Selasa, Disember 08, 2009

Novel : Hanya Kerana Cinta 4

Nama Pena : Eiymah Fahimah

BAB 4
" Salam. Please, don’t be cry again.Saya tak boleh tengok awak menagis lagi..berdoalah semoga hidup awak lebih tenang lepas ni.Banyakkan bersabar..kerana Allah sentiasa bersama awak…Ingat,Allah dan ramai lagi insan yang sayangkan awak.."
Mesej dari Prince Aries membuatkan aku tersenyum. Semakin hari, makin kerap dia menghantar sms berunsur nasihat terhadapku walaupun aku tidak pernah membalasnya. Selepas apa yang berlaku antara aku dengan Zakri aku sudah bertekad tidak akan jatuh cinta lagi. Aku tak ingin dilukai dan disakiti lagi. Aku terlalu takut menghadapi saat kehilangan cinta.Sebab itu aku hanya menyerahkan soal jodohku pada Allah. Lamaran Aidil Iqbal kusambut baik walau aku tidak mengenalinya. Biarlah umi dan walid yang menguruskan soal pernikahanku. Aku yakin mereka akan memilih yang terbaik untukku. Aku tidak mahu memikirkan soal lelaki dan cinta lagi. Cukuplah sekali maruah dan harga diriku dipermainkan.Aku tidak sanggup menghadapinya lagi.Terasa ingin membalas mesej dari Prince Aries untuk mengucapkan terima kasih kerana tidak jemu menasihatiku sejak 2 bulan yang lalu.
" Waalaikummussalam..Than’k Prince Aries for your support and your great book. May Allah bless you.."
Itu mesej pertama yang aku hantar padanya.Memang lelaki ini banyak membantu mententeramkan jiwaku.Apatah lagi dengan buku Jangan Menangis yang dihadiahkannya kepadaku cukup membuatkanku lebih bahagia menempuhi dugaan dan cabaran.
" Untuk gadis sebaik awak, apa sahaja sanggup saya lakukan….jangan takut mnghadapi hari depan, Ok?"
Macam tahu-tahu jer Prince Aries ni aku takut nak bercinta lagi,desis hatiku sebaik mendapat balasan mesej darinya.Namun aku tidak ingin membalasnya.Cukuplah..aku rasa tidak ingin mengenali mana-mana lelaki lagi. Biarpun bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, aku sudah bertekad tidak akan sesekali jatuh cinta walau dengan suami sendiri.Aku mengambil keputusan untuk kahwin pun atas permintaan umi dan walid selain ingin melupakan Zakri.Telefonku berbunyi nyaring minta diangkat. Nama umi tertera di atas skrin telefon.
"Assalammualaikum Umi.."
" Waalaikummussalam..Isya dekat pejabat ke? Maaflah umi ganggu masa keja Isya.."
"A’ah..takpe umi.Lagipun, hari ni Isya tak busy sangat. Nape Umi tiba-tiba call tengahari ni? " Soalku ingin tahu. Selalunya umi lebih gemar menelefonku sebelah petang atau malam.
" Family Aidil minta kita lansungkan pernikahan sebulan lagi..Isya macam mana? Ok ke?" Terkejut aku dengan kata-kata umi.Pernikahan yang sepatunya berlansung tahun depan akan diawalkan sebulan lagi.Memang gila! Aku belum bersedia. Jumpa Aidil pun belum.Kenal lagilah belum.
" Nape cepat sangat Umi? Kan dah janji buat tahun depan?" Soalku.
" Ayah Aidil sakit jantung Isya. Nak buat operation dekat IJN bulan depan. Dia nak tengok Aidil kahwin dulu sebelum operation tu. Takut tak sempat katanya..Tapi, kalau Isya tak bersedia lagi, takpe. Umi tak paksa. Nanti umi cakap dengan diaorang Ok?" Sayu sahaja suara umi ditelingaku. Aku melepaskn nafas berat.
" Takpelah umi. Umi cakap Isya setuju jer..Isya ikut je mana yang terbaik buat Isya. Umi tolong Isya uruskan pernikahan tu nanti. Isya ikut je apa pilihan umi.." Akhirnya aku membuat keputusan. Terasa kejam pula jika menolak permintaan keluarga Aidil. Soal cepat atau lambat, yang pasti aku akan berkahwin juga dengan Aidil.
" Isya taknak jumpa Aidil dulu ke? Kenal-kenal dia dulu. Umi tak nak Isya fikir kena paksa kahwin pula.Ini soal hidup bersama.." Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata umi. Sejak dari hari aku bersetuju menerima lamaran Aidil umi tak habis-habis bercakap soal kahwin paksa sedangkan aku tak pernah rasakan diriku dipaksa.
" taklah umi. Isya rela.Lagipun biarlah orang sayang Isya lebih, dari Isya yang sayang dia lebih, nanti hati Isya jugak yang sakit.Nantilah Isya call Aidil, Ok?" Ujarku.
Teringat aku akan kata-kata umi yang Aidil telah lama meminatiku dalam diam sejak kami belajar di UiTM lagi. Cuma aku tidak mengenalinya. Pelik kan? Kerana itu aku terus menerima pinangan keluarga Aidil.Selepas berbual-bual seketika dengan umi, aku mematikan perbualan.Difikiranku terfikir, betapa cepatnya masa berlalu. Dalam tempoh 2 bulan putus cinta, aku bakal mengakhiri zaman gadisku.Pasti terkejut Zana bila mendengar ceritaku nanti.Iyalah, terlalu drastik keputusanku untuk berkahwin.

************************************
Seperti yang kuduga, Zana terkejut dengan keputusanku.Melopong mulutnya dek rasa terkejut.Ketika itu kami sedang makan di Restoran Secret Recipie yang terletak bersebelahan pasaraya SOGO. " Apa yang kau merapu ni Isya, tahulah baru putus cinta. Takkan cepat sangat nak kahwin? Kau nak balas dendam erk ?" Soalnya. Bulat matanya memandang wajahku. Aku tergelak kecil melihat reaksi Zana. " Muka aku ni ada gaya pendendam ke?"Soalku pada Zana sambil tersengeh-sengeh. Ayam panggang dihadapanku ku jamah sedikit. " Muka kau memanglah tak nampak pendendam, tapi dalam hati tu, sapa tahu? Tak baik tau Isya berdendam pada yang tak salah. Yang silapnya Zakri. Bukan Aidil" Zana nampak tidak puas hati dengan keputusanku.Aku kembali ketawa menambahkan lagi kelat di wajah Zana. " Aku tak cakap pun aku nak main-mainkan Aidil. Aku terima dia bukan sebab dendam.Aku dah tekad tak nak bercinta lagi. Biarlah umi dan walid aku yang pilih menantu mereka. Aku dah serik.." Tanpa mempedulikan reaksi dari wajah Zana, aku menjamah lagi ayam panggang dihadapanku. " Kau betul-betul ke nak jadi isteri Aidil?" Soal Zana lagi. " Iyalah sayangku Zana..aku tak main-mainlah.Nanti aku kahwin, kau jadi pengapit aku tau?" pintaku. Terasa sedih juga mengenangkan aku bakal berkahwin. Pasti hubungan aku dengan Zana tidak seakrab sekarang. " Ok. Tapi kau ingat pesan aku ni, jangan main-mainkan hati Aidil tu…" Akhirnya Zana tersenyum bila melihat anggukanku.
**********************************\
" Selamat Pengantin Baru Isya. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa. Semoga pernikahan awak akan melenyapkan semua derita awak yang lalu.."
Mesej dari Prince Aries buat aku terkaku.Macam mana dia tahu aku nak kahwin? Siapa Prince Aries ni? Aku bertambah hairan. Prince Aries seakan kenal rapat dengan diriku.Terasa teramat dekat dengan diriku. Malah, mengetahui setiap gelodak perasaanku. Sayangnya, lelaki ini tidak pernah menonjolkan diri dihadapanku.Hanya mesejnya sahaja yang kuterima saban waktu.Aku kembali menyiapkan kerjaku. Minggu hadapan aku bakal bercuti kahwin.Banyak kerja yang perlu aku siapkan.Lebih-lebih lagi mengenangkan hampir seminggu lebih aku bercuti. Tentu banyak kerja yang perlu aku bereskan.Ikutkan hati, cukuplah 3 hari aku bercuti, namun umi dan walid yang berkeras menyuruh aku mengambil cuti seminggu lebih. Hendak tak hendak, terpaksalah aku menurut.Teringat kata-kata umi supaya menghubungi Aidil, namun terasa malu pula. Biarlah…berhubung atau tidak, kami akan kahwin juga. Tersenyum aku memikirkan bagaimana rupa Aidil. Putih ke dia? Gelap ke? Kurus atau gemuk ? bermacam-macam yang aku fikirkan.Aku ni nak kahwin macam main tangkap muat je.Tapi, biarlah.Biar siapapun dia, aku redha dengan ketentuan-Nya

2 ulasan:

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan