Jumaat, Februari 22, 2008

Novel : Siapa Di Hatiku 4

Nama Pena : Pelangipagi05

Pukul sebelas pagi baru aku muncul di pejabat kerana terpaksa singgah di beberapa buah hotel untuk menemui pegawai yang bertugas bagi mendapatkan sebut harga untuk majlis jamuan tahunan.Aku lebih suka melihat sendiri tempatnya dari mendapatkan semua maklumat dari laman webnya.Ketika aku meletakkan helmet suasana agak kecoh entah apa yang berlaku.Kelihatan Wati berlari mendapatkan aku bila menyedari kehadiranku.
“Kenapa Wati apa yang sedang berlaku?”soal ku.
“Cik Miera tolong tengokkan Shikin dari tadi berkurung dalam tandas, puas kami pujuk dia tidak mahu keluar” tercungap-cungap Wati menerangkan.
“Dia buat apa kat dalam tu?” tanya ku hairan setahu ku Shikin jenis yang bukan suka mengadap cermin sentiasa.
“Pada mulanya tadi saya cari dia untuk tanyakan sesuatu tetapi tidak berjumpa kemudian bila saya ke tandas saya dengar orang menangis.Dari suara tu saya tahu Shikin yang menangis dan bila saya pujuk suruh buka pintu dia tidak mahu malah suara tangisannya semakin kuat.Kami di sini semuanya sudah berusaha memujuknya tapi satu pun dia tak layan.Tolonglah Cik Miera saya risau kalau dia cuba buat sesuatu” rayu Watie.
“Encik Safuan tahu ke hal ni?” aku takut kalau hal ini sampai ke pengetahuan pihak atasan.
“Semua dah tahu sebab masa kelam kabut tadi Encik Safuan turun dengan Tuan Megat”terang Wati.Aduh bagaimana aku hendak buat ni kalau Tuan Megat sendiri sudah mengetahui masalah ini.Aku melangkah masuk ke tandas yang sudah ramai menanti di sana.Nasib baik kelibat Encik Safuan dan Tuan Megat tidak kelihatan.Aku mengetuk pintu tandas yang Shikin duduk berkurung itu.Aku cuba berlembut dengannya dengan menasihati agar segera keluar dari situ tetapi tidak di endahkan.
“Minta maaf semua boleh tak kawan-kawan tinggalkan saya dengan Shikin di sini.”aku cuba meminta kerjasama dengan kawan-kawan ku.Nasib baiklah mereka memahaminya dan meninggalkan kami.
“Shikin, ini Miera. Saya hendak tanya apa sebab awak menangis.”aku cuba berlembut dengannya.
“Badrul tinggalkan saya” sedih suara Shikin dan dia menangis lagi.
“Habis tu awak nak menangis sampai seteruk ini kenapa”aku paling benci bila perempuan menangis bagai orang gila kerana seorang lelaki.
“Kenapa dia tinggalkan saya?” memanglah budak ini tengah gila ada ke tanya aku tentang kekasihnya mana aku tahu semua itu.
“Shikin saya ni tidak pandai hendak memujuk tapi saya paling benci perempuan menangis hanya kerana ditinggalkan lelaki.Awak ada maruah jadi kenapa hendak letak maruah awak di kaki seorang lelaki.Awak ingat kalau menangis macam ni boleh selesaikan masalah.Entah-entah dia tengah gelak bila mengetahui keadaaan awak sekarang ini.Saya tidak suka kawan saya macam ini perangainya.Shikin apa yang awak nak takutkan itu semua dugaan untuk awak, mesti satu hari nanti awak akan temui lelaki yang boleh menjadi kekasih dunia dan akhirat.Sekurang-kurangnya sekarang awak tahu Badrul tu tidak sesuai dengan awak.Sekarang saya hendak awak keluar kalau tidak saya pecahkan pintu ini.” Aku luahkan apa yang terpendam dan sekali gus marah pada Haikal ku hamburkan keluar.Aku tidak mahu kalah hanya kerana seorang lelaki.Pintu tandas di buka perlahan-lahan dan muka sembab Shikin kelihatan.
“Maafkan saya Cik Miera”aku menarik Shikin dalam pelukan ku dan dia menangis lagi.
“Sudahlah mari kita keluar” pujuk ku.Aku menarik tangan Shikin dan mengenggamnya untuk memberikan dia kekuatan.Aku harus bawa Shikin ke tempat yang tiada orang untuk memberi dia ketenangan kerana dia hanya sebatang kara di dunia ini.Ayah dan ibunya sudah lama meninggal dan dia hanya tinggal menyewa.Ketika aku hendak keluar aku bertembung dengan Tuan Megat.Beberapa pasang mata juga memerhati aku dan Shikin.
“Saya hendak keluar sekejap hantar Shikin balik”aku memohon kebenaran darinya.Iyalah dia sudah depan mata ku jadi lebih baik aku terus bertanya dengannya.
“Miera hendak naik apa?” pertanyaan darinya membuat aku terdiam.Iyalah tak kan aku hendak bawa Shikin naik motor.Memanglah aku tidak kisah tetapi bagaimana Shikin.
“Saya bawa kereta Shikin lah”baru aku teringat Shikin baru sahaja membeli kereta kancil dua minggu lepas.
“Baiklah nanti hendak balik telefon saya” kenapa pula kena telefon lelaki ni.Aku cuba berlagak selamba tetapi mulut ku mendahului hati ku.
“Kenapa pula hendak telefon Shah…oppsss…Tuan Megat “tersenyum lelaki ini dengan cara aku tersasul memanggilnya.Ku memerhati keadaan sekeliling dan mata-mata itu masih memerhatikan kami.Aku berharap Tuan Megat tidak membuat perangai di depan para perkerjanya.
“Nanti saya ambil Miera di rumah Shikin” jawapannya sudah ku dapati.
“Tidak perlulah Tuan Megat tahulah saya bagaimana hendak balik nanti”aku cuba memberi alasan.
“Kenapa degil sangat ni”bisik Tuan Megat mungkin tidak mahu sesiapa dengar apa yang kami perkatakan.
“Baiklah Insyallah”janjiku. Malas hendak bertegang urat dengannya.Kalau di dengar orang lain apa pula anggapan mereka pada ku.
“Jaga diri kalau ada apa-apa hal telefon Shah” dia pula membahasakan dirinya.Aku hanya mengangguk dan melangkah bersama Shikin.
Sampai di rumah Shikin aku cuba mengajak Shikin meluahkan apa yang terpendam.Baru aku ketahui Badrul tinggalkan Shikin hanya kerana terpaut pada seorang perkerja baru di tempat kerjanya.Patutlah sejak kebelakangan ini Shikin lebih banyak mendiamkan diri dari berbual dengan teman-teman yang lain.Tepat jam enam petang aku memohon diri pulang ke pejabat
untuk mengambil motor.
“Miera kat mana ni”baru saja aku hendak melangkah keluar dari rumah Shikin telefon ku berbunyi dan ku kenal pemanggilnya.
“Saya di rumah Shikin baru hendak keluar”terangku.
“Tunggu di sana sekejap lagi saya sampai”lelaki ini tidak faham agaknya yang aku akan balik sendiri.
“Saya balik sendiri”aku cuba mengelak ajakannya.
“Saya kata tunggu di sana tunggu sajalah.”memanglah dia ni tidak faham apa yang aku cakap tadi.
“Shahhh…”aku letih hendak melayan lelaki ni.
“Iya sayang”memang tak reti bahasa langsung.
“Awak ni kan…..”aku rasa entah berapa kali aku ulang ayat yang sama bila berhadapan dengan lelaki ini.
“Beri alamat Shikin..”arahanya tegas.
“Ingatkan dah tahu tadi”aku cuba menyindir.
“Kalau tidak mahu bagi pun saya akan cari”tidak kenal putus asa rupanya dia.Aku bertanya dengan Shikin tentang alamatnya dan memberi kepada lelaki itu.
Setengah jam kemudian kelihatan Toyota Harrier perlahan-lahan memghampiri rumah Shikin.Aku harap Tuan Megat tidak keluar dari keretanya kerana takut Shikin akan bertanya bermacam soalan dengan ku.
“Ehhh….itu Tuan Megat kan?”Shikin dah pun bertanya.Tuan Megat dengan muka selamba tersenyum menghampiri kami.Memang tidak tahu duduk diam agaknya dia ni.
“Bagaimana Shikin dah ok ke?”pertanyaannya ku jawab dengan jelingan.
“Alhamdullilah saya dah ok. Saya minta maaf kerana menyusahkan Tuan dan saya harap Tuan tidak memandang serong dengan saya.”Kesian Shikin tentu dia malu dengan Tuan Megat di atas peristiwa tadi.
“Tidak mengapa asalkan awak tahu bahawa tindakan awak tadi tidak elok di lakukan dan saya harap awak banyakkan bersabar.Baiklah saya hendak pulang ni, saya datang ni hendak ambil Miera”tersenyum dia memandangku.
Tuan Megat melangkah mendahului ku dan Shikin menarik tangan ku agar aku melambatkan langkahku.
“Cik Miera ada apa-apa ke dengan Tuan Megat?”apa aku hendak berikan jawapan dengan pertanyaan ini.
“Awak jangan ingat apa-apa Shikin.Saya tidak ada apa-apa dengan dia.Dia datang ambil saya sebab saya hendak mengambil motor saya di pejabat”tak susah hendak terangkan dengan budak yang lurus macam Shikin.
“Ohhh…..”hanya itu yang keluar dari mulut Shikin.
“Awak jangan buat gossip pula nanti”aku berharap agar Sikin tidak menceritakan dengan sesiapa tentang hal ini.Tuan Megat membuka pintu untuk ku dan sebelum kereta bergerak aku melambai-lambai pada Shikin.
“Kita pergi makan dulu”sedap je mulut lelaki ini memberi arahan padaku.Kalau boleh aku nak cubit-cubit mulut dia ni.Sepanjang perjalanan aku hanya diam membisu dan sesekali Tuan Megat bertanya itu dan ini.
“Kenapa diam je ni ?” aku ingat dia tidak perasaan dengan keadaan ku.
“Mieerraa…..”lembut suaranya menuturkan namaku.
“Saya tak apa-apa”dalih ku.
“Kalau tidak ada apa-apa kenapa diam saja dari tadi, cuba cerita Shah nak dengar “entahlah haruskah aku luahkan pada lelaki ini yang tidak berapa ku kenali ini.
“Mieerrraaa….”aduh bikin cair rasanya bila berada di sisi lelaki ini.Aku sebenarnya pelik dengan diri ini entah apa ilmu yang dia pakai tiap tutur katanya membuat aku senang sekali walau ia menyakitkan.
“Kenapa kaum lelaki senang sungguh hendak campakkan kepercayaan yang perempuan berikan.?”aku cuba bertanya dengan lelaki ini memandangkan hanya dia saja lelaki yang paling dekat dengan ku sekarang ini.
“Kenapa Miera beranggapan begitu, tidak semua lelaki macam itu.” alasan yang selalu ku dengar.
“Lelaki selalu kata macam tu kan”sindirku.Wajahnya masih bersahaja bila aku berkata demikian.Karisma lelaki ini memang tiada bandingannya tetap tenang walau aku sering menganggu gugat.Iyalah bukan salah aku, dia yang selalu mempermainkan ku dengan telatahnya mengusik tidak kira masa.
“Apa sebab Miera cakap begitu macam pernah kecewa je”usiknya sambil tersenyum.Bila dia tersenyum matanya mengecil serupa dengan Dr. Syed Muzaffar calon angkasawan Malaysia tu.
“Ke situ pula “aku rasa muka ni tidak tahu hendak taruh dimana.Perasaan malu menyapa diri ku iyalah pasal orang lain aku yang sibuk-sibuk tak pasal-pasal terkena batang hidung sendiri.
“Miera jangan fikir macam itu masih ada lelaki yang sejati di muka bumi ni, jangan kerana seorang lelaki buat hal Miera dah anggap semuanya sama.Bagaimana pula kalau perempuan buat macam tu jadi saya kena buat anggapan macam Miera ke?. Kalau semua orang buat begitu tidak berkembang umat Muhammad ni sayang oii…...”amboi dah jadi ustaz pula lelaki ni.Malas aku hendak layan lelaki ni.
“Pagi esok saya ambil Miera ye”dia dah mula buat perangai pula.
“Tidak mengapalah Shah saya pergi sendiri” janganlah dia paksa aku buat benda yang aku tidak suka.Kalau dia datang pagi esok mesti bergegar rumah aku tu dengan pertanyaan dari mama dan abang.
“Motor Miera masih di pejabat lagi kan jadi esok saya datang ambil Miera kemudian kita pergi sarapan bersama dan baru ke pejabat.”kenapalah lelaki ni suka buat macam ni pada ku.
“Janganlah begini Shah, saya tidak mahu nanti macam-macam gossip boleh di dengar bila kita datang bersama”luah ku.Aku takut lelaki ini akan tersinggung dengan luahan ku.
“Biarlah mereka hendak bergosip apa salahnya lelaki sejati hendak bersama dengan Miera”kerling matanya bersama senyuman di bibir. Perasan punya lelaki rasa hendak ku cekik batang lehernya.
“Shahhhh….”geram sungguh dengan perangainya.
“Iya sayang….”bahasa apa yang hendak ku cakap lagi aku sendiri tak tahu.Akhirnya aku mendiamkan diri.
“Kalau esok Miera hendak datang sendiri saya tidak kisah tetapi Miera kena berjanji dengan saya.”aku memandang padanya yang masih tenang memandu.
“Janji apa?”tanya ku tidak sabar.
“Boleh percaya ke janji Miera ni?”Dia pula main tarik tali dengan ku.
“Miera janji…”ikrar ku.Lelaki itu tersenyum dengan telatah ku yang bagai anak kecil saja.Baru aku perasan yang aku membahasakan nama dengannya.Lantaklah…….
“Kalau begitu Miera janji kena keluar dengan saya hari minggu ini”aduhhhhh aku dah terjerat dan lelaki itu tertawa dengan muka ku yang terkulat-kulat…….

…………………………………………………………………………………………………………………

Kerana perjanjian inilah aku berada di sini di sisi lelaki ini.Ketika lelaki itu mengambil aku di rumah mama yang menyambutnya.Ayah dan abang hanya tersenyum memandangku.Aku terpaksa memaniskan muka bila di depan mereka.Iyalah tak kan aku hendak buat muka masam nanti apa pula anggapan mereka tentang kami.
“Mieerrraa…”lemasnya aku bila dia menyebut nama ku.
“Mieerraa…..”sekali lagi dia menutur namaku, rasa nak terjun dari tingkap kereta ini.
“Saya…”ku jawab sepatah.
“Kenapa tunjuk muka begitu, macam tidak ikhlas saja.”keluh lelaki itu.
“Mana ada, Miera tidak tahu hendak berbual tentang apa”aku cuba berdalih.
“Betul ke ni atau kerana terpaksa “duga lelaki ini.
“Shahhh…..”lelaki ini sudah mula hendak menaikkan darah ku.
“Iya sayang…”selamba je muka dia bercakap.
“Saya hendak cakap sikit, boleh tak awak jangan panggil saya sayang?”protes ku sambil menarik-narik tali pinggang keselamatan.
“Dah saya sayang dengan Miera nak buat macam mana”lelaki itu boleh bercakap begitu dengan ku dengan muka yang tenang saja.Agaknya kalau aku ni dalam cerita kartun mesti dah nampak api atas kepala ku.
“Shah kenapa lah awak macam ni…”aku dah tiada kata-kata untuk mengambarkan tentang angin ku.
“Kenapa dengan saya? “tanyanya pelik.
“Dahlah malas saya hendak layan awak” aku mengambil keputusan berdiam diri.
“Kalau marahkan saya pun janganlah sampai tarik tali tu macam nak putus”aku terasa tersindir dengan kata-katanya.
“Habis awak tak puas hati” nada suara ku tinggi. Aku tidak tahu kenapa aku bercakap demikian.
“Miera kalau awak tidak mahu keluar dengan saya cakap sajalah tidak perlu menengking-nengking begini”angin dia pula naik.Serta merta dia memberhentikan keretanya di tepi jalan tanpa memberi signal pun.Bertalu-talu hon di bunyikan oleh pemandu di belakang.Ku kerling wajahnya ada sedikit tegang.Takut juga aku buatnya dia campak aku ke gaung di bawah tu tidak siapa yang tahu.
“Dahlah mari kita balik”ujarnya.Ada sedikit sesal di dadaku.Aku tahu yang bersalah adalah aku.
“Shahhhh….Miera minta maaf”aku cuba berlembut tetapi dia masih membisu sambil matanya tenang memandu.
“Shahhh…..”rayu ku tetapi dia tetap begitu.
“Shahhh…dengar tak ni Miera minta maaf..”terasa berat dadaku bila suaranya masih tiada kedengaran.
“Shahhh…plssss”terasa airmata ku bagai hendak gugur tapi ku cuba menahannya. Bumbung rumah ku sudah kelihatan tetapi lelaki ini tetap begitu masih membisu.Ketika dia memberhentikan keretanya wajahnya tetap tenang tanpa sepatah kata.
“Shahhhh…..jangan buat Miera begini”terasa sesuatu mengalir di pipiku.Entah kenapa aku menangis kerana lelaki ini.Bila dia masih membekukan diri aku mengambil keputusan untuk turun dan dia langsung tidak memandangku.Dia terus memecut keretanya tanpa mengucap apa-apa pada ku.Aku hanya membatu di situ dan ketika aku hendak melangkah ku lihat ada tin coca-cola.Aku terus menendangnya untuk melepaskan kemarahanku tetapi ku tahu itu adalah tangisanku.

Mama terperanjat melihat kelibat ku yang tidak sampai setengah jam sudah berada di depan matanya semula.
“Cepat Miera balik?”aku tahu mama mesti akan bertanya.
“Shah ada kerja penting yang hendak di selesaikan”aku cuba menutup keresahan hati.
“Iya ke?”aku tahu mama mesti tidak puas hati.
“Iyalah Ma, ok lah Miera hendak naik atas”aku terus berlalu tanpa memandang mama.Aku takut mama dapat mengesan kekeruhan di wajahku.
“Kenapa dengan anak awak tu Maz?” ayahnya bersuara bila terpandang wajah yang keruh anak daranya.
“Entahlah bang, Maz pun tak tahu.Tidak sampai setengah jam dah balik ni mesti ada apa-apa”getus mamanya.
“Abang pun tidak tahu apa nak buat dengan Miera ni”keluh ayahnya
“Abang, kalau Maz buat sesuatu dengan hubungan Miera dan Shah boleh tak?”mamanya meminta kebenaran ayahnya.
“Kalau hubungan yang baik abang tidak kisah”tersenyum mamanya bila mendengar keizinan ayahnya.Mamanya terus mencapai telefon dan mendail nombor yang memang sudah tersemat di fikirannya.
“Asalamualaikum Min”mamanya berbicara dengan suara di hujung talian.
“Walaikumsalam Maz, aku baru hendak telefon kau”memang ada keserasian antara dua wanita ini.
“Apa hal kau nak telefon aku Min?”tanya mamanya.
“Ni pasal anak teruna aku hahh….yang kau pula pasal apa telefon aku?”suara di sana bertanya.
“Pasal anak dara aku lah, muka monyok semacam baru setengan jam keluar dah balik”terang mamanya.
“Haiiii……sama je dengan anak teruna aku, dua-dua monyok ni mesti ada kes”suara di sana meneka.
“Apa kata kita buat rancangan untuk mereka berdua ni”suara di sana menambah.
“Aku tak kisah lampu hijau pun dah di tangan”tak sangka rancangan mamanya sama dengan suara di sana dan kedua-dua wanita itu pun mengatur rancangan mereka tanpa pengetahuan anak dara dan teruna mereka.

29 ulasan:

  1. aiserehey btoi la...
    ngah layan tp tgantung la plak...
    cpt2 la smbg ye...
    citenye pon best...
    kpd author novel nie, smbg la cpt... (",)

    BalasPadam
  2. cepat lar sambung...citer nie best tp tergantung plak....

    BalasPadam
  3. Walawei...Tensionnye aku....
    Encik...tlong sambung cite nie cpt sikt Bleh?? Hehe....

    BalasPadam
  4. pelangi petang sambung le lagi... best la

    BalasPadam
  5. bile nak sanbung lagi....cepatla siket..x sabo da nk tau endingnye..

    BalasPadam
  6. bile nak sanbung lagi....cepatla siket..x sabo da nk tau endingnye..

    BalasPadam
  7. aiseh....tgh2 syok membaca..t'gantungla plak...citenya best...wahai penulis..cepat2la sambung lagi..tak sabar nak tau endingnya nih....

    BalasPadam
  8. alamak..asal tegantung..tengah syok2 bca..nie yg xsabar nak tau ending dia nie..cepat2 la continue ye..

    BalasPadam
  9. Best la cite niee....But npa t'gantung lama sgt nie..???cpt2 la skt continue...dh tension nie tggu...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama2/3/08 6:58 PTG

    peh....tergantug lak citer ni....wat bazir je wet aku tau x...

    BalasPadam
  11. cpat la smbg x sabar nie...

    BalasPadam
  12. waaaa....cepat laa smbong......
    lame dh dok tunggu nii.....

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama5/3/08 10:17 PG

    Laa....nape tak sambung2 lg nie oi....dah lama sangat tunggu nie...huhu.....

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama5/3/08 10:32 PG

    adeh...cpt la smbOng cite niyh...
    plssssssss........nk taw endingnye...

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama5/3/08 5:23 PTG

    confirm ending mengarut

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama7/3/08 11:44 PG

    cite nie mmg best..
    besssssssssst sesangat.....
    cite ni pjg lg tau.
    sape nk tau ending cite ni???
    cpt angkt tangan...

    BalasPadam
  17. eyyoo....
    xkan pnulis majok cam shah tu lak??
    agaga~~
    cpat smbg!!!

    BalasPadam
  18. Adooooii..Cepatlh ckit tulis sambungannya..Lame dh tunggu nie..Papepn all d best k..

    BalasPadam
  19. cpat la sambung.......

    BalasPadam
  20. sambung la citer ni...
    lama dah tunggun

    BalasPadam
  21. bes la cite nie...ble nk smbung..dh xsbar dh nie

    BalasPadam
  22. best la cite nie...so kepada penulisnya...hope dpt continue cite ni dgn cpt....

    BalasPadam
  23. rasa nya dah lama novelis nie pending to continue another episod. Saya dah tak sabar nak tggu ending nya... kepada penulis cepat2 yaa post it. Jgn buat pembaca semua tertggu2x.... :)

    BalasPadam
  24. dah lama cerita ni pending...bila nak sambung ??? cerita ni memang best tapi tergantung...cepatlah sambung..

    BalasPadam
  25. cite ni besssssst sgggggt.......
    cite ni penulisnye dh continue smpai ke ending tp kt page lain.......cuma blum di update dlm blog ni...dihrp anda smua b'sbr la yer............

    BalasPadam
  26. bila nak sambung citer nie..best la cepat la sambung....

    BalasPadam
  27. kepada penulisnya yg baik hati....cepatnya sambung citer ni..

    dah lama tunggu...tp tak kunjung tiba jugak:>

    BalasPadam
  28. cepat...cepat...

    BalasPadam
  29. ish tk sabar nak tau ending nih...teruja bangat nih...cepatlah sambung..cite ni best bangat.. tahniah

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan