Sabtu, Oktober 10, 2009

Cerpen : Wanginya Bunga Kantan

Nama Pena : MOHD FAIZUL ALI AKA AJOI

"hah, dah siap pun," Farah gembira nasi gorengnya sudah siap. Dia pun mengambil bekas untuk disiapkannya untuk bekalan untuk orang yang tersayangnya, Hadi. Hadi adalah kekasihnya yang sama-sama berlajar dengannya di Universiti. Farah adalah gadis biasa yang suka memasak. Tapi menunya adalah nasi goreng. Nasi goreng ini adalah untuk Hadi. Dia memasakkannya dengan penuh kasih sayang. Cintanya kepada Hadi bukan kepalang. Dia membungkus rapi bekas yang mengandungi nasi gorengnya. Dia terus bersiap-siap untuk keluar bersama dengan Hadi. Tujuannya adalah satu. Mengabiskan masa pada malam itu dengan kekasihnya di Dataran MBSA berhampiran Masjid di Shah Alam.

Hadi sudah menunggu dibawah. Farah yang turun terkedek-kedek melemparkan senyumannya kapada Hadi.Hadi amat sukakan senyuman dari Farah kerana senyumannya itu terserlah lesung pipitnya yang kecil disebelah kanannya.Comel.

Farah memboncengkan motorsikal Kris milik Hadi. Farah tidak kisah dia menaiki motorsikal Hadi yang sedikit kotor kerana sudah beberapa minggu tidak basuh. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain. Mereka bercouple memilih jejaka yang mempunyai kereta.Alasan mereka adalah kerana mereka lebih selesa dengan menaiki kereta dan tidak berasa penat.

Sampai sahaja mereka disana, mereka mencari tempat yang sesuai. Ramai juga disana.Farah dan Hadi hanya duduk ditepi padang itu.Farah kemudiannya membuka bungkusan bekas nasi goreng yang dimasaknya tadi.Dia menghulurkan kepada Hadi.

Suasa disitu diterangi lampu limpah yang menerangi kawasan pada disitu.Disitulah tempat lepak untuk mereka berpicnic bersama. Ramai orang yang berada disitu mengambil ketenangan pada malam hari.Beberapa couple berada disitu,juga terdapat juga yang telah berkeluarga bermain dengan anak-anak mereka.Seronok Hadi melihat gelagat mereka.

Hadi dan Farah makan nasi goreng tersebut.Hadi makan dengan penuh selera manakala Farah melihat gelagat Hadi itu tersenyum sendirian. Dia gembira sangat bila orang yang dikasihinya makan masakannya.

"Hadi memandang kearah hotel bluewave yang berada dihadapannya. Dia mengira bilik-bilik yang cerah berpenghuni.Di situ terdapat lebih belasan bilik yang terang lalu dia berkata "Sayangku, lihat disitu ada dua belas bilik yang cerah," katanya menunding jarinya kearah bilik tersebut.Farah mengalih pandangannya kearah hotel tersebut lalu mengangguk mengiakan apa yang diakatakan oleh Hadi itu.

"Ramai jugak yang mengawan malam ni ek," kata Hadi selamba. Berkerut mata Farah sambil dia memandang muka Hadi yang mempunyai sebiji jerawat kecil didahinya itu.Secara spontan Farah mencubit lemak yang berisi di lengan Hadi.

"Oh, Gatal eh. Ambil ni," dipulas beberapa kali. Hadi mengerang kecil, kesakitan.Lalu dia menepis tangan Farah itu. Dia menggosok-gosok tempat yang dicubit oleh Farah itu berulang-kali. Sait benar dia rasa.

"Alah, abg bergurau aje la. Tu pun tak boleh ke?"

"tak boleh, otak ni penuh dengan corrosion, berkarat sungguh. Tak tahu malu," Kata Farah merajuk.

"okey lah jangan la macam tu. Abang dah makan dah nasi goreng ni habis," kata Hadi menunjukkan bekas yang telah kosong itu.Dia cuba memujuk.

Farah tersenyum kembali. Dia suka sangat melihat Hadi mengabiskan makanan yang dimasaknya itu.

************

Resepi:Nasi goreng Farah

Bahan-bahan: Nasi putih, kiub pati ayam secukup rasa,bawang merah, bawang putih,beberapa butir cili yang ditumbuk,bunga kantan,telur dan sayur (boleh masukkan ikan bilis,daging dan ayam bergantung apa yang ada dalam peti sejuk)

Cara penyediaannya sila ikuti apa yang Farah lakukan dibawah.

Ingat:Kesedapan bergantung kepada air basuhan tangan si pemasak.

Apabila semua bahan-bahan telah disediakan,Farah memanaskan kuali. Dia memasukkan sedikit minyak. Kata Farah kalau guna mentega pun boleh, sedap juga.Apa yang penting adalah experimen.Buat nasi goreng sampai jadi sedap. Apabila minyak sudah panas, Farah mengambil bawang merah dan bawang putih untuk ditumis. Apabila baunya sudah naik, Farah memasukkan cili dan kemudian dia memasukkan pati ayam secukup rasa kedalam kuali. Selepas itu, dia membiarkan seketika sambil mengacau bahan-bahan yang berada dalam kuali itu. Kemudian, Farah mengambil nasi putih lalu dimasukkan didalam kuali.Digaulnya sehingga rata dan dia pun memasukkan pula bunga gantang yang dipotong halus itu. Dia menggaulkan nasi tersebut sehingga betul-betul masak dan naik baunya.Akhirnya siap juga nasi gorengnya itu.

Farah mendekati kuali dan mengambil bau wangian nasi gorengnya itu. Wangian nasi goreng itu menaikan seleranya.

"Pasti Hadi suka nasi goreng aku ni," bisik Farah dalam hatinya.

******

Muka Farah merah. Dia geram kerana Hadi asyik sahaja lambat. Sejak akhir-akhir ini, perangai Hadi semakin berubah. Tapi mengapa? Itulah persoalan yang berada didalam fikirannya.

Farah berulang kali melihat jamnya ditangan. Manakala sebelah tangannya mencebet bungkusan nasi gorengnya itu. Dari jauh kelihatan Hadi datang dengan motorsikalnya. Hadi melemparkan senyumannya dari jauh. Motorsikalnya itu menghampiri Hadi.Senyuman dari Hadi itu menghilangkan kembali kemaahan Farah. Farah suka melihat Hadi tersenyum.

Dia pun naik motorsikalnya lalu mereka menuju ke dataran MBSA.Diatas motorsikal, Farah memarahi Hadi lalu dia bertanya "kenapa lambat sangat ni, dah lama sayang tungu tau?"

"Alah, tadi mandi dulu, pastu siap-siap. Nape ni asyik marah-marah sahaja ni. Tak suka la," kata Hadi sambil memulas minyak motorsikalnya itu.

"Ye la asyik lambat je. Tadi buat ape hah. Ehm mesti asyik dengan internet dia tu je pastu lupa plak kat kita ni.Dia ni kita cepuk dia karang baru tau,"

"Ala dia ni asyik nak marah-marah jer, kenapa?"

"Selalu lambat,ehm," bibir Farah mungcung masam mencuka.Dia kemudian diam diatas motorsikal manakala Hadi turut dia tetapi kadang-kadang ada juga lagu yang dia nyanyikan atas motorsikal itu. Memang menjadi tabiat dia apabila membawa Farah diatas motorsikal itu, dia akan menyanyi lagu-lagu yang entah siapa penciptanya bersandarkan lirik yang wajib ada adalah nama Farah itu. Seperti penggubah lagu jika dia bersama dengan Farah.

Hadi Sebenarnya agak pendiam tetapi apabila bersama dengan Farah, dia menjadi riang. Mungkin kerana Farah adalah orang yang sangat dia cintai dan sayangi, dia tidak segan berbuat apa-apa dengan Farah. Mulutnya menjadi becok dan kadang-kadang Farah berasa tidak tahan melayan kerenah dari Hadi itu.

*******

Hadi melihat jam ditangan. Dia sudah terlewat 10 minit. "Pasti Farah marah lagi ni,"

Dia terpaksa logout akaun ebaynya walaupun ada order yang perlu dibuat. Antara ebay dan cinta mana lebih penting? Sudah tentulah si dia. Hadi mencapai seluar jean Lee yang tergantung di dalam biliknya. Kemudian dia terus menyarung seluar tersebut. Dalam kekalutan itu, dia mengambil gel rambutnya. Rambut Hadi adalah ikal mayang. Jika dia menggayakan dengan gel itu persis P Ramlee walaupun dulu pernah ada orang kata mukanya mirip Nash yang popular dengan lagu Pada surga diwajahmu.Dia meneleng kekanan dan kekiri melihatkan gaya rambutnya itu.

"Saya juga," kata Hadi ketawa kecil sendirian.Kemudian dia mencari kunci motorsikalnya.Hadi menggaru-garu kepala. "Mana pulak kuncinya. Dia menoleh jam tangannya.Dia sudah terlewat 15 minit.

"Aarrrgggghhhh,"

Mundar-mandir dia depan, belakang,kiri dan kanan mencari kunci motorsikalnya.Rupa-rupanya tertindih dibalik batal peluknya. Cepat-cepat dia meluru keluar dan menghidupkan enjin motorsikal.baru dia hendak bergerak, dia baru tersedar helmetnya tertinggal pulak.Dia bingkas bangun membuka pintu dan mengambil helmetnya, terus mencapai motorsikal dan meluncur laju.Lampu hijau dihadapan, cepat-cepat dia memerah minyak motorsikal namun dia tidak sempat melepasi simpang tersebut lalu dia berhenti digarisan trafik light itu. Dia menarik nafas panjang. Dia tidak menghirau jam ditangannya kerana sememangnya sudah terlambat. Manakala telefon bimbitnya sudah beberapa kali berbunyi tetapi tidak diangkatnya.

"Ehm Cik Farah, tunggu sat.Jap je dah dekat ni," kata Hadi dalam hati.Matanya meliar melihat sekeliling.Disebelah kirinya adalah pintu kedua UiTM.Kenderaan keluar dari situ berpusu-pusu. Selepas beberapa saat, kenderaan dari arah kanan pula masuk kedalam UiTM.Hadi menunggu dengan sabar.

selepas lampu hijau kembali, Hadi memecut laju dan terus ke rumah Farah.Dari jauh dia nampak Farah sedang duduk menunggu.Muka dia masam seperti cuka.Untuk mengelakkan keadaan lebih keruh, Hadi dari jauh lagi membuat muka tidak malunya itu dengan menguntumkan senyuman dengan harapan dapat meredakan kemarahan Farah.Farah masih lagi marah. Dia bangun dan terkedek-kedek pergi kearah Hadi sambil membawa bungkusan nasi gorengnya itu.

"Sorry,sorry sangat-sangat," kata Hadi merayu jangan marah kepadanya.Sempat dia mengenyit mata beberapa kali dan memungcungkan mulutnya kembang kuncup kepada Farah. Farah yang merajuk itu kembali tersenyum kerana dek kelakuan Hadi itu.Dia ketawa kecil sambil tangannya mencubit lengan Hadi.tetapi Hadi menyambutnya dengan ketawa besar.Farah melihat sekeliling. Nasib baik tiada orang katanya.

"eh, dia ni malulah kalau orang lain tengok," kata Hadi selamba.

Benarlah kata orang, seburuk mana pun kekasih hati kita,kita tetap sayang dan menerima seadanya.Farah meletakkan bungkusan bekalnya itu kedalam raga motorsikal itu dan mereka terus menuju ketempat biasa iaitu di Dataran MBSA.

******

Hadi mengusap-ngusap perutnya kerana kenyang. Nasi goreng Farah itu sedap sekali. Berat Hadi baru-baru ini naik sehingga 70 kg lebih manakala Farah pula tidak mengalah,berat badannya sudah mencecah 60kg.Semakin membulat mereka berdua.Tetapi mereka tidak memperduli sangat keadaan itu walaupun kadang-kadang ada kerisauan dihati mereka. Mungkin hati mereka gembira. Pelbagai perkara yang ditempuh oleh mereka. Bermacam-macam peristiwa,manis dan pahit namun semua itu tidak sama kali mengubah cinta mereka.Hadi sukakan Farah bukan kerana fizikalnya tetapi pada hati budinya manakala Farah pun begitu juga.Masakan mereka boleh bertahan sampai sekarang.

Ada bunga kantan yang terselit dalam celah giginya. Sebenarnya oleh kerana tidak menjaga dengan betul gigi itu, akibatnya sebatang gigi garham Hadi berlubang. Jika dia makan pasti ada makanan yang terlekat dicelah gigi yang berlubang itu. Farah sedar tentang giginya itu tapi dia terima seadanya walaupun kadang-kadang waktu pagi mereka pergi sarapan bersama,Farah terlihat dicelah gigi Hadi ada seperti mentega kecil yang masih melakat di giginya(kadang-kadang Hadi tidak mandi pagi sama macam Farah 2x5). Mengikut ramalan Farah, gigi Hadi itu mungkin bertahan sehingga umur 35tahun.Selepas itu Hadi kena pakai gigi palsu.Apa pun dia tidak kisah itu semua. Dia tidak seperti orang lain mencari cinta seperti pemburu cinta. Apabila mendapat hasil buruannya dia akan membiarkan apabila sudah mendapatnya dan kemudian memcari buruan yang lain.

*****

Farah mengcekak pinggangnya.Basah ketiak Farah yang sedang sibuk memasak didapur lalu ditarik lengan bajunya keatas.Dia bersungguh memasak nasi goreng itu dengan penuh kasih sayang. Dia melakukannya dengan ikhlas. Jika tidak begitu,sudah lama dia meninggalkan Hadi yang masih lagi menganggur dan mencari orang kaya yang boleh menyenangkan dia kemudian hari.Tetapi Farah masih lagi belajar. Dengan keadaan Hadi yang masih belum bekerja dan dia masih lagi berlajar, maka dia terpaksa memasak bagi menjimatkan kos.

Farah mencium haruman masakannya.Dia teringat dia kembali apabila dia bertanya kepada Hadi, kenapa Hadi sangat suka nasi gorengnya?

"Saya suka nasi goreng ini sebab ada bunga kantan ni," Jawab Hadi sambil menghulurkan sisa bunga kantan yang terlekat dicelah giginya kepada Farah.


65 ulasan:

  1. im da first... gud jod... try ur best next time...

    BalasPadam
  2. bukan nk ckp pe la...tp cite ni selekeh jgk..
    psal gigi lobang..bunge kantan lekat kt gigi
    pun nk cite ke..isk3..tp sbnrnye pe motif cite ni??
    love ur bf da way they are erk??
    pape pun..try harder erk writer..gud luck..

    BalasPadam
  3. geli gilak bc cita ni....
    sdh la aku bc tem tgh mkn....
    huhu....pengotor...
    jgn la bt cita cam ni....

    aku tau..
    mesti moral of the story...
    trimala psgn kta seadanya....
    tp pengotor tu amln syaitan....
    jgn la sbb syg butakn mata....
    huhu...napa aku mbebel ni....
    motif????

    BalasPadam
  4. huhu tq for komen..selalunya cerita cinta itu indah je ke? Ataupun semakin sedih cerita tu semakin mantap gitu..

    Sila ke http://www.mohdfaizul.com/karyaku untuk update karya saya.

    Thanks..

    BalasPadam
  5. waaa, lelaki yang upload cite ni, mmm, menarik2. jangan putus asa. lain kali buat cite lg yer

    BalasPadam
  6. berapa kali masak nasik goreng daa..
    aku masak nasi goreng xpeluh pon
    boh jela sedap rasa dengan sayur campur
    bawang sebijik n cili padi sebijik
    nak lagi sedap boh segala bala sea food

    BalasPadam
  7. woo..dahsyat betol!ni lelaki punya cerpen nii..
    first time aku tengok nama jantan kat'nama pena'.nama penoh lak tu!
    Bro! ada apa-apa ke nama farah tuu..
    takkan nasi goreng je
    hehehe gurau je,bro.
    w/p citer die biasa jer,tapi oklah,but keep it up!

    BalasPadam
  8. kalau ye pun janganlah cite sampai lubang2 kat gigi...mentega kat gigi??? tak mandi??? adeh...selekeh

    BalasPadam
  9. nak pitam baca citer ni.adei!!

    BalasPadam
  10. syud slumber_jer2002@yahoo.com21/10/09 6:43 PTG

    heheehe..baca tajuk, macam best.. cubaan yg bagus.. xpe.. penulis perlu belajar slow2.. err.. pasal komen2 di atas tu, ada jg betulnya..
    tp bagus la penulis ada inisiatif cuba wat kelainan.. cuma kelainan tu, ajoi kna kaji dlu.. berhati2 sebelum tulis.. sbb bila org x dpt terima, maknanya, ajoi kna tgk balik la pasl tu yer..

    BalasPadam
  11. Tq kepada semua yang komen.Saya baru je start nak menulis, mungkin saya terpaksa korbankan selera saya untuk memenuhi selera semua.Ini pengajaran bagi saya,untuk hari kehadapan saya akan berhati-hati.Saya suka belajar dari kesilapan..

    Thanks banyak-bayak..amat dihargai.

    BalasPadam
  12. mizandapewter..21/10/09 8:55 PTG

    jgn pkir yg komen tu pembersih sgt...
    kalu tak x adla pnykit asma ke..h1n1 ke..

    BalasPadam
  13. hahahha,,klakar giler sya bcer komen2 orng kat sini..

    siyusly,,sya xnmpk sngt objektif citer ni...adooiii~

    hmmm xder storyline sngt ler..
    rasernyer xyah kot tulis sal mentega n segala taik gigi yg terlekat kat gigi tuh..

    BalasPadam
  14. kuah kuah kuah kuah....
    klakar gler...
    bukan citer sal taik gigi n bunga kantan yang klakar
    TAPI KOMEN KAT ATAS TUE YANG KLAKAR..
    kah kah kah

    BalasPadam
  15. aduhlh nk terglk baca citer nie....
    psl x mandi pun nk bagitau........he3
    cam komen atas2, sbnrnya aq pun terglk baca komen2 2....
    citer ni blh thn jugak r

    -kelly-

    BalasPadam
  16. adoi...
    mule2 sy bc mmg geli pown...
    tp biler sy bc komen2 nie...
    gelak b'guling2 sy..
    hahaha...

    BalasPadam
  17. xfhm gapo satu pung citer ni..
    jap2 masok nsi goreng...
    masok sokmo..
    se lgi xdok tempat len ke nak g dating..
    adoiya...

    BalasPadam
  18. erm.. ok la jgk citer ni, coz sbnrnye writer nk tnjolkan klainan.ye la, slama ni klu bca citer cnta, msti indah2 je, kkdg x mcm d alam realiti. hakikatnye kt dnia mmg ade yg cmni ape.. tp ttap ada part yg x ptut sgt ada dlm krya ni la kot..mcm taik2 gg 2 sume.pape pun, utk writer, keep a gud job, k

    BalasPadam
  19. tema psal crita nie ialh nasi goreng ya??
    crita nie seriusly sya nmpk lbih kpd critera cinta org biasa..tpi memng oklh sbb kbnykkn kite memng hidp sprti ni..
    tips buat crpn ialh tidk mngmbil 100% dr crita real sbb ianye d'kategorikn sbg mnyalin bukn mncpta...sekian.. :)

    BalasPadam
  20. selekeh betul la adegan romantik dengan tunjuk bunge kantan yang terselit kat gg berlubang..klu pakwe aku buat mcm tu...de kene penampor 2-3 x.....

    BalasPadam
  21. wahaha..
    komen2 dowang lg lawak dri cte tuh..
    tmbah2 yg kecek klate tuh..
    sket pwot aku..
    pape pon,
    all da best ya wat si writer..
    cubo laie..
    =)

    BalasPadam
  22. hari2 makan nasik goreng je ker..
    kesian..
    god job..
    lakukan yg lebih baik lagi..
    chaiyok2...
    faz...

    BalasPadam
  23. hahaha...klaka, tp reality cuma masa bercinta sume nmpk indah je...dh kawin hurm...nasi goreng selalu2 dasat...tp iyelah nama pun cite...bagus2 lelaki tulis ni..keep it up.. -anne-

    BalasPadam
  24. Saya nak tergelak baca komen-komen di atas, sampai sakit perut n keluar air mata he he..betul gak tak payah cerita pasal taik gg segala tu, tapi memang realitinya sekarang orang yang bercouple macam tu..satu kelainan apapun syabas kepada penulis kerana mencipta 1 kelainan and keep up a good job...

    BalasPadam
  25. geli baca. adoii. haha xD

    tapi kelakar.

    lain kali buat cerita yang senonoh sikit, eh? hehe

    BalasPadam
  26. um....
    bgus jugak la...
    tapi,,,kan molek klu diorng ni udah kawin..
    ape2 pon..tahniah...
    n slamat mngarang lg..

    BalasPadam
  27. vallieya
    leh thn jgak citer ni. tp, nape llaki dlm citer ni krg encem?ni wat luntur siket smgat nak bce.

    BalasPadam
  28. ntah ape2 ntah...

    BalasPadam
  29. tu jer??igtkn si hadi accident ke sbb story bhgian dy bwk moto laju la pe la bla bla bla.rupenye hua nk kabo bga kantan

    BalasPadam
  30. jenuh la si farah tu msk kt ang hadi oi
    lg satu xmalu kot bwk ank dara org nek moto
    agaknya bg penulis perbuatan tu xsalah kot

    BalasPadam
  31. Tanpa Nama7/2/10 7:16 PTG

    woit!!!
    ada gak citer yg mcm ni....
    kembung perut hadi coz mkn nasi goreng si farah jer la....
    tp best gak moral citer: trima pasangan seadanya...
    p/s x baik bwk ank dara naik moto...klu dh kawin lain la....

    BalasPadam
  32. sy rasa cite ni klakar la.boleh bt cite lucu...
    tpi kira bgus la coz lelaki yg tulis n cuba bwa watak perempuan dalam cite nie

    BalasPadam
  33. AHAKZZZ,....BES BC KOMEN..RS2 CITE NI CAM PENULIS JA...HAAHAHAHAHHAHA NMPK SGT MLS GOSOK GG

    BalasPadam
  34. haha...mentega kat lubang gigi...selekeh r...p cite ny sangat manarik...

    BalasPadam
  35. sedap sgt ke nasi horeng bunga kantan? selalu mak saya buat nasi goreng daun kecur atau nasi goreng limau purut...
    Ptg ni balik saya nk try wat la nasi goreng bunga kantan mcm farah buat tu :)

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama8/4/10 8:56 PG

    saya tertawan dengan tajuk cerita ni..tapi bila baca rasanya indah khabar dari rupa..nasihat saya banyakkan membaca dan perbaiki gaya penceritaan dgn ayat yang lebih dramatik. ayat anda terlalu 'pasar'..hilang seni penulisan. terlalu banyak versi berulang2 seolah2 idea anda terkurung. motif cerita ni? mungkin bukan wangi bunga kantan kot... lebih tepat 'cinta bajet'...anyway tahniah sbb memasak dengan kasih sayang (saya suka ayat ni).

    BalasPadam
  37. haha..bese jela cite nie.mcm pengotor sket.and.x romantik pon.sowi yer..writer,buat agy baik wokeyyy.. ^_^

    BalasPadam
  38. citer ni biaser jer...
    xder klimaks..
    tp tak lah bosan nak baca..
    hope boleh cube yg terbaik lagi k..

    BalasPadam
  39. penulis kena belajar lg penggunaan ayat yang lebih bagus.. penulisan nampak tak matang dan kreatif.. terlalu meleret.. then xperlu pun msskan resepi n.goreng tu dlm novel..

    BalasPadam
  40. hai
    jalan citer ni.. mendatar je, x da klimaks.
    lebih kpd cerita pengalaman sendiri.
    ada part2 yg x perlu dimasukkan mcm resepi, x salah nk citer tp x yah detail hbs and gigi belobang tue.
    Apa2 pun good attempt.
    Komen2 ni semua, ambk utk hasilkn yg lebih baik..
    ok.. writer.

    BalasPadam
  41. haha~ tajuk die da mantopp..tpi bler bace..cam hape jerk..bkan nak mangata ke ape..tpi ntah ah..cam kotor sgat..mmg kite kena terima org tuh seadanye..tpi agak2 la..cter xde la best mne..tpi komen2 kat atas yg best~! huhu~

    BalasPadam
  42. blh tahan ar cte nie..x brapa jelas sgt

    BalasPadam
  43. nice story. !

    BalasPadam
  44. klakar giler komen...:)

    BalasPadam
  45. to ajoi,
    your cerpen for me is just fine.
    dont give up.. we want more okay ?

    BalasPadam
  46. bru 1st part... tp biler msuk der resepi tuh.. da jd pelik... nih cerpen ke website resepi memasak... trus stop... so xtau cter sbnr...

    for writer.. u hav an idea.. tp kner tau cmner nk tackle pmbaca dr stop reading ur story.. yah.. all d besh... ;p

    SHA_;D

    BalasPadam
  47. geli lah...huhu..motif??

    BalasPadam
  48. eii gelinya......asyik nasi gorengn je....

    BalasPadam
  49. Tanpa Nama11/3/11 5:55 PG

    ini boleh bwat kategori cerpen kelakar n x senonoh yang pling tip top.... lawak gak citer ni...bkn lawak apa tp kejujuran penulis ceritakan kisah hidup dia n awek dia...hahaha.......teruskan usaha n bwat lg byk kelainan yg bleh menarik minat org dgn cerpen yg mcm ni...... yahuuuuuuuuyiiiiiiiieeeeeeehaaaaaaa....hahahahaha.....
    mamak nasi goreng mamak 1..wokey siap......

    BalasPadam
  50. aduh...
    pening kpala ak membacanye..
    pe pun usaha lg erk writer..
    tp u all punye klakar x hengat..hehehehhehe

    BalasPadam
  51. Tanpa Nama29/3/11 3:06 PG

    haha... lawak komen2 nye.. huhu..
    besh citer n...

    BalasPadam
  52. lawak...bca komen-komen org lg lawak..hahaha

    BalasPadam
  53. eiiii..
    gelinyerrr
    hadi ni pengotor la

    BalasPadam
  54. addoiiiiiyaaaaaa.....ape pnyer citer neh????
    aku cube phm tp x phm2...buat2 phm jer la....hehehehehhee

    BalasPadam
  55. Tanpa Nama5/6/11 11:42 PG

    ayat cm bdak pmr ja
    haha

    BalasPadam
  56. sebuah jala cerita yang amat baik.... :) teruskan usaha anda lagi

    BalasPadam
  57. Aku nak buat cerpen macam ni jugaklah nanti xD
    Jyeah goodjob.

    BalasPadam
  58. Diharapkan Encik Ajoi dapat fikir dahulu sebelum mengarang. Catit terlebih dahulu isinya agar dapat mengarang jalan cerita yang best. Teruskan usaha. Jadikan komen sebagai motivasi untuk berjaya

    BalasPadam
  59. ntah pape...

    BalasPadam
  60. Tanpa Nama9/2/12 7:57 PTG

    hahahaha

    BalasPadam
  61. tolong ye tingkatkan usaha dlm penulisan...tq

    BalasPadam
  62. hadi pengotor!!!
    mmg la dgr couple nih mcm sempoi jerp, tp ta pyah na pengotor sgt la derr.. huhu..
    na save bajet smpai ta mndi?? ta gsok gg?? haish..
    poning..poning.. ta per lah, keep it up yer! :)

    BalasPadam
  63. satu yg aku suke ttg crite nie..sebab nama aku farah.n lbih kurg same dgn prwatakan tu.n dulu penah jugak ade bf name hadi.haha.nice..cume crite nie kurg mnarik la..keep it up..buat crte yg lbih baik next time.:D

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan