Nama Pena : Noreyn
Masuk hari ni genap dua minggu usia perkahwinannya dengan Manja Nurul Izlien Bt Mohd Nazrur Izlan. Sekali lafaz sahaja gadis pujaannya itu sah menjadi miliknya tapi dia masih tidak dapat memahami gadis tembam itu. Sejak dia bergelar isteri kepada Norman Hakkim B. Kamarulzaman perangainya makin sukar dimengerti.
Spider membelek belek gambar gambar perkahwinannya dengan Teddy. Puas dia mencari gambar Teddy mengayakan cheongsam tapi tak berjumpa.
"Mana ni? Tak jadi ke?" Spider mencari lagi tapi masih tidak berjumpa. Ke empat empat album gambar yang besar itu sudah di belek berulang kali tanpa jemu tapi masih tak berjumpa. Penat mencari Spider membiarkan album album itu di atas katil lalu menuju ke arah kerusi malas yang tergantung di anjung bilik tersebut. Setelah agak lama duduk di atas kerusi malas itu fikirannya menerawang ke malam pertama dia menjadi suami kepada Teddy.
Hari itu memang terlalu memenatkan maklumlah majlis pernikahan dan persandingan di hari yang sama. Ini bermakna semua acara yang ibu bapa kami mahukan berlangsung pada hari yang sama. Tak cukup dengan tu, majlis hari tu merupakan majlis dari pihak lelaki dan perempuan. Maklumlah rumah bertentangan. Senang kata mummy dan daddy. Sekali jalan kata mak dan ayah. Tapi yang terseksa aku. Macam nak tercabut tangan menerima ucapan tahniah dari saudara mara dan sahabat handai. Teddy? Aku tengok biasa je. Entahlah. Aku tak tau. Yelah dia tu kan species Teddy bear? Manalah aku nak tau kan? Aku belum merasa lagi jadi teddy bear ni.
Malam tu lepas semua acara selesai aku pun naik ke atas. Ke bilik aku dan Teddy. Kalau dulu ianya bilik ‘Teddy Pte Ltd’ sekarang dah jadi bilik ‘Teddy & Spider’ kot? Tak pun ‘Mr. & Mrs. Spider’. Pilihan terakhir ‘Mr. & Mrs. Teddy’. Kalau pilihan terakhir bermakna aku kena jugalah jadi teddy bear? Ah biarlah.
Malam tu entah kenapa aku rasa tak sedap hati, berdebar debar dan bermacam jenis lagilah penyakit yang berkaitan dengan hati. Aku sendiri pun masa tu pelik juga, rasanya Teddy yang patut rasa apa yang aku rasa kan? Dan sepatutnya dia yang tunggu aku kat dalam bilik ni tapi terbalik pulak. Kenapa aku rasa macam ni? Aku sendiri pun tak tau. Oleh sebab masa tu aku dah diselubungi bermacam rasa aku pun naik ke atas. Duduk menenangkan diri di pondok itu. Aku sendiri pun tak pasti berapa lama aku duduk di situ tapi yang pasti memang lama. Selepas aku rasa agak tenang aku pun turun ke bawah. Sampai kat anjung bilik kami aku rasa hairan sebab seingat akulah langsir labuh tu aku tak tutup pun tapi sekarang dah tertutup pulak? Mungkin aku lupa kot. Aku pun selak sikit lepas tu tolak ‘sliding door’. Lepas aku tutup balik langsir dengan ‘sliding door’ tu aku ingat nak terus tidur je tapi macam nak tergugur jantung aku bila ternampak teddy tengah tukar baju depan almari. Sebelah pintu almari tu sengaja dibiarkan terbuka. Masa tu aku rasa kaget sangat, nak bergerak tak boleh nak bersuara pun tak boleh. Aku hanya mampu melihat. Selepas dia selesai menyalin baju dia pun menutup pintu almari dan berpusing menghadap aku. Saat mata bertentang mata jantung aku dah mula memecut 160 km/j tapi aku tengok dia langsung tak rasa apa apa pun? Kan aku dah kata dia ni memang species teddy bear. Last sekali sebelum keluar dia hanya tanya aku
"Bini sendiri pun nak intai ke?"
Lepas tu dia angkut baju kotor dan tak tau pergi mana. Tapi yang tak puas hatinya, soalan dia tu.. dia nak aku intai bini orang lain ke? Atau dia ingat aku ni species kaki skodeng? Eh sorry sikit tau.. aku ni dari hujung rambut sampai hujung kaki masih teruna lagi tau? Sejak hari tu sampai sekarang aku tidur tempat aku dia tidur tempat dia sambil memeluk teddy bear yang aku hadiahkan pada dia. Katil yang sama tapi dipisahkan oleh bantal peluk. Sampai bila nak macam ni aku pun tak tau.
**************************************
Dia ni kan tak reti nak simpan balik album ni tau. Setiap hari dok belek benda ni. Entah apalah yang dia cari. Pelik aku. Tengoklah tu.. bersenang senang kat kerusi malas aku. Tak ada kerja lainlah tu.
Genap dua minggu aku bergelar isteri kepada Norman. Perasaan aku? Lepas aje akad nikah perasaan aku terus berubah. Kalau sebelum ni aku terlalu obsess untuk mencari dan menunggu Mr. Teddy tapi sesaat setelah aku sah menjadi isteri Norman aku seperti lupa yang aku pernah berazam untuk menunggu Mr. Teddy. Mungkin inilah yang dikatakan kebesaran Allah Taala. Aku juga sekarang sudah jarang mengelar dia Spider. Nak panggil abang? Cukuplah sekadar nama dia, Norman. Hormatlah juga kan?
Walaupun aku nampak seperti tak kisah dengan kehadirannya di dalam hidup aku tapi sebenarnya aku memang sudah dapat menerima yang dia telah ditakdirkan untuk menjadi suami aku. Memang aku masih sama seperti dulu, cepat marah, degil dan tak suka dikonkong tapi pada masa yang sama aku masih menghormati dia sebagai suami aku. Memang sudah menjadi lumrah alam isteri seharusnya menghormati suami. Aku memang tahu benar hakikat itu tapi aku mahu dia sendiri merasainya tanpa perlu aku mengwar warkannya. Kerana.. walaupun aku ni brutal tapi aku masih faham tentang hakikat ini.
Tentang tangungjawab aku sebagai isteri, aku tak tau nak kata apa. Sejak malam pertama aku menjadi isteri dia sampai sekarang aku rasa malu sesangat bila kami berdua dalam bilik. Kenapa? Hari tu aku penat sangat sangat. Kalau boleh tertanggal anggota badan aku ni rasanya memang dah tercabut dah kaki, tangan dan badan aku. Salah aku juga sebab gatal sangat tangan pilih baju banyak banyak. Sampai 15 pasang. Lepas potong kek aku rasa macam nak pengsan je tapi along masih nak kenalkan aku dengan anggota ‘rumah putih’ dia. Ayah dengan mak pun sama. Itu tak termasuk lagi mummy dan daddy.
Kalau kaki dan tangan aku ni boleh bercakap memang dah lama dah diaorang menjerit minta tolong. Norman? Entah. Aku tengok macam biasa je. maklumlah, dia kan ke Spider? Kalau patah satu tangan pun masih ada 7 lagi. Pasal tulah dia macam biasa je. Kotlah. Aku pun tak tau, tup tup hilang dan tinggal aku seorang melayan kerenah tetamu tetamu yang tak reti reti nak balik walaupun dah pukul 10 malam. Bila jam dah hampir 10.30 aku pun minta diri ke atas. Biarlah diorang nak kata apa pun yang merasanya aku bukan diorang. Tak kurang juga yang tersengih sengih seperti kerang busuk melihat aku naik ke atas. Tapi yang aku pelik, si Norman tu tak penat ke? Dari pemerhatian aku, macam biasa je. Maklumlah ‘Spiderman’. Mungkin dah biasalah dengan keadaan macam ni. Entahlah.
Sesampai di bilik aku rasa macam nak terus tidur je tapi memikirkan baju yang aku pakai masa tu adalah baju sewa dan muka pulak tebal dengan make up aku ke bilik air dulu untuk mencuci muka. Sesudah tu aku pun tutup ‘sliding door’ dan langsir labuh sebab nak salin baju. Kalau ikutkan hati memang aku nak mandi ataupun berendam dan tab mandi tapi disebabkan aku penat sesangat masa tu aku pun ambil keputusan untuk tukar baju je. sebelah pintu almari aku biarkan terbuka. Yelah manalah tau kalau kalau si Norman tu tiba tiba masuk sekurang kurangnya pintu tu dapat menghalang penglihatannya. Selalunya aku salin baju dalam bilik air je tapi hari tu memang aku malas sesangat. Lagipun bukan lama sangat pun kan, tak sampai 5 minit pun. Selesai menukar baju aku pun pusing lah belakang sebab ingatkan nak tidur je terus sebab letih sangat sangat. Tapi.. rasa nak gugur jantung aku bila aku nampak Norman kat belakang aku. Apa dia buat kat situ? Dia datang dari mana? Takkan dia boleh buat magic kot? Now you see, now you don’t. Argh… malunya….. tapi aku buat buat selamba je. Mestilah control cun walaupun masa tu aku malu sesangat. Kalaulah aku ni Burung Unta dah lama aku masukkan kepala dalam tanah. Sebelum keluar aku pun tanya kat dia
"Bini sendiri pun nak intai ke?"
Bukan aku nak suruh dia intai bini orang lain tapi sebab masa tu aku tak tau nak kata apa. Dalam hati cuma boleh cakap, nasib baik dia tak terkam aku macam Harimau terkam Kambing. Lepas tu aku pun angkut kain kotor dan terus menuju ke bilik tamu yang kini telah menjadi bilik menyimpan teddy bear aku. Sebabnya? Dah ada ‘teddy bear’ yang lebih cute lagi sebelah kau tu. Peluklah sepuas hati. Kata mak pada aku. Malam tu aku tidur dengan sedara mara aku yang dipaksa berpindah tanpa rela. Agak agak nak dekat azan subuh baru aku balik bilik aku dengan membawa teddy bear pemberian Norman untuk buat peluk. Dari hari tu sampai sekarang aku tidur tempat aku dia tidur tempat dia. Katil yang sama tapi dipisahkan oleh bantal peluk. Sampai bila nak macam ni aku pun tak tau.
bosan le part 25...ayat same je...:(
BalasPadam