Nama Pena : Ezyan Hazwani
1
"Ya Allah ya Tuhan ku..Berikanlah hamba mu ini pertunjuk..berikanlah hambamu ini kekuatan sesungguhnya dikau maha mengerti dan memahami segala situasi yang terjadi terhadap hambamu ini.. Jika memang ini jalan penyelesaian terhadap hubungan kasih ku dengan dia aku reda ya allah… Semoga dikau memberikan aku jodoh yang direstui oleh mu ya Allah.. Amin.."itu lah doa Alyaa setelah menyelesaikan solat hajat dan isthikarahnya…Bagi Alyaa tiada lagi tempat untuk dirinya memohon dan meminta petunjuk melainkan kepada yang maha pencipta..
Hubungan kasihnya bersama Ammal Warith dihalang keluarganya kerana keterlanjuran Ammal dengan setiausaha sendiri…Kekecewaan memang melanda diri Alyaa.. Tapi ini adalah lumrah manusia yang alpha terhadap dirinya sendiri.. Sudah beberapa kali Dato Khalil dan Datin Malia meminta Alyaa agar memujuk Ammal agar berkahwin dengan Linda setiausaha itu..ALyaa memahami keingina kedua orang tua ammal yang mahukan anaknya bertanggungjawab akan kesilapan itu…Marah,benci kesal merupakan perasaan yang terbuku di hati Alyaa..Apatah lagi ingin memaafkan kesalahan Ammal.. Harapan ingin berkahwin yang diberikan Ammal kepada Alyaa setelah hampir lima tahun hubungan cinta bersemi kini hancur… Alyaa sanggup untuk membebaskan Ammal dari dirinya kerana tak mahu dibelenggu perasaan benci..Namun Ammal tetap tidak mahu melepaskan dirinya..Buntu seketika…
"Entah la Emma..aku tak tahu nak buat apa lagi…Buntu..buntu sangat.."sayu kedengaran nada luahan Alyaa kepada sahabat baiknya Emma Audia binti Dato Kamal..
"Kesian kau Leya..Aku tak paham betul la si Ammal tu..Becinta bagai nak rak..tapi akhirnya… eishh geramnya aku.."luah Emma simpati akan nasib sahabatnya itu…
"Habis kau nak buat apa sekarang?"Tanya Emma inginkan kepastian.
"Aku tetap nak hentikan hubungan ini…Aku dah tak larat Emma…Aku harap ada caranya untuk aku hentikan semua ini. Aku dah la masalah dengan kerja..Mana nak tolong adik aku tu lagi.. Nak dapatkan tempat tu …Selagi tak dapat tak mula la bisnes dia."hati Alyaa berkecamuk dengan pelbagai masalah yang melanda dirinya.. Emma yang memang rapat dengan dirinya sejak zaman persekolahan mereka lagi..Walaupun Emma anak orang kaya dirinya tahu akan pinjaman sementara itu untuk keluarganya..Baginya nama ,pangkat atau kekayaan dirinya adalah pinjaman semata-mata..Begitu indah peribadi anak Dato Kamal dan Datin Aminah itu..
"Senang-senang kau cari pengganti dan kahwin je terus.."usikan Emma sekadar ingin menenangkan hati Alyaa..Alyaa membalasnya dengan menyiku sahabatnya itu..tindakan itu melahirkan tawa kecil dari mereka berdua..
"Ok la Emma nanti Aku call kau lagi..aku nak pergi ke syarikat tu lagi nak Tanya perkembaangan pemohonan aku tu.. Assalamualaikum.."talian telefon diputuskan..
Kunci kereta wira dicapai Alyaa..Rumah dipastikan berkunci.. Alyaa harus pergi ke Malsiq Holdings untuk bertanyakan pemohonannya yang masih belum ada khabar berita.. Pemohonan Alyaa yang ingin mendapatkan sebuah kedai untuk adiknya.. Haji Rasyid dan Hajah Fatimah merupakan orang yang paling Alyaa sayang ..Mereka telah membesarkan anak yang diamanahkan sahabatnya 18 tahun yang lalu ketika itu Alyaa baru berusia 7 tahun..
Tiada bisa ku lupa…Saat yang indah, yang terindah
Yang kita lewati bercinta
Semua kebiasaan….Yang kita lalui berdua
Kini jadi puing kenangan
Sebab engkau telah pergi….Sambil menangis kau katakan
Kau tak akan pernah kembali
Dan dapat ku pahami….Satu alasan yang kau beri
Apa yang mereka ingini
Segala yang terbaik untukmu
(Sendiri aku dalam gelapku
Tiada satupun menemaniku)
Jika itu memang terbaik, untuk dirimu
Walau berat untukku, berpisah denganmu
Hapus sudah air matamu, aku mengerti
Ini bukan maumu, ini bukan inginmu ....
Berkumandang di radio lagu bertajuk \'Jika Itu Yang Terbaik\' dinyayikan kumpulan Ungu itu diamati Alyaa..Setiap rangkap dan lirik lagu itu telah menitiskan air mata dipipi Alyaa.. mengenangkan nasib cintanya yang tak kesampaian namun begitu di tetap dengan hatinya yang ingin mengakhiri perkara ini secepatnya..
Di Malsiq Holdings….
"Kau tahu la mama aku..Mana boleh bantah cakap dia Mer..Ni sekarang dah nak mengugut aku pulak..Katanya kalau aku tak cari jodoh sekarang diaa nak aku kawin jugak dengan Sarah tu…Kau tahu la sarah tu kan.. Siap bagi aku tempoh sebulan pulak…"luahan hati Tengku Shahriz Aidil terhadap sepupunya Megat Ammer Izwan..
"Ayah engku macam mana?"soal Ammer pula..
"Ayah aku lagi la sokong mama aku..siap kata kalau aku tak kahwin.. aku tak dapat syer Delima Holdings yang ayah aku nak bahagi-bahagikan tu..Aku bukan nak sangat syer tu tapi aku kan dah dipertanggungjawabkan..jatuh la maruah aku kalau salah seorang anak pemilik Delima holding tak dapat hak itu.."panjar lebar penjelasan Aidil..kata-katanya disambut tawa besar Ammer..
"Senang-senang kau kahwin je dengan Sarah tu…"usik Ammer..Pembualan mereka diganggu dengan ketukan pintu..Dan muncul setiausaha Aidil bernama Siti..
"Tengku..Cik Alyaa yang call semalam dah sampai..Dia nak jumpa Tengku.."ujar Siti..
"Ok suruh dia masuk..kau stay je situ..kita tak habis borak lagi."ujar Aidil ketika menyaksikan Ammer yang bangun seperti mahu beredar..
"Assalamualaikum.."salam disampai Alyaa dan disambut oleh dua orang yang berada dipejabat itu..Agak segan Alyaa memandangkan lelaki yang akan dihadapinya..Aidil berdiri memperkenalkan diri..
"Saya Aidil dan ini Ammer .."ujar Aidil dan Alya turut memperkenalkan diri..
"ohh..berkaitan dengan tempat tu ya Cik Alyaa..Ok pengurus yang Cik Alyaa jumpe tu ada bagi tahu saya tentang perkara ini tapi saya dapat tahu yang Cik Alyaa tiada modal yang cukup untuk memiliki tempat tu.."panjang lebar penjelasan Aidil..
"Saya faham tentang tu Encik Aidil..Tapi saya perlu tempat tu kawasan yang strategik sesuai untuk peniagaan..Pasal modal sayaa masih tengah usahakan..Cuma saya harap saya daapat jaminan untuk memili tempat tu memandangkan ramai berminat.."jelas Alyaa..Terpegun seketika Aidil setelah mendengar kelincahan lidah gadis yang tidak dikenalinya itu..
"Macam ni lah Cik Alyaa..Biar kami pastikan tentang perkara ini.. Kalau ada apa-apa perkembangan akan kami berikan pada Cik..Emm Cik boleh tinggalkan nombor telefon supaya kami boleh berhubung dengan Cik.."penjelasan itu diberikan Ammer setelah mendapati Aidil yang dari tadi senyap seribu bahasa..Alyaa pun berlalu pergi selepas meninggalakan nombor telefonnya daan mengucapkan terima kasih kerana menerima temujanji mereka hari ini..
"Woi..Dah-dah la tuh.."teguraan itu mengejutkan Aidil..
"Bukan ape Mer..Mulut dia lincah betul…jarang aku jumpa pempuan mulut lancar macam ni…"jelas Aidil yang malu ditegur sebegitu..
"Cuba kau fikir-fikirkan mana tahu awek ni boleh tolong kau.."slamber kata-kata Ammer sambil berlalu keluar dari pejabat Aidil..kata-kata itu menghamburkan tawa dari Aidil..
Err..mcmana Alya bleh menyiku Emma pdahal diorg cume b'ckp kat dlm telefon..???adakah teknologi t'lalu canggih..pape pun ok..sy tggu smbungan cite ni.. =)
BalasPadambile nak masuk yang baru????
BalasPadamcm penah tgk la cte ne..
BalasPadambereh
BalasPadammcm cite cerekarama,yg fahrin n fasha sanda berlakon tu...tiru ea?
BalasPadambesttt
BalasPadam