Selasa, Oktober 06, 2009

Novel : School Of United Love 4

Nama Pena : axiexah

"Hari ni last ujian.Lepas tu kita enjoy!"Aryn menjerit keriangan sambil memakan karipap yang di beli dari kantin.

"Math kan?Huh...Ni yang aku malas dengan math ni."

Eisya mengeluh.

"Alaa pe yang susah nya eisya, Aryn dengan Danny kan ada..Dua-dua terer math ape."

Joanne menjawab.

"Aku kalau math kau tanya je ar apa-apa.Kalau geo dan sejarah, jangan tanya apa-apa. ."

Aryn menjawab dengan sedikit nada riak dan tidak jelas kerana asyik makan karipap yang dibeli.

"Pe yang kau lemah sangat math tu Eisya.Tengok soalan lepas tu jawab.Kalau algebraic ngan linear kena faham yang mana pindah dulu.Kalau volume ke total surface ke, formula dah kena bagi.As simple as that la.Dania, kalau makan, jangan bercakap and one more thing, jangan riak sangat boleh?."

Danny menerangkan panjang lebar dengan Eisya dan seterusnya menjeling Aryn yang ligat mengunyah karipap.

"Wah!!Suka je Danny ni nak menerangkan macam tu ea.Aqim, kau duduk belakang aku kan, senang sikit nak share jawapan.Boleh tak?"

Eisya memujuk Mustaqim.
Sememangnya semenjak Mustaqim berpindah di sekolah tersebut, dia selesa berkawan dengan rakan-rakannya yang kini memanggil dirinya sebagai Aqim.

"Okay.Tapi kalau salah, jangan marah aku."Mustaqim menjawab namun dengan nada yang tidak yakin.

"Janji aku dapat jawab.Betul tak ryn?"

Eisya bertanya kepada Aryn.

Diam.

"Aryn, jawab ar.Btol kan?Meniru tetap meniru.Betul atau salah belakang kira kan?."

Diam.Aryn hanya mengunyah karipap lagi dengan muka yang sungguh tidak comel.

"Aryn!!"

Eisya mula naik angin apabila Aryn tidak memberi respon.

"Eisya, kau dengar kan Danny dah marah aku bila aku bercakap waktu makan.Ni aku dah diam-diam kau pulak yang marah!Huh!Korang ni memang la!"

Aryn kembali senyap.Rakan-rakannya yang lain tidak berani bersuara kerana faham akan sikap Aryn jika marah sememangnya agak menakutkan.

"Aryn Dania, ulang lagi pe kau cakap tadi?Salah ke kalau aku nasihatkan kau?Aku takut kau tertelan karipap tu ke, apa ke.Sebab aku sayang ar aku nasihatkan.Faham?!"

Danny membidas dengan nada yang tinggi.

Aryn diam.

Eisya, Joanne, dan Mustaqim hanya memerhatikan Aryn dan Danny.

"Eisya, baik kau bawak Aryn pergi dari sini sebelum dorang berdua berperang."

Joanne berbisik kepada Eisya.

"Kau tak tengok ke muka bengis Aryn tu?Aqim, kau cuba ajak Danny pegi tempat lain.Perang besar tu jap gi."

Eisya bersuara sehalus yang mungkin supaya tidak didengari oleh Aryn dan Danny.

Namun.

"Korang diam!"

Aryn dan Danny menjerit serentak.Bisikan Eisya dan Joanne yang sehalus semut itu sudah didengari oleh Aryn dan Danny.

"And for you Danny tak salah kau nasihatkan aku.Dah la, aku nak blah dulu.Rasa macam panas sangat kat sini."

Aryn berjalan dengan lajunya.

Eisya dan joanne mngejarnya.

Danny hanya duduk dan meraup wajahnya.

"Rilekla bro.Dah kau ngan dia memang dua-dua panas baran."

Aqim bersuara.

"Dia je yang panas baran.Aku tak."

Danny masih tidak mengaku.

"Jom balik kelas.Jap agi nak ujian."

Aqim mula mengatur langkah menuju ke blok yang berhadapan dengan pejabat guru.

........

"Dania."

Danny menyapa Dania.

Diam.

Tiada sahutan mahupun tindak balas daripada Aryn.

"Aryn Dania, i'm so sorry."

Danny bersuara lagi.

"Jap agi nak ujian.Baik kau baca formula."

Aryn kembali menumpukan perhatian dengan formula mathematic yang berada di hadapannya.

.......

"Azfar Daniel, Aryn Dania, Joanne ak Louis, Eisya Rania, Mustaqim!"

Satu suara tiba-tiba kedengaran dan semua pelajar diam.

6 ulasan:

  1. yes first komen ....pendeknya

    BalasPadam
  2. pendek sangat laa.....

    BalasPadam
  3. besh mmg ar besh tp pndk sgt ar kwn..
    good luck 4 next writting..:]
    ~nadia~

    BalasPadam
  4. pendek sangat
    nape la penulis ni suke tulis pendek...
    ilang mood aku nk bace

    BalasPadam
  5. bgi alia..this is more than good ntuk umr cam kte..cyalh la beb..

    BalasPadam
  6. http://schoolofunitedlove.blogspot.com/

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan