Sabtu, September 04, 2010

Penulisan2u di surat khabar KOSMO




Hab novelis moden

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

WAN MOHD. MUZRI merintis kepada penghasilan www.penulisan.2u.blogspot.com.

PENGHASILAN sesebuah novel yang bermutu tinggi dan mampu menarik peminat bukan perkara mudah untuk dilakukan jika tidak diiringi dengan sokongan daripada pelbagai pihak.

Oleh kerana itu penghasilan karya kreatif seperti novel memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan platform efektif untuk mempromosikan hasil karya itu agar dikenali ramai.

Senario itu kadangkala memadamkan usaha novelis baru untuk bersama-sama berkarya mewarnai persada seni tanah air yang sememangnya memerlukan bakat-bakat baru dalam menghasilkan karya bermutu tinggi.

Bagaimanapun, kewujudan laman blog www.penulisan2u.blogspot.com berjaya memberi nafas baru kepada novelis-novelis muda dalam mengembangkan bakat penulisan mereka melalui alam maya.

Pengasas blog tersebut, Wan Mohd. Muzri Ramli, berkata, blog berkenaan dibangunkan pada awal tahun 2006 kerana minat mendalamnya terhadap penulisan kreatif selain ingin berkongsi bersama orang ramai hasil karya yang dihasilkan.

Peminat luar negara

"Menariknya blog berkenaan bukan sahaja mendapat tempat dalam kalangan penulis dan pembaca novel tempatan malah dari negara luar seperti Brunei, Singapura serta Indonesia.

"Lebih membanggakan, laman blog yang dikunjungi sekitar 10,000 hingga 20,000 pengunjung setiap hari ini pernah dilamar beberapa syarikat penerbitan untuk menjalinkan kerjasama membukukan hasil karya penulisnya," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Wan Mohd. Muzri menambah, disebabkan sambutan menggalakkan ‘Penulisan2u’ terpaksa dinaik taraf menggunakan domain dan hosting berbayar melalui alamat www.penulisan2u.my

dan juga www.penulisan2u.com.my.

"Penulisan2u ingin memberi ruang dan peluang kepada penulis khususnya yang baru dalam bidang kreatif untuk bersama-sama berkarya serta mengumpulkan peminat novel melalui satu hab penulisan.

"Setakat ini, Penulisan2u mempunyai kira-kira 300 hingga 500 penulis dan ia semakin bertambah saban hari," katanya.

Ujar lelaki itu lagi, penggiat seni yang ingin berkarya ataupun membaca dalam laman web itu tidak dikenakan sebarang bayaran.

Katanya, mereka juga tidak perlu mendaftar ataupun memasukkan kata laluan untuk membaca. Ia lebih mudah dan mesra pengguna malah, semua hasil karya dapat dibaca dengan mudah serta pantas.

"Sehingga kini, sudah beberapa novel dipasarkan dan ia mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan peminat novel tempatan," katanya.

5 ulasan:

  1. Ada jwtn kosong sbg editor BM tak utk penerbitan dari laman web ini?

    BalasPadam
  2. Iwan gunawan iwan pantex4/5/12 8:51 PTG

    CINTA tidak bisa di paksa, karna CINTA yang memaksa kita untuk menCINTAi orang yang kita CINTA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia itu bener.
      Tp apakah bisa, kita memaksaan hati untuk melupakan CINTA. Karna dy terlalu menyakitkan

      Padam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan