Khamis, Oktober 15, 2009

Novel : Cinta IPT 3

Nama Pena : Ain Zaquena

Arin teringat secebis nota dari Ridhwan semalam, belum dikirim walau satu pesanan ringkas sekalipun. Aduh.


Tika itu kelihatan Azam dan Ridhwan sedang rancak membincangkan sesuatu. Menggigit bibir, Arin mula beransur ke arah mereka berdua. Belum sempat Arin melangkah tiba, telinga Arin menangkap suara dengusan kasar dari Azam. Sekelip mata sahaja Arin terasa tengannya ditarik Azam untuk segera beredar dari situ.


Tidak faham. Apa yang berlaku? Dalam keadaan terpinga-pinga Arin sempat melambai tangan ke arah Ridhwan beserta muka minta maaf.


"Azam kenapa?" soal Arin sambil cuba mengikut rentak kaki Azam yang deras. Muka Azam kaku, masam tidak senyum pun tidak. Soalan Arin gantung tidak terjawab, lengan juga tidak dilepaskan.


"Azam slow sikit. Kenapa ni, tak faham la," tambah Arin lagi.


Masih diam.


"Kalau tak cakap mana Arin nak tau? Azam slow la sikit please," mohon Arin yang mulai tercungap-cungap menyaingi jejak pantas Azam.


"Azam!" tegas Arin memanggilnya. Tanpa siapa menduga, Arin jatuh terjelepuk dek tidak stabil memakai kasut tumit tinggi Vinccinya. Hanya dipakai ketika ditawarkan menaiki kereta. Mujur lengan Arin dipegang kejap oleh Azam, tidaklah mukanya tersemban ke lantai serba berkilat itu. Pengunjung lain berjalan perlahan untuk melihat adegen mengejut tersebut.


"Ya Allah Rin," muka Azam tercoret rasa bersalah. Azam menarik Arin berdiri dan ditepuk-tepuk lutut Arin berhabuk lagaknya. Cemas. Arin mendiamkan diri, lutut terasa sakit.


"Aku minta maaf Rin" ikhlas Azam menuturkannya. Arin tetap mendiamkan diri mengajuk gaya orang marah. Melihat Arin tidak mempedulikannya, Azam menuding ke arah tempat duduk awam.


"Kita duduk kejap," kata Azam pendek. Azam mengekori Arin sambil mencongak-congak sama ada perlu dijelaskan pertembungan dengan kenangan lamanya. Adakah berbaloi dibongkarkan semua sebagai balasan membuatkan Arin terjatuh? Lagipun Arin tidak mengenali lelaki itu. Azam ragu-ragu.


Selepas duduk di bangku, masing-masing melayan perasaan sendiri. Suasana hening di antara kedua-duanya meski kompleks membeli-belah itu semakin meriah dengan pengunjung. Sepuluh minit berlalu, Azam bangkit dan menghilangkan diri begitu sahaja membuatkan Arin tertanya-tanya.


Aik dia pergi macam tu saja? Dah la jatuh tadi. Huwa malu. Kurang asam punya Azam. Arin berkata-kata dalam hati. Terlupa kejadian antara Ridhwan dan Azam. Arin termangu untuk beberapa ketika sehinggalah sebuah bungkusan kuning terhulur di hadapan matanya.


"Nah Famous Amos untuk gadis manis bermuram durja" senyuman lebar dan usikan Azam membuatkan Arin tersengih. Dicapai bungkusan biskut kegemarannya. Di sebelah tangan Azam yang disembunyikan di belakang dikeluarkan sekuntum bunga ros merah. Mulut Arin ternganga dan kening terangkat.


Pertama kali dihadiahkan ros merah. Ros merah! Iqram pernah memberikannya ros tetapi ros berwarna kuning, tanda persahabatan! Oh my God! Apa perlu aku kata kepada Azam?!


"Eh eh, thank you," segan Arin menerima kuntuman segar itu. Azam gembira dengan kejayaan misi menceriakan Arin. Tidak perlu lagi memberitahu kata-kata pedih dari mulut Ridhwan yang membuatkannya geram tidak terkata.


"Rin aku minta maaf buat kau terjatuh tadi, I am so sorry okay," pinta Azam mengharapkan Arin tidak terasa hati.


"Hey gadis, nakal ye," Azam menekan tudung Arin dengan niat mengemekkannya sambil tertawa. Geli hati melihat Arin lebih berminat membuka Famous Amos daripada melayan permohonan maafnya. Arin mengelak lantas menghulurkan sekeping biskut ke mulut Azam yang berdiri di hadapannya. Azam membuka mulut luas-luas dan mengunyah biskut tadi bersungguh-sungguh.


Alamak aku melampaui batas. Bisik hati kecik Arin.


Jauh di sudut lain, Ridhwan tekun memerhatikan kemesraan Azam dan Arin. Remuk hatinya hanya Tuhan yang tahu. Ridhwan berlalu pergi dengan pelbagai andaian negatif, melintasi seseorang yang juga sedang memerhatikan perlakuan mesra Azam dan Arin. Syakila berdiri tegak dengan beberapa buah beg plastik dijinjingnya. Keperluan peribadi yang baru saja dibelinya. Air muka Syakila keruh menggambarkan rasa tidak puas hati.


*****************************************


Arin duduk menyandar di dinding. Sebuah plastik berisi kotak makanan restoran segera KFC tersadai di hujung katil. Telefon bimbit ditekan-tekan.


Write New > Assalamuaikum. Ayoyo mak cik, busy nampak. Meh datang bilik, aku belikan kau snack plate. Suka ke tidak suka ke tidak? Hehe. > Send.


Setelah Arin menghantar pesanan tersebut kepada Syakila, Arin menjatuhkan kepalanya ke bantal. Perlukah dikirimkan SMS ke nombor Ridhwan? Orang kata kena tunggu dua hari barulah hubungi orang kita baru kenal barulah tak nampak terdesak. Hmm tapi itu untuk orang lelaki kepada orang perempuan. Tapi aku nak ikut resmi lelaki. Cool and steady cewah. Lelaki kalau kita lupa jemput ke majlis pun masih boleh jadi kawan. Aku nak jadi cool macam tu. Fikiran Arin melayang-layang sehinggalah terlena dibuai mimpi.


Sesungguhnya Ridhwan kecewa Arin langsung tidak mengirimkan SMS. Bertambah kecewa menjadi saksi kemesraan gadis pujaannya dengan musuhnya sendiri. Ridhwan melawan perasaan dengki dengan melayari internet. Laman
Facebook dibukanya. Berpuluh-puluh permintaan menjadi rakan menunggu pengesahan. Kesemuanya wanita.


Ah mampuslah. Ridhwan mengesahkan satu persatu. Ditulis di "Wall" beberapa wanita tersebut.


Hi. Thanks for the add. Mind going out for dinner?


Dia kemudiannya terus menutup komputer riba, memakai kasut dan berlari keluar. Bersenam untuk melupakan segala-galanya.


*****************************************


Di sebalik riak gembira Azam, hatinya masih terguris dengan kata-kata Ridhwan. Ridhwan abang tirinya.

56 ulasan:

  1. huhu best la..ape jd lepas nie erk..
    azam suke kt arin,arin suke kt ridhwan..
    kila suka kt azam??
    cepat smbg yew..nk bc ct sem nt

    BalasPadam
  2. tlg smbung cpt...cter best sgt,x sabo..

    BalasPadam
  3. nak sambungan2....cpt2,cite best...seronok baca

    BalasPadam
  4. best2..
    xsabar nk tggu smbungan..
    hehe

    BalasPadam
  5. x sbrnk tau smbungannya....
    cpt la smbung....huhu

    BalasPadam
  6. sambung lah cepat pleaseeeeeeeeeeeee

    BalasPadam
  7. alaaa...bile nak smbg nih...

    BalasPadam
  8. laaa..
    nak smbungn nye...
    xkn akhirnya mcm ni???
    huuhuuhuhu
    hope ada smbgn mcm xpuas ati je..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama6/2/10 1:04 PTG

    ble nk sambung nie?!
    best giler ar citer nie..
    nnt sambung k..
    de best

    BalasPadam
  10. xde sambgan lg ke???

    BalasPadam
  11. cpt la smbg x sabar nk baca cite yg strusnye...cpt taw..........

    BalasPadam
  12. mna smbgnY nie..
    cpt la smbg x sbr ni..
    x ble tgu dah nie

    BalasPadam
  13. jieha purple13/6/10 6:38 PTG

    best gler...x de smbungan k? x kan tgantg cam 2 je? cpat r smbg x sbr nie

    BalasPadam
  14. ridhwan 2 abg tiri azam ke..? wah menarik, bleh bt smbngn cpt ckt x...

    BalasPadam
  15. biar batol ni?!
    ridhwan abang tiri dia sendiri?
    boleh jadi musuh dia?
    best nyer..
    x sabo nak tunggu apa yang terjadi lps ni kalo ..
    shakila suka kat azam .. azam suka kat arin .. arin suka kat ridwan .. ridhwan suka kat arin .. azam musuh ngan ridhwan .. abang tiri dia .. cepat2 lah pos nya .. x sabar nak tau apa yg akan jadi lepas ni? huhu :)

    BalasPadam
  16. wahh rmai yg xsbar tgu smbugnnye...sy pn xsabar gak..huhu

    BalasPadam
  17. ada blog sendri tak? tema cerita dah best.

    BalasPadam
  18. wah,best gila, gila pun tak best, hehehehe... tolong smbung smbungnnya cpt2 tau x sabo nk tau ap jdi lps nie

    BalasPadam
  19. cpt smbong cite nie..
    best nak glex..

    BalasPadam
  20. xsabor nk tau cite seterusnya...bez cite ni...

    BalasPadam
  21. nk tau cita seterusnya....huk3

    BalasPadam
  22. cter sgt menarik.. but ples, continue ur story... want to know ape y jd after this.... plezzzz

    BalasPadam
  23. best sgt2....

    BalasPadam
  24. sambung cpt2....:)

    BalasPadam
  25. huhu..bila nak ada sambungan nieh??

    BalasPadam
  26. xkan tgantung je kan???

    BalasPadam
  27. npe x de smbngn???

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama6/2/11 2:46 PTG

    best la citer ni...tak membosankan...menarik pulak tu...bla nak ader smbungan dy??x sbar lorh nak bce...

    BalasPadam
  29. bes sgat2 ctew ni...xsaba na tgu y seterusnyew...:P

    BalasPadam
  30. cpat la msukkn episode yg strusnya...citer nie best...

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. best la cite ni..
    cpt2 la sambung..
    x sabar nak tau apa yg akan terjadi pada arin, ridhwan, syakila and azam...

    BalasPadam
  33. sambung la..bez la cte ne

    BalasPadam
  34. best giler...tlg cpatkn pgarangn citer nie..x sbr nk bc smbungannya..

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama3/6/11 4:52 PTG

    besttt . :)

    BalasPadam
  36. best sangat2

    BalasPadam
  37. haiyah...bla mo smbung nie??..x sabar mo tau smbungan cta nie..tp apa2 pun..bestlah cta nie...

    BalasPadam
  38. Tanpa Nama3/7/11 6:32 PTG

    haaaa ! nk bace smbungan cite nie secepat mungkin !!.. pliszz !

    BalasPadam
  39. huwa ape maksudnyer penulis.... bagus jugak masukkan perkataan baru dalam penulisan... contoh terjeda berdasarkan novel yg saya baca sebelum ni... walaupun jarang2 baca novel....hehehe =)

    BalasPadam
  40. sambunglah cepat

    BalasPadam
  41. Cptlah smbg.

    BalasPadam
  42. Tanpa Nama16/9/11 8:52 PG

    crita nie best,,,cpt la smbung cerita

    BalasPadam
  43. sgt best....=)

    BalasPadam
  44. Tanpa Nama24/9/11 8:24 PG

    best nye cite ni cpt arr sambung

    BalasPadam
  45. bile bleh dpt ending cter ni..huhu

    BalasPadam
  46. cpat ar smbung cite ni,,
    xsbr-sabar ni nak tau ending cite ni,,,
    =)(=

    BalasPadam
  47. Cerita ni best la. Cepat2 la continue yer....

    BalasPadam
  48. wah... best.. cerite tok budak U.. hehehe

    BalasPadam
  49. ala da bes pulak...tgah melayan gile ni....nak taw pe ksudahannya la.....

    BalasPadam
  50. teruskan la..nk thu arin pilih sape..hehehe

    BalasPadam
  51. Tanpa Nama17/2/12 9:35 PG

    jalan cerita best...:)

    BalasPadam
  52. Mana sambungan citer Cinta IPT nie? lama dah tunggu.....

    BalasPadam
  53. nape wat citer tegantung ,, baru nk feel ,, da tamat .. cpat2 la continue .. :-)

    BalasPadam
  54. ala....nak sambungan....

    BalasPadam
  55. tak best ar ceta trgantng nie....smbg....

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan