Selasa, Oktober 06, 2009

Novel : Rahsia hati 4

Nama Pena : azimahlily

Bab 4

Rizal terkejut apabila ada seorang wanita tiba-tiba melintas di hadapan keretanya. Dia terus menekan brek. "Ya Allah!" Pantas Rizal berlalu keluar dari keretanya. Dia melihat seorang wanita yang sedang mengerang kesakitan di hadapan keretanya.
"Cik tak apa-apa ke?" tanya Rizal.
Wanita itu hanya mendiamkan diri. Rizal lihat tangan dan kaki wanita itu cedera.
"Biar saya bawa Cik ke hospital." kata Rizal lagi. Perasaan bersalah terpahat di hatinya. Baru sebentar tadi, dia menghantar Halina di fakulti. Tak sangka perkara ini akan terjadi. Ini semua salah dirinya. Cuai!
"Tak apa, Encik! Sikit saja." Wanita itu cuba bangun tetapi tak boleh. Luka di kakinya menghalang dirinya untuk bangun. Dahinya berkerut menahan kesakitan.
"Ini salah saya. Saya minta maaf. Lebih kita pergi hospital." Pujuk Rizal agar wanita itu setuju untuk pergi ke hospital.
"It’s okay! Semua ni salah saya. Saya tak berhati-hati."
"Walauapa pun, Cik mesti ke hospital. Luka ni perlu diletakkan ubat takut nanti akan dijangkiti kuman." Tegas Rizal. Wajah wanita itu direnungnya.
Wanita itu terdiam seketika. Akhirnya perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan kata-kata Rizal. "Tapi Encik bawa saya ke PKU sudah la."
"Ok." Rizal memapah wanita tersebut sehingga masuk ke dalam keretanya.
"Terima kasih."
"Sama-sama. Lagipun perkara ni terjadi disebabkan kecuaian saya. Saya minta maaf Cik..........."
"Melissa. Nama saya Melissa." Melissa tersenyum.
"Ya...Cik Melissa. Saya minta maaf." Rizal membalas senyuman wanita itu.

**********************************

Halina bergegas ke Pusat Kesihatan Universiti apabila menerima panggilan dari abang Rizal. Dia terkejut bila abang rizal memberitahunya yang dia terlibat dengan kemalangan selepas menghantar Halina ke kuliah. Mata Halina melirik ke pelbagai sudut untuk mencari kelibat abang Rizal. Dia benar-benar risau. Adakah abang Rizal cedera? Teruk ke cederanya?
"Lina." panggil Rizal. Halina pantas menoleh ke arah panggilan tersebut. Rizal melambai ke arahnya.
Halina mempercepatkan langkahnya menghampiri Rizal yang sedang duduk di tempat menunggu.
"Abang tak apa-apa ke?" tanya Halina.
"Abang ok saja. Perempuan yang abang langgar tu yang cedera sikit."
"Dia kat mana?"
"Kat dalam. Doktor tengah buat pemeriksaan."
"Macam mana boleh terjadi?" soal Halina lagi.
Belum sempat Rizal menjawab pertanyaan tersebut, tiba-tiba saja Rizal terus bangun. Halina menoleh. Dia terkejut melihat wanita yang sedang dipapah oleh Rizal.
"Apa kata doktor?" tanya Rizal sambil membantu Melissa berjalan. Luka di tangan dan kakinya dibalut.
"Sikit saja. 3 atau 4 hari nanti baiklah." jawab Melissa dengan lembut.
Halina kaku melihat Melissa dipapah oleh Rizal. Lidahnya kelu. Wajahnya berubah pucat. Kehadiran Melissa benar-benar membuat hatinya bertambah risau.
"Lina" tegur Melissa.
"Melissa kenal Halina?" soal Rizal hairan.
"Tentulah. Kami teman sekuliah. Lagipun kat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, siapa yang tak kenal dengan Halina! Pelajar yang berbakat, bijak dan cantik." kata Melissa tersenyum. Hatinya benar-benar riang apabila melihat wajah Halina yang pucat tu. Dia sanggup lakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai ,walaupun perkara tersebut akan mencederakan dirinya. Dia nak Halina terseksa dan patah hati.
"Ya ke? Baguslah macam tu. Aaa….Lina!"
"Ya!" Halina menoleh apabila namanya dipanggil.
"Boleh tak nanti tolong ambilkan ubat Melissa kat kaunter farmasi? Abang dan Melissa tunggu Lina kat kereta ye."
"aaaa.....Baiklah." jawab Halina dengan nada suara yang perlahan.
"Thank you, Lina." Melissa tersenyum sinis pada Halina.
"It’s okey!" Halina memerhati gelagat mereka berdua yang menuju ke pintu keluar. Sebelum keluar, Melissa sempat menoleh ke belakang dan tersenyum ke arahnya sambil membuat mimik muka yang Halina tak tahu apa maksudnya. Tetapi hatinya benar-benar sakit apabila melihat kemesraan antara Melissa dan abang Rizal.

*******************************************

Dania ketawa sebaik saja masuk ke dalam biliknya. Berkerut dahi Ali apabila melihat majikannya asyik ketawa sebaik saja masuk ke dalam bilik. Entah apa yang lucu?
Dania terus duduk di kerusi empuknya sambil ketawa. Semasa di dalam bilik mesyuarat tadi, dia cuba menahan untuk ketawa apabila melihat kelibat Uncle Johari.
"Cik Muda?" akhirnya Ali bersuara.
"Ya, Ali." Dania berhenti ketawa. Matanya tepat merenung ke arah Ali yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
"Cik Muda tak apa-apa ke?"
Dania tersenyum apabila mendengar soalan Ali. "Saya belum gila la, Ali. Cuma semasa mesyuarat tadi, Uncle Johari asyik pandang saya macam nak telan saja. Air mukanya macam orang gila.Rasanya kalau semua kelab malamnya kena serbu polis, mesti tak lama lagi Uncle Johari jadi KO." Dania kembali ketawa. Pasti Uncle Johari tahu, ini semua kerja aku. Lantaklah! Kau cuba cari pasal dengan aku kan!
Ali hanya tersenyum. Walaupun hanya berumur 27 tahun, wanita ini tidak pernah kenal erti ketakutan. Berani buat berani tanggung. Itulah Dania.
"Hmm....pasal tunang saya?" Dania tiba-tiba teringat akan perkara yang dia suruh Ali siasat.
"Maklumat yang Cik Muda nak ada di dalam sampul surat tu." Ali menunjukkan sampul surat yang terletak di atas meja. "Cik Muda, kenapa tiba-tiba saja Cik Muda nak tahu tentang Encik Hairi?"
Dania mengambil sampul surat tersebut. "Tiba-tiba saja saya nak tahu. Sepanjang setahun saya bertunang dengan dia, saya tak pernah lihat gambar dia. Lagipun dia pun tidak setuju dengan pertunangan ni. Disebabkan dia nak balik hujung minggu ni, so i need to be prepares." Sampul surat dibukanya. Gambar Hairi ditatapnya. Dia teringat panggilan telefon yang diterimanya selepas saja sejam majlis pertunangan diadakan. Pelbagai kata-kata kesat dan hinaan diterimanya dari Hairi.
"Hairi Azwan. 29 tahun. Master in business management dari Oxford University." Terang Ali.
"Not bad." Kata Dania sambil membawa maklumat yang terdapat di dalam sampul surat tersebut.
"Tapi ……" Ali teragak-agak untuk bercakap.
"Tapi apa?"
"Tunang Cik Muda sebenarnya orang yang suka bersosial." beritahu Ali.
"Maksud kamu, kaki perempuan!" Dania tersenyum. Dia faham dengan maksud sosial yang cuba nak disampaikan oleh Ali. Dia melihat beberapa keping gambar yang berada di dalam sampul tersebut. Gambar Hairi dikelilingi beberapa orang perempuan di pub.
Ali menganggukkan kepalanya.
"Saya tak kisah. Itu hal peribadi dia. Saya tak nak masuk campur." Kata Dania dengan tenang. "Dia ada steady girlfriend tak?"
"Tak ada."
"Bagus la. Saya malas nak cari gaduh. Lagipun saya tak sabar nak jumpa dengan cucu menantu pilihan atuk. Secara face to face." Dania tersenyum. Gambar Hairi direnungnya. We will finally meet Hairi. Kau akan tahu siapa aku yang sebenarnya.
*****************************************

"Kau ni mimpi apa semalam? Tiba-tiba saja ari ni nak lunch dengan aku." Kata Dania kepada sahabat baiknya yang berada di sebelahnya.
"Aiii…aku ajak keluar pun salah ke? Kau ni perdana menteri ke?" Wardina membuat mimic muka pada Dania.
"Aku melawak saja la, Dr Wardina. Kau ni asyik merajuk saja. Selama 2 bulan kau balik ke Malaysia, kau kan busy. Bila aku ajak kau keluar, macam-macam alasan kau bagi kat aku." Chocolate cake yang berada dihadapannya dimakan. Dikunyahnya perlahan-lahan. Sedap!
"Alasan? Aiii....Cik Dania oiiiii....., aku ni doktor. Kau ingat senang aku nak tinggalkan pesakit aku. Nyawa tu penting kau tahu tak!"
"Aku tahu." Dania tersengih. "So, bila kau nak kenalkan kat aku tunang kau. Sampai bila kau nak simpan."
"Kau ni tak sabar-sabar pulak. Nanti la aku kenalkan kau dengan dia. Nanti kau mesti terkejut bila jumpa dengan tunang aku."
"Kenapa? Tunang kau bukan manusia ke?" kata Dania dengan selamba.
"Dania!" jerit Wardina secara tiba-tiba.
Dania ketawa. "Just kidding." Dia menoleh ke kiri dan kanan. Jeritan Wardina menarik perhatian orang yang berada di Coffee House.
"Kau ni sejak dulu lagi, perangai kau tak pernah berubah-ubah. Main sedap mulut je cakap. Aiii…tak sayang mulut ke ?"
"Kau tahu tak, aku suka kalau tengok kau marah. Bulat je mata kau. Macam koala."usik Dania lagi.
"Malas la aku nak layan kau. Aaa....sebut pasal bab tunang ni, tunang kau macam mana?" tiba-tiba saja Wardina teringat akan tunang sahabatnya itu. Jarang Dania menceritakan pasal tunangnya. Jika tak ditanya, jangan harap la dia nak cerita.
"Still alive." jawab Dania sambil minum secawan kopi yang dipesannya sebentar tadi.
"Itu je ke!" terkebil-kebil Wardina memandang Dania. Seolah-olah macam Dania tak ada perasaan langsung terhadap tunangnya.
"Yup!"
"Dia tak nak balik Malaysia ke?" tanya Wardina lagi.
Dania tersenyum bila mendengar soalan Wardina. "Sepatutnya kau jadi wartawan bukan doktor, Wardina. Ia sesuai dengan sifat kau."
"Kau ni, Dania! Kau belum jawab lagi soalan aku?"
"Hujung minggu ni dia akan balik."
"Mesti kau seronok kan!" kata Wardina.
"Seronok." Dania ketawa lagi. "Aku memang tak sabar nak jumpa dia."
"Lain macam je bunyinya." Berkerut dahi Wardina apabila mendengar kata-kata Dania. "Kau nak buat apa?"
"Wait and see." kata Dania lagi. Pertanyaan Wardina tidak dijawabnya. Dania merenung cincin tunang yang dipakainya. Bagi dirinya, cincin ini tidak membawa apa-apa makna dalam dirinya. Kosong!

*******************************************
"Hairi takkan balik! Ini muktamad, mama!" tegas Hairi. Panggilan telefon dari ibunya benar-benar merunsingkan dirinya.
"Hairi tak kesian kat mama ke? Dah 5 tahun Hairi tinggal kat sana. Sampai bila nak duduk kat negara orang." kata Datin Zulaikha dengan lembut.
"Mama, bukan Hairi tak nak balik. Kalau Hairi balik, jangan harap la Hairi dapat melangkah keluar dari rumah lagi. Kena ikut telunjuk atuk saja."
"Tapi ...." Datin Zulaikha tidak puas hati dengan jawapan Hairi.
"Apa kata mama datang jumpa Hairi kat sini. I miss you too."
Datin Zulaikha terdiam seketika. Dia mengeluh. Sakit kepala dibuatnya. Sebelah sini bapak, sebelah sana anak. Dia tak tahu nak pilih mana satu.
"Mama!" panggil Hairi. Dia hairan tiba-tiba saja ibunya diam.
"Balik la, Hairi. Jangan cuba naikkan kemarahan atuk lagi. Dia dah tua. Apa salahnya sebagai orang muda, kita kena la beralah."
"Mama, Hairi dah banyak kali bertolak ansur dengan atuk. Hairi tak dapat terima bila atuk tunangkan Hairi dengan perempuan mata duitan tu." Nada suara Hairi sudah berubah. Kasar.
"Nama dia Dania, Hairi. Dania baik orangnya. Hairi belum kenal dia lagi. Cuba Hairi selami hati Dania dulu." pujuk Datin Zulaikha. Pada pendapat dirinya, Dania sepadan dengan anaknya. Berbudi bahasa dan lemah lembut. Entah apa yang kurang pada Dania dari mata anaknya, dia pun tak tahu.
"Itu lakonan semata-mata, mama! Zaman sekarang ni mana ada lagi orang setuju nak kahwin dengan pilihan keluarga. Orang kampung, boleh la. Dia tu nak harta kita saja, mama." Hairi tak habis-habis nak perburukkan tunangnya.
"Hairi tak pernah jumpa dia lagi. Jangan buat andaian sendiri." nasihat Datin Zulaikha lagi.
"Tak payah, mama. Hujung minggu ni, Hairi takkan balik. Nak jadi apa pun jadi la." tegas Hairi.
"Hairi!" Datin Zulaikha mengeluh. Anak tunggalnya ni benar-benar degil. Datin Zulaikha terkejut apabila tiba-tiba telefonnya dirampas.
"Jadi kau tak nak balik ya!" kata Dato’ Razali. Telefon tersebut digenggam dengan erat.
Hairi terkejut apabila mendengar suara atuknya. "Ya."
"Baiklah. Aku tak nak paksa kau. Mulai sekarang, jangan harap la kau nak dapat satu sen dari aku. Nama kau akan aku keluarkan dari wasiat aku. Kau bukan lagi cucu aku. Pandai-pandailah kau hidup kat sana."
Datin Zulaikha terkejut dengan kata-kata ayahnya.
"Atuk!" jerit Hairi. Kata-kata atuknya benar-benar di luar jangkaan.
"Kau nak balik ke tak?" tanya Dato’ Razali lagi.
Hairi terdiam. Macam mana aku nak hidup kalau semuanya atuk tarik balik. Kereta posche aku! Apartment aku! Takkan aku akan hilang kesemuannya. Kerja dengan orang? Aku? Tak boleh. Kemewahan yang aku kecapi sekarang ni akan hilang. Tidak!
"Kau nak balik ke tak? Aku beri tempoh kat kau sampai ari Sabtu ni. Kalau kau tak balik juga. Kau faham-faham la sendiri. Aku tak kisah kalau aku berikan semua harta aku ni kat anak-anak yatim." Dato’ Razali terus menamatkan panggilan tersebut.
"Ayah!" kata Datin Zulaikha kurang senang dengan keputusan ayahnya. Dato’ Razali hanya mendiamkan diri.
Hairi kaku. Fikirannya kosong. Kata-kata atuknya memang di luar jangkaan. Macam mana ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan