hayati
hay86_animax@yahoo.com
8
“Zif ! kau tak apa-apa ke?” Tanya Zafriel yang perasan akan perubahan pada diri Razis.
Razis tidak menjawab, hanya menggelengkan kepala sahaja .
“Kalau kau ada masalah cakaplah pada aku, kitakan dah lama kenal, aku kan dah anggap kau macam adik aku sendiri.”
“Kan aku dah kata tak ada. Jangan bimbang, apahal lah kau melankolik sangat ni? Jom lah kita balik dah jauh malam ni, esokkan kita nak tengok rumah kau pulak.”
Zafriel hanya mengangguk dan menurut. Dalam perjalanan pulang Razis hanya membisu dan kebisuan Razis itu membuatkan Zafriel tidak selesa.
“Zif, kau okey ke?aku tengok kau macam ada masalah aje, lepas kau habis cakap dengan Hafiszul tadi?” Tanya Zafriel memecahkan kesunyian malam.
“Aku okey . Cuma aku terfikir apa yang dia nak cakap pada aku sebenarnya.”
“Kan dia bagitahu kau , yang dia tak ada apa-apa nak cakap, dia melawak aje tu!”
“Kau tak kenal lagi dengan P-Jo tu, dia takkan cakap perkara yang sia-sia.”
“Habis tu, kau rasa dia ada rahsia nak bagi tahu kau?”
“Aku fikir ,macam ada aje.” Razis termenung. Penyakit yang sebelum ini ada pada Zafriel, bertukar kepada Razis.
“Macam ni lah esok kau pergi jumpa dia, kau tanya terus pada dia.”
“Esok kan kita nak pergi tengok rumah kau.”
“Tak apalah, aku pergi dengan ayah kau .”
“Baik jugak kau ye?”
“Baru tahu ke?”
“Aku puji sikit aje, kau dah lebih – lebih.”
Mereka berdua tersenyum bersama. Zafriel meluncur laju tanpa sebarang kata. Akhinya mereka sampai ke rumah dan masing –masing keletihan dan masuk tidur.Zafriel membuka daun pintu biliknya dan terus lambungkan tubuhnya yang susuk itu ke tilam yang disangka empuk seprti tilam dalam biliknya. Dia lupa seketika yang kini dia berada di rumah Razis.
“Aduh ! sakitnya.”
Jeritan Zafriel didengari Razis. Cepat-cepat Razis menerjah ke bilik Zafriel.
“Kenapa dengan kau ni, Zaf?”
Belum sempat lagi Zafriel membuka mulut,Razis terus meneka.
“Aku tahu, kau ingat tilam ni empuk macam di rumah kau kan?”
“Ehm..” Zafriel mengangguk.
“Padan muka kau,jadi moral of the story?”
“Jangan samakan tempat orang dengan tempat kita.”
“Ha.. pandai pun!”
“Tengok orang lah.”
“Malaslah aku nak layan kau? Tidurlah, esok kau ada aktiviti lain pulak.”
9
Pagi esoknya seperti yang di rancang, Zafriel dan Pak Mat bertolak ke rumah Zafriel di kampung Jelutong Kota, di situlah nanti Zafriel akan menetap sementara menunggu projeknya siap.
“Zafriel nak bangunkan kawasan sawah yang ada di kampung tu ke? Tanya Pak Mat dengan
beria-ia.
“Ha’ah.ayah saya ,dia nak bina bangunan di situ untuk peniaga berniaga dan sekaligus untuk kemudahan penduduk setempat, mereka nanti tak lah susah – susah nak jalan jauh – jauh pergi ke bandar.” Jelas Zarief.
“Ooo .. macam tu, nanti bolehlah Pak Cik berniaga jugak.”
“Buat apa Pak Cik nak berniaga? Razis kan dah ada?”Pintas Zafriel.
“Memanglah si Razis tu dah ada, tapi Pak Cik bosan duduk terperuk di rumah tu, tanpa buat apa-apa.”
“Tapi Pak Cik , projek ni lambat lagi nak siap.”
“Ha’ah,tak terfikir pulak Pak Cik.”
Mereka ketawa sama-sama. Setelah 30 minit perjalanan, akhirnya mereka sampai .
“Sini ke Pak Cik tempatnya?” Tanya Zafriel.
“Kalau mengikut alamatnya, kat sinilah.”
Zafriel rasa terkejut apabila melihat keadaan persekitaran rumah yang bakal di dudukinya itu bersih dan terurus.
“Pak Cik tak rasa hairan ke, kenapa rumah ni bersih, rapi, macam- macam lagi lah pakcik?”
“Apa yang nak di hairan?”
“Yelah seingat saya, saya baru je sampai sini, pulak tu ini kali pertama saya ke sini. Tapi pak cik tengoklah bersih semacam je?” Terang Zafriel.
“Kau rabun ke Zafriel? Kau tak nampak ke rumah orang penuh kat sini?”
“Apa Pak Cik cakap ni, yang saya maksudkan kat rumah saya ni.”
“Pak Cik tahu, Pak Cik acah kau aje.”
“Pak Cik ni sama dengan Razis, asyik nak memperkenakan saya aje.”
“Kemana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.”
Zafriel ketawa dengan karenah Pak Mat yang melucukan. Baginya Razis bertuah kerana memiliki seorang ayah seperti Pak Mat. Kadang –kadang Zafriel terfikir kenapa ayahnya tak macam Pak Mat. Walaupun hidup Zafriel mewah dengan harta tapi keluarganya tandus dengan kasih sayang. Zafriel dapat rasakan yang dia cemburu apabila melihat kemesraan keluarga Razis.
“Kenapa ni Zafriel? menung aje? terasa dengan kata-kata Pak Cik tadi ke?”
“Tak ada lah Pak Cik.”
“Habis tu kenapa Pak Cik tengok Zafriel senyap je?”
“Ingat keluarga Pak Cik.”Zafriel berterus terang.
“Zafriel boleh balik hujung minggu ni kan? tak pun Zafriel telefon aje, sekarang kan zaman teknologi.”
“Ha’ah, Pak Cik betul tu, kenapa saya tak terfikir pulak.”
“Orang tengah sedih, panjang akal pun akan jadi pendek.”
“Dahlah tu, jom kita masuk tengok keadaan di dalam pulak?” Ajak Pak Mat.
Mereka berdua turun dari kereta milik Zafriel dan berjalan menuju masuk ke dalam rumah. Zafriel sekali lagi terkejut, begitu juga dengan Pak Mat apabila melihat keadaan dalam rumah yang begitu bersih dan tersusun. Mereka berdua saling berpandangan tanda mereka tidak mengerti dengan apa yang berlaku dalam rumah itu sekarang. Tiba-tiba Pak Mat terdengar sesuatu datang dari arah dapur.
“Zafriel dengar tak, apa yang Pak Cik dengar?”tanya Pak Mat.
“Dengar apa Pak Cik?”
“Cuba Zafriel dengar elok-elok.”
“Ha;ah lah Pak Cik, kot-kot kat dalam rumah ni ada …..”
“Ishh..jaga sikit mulut tu Zafriel, jangan cabul sangat.”
“Jomlah .kita pergi tengok apa yang ada kat dapur tu?”Kata Pak Mat.
Pak Mat dan Zafriel berjalan perlahan menuju ke dapur. Mereka melihat sekujur tubuh yang sedang sibuk menyiapkan makanan tengah hari .
“Awak siapa?”Tanya Zafriel kepada perempuan itu.
“Saya Nurul Ain, saya bekerja kat sini.”Terang Ain
“Aik, pelik? siapa yang suruh awak kerja kat sini?” Tanya Zarief
“Dato Muhamad yang suruh saya jaga rumah ini, sementara anaknya datang tinggal di sini.”
“Macam tu ke? Pak cik ingat kan anak ni …..”
“Taklah Pak Cik.”
“Kalau macam tu Pak Cik minta maaf .”
“Tak apa-apa.”
“Mari Pak Cik perkenalkan, inilah anak Dato’ Mohamad, kenalkan ini Zafriel Zafwan .”Pak Mat menunding jari ke arah Zafriel.
Zafriel dan Ain saling berpandangan dan melempar sekuntum senyuman tanda awal perkenalan. Wajah Ain yang agak keletihan ditenung oleh Zafriel. Zafriel tidak sesekali melepaskan peluang yang ada didepannya, dia mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan Ain, namun niatnya itu tidak kesampaian apabila telefonnya berbunyi.
“Ish, masa nilah dia nak berbunyi?” Zafriel mengomel.
Zafriel menjawab panggilan itu apabila mendapati nama LINDA yang terpapar di skrin handphonenya itu.
“Astaghfirullahala’zim” Zafriel istighfar kerana menyedari kesilapannya yang dia sendiri tidak sedar kenapa dia bertindak sebegitu. Perbualan antara mereka berdua agak lama, padahal tiada yang penting untuk dibualkan. Zafriel merasakan dirinya pelik selepas ……………..
**********************
10
Razis yang tidak mengikut Zafriel dan ayahnya ke kampung itu, meneruskan hasratnya untuk berjumpa dengan kawan lamanya ,Hafiszul. Setelah setengah jam perjalanan akhirnya Razis sampai di rumah kawannya itu. Razis disambut baik oleh sahabatnya itu bersama seorang gadis yang amat dikenali oleh Razis. Razis cuba menyembunyikan perasaannya yang terkejut itu dari pengetahuan Hafiszul. Pada Razis biarlah cerita itu dia dan gadis itu sahaja yang tahu. Razis tidak mahu hanya kerana kisah lama itu hubungan persahabatannya dengan Hafiszul yang hampir 20 tahun itu renggang.
“Zif , apa mimpi kau datang rumah aku pagi-pagi lagi ni?”
“Aik, pelik aku ? bukan ke kau yang suruh aku datang sini semalam? Kalau macam tu aku balik lah.” Kau ni dah jadi pelupa ke? Dah nyanyuk ek?”seloroh Razis panjang lebar.
“ Takkan kau dah marah aku Zis, aku kan memang macam ni. Kau tu yang dah lupa. Itu lah siapa suruh tak balik kampung?.”
“Aku balik apa ni, kalau aku tak balik kau tak nampak aku kat sini?”
“Baiklah, menang kau lah Zis, memang sejak dulu lagi aku akan kalah dengan kau.”
“Tapi kali ni kau dah menang sahabat ku.” Razis berkata sendiri.
“Apa Zis ?”
“Tak ada apa – apalah, aku cakap kita dah lama borak, bila lagi kau nak kenalkan aku dengan suri hidup kau?”
“Oopss…lupa lah pulak. Kau tunggu kejap aku panggilkan dia?”
“Aik , kenapa nak pergi panggil, kan ada kat depan tu aje?” Razis di buru tanda tanya.
Tidak berapa lama Hafiszul kembali ke ruang tamu untuk perkenalkan isterinya itu kepada Razis.
“Zis, aku perkenalkan inilah isteri aku yang tercinta, Siti Sarah.” Jelas Hafiszul
Razis hanya melemparkan senyuman kepada isteri sahabatnya itu, tanda perkenalan mereka. Razis memanjat kesyukuran kerana gadis yang dilihat bersama sahabatnya tadi itu bukan seperti yang di fikir-fikirkannya. Ini bermakna dia masih punya harapan
“Zul, jadi tu siapa?” tanya Razis sambil mulutnya dimuncungkan ke arah gadis yang sibuk di laman rumah.
“Takkan kau dah lupa, itukan Ain rakan sekolah kau dulu. Dialah buah hati pengarang jantung aku sekarang.”
“Maksud kau?” Tanya Razis inginkan kepastian
“Maksud aku, dia sekarang satu-satunya adik aku sekarang.”
“Makin aku tak faham, setahu aku kau mana ada adik, adik perempuan pulak tu!”
“Kau ni Zis, makin lama makin bengap lah, macam ni…Ain tu aku ambil dia jadi adik angkat aku selepas ayahnya meniggal, ak…..
Belum sempat Hafiszul meneruskan ceritanya itu, tiba-tiba ………
“MENINGGAL!?” Teriak Razis tanda dia terkejut
“Ish, Zis perlahan sikit, nanti Ain dengar.” Hafiszul menyuruh Razis perlahankan suaranya sambil jari telunjuknya di letakkan di bibirnya.
“Bila? Macam mana? Kenapa tak bagitahu aku?” Tanya Razis bertubi-tubi
“Kalau ya pun tanyalah satu-satu, macam mana aku nak jawab serentak mulut aku ni ada satu je.”
“Cepatlah citer aku tak sabar ni?”Razis memaksa.
“ Baiklah….macam ni, selepas kau larikan diri ke Kuala Lumpur, selang beberapa hari ayah Ain diserang sakit jantung dengan tiba-tiba, Ain minta tolong aku hantar ayahnya ke hospital, tapi masa tu kereta aku pulak yang buat hal, kami cuba tanya orang kampung tetapi seorang pun tak endahkan, akhirnya ayah Ain menghembuskan nafas yang terakhir dalam pangkuan ibu Ain. Sejak itu hidup mereka susah. Zif, boleh tak kau bagi aku peluang bernafas, mulut aku pun nak kena isi minyak jugak kan.” Gurau Hafiszul.
Sebelum meneruskan ceritanya itu Hafiszul membasahi tengkuknya yang kering itu dengan segelas air kosong.
“ Dah isi minyak kan?”Tanya Razis
Hafiszul hanya mampu mengangguk. Hafiszul terpaksa bersabar dengan sikap sahabatnya itu yang tidak sabar untuk mengetahui hal yang telah berlaku 2 tahun yang lepas.
“Habis tu apa lagi yang kau tunggu! cepat lah!.” Razis terus memberontak.
“Ya lah, ya lah…sabarlah sikit, erm….selepas ayahnya pergi, ibunya terpaksa bekerja untuk meneruskan kehidupan mereka dua beranak. Mak cik Zaleha membuat kuih manakala Ain yang jual kuih itu. Ain jual kuihnya itu kepada Pak Mail. Tiap –tiap pagi itulah kerja Ain sampailah sekarang.”
“ Jadi sebab tulah kau ambil dia jadi adik angkat kau ye?
“ Ha’ah. Biasalah aku kan baik .”
Razis berasa lega setelah mendengar cerita itu sampai habis, baginya dia tak perlu bimbang kerana dia masih ada peluang untuk memilik hati putih milik Nurul Ain.
“ Zif, tadi masa mula-mula sampai aku tengok muka kau macam terkejut aje, kenapa?”
Razis yang tadi berasa tenang kembali kalut apabila mendengar soalan yang terpacul keluar dari mulut Hafiszul. Razis cuba mencari alasan yang kukuh untuk diberikan kepada Hafiszul kerana dia tahu benar dengan perangai Hafiszul yang pandai mengorek rahsia.
“Tak ada apa-apa, tadi aku terkejut tengok Ain lah, aku ingatkan dia tu isteri kau?” ‘kalau lah Ain tu isteri kau meranalah aku’. Razis bersuara perlahan.
“Kenapa? Tak sepadan ke aku dengan Ain tu?” Hafiszul mengacah
“Bukan tak sepadan tapi tak sesuai langsung” Sambung Razis.
Mereka ketawa bersama. Razis melihat jam di tangan kanannya setelah meyedari yang dia sudah lama berada di situ, Razis bercadang untuk mengundur diri, tetapi disekat oleh Hafiszul.
“ Kau tak payah pulang dulu, makan tengah hari kat sini, bila lagi kau nak makan dengan aku, tambahan pula kau tak pernah rasa masakan adik aku tu sedap tau!”
Mendengar sahaja perkataan’adik’ Razis terus setuju. Memang betul pun kata sahabatnya itu, walaupun sudah lama kenal dengan Ain tapi dia belum pernah bertegur sapa apalagi merasa masakan Ain. Inilah satu-satunya peluang yang tidak harus dilepaskan, satu peluang yang terbuka di depan mata. Sementara menunggu masakan tengah hari, Hafiszul dan Razis rancak berbual manakala dua orang hawa sibuk di dapur. Tidak berapa lama selapas itu, makanan sedia terhidang . Ain memanggil abangnya untuk makan.Razis berasa sedikit terkilan kerana namanya masih asing dibibir Ain. Razis dipelawa makan oleh Hafiszul. Mereka bertiga melangkah perlahan menuju ke dapur. Razis hanya bisu tanpa kata di meja makan , dia hanya menikmati makanan tengah hari itu. Keadaan nya itu disedari oleh Hafiszul.
“Aii, Zis ! senyap je, biasanya mulut kau yang bising sekali , tak ada isyarat untuk berhenti, tapi ni diam aje?” Sakat Hafiszul yang memang suka mengenakan Razis sejak zaman sekolah lagi.
“Inikan masa makan , mulut aku nak juga berehat . Biar mulut aku makan dulu sebelum dia terus bekerja, nanti bila mulut aku mula bekerja kau yang tak tahan pula.”
Siti sarah dan Ain hanya tersenyum melihat gelagat dua sahabat itu. Sarah menyenangi keakraban dua sahabat itu, namun jauh di sudut hatinya dia berasa sedikit kecewa dengan kawan – kawannya yang sudah berjauhan darinya.
“Kemana lah perginya kawan –kawan aku.”Siti Sarah kesal dengan sikap kawan –kawannya yang tak pernah membalas mesej darinya. Hafiszul merenung tajam mata isterinya yang hiba itu.
“Sar, kenapa ni. Abang tengok Sar macam ada masalah je, marah abang ke?”
“ Tak adalah .”
“ Manalah tahu Sar marah kat abang sebab abang tak puji masakan Sar hari ni.”
“Ishhh..abang ni merepek je lah.”
Akhirnya berjaya juga Hafiszul mengembalikan senyuman yang hilang tadi kepada isterinya. Hafiszul juga berasa gembira apabila isteri yang dicintai itu gembira. Baginya Siti Sarah adalah satu pemberian yang tidak ternilai dalam hidupnya . Hafiszul tidak dapat membayangkan dirinya tanpa Siti Sarah di sisi. Hafiszul masih lagi ingat pertemuan pertamanya dengan Siti Sarah.
***************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan