Nama Pena : anarif
Nisa' telan liur. Soto yang disuapnya tadi seakan tersangkut di kerongkongnya. Mala resah di duduknya.
"bang ngah, kak ngah, la, kenapa berhenti? Jomlah duduk. Nak makan ni," Irfan yang tidak mengetahui apa-apa mempelawa riang.
Bakar dan Riani berpandangan. Ada riak tidak senang yang dapat Nisa' tafsirkan. Nisa' memandang Irfan dan Mak Su silih berganti.
Irfan menarik tangan Bakar namun Bakar menarik Irfan ke arahnya, bukan sebaliknya.
"kau kenal diorang ni ke?" Tanya Bakar tidak senang. Irfan menoleh ke arah Nisa' dan Mala.
"oh, lupa nak beritahu abang ngah dan kak ngah. Yang duduk kat sana tu, nama dia Nisa'. Mak Su jaga anak dia. Yang sebelah Mak Su ni Mala. Mala kawan Nisa'." Bersungguh-sungguh Irfan memperkenalkan mereka.
Bakar memalingkan mukanya.
"bang ngah kenal diorang Irfan." Irfan menyambut kata-kata Bakar dengan senyuman.
"laa, kenapa tak cakap awal-awal? Kalau macam tu, lagi senang kita berkawan." Ujar Irfan ceria.
"tak payah, kami tak nak berkawan dengan orang macam diorang berdua ni. kami hampir ditipu mereka, kamu tau!" marah Riani. Irfan tersentak.
Baru dia menyedari mata Bakar dan Riani memancarkan perasaan tidak puas hati.
"bang ngah, kak ngah, kenapa ni?" Irfan menoleh ke Nisa' yang sudah berubah wajahnya. Mala juga diam tidak berkata-kata apa. Mak Su juga kelihatan bingung.
"kau tanyalah diorang apa yang diorang dah buat dengan kami!" tempelak Bakar.
"mujur kami tau kebenarannya, kalau tak kami dah ambil anak GRO tu jadi anak angkat! Ish, mintak simpangla!" tambah Riani pula.
Mak Su bingkas dari duduknya.
"Bakar, yani, apa yang kamu cakap ni? siapa anak GRO?" desak Mak Su.
Nisa' menggenggam kuat sudunya. Dilepaskan sudunya begitu sahaja membuatkan dentingan kuat kedengaran lantaran sepi menyelubungi suasana. Semua mata beralih padanya. Nisa' menarik nafas dalam.
"Mak Su, Irfan, Hana anak Suraya, bekas GRO." Nisa' bersuara yakin. Pandangan Mak Su dan Irfan tidak berkelip memandang Nisa'. Nisa' juga merenung mereka tidak berkelip, silih berganti.
Irfan menghampiri Nisa'. Mak Su terkedu.
"Nisa', apa awak cakap ni? Hana kan anak kawan awak?" Tanya Irfan seraya berbisik. Nisa' merenung Irfan dalam.
"Irfan, Suraya bekas GRO." Tenang dan tegas. Bakar melangkah ke hadapan. Mendekati Mak Su.
"Mak Su tak tau ke selama ni Mak Su jaga anak GRO?" Tanya Bakar pada Mak Su yang tidak terkata apa-apa. Dia menoleh kepada Nisa' pula.
"Kenapa kau tak cakap? Sebab kau tau Mak Su takkan jaga budak tu kan kalau Mak Su tau kebenarannya? Kau berdua memang pembelit. Kenalah berkawan dengan anak GRO."
Sinis suara Bakar menyapa gegendang telinga Nisa'. Dia memejamkan matanya. Menahan perasaan bercampur baur.
"bang ngah!" tempik Irfan marah. Menegur tindakan Bakar. Riani menghampiri suaminya. Wajahnya jelas tidak puas hati.
"kau nak bela diorang ni Irfan? Nyaris kami nak ambil budak tu jadi anak angkat kami tau! Nasib baik kami tak jadi. Kalau tak, habis keturunan aku!" sambung Riani pula.
Irfan terdiam, menoleh kepada Nisa' yang tidak mendiamkan diri. Ada pilu bertandang di wajah itu.
Irfan menghampiri Bakar dan Riani.
"bang ngah, kak ngah, Irfan minta maaf tapi Irfan nak korang balik dulu. Ada hal yang kami nak selesaikan." Pinta Irfan lembut.
"apa lagi yang kamu nak fikir Irfan? Mak Su? Putuskan saja semua hubungan dengan diorang ni dari merosak keluarga kita nanti!" tempelak Bakar.
Irfan menarik nafas dalam.
"bang ngah, tolong balik dulu. Biar kami yang selesaikan semua ni." pinta Irfan lagi. Bakar merenung Nisa' tidak puas hati. Dia mendengus kasar.
"jom Riani, kita balik!" Bakar memusingkan badannya melangkah ke pintu, keluar dari rumah. Riani setia menurut dari belakang.
Sepi seketika. Keluhan kecil dilepaskan Irfan. Dia meraup wajahnya. Matanya menyoroti Nisa' yang masih tenang walau ada sendu mencorakkan garis wajahnya. Irfan tahu dia terluka. Nisa' melangkah masuk ke dalam bilik, keluar kembali bersama Hana dalam kendongannya. Mak Su sudah terduduk kembali, tidak terkata apa-apa.
Mala yang melihat Nisa' sudah mencapai tas tangannya mula bingkas. Irfan juga mendekat.
"Nisa'," panggil Mala, perlahan.
"Mala, jom. Mak Su, Irfan, saya minta maaf kerana sembunyikan kebenaran Hana dari kalian tapi saya tak berniat yang tak baik melainkan saya mahukan yang terbaik untuk Hana. Saya berterima kasih dengan bantuan Mak Su dan Irfan selama ni. saya akan ingat jasa kalian. Maafkan saya," Nisa' meneruskan langkah kaki keluar pintu.
Mala terkedu di situ. Berbalas pandang dengan Irfan. Akhirnya, Mak Su bersuara perlahan.
"Irfan, ikut Nisa', Mala, tunggu sini dengan Mak Su. Mak Su nak bercakap dengan Mala." Arah Mak Su.
Irfan pantas berlari keluar. Nisa' masih mengendong Hana, menanti Mala di luar kereta. Melihat Irfan yang datang, Nisa' menunduk.
"mana Mala?"
"saya ikut awak."
"ke mana?" dia mengangkat muka. Keliru dengan wajah bersahaja Irfan dan kata-katanya.
"saya drive, ok?" pinta Irfan. Nisa' tidak menjawab, memandang Irfan lama.
"Nisa', please?" kunci kereta bertukar tangan.
Nisa' tenang di sebelah, mengagah Hana yang sudah mencelikkan matanya. Sekali sekala, Irfan mengerling Nisa' yang kelihatan gembira, tidak seperti tadi.
Nisa' sedar Irfan memerhatikannya. Dia melepaskan keluhan panjang.
"awak tak nak Tanya ke pasal Hana?" Tanya Nisa', tidak memandang Irfan.
Irfan mengerling Nisa'.
"tanya apa?"
Tiada jawapan. Nisa' menarik nafas dalam.
"kita ke taman." Arah Nisa'. Irfan tidak menjawab namun keretanya dipandu ke arah yang diinginkan Nisa'.
"nak dukung Hana?" Tanya Nisa' sebaik keretanya diparkir elok. Irfan senyum nipis.
"boleh jugak." Hana bertukar tangan. Mereka keluar dari kereta.
Beriringan ke sebuah meja bulat yang disediakan di situ. Tempat itu agak teduh kerana dilindungi pokok-pokok besar. Tidak terlalu panas untuk Hana.
Irfan mengagah Hana di pangkuan. Nisa' tersenyum kecil. Gambaran Badri mula singgah di ingatan. Jika Badri masih hidup, mungkin Hana takkan bersamanya. Tanpa disedari dia mengeluh perlahan.
Irfan mengangkat muka.
"awak ok ke?"
Nisa' jungkit bahu.
"ok la kot."
Irfan membetulkan dukungan Hana. Menatap Nisa'.
"Nisa', saya takkan paksa awak kalau awak tak bersedia untuk bercerita tapi saya nak awak tau, bila awak bersedia, I’m all ears, ok?"
Nisa' menunduk seketika. Menarik nafas dalam. Mungkin sudah sampai masanya dia berterus-terang. Dia mengangkat mukanya, membalas renungan redup Irfan.
"Hana, sebenarnya bukan anak kawan saya. Dia anak Badri, bekas kekasih saya." Tenang suaranya memulakan.
Irfan tidak bersuara. Menanti bicara Nisa' seterusnya.
"Badri sakit barah otak. Dia putuskan hubungan dengan saya sebab dia tak mahu saya terseksa melihat dia melawan penyakitnya. Saya tak tau pun dia sakit. Masa tu, saya memang fikir dia dah ada orang lain, dan cinta dia pada saya dah tak ada, dah hilang." Nisa' meneruskan apabila Irfan tidak bersuara.
Sepi seketika.
"Badri meninggal, tapi saya tak tahu." Nisa' tidak meneruskan bicaranya.
Setiap kali perihal ini disentuh, dia menjadi begitu senfitif. Air matanya mahu menitis.
Sesalan kerana salah anggapnya pada Badri sedangkan Badri melawan penyakitnya, bertarung dengan maut tanpanya di sisi. Sesalan kerana hingga saat akhir dia bersangka buruk pada Badri, dan sesalan kerana dia tidak sempat memohon maaf dari Badri atas segalanya yang telah berlaku.
Nisa' membuang pandang ke arah lain, menahan titis air mata yang mahu jatuh.
Irfan sedar ini masa yang sukar buat Nisa'. Dia tahu masa silam gadis itu masih menghantuinya. Kenangannya dengan Badri.
"Nisa', menangislah kalau perlu. Jangan ditahan air mata awak. Lepaskan segalanya." Tutur Irfan perlahan.
Nisa' memandang Irfan seketika. Jelas air mata sudah bergenang.
Dia memalingkan mukanya dari Irfan. Mengukir senyum tawar, mengesat titis air mata yang sudah tidak segan silu lagi menitis membasahi pipi.
"maafkan saya," ujar Nisa' seraya mengesat air matanya. Irfan senyum pahit.
Kisah silam seseorang memang sukar dilupakan. Apatah lagi bila kisah itu membabitkan insan tersayang yang sudah pergi. Sesalan itu tetap ada. Akan menghantui sehingga ke akhirnya. Zila.
"arwah Badri dan arwah Suraya bertemu di kelab malam di mana Suraya bekerja. Badri kecewa kerana dia terpaksa meminggirkan saya. Kerana itu dia banyak menghabiskan masanya di kelab malam. Mereka berkahwin kerana Badri tidak mahu Suraya terjerumus lebih jauh ke dalam dunia yang tidak berpenghujung itu. Kemudian, Badri meninggal." Bicara Nisa' terhenti seketika. Dia mengesat air mata di pipi. Menarik nafas dalam.
"Suraya pula sebenarnya menghidap barah rahim. Dia tidak digalakkan mengandung kerana itu boleh mengancam nyawanya. Namun kerana kasihkan Badri, Suraya mahu memberi zuriat untuk Badri. Sebaik sahaja Hana dilahirkan, Suraya mencari saya dari maklumat yang ditinggalkan Badri kepadanya. Dia meminta saya menjaga Hana. Dia menyerahkan Hana kepada saya...dan...dia meninggal di depan saya, waktu itu juga." Suara Nisa' tersekat-sekat.
Dia menunduk, teresak-esak di situ juga. Terbayangkan arwah Suraya di malam larut itu. Peristiwa hampir 3 bulan yang lalu kembali menyesakkan pemikirannya.
Irfan mengeluh panjang. Direnung Hana di dalam dukungannya yang bulat matanya. Merenungnya penuh kasih. Diusap pipi mulus itu. Kasihan Hana. Namun Hana harus berbangga kerana punya ibu yang amat menyayanginya dan ummi yang amat tabah melindunginya. Pandangannya jatuh kembali pada Nisa' yang sudah kelihatan tenang sedikit.
Hidungnya kemerah-merahan. Tubir matanya masih berair. Pasti dia amat terbeban dengan semua ini.
Tiba-tiba, Irfan teringatkan sesuatu.
"kenapa awak nak beri Hana pada orang lain?" soalan Irfan membuatkan Nisa' terdiam seketika. Membalas renungan Irfan yang jelas tidak setuju dengan tindakannya.
"awak kata Suraya sendiri cari awak, dan amanahkan Hana pada awak. Awak dah tak sanggup jaga dia ke Nisa'?" Nisa' menggeleng perlahan.
Membalas renungan Irfan.
"saya tak sanggup nak beri Hana pada orang lain Irfan. Saya dah jatuh kasih pada Hana, dia anak saya walau apa pun yang terjadi." Jawab Nisa'.
"habis, kenapa Bakar dan Riani bercakap pasal anak angkat?" tingkah Irfan. Nadanya mendatar, tidak marah, Cuma kecewa dengan apa yang didengarinya.
Nisa' amat menyayangi Hana dari pengamatannya. Mengapa pula timbul isu anak angkat? Dia benar-benar tidak mengerti.
Nisa' terdiam lama.
"ummi saya tidak redha Hana dijaga oleh saya. Dia mahu saya beri Hana pada orang lain. Dia takkan benarkan saya balik dengan Hana lagi." Beritahu Nisa'. Irfan terdiam.
"kenapa?" masih mahu bertanya. Dia benar-benar tidak faham mengapa ibu Nisa' tidak dapat melihat kebajikan yang sedang dilakukan Nisa'. Membela anak yatim piatu besar pahalanya.
Nisa' mengeluh perlahan.
"ibu risaukan masa depan saya. Dia, bimbang saya takkan berkahwin kerana Hana." Jelas Nisa' lagi. Suaranya sudah tidak serapuh tadi.
Irfan mengerutkan dahinya.
"Daniel kan ada?" Nisa' tersenyum pahit mendengar nama itu.
"saya dah putus dengan Daniel. Dia tak boleh terima Hana." Irfan terkedu.
Dia benar-benar tidak mengerti. Bukankah kasih sayang itu luas ertinya? Apa salahnya menyayangi Hana yang malang sepertimana dia menyayangi Nisa' sedalamnya? Irfan benar-benar tidak faham. Dia mendengus tidak percaya.
"kerana Hana dia putus dengan awak?" tingkah Irfan tidak percaya.
Nisa' senyum tawar.
"saya yang minta putus sebab saya takkan tinggalkan Hana walau apa yang terjadi. Daniel tak boleh terima Hana sebab Hana anak Badri. Lagipun, susah saya nak cakap tapi saya sebenarnya masih mencari cinta untuk diberi pada Daniel, dan sehingga sekarang saya gagal." Irfan mendengar penuh minat.
"awak, tak cintakan dia?" lambat-lambat Irfan bertanya. Bimbang Nisa' akan merasa tidak selesa dengan pertanyaan itu.
Nisa' angguk perlahan.
"saya dah cuba tapi tak boleh. Saya dah membiarkan Daniel menunggu 2 tahun, dan sekarang, dia pula tak dapat menerima Hana. Dah tak ada apa yang boleh saya buat Irfan. Mungkin memang tiada jodoh kami." Keluh Nisa'. Tidak menyesal kerana Daniel pergi darinya, tetapi dia menyesal kerana membiarkan hubungan mereka bertahan selama itu.
Irfan terdiam. Sangkanya Daniel masih bersama Nisa'. Sekarang dia mengerti perubahan wajah Nisa' acap kali nama Daniel diutarakan.
"ummi marah sebab saya putus dengan Daniel. Dia salahkan Hana dan sebab tu, dia tak nak Hana dengan saya lagi. Dia mahu Hana diberi pada orang lain sebagai anak angkat. Tapi saya tak mampu berjauhan dengan Hana. Saya tahu kalau Hana sudah diberi pada orang lain, Hana bukan anak saya lagi." Keluh Nisa' panjang.
Irfan terdiam lama. Tiba-tiba, dia terfikirkan sesuatu.
"biar saya ambil Hana sebagai anak angkat." Nisa' pantas mengangkat mukanya, terkejut dengan cadangan itu.
"awak?" Irfan angguk pasti.
haa...
BalasPadamkawenkan mereka dengan segera!!!!!
hehehehehehe
btoi btoi
BalasPadamsaya setuju dgn cadangan kamu 2
xsabar saya nak tau kisah seterus y
sambung cepat
Siannya Hana...terumbang ambing....tak sanggup saya fikirkan kalaulah terjadi pada anak saya....ya allah mintak simpang malaikat 44...kasihanilah anak2 Yatim Piatu walau pun Ibu & ayah mereka bukan dari orang yg baik2.... huhuhuhu sedihhhh
BalasPadamamin...
BalasPadamya Allah! so sweet la cerita ni... huhuhuhuhu.. x sabar nk tunggu yg seterusnya.. kalo dijadikan novel pun lg best.. sye lah org pertama yg nk beli.. hehehehhee.. amin..
BalasPadam-dayah-
i'm all ears?? or i'm all yours or or i'm here for you? hehe
BalasPadamoooo bab ni paling best...tertunggu cter akn datang
BalasPadamto tanpa nama,
BalasPadam'i'm all ears' maknanya 'sy sedia mendengar.'
hope u leanr nwe things. ;)
irfan lelaki yg baik........
BalasPadamwow.. i love this story soo much. keep up the good work. ur very talented.
BalasPadam-r-