyakit yang sebelum ini ada pada Zafriel, bertukar kepada Razis.
“Macam ni lah esok kau pergi jumpa dia, kau tanya terus pada dia.”
“Esok kan kita nak pergi tengok rumah kau.”
“Tak apalah, aku pergi dengan ayah kau .”
“Baik jugak kau ye?”
“Baru tahu ke?”
“Aku puji sikit aje, kau dah lebih – lebih.”
Mereka berdua tersenyum bersama. Zafriel meluncur laju tanpa sebarang kata. Akhinya mereka sampai ke rumah dan masing –masing keletihan dan masuk tidur.Zafriel membuka daun pintu biliknya dan terus lambungkan tubuhnya yang susuk itu ke tilam yang disangka empuk seprti tilam dalam biliknya. Dia lupa seketika yang kini dia berada di rumah Razis.
“Aduh ! sakitnya.”
Jeritan Zafriel didengari Razis. Cepat-cepat Razis menerjah ke bilik Zafriel.
“Kenapa dengan kau ni, Zaf?”
Belum sempat lagi Zafriel membuka mulut,Razis terus meneka.
“Aku tahu, kau ingat tilam ni empuk macam di rumah kau kan?”
“Ehm..” Zafriel mengangguk.
“Padan muka kau,jadi moral of the story?”
“Jangan samakan tempat orang dengan tempat kita.”
“Ha.. pandai pun!”
“Tengok orang lah.”
“Malaslah aku nak layan kau? Tidurlah, esok kau ada aktiviti lain pulak.”



9
Pagi esoknya seperti yang di rancang, Zafriel dan Pak Mat bertolak ke rumah Zafriel di kampung Jelutong Kota, di situlah nanti Zafriel akan menetap sementara menunggu projeknya siap.
“Zafriel nak bangunkan kawasan sawah yang ada di kampung tu ke? Tanya Pak Mat dengan
beria-ia.
“Ha’ah.ayah saya ,dia nak bina bangunan di situ untuk peniaga berniaga dan sekaligus untuk kemudahan penduduk setempat, mereka nanti tak lah susah – susah nak jalan jauh – jauh pergi ke bandar.” Jelas Zarief.
“Ooo .. macam tu, nanti bolehlah Pak Cik berniaga jugak.”
“Buat apa Pak Cik nak berniaga? Razis kan dah ada?”Pintas Zafriel.
“Memanglah si Razis tu dah ada, tapi Pak Cik bosan duduk terperuk di rumah tu, tanpa buat apa-apa.”
“Tapi Pak Cik , projek ni lambat lagi nak siap.”
“Ha’ah,tak terfikir pulak Pak Cik.”
Mereka ketawa sama-sama. Setelah 30 minit perjalanan, akhirnya mereka sampai .
“Sini ke Pak Cik tempatnya?” Tanya Zafriel.
“Kalau mengikut alamatnya, kat sinilah.”
Zafriel rasa terkejut apabila melihat keadaan persekitaran rumah yang bakal di dudukinya itu bersih dan terurus.
“Pak Cik tak rasa hairan ke, kenapa rumah ni bersih, rapi, macam- macam lagi lah pakcik?”
“Apa yang nak di hairan?”
“Yelah seingat saya, saya baru je sampai sini, pulak tu ini kali pertama saya ke sini. Tapi pak cik tengoklah bersih semacam je?” Terang Zafriel.
“Kau rabun ke Zafriel? Kau tak nampak ke rumah orang penuh kat sini?”
“Apa Pak Cik cakap ni, yang saya maksudkan kat rumah saya ni.”
“Pak Cik tahu, Pak Cik acah kau aje.”
“Pak Cik ni sama dengan Razis, asyik nak memperkenakan saya aje.”
“Kemana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.”
Zafriel ketawa dengan karenah Pak Mat yang melucukan. Baginya Razis bertuah kerana memiliki seorang ayah seperti Pak Mat. Kadang –kadang Zafriel terfikir kenapa ayahnya tak macam Pak Mat. Walaupun hidup Zafriel mewah dengan harta tapi keluarganya tandus dengan kasih sayang. Zafriel dapat rasakan yang dia cemburu apabila melihat kemesraan keluarga Razis.
“Kenapa ni Zafriel? menung aje? terasa dengan kata-kata Pak Cik tadi ke?”
“Tak ada lah Pak Cik.”
“Habis tu kenapa Pak Cik tengok Zafriel senyap je?”
“Ingat keluarga Pak Cik.”Zafriel berterus terang.
“Zafriel boleh balik hujung minggu ni kan? tak pun Zafriel telefon aje, sekarang kan zaman teknologi.”
“Ha’ah, Pak Cik betul tu, kenapa saya tak terfikir pulak.”
“Orang tengah sedih, panjang akal pun akan jadi pendek.”
“Dahlah tu, jom kita masuk tengok keadaan di dalam pulak?” Ajak Pak Mat.
Mereka berdua turun dari kereta milik Zafriel dan berjalan menuju masuk ke dalam rumah. Zafriel sekali lagi terkejut, begitu juga dengan Pak Mat apabila melihat keadaan dalam rumah yang begitu bersih dan tersusun. Mereka berdua saling berpandangan tanda mereka tidak mengerti dengan apa yang berlaku dalam rumah itu sekarang. Tiba-tiba Pak Mat terdengar sesuatu datang dari arah dapur.
“Zafriel dengar tak, apa yang Pak Cik dengar?”tanya Pak Mat.
“Dengar apa Pak Cik?”
“Cuba Zafriel dengar elok-elok.”
“Ha;ah lah Pak Cik, kot-kot kat dalam rumah ni ada …..”
“Ishh..jaga sikit mulut tu Zafriel, jangan cabul sangat.”
“Jomlah .kita pergi tengok apa yang ada kat dapur tu?”Kata Pak Mat.
Pak Mat dan Zafriel berjalan perlahan menuju ke dapur. Mereka melihat sekujur tubuh yang sedang sibuk menyiapkan makanan tengah hari .
“Awak siapa?”Tanya Zafriel kepada perempuan itu.
“Saya Nurul Ain, saya bekerja kat sini.”Terang Ain
“Aik, pelik? siapa yang suruh awak kerja kat sini?” Tanya Zarief
“Dato Muhamad yang suruh saya jaga rumah ini, sementara anaknya datang tinggal di sini.”
“Macam tu ke? Pak cik ingat kan anak ni …..”
“Taklah Pak Cik.”
“Kalau macam tu Pak Cik minta maaf .”
“Tak apa-apa.”
“Mari Pak Cik perkenalkan, inilah anak Dato’ Mohamad, kenalkan ini Zafriel Zafwan .”Pak Mat menunding jari ke arah Zafriel.
Zafriel dan Ain saling berpandangan dan melempar sekuntum senyuman tanda awal perkenalan. Wajah Ain yang agak keletihan ditenung oleh Zafriel. Zafriel tidak sesekali melepaskan peluang yang ada didepannya, dia mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan Ain, namun niatnya itu tidak kesampaian apabila telefonnya berbunyi.
“Ish, masa nilah dia nak berbunyi?” Zafriel mengomel.
Zafriel menjawab panggilan itu apabila mendapati nama LINDA yang terpapar di skrin handphonenya itu.
“Astaghfirullahala’zim” Zafriel istighfar kerana menyedari kesilapannya yang dia sendiri tidak sedar kenapa dia bertindak sebegitu. Perbualan antara mereka berdua agak lama, padahal tiada yang penting untuk dibualkan. Zafriel merasakan dirinya pelik selepas ……………..


**********************

10
Razis yang tidak mengikut Zafriel dan ayahnya ke kampung itu, meneruskan hasratnya untuk berjumpa dengan kawan lamanya ,Hafiszul. Setelah setengah jam perjalanan akhirnya Razis sampai di rumah kawannya itu. Razis disambut baik oleh sahabatnya itu bersama seorang gadis yang amat dikenali oleh Razis. Razis cuba menyembunyikan perasaannya yang terkejut itu dari pengetahuan Hafiszul. Pada Razis biarlah cerita itu dia dan gadis itu sahaja yang tahu. Razis tidak mahu hanya kerana kisah lama itu hubungan persahabatannya dengan Hafiszul yang hampir 20 tahun itu renggang.
“Zif , apa mimpi kau datang rumah aku pagi-pagi lagi ni?”
“Aik, pelik aku ? bukan ke kau yang suruh aku datang sini semalam? Kalau macam tu aku balik lah.” Kau ni dah jadi pelupa ke? Dah nyanyuk ek?”seloroh Razis panjang lebar.
“ Takkan kau dah marah aku Zis, aku kan memang macam ni. Kau tu yang dah lupa. Itu lah siapa suruh tak balik kampung?.”
“Aku balik apa ni, kalau aku tak balik kau tak nampak aku kat sini?”
“Baiklah, menang kau lah Zis, memang sejak dulu lagi aku akan kalah dengan kau.”
“Tapi kali ni kau dah menang sahabat ku.” Razis berkata sendiri.
“Apa Zis ?”
“Tak ada apa – apalah, aku cakap kita dah lama borak, bila lagi kau nak kenalkan aku dengan suri hidup kau?”
“Oopss…lupa lah pulak. Kau tunggu kejap aku panggilkan dia?”
“Aik , kenapa nak pergi panggil, kan ada kat depan tu aje?” Razis di buru tanda tanya.
Tidak berapa lama Hafiszul kembali ke ruang tamu untuk perkenalkan isterinya itu kepada Razis.
“Zis, aku perkenalkan inilah isteri aku yang tercinta, Siti Sarah.” Jelas Hafiszul
Razis hanya melemparkan senyuman kepada isteri sahabatnya itu, tanda perkenalan mereka. Razis memanjat kesyukuran kerana gadis yang dilihat bersama sahabatnya tadi itu bukan seperti yang di fikir-fikirkannya. Ini bermakna dia masih punya harapan
“Zul, jadi tu siapa?” tanya Razis sambil mulutnya dimuncungkan ke arah gadis yang sibuk di laman rumah.
“Takkan kau dah lupa, itukan Ain rakan sekolah kau dulu. Dialah buah hati pengarang jantung aku sekarang.”
“Maksud kau?” Tanya Razis inginkan kepastian
“Maksud aku, dia sekarang satu-satunya adik aku sekarang.”
“Makin aku tak faham, setahu aku kau mana ada adik, adik perempuan pulak tu!”
“Kau ni Zis, makin lama makin bengap lah, macam ni…Ain tu aku ambil dia jadi adik angkat aku selepas ayahnya meniggal, ak…..
Belum sempat Hafiszul meneruskan ceritanya itu, tiba-tiba ………
“MENINGGAL!?” Teriak Razis tanda dia terkejut
“Ish, Zis perlahan sikit, nanti Ain dengar.” Hafiszul menyuruh Razis perlahankan suaranya sambil jari telunjuknya di letakkan di bibirnya.
“Bila? Macam mana? Kenapa tak bagitahu aku?” Tanya Razis bertubi-tubi
“Kalau ya pun tanyalah satu-satu, macam mana aku nak jawab serentak mulut aku ni ada satu je.”
“Cepatlah citer aku tak sabar ni?”Razis memaksa.
“ Baiklah….macam ni, selepas kau larikan diri ke Kuala Lumpur, selang beberapa hari ayah Ain diserang sakit jantung dengan tiba-tiba, Ain minta tolong aku hantar ayahnya ke hospital, tapi masa tu kereta aku pulak yang buat hal, kami cuba tanya orang kampung tetapi seorang pun tak endahkan, akhirnya ayah Ain menghembuskan nafas yang terakhir dalam pangkuan ibu Ain. Sejak itu hidup mereka susah. Zif, boleh tak kau bagi aku peluang bernafas, mulut aku pun nak kena isi minyak jugak kan.” Gurau Hafiszul.
Sebelum meneruskan ceritanya itu Hafiszul membasahi tengkuknya yang kering itu dengan segelas air kosong.
“ Dah isi minyak kan?”Tanya Razis
Hafiszul hanya mampu mengangguk. Hafiszul terpaksa bersabar dengan sikap sahabatnya itu yang tidak sabar untuk mengetahui hal yang telah berlaku 2 tahun yang lepas.
“Habis tu apa lagi yang kau tunggu! cepat lah!.” Razis terus memberontak.
“Ya lah, ya lah…sabarlah sikit, erm….selepas ayahnya pergi, ibunya terpaksa bekerja untuk meneruskan kehidupan mereka dua beranak. Mak cik Zaleha membuat kuih manakala Ain yang jual kuih itu. Ain jual kuihnya itu kepada Pak Mail. Tiap –tiap pagi itulah kerja Ain sampailah sekarang.”
“ Jadi sebab tulah kau ambil dia jadi adik angkat kau ye?
“ Ha’ah. Biasalah aku kan baik .”
Razis berasa lega setelah mendengar cerita itu sampai habis, baginya dia tak perlu bimbang kerana dia masih ada peluang untuk memilik hati putih milik Nurul Ain.
“ Zif, tadi masa mula-mula sampai aku tengok muka kau macam terkejut aje, kenapa?”
Razis yang tadi berasa tenang kembali kalut apabila mendengar soalan yang terpacul keluar dari mulut Hafiszul. Razis cuba mencari alasan yang kukuh untuk diberikan kepada Hafiszul kerana dia tahu benar dengan perangai Hafiszul yang pandai mengorek rahsia.
“Tak ada apa-apa, tadi aku terkejut tengok Ain lah, aku ingatkan dia tu isteri kau?” ‘kalau lah Ain tu isteri kau meranalah aku’. Razis bersuara perlahan.
“Kenapa? Tak sepadan ke aku dengan Ain tu?” Hafiszul mengacah
“Bukan tak sepadan tapi tak sesuai langsung” Sambung Razis.
Mereka ketawa bersama. Razis melihat jam di tangan kanannya setelah meyedari yang dia sudah lama berada di situ, Razis bercadang untuk mengundur diri, tetapi disekat oleh Hafiszul.
“ Kau tak payah pulang dulu, makan tengah hari kat sini, bila lagi kau nak makan dengan aku, tambahan pula kau tak pernah rasa masakan adik aku tu sedap tau!”
Mendengar sahaja perkataan’adik’ Razis terus setuju. Memang betul pun kata sahabatnya itu, walaupun sudah lama kenal dengan Ain tapi dia belum pernah bertegur sapa apalagi merasa masakan Ain. Inilah satu-satunya peluang yang tidak harus dilepaskan, satu peluang yang terbuka di depan mata. Sementara menunggu masakan tengah hari, Hafiszul dan Razis rancak berbual manakala dua orang hawa sibuk di dapur. Tidak berapa lama selapas itu, makanan sedia terhidang . Ain memanggil abangnya untuk makan.Razis berasa sedikit terkilan kerana namanya masih asing dibibir Ain. Razis dipelawa makan oleh Hafiszul. Mereka bertiga melangkah perlahan menuju ke dapur. Razis hanya bisu tanpa kata di meja makan , dia hanya menikmati makanan tengah hari itu. Keadaan nya itu disedari oleh Hafiszul.
“Aii, Zis ! senyap je, biasanya mulut kau yang bising sekali , tak ada isyarat untuk berhenti, tapi ni diam aje?” Sakat Hafiszul yang memang suka mengenakan Razis sejak zaman sekolah lagi.
“Inikan masa makan , mulut aku nak juga berehat . Biar mulut aku makan dulu sebelum dia terus bekerja, nanti bila mulut aku mula bekerja kau yang tak tahan pula.”
Siti sarah dan Ain hanya tersenyum melihat gelagat dua sahabat itu. Sarah menyenangi keakraban dua sahabat itu, namun jauh di sudut hatinya dia berasa sedikit kecewa dengan kawan – kawannya yang sudah berjauhan darinya.
“Kemana lah perginya kawan –kawan aku.”Siti Sarah kesal dengan sikap kawan –kawannya yang tak pernah membalas mesej darinya. Hafiszul merenung tajam mata isterinya yang hiba itu.
“Sar, kenapa ni. Abang tengok Sar macam ada masalah je, marah abang ke?”
“ Tak adalah .”
“ Manalah tahu Sar marah kat abang sebab abang tak puji masakan Sar hari ni.”
“Ishhh..abang ni merepek je lah.”
Akhirnya berjaya juga Hafiszul mengembalikan senyuman yang hilang tadi kepada isterinya. Hafiszul juga berasa gembira apabila isteri yang dicintai itu gembira. Baginya Siti Sarah adalah satu pemberian yang tidak ternilai dalam hidupnya . Hafiszul tidak dapat membayangkan dirinya tanpa Siti Sarah di sisi. Hafiszul masih lagi ingat pertemuan pertamanya dengan Siti Sarah.


***************