Isnin, Oktober 12, 2009

Novel : Korban Kasih 1

Nama Pena : Rina Marlina

KORBAN KASIH
Bab 1

Bunyi ombak menghempas pantai , deruan angin dan sesekali kicauan burung di tepi pantai ini sudah tidak asing lagi bagiku. Pantai , angin , ombak dan yang ada di sekelilingku kini adalah saksi kisah cinta , suka dan dukaku bersama insan yang menyayangiku , abang Haris! kematian abang Haris di saatku menanti debar hari pernikahanku dan abang Haris dilangsungkan , abang Haris meninggalkanku tanpa pesan, dia pergi buat selama-lamanya. Aku diberitahu , abang Haris terlibat dengan kemalangan. saat itu , hanya Allah sahaja yang tahu , seluruh jiwaku bagai direntap sekali. Sejak itu aku menjadi seorang yang pendiam dan menjadi pengunjung setia pantai Beringis ini. Bukan aku ingin menyalahkan takdir atau tidak percaya kepada qada dan qadar Allah. Aku terlalu terkejut dengan apa yang telah berlaku. Hari ini genap 6 bulan Abang Haris meninggalkanku dan kenangan kami. sedang aku asyik menyusuri pantai , aku terdengar ada orang sedang memanggil namaku.
Lantas aku menoleh ke arah datangnya suara itu.
"kak Qiesha! kak Qiesha!" teriak adikku Fatiha. Fatiha sudah berumur 15 tahun dialah satu-satunya adikku. Ku lihat Fatiha sedang berlari mendapatkan aku. Aku agak hairan dengan sikapnya petang ini.
"kenapa ni Fatiha?"
Soalku.
"kak Qis , ni ada surat untuk kak Qis. Ibu suruh kasi kak Qis segera." jawabnya sambil tercungap-cungap keletihan. Aku segera membuka sampul surat yang diserahkan kepadaku. setelah membaca dan meneliti surat tersebut, aku tersenyum puas. Akhirnya aku berjaya diterima di Syarikat Art-workers Kuala Lumpur. Impianku untuk menghasilkan pelbagai rekaan dalaman akan tercapai tidak lama lagi. Aku lantas menarik tangan Fatiha dan berlari pulang kerumah , aku ingin segera memberitahu ibu tentang berita gembira ini.
Setiba dirumah aku segera ke dapur , aku memeluk ibu dengan linangan air mata gembira. Terpamer wajah kehairanan di wajah ibu lantas bertanya kepadaku.
"kenapa Qis? apa yang terjadi anakku Qiesha?" tanya ibu lembut sambil menyeka air mata di pipiku.
"Ibu , Qis dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur ibu."
"syukurlah Qis." ibu segera memlukku. Aku lihat ibu juga menangis. Tangisan kegembiraan.
"Ibu , Qis nak minta restu ibu."
"Pergilah Qis andai ini bisa membahagiakanmu anakku. Pergilah dan ubatlah hatimu sayang."
"terima kasih ibu. Ibu terlalu memahami."
"kak, tahniah ya. Semoga kakak beroleh kebahagiaan di sana. Lupakanlah apa yang sudah berlaku kak." aku lantas memeluk Fatiha. Aku terharu dengan bicaranya. aku tahu mereka semua gembira kerana mereka ingin aku keluar dari kenangan itu. 'Ya Allah aku bersyukur atas rezeki yang kau berikan. kau ambil kebahagian yang kudambakan dapi kau beri jua sesuatu yang berharga untuk mengganti yang telah hilang. Kau tabahkanlah hambamu ini melalui liku-liku kehidupan yang mencabar ini.
***
Sedang aku leka memasak didapur, aku dikejutkan dengan kehadiran ibu sambil membuka tudung saji di atas meja.
"Qis masak apa ni? Wanginya bau."
"Qis masak biasa je ni bu, masak asam pedas."
"bila Qis nak bertolak ke Kuala Lumpur?" tanya ibu lembut sambil mengacau nasi yang ku masak.
"kalau ikut surat tu, Qis kena melapor diri isnin ni. Jadi Qis bercadang nak bertolak hari Sabtu ni."
"kalau macam tu, nanti ibu telefon kawan ibu makcik Fauziah. Qis ingat lagi tak makcik Fauziah kawan ibu tu?"
"manalah nak ingat bu, masa dia kat sini pun Qis bukan rapat sangat dengan mereka tu. Qiesha kan duduk asrama." ibu mengangguk sahaja dengan penerangan ku.
"tak menyusahkan dia ke ibu? Qis cadang nak duduk rumah kawan Qis."
"jangan nak pandai-pandai nak duduk rumah kawan Qis tu, ibu bukan kenal dengan mereka tu. buat ibu susah hati je nanti Qis. Makcik Fauziah dah pesan dulu, kalau kita menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur dia suruh bagitau. katanya duduk kat rumah dia jelah tak payah susahkan diri duduk kat hotel. Orang kat sana tu bukan boleh percaya sangat Qis."
"kalau itu dah kata ibu , Qis ikut je lah ibu."
Aku faham ibu sangat risau tentang keselamatanku apatah lagi ini kali pertama aku akan menjejaki kaki ke Kuala Lumpur yang pesat membangun. Sekarang ni pun sudah banyak di dengar dari berita tentang kes bunuh , kemalangan , ragut dan macam-macam lagi. Aku pun gementar juga nak melangkah ke sana. Tapi kalau itu sudah dikata ibu lega sikit hatiku. Ibu sudahpun meninggalkanku di dapur seorang diri untuk menyiapkan makanan tengahari kami. Hari ini kami makan tengahari amat menyelerakan. Ibu dan Fatiha dua kali bertambah nasi. Aku pula seronok melihat mereka makan dengan penuh selera. Sekali-sekala semasa makan kami bertiga bergurau senda. Selepas ini amat payah untuk aku melihat suasana seperti ini setiap hari. menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur bermakna tumpuan aku lebih kepada kerjaya yang kuidamkan selama ini.
Bunyi ombak menghempas pantai , deruan angin dan sesekali kicauan burung di tepi pantai ini sudah tidak asing lagi bagiku. Pantai , angin , ombak dan yang ada di sekelilingku kini adalah saksi kisah cinta , suka dan dukaku bersama insan yang menyayangiku , abang Haris! kematian abang Haris di saatku menanti debar hari pernikahanku dan abang Haris dilangsungkan , abang Haris meninggalkanku tanpa pesan, dia pergi buat selama-lamanya. Aku diberitahu , abang Haris terlibat dengan kemalangan. saat itu , hanya Allah sahaja yang tahu , seluruh jiwaku bagai direntap sekali. Sejak itu aku menjadi seorang yang pendiam dan menjadi pengunjung setia pantai Beringis ini. Bukan aku ingin menyalahkan takdir atau tidak percaya kepada qada dan qadar Allah. Aku terlalu terkejut dengan apa yang telah berlaku. Hari ini genap 6 bulan Abang Haris meninggalkanku dan kenangan kami. sedang aku asyik menyusuri pantai , aku terdengar ada orang sedang memanggil namaku. Lantas aku menoleh ke arah datangnya suara itu.
"kak Qiesha! kak Qiesha!" teriak adikku Fatiha. Fatiha sudah berumur 15 tahun dialah satu-satunya adikku. Ku lihat Fatiha sedang berlari mendapatkan aku. aku agak hairan dengan sikapnya petang ini.
"kenapa ni Fatiha?" Soalku.
"kak Qis , ni ada surat untuk kak Qis. Ibu suruh kasi kak Qis segera." jawabnya sambil tercungap-cungap keletihan. Aku segera membuka sampul surat yang diserahkan kepadaku. setelah membaca dan meneliti surat tersebut, aku tersenyum puas. Akhirnya aku berjaya diterima di Syarikat Art-workers Kuala Lumpur. Impianku untuk menghasilkan pelbagai rekaan dalaman akan tercapai tidak lama lagi. Aku lantas menarik tangan Fatiha dan berlari pulang kerumah , aku ingin segera memberitahu ibu tentang berita gembira ini.
Setiba dirumah aku segera ke dapur , aku memeluk ibu dengan linangan air mata gembira. Terpamer wajah kehairanan di wajah ibu lantas bertanya kepadaku.
"kenapa Qis? apa yang terjadi anakku Qiesha?" tanya ibu lembut sambil menyeka air mata di pipiku.
"Ibu , Qis dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur ibu."
"syukurlah Qis." ibu segera memlukku. Aku lihat ibu juga menangis. Tangisan kegembiraan.
"Ibu , Qis nak minta restu ibu."
"Pergilah Qis andai ini bisa membahagiakanmu anakku. Pergilah dan ubatlah hatimu sayang."
"terima kasih ibu. Ibu terlalu memahami ."
"kak, tahniah ya. Semoga kakak beroleh kebahagiaan di sana. Lupakanlah apa yang sudah berlaku kak." aku lantas memeluk Fatiha. Aku terharu dengan bicaranya. aku tahu mereka semua gembira kerana mereka ingin aku keluar dari kenangan itu. 'Ya Allah aku bersyukur atas rezeki yang kau berikan. kau ambil kebahagian yang kudambakan dapi kau beri jua sesuatu yang berharga untuk mengganti yang telah hilang. Kau tabahkanlah hambamu ini melalui liku-liku kehidupan yang mencabar ini.
***
Sedang aku leka memasak didapur, aku dikejutkan dengan kehadiran ibu sambil membuka tudung saji di atas meja.
"Qis masak apa ni? Wanginya bau."
"Qis masak biasa je ni bu, masak asam pedas."
"bila Qis nak bertolak ke Kuala Lumpur?" tanya ibu lembut sambil mengacau nasi yang ku masak.
"kalau ikut surat tu, Qis kena melapor diri isnin ni. Jadi Qis bercadang nak bertolak hari Sabtu ni."
"kalau macam tu, nanti ibu telefon kawan ibu makcik Fauziah. Qis ingat lagi tak makcik Fauziah kawan ibu tu?"
"manalah nak ingat bu, masa dia kat sini pun Qis bukan rapat sangat dengan mereka tu. Qiesha kan duduk asrama." ibu mengangguk sahaja dengan penerangan ku.
"tak menyusahkan dia ke ibu? Qis cadang nak duduk rumah kawan Qis."
"jangan nak pandai-pandai nak duduk rumah kawan Qis tu, ibu bukan kenal dengan mereka tu. buat ibu susah hati je nanti Qis. Makcik Fauziah dah pesan dulu, kalau kita menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur dia suruh bagitau. katanya duduk kat rumah dia jelah tak payah susahkan diri duduk kat hotel. Orang kat sana tu bukan boleh percaya sangat Qis."
"kalau itu dah kata ibu , Qis ikut je lah ibu."
Aku faham ibu sangat risau tentang keselamatanku apatah lagi ini kali pertama aku akan menjejaki kaki ke Kuala Lumpur yang pesat membangun. Sekarang ni pun sudah banyak di dengar dari berita tentang kes bunuh , kemalangan , ragut dan macam-macam lagi. Aku pun gementar juga nak melangkah ke sana. Tapi kalau itu sudah dikata ibu lega sikit hatiku. Ibu sudahpun meninggalkanku di dapur seorang diri untuk menyiapkan makanan tengahari kami. Hari ini kami makan tengahari amat menyelerakan. Ibu dan Fatiha dua kali bertambah nasi. Aku pula seronok melihat mereka makan dengan penuh selera. Sekali-sekala semasa makan kami bertiga bergurau senda. Selepas ini amat payah untuk aku melihat suasana seperti ini setiap hari. menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur bermakna tumpuan aku lebih kepada kerjaya yang kuidamkan selama ini.

2 ulasan:

  1. Salam Rina...permulaannya bagus,tapi ada citer yg berulang kan?tak semak kembali ke?Biasa la"Human Error"apa2 pun teruskan usaha anda...

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan