Ahad, Oktober 11, 2009

Cerpen : Seseorang itu..

Nama Pena : Kucing Itam

Di waktu petang yang hening, tahun 2003…

Aku berjalan kaki ke kedai runcit yang berhampiran kira-kira 200 meter dari kediaman aku di Jalan 14/60, Petaling Jaya… Pada petang itu keadaan cuacanya sangat baik… Tak panas, tak juga hujan… Mendung je… Angin bertiup sempoi-sempoi sepoi-sepoi bahasa sungguh mendamaikan… Membuatkan bibir aku berkumat-kamit mengalunkan lagu kegemaran… Nyanyi slow-slow je… Kang kalau nyanyi kuat-kuat orang lain dengar plak… Tak pasal-pasal penghuni rumah yang aku lalui tu keluar untuk memastikan kalau-kalau ade orang buat shooting filem tamil kat area rumah beliau! Huhuhu… Kalau nak lebih dramatic lagi, aku menyanyi sambil menari-nari dengan unggas-unggas dan orang disekeliling ala-ala filem Enchanted! Hahaha… Jangan harap aku nak buat camtu, buat malu je nanti!

"Acik, *Detectif Conan dah keluar?"

"Belum…"

"Hmm… Agak-agak bila dia keluar ek?"

"Hujung bulan kot…"

"Ok…"

*Yep… Marwani ialah pengumpul manga Detektif Conan sejak di tingkatan 1 lagi.

Hampa! Itu jelah perkataan yang sesuai dengan situasi aku mase… Lame betul nak tunggu komik tu diterbitkan di Malaysia… Kadang-kadang kena tunggu selang sebulan, dua bulan, tiga bulan, baru la dia keluar kat kedai-kedai runcit. Haizzz…

Tetiba aku terperasan sesuatu yang bersangkut kat bahagian majalah-majalah kat langit-langit pintu masuk kedai runcit Pak Cik Rafi… Aku cuba mencapai satu majalah yang menarik perhatian aku… Alamak, tak sampai plak… Tinggi sangat… Kemudian aku cuba melompat dengan harapan dapatlah aku mencapai majalah tu tanpa bantuan orang lain… Yes, dapat!

"Aku, Dia & Volkswagen?" Tanya aku dalam hati.

Tak sangka plak AD&V ade koleksi macam ni… Siap ade volume 1 &2 lagi… Volume 3 takde ke? Belum terbit lagi kot… Aku ingat cerita AD&V ni ade kat majalah Ujang je… Rupenye ade gak buat koleksi macam kartunis Bawang dengan karya ‘Selangkah Ke Alam Misteri’nye… Hmm… Tengok harga… RM7.00… Mahal sebab dia jual dua-dua sekali dalam satu plastic, siap dapat free VCD Ujang lagi… Aku check fulus dalam purse… Cukup-cukup je duit aku… Cayalah! Ni peluang yang susah aku nak dapat, kena beli jugak nih! Tak jumpe Detektif Conan, AD&V pun bolehlah… Hehehe….

Sebenarnye aku dah lama tunggu kalau-kalau UBI ade buat koleksi camni… Aku peminat setia beliau… Suke dengan style dia lukis kartun. Kemas dan comel je watak-watak yang dia cipta. Macam siri AD&V dan IN, cukup buat aku rasa kagum dan minat dengan bakat yang dia ada. Tu baru bab lukisan… Cerita yang dia cuba sampaikan penuh pengajaran dan jugak unsur-unsur humor yang boleh diterima dek akal. Macam real je cerita yang dia karang, dekat sangat dengan jiwa aku…

Apa yang sangat menarik perhatian aku dalam koleksi AD&V ni ialah pada muka surat yang pertama sekali dalam Volume 1… Ade bait-bait puisi yang mengusik jiwa aku… Bahasa yang mudah dan sangat realistic…


Di dalam sebuah kehidupan

Kadang-kala terjadinya perkara-perkara yang menyusahkan

Mengganggu jiwa dan emosi

Dan apa dibuat semuanya tidak kena

Alangkah indahnya

Sekiranya ada seseorang yang membolehkan

Kita lupa akan perkara-perkara tersebut

Walau dengan hanya melihat wajahnya

Dan sesungguhnya, aku telah jumpa ‘seseorang’ itu…


Aku rasa aku paham apa yang cuba Ubi sampaikan… Dan aku rasa kalau ade yang pernah baca bait-bait puisi ni setuju dengan maksudnya… Benda yang dialami setiap orang yang bercinta. Kononnye, semua indah-indah belaka… Hanya ada ‘seseorang’ je yang boleh buat kita rasa happy, yang boleh buat kita lupa seketika dengan masalah yang kita hadapi… Hanya orang itu yang kita akan terfikirkan tatkala kita mempunyai kesulitan dalam hidup disamping yang Maha Esa… Dengan melihat wajah orang itu, kita boleh tersenyum… Sedangkan sebelum tu dahi berkerut memikirkan masalah, macam ‘kucing mati anak’…

Tapi sampai sekarang aku belum lagi rasa keadaan macam tu… Sebab aku masih single… Huhu… Setakat suke gitu-gitu tu ade la jugak, tapi tak pernah terfikir untuk ada yang lebih special. Kalau kawan, ok… Aku no problem. Lagipun, aku belum terfikir nak ada komitmen dan jugak nak ada orang jaga aku untuk masa sekarang. Aku masih lagi ingin berada dalam ‘mode’ bebas dan berdikari. Masih belum sedia untuk merasa pahit manis orang bercinta. Huhuhu… Jiwa keras konon! Jual mahal plak!

Kekadang aku bila kawan-kawan aku bercinta, pening kepala gak aku tengok. Sikit-sikit gaduh, sikit merajuk, sikit-sikit menangis… Kalau macam tulah ragamnya orang bercinta, baik tak payah bercinta. Sakit hati je… Aku syak diorang ni selalu kena dera dengan pakwe-pakwe diorang… Huhuhu… Mungkin sebab tulah aku rasa fobia kot… Lagi satu, aku memilih sikit… Hehehe…

"Kau tu, jual mahal… Memilih sangat, kang tak laku… Baru tau!" Kawan aku pernah cakap macam ni kat aku…

Jual mahal? Tak laku? Hahaha… Ketawa je yang aku mampu buat. Orang yang tak ada masa depan je yang takut diorang tak laku… Huhuhu… Bagi aku, tak salah untuk aku memilih sapa yang berhak dapat tempat yang special dalam hati aku. Kita yang pompuan ni, mestilah nak seseorang yang baik untuk kita… Yang kita rasa yakin dia boleh jaga kita, yang beriman, yang mencintai kita sepenuh hati, dan takkan pandang orang lain selain kita kerana dia dah bersyukur kerana kita ada disamping dia… Takkan nak main sambar je? Kot-kot tersalah sambar, dapat yang kaki pukul, kaki disko dan lain-lain… Tak ke naya tu? Huishh, simpang malaikat 44! Yep, jodoh kita dah ditentukan… Tapi kita jugak ada pilihan, samada kita nak yang baik atau sebaliknya…

Terus terang aku cakap, sekarang aku ada suka kat seseorang kat SMKSA ni… Tapi aku tak sure, adakah dia ni jodoh aku? Adakah dia boleh mencintai aku sepenuh hati? Aku tak pasti… Tak pasti, bermakna aku tak yakin… Jadi perlu ke aku menunggu orang macam ni? tepuk dada tanya iman…

—————————————————————————-

Universiti, 2008…

Aku sambung belajar kat Universiti ni, amik diploma dalam bidang Seni Reka Grafik Digital… Kat sini aku ada ramai kawan-kawan baru yang sama bidang dengan aku, dan ramai jugak kawan-kawan dari bidang lain, seperti MLT, Biotech, MassCom dan yang amik bidang Fisio… Jadi, macam-macam jenis oranglah yang aku jumpa… Ade yang pelik-pelik, ade yang lawak-lawak, ade yang poyo-poyo, ade yang skema-skema… hahaha… Aku ni agak-agak dalam kategori mane eh? Kesemua di atas kot… hahaha…

"Kat Universiti tu, takde ke yang kiut-kiut, yang hensem-hensem…" Ade kawan aku tanya camni…

"Ade… Kat dalam kelas aku tu ade yang kiut-kiut…" Kata aku slumber.

"Takde ke yang ko suke?"

"Hmm… Ade… Tapi takde yang layak jadi laki aku… Hahaha…"

"Amboi-amboi… suke hati ko je…"

"Laa… betula… Sebab aku kenal diorang tu camne… Lagipun, aku tak minat nak mencari-cari ni… Buang masa je… Yang penting nawaitu aku kat Unisel ni… Ape tujuan asal aku…"

Memang… Memang ade ramai yang nampak cantik pada luaran… Tapi, bile tengok kat dalam… Hampagas! Habuk pun xde… Huhuhu… Yang member aku pun satu hal, dia ingat aku ni macam dia ke? Suka ushar-ushar orang… So not me! Huhuhu… Aku tak suke buang masa… Please jangan samakan aku dengan orang lain… Kalau ye pun aku ade suka kat orang, itupun bukan sebab aku ushar, tapi orang tu yang ushar aku dulu… Yang approach aku dulu… Sebab aku tak reti nak mulakan sesuatu hubungan… dan sekali lagi:

"Aku rasa aku tak boleh bersama dia… Aku tak layak untuk dia… Dan dia tak layak untuk aku…" Hati aku dengan kuat mengatakan aku tak yakin… Instinct aku kata ‘TIDAK’… Aku lebih suke ikut kata hati… Instinct yang banyak menyedarkan aku sebenarnya…

——————————————————————————————-

Tahun 2009, Universiti, Semester 5, Shah Alam, Kini….

Pada suatu hari, pada akhir bulan Januari… Aku menerima message dari seseorang yang tak aku kenali melalui Friendster… Aku ni spesies yang tak akan layan message ntah pape kat inbox aku tu… Kalau setakat message : "hai awk… Leh kenal?" atau "Awk ni cute la… nak kwn dgn awk boleh tak?" atau "Saye nak kenal dgn awk boleh x? Nak nombor phone…" …. Terus aku delete. Kalau boleh buang dalam tong sampah, memang aku dah buang dah. Tak pun bakar je… Huhuhu… kejamnyelah…

Tapi message kali ni sangat menarik perhatian aku…

"Hi…
You’ve been in my friend’s list for quite a while. That’s weird as I don’t add people often. Do I know you? You do look very familiar though. Try check out my profile and see if you agree.
Either way, take care, and I really hope we can get to know each other. But, only, and only if it’s fine with you.
Wish you the best in whatever it is you’re pursuing."

Terharu aku bile membaca tulisan dari tuan punya message ni… Jujur je… Panjang plak tu… Inilah message yang paling ikhlas pernah aku dapat… Message ni membuatkan instinct aku cakap… "Balas la Mar… "

Salam…
owh, really? I didn’t notice that u’re in my fren’s list… hahaha… and i didn’t add people often as well… i think it might b u da one who added me… i guess…
Plz do keep in touch…

Aku hantar. Selepas itu aku bukak profile dia… Sape ni? Syed Farhan… Ha? Budak Johor? Hmmm… Entahlah, mungkin dia penah add ke… Aku approve… Entah…

Keesokan harinya aku dapat balasan dari kenalan baru aku tu…

Hoho. Are you sure? Honestly, I don’t think I added you, not that I remember of. I never added anyone, especially recently lah. Try recall. Hehe.
But it’s ok, nothing wrong with that at all, that’s why people join Friendster, right? Hehe. Hmm, what shall I call you? My name is Syed Farhan. You can call me, hmm, whatever you want to call me lah, hehe, I don’t mind.
Take care.

Aku dah baca… Tapi message kali ni kurang senang bagi aku… Terus terang cakap, aku tak tau bile aku ada add orang yang aku tak kenal… Budak UTP… Orang Johor plak… Setahu akulah, aku takde pun kawan dari Johor… Sejak aku kenal Amer dan Afif yakni classmate aku… Pastu, kalau aku ada add orang pun sebab orang tu pernah jadi kawan aku, pernah sama sekolah mase sekolah rendah atau sekolah menengah dan pernah membesar bersama-sama aku kat PJ ni, atau pun aku add artis-artis Jepun favourite aku… Jadi, apa alasan aku nak add dia kali ni? Entah….. Hmmm…

Sejak haritu aku terus contact Syed Farhan, atas keinginan instinct aku… Tak taulah kenapa… Macam ada daya tarikan… Macam magnet kutub utara & kutub selatan tu… lebih kuranglah… Medium kami untuk berhubung pada mulanya ialah Friendster & YM…

Kemudian, medium perhubungan berlanjutan ke arah Hotlink…. telefon…


* * *


Pada suatu pagi, aku online kat YM… James, rakan sekolah menengah tegur aku… Aku terkejut… Lamanya tak contact Mr J sejak tinggalkan sekolah tu… Jarang kami berhubung… Selalu aku hantar SMS kat dia pun sebab benda-benda yang tertentu je. Macam Birthday ke, Christmast ke, Hari raya pun aku ade wish dia… Hahaha… Dialah satu-satunya kawan aku yang menggelarkan aku sebagai Miss M… Hahah… Macamane ntah dia boleh terfikir nak panggil macam tu…

MArwani: I’ve class at 5
MR J: oh i see
MR J: phew
MR J: tot u;re having class and u’re chatting with me
MR J: O_O
Marwani: no..
MR J: lega skit ^^
Marwani: how can i
Marwani: gile
Marwani: haha
MR J: haha if u come to my college, u can see lots of students doing the same thing =P
MR J: chatting, fb-ing while lec is lecturing
MR J: lol
Marwani: hahha
Marwani: well, to be honest
Marwani: pnh gak
Marwani: tp bile class tak start lg
Marwani: hehe
MR J: lol tu dah lain crita :P MR J: i mean during class o ^^
Marwani: owh..
Marwani: hehe
Marwani: well, im nerd..
Marwani: hahha
Marwani: joke2
MR J: nerd ? well if u are then i can add one more word
MR J: :P MR J: beautiful nerd
MR J: hehehe
Marwani: aahh…
Marwani: no way
MR J: kidding xD
MR J: I’m curious, how come u didnt get bf yet ? =X
MR J: sorry
MR J: i mean u’re pretty and hav good personality
MR J: u rejects them

Marwani: there’s a barrier around me..
Marwani: hehe
MR J: barrier ?
Marwani: ya..
MR J: oh study first ya ?
MR J: =D
MASH: hmm..
Marwani: yep
Marwani: sbb xnak ade commitment lain
Marwani: hehe
MR J: lol understand =D i salute u :P MR J: *tabik hormat 100%*
Marwani: hehe
MR J: u’ll be a successful person once u graduated
MR J: ;)
Marwani: hehe
Marwani: thanks
Marwani: hey… nk pegi beli lunch
MR J: oh I think i got to go now
Marwani: nnti i’ll be back
MR J: aisk same
MR J: xD
Marwani: ok
Marwani: then
Marwani: nice chatting with u

"I’m curious, how come u didnt get bf yet ? =X …. I mean u’re pretty and have good personality"

Even so, I have that kind of criteria, it doesn’t mean anything to me… There is no way I’d have a boyfriend as I don’t feel like having it for now… I know, someday… I will find someone, or maybe there is one special person who I really care and love… And he loves me…

Apa yang penting, aku rasa yakin bahawa seseorang itu mampu buat aku bahagia dan aku juga akan membahagiakan dia, kerana aku ikhlas menyanyangi dia sepenuh hati dan akan mencintai dia lebih daripada dia mencintai aku… Jadi, untuk apa aku harus rasa resah bila aku masih tak jumpa seseorang itu… Allah tu kan Maha Adil… Mungkin aku belum jumpa sekarang… Tapi akan datang, siape tahu?


* * *


"Dia seorang motivator yang baik… Bila aku ade problem, dia sanggup bantu aku dengan bersunguh-sungguh sampailah aku rasa aku dapat buat sesuatu keputusan secara sendiri. Fikiran dia sangat matang, sedangkan dia baru 22 tahun. Abang aku yang tua daripada dia pun belum tentu sematang dia…(Ops, sorry bro!). Dia baik sangat. Tak merokok, tak suka bersosial, dan bersikap tenang. Dia jujur bila bercakap dan ikhlas melakukan sesuatu perkara. Sangat positif dalam segala hal dan berfikiran terbuka. Dia jugak seorang yang sensitif yang menyenangkan. Dia takde ego sepertimana lelaki lain. Dan juga seorang yang sangat menghormati perempuan. Pertuturannya sangat ‘gentleman’ bak kata orang. Dia jugak seorang yang kelakar, boleh buat aku ketawa terbahak-bahak…"

"Ko cakap pasal sape ni?"

"Hmm??"

"Yang ko bebelkan tu…"

"Aku tengah bercakap pasal seseorang yang aku belum pernah jumpe… Masih dalam khayalan aku…"

"Siapa?"

"Syed Farhan,"

"Hah?"

Aku baring-baring atas katil… Sambil berkomunikasi dengan ‘hati’ aku… Aku memang camni… Suke duduk dalam bilik sorang-sorang kat PJ ni… Jadi sape lagi yang jadi peneman aku pada kala ini? Semestinya diri aku sendiri. Hehehe… Aku tak reti nak cerita semua benda dengan orang lain… Bagitau sikit-sikit bolehlah… Itupun bile ada orang tanye… Yang selebihnya aku suka simpan sendiri…

Aku sedang berkawan dengan seseorang melalui Friendster… Perkara yang pelik bagi aku, sebab aku tak pernah kekal berhubung dengan seseorang yang belum tentu aku boleh jumpe… Aku kurang percaya persahabatan alam ‘maya’ ni… Selalunya takkan kekal… Kalau nak menjalinkan hubungan serius dengan orang kat dalam ‘tenet’ ni, lagilah aku tak percaya… huhuhu…

"Tapi kenapa Syed Farhan ni berbeza dari orang-orang lain yang nak kenal dengan aku? Kenapa ada pengecualian kat dia? Apa best sangat ke dia tu?" Ni Akal aku yang cakap…

"Mungkin dia ni lain kot… Entahlah, aku pun pelik tengok Mar ni… Sewel ke ape minah ni? Makin lama makin tak paham aku dengan dia ni lah…" Hati aku pulak yang membebel.

"Korang nak tau ke?" Tanya aku yang bernama Marwani. Mar pun boleh… huhuh..

"Nak-nak… Kalau ko tak kisah la…" Akal aku nak sangat tau. Busy body! Hati aku setakat angguk-angguk kepala je tanda nak jugak busy body… Huhu…

"Sebab dia tak macam lelaki lain. Simple… Full stop!"

"……" Akal dan hati aku pandang sesama sendiri. Masing-masing angkat kening sama bahu… Confuse barangkali. Lantak diorang! hahaha…

* * *

Hari ni ialah kelas terakhir untuk kelas Reproduction Graphic Design yang diajar oleh Miss Irin… Kelas terakhir bermakna ade PRESENTATION!!!!! Aaaaahhhh…. Gile lah… Walaupun segala kelengkapan bahan-bahan untuk presentation telah disediakan, tapi aku masih ade rasa kelam-kabut. Cuak, menggelabah, berdebar, gile, sewel… Semua ade kat aku sekarang…. Tidakkkkk…!! Huhuhu…

Kelam-kabut aku mase datang kelas tadi. Aku datang sorang-sorang, sebab Farah dengan Nisa masih sibuk kat kedai printing… Keje diorang belum siap. Tu pun nasib baik aku gerak dulu, kalau tak memang lagi bertambah tension aku… Nak-nak pulak aku ialah orang pertama yang kena present… Bertambah gelabahlah aku time tu… Nasib aku memang tak baik mase ni… Rasa macam nak lari balik umah je… huhuhu…

As a result, aku punya presentation teruk sangat… Dan aku rasa down sangat. Sebab aku tengok artwork-artwork classmate aku semua gempak-gempak… Nak tunjuk kat orang pun tak rasa malu… Aku? Hmmm…. Entahlah… Tatkala ni aku rasa benci dengan diri aku sendiri… Kecewa… Memang down habislah… Kalau bangunan Unisel tu ade 5 tingkat, aku rasa aku dah berada kat 10 kaki dalam bawah tanah… Hmmm…

"Ok, Mar… Terima kasih, awak boleh duduk." Ucap Miss Irin. "Next…."

Aku berjalan lemah macam zombi Kampung Pisang menuju ke tempat duduk aku… Sedihnya, hanya tuhan je yang tau… Walaupun Miss Irin tak marah atau tak kondem habis-habisan artwork aku tu(kondem sikit-sikit tu ade la…), tapi aku masih rasa sedih yang teramat…

Selepas itu aku melabuhkan diri kat tempat duduk aku, sambil melayan perasaan… Tangan aku mencapai Sony Ericsson W700i, yakni handphone pemberian Abang Helmi, dan merenung benda alah tu. Tatkala ini aku mengharapkan ada seseorang yang boleh menghiburkan aku, boleh buat aku bersemangat…

"Kalau ada Syed Farhan, mesti dia boleh tolong ko… Kan?" Hati aku cuba memujuk.

"Farhan… Ye…" Aku pun tak tau kenapa nama tu boleh muncul kat benak… Tak tau kenapa aku boleh terfikirkan dia pada saat ini. Aku rasa aku sangat perlukan dia masa ni… Tapi macamane? Takkan aku nak call dia sekarang? Gile… Kelas belum abis…

Lepas je abis kelas, aku terus balik… Classmate aku ajak lepak kat cafe… Jangan harap aku nak join diorang… Mood tengah tak baik ni…

Malam tu, tanpa disuruh, orang yang paling aku harapkan dan perlukan menelefon aku… Semacam paham dengan situasi aku mase tu… Dan dengan rela hati aku berkongsi duka aku dengan dia… Farhan…

Betul ke ni? Kenapa aku rasa lain macam? Tak pernah aku rasa macam ni… Perasaan yang aneh… Peliknya… Ape maksudnye semua ni? Adekah cinta? Tak kan cinta kot?

Tetibe ade sesuatu muncul dalam kotak fikiran aku… Sesuatu yang tak disangka-sangka akan muncul…


Di dalam sebuah kehidupan

Kadang-kala terjadinya perkara-perkara yang menyusahkan

Mengganggu jiwa dan emosi

Dan apa dibuat semuanya tidak kena

Alangkah indahnya

Sekiranya ada seseorang yang membolehkan

Kita lupa akan perkara-perkara tersebut

Walau dengan hanya melihat wajahnya

Dan sesungguhnya, aku telah jumpa ‘seseorang’ itu…



Rupa-rupanya… ini…. Hahahahahahaha…


* * *


Suatu malam, aku ada chatting dengan Farhan kat YM….

Kuroneko_art = Mar , Syfarisk = Farhan

syfarisk: hmm…
syfarisk: awk bkk friendster x skrg…
kuroneko_art: tak…
kuroneko_art: kenape?
syfarisk: oooh
syfarisk: sbb ade kwn sy ni…
syfarisk: pompuan…name dia N
syfarisk: x rpt dgn dia pn…
syfarisk: bf nye…
syfarisk: kwn baik sy…
syfarisk: sbnrnye cmni
syfarisk: dia ni la…yg byk tlg sy…..ms sy nk knl2 dgn awk dlu
syfarisk: N dan T
syfarisk: n then sket2 from my cousin, B
syfarisk: n then…N tu…td dia pm sy…
syfarisk: dia ckp..’ko nk tau x ape ak bwt skrg?’
syfarisk: so sy ckp…’ape dia?’
syfarisk: dia ckp…’dia tgh bace blog awk’
syfarisk: dn dia ckp…sy untung sgt2 dpt gf cm awk…
syfarisk: dia sgt2 tersentuh dgn blog awk…
syfarisk: dia ckp…dia jenis yg malas bace blog…
syfarisk: tp blog awk…dia bace…
kuroneko_art: :">
syfarisk: sbnrnye td….sy add dia kt fs…1st time sy add org…
syfarisk: sbb sy nk comment kt profile dia…nk ckp tq
syfarisk: sbb bg nasihat pe sume
syfarisk: n then…dia msk profile sy…dia nmpk la awk nye comments kt profile sy
syfarisk: so dia click…tngk2 profile awk…
syfarisk: n then dia bace blog awk…
syfarisk: xtau knp dia begitu interested psl awk…
syfarisk: sy suro dia accept sy kt fs jk…
syfarisk: dia yg gatal click on awk nye profile…siap g kt blog pe sume…
syfarisk: dia tgh online skrg…td kami ade chat sket2…
kuroneko_art: oh..
kuroneko_art: malulah..
syfarisk: psl awk la…
syfarisk: dia tny sy…cmne dgn awk pe sume…
syfarisk: so sy cte la kt dia…psl knp sy ske kt awk…dn sbgnye
syfarisk: dia ckp…’ptt la ko ske kt dia, dia ni unik sket, sebijik cm ko’
kuroneko_art: hahaha\\
kuroneko_art: malu la..
syfarisk: hehehe
kuroneko_art: adui…
kuroneko_art: goosebumps
kuroneko_art: haha
kuroneko_art: malu…
syfarisk: sy x rpt pn dgn dia ni….prnh jmp skali jk
syfarisk: 3 years ago…
syfarisk: tu pn, sbb time tu sy bwt bisnes jual tiket bas blk cuti
syfarisk: dia bli tiket dr sy…
syfarisk: tp sy knl dia…sbb bf dia kwn sy….bdk skudai
syfarisk: n then…sy ade contact dia kt gtalk la…
syfarisk: jrg cntct pn
kuroneko_art: ooo
syfarisk: cume mase sem ni…
syfarisk: byk cntct dia…
syfarisk: sbb byk mntk tlg dr dia…
syfarisk: ms knl2 awk…
kuroneko_art: ohhh
kuroneko_art: ramai nye yg tlg awk
kuroneko_art: huhuhu
kuroneko_art: sy xde pon…:(
kuroneko_art: huhu
syfarisk: sbb awk x prlu bwt ape2
syfarisk: sy yg approach awk
kuroneko_art: hahaha
kuroneko_art: tau…
kuroneko_art: saje je..
kuroneko_art: hehe
syfarisk: sy prlukn pendapat org len
syfarisk: dn itu jgk sbb knp sy x putus asa dgn awk
syfarisk: klw sy sorg2…maybe yes…
syfarisk: N dn B byk bg opinion…from girls’ point of view
syfarisk: T frm guy’s point of view
kuroneko_art: oh..
kuroneko_art: mcm2 cerita rupenye disebalik sume ni..
kuroneko_art: hehehe
syfarisk: yep…
syfarisk: sy doing my best
syfarisk: utk be transparent as possible dgn awk
syfarisk: so tht awk sentiase tau bnde yg sbnr
syfarisk: psl sy
kuroneko_art: :)
syfarisk: Mar….
kuroneko_art: yes..
syfarisk: when’s your birthday?
kuroneko_art: heheh
kuroneko_art: guess
syfarisk: hmm…
syfarisk: virgo eh
syfarisk: september?
kuroneko_art: yep
syfarisk: hmm…
syfarisk: 18?
kuroneko_art: eh..
kuroneko_art: betul la!
syfarisk: serious??
kuroneko_art: camne tau ni?
syfarisk: sy ckp 18 sbb awk ckp love you 18
kuroneko_art: laaa
kuroneko_art: igt da lupe
kuroneko_art: hehehe
syfarisk: btl ke ni???
kuroneko_art: ye la..
kuroneko_art: betul la tu
syfarisk: 18 september 1989?
kuroneko_art: yep
kuroneko_art: correct
syfarisk: oooh
syfarisk: ok2
kuroneko_art: cantik kn nombor?
kuroneko_art: hahah
syfarisk: nombor tu cantik…
kuroneko_art: byk nombor 8 dgn 0
syfarisk: tp sy rs…awk lg cantik
kuroneko_art: 9
syfarisk: hehehe
kuroneko_art: hohoho
kuroneko_art: yea rite..
syfarisk: hehe
syfarisk: ye la syg….
kuroneko_art: heheh
kuroneko_art: :">
syfarisk: tgh bwt pe tu…
kuroneko_art: hehe
kuroneko_art: bkk friendster
kuroneko_art: :)
syfarisk: awk nmpk x N….
kuroneko_art: oh
kuroneko_art: jap2
kuroneko_art: ermm
kuroneko_art: xde..
syfarisk: N
syfarisk: msti dia ade view awk kn
kuroneko_art: xde
syfarisk: ooh…ok2
syfarisk: xpe
syfarisk: tp dia suke gile kt awk
kuroneko_art: suke gile?
syfarisk: haah
syfarisk: mksdnye…interested nk tau psl awk
syfarisk: dia ddk shah alam
kuroneko_art: ohh?
syfarisk: yg sy tny bday awk tu…
syfarisk: dia yg tny sy td
syfarisk: sbb dia nk tngk…bday awk…same x dgn bday dia…
kuroneko_art: hahaha
kuroneko_art: so?
syfarisk: x same
kuroneko_art: same x?
syfarisk: hehe
syfarisk: tp dia virgo gk
kuroneko_art: oh
kuroneko_art: august atau sept?
syfarisk: august
syfarisk: tp dia ckp…
syfarisk: ‘ptt la ko ske kt dia…’
syfarisk: ’sbb ko ni farhan, sgt pelik, lain dr yg lain’
syfarisk: ‘Mar ni pn lain dr yg lain gk’
syfarisk: hehehe
kuroneko_art: hehehe
syfarisk: btl aa ape dia ckp tu…
kuroneko_art: malunye lah…
syfarisk: it’s all about your blog Mar…pd sy…isi blog awk tu
syfarisk: mmg sgt kuat
syfarisk: tngk…dia baru bace skali…dia dh ske kt awk
syfarisk: dn interested nk knl dgn awk
syfarisk: padahal sy suro dia accept sy kt fs jk
syfarisk: sbb sy nk comment…
syfarisk: tp dia g luangkan mase yg byk utk bace blog awk
kuroneko_art: :)
kuroneko_art: hepinye…
kuroneko_art: ade gak yg nk bace blog saye
kuroneko_art: hehe
syfarisk: ape yg sy nk smpikn adalah….
syfarisk: awk kne caye….yg sy tertarik dgn awk….bile bace blog awk
syfarisk: dn bkn sbb sy tngk gamba awk jk….tertarik dgn rupe shj
syfarisk: bkn, sy tertarik dgn diri awk…dn itu sy dpt tau…melalui blog awk
syfarisk: dn buktinye adalah…kwn sy pn dh ske kt awk…sume sbb blog tu
syfarisk: dia ckp dia plg ske…entry psl awk dn Kak Liya
kuroneko_art: hehe
kuroneko_art: oh?
kuroneko_art: alamak
kuroneko_art: malunye
kuroneko_art: sedih la part tu
syfarisk: sgt dalam isi nye…hehe
syfarisk: dia ckp
syfarisk: sy sgt untung dpt awk…
syfarisk: selama ni awk fikir yg awk untung dpt sy….
syfarisk: tp…sy rs…sy lbh untung dpt awk…
syfarisk: i might be 1 in a million….
syfarisk: bt u r 1 in a billion
kuroneko_art: :">
kuroneko_art: hmm..
kuroneko_art: thanks
syfarisk: dn sy sgt bersyukur….
kuroneko_art: hehe
syfarisk: dpt bertemu dgn awk…dn bina hubungan cmni dgn awk
kuroneko_art: ;)
kuroneko_art: sy pun same Farhan…
syfarisk: Alhamdulillah…
kuroneko_art: susah nk gambarkan
kuroneko_art: yep..
kuroneko_art: Syukur, Alhamdulillah
syfarisk: i love you so much….
syfarisk: sentiasa berdoa dpt bersama dgn awk smpi ke akhir hayat….
kuroneko_art: Love you too..
kuroneko_art: yep, mudah-mudahan…
kuroneko_art: Aminn…

Yep… Aku dah menerima Farhan sebagai seseorang yang istimewa dalam hidup aku sejak akhir Mac 2009… Sekali lagi, benda yang aku tak sangka akan berlaku… Bertemu di alam ‘maya’, berkawan dan seterusnya bercinta…. Ajaib kan? Kontra sangat dengan prinsip aku yang dulu-dulu tu… Sejak aku kenal dia, banyak sangat benda yang berubah… Benda yang baik-baik… Yang boleh aku pertimbangkan…

Yang peliknya, disebabkan profile dan blog aku kat Friendster, macam-macam benda yang terjadi kat aku dalam tahun ni… Aku rasa macam pelik… Bila aku fikirkan tujuan asal aku buat blog ni semula… Bukanlah sebab untuk nak dipertontonkan… dan bukan untuk berlagak yang aku ade blog… Atau bukan nak menarik perhatian orang dan jugak bukan nak buat orang jatuh cinta dengan aku… Blog ni sebagai medium untuk meluahkan perasaan… Memberi pendapat, dan berkomunikasi dengan diri aku sendiri… Tiada niat lain… Tapi, tak sangka dengan blog dan profile ni, aku telah bertemu dengan seseorang yang aku sayang dan cinta sangat-sangat… Dan Orang tu jugak sayang aku dan terima aku seadanya…

Aku telah merasai keajaiban dan magic sejak aku join Friendster. Dari aku bertemu dengan orang yang aku kagum iaitu Ubi, Jumpe semula kawan lama masa sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah, merapatkan silaturrahim… dan sekarang aku jumpe dengan Syed Farhan… Orang yang paling penting dalam hidup aku… Dan kali ni tak tau kenapa instinct aku kuat mengatakan yang dia untuk aku… Instinct lagi! (Nape dulu aku tak pernah rasa macam ni?) Yep, aku dengan ikhlasnye cakap yang aku ingin bersama dia sampai bile-bile…

38 ulasan:

  1. bosan sangat.............
    merepek pun ada gak

    BalasPadam
  2. tensen aku baca ym tuh ..
    tensen

    BalasPadam
  3. boleh buat darah org naik...

    BalasPadam
  4. x besh la..

    BalasPadam
  5. hmm..
    meskipun ramai yang mengatakan BOSAN,
    tp, still ada perkara yg agak best-.-
    -o- xde sesapa yg perasan ke, yg penulis tu agak kreatif?
    ya!
    memang byk dialog yg*****
    tp. jalan cerita dia tu, agak unik..
    jarang penulis yang buat dialog dalaman..

    saya beri 3 bintang daripada 5 bintang

    p/s; tingkatkan usaha!

    BalasPadam
  6. hmm..wlpun crita dier agk mmberatkn kpla otak sbb kna bc ym tuh tp 1 things dat i realize ialah u cm i gak..sbjik..mmg i ssh trima guyz..but now i hve found my 'seseorng'.nice feelin when smbody hve same thought like me..tq..but nnti wt crite lg elok k..hehe..peace..


    ~miss fishi~

    BalasPadam
  7. hello there,,

    wpon org laen akan kate bosan but for me sye suke!!sbb crite nih sangaatttt same dgn sye,,we met thru friendster,,chat using ym,,and sye approve die menjd bf sblom kami jumpe face-to-face,,i have my instinct that he's the one for me,,so,,congratz utk awk,,sbb buat sye terkenang blk kenangan setahun lebeyh yg lepas,,heheheh~ :))))))))


    *keep up ur work,babe~*

    BalasPadam
  8. dialog patot dikurangkan..jalan cerita dah bagus
    keep up the gud work.

    BalasPadam
  9. hahaah!
    cerpen boring gile part yg ym tuh
    memule da ok kot?

    BalasPadam
  10. yp nape sye rse cite ni menrk eaaa???
    best laaaa
    A.1

    BalasPadam
  11. best la...huhuhu...xsangka letak kisah benar akk kat cni ek??hahaha..kantoi..

    -syasya-

    BalasPadam
  12. katak a.k.a kingkong31/10/09 9:20 PTG

    heheheeh....mcm cita ak ja...
    ak pon xreti r nak bntuk hbngn cinta ni..
    susah sngt bg ak...
    tpi ak temui seseowng 2 kat skype...(cam ayat skima la plak)
    pas 2 kmi cintan cinton...
    dah nak dekat 2 thn dah...tpi yg bes nye kan kami xpenah jumpak ag...hohoho mntak2 la hbngn kmi ni smpei ke jnjng plamin...amin...

    BalasPadam
  13. agak best la..
    mmg penin skit...
    pasal blog pe sume tuh.. taktau kan ape isi nye..
    cite die nih..hehhe
    same wit me lah...
    sms jek.. tapi kekal 2tahun dah.. so.. ape2 pun leh jadik ngn cinta..heeee

    BalasPadam
  14. boleh thn...tp yg bhgian ym tu,rasa geram sket nk baca...

    BalasPadam
  15. huhuh...pnjgye ym ye..pnt nk bce...
    ni cm ksh sndrk jew...

    BalasPadam
  16. Bikin karya cerpen yang spetakuler agar lebih komplit buat anak2 gererasi penerus.

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama24/1/10 4:59 PG

    mngarut je citer lu nie..

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama4/5/10 11:58 PG

    bosan pun ader best pun ader yg bosan nyer kat ym tue yang menariknyer jalan citter

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama12/5/10 1:55 PG

    okla..
    jln cerita yg menarik..
    n bhs yg kreatif..
    keep it up:)

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama12/5/10 2:00 PG

    tp rsenye part ym 2 yg best..
    yg cte bosan gak..

    BalasPadam
  21. fRuStEd GuRL!!!!!!!!!!!!!!!!2/6/10 12:38 PTG

    ala!!!!xde mkne nye p'cintaan alam maya nie...aq dah pena rase...lelaki tue konfem jez nak main2..aq dah pena rase larh...ending pmpuan gak yg nangis...huhu

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama28/7/10 2:29 PG

    sme mc sy temu dgn kekasih sy... asal nye dri friendster jgk... alhamdulillah skrg ni kami dah pun berkawen...
    thumbs up utk penulis... i like it... :)

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama1/8/10 1:48 PG

    the story juz too long 4 a cerpen.....
    it also require otak yg CPU dier kuat, if not awal2 can give up... i give at the last chat. too long and not necessary

    BalasPadam
  24. best sgt2..terbaik cite nie..bhagia je bl bce.. :)

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama12/8/10 8:27 PG

    YM tu terlalu detail.bila dah panjang berjela mcm tu, buat org boring tahap dewa

    BalasPadam
  26. PENIG KEPALA
    AKU BUKAK JE BLOG NIE INGAT NAK BACE CITE YG BEST TENGOK2 HAMPEH TERBACE CITE NIE YANG LANSUNG TAK BESTTTTT
    AKU BENCI CITE NIE

    BalasPadam
  27. oklaahh...tp ak skip part ym tu.pnjng ngat...hehehehe:)

    BalasPadam
  28. dah banyak cerpenku bace tapi yg ni byk skip sebab meleret

    BalasPadam
  29. b0ringgggggggg...............

    BalasPadam
  30. best wpun byk ckp borg....bkn ny myusahkan sgt pun nak bce ym tu....sbb kte bce tgah borg, x kesah pun...he3...best lah die punye jln crite...yg plg best..kate2 dr majalah a,d & v...tu.....great job....n unik sbb ade monolog yg best...kte pun suke ckp sorg2 gak...ngn ati n akal...hu3....

    BalasPadam
  31. mende merepek2..ta paam akuh..

    BalasPadam
  32. klkr mse dye ckp sorg uh .
    ade ke akl n htie sling bpndgn .
    haha .kretif gak .bley thn idea .
    yg ym pnyer 2 borim ckit .pnjg sgt .
    anywy ,bez gak cter niem .
    ~afie

    BalasPadam
  33. i do expect more from this story..stail cite da cun, tp cm xbrapa nk ok sb wtak cm syok sndiri, xbrape nk mix ngan org..flat je cite ni..btw, bole laa..juz nice!

    BalasPadam
  34. salam...


    sama cam kisah cinta ak ngn hubby jugak...kitorang kenal melalui fs 7 tahun, lepas abis blajo bru jumpa...then kawen...skang anak dah nak masuk 5,kitorang bahagia walopon kenal dr alam maya.alhamdulillah. i hope writer pon bahagia:)...sweet story....5 stars!

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama4/1/13 8:28 PTG

    sorry to say saya x faham langsung apa yang awak cuba sampaikan..............

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan