Nama Pena : HanaTVXQ
EPISOD 4
" BETUL ke kamu tak nak tumpang tuan muda? Tak perlu kamu susah payah tunggang basikal ke sekolah," pujuk Mak Cik Misa.
Kotomi sudah bersiap untuk ke sekolah. Dari bilik dia sehinggalah dia bersedia untuk menunggang basikal, sudah berkali-kali wanita itu memujuknya untuk ke sekolah dengan anak majikannya. Sudah berkali-kali juga dia menolak pelawaan wanita itu. Katanya, dia lebih selesa ke sekolah dengan menunggang basikalnya.
" Tak apalah, mak cik. Saya ke sekolah dulu," kata Kotomi. Mak Cik Misa mencium dahi gadis itu sebelum Kotomi menunggang basikal keluar dari perkarangan Haru Mansion.
Jarak HIHS dengan Haru Mansion hanya mengambil masa lima belas minit jika dia berbasikal. Jalan menuju ke HIHS juga lengang kerana sekolah itu terletak dalam kawasan perumahan elit. Sebarang kemasukan ke dalam kawasan perumahan ini akan dicatat. Kotomi menghidupkan MP3nya. Dia bernyanyi kecil. Tanpa disedarinya, sebuah kereta sedang bergerak di belakangnya. Bunyi hon kereta menarik perhatiannya. Kotomi menghentikan basikalnya lantas menoleh ke belakang. Sebuah kereta Bentley hitam metalik berada di belakangnya. Kotomi mengerutkan dahinya. Dia turun dari basikalnya.
Siapa tu?
Pintu kereta dibuka. Sesusuk tubuh yang dikenalinya keluar dari kereta mewah itu.
" Pak Cik Ozu!"
Pak Cik Ozu berjalan mendekati Kotomi. Kira yang berada di dalam kereta terkejut. Dia kenal benar dengan gadis yang menunggang basikal itu. Itu gadis yang berani menengking dia kembali tempoh hari. Kakinya yang dipijak oleh gadis itu terasa berdenyut kembali.
Budak kecik tu cucu saudara Mak Cik ono ke? Gila!
" Kotomi nak ke sekolah ke? Kenapa tak pergi dengan tuan muda sekali?" tanya Pak Cik Ozu.
" Tak perlulah, pak cik. Menyusahkan je," balas Kotomi. Dia tidak menyedari tingkahnya itu diperhatikan oleh Kira yang masih berada dalam kereta.
" Tak apalah. Pak cik ke sekolah dulu. Setiap pagi, pak cik akan teman tuan muda ke sekolah. Tunggang basikal baik-baik ye, Kotomi. Hati-hati," pesan pak Cik Ozu. Kotomi mengangguk.
" Baiklah, pak cik. Saya pergi dulu," kata Kotomi. Dia kembali menunggang basikalnya. Setelah Kotomi hilang dari pandangan barulah Pak Cik Ozu masuk kembali ke dalam perut kereta.
" Itu ke cucu saudara Mak Cik Ono?" tanya Kira sebaik sahaja lelaki tua itu melabuhkan punggung di sisinya.
Pak Cik Ozu mengangguk. " Namanya Kotomi. Pak cik harap tuan muda boleh berkawan dengannya."
Kira senyum sinis. " Pak cik jangan bimbang. Saya akan berkawan baik dengan budak tu nanti."
Kira ketawa dalam hati. Hanya dia sahaja yang faham maksud kata-katanya tadi. Gadis itu sudah ditemui. Dia akan melaksanakan rancangannya tak lama lagi.
" AKU dah jumpa budak tu!"
Shin mengalih pandang dari komik yang dibacanya. Ikuta dan Hiro masih setia menonton video klip ciptaan Hiro di dalam laptop. Sesekali, ketawa mereka berdua memecah suasana. Kelas mereka riuh dengan gelak ketawa pelajarnya. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 8.45 pagi. Dua masa pertama hari ini ialah mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sebentar lagi, mereka perlu ke padang. Walaupun HIHS merupakan sekolah persendirian, namun mata pelajaran yang dibenci kebanyakan pelajar itu masih lagi diteruskan.
" Kau jumpa dia kat mana?"
" Kau ingat tak, aku ada beritahu korang semua pasal gadis yang menggantikan pembantu rumah aku tu?"
" Takkanlah..."
" Memang dia!" kata Kira tanpa menunggu Hiro menghabiskan ayatnya. Hiro mengerutkan dahinya. Ikuta menggeleng-gelengkan kepalanya. Ketiga-tiga sahabatnya tidak tahu apa yang patut dikatakan lagi.
" Oh... gadis tu patut menyesal sebab buat kau macam tu," kata Hiro setelah sekian lama mendiamkan diri.
" Aku sokong cakap Hiro. Gadis tu memang tak patut buat kau macam tu," kata Shin pula. Ikuta mengangguk.
Kira tersengih. " Korang jangan bimbanglah. Aku ada plan baik ni. Nak tahu tak?"
Mereka bertiga mendekati Kira. Waktu untuk Pendidikan Jasmani telah tiba, kesemua rakan sekelas mereka telah menuju ke bilik persalinana. Namun itu semua tidak dihiraukan oleh mereka berempat. Shin, Hiro serta Ikuta sedang khusyuk mendengar apa yang diperkatakan oleh Kira. Sesekali mereka berempat akan ketawa. Setelah Kira menghabiskan ayatnya, kesemua rakannya ketawa besar.
" Baik punya plan. Kau teruskanlah. Kami bertiga akan tolong kau laksanakan plan kau nanti," kata Hiro. Kira tersengih.
" Terima kasih, semua."
lagi...lagi...lagi....
BalasPadamHana sambung novel ni dlm blog Hana. www.lovinyounovella.blogspot.com
BalasPadamxdpt bkak la blog hana nih...dye mention blog nih x wujud...
BalasPadamnpa pndk sngt ??
BalasPadamAsslamualaikum.. bonjour/konnichiwa.. saya Siti Alifah binti Azlisham.. (haha! Nama penuh!).. nama ‘glamor’ saya, Alifa Husna.. saya budak 15 tahun, budak PMR for this year, 2012.. saya pun berhasrat menulis novel Japanese version untuk dimasukkan ke dalam blog penulisan2u.. but I’m not ready yet sebab selagi belum menduduki peperiksaan PMR, saya taknak buat benda lain yang tak ada kena mengena dengan PMR.. So saya terpaksa tangguhkan hasrat saya tu dulu buat masa ni tapi sekarang saya dah try start untuk prolog, bab1, bab2, bab3 and sekarang baru sampai bab4.. maybe saya akan mula masukkan novel saya tu kat Penulisan2u selepas saya selamat menduduki PMR.. SORRY kalau ada orang yang fikir saya nak ikut cik Hana, novelis Lovin’ You ni tapi apa yang benar, idea ni dah lama muncul dalam kepala otak saya sejak saya minat kat J-pop and J-dorama… saya jugak nak masukkan cerpen Korea saya ke dalam majalah Epop.. so saya harap ada rakan-2 lain yang boleh menjadi penyokong saya selain rakan-2 baik saya di sekolah.. Akhir kata daripada saya, peminat fanatic K-pop, J-pop and T-pop yang tiba-2 menyibuk tak tentu pasal ni, teruskan membaca novel kat Penulisan2u.. assalamualaikum… sayonara.. hehe… please pray for my PMR… <3 ^^
BalasPadamMy blog> eunyoungdiary.blogspot.com
My fb> Alifa Husna
*~ sejujurnya, saya pernah berniat menjadi pelukis komik/manga sebab saya memang J-pop crazy fan… lukisan saya memang boleh dikatakan ‘sangat’ (haha! SANGAT…) comel dan menarik tapi, melukis sangat memenatkan walaupun itu hobi ke-3 saya selepas menyanyi dan menulis… jadi saya tukarkan cerita komik/manga kepada novel… sekali lagi, harap ada orang boleh beri sokongan padu kepada saya yang still muda ni… ^_^