Nama Pena : Abadias Peace
BAB 1 Hadiah Hari Lahir
24 Dis 2008 ~ Rabu
6:30 am
Tinggal berapa jam je lagi sebelum pukul 9.00 am. Rasa gementar dan seram sejuk satu badan tak hilang-hilang dari minggu sudah hinggalah saat ini. Malah kurasakan nadiku berdenyut lebih pantas hingga kerongkongku rasa sesak dipenuhi CO2.
Lebih pantas degup jantung ku kini berbanding saat-saat menerima slip keputusan SPM lima tahun lalu. Lebih laju terasa aliran darah tika ini jika dibanding waktu menanti pengumuman nama pemenang peserta pertandingan Tilawah oleh ketua hakim semasa aku mewakili universiti tahun lepas. Malah lebih cepat terasa jantung mengepam darah jika dibandingkan waktu aku diberitahu Abah aku dilamar seseorang bulan lepas.
Memang dari kecil aku begini. Di saat-saat genting yang melibatkan hidupku secara langsung atau tidak akulah manusia paling panic sampai ke satu tahap tu bila dah panic mukaku boleh jadi pucat macam mayat hidup. Ada satu hari tu waktu nurse datang kat sekolah tyme nak cucuk rubella aku siap pengsan dan bila dah sedar kain biru tua tu dah basah lencun. Ini tambah pula aku tidak pernah bertemu muka dengan lelaki yang bakal beberapa jam lagi menjadi pemilik jiwa dan nurani ini. Hurm….alahai.
Usai Solat Subuh tadi kulabuhkan doa kepangkuan Dzat Yang Maha Esa agar aku diberi ketenangan jiwa + dimasukkan ke dalam golongan orang yang lembut hatinya + teguh jiwa + redha akan siapa jodohku…
Terakhir sebelum aku berkongsi kisah bersama yang terchenta….
"kepada si bakal laksamana hati hidupku moga kau menerima daku seadanya aku"
dan untuk diriku yang akan melalui detik bersejarah ini…..
"semoga aku bersiap untuk melabuhkan chentaku buat mu"
11:00 am
Tyme dah jadi Puan….
Alhamdulillah…segalanya berjalan lancar pagi tadi seperti yang dirancang. Dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada pemilik nama Syed Muhammad Imran Danial bin Dato’ Syed Abbas. Aku menyalami dan mencium tangannya dengan perasaan penuh terharu. Tak sedar bila masa pulak airmata menitis di tangannya.Nasib baik aku sempat mengangkat muka waktu air hidungku nak menetes.Kalau tak mau aja bina tembok cina depan dia.Itulah pertama kali aku menyentuh lelaki bukan muhrim dan gementar nya macam waktu lepas mandi air hujan di musim tengkujuh…
Getar cinta kian terasa bila dahi dicium si dia…lalu dalam hatiku bermukim satu janji…
Aku bertekad bahawa tangan mu tak akan aku lepasi lagi setelah saat ini aku pauti...Kaulah tuan yang sampai bila-bila sedia aku khidmati sebagai seorang isteri. Kau jua yang akan aku cintai seluruh hayat ini..kehendak dan perintahmu InsyaALLAH akan ku taati selagi ianya tak bertentang dengan syarak…n last but not least aku sentiasa mendambakan cinta mu suamiku,Syed Muhammad Imran Daniel..
8.00 pm
Aku ingin berpena lagi walau badan minta direbahkan sekejap. Padaku biar penat biar lelah kerna episod hari ini hadirnya cuma sekali…biar kuabadikan jadi memori terindah.
Selepas Majlis Akad Nikah pada sebelah pagi aku tidak melihat dia apatah berbual-bual dengannya…Agaknya dia pulang untuk di touch-up sebelum majlis persandingan waktu petang. Masa tu lagi hati dah tak sabar nak bertemu dia…Sah! Bibit rindu mula membenih…
Waktu atas pelamin tu kelihatan yang hadir seperti tertanya-tanya melihat kami berganding. Aku mencuri jeling-jeling ke arah suamiku di sebelah sebagai isyarat untuk bertanya tetapi wajahnya selamba tiada beriak. Agaknya mungkin mereka tidak pernah melihat aku dan Imran keluar ‘date’ bersama sebelum ini.Mungkin juga kerana mereka tak puas memandang wajah campuran Pakistan-Indonesia milik Imran. Manatau mungkin juga ada yang cuba mempertikaikan kecocokan aku dengan suami. Ah…macam2.
Syed Muhammad Imran Daniel memang tak kalah handsomenya kalau dibandingkan dengan pelakon-pelakon sinetron dari tanah Jawa. Itu memang diakui. Tak salah puji suami sendirikan dalam diari aje pun. Cuma jangan depan-depan. Nanti komprem lubang hidung dia pun tikus mondok boleh lepas..Hurm…alahai tak sangka dapat suami kacak.
Aku sendiri rasa tergugat kerana gadis-gadis yang datang tersipu-sipu dan berbisik-bisik sesama sendiri bila memandang Imran. Ramai yang tampil bergambar dengan kami tadi petang dan mungkin juga itu jadi modal untuk mereka bergambar dengan heroku ini…
Astaghfirullah...apa kau merepek ni Ima.Ya ALLAH jauhi daku dari berprasangka dan sifat cemburu. Justeru prasangka itu racun berbisa dan titik mula kepada kehancuran sesebuah hubungan yang terbina..Apatah lagi di awal ambang perkahwinan seperti ini memang mudah andaian-andaian jahat menakluki tangkai jiwa.Fikiran jahat jauh-jauh kutepis.
Majlis tadi petang akhirnya tamat tepat pukul 6.00 petang. Namun kami masih tidak sempat untuk bersua kerana masing-masing sibuk melayan saudara mara dan tetamu yang hadir. Hohohoho…rindu di musim tengkujuh kian bersemi….
Ok da panjang ni…stop dulu. Azan Isya’ sedang berkumandang.
Pap!!
Diari tebal colour maroon yang ukuran panjang kali lebar lebih kurang saiz buku latihan budak sekolah aku tutup. Laci almari dikunci dan kunci tu aku letak kat bahagian paling bawah kain batik yang tersusun. Lepas menulis tadi aku terus solat Isya’ dan diari itu aku biarkan dulu kat bawah katil takut pula tengah-tengah aku dok solat dia masuk n trang tang tang habis rahsia aku dibacanya.
Aku membuang pandang pada segenap bilik. Mataku terhenti pada kain pelekat + t-shirt pagoda putih+towel yang tidak terusik sedikit pun sejak dari pukul 6.30 tadi aku letak.Ada di atas birai katil beralas cadar putih beropol-ropol kelilingnya yang di bahagian tengah disulami dengan kuntum-kuntum ros. Mungkin suamiku masih belum masuk ke bilik ni.
Tiba-tiba ...Krekkk!!!!
Bunyi pintu membuat dadaku berombak deras. Naik..turun..naik..turun macam baru habis acara pecut 100 meter. Berdebar-debar hanya Tuhan yang tau. Nasib baik dah habis berzikir. Dah siap berdoa. Kalau tak maunya zikir pun aku baca macam doa.Kain telekung aku sidai kat hanger yang ada dalam almari. Please…please…relax..relax..cool Ima.Aku terdengar derap kaki lelaki itu semakin hampir di belakang. Satu..dua..tiga..Aku berpaling ke arah Imran perlahan-lahan dengan perasaan tak keruan.Beginikah rasanya orang bercinta….
Saat ingin menyalaminya….
Eh pompuan ni. Aku tgh marah dia nak salam plak. Dah la masa lepas akad nikah tadi hingus tu siap nak di lap kat tangan aku. Emo tul.Hah tak kira. Kau salam ngan angin saja.
Salam tak bersambut tiba-tiba ayat power plak kuar. Melenting…keras….kasar…ditekan-tekan suaranya. Ayat power tu lebey kurang macam ni r…
"Kau dan bapak kau penipu….penipu besar!!!
Ada hati kau nak jadi wife aku
orangggg gaaaaajiiiiii!!!!!!!!!!!"
Hampir-hampir buat aku pengsan macam tyme nak kena cucuk rubella. Nasib baik tak jadi sebab tiba-tiba tangan aku direntap kasar hingga aku terduduk di katil.
Napa plak abg cakap Ima dan Abah mcm tu…serta merta jadi bisu.
Power sngat panggilan penipu ngn orang gaji tuh sampai bisa mengalirkan elektrik ke seluruh nadi dan salur darah ku lalu menyentap tangkai jiwa hingga aku terkedu,bisu,dan bingung.Aku keras macam betul-betul baru kena renjatan elektrik. Tunggu aja rambut jadi rentung+ kerinting maggi.
Aku tak percaya kata-kata itu dilontar oleh seorang suami yang belum pernah aku durhakai. Aku jadi terpinga-pinga..Apa dosaku pada dia? Bercakap pun belum pernah takkan aku dah buat salah kot? Dalam keadaan panic dan ketakutan aku masih sempat menoleh ke arah pintu yang ternganga luas. Mau lari? Takde maknanya…terketar-ketar aku menarik pintu bilik rapat-rapat agar kisah ini tak jadi kontroversi kat ‘melodi’.
"Aku tak sepatutnya nikah dengan orang gaji macam kau"
Ima tak faham apa abg ckp ni..
Dahi aku ditenyeh-tenyeh kuat berkali-kali dengan telunjuknya. Apa dia ingat dahi aku ni mesen scan jari ke. Malam ni memang aku jadi tempat dia melepaskan api kemarahan yang meledak persis ledakan krakatoa yang baru memuntahkan isi larvanya.
"Kau tak yah susah-susah nak berlagak baik"
"Kalau dah oranggg gajiiiii……"
"buat aje macam oranggg gajiii!!!"
Nasib baiklah suara letusan Gunung Krakatoa yang ini tidak sampai terdengar oleh isi banglo yang lain namun daya ledaknya boleh diperkirakan mencapai ribuan kali ganda dari bom atom yang meledak di Hiroshima dan Nagasaki di akhir Perang Dunia II.
"Napa kau diam?!!"
Sapa suruh dia tengking-tengking. Aku ni plak bukan spesies yang selalu masuk kawad n dengar arahan komander yang terjerit terpekik terlolong tuh. Aku dapat rasa panic attack menyerang lagi. Sabar-sabar.
"Huh..memang dasar orang besalah"
"Satu lagi aku nak kau ingat…"
Apa lagi? Tak habis-habis nak serang aku macam senapang laras yang tak sudah-sudah memuntahkan pelurunya pada pihak musuh.
"Aku tak pernah anggap kau isteri aku"
Saat itu terasa berat sekali kolam takungan. Air mata tak dapat kubendung lagi. Luruh sebutir-sebutir membasahi bumi mcm hujan gerimis di musim sejuk.Makin lama makin deras.Lalu akhirnya membanjiri bumi.Dan saat ni lengan baju t-shirt yan aku pakai lencun dibanjiri air mata yang merajuk tak mau dipujuk minta berhenti. Selalunya tidak begitu kerna pabila aku disakiti aku akan bertahan sampai aku jumpa ruang sendiri barulah aku melepaskan tangis.Tapi saat ini aku rasa amat susah untuk dibendung air mata ni dari gugur.Aku sendiri tataw kenapa? Mungkin ayat last dia power root sangat. Satu lagi mana ruang sendiri aku lagi? Bukan ke skunk ni bilik ni dah tak jadi bilik persendirian?
Satu yang betui-betui cow(pronounced kaw) dan aku takkan lupa masa dia cakap dia tak pernah anggap aku ni isteri dia. Habis yang dia sebut nama aku tyme akd nikah tu apa?? Memang tak habis sekolah la dia ni.…n yang aku pasti biar cerita sedih di hari bahagiaku ini cukup aku saja yang tau. Aku tamau share. Even dengan Sya sekalipun.
Air mata merembes lagi dan tak cukup dengan tu hingus pun dirembes lagi di depan lelaki yang tiba-tiba kena sampuk jin Ifrit di malam-malam bahagia macam ni.Buat rosak mood aje. Sendu-senduku mula terbit dek menahan tangis dari pecah. Tidak terduga aku sampai begini sekali ceritera cintaku di malam pertama. Boleh plak dia berdiri macam batu depan aku.Mr right yang menghampakan….
25/12/08~Khamis
2.00 am
Apa lagi nak buat..berpena lagi la jawabnya. Dah memang diari ni satu-satunya pendengar setiaku sejak kecil. Tambah-tambah bila tyme aku sunyi, sedih dan happy.
(Tahniah sahabatku. Mungkin aku manusia terawal mengucapimu namun hal ini gara-gara aku ingin kau merasa bahagianya dua kali ganda berbanding pengantin baru yang lain. Kau beruntung kerana kegembiraanmu double dan hadiahmu jua berganda tau hari ini. Selamat Pengantin Baru dan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiranmu wahai sahabat sejati: 12.01 am, 24/12/08) – mesej ini kuterima semalam dari temanku Aisya Maisara yang kini menetap di Jogjakartal..
dan satu-satunya mesej yang aku keep in skali lam diary ni. Kerana lain dari yang lain dan orang yang sms ni pun antara orang yang istimewa dalam hidup aku.
Namun kau sepatutnya mengucapiku Salam Takziah=(….kerna bukan gembiraku double. Malah sedihku triple jika dibandingkan dengan sambutan kelahiranku yang gembira bangat tahun lepas bersama kau.Aku benar-benar butuh bahumu saat ini Sya.
Oh tisu…kau jadi pengganti!
boleh lah...
BalasPadamada blog x??
bleh la
BalasPadamhuhu..sedey
BalasPadamnice2X!!
susunan bahasa kemas..
BalasPadamprumpamaan mmg tepat
hasi tulisan yg cantik
n ada keagamaan
biasa la..intro part mmg agak slow
tp citer nie memang best aku rasa lepas nie
cepat2 ntuk next n3.
mesti kena dera g suami..hehe
best best best!!!
BalasPadammemang kena dan sesuai sangat dengan tajuk
sebab jalan citer ditulis
dalam bentuk diari.
nak next2!
tapi..kenapa ratuku??
bukan diari ku??
wooooo sedey..
BalasPadamnak lagiiiii.
x sabo nak tunggu kena buli dengan hubby dia.
bler nk ada smbgn ni?
BalasPadambile nk kuar diari ratuku 2?xjpe pon dlm ni...
BalasPadambagusla. lama sket da leh tulis novel kn?
BalasPadammmg best!!!!!!mula2 crita tu ad gak lawak nyer...prtghan crita 2 yg sediyy..huhu...smbung lgi!!!!!x sbr nk bca crita seterusnyer.. :D
BalasPadamhrm...smbung lg!!!x sbr dh nak mengetahui ending dia...
BalasPadamBestnya..sambunglah ceritannya..
BalasPadam