Nama Pena : aerolit_gurlz
Bab 2
Aku keluar daripada bilik apabila menyedari jam hampir menunjukkan pukul 7.00 malam.Di ruang tamu,aku melihat Tim santai berehat.Siap letak kaki atas sofa lagi.Bukan tu aje,dia boleh pula menyanyi sambil belai-belai rambut.Haiii…senang hati nampak.Ini yang menimbulkan kejelesan ni.Kena kacau ni.
"Tepilah sikit"ucap aku lalu terus menolak kaki Tim.Tapi,malang tak berbau.Tolakan aku menyebabkan Tim terjatuh ke bawah.Terkedu aku sekejap melihat peristiwa itu.Erk?Aku tolak kuat sangat ke?.Sorry Tim..aku tak sengaja.Sungguh..betul-betul tak sengaja.Aku pandang tangan aku.Takde pula terjadi apa-apa perubahan macam cerita Fantastic Four tu.
"Oit Lis!Kau apehal ha?Tak puas hati kat mana?Adeh..sakit pinggang aku.Tah-tah dah kedudukan tulang dah tak statik apa.Nampaknya kejap lagi aku kenalah pergi kedai,nak beli gam Uhu.Nak gam balik tulang aku ni"ucap Tim lalu bangkit berdiri sambil memegang pinggang.Dah macam orang tua umur 89 pula aku tengok.Senyuman kerang aku lemparkan apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut Tim.Ada ke nak tampal tulang guna gam Uhu.Gam gajah pun belum konfem lekat.
"Ha..senyum-senyum.Bukannya nak tolong aku,boleh pula kau senyum macam buat iklan ubat gigi Darlie.Dahlah tu,gila devil kau punya senyum"ucap Tim sambil mendengus.
"Alololo..sorrylah Tim.Aku tak tahu pula yang kau punya lemah-gemalai sampai macam ni sekali.Aku rasa aku taklah tolak kuat sangat.Lagipun,aku cuma nak tolak kaki kau aja,apasal dengan badan-badan sekali boleh jatuh.Sepatutnya,kaki kau ajalah yang jatuh kan"ucapku.Aku dudukkan kembali Tim di atas sofa.
"Banyaklah kau!Rasa..rasa.Apa kau ingat ni RasaMas?Kau ingat aku ni apa?Robot mainan?Boleh main asing-asing badan lak.Yang kau datang tiba-tiba lepas tu terus main terjah aku kalah Nas Ahmad ni kenapa?Punyalah banyak sofa kat sini,kat tempat aku juga kau nak kacau"bebel Tim.
"Hee..sorrylah Tim.Macam kau tak tahu sekarang ni dah pukul berapa?Tima aku sekarang ni".
Tim kerling sekilas ke arah jam dinding.Pukul 7.00 malam.Mencebik dia apabila melihat aku angkat kening 2 kali.
"Tak habis-habis dengan shin chan kau tu.Daripada kecik sampai ke besar,dah boleh jadi mak budak,shin chan aja yang kau ingat.Nanti kalau kau dah kahwin,kau letaklah anak kau nama shin chan".Sinis ucapan yang keluar daripada mulut Tim.
"Oit!Mak budak cakap slow-slow sikit ek.Aku muda lagi tau.Baru 16 tahun"ucap aku lalu terus mengambil remote control.Butang 7 terus aku tekan.Senyuman kecil terukir di bibir.16 tahun?Hee…perasan-perasan.
"Hahaha..16 tahun konon?Ni orang kata,namanya tak sedar diri.Kau tu dah nak masuk 26 cik kak..Bukan 16 tahun.Waktu zaman dulu-dulu,usia kau ni dah ada anak 5 kau tahu"ucap Tim.Dia memegang pinggangnya beberapa kali.Erk?Macam sakit je.
"Sakit ke Tim?"soal aku prihatin.Shin Chan yang sedang ditayangkan pun tak mampu nak mengalihkan perhatian aku daripada melihat cara Tim memegang pinggang.Macam sakit gila aja.Tah-tah betul apa,kedudukan tulang dia dah terlari sikit.Habislah aku nak menjawab dengan Mak Limah ni.Anak dara orang ni,bukannya anak cicak walaupun badan dia ni kering macam cicak.
"Tahu takut ek?"ucap Tim sambil hadiahkan jelingan maut.
"Eh..mestilah!Kau kan sahabat aku dunia akhirat.Aku tak mahulah jadi apa-apa dekat kau.Kang merana tak sudah aku".
"Hee..tolonglah!Gua tak mainlah ayat jiwang-jiwang lu beb".
Aku terpana.Macam pernah ku dengar ayat tu tapi di mana yea?Kenapa rasa macam sampai ke jantung hati ini?Rasa macam kena tusuk aja.
"Weh Tim..aku minta maaflah.Betul-betul tak sengaja.Aku cadang nak tolak kaki aja,tapi tak sangka pula dengan kau-kau sekali jatuh terhumban ke bawah.Sorry babe.."terang aku.Mintak-mintak berhasil.Fuh..fuh..
"Ye ar..aku tahulah kau tak sengaja.Kalau kau sengaja,memang sahlah kau ni Rika Sumantho kau tahu".
"Ceh!Ada ke samakan aku dengan dia.Gila kejam kau".
"Hee..relaxlah babe.Aku gurau-gurau aja.Kalau tak boleh bergurau,jangan kawan dengan Shamsul Ghau Ghau ar".
Aku mencebik.Faham sangat dah dengan perangai Tim.Tak habis-habis dengan pantun dua kerat.Kalau ada maksud,takpalah juga.Ini tak..Memang merosakkan bahasa sungguh.
"Lis.."panggil Tim.
"Apa?"soalku.Mata tak lepas daripasa tengok kaca televisyen.Best ni..Shin Chan tengah kenakan Kazama.
"Kau..err…kau"..
"Kau apa?"soal aku lagi.Sejak bila jadi gagap ni?.
"Kau jangan marah tau kalau aku tanya"ujar Tim.
"Bergantung pada keadaan".
"Tak jadilah aku nak tanya kalau macam tu".
Aku toleh pandang Tim 5 saat.
"Apahal kau ni?Dah buang tebiat ke?Aku rasa,kau jatuh tadi,takdelah sampai terhantuk kat mana-mana".
Ceh!Kurang asam punya kawan.Dia lupa ke siapa yang buat aku jatuh.
"Tak..aku nak tanya,kau ingat lagi ke dekat…".
"Aku nak solat Maghrib dulu"ucap aku lalu terus angkat punggung.Meninggalkan Tim yang tergangga sedikit mulutnya melihat reaksi aku.
’Sorry Tim..jangan nak tambah parut kat hati aku.Lagipun,aku dah faham sangat dah soalan kau tu’desis hati aku.
"Lis..solat Maghrib apanya?Masuk waktu pun tak lagi.Ngelatlah kau ni"jerit Tim kuat.
*Ma`af andai ada kekurangan di dalam cerita ini.Saya budak baru nak belajar menulis.Jadi,sekiranya ada kesalahan,harap ditegur.Tegur je,jangan marah.Saya ni lemah semangat sikit.Hehehe..Apa-apapun,segala kritikan,tomahan,kutukan diterima dengan senang hati.Andai ada pujian,lagi senang hati saya terima.
best la~
BalasPadamnice story...good job n good luck..layannnnnnnnn
BalasPadamjgn riso,,,aq ta mare....
BalasPadambest r gak cite neh...
ad sense of humour yg bgos...
ta sbar na bce lg...ngee~~
erm, okeyla..
BalasPadamada yg sme berulang dalam satu episod la.. pastu terlalu perkataan yg xelok.. devil tu sume... klu betul watak tim tu brutal skali pun ade stngah ayt xsesuai d gne kn...
BalasPadamcite ni best... :) ske sgt!
bez la gk cter ny…
BalasPadamtrhbur ase aty ny..
hehehe… :-)