Khamis, Disember 10, 2009

Novel : Sepupuku Suamiku? 15

Nama Pena : fantaghiro aka Lynn Allynna

Nana membelek penampilannya sekali lagi. Entah untuk yang keberapa kali. Dia sangat teruja. Hari ini hari pertama dia akan memulakan kerja sebagai guru. Dia memang betul-betul teruja sehinggakan pukul lima pagi lagi dia sudah terjaga. Nasib baik dia tidak mengalami alahan yang teruk. Sekadar alahan biasa pada waktu pagi. Hisyam yang turut sama terjaga hanya menggelengkan kepala.

"Awalnya cikgu kita ni. Anak murid pun belum bangun tidur lagi. Cikgu dia dah siap pakai baju dah." Usik Hisyam. Nana hanya tersenyum. Dia kelihatan anggun dengan baju kurung polos warna biru disesuaikan dengan tudung bercorak warna sedondon. Ditambah dengan solekan nipis diwajahnya, semakin berseri. Dia kelihatan puas dengan penampilan hari pertamanya.

"Cepatlah bang. Nanti lewat sampai sekolah. Malu. First day dah lewat." Nana menarik tangan Hisyam yang masih berselubung di atas katil memaksa lelaki itu bangun. Hisyam akur. Malas benar rasanya. Tapi demi isteri tercinta, dia bangun juga.

"Ye lah cikguku sayang." Hisyam menyarung sweater yang tergantung di dinding bilik. Seluar pendek paras lutut yang dipakainya dibiar tidak bersalin.

"Macam ni je?" Tanya Nana. Dia melihat penampilan suaminya dari atas ke bawah. Memang selekeh.

"Ye lah. Bukannya abang yang nak pergi mengajar." Jawab Hisyam selamba. Dia mencapai kunci keretanya di atas meja solek seraya keluar. Nana geleng kepala.

Selesai minum segelas susu dan sekeping roti, Nana siap untuk memulakan tugasnya. Perasaannya berkobar-kobar. Langkahnya diatur penuh semangat. Senyuman terukir dibibirnya. Kereta Hisyam meluncur laju membelah sunyi pagi. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Masih awal. Hanya kelihatan beberapa buah kereta dan bas sekolah yang kelihatan masih lengang.

"Awal lagi ni sayang. Tengok, takde orang pun. Sayang je yang semangat pergi sekolah awal-awal." Hisyam menutup mulutnya. Dia masih mengantuk sebenarnya. Biasanya, selepas subuh dia akan tidur semula. Tapi nampaknya rutin hariannya akan berubah bermula hari ini.

"Tak apalah. Kalau pergi lewat-lewat nanti sesak pulak. Lagi lambat sampai sekolah." Nana masih dengan pendiriannya. Tak mahu kalah dah salah.

Jarak perjalanan antara rumahnya dengan sekolah tak sampai pun setengah jam. Dengan keadaan jalan yang masih lengang, Nana menjadi antara orang yang terawal sampai ke sekolah. Hanya kelihatan dua tiga orang pelajar yang berjalan masuk ke perkarangan sekolah. Nana masih kaku di dalam kereta. Rasa gementar tiba-tiba. Lebih-lebih lagi dia tidak nampak kelibat guru-guru yang bekerja di situ.

"Ok, dah sampai. Selamat bertugas ya cikgu Diana. Jangan garang sangat tau. Nanti student takut." Hisyam tak habis-habis mengusik isterinya.

"Nantilah dulu bang. Tak ada orang lagi ni. Nana takutlah…" Jelas riak risau dan takut di wajahnya. Hisyam ketawa geli hati. Tadi, bukan main beria-ia dan bersemangat lagi isterinya mahu ke sekolah. Tapi sekarang, lain pula jadinya.

"Apa nak takut pulak. Bukannya ada hantu. Dah siang pun. Nanti adalah cikgu yang datang. Rileks ok." Pujuk Hisyam. Kesian pula melihatkan keadaan isterinya begitu.

"Tunggulah. Five minutes." Nana terus memujuk suaminya untuk menunggu buat seketika lagi. Hisyam akur. Segaris senyuman terukir apabila kelihatan kenderaan beberapa orang guru memasuki perkarangan sekolah.

"Ok. Abang boleh balik sekarang. Nana nak masuk dalam dulu." Semangatnya datang kembali.

"Aik, macam tu je? Buat penat je abang tunggu lama-lama. Sampai hati sayang halau abang." Hisyam buat-buat merajuk. Nana hairan. ‘Eh laki aku ni. Tadi dia juga yang beria-ia nak balik. Aku suruh balik, tak nak pulak.’

"Ok lah. Nana pergi dulu abang. Abang jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa makan." Satu kucupan mesra hinggap di pipi suaminya.

"Hah, macam ni baru best. Oklah, sayang pun jaga diri elok-elok. Jangan kerja berat-berat sangat. Jaga baby kita ni. Nanti kalau ada apa-apa, call abang ya sayang." Giliran Hisyam pula mengucup mesra dahi isterinya. Memang pasangan yang bahagia.

Nana melambai ke arah suaminya yang telah berlalu. Dia melangkah penuh harapan dan semangat. Beberapa pasang mata melirik ke arahnya. Dia hanya senyum dan meneruskan langkahnya ke pejabat sekolah. Masih awal dan pengetua pun masih belum nampak batang hidung.


Keadaan rumah sunyi sepi. Tak kelihatan kelibat isterinya di mana-mana. Hisyam hairan. Biasanya, Nana akan menunggunya pulang dari kerja. Hatinya dipagut rasa bimbang. Ke mana isterinya pergi?

"Assalamualaikum. Sayang…" Hisyam memanggil isterinya setelah dia tidak nampak isterinya di mana-mana. Di ruang tamu tiada, di dapur pun tiada, dalam bilik pun tak nampak bayang isterinya. Dia cuak. Setelah menghantar Nana pulang petang tadi, dia kembali semula ke tempat kerjanya. Nana kelihatan biasa. Tiada apa yang pelik. Cuma kelihatan sedikit letih. Maklumlah, hari pertama kerja. Berbadan dua pula tu.

"Sayang…sayang kat mana? Abang dah balik ni." Hisyam memanggil lagi berulang-ulang kali namun masih tiada sahutan dan jawapan. Dia makin risau dan cuak. Telefon bimbit ditekan. Kedengaran telefon bimbit isterinya berbunyi. Maknanya, telefon bimbit Nana ada di dalam rumah. Tapi, ke mana hilangnya isterinya. Jantungnya berdegup kencang.

Pelbagai andaian bermain di kepalanya. Culik? Terdetik sahaja perkataan itu dibenaknya, terus dia kaget. Air matanya seakan mahu mengalir. Dia segera menghubungi Norman. Panggilannya tak berjawab. Dicuba sekali lagi.

"Man. Aku ada masalah ni Man. Kau kena tolong aku. Nana Man. Nana…" Jelas kedengaran suara cemasnya.

"Nana? Kenapa dengan bini kau Syam? Dah nak bersalin ke?" Norman turut sama cemas. Tapi, kalau ya pun nak bersalin, Hisyam kan ada. Dah memang kerja dia menyambut kelahiran bayi. Tapi seingatnya kandungan isteri kawannya itu baru menginjak tiga
bulan.

"Bukan, isteri aku hilang. Dia tak ada dalam rumah sekarang ni. Tolong aku Man." Norman terperanjat. Hilang? Macam mana boleh jadi macam tu.

"Kau biar benar Syam. Kau dah cari betul-betul ke?" Norman turut sama cemas.

"Dah. Aku dah call dia. Telefon dia ada, tapi dia tak ada. Aku nak buat apa ni Man?" Hisyam buntu. Air matanya sudah mengalir. Dia sememangnya terlalu cemas dan takut.

"Rileks…Aku datang rumah kau sekarang. Kita pergi buat report. Kau tunggu…"


mana nana pergi?????tungguuu!!!!

Novel Ini akan di terbitkan. teruskan menyokong penulis dan karya ini. selamat membaca dan semoga terhibur.

25 ulasan:

  1. hhehehheh..bestnya.. tak sabar tunggu novelnya

    BalasPadam
  2. la..nape kali ni pendek je cite dia..xpuas nk baca la...
    ape2 pun sy akan terus menyokong novel ni..chayo'

    BalasPadam
  3. lorh..x sempat nak feeling..pendek sangat..

    BalasPadam
  4. bila nak terbitkan..tgu2 x de pon.........

    BalasPadam
  5. lor pendeknyer..nk suap mkn pon sempat ni..hihi

    BalasPadam
  6. apsal pendek sgt ni...nk lagi plzzzzzzzzz.........

    BalasPadam
  7. bila novel ni diterbitkan??????????
    xsabar nak baca...
    nanti terbit bagitau yaaa..
    romantik sgttt novel niiiii............

    BalasPadam
  8. intro memang mengujakan..tapi x sabar nak tunggu bile nak kuar..sj je ekk nk bg suspen..hhehe..

    BalasPadam
  9. sabar ek sume...insyaAllah..tahun depan akan diterbitkan...sumenye da siap..tggu mase aje...sabar ek..sy ni lagi la xsbr...entah macam mana penerimaan pembaca..huhuhu...anyway thanks alot to all of u coz sudi membace n mengomen n menyokong karya sy...luv ya...

    BalasPadam
  10. ayong khadijah10/12/09 3:57 PTG

    besh gak tapi...tapi novel ni tajuk yang sama ker..kang cari tak jumpa lak...

    BalasPadam
  11. alaa...bru jerr nak feel neyh..hehee..xsabarnye nk tnggu smbngan..cpt2 cket ye..hehe..=)

    BalasPadam
  12. lain kali kasi panjang skit..br nak feel dh abis...

    BalasPadam
  13. saspen tu citer...............
    xsabar nk tunggu sambungan ni............

    BalasPadam
  14. suspen je...hope akan di terbitkan masa balik msia bulan 5 nanti.

    BalasPadam
  15. mane penyambungnyer...suspen jer..tp best..panyampaian yg baik dan jalan cite yg baik..

    BalasPadam
  16. hai..
    blh x admin wat pencarian cerpen atau novel melalui nama penulis??

    BalasPadam
  17. hai..
    blh x admin wat pencarian cerpen atau novel melalui nama penulis??

    BalasPadam
  18. salam sume...tq for ur support...jgn lupa nntkan kesudahan novel ini dipasaran nnt...dan diharapkan anda semua dpt menyokong karya kedua saya iaitu 'jatuh cinta lagi'...actually dah lama disiarkan di sini...hehe..
    visit my blog for latest update...
    princess-fantaghiro.blogspot.com..
    enjoyzzzzz!!!

    BalasPadam
  19. 0k r,,
    tp jgn r gwang sgt,,
    anyway,a great story!!

    BalasPadam
  20. ble nak kuar???
    x sabaq dah
    all the best huhuhu
    amie

    BalasPadam
  21. wow..good starting tp pendek sangat la.

    BalasPadam
  22. syamizi azwaza18/12/09 1:21 PTG

    nice story. thumb up 4 da writer

    BalasPadam
  23. best r cte ni...tp nape pndk sgt...huhu..gud luck 4 writer

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama6/1/10 2:37 PTG

    best jugak cerita nyer tapi kan nape pendek sngt baru jer nak feel.......

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan