Isnin, Oktober 12, 2009

Novel : Mungkin Cinta Bukan Untukku 1

Nama Pena : Akira Hiroshi

Hidup ini terasa bosan sangat. Aku ingin satu yang baru. Nak buat apa? Emm…masuk Akademik Fantasia? Okey jugak idea tu. Tapi…boleh ke aku menyanyi? Sekarang ni aku hanya tahu nyanyi lagu Nobody je. I want Nobody…Nobody…but you! I want Nobody…Nobody…but you!

Adlina ketawa sendiri.

"Apa yang kau tersengih-sengih macam kerang busuk je aku tengok? Ader cite baik ke?" tegur satu suara lembut.

Adlina mendongak ke atas. Jelas kelihatan sekuntum senyuman manis teman semakmalnya, Suhada.

"Tak der ape- ape la. cuma...tiba-tiba je terfikirkan masa depan." Ujar Adlina dengan senyuman di bibir.
"Dok fikir berapa lama lagi kita nak kena buat analisis yang sama je setiap hari. Boring aaa..."

"Emm…kak Su pun rasa macam tu jugak. Entah berapa banyak bahan kimia yang ada dalam badan ini pun tak tahu." Ujar Suhada dalam jenaka membuatkan Adlina tersenyum kecil.

"Buat macam mana…apply pun taraf SPM…buat je kerja. Bersyukur kita ada kerja. Kat luar tu ramai lagi yang tak ada kerja." Sampuk Ismail membuatkan Adlina dan Suhada sama-sama berpaling ke belakang. Tak sedar rupa-rupanya perbualan mereka sudah didengari oleh Ismail, seorang Pembantu Am Pejabat di situ. Ismail hanya tersenyum sinis.

"Buat kerja, buat kerja. Nanti boss besar marah." Ujar Ismail dengan senyuman sinisnya itu lalu bangun dari duduk dan terus melangkah ke bilik basuhan yang hanya terletak 10 meter dari tempat dia duduk.

Adlina tersenyum kecil.

"Kenapa kau senyum lagi?" soal Suhada kaget.

"Tak ada apa-apa." Ujar Adlina yang kemudian melemparkan pandangannya ke atas meja yang terdapat beberapa worksheet di situ untuk di describe. Suhada pula melangkah ke bilik fumehood menyambung kembali analisis pestiside, Organoclorin setelah mendapatkan beberapa biji bikar.

Adlina melepaskan kembali pandangannya tepat ke botol plastik mentega kacang yang sudah berada di dalam genggaman.

Sementara menunggu bahan-bahan yang dikisarnya tadi dituras, waktu yang ada sebelum menyambung menjalankan analisis seterusnya, sempat dia mengisi borang worksheet yang memerlukannya mencatat setiap kandungan yang terdapat pada label botol mentega kacang itu.

Sememangnya kehidupan yang dilaluinya begitu membosankan. Setiap hari perkara yang sama akan berulang. Makmalnya yang terletak betul dengan pintu utama di tingkat 1, menjadi persinggahannya dari pagi sehingga ke petang. Kadang-kadang boleh mencecah ke malam hari sekiranya sampel yang dihantar perlu disegerakan TUL (Tahan Uji Lepas) sekiranya melibatkan pejabat kesihatan dari pelabuhan yang lebih kepada sampel yang hendak dieksport atau diimport.

Bukan dia tidak bersyukur dengan perkerjaannya sekarang cuma, dia tidak ada minat dengan kehidupannya kini yang seperti sudah jauh dengan kehidupan. Hidup hanya bergelumang dengan kerja yang tidak akan mempunyai tanda noktah untuk berhenti, seperti tidak memberi ruang padanya kini. Pulang ke rumah, matanya sudah layu seperti ditarik-tarik. Pukul lapan, dia sudah terbaring di atas tilam empuk.

Entahlah, kenapa kehidupannya menjadi begini? Adakah mungkin kerana timbunan bahan kimia yang terkumpul dalam diri? Sedutan bahan kimia tanpa disedari ataupun diri sendiri? Kehidupannya sudah tidak menentu. Rasanya sekiranya Tsunami terjadi sekali pasti, dia adalah orang pertama yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi kerana, apa yang berlaku pasti dia tidak sedari. Orang kata tidur mati.

"Ada berita baik!" Ujar Nadia sambil menghulurkan beberapa helai kertas yang dikepilkan sekali yang terus diletakkan di atas meja menutupi worksheet di hadapan Adlina. Entah bila Nadia tercegat disebelahnya dia sendiri tak pasti. Gadis itu sememangnya begitu. Lagipun tugasnya yang membawanya ke setiap sekyen yang ada dalam bangunan itu.

Kening Adlina berkerut sambil tangannya mencapai helaian kertas putih yang ditaip kemas. Namanya tercatat dengan beberapa nama yang lain dan di highlight dengan warna oren.

"Berita apa?"

"Kau baca lah, kalau nak tahu." Ujar Nadia sambil mengenyitkan mata kirinya. Adlina hanya tersenyum sambil matanya membawa pergi dengan lenggang-lenggok sahabatnya. Gadis yang hanya dua tahun tua daripadanya masih lagi tidak hilang seri pengantin barunya itu.

Pandangan Adlina kembali ke kertas putih yang sudah berada di dalam tangannya. Bebola hitamnya berlari dari kiri ke kanan. Tiba-tiba dia terjerit kecil dan terus bangun dari duduknya. Dia melangkah ke bilik fumehood yang berada beberapa meter di sebelah kanannya.

Suhada yang sedang menuang sesuatu ke dalam slinder penyukat berpaling apabila kedengaran pintu bilik itu dibuka. Tanpa suara dia hanya memandang wajah Adlina yang tersenyum panjang.

" Guess what?" soal Adlina dengan nada teruja.

Suhada hanya mengangkat kedua-dua keningnya. Mukanya yang ditutupi dengan mask hitam itu, menampakkan hanya mata hitamnya yang tergantung tanda tanya.

"Kita…akan cuti seminggu…sempena Sukan Jabatan. Seronoknya. Tak sabar nak pergi." Ujar Adlina dengan nada suka yang kemudiannya meloncat kecil seperti anak kecil yang baru mendapat hadiah.

"Betul?" soal Suhada seperti tidak percaya sambil melurut turun mask yang dipakai ke paras dagu.

"Tengok ni…nama kita ada la. Wah…tak sabarnya. " Ujar Adlina meloncat kecil lagi sambil menghulurkan kertas itu ke arah Suhada.

Suhada ketawa kecil melihat gelagat Adlina. Gadis yang sentiasa ceria dan suka ketawa besar itu selalu sahaja membuatkan keadaan menjadi meriah. Sebelum menyambut, Suhada menarik keluar glove putih yang dipakainya dan terus dilontar masuk ke dalam tong sampah kemudian huluran itu disambut.

"Akhirnya akak, kita terlepas juga dari cengkaman…En. Talim tu. Hahahahahhah!" ketawa Adlina seperti orang jahat. "Macam kata Puteri…yang penting kita, enjoy!" tambah Adlina riang sambil mengangkat tangan kanan.
Kedengaran pintu terbuka.

"Yang penting kita enjoy!" ujar En. Talim dengan membuat aksi yang dilakukan oleh Adlina tadi membuatkan Adlina dan Suhada ketawa kecil. Lawak. Gaya lelaki yang bakal mencecah ke angka 50-an dengan perut yang membuncit kehadapan itu membuatkan hati mereka bagai digeletik.

"Oooo...sukanya dia. Suka sangat lah tu tak payah buat keje.\" Ujar En. Talim dengan bercekak pinggang.

\"Selagi kerja tak habis…saya tak akan benarkan pergi." Ujar En. Talim tegas. Muka yang seperti dibuat-buat serius itu membuatkan Adlina dan Suhada ketawa kecil lagi. Encik Talim memang tidak pandai untuk berlagak tegas. Lagi cuba untuk berlagak tegas lagi kelakar kelihatan rupanya.

"Saya nak pergi jugak encik Talim. Lagipun sekali saja dalam seumur hidup. Saya nak pergi juga, saya tak kira, encik bagi ke tidak." Ujar Adlina dengan wajah selamba. Sememangnya dia selalu sahaja membantah kata ketua sekyennya itu. Kadang-kadang rasa kelakar pula bila Encik Talim terdiam dengan jawapannya itu. Dia tahu ketuanya itu seorang yang baik hati walaupun kadang-kadang dia pula yang berlebih. Hanya dengan Encik Talim seorang saja yang dia berani untuk katakan tidak kerana bossnya itu agak kelam kabut orangnya. Harus selalu diingatkan dan harus selalu dijelaskan apa yang sedang berlaku.
Sebelum ini dia tidak pernah mengatakan tidak. Apa yang disuruh segera dilakukan. Kadang-kadang dia sendiri bingung. Sepuluh minit disuruh ini, kemudian suruh ini. Ah! Yang mana satu. Tangan hanya ada dua. Kalau ada sepuluh tangan, tak apa juga. Kadang-kadang dia sendiri terikut sama dengan gelagat bossnya yang kelam-kabut seperti ribut. Tapi,sekarang dia sudah faham benar sifat bossnya itu yang harus sentiasa diperjelaskan keadaan. Jelaskan apa yang sedang kita lakukan.

Nasib baik anak buah dapat control boss…hehehe. Tekanan perasaan ini boleh lah dikurangkan sikit.

"Kalau tak bawa balik medal siap kamu…" ujar Encik Talim keras dengan tanda amaran di tangan. Jari hantu yang ditunding-tunding dan digerak ke kiri dan ke kanan membuatkan Adlina kecut sikit. Tidak pernah terlintas difikiran untuk meraih sebuah medal. Tujuan dia ke sana hanya untuk melepaskan bebanan kerja. Menang, tak mungkin sekali kerana dia tidak pernah berlatih. Setakat pengalaman mewakili perlawanan diperingkat sekolah, itu adalah. Pengalaman itu boleh dikatakan sudah lapuk dan ditelan dek waktu. Semua itu berlaku enam tahun yang lalu. Boleh diambil kira lagi ke?

Adlina dan Suhada membiarkan Encik Talim pergi dengan senyuman sinis di bibir. Semestinya dia berasa gembira kerana berjaya membuatkan anak buahnya yang selalu sahaja membalas setiap kata-katanya itu sebelum ini, terdiam.

"Akak…macam mana ni? Kita nak enjoy je…bukan nak main. Main pun suka-suka saja. Tapi…kalau tak menang malu lah kat boss…akak." Keluh Adlina.

"Everything is not impossible la…Walaupun tak pernah berlatih…tapi akak rasa…kalau kita dah pernah main dahulu mungkin tak ada masalah. Just kena ada stamina je. Cawangan lain pun akak rasa sama je macam kita, tak reti main." Ujar Suhada dengan senyuman kemudian diikuti dengan ketawa kecil.

"Kalau sama-sama tak reti main, kak nak tahu apa yang jadi tak kak?" ujar Adlina dengan senyuman di bibir. Dalam fikiran dia terbayangkan keadaan yang akan berlaku seperti dalam drama Jepun Gokusen 2, bila Yakumi, cikgu yang ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar yang bermasalah itu cuba untuk menarik perhatian dengan mengajak pelajar itu bermandi peluh bersama-sama di tengah padang dengan bermain bola sepak. Yang kelakarnya bila masing-masing tidak tahu bagaimana untuk bermain. Salah masukkan bola ke gawang sendiri. Cuba tendang bola tapi tak kena. Kejar kawan sendiri. Memang boleh pecah perut ni. Tak boleh dibayangkan lagi bila dia dengan orang-orang lain yang tidak tahu bermain, berlagak untuk bermain. Pasti kelakar daripada budak-budak Gokusen itu.

Adlina ketawa lagi.

"Ha, tu…nak mengarutlah tu." Ujar Suhada seperti sudah faham dengan sikap Adlina yang suka berimaginasi.

Adlina hanya tersenyum kecil.

16 ulasan:

  1. x best..lorh..apew pnyer cter ntah...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama19/6/10 2:45 PG

    ayat okay, tapi crita pendek sgat lah.. no klimaks, no ending. masa diorang bersukan pun takde, ape nk jadi

    BalasPadam
  3. cam tak complete la cita ni......hehehehehe

    BalasPadam
  4. kpd hanba allah yang komen mcm2 2...tgk le dri 2..korang blh buat ke?kre ok la ni..dripada korang 2 duk bce org pnye jew...cbe buat nk tgkk...

    BalasPadam
  5. best la ayat die..simple n ringkas..skang ni sy pun ngah try nk blaja nk wat ayat yg best tok tulis cite..
    sy ka c awak 4 bintang ok tak..=)

    BalasPadam
  6. maaf kpd penulis, karya anda tidak mmpu menyentuh kalbu sy utk trus mngikutinya. scra ringkas karya anda boleh di label sbgai biasa namun bgtu msih boleh dipertingkatkn lg..

    BalasPadam
  7. k0rang nie c0ment sng la...cba la tlis....

    BalasPadam
  8. ape darr....bile orang comment, kome mara...ade yg touching biarpun itu bukan hak dia...biarlah ade org nk comment. ikut perasaan pembaca! yg kome nak marah pengkritik tu kenapa? siap suruh buat lagi!!! cit! tak pro betullah pemarah-pemarah ni! bila ada comment negative maknya ada bnyk bende nk kene improve... bukn dihamun balik pengkritik-pengkritik tuh!!!

    BalasPadam
  9. betul tuh...aku sokong! xptt dimarah pengkritik. Itulah gunanya org yg mengkritik. xkan xbgus nak cakp good plak? fikirlah sendiri. orang menulis ni banyak gaya penceritaan dan banyak gaya pengolahan. Ada yang suka cara A dan ada yg tak suka cara A. ikut hati pembacalah nak bagi comment. lawak betullah...dan kalau cerita itu bagus, memg layak dipuji. begitulah sebaliknya...

    BalasPadam
  10. betul jgk... "korang nie coment sng la...cub la tlis..."
    hahaha apalah, coment mmg 1 benda yg senang... sbb tu ramai yg nk jdi pengoment. huuuu kenapa plak ada org yg touching walhal bukan hak dia?

    bg sy cerita ni dah cukup ok.
    semua cerita ok kerana ada pengikutnya yang tersendiri. seperti kata seseorang tu.. ada suka A dan ada tak suka A. sy sokong!!!

    BalasPadam
  11. crita xbrapa lgkap,cba prtngktkn lg...

    BalasPadam
  12. cte ni boleh diperbaiki lagi jika penulis novel ni menhayati setiap ape yg ditulis....so teruskan usaha anda untuk berkarya

    BalasPadam
  13. ni kan novel,, kalau nak sambungan beli la novelnye. kalau cerpen yela ade ending. tapi novel xkan nak post satu buku yg tebal tu kat sini. apepon, kpd penulis, keep it up. seroonok! :)

    BalasPadam
  14. x paham aku...ewwwwwwwwwwwwwww.entah pa pew..x bes langsung!

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama1/1/12 1:43 PG

    cite tergntung lerrrrrrrrrrrr ;|

    BalasPadam
  16. i like it but ,saya nak karya yang dapat menyokong minda pembaca untuk terus menggapai mimpi.....boboboy cakap "terbaik"

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan