Selasa, Oktober 06, 2009

Novel : Indahnya Cinta 1

Nama Pena : Izz Faizah

"Awak keluar sekarang?!" Tengkingan seorang pemuda berkaca mata hitam dari luar tingkap kereta mengejutkan aku.

Ya Allah, apa aku buat ni? Aku menampar pipiku sendiri. Mengelamun je kerja aku sampai kereta orang pun terlanggar. Aku cepat-cepat keluar dari kereta. Ibu! Tolong Lya!

"Saya tak taulah awak ni buta ke, rabun warna ke tapi takkan tak nampak kereta saya yang cantik ni! Sedap-sedap je nak langgar!" Marahnya sambil memandang tepat ke arahku. Tak taulah pandang tepat ke tak, sebab aku pun tak nampak. Dia kan pakai spec hitam.

"Maafkan saya encik.Saya tak perasan." Aku buat muka seposen. Harap-harap cairlah hati keras dia ni.Nasib baik tak ramai orang.

"Tak payah nak buat muka lima posen awak tu. Sekarang ni, sape nak ganti kereta saya yang remuk kat depan ni?" Jerkahnya sambil menunjukkan keretanya.

Eh, macam tau-tau je apa yang ada dalam hati aku. Aku menjenguk kereta depannya. Ala, remuk konon. Calar sikit je. Kalau hantar kedai, aku rasa lima ringgit pun tak sampai. Bajet betul mamat ni! "Emm, encik. Saya rasa kereta encik takdelah teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan kereta saya." Ujarku dengan selamba sambil menunjukkan bahagian depan kereta yang permukaannya sedikit ke dalam.

Dia menepuk keretaku. Aku tersentak. "Eh, banyak songeh pulak awak ni. Saya tak kira, saya nak awak bayar dua ribu ringgit kat saya."

Ha! dua ribu! Terjegil biji mata aku! Kalau dikira, gaji aku sebagai guru tadika selama setahun pun tak sampai. Nak bayar bil elektrik dengan sewa rumah lagi. Waduh, boleh cepat tua aku gini! Auni! Mana kau? Masa ni jugak kau nak demam sampai tak pergi tadika. Alih-alih aku kene serang dengan mamat poyo ni.Kalau kau ada, mesti mamat ni dah kena laser dengan mulut kau.

"Encik, dua ribu. Banyaknya. Takkan tak boleh kurang? Ni calar sikit je ni." Pujukku. Lagakku macam nak tawar menawar kat pasar malam.Peluh mula merenik di dahiku. Bukan peluh kepanasan tapi peluh gemuruh.

Dia mengeluh keras. "Kalau kereta awak memanglah bayar berapa ringgit je, tapi cuba awak tengok kereta saya, mungkin melebihi jumlah yang saya mintak. Bagi saya nombor telefon awak dengan alamat rumah awak." Ujarnya sambil menghulurkan tangannya.

Aa? Nak nombor telefon dengan alamat? Nak ngorat aku ke mamat ni? Tadi marah, tiba-tiba nak mintak lain pulak. Gila ke sewel mamat ni? Memang sah dia baru keluar dari tanjung manggis ni.

Melihat aku terus terdiam, dia menggertakku. " Cepatlah, bagi saya!"

Bagai dipukau, aku terus membuka beg tanganku dan mengeluarkan sehelai pad nota lantas menuliskan nombor telefonku. Dia terus merampas kertas itu dari tanganku.

Dia memandang sekilas kertas itu lantas tersenyum mengejek. "Saya takkan lepaskan awak selagi awak tak habis bayar duit saya." Ujarnya sambil masuk ke dalam kereta Porsche 911 dan terus meluncur laju meninggalkan aku terpinga-pinga.

Bodohnya aku? Buat apa aku bagi dia? Aku mengetuk kepalaku sendiri. Kereta je mahal tapi duit nak mintak perempuan. Mampus aku kali ni!

Ketika aku sedang merungut, sebuah kereta berhenti di hadapanku. Takkan dia datang balik? Nak serang aku lagi ke? Seorang pemuda keluar dan mendekatiku. Aku hanya tunduk sambil menelan air liur.

"Cik tak apa-apa? Ada kerosakan ke?" Ramah sekali pemuda itu bertanya kepadaku.
Bukan kerosakan tapi baru kena sound. Eh, tapi rasanya bukan mamat poyo tadi. Aku terus mengangkat mukaku. Terkebil-kebil mataku memandang pemuda itu.

"Awak?" Suara kami serentak mengeluarkan perkataan itu.

Lantas kami tergelak. Bertemunya di sini sangat mengejutkanku. Lebih kurang lima tahun kami terpisah setelah tamat menuntut di universiti yang sama.Aku memandang wajahnya. Masih tidak berubah seperti dahulu. Tetap kacak. Dia memakai kemeja hitam serta seluar slek berwarna hitam. Pasti dalam perjalanan ke tempat kerja. Wajah itulah cintaku tidak pernah luak pada waktu ketika dahulu. Dialah Izham.

Dia memandang lembut mataku. Cair aku kalau macam ni lama-lama. Kalau boleh, aku tidak mahu mengingati kisah lama. "Lya, awak macam mana sekarang?"
Tersentuh hatiku mendengarnya menyebut namaku. Suara itulah yang sering aku rindui.

"Ok je..emm..awak pulak?" Tanyaku sedikit kekok.

Dia tersenyum manis. " Samalah macam awak. Ok je.." Dia meniru kembali ayatku.
Aku tergelak kecil. Aku menggaru daguku. Nak cakap apa lagi ni? "Kalau macam tu, saya pergi dululah." Ujarku sedikit kekok sambil membuka pintu kereta.

"Lya, ada nombor tepon?" Tahannya sebelum sempat aku menutup pintu kereta.

"Aa? Nombor tepon? Nak buat apa?" Kenapa tiba-tiba aku jadi blur nih?

Dia tergelak. Menampakkan sebaris gigi putihnya yang tersusun cantik. "Mestilah nak call awak. Takkan nak buat pekasam kot." Guraunya.

Aku tersengih malu. Ye tak ye jugak? Hehe.. "Emm..jap." Aku terus mengeluarkan sekeping nota pad dan menuliskan nombor telefonku. Sebijik cara macam aku buat kat mamat poyo tadi? "Nah."

Dia mengambil kertas itu lantas dia pun mengeluarkan sekeping kad dari poketnya. "Ini kad saya."

Aku mengambil dan memandang sekilas kad itu. Wah! Ada kad sendiri. Malu pulak aku. Yelah bagi sekeping kertas je. Hmm..Firma Izham and Partners. Akhirnya tercapai jugak cita-cita yang diimpikan dahulu.

"Oklah, saya pergi dulu. Nice to meet you." Aku tersenyum kepadanya lantas menutup pintu kereta dan menghidupkan enjin.

Dia membalas senyumanku. Makin aku tengok makin hensem pulak. Aku mula memandu ke jalan raya dengan hati yang senang. Tidak lagi memikirkan masalah dengan mamat poyo tadi. Dari jauh, aku dapat lihat dia melambaiku.

2 ulasan:

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan