Isnin, Oktober 05, 2009

Novel : Dia Istimewa Kerana Dia Berbeza 1

Nama Pena : Malas91

"Farhana Azrina binti Tan Sri Azlan!" jeritan itu membuatkan Farhana terhenti untuk meneruskan langkahnya ke kafe.Dia menoleh. Sahabat baiknya sedang menuju ke arahnya.

"Kau kalau tak sebut nama penuh aku satu hari tak boleh ke? Kau nak satu kampus ni tau sape name aku ke?" matanya dijengkilkan ke arah sahabat baiknya itu Shafiqa Zulaikha.Gadis periang yang tak lekang dengan senyuman

"Sorry, sorry. Kau tu ae aku panggil dari tadi bukan nak pandang. Jadi nak taknak terpaksa ae aku jerit nama penuh kau..hehehe," balas Shafiqa atau lebih mesra dipanggil Sha sambil berlalu masuk ke kafe.

"Banyak kau punya panggil, aku tak dengar sepatah haram pun kau panggil nama aku.," balas Farhana.

"Dah jom ae aku dh lapar nie, tak payah ae kau nak marah marah kat sini simpan je untuk besok ke lusa ke. Hah! tu phone kau bunyi tak nak angkat ke??" sambil tangannya pantas mencedok mihun yang tersedia untuk pelanggan.

Farhana berlalu mencari tempat yang agak lengang untuk menjawab panggilan kerana kesesakan di kafe itu membuatkan dia kurang dengar suara pemanggil itu.

"Yup!" jawabnya.

"Abang nak jumpa Majid kejap lepas kuliah maybe lambat skit kot so adek tunggu je ae kat carpark sampai abang datang," Farhan abang kembarnya memberi arahan sejurus telefon dilekapkan ke telinga.

"Pe bang?? Abang nak pegi masjid?? Adik salah dengar ke??" sengaja ingin mengenakan abangnya itu.

"Wei, abang cakap nak pegi jumpa Majid kawan abang, bukannya nak pegi masjid!!" geram dengan sikap adiknya yang sering mempermainkan nama sahabatnya itu.

"Adik dengar la, adik belum pekak lagi so tak payah ae nak jerit-jerit. Boleh torek telinga kalau jawab call abang ni. Ye nanti adik tunggu tapi kalau lambat adik balik naik kaki, bye!!" meledak ketawa Farhana selepas meletakkan panngilan.

Belum sempat menjawab Farhana dah mematikan panggilan.

‘Ish dia ni kan aku belum habis cakap lagi dh letak. Nak balik naik kaki, dia pikir ni marathon pe nak jalan kaki’ getus hati Farhan Azril sambil berlari menuju ke bilik kuliah kerana dia terlewat gara-gara melayan kerenah adiknya tadi.


Syafiqah melambaikan tangan ke arah Farhana memberi isyarat bahawa dia berada di situ tapi hampa kerana Farhana terus menuju keluar kafe tanpa berpaling.

‘Ish sape yang call sampai lupe aku kat sini??’ ngomel Syafiqah sendirian.



Farhana terus meninggalkan kafe selepas menjawab panggilan. Dia terus menuju ke perpustakaan. Dalam perjalanannya dia teringat akan sahabatnya Shafiqah yang ditinggalkan di kafe. Dia menghantar pesanan ringkas kepada Shafiqah untuk memohon maaf.

Sorie babe aku lpe nak ckp aku kne g library,
kalau nak tumpang jumpe kt carpark

Shafiqah membalas:

Banyak kau punye library.
Aku ingt serius sgt ae td smpai xnmpk aku.
K nnt aku tnggu kau kt carpark

Farhana membaca sms Shafiqah sambil tersenyum. Sampai di hadapan perpusatakaan dia terlanggar seorang lelaki.

"Ops!! Sorry," ucap Farhana sambil membantu lelaki itu mengutip bukunya yang bertaburan.

"Lain kali tu kalau jalan tengok ke depan bukan bace sms!!" balas lelaki itu sambil merampas buku yang ada dalam pengangan Farhana.

‘Aku dh mintak maaf pun nak marah, ade jugak orang pelik macam dia tu kt planet ni.
Malang betul ae jumpe orang macam die’ getus hati Farhana yang marah dengan lelaki yang dilanggarnya tadi. Dia terus menuju ke rak buku yang ingin dicari tanpa menghiraukan lelaki itu. Dalam sedang asyik mencari buku Farhana tiba-tiba teringat.

‘Kan ke hari ni aku bawak kete aku kenape dia yang suruh aku tunggu, kunci kete pun kat aku’ ujar Farhana sendirian. ‘Pandai-pandai ae abang tunggu kat carpark tu nanti bile die perasan’getus hati Farhana sambil meneruskan pencariannya.








Majid berjalan menuju ke arah Alif rakan sekuliahnya.

"Kau apehal muka macam baru lepas minum cuka ni??" sapa Majid

"Aku tengah geram ni, tadi ade awek langgar aku pastu dia plak yang marah aku.
Tak pasal-pasal. Hish!" bebel Alif, marahnya terhadap pelajar perempuan yang melanggarnya tadi masih bersisa.

"Awek marah kau?? Uish! ajaib ni. Selalu aku tengok sume awek cair tengok kau, ni tak marah adelah. Ntah-ntah kau yang wat die marah pastu kau nak salahkan die" balas Majid sambil ketawa mendengar kisah sahabatnya itu

"Majid kau jangan nak cari pasal, kau cakap nak jumpa kawan kau?? Kau nak jumpa sape??" tanya Alif.

"Aku nak jumpe Farhan jelah, bukan ko tak kenal die," jawab Majid

"Laa, aku ingat kau nak pegi jumpe awek ke minah comel kampus ni ke. Ini jumpe si Farhan tu. Nak buat pe kau jumpe dia??" Tanya Alif

"Saje nak ajak dia lepak skali, lame dah tak lepak sama ngan die" balas Majid

"Ha’ah kn, tapi die nak ke?? Kan dia skrg bwk adik skali balik ngan dia," alif meragui cadangan Majid.

"Alah, rumah dia bukan jauh sangat pun kita tunggu dia hantar adik dia tak pun skali jalan ngan kete dia skali pe salahnya," jawab Majid selamba.

"Betul jugak kan. Asal la aku tak terfikir macam tu, ko ni mmg genius ae dalam bab macam ni kan," Alif memuji idea Majid sebentar tadi.

"Tapi adik Farhan tu ganas skit, harap je kembar tapi perangai haram! Satu pun takde yang same," Majid memberitahu Alif

"Farhan ada kembar?? Dia tak penah cakap pun," soal Alif kehairanan

" Adik dia tak bagi. Kau tau adik dia sanggup jalan kaki daripada orang tau yang dia adik Farhan," terang Majid.

"Pehal plak??"tanya Alif.

Majid pun menceritakan tentang Farhana adik kembar Farhan kepada Alif.
Tentang perangai meraka yang tak satu pun serupa, rupa apetah lagi skit pun tak seiras tapi dua- dua sama cantik sama hensem.

"Dah ae jom pegi jumpe Farhan kang lame plak die tunggu kita," ajak Majid



Farhan ternampak kelibat majid dan Alif sejurus keluar dari bilik kuliah. Farhan terus menuju ke arah mereka.

" Kenapa nak jumpa aku Majid??" soal Farhan

" Saje je nak ajak kau keluar makan-makan," balas Majid

"Aku ingat ape la tadi, tapi aku kene hantar adik aku ngan kawan dia skali. Korang tak kisah ke??" tanya Farhan.

"Ape plak nak kisah kitorng ikut kau so kau la yang buat keputusan," tiba-tiba Alif bersuara.

"Ok la kalau macam tu. Jom ae gerak nnt lame plak adik aku tunggu"pinta Farhan sambil terus menuju ke arah parkir kereta.

11 ulasan:

  1. teruskan berkarya~
    best la gak..xsaba nak baca sambungan cta nih~

    BalasPadam
  2. MANA SAMBUNGAN??????
    TAK SABAR RASA.....

    BalasPadam
  3. salam... awak, cerita ni menarik..
    tp bg komen membina,
    awak, tak payah la letak 'ea' kat setiap perbualan..
    kalau bercakap, mungkin tak berapa nampak ketidakselesaan tu, tp di sebabkan ini penulisan, sy nampak canggung..
    anyway, gud luck babeh!! keep it up!

    BalasPadam
  4. best..............!

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama1/2/10 2:46 PTG

    ALA....MANE SAMBUNGANNYA???CTA NIE BEST TUL LA.

    BalasPadam
  6. cepat la wat smbungan,,,,,,,, nak tau sgt2,,

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama18/1/11 1:13 PG

    sye rse boring la sori. mgkn smbungn die bleh lbeh baik.

    BalasPadam
  8. wah mule2 dah menarik!!

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama4/8/11 3:51 PTG

    uik bEst gilaR n0vel niE mnE smBunGanNya...??

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama4/2/12 11:53 PG

    best la jgk~:D

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan