Ahad, Oktober 11, 2009

Cerpen : Nur Alia Natasha

Nama Pena : sofi

1

"Saya rindukan dia, bang. Rindu sangat!" bisikan ibu membuat langkahku terhenti. Di sebalik almari, aku cuba menangkap dan mencerakin. Siapakah yang dirinduinya? Aku menyoal diri.

"Toksah merapu, Ara. Tak guna ingatkan dia. Tak guna rindukan budak tu! Dia dah tak anggap kita ni penting dalam hidupnya!" Suara keras ayah membalas.

"Tapi, bang. Dia anak kita. Dia..."

Kata-kata ibu terhenti bila ayah mendengus keras.

"Ara, memang kita pernah bela dia dari kecik sampai dia dewasa. Tapi, dia dah pilih jalan hidup dia. Cakap kita dia tak peduli lagi. Janganlah awak nak kenang-kenang semuanya. Nanti sakit dada awak tu datang balik. Lupakan dia!"

Perlahan-lahan aku melangkah semula ke ruang dapur. Aku tidak mahu ibu dan ayah mengetahui bahawa aku mendengar perbincangan mereka. Aku tidak mahu mereka melihat air mata ini. Aku tidak mahu mereka nampak rasa bersalah yang mungkin terpamer di wajahku.

Aku tahu siapa yang dirindui ibu. Tentu sahaja aku tahu! Tidak lain dan tidak bukan, dia ialah adik angkatku, Natasha.

Natasha, nama yang cantik untuk seorang gadis yang sangat jelita. Umurnya 23 tahun, muda dua tahun daripada diriku. Oh ya, lupa pula! Namaku Natalia, seorang juruhias dalaman.

Kisah aku dan Natasha bermula lama dulu. Bila? Bila ibu diisytiharkan oleh doktor bahawa dia tidak boleh lagi melahirkan. Jadi, ibu dan ayah nekad mengambil seorang anak angkat. Kata ibu, niatnya supaya aku ada teman sepermainan.

Dari kecil, aku cuba menyemai rasa sayangku padanya. Aku selalu beralah dengannya. Sebagai kakak, apa juga yang ibu belikan untukku, rela aku kongsi dengannya. Patung barbie, baju, kasut malah semuanya. Milikku adalah miliknya!

Aku sayang dia. Sayang, sungguh-sungguh sayang! Tidak pernah aku menganggap dia sebagai orang asing. Tidak pernah aku mengungkit asal keturunannya. Tidak pernah aku mempertikaikan kasih sayang ibu dan ayah yang sudah berpaling, yang lebih banyak dicurahkan kepadanya berbanding aku, anak kandung mereka ini. Aku biarkan sahaja! Demi kasihku padanya. Kasih seorang kakak!

Kalau sudah begitu, bagaimana kemelut ini terjadi? Mengapa tiba-tiba ibu merinduinya? Mengapa ayah seolah-olah terlalu marah kepada Natasha? Di mana Natasha?

-------------------------------
2

"Ibu, Nat ingat, kan... Nat tak nak buat parti hari jadi Nat tahun ni. Tarikh lahir Nat dekat sangat dengan exam. Malaslah nak sambut besar-besaran!" aku memberitahu hasratku. Masakan tidak, harijadiku selang sehari dengan hari pertama peperiksaan SPM. Paper BM pulak tu.

Ibu menurut kemahuanku tetapi malangnya, dalam masa sama ibu membenarkan Natasha membuat majlis besar-besaran seminggu kemudian. Natasha tidak langsung menghormati aku yang sedang kalut menghadapi peperiksaan.

"Ala, kak long ni.... Kalau bising sangat, kak long bubuh kapas dalam telinga tu. Tutup pintu rapat-rapat. Tapi, janganlah macam gini. Tak sporting dengan kawan-kawan Sha!" Marahnya bila aku meminta dia memperlahankan radio.

Aku mengalah lagi!

Natasha memang betul-betul cantik. Sikap ramahnya pula menyebabkan dia mempunyai ramai kawan. Tidak kira lelaki atau perempuan. Satu keistimewaannya, dia tidak pernah lupa memperkenalkan kawan-kawannya kepada ayah dan ibu. Berbeza dengan aku yang pendiam ini. Kawan perempuan boleh dibilang dengan jari. Kawan lelaki? Siapalah yang sudi padaku yang bertubuh kecil, berkulit hitam manis, agak gempal dan tidak pandai bergaya langsung!

Sebaik tamat belajar di kolej, Natasha berjaya menjadi seorang setiausaha. Memang sesuai benarlah pekerjaan itu dengan dirinya. Dan tentunya, dia semakin bergaya. Semakin bertuah kerana ayah menghadiahkannya sebuah kereta. Kereta myvi untuk dia berulang alik ke tempat kerja.

Aku tidak sedikitpun cemburu. Aku sendiri telah punya pekerjaaan. Dan aku telah ada keretaku yang boleh kubawa ke sana ke mari. Viva warna biru metalik kesayanganku!

Kadang-kadang hati terusik juga bila ibu melebih-lebihkan dirinya. Kecewa juga bila ayah memanjakan dirinya. Tapi aku pendamkan sahaja. Walau Tasha sering menunjuk-nunjuk padaku, aku diamkan. Tidak kuasa aku mengambil pot. Tidak kuasa aku hendak bersaing, kerana aku tahu aku pasti tewas!
--------------------

3

Satu hari, aku balik ke rumah untuk makan tengahari. Pejabatku dengan rumah memang dekat namun bukan selalu aku dapat pulang. Kerjaku terlalu banyak sehingga kadang-kadang waktu lunch berlalu begitu sahaja.

Sebaik melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah, terdengar suara orang berbual-bual di ruang tamu. Mataku bertembung dengan mata seseorang bila aku memandang ke sofa. Malah, aku dapat merasa tikaman renungannya terus-menerus tajam terhadapku walau setelah aku duduk di sisi ibu.

"Hello, kak Nat. Ni, Sha nak kenalkan, kawan Sha. Nama dia Amirul Luqman. Man ni arkitek kat pejabat Sha." Ramah Natasha memperkenalkan lelaki itu kepadaku. Namun tidak pula aku diperkenalkan kepadanya. Pelik pula rasanya.

Huluran tangannya tidak kusambut. Isyarat mataku kepadanya membuat dia mengangguk. Tanda dia memahami khilafnya.

Berada di situ membuat aku tidak betah duduk. Lelaki kacak bernama Amirul Luqman itu asyik merenungku. Bagaikan di situ hanya ada aku dan dirinya. Sesekali, bila ibu bertanyakan sesuatu kepadanya, dia akan berpaling dan menjawab soalan itu namun kemudian dia akan kembali merenungku. Terasa bagai ada yang koyak pada kainku! Terasa bagai ada comot di wajahku. Paling aku geram bila dia seolah-olah mengerti kegelisahanku. Dia bagaikan sengaja ingin menggodaku!

Rasa rendah diri terlalu menebal pada aku. Kerana itu, aku cuba membuang segala kemungkinan. Tidak mungkin! Itulah perkataan yang aku semai kuat di minda. Iyalah, siapa aku berbanding Tasha yang melentuk manja di sisinya? Siapa aku yang serba kekurangan ini untuk dipikat olehnya? Siapa?

Di meja makan, kami duduk bertentangan. Aku di hadapannya dan Tasha di sebelah dia. Satu keadaan yang langsung tidak menyelesakan!

"Kata Tasha, Nat ni seorang juruhias dalaman, ya. Boleh saya mintak tolong?" suara garaunya mengusik naluriku. Soalannya membuat aku merenungnya dalam. Tidak ku fahami apa mahunya?

"Saya perlukan seorang ‘freelance’ untuk buat dekorasi di sebuah rumah ni. Syarikat kami kesuntukan masa untuk membuat iklan dan macam-macam sebutharga tu. Kalau Nat sudi tolong saya, syarikat akan bayar dua kali ganda daripada apa yang Nat biasa dapat sebagai upah. Kalau Nat setuju, saya akan bawa hal ni kepada Lembaga Pengarah."

Ayat itu bukan meminta persetujuanku. Ayat itu sekadar memberitahu. Amirul Luqman memang sudah nekad mengambil aku bekerja dengannya. Rengekan Tasha supaya dia mencari orang lain tidak dipeduli.

"Hei, you ni, Tasha. You jugak yang cakap kakak you ni antara juruhias dalaman terhebat." Usiknya sambil mengerling ke arahku.

Tasha menarik muka masam. "Tapi..."

"Bagilah I peluang nak bekerjasama dengan kakak you ni. Mana tahu kut-kut gandingan kami ni nanti jadi ‘mantop?’ Kan, Nat?"

Ibu yang selama ini menjadi pemerhati turut tersenyum.

----------------------

4

"Kak long pergi mana dengan Luqman tadi?" belum sempat aku duduk, Natasha sudah menyoalku. Lagaknya betul-betul seperti seorang pendakwa raya.

"Kami pergi makan, Sha. Balik dari Villa Qaseh, perut rasa lapar. Itu yang kami singgah di KLCC, tu." Aku menjawab lurus.

Muka Tasha masam kelat. Bagai buah belinjau. "Kak long banyak sangat habiskan masa dengan Man. Sha tak suka." Marahnya padaku.

Isk! Cakaplah dengan si Luqman tu. Kenapa lepaskan kemarahan pada aku? Ini, mujur baik aku tolak pelawaannya untuk menghantar aku balik ke rumah. Kalau tidak tentu Tasha lagi terbakar.

"Kak long, kak long dengar tak ni? Luqman tu boyfriend Sha. Janganlah rapat sangat dengan dia. Nanti dia ingat kak Long suka pada dia pulak. Serba salahlah dia nanti!" bentak Tasha padaku.

Kata-katanya itu tetap membuat wajah pudarku merona merah. Aku marah nih!

"Sha, kak long kerja dengan dia, tahu! Bukan kak long pi ngorat pak we ko tu!" balasku geram.

"Tapi, kak long banyak sangat habiskan masa dengan dia." Rengeknya

"Kalau macam tu, apa kata Sha ambik alih tempat kak long. Nak?" Perliku sambil mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Untuk ke bilikku. Malas hendak mendengar bebelannya lagi.

Hisy.... kalau betullah Luqman itu buah hatinya, jagalah betul-betul! Ini tidak! Dia pergi juga ber’dating’ dengan lelaki-lelaki lain. Bukan seorang, malah ramai. Di mana kesetiaannya kepada lelaki itu? Mengapa dia tidak pula mempertikaikan sikap buaya darat betinanya itu? Hehehe....

Nanti akan ku beritahu pada Luqman bahawa kami tidak boleh keluar berdua lagi. Kerja aku pun sudah hampir beres. Tidak perlu lagi menghabiskan masa bersama. Sunyi? Mmm, ya. Pasti hidupku sunyi nanti tanpa senyuman dan usikannya. Tanpa gurauannya. Arghh... rupa-rupanya dalam diam terkesan juga di dalam hati ini segala tindak tanduk lelaki itu terhadapku.

Mungkinkah nanti perpisahan akan melukakan sekeping hatiku ini?

--------------------
5

"Kenapa, Natalia? Kenapa awak mintak saya lakukan yang pelik-pelik ni? Kenapa saya tak boleh telefon awak? Tak boleh sms? Itu tak boleh, ini tak boleh? Keluar sama pun tak boleh? Apa hal ni?" Amirul Luqman menjegilkan sepasang matanya padaku. Alah, macam aku takut sangat dijegil begitu? Aku tahulah dia sedang marah sekarang tapi....

"Natalia! Yang awak tengok saya macam gitu, kenapa?" Nafas hangatnya dekat denganku bila dia berbisik, "Nak kena cium?"

Ketawanya lepas bila aku menolak tubuhnya menjauh. Mengada-ngada betullah dia ni!

Luqman kembali santai. Selamba dia duduk di atas kerusi yang aku biarkan kosong. Wajahku ditatap lagi. Ke mana harus kualihkan perhatian ini?

"Nat, awak kena belanja saya malam ni, tahu!"

"Kenapa pulak?"

"Sebab kerjasama kita berdua dah hampir selesai. Penat lelah kita selama ni untuk menyiapkan villa Dato’ Hairi tu amat berbaloi. Tadi, dia telefon ucap tahniah pada saya. Dia nak fon awak tapi saya tak kasi. Gatal orang tua tu!"

Kata-kata Luqman memecahkan tawaku. Semakin kuat bila aku melihat kerutan di dahinya. Sesedap rasa dituduhnya dato’ itu begitu sedangkan orang tua itu tidak pernah walau sekali cuba mendekati aku.

"Suka, ya?" Luqman akhirnya turut ketawa denganku.

"Tak baik awak tuduh Dato’ Hairi camtu. Kesian dia." Balasku.

"Tak baik? Tapi saya selalu nampak dia curi-curi pandang pada awak. Isk..kalau dengan perempuan lain, memang saya tak kisah. Suka hati dialah nak mengorat ke, apa ke? Tapi, awak? No! Nak tahu kenapa?" hatiku berdebar menunggu ayat seterusnya. Sungguh-sungguh berdebar.

Luqman bangun. Aku tahu dia ingin mendekatiku. Sinar matanya yang redup, pandangan matanya yang kuyu, aduh mak...menggodaku. Aku ingin lari dari perangkap ciptaannya. Aku ingin menjauhi jangkauan tangannya. Namun, dinding di belakang badanku jadi penghalang. Kepungan tangannya di sisi kepalaku menghentikan niat. Yang dapat aku lakukan saat itu ialah menanti ucapan keramat itu.

"Buka mata tu, Natalia!" Pintanya perlahan. Lembut.

Sepasang mata kubuka. Di hadapanku, Luqman sedang membuka sebuah kotal kecil baldu berwarna jingga. Tidak lama selepas itu terserlahlah sebentuk cincin platinum yang ditaburi ketulan kecil berlian. Aku terkesima!

"Awak, saya nak sangat menyarungkan cincin ni di jari manis awak tu tapi... tak boleh, kan? So apa kata awak ambil cincin ni, dan sarungkan sendiri. Tanda awak menerima cinta saya."

Tiba-tiba sahaja bayangan Natasha melintasi pandanganku. Seraut wajah yang suram sedang memerhati aku. Di matanya ada titisan-titisan manik kecil yang sedang berjuraian gugur di pipi.

Oh tidak! Tidak! Aku tidak sanggup melihatnya.

Wajah Luqman berubah bila hulurannya kubiar sepi. Riak wajahnya keruh bila aku menggelengkan kepalaku ke kiri dan ke kanan.

"Saya tak boleh!" desahku lemah.

"Kenapa?" Nada suara Luqman sedikit keras. Aku diam.

"Sebab Natasha?" Dia meneka.

"Dia suka awak. Dia selalu kata awak tu boyfriend dia. Dia...." Kata-kataku terhenti bila Amirul Luqman ketawa. Begitu beria-ia dia ketawa. Geram aku dengan tingkahnya.

"Nat, kalau saya boyfriend dia, saya tak akan melamar awak untuk jadi isteri saya! Kalau saya ni boyfriend dia, saya tak akan biarkan dia berpoya-poya dengan lelaki-lelaki yang lain tu! Kalau saya ni boyfriend dia, saya tak akan pandang perempuan lain pun! Dan kalau saya ni boyfriend dia, saya tak akan jatuh cinta pada kakaknya. Nurul Aina Natalia, saya cintakan awak saja. Bukan Natasha, tidak juga perempuan-perempuan lain. Faham?"

Luqman berlalu keluar meninggalkan aku termangu. Marahkah dia padaku? Sakitkah hatinya bila aku meragui hati dan perasaannya? Tercalarkah perasaannya bila lamarannya aku tolak kerana Natasha?

---------------------

6

"Sampai hati ayah dengan ibu buat kat Sha macam gini!"

Sayu sungguh rasa hatiku mendengar keluhan Natasha itu. Tangisannya jelas kedengaran. Air mata laju mengalir menuruni pipinya.

"Sha tahulah yang Sha ni cuma anak angkat aje. Sha sedar siapa diri Sha. Tapi kak long tak ada hak rampas Luqman dari Sha." Nada suaranya terlalu keras.

"Sha, kak long tak pernah rampas Luqman, tau! Dan kak long tak suka dituduh macam tu!" balasku.

"Tapi memang kak long tu perampas. Menyesal Sha bawak dia ke rumah ni dulu. Sejak jumpa kak long, terus dia tak pedulikan Sha lagi. Semua sebab kak long, tahu tak?" Natasha terus-terusan membentakku.

Aku lihat ayah mendekati Natasha. Rambut adikku itu dibelainya. Manja.

"Sha, soal hati Luqman janganlah jadi penyebab Sha marahkan kak long. Kesian kak long tu."

"Eleh, pada kak long ayah suruh Sha kesiankan. Sha ni? Memang ayah dengan ibu pilih kasih. Mentang-mentanglah kak long tu anak kandung dan Sha ni cuma anak angkat, ayah sokong apa juga yang dia buat. Yang salah pun jadi betul, kan?" Natasha mula meninggikan suaranya. Geramnya aku!!! Kalau ia pun dia marah padaku, kenapa ayah dan ibu diherdik? Tak boleh jadi, ni!

"Sha, kak long tak suka gaduh, ok. Dan kak long juga tak suka Sha marah-marah pada ayah. Pada ibu. Sha dah besar. Kak long dah puas beralah dengan Sha, dah! Mulut tu jaga sikit! Selama Sha jadi adik kak long, kak long tak pernah rampas hak milik Sha! Tapi, Sha? Apa jugak yang kak long punya, mesti Sha ambik! Sha tak pernah mintak pun! So, jangan nak lebih-lebih!"

Aku lihat air wajah Tasha berubah. Aku dengar deru nafasnya yang kencang. Matanya mencerun memandangku. Aku ditengkingnya, "Hah, kalau tak suka pada Sha, cakap! Jangan nak sindir-sindir! Jangan nak perli! Oh, selama ni, kak long tak pernah ikhlas dengan Sha, ya? Kasih sayang kak long pada Sha selama ni, plastik? Hati kak long busuk! Kak long dengki pada Sha! Sebab Sha ni jauh lebih cantik daripada kak long! Sebab ayah dengan ibu lebih manjakan Sha. Lebih pentingkan Sha! Kak long nak balas dendamlah ni! Tu yang beria-ia dengan si Luqman tu? Itu yang....."

Kutampar pipinya. Tidak kukira berapa kali, aku tidak juga peduli. Sakit hatiku! Panas telingaku. Tuduhan-tuduhannya amat menyakitkan. Inikah balasan kasih sayangku?

Ibu sudah menangis. Ayah menekan dada. Sakit melihat pertengkaran kami yang bagaikan tidak berpenghujung. Kulihat bibir Tasha berdarah. Aduhai, kesian dia...tapi salahkah aku?

"Ibu, Sha dah tak tahan lagi! Ibu tengoklah! Berdarah bibir Sha hari ni. Esok-esok, mahu mati Sha dipukul anak ibu ni! Sha nak pergi, bu. Sha nak bawak diri Sha jauh dari sini!"

Natasha berlari menaiki tangga. Aku tahu dia sedang menuju ke biliknya. Benarkah dia ingin pergi? Tapi, ke mana?

Bila Natasha turun bersama beg pakaiannya, ibu segera memeluknya. "Tasha, jangan pergi. Maafkan kak long. Dia tak sengaja tadi!" kepadaku, ibu meminta, "Nat, mintak maaf pada Sha. Janji Nat tak akan buat dia lagi. Nat???"

Kalau Natasha tidak menjuihkan bibirnya, mungkin aku akan lakukan seperti yang ibu minta. Namun api kemarahanku menyala melihat perbuatannya. Kerana itu aku diam, tidak bergerak dari kedudukanku. Tidak juga bersuara.

"Nat..." Panggil ibu padaku.

"Tak apalah, bu. Memang dah nasib Sha macam ni. Kak long memang tak pernah sayangkan diri ini. Biarlah Sha pergi, bu." Arggh...bagai drama tv dialognya itu. Pelukan ibu di tubuhnya, Natasha leraikan. Dia terus sahaja berlalu. Tangisan ibu tidak langsung dipedulikan!

Bila aku berpaling ke arah ayah, hatiku jadi tersayat. Wajah sedihnya menunjukkan rasa kehilangan. Akukah yang bersalah?

"Sampai hati Nat! Sampai hati Nat buat Tasha macam tu? Memang, memang dia cuma anak angkat ibu, Nat. Tapi ibu sungguh-sungguh sayangkan dia!" Nada suara ibu mengguris hatiku.

"Nat, Nat! Sanggup kamu biarkan dia pergi macam tu aje? Keras betul hati kamu, ya? Habis, puas ke hati kamu sekarang?" Suara ayah pula penuh amarah.

Hari ini, sedarlah aku bahawa mungkin benar, aku anak kandung mereka. Namun sesungguhnya, kasih sayang terhadap Natasha lebih segar dan lebih banyak. Dan hari ini, tahulah aku betapa aku bersalah kerana memisahkan mereka!
-------------------

7

Aku dan Luqman sudah menikah. Tidak ada majlis besar-besaran di sebelah keluargaku. Ibu tidak mahu begitu juga dengan ayah. Namun aku bersyukur kerana di pihak Luqman, aku diterima sepenuh hati. Malah impianku mengadakan majlis persandingan dalam taman direalisasikan oleh ibu mertuaku. Hehehe..bukanlah pula diadakan di Taman Tasik, cuma di pekarangan rumah banglo mewah mereka yang luas itu sahaja. Bagaimanapun, aku bahagia. Sekurang-kurangnya, ada yang mahu menghargai diriku ini.

Luqman kini berada di Brunei. Ada projek yang perlu diselesaikan di sana. Aku? Aku mengambil peluang ini untuk menziarahi kedua-dua orang tuaku.

Tadi, mereka ceria menyambutku. Asyik bertanya tentang kesihatanku. Tentang bila mereka akan menimang cucu. Namun sekejap aku ke dapur, aku terdengar rintihan penuh kerinduan terhadap Natasha.

Ya, anak itu jugalah yang dirindui. Tapi, di manakah dia? Sudah berbulan-bulan dia pergi. Tidakkah dia jumpa jalan pulang ke rumah ini? Tidakkah dia tahu betapa perbuatannya meninggalkan ayah dan ibu amat aku kesali?

Ketika aku asyik termenung, terdengar suara seorang perempuan memberi salam. Dari pintu dapur, aku jengulkan kepalaku.

Aku lihat kelibatnya. Sekali imbas, sudah ku tahu siapa dia. Ku panjatkan rasa syukur kepada Ilahi. Akhirnya dia kembali.

Aku tidak mahu mengganggu mereka. Aku tidak mahu Natasha tahu aku ada di sini. Perlahan-lahan, aku keluar melalui pintu dapur. Aku ingin pergi. Antara kami, akulah orang asing di sini. Ibu dan ayah sudah menemui kembali permata hati mereka.

Dan aku?

Aku tetap anak mereka. Aku tetap anak ayah. Tetap anak ibu dan yang pasti, aku juga tetap kakak kepada Nur Alia Natasha.

p/s: cerita ini hanya rekaan, ok. Sila beri komen. sofi.

79 ulasan:

  1. best citer nie...
    nape tak sambung lagi or mmg sengaja ending die gini?
    tp citer ni ada similarity dgn satu criter tu tp tak ingat novel apa...karya anis ayuni klu tak silap...

    apa2 pun...citer mmg best...love it...

    BalasPadam
  2. best!smbg la lg.....x best ending gini....hehe

    BalasPadam
  3. salam,

    sedih gak bila ada yg kata citer ni ada similarity dengan cerita lain.
    citer ni sofi tulis sendiri, ya.
    bukan ciplak.
    dekat 4 jam di depan komputer memerah otak.
    dan cerpen ni berakhir di sini...
    insyaallah.

    BalasPadam
  4. Kenapa natasha tu jahat sangat???
    meluat pulak nasib baik natalia baik..
    Ape-ape pun citer nie memang best...

    BalasPadam
  5. huhu...
    x sedar diri langsung natasya tu....
    huhu..kpd penulis....
    congrat....
    cita ni antara yg mengusik perasaan aku la....
    hehehe..jiwang plak...
    truskan usaha anda....

    BalasPadam
  6. budu belacan11/10/09 3:28 PTG

    best cter ni
    suke bhase yg dgunakan.
    xde bhase rojk
    nvel pertama yg sy bce xde bhse rojak
    tp ending dia xbest
    klu boleh smbung lagi
    papepon good job!

    BalasPadam
  7. good job,
    pdn muke si natasha tu kan..hehehehehe
    mesti hensem kn amirul luqman tu,:-)
    romantik plak tu,,eeii,klau aku dpt bahagianyer idup..huhuhuhuhu

    BalasPadam
  8. cerita yg menarik/pt klu buat kesudahan yg bahagia lg best mcm tasha mintak maaf ke ro sometnhg yg happy anding

    BalasPadam
  9. rasa nak tendang jer si tasya tuh!

    mak ayah dy...pilih kasih...
    ksian nat...


    knpe ending cam tergantung??
    tak brpe puas la....
    hurm...

    but,cte best!

    BalasPadam
  10. ceter nie macam tgantug je
    klu sambung best lagi...
    em...kesian
    kasih x dihargai

    BalasPadam
  11. congrat..sofi..cite best tp kalau selitkan unsur islamik lg best

    BalasPadam
  12. best...cuma ending mcm tergantung..

    BalasPadam
  13. best story nie cuma ending macam tergantung sangatla....

    BalasPadam
  14. wow...best gilakkk...citer nihh...jahat sgt laa natasya tu...gram rase...aku cubit karang baru tahu...

    BalasPadam
  15. bestla citer nie...tapi nape ending dier cam nie...sedih tol la......ishk2....

    BalasPadam
  16. Bagus2....
    Ayat juga bagus gak..
    Lau ade sambungan ..sambung auww nak tau si nat nieh lari kemana

    BalasPadam
  17. best! cepat smbung ye

    BalasPadam
  18. citer ni bagus..tapi ending cam tergantung sangat..hope penulis blh edit sikit jln citer ni atau buat sambungan... Wish Luck SOFI

    BalasPadam
  19. nape x buat smbungan lg....
    best cite ini....
    ape2 pun do the best...

    BalasPadam
  20. cerita nie sngt menarik tetapi ending die cam tergantung je....
    hope dapat smbung lg la cite nie...
    semoga success....

    BalasPadam
  21. besttt.....

    BalasPadam
  22. best tp cm trgantung je...

    BalasPadam
  23. sambungla cite ni sofi....

    BalasPadam
  24. aaaaa...kesian kat nat.nat x b'salah pon.nat seorg kakak yg baik.sanggup b'korban utk adiknyer.tasha je yg lebih2.smbg la lg citer ni.ape jd kt nat strsnyer.

    najwa rawi
    adriena_252yahoo.com

    BalasPadam
  25. best cter nie....kalu boleh sambung bg habis...
    kisah sedih yang menyentuh hati...

    BalasPadam
  26. xbest pun....

    BalasPadam
  27. aku mcm dpt 1 motif dlm citer ni..jgn ingat orang yg x cantik n x sempurna tiada cinta utk dia...semua orang ada hak utk dicintai...

    BalasPadam
  28. 1 motif yg aku nmpak dlm crita ni ialah tentang kesempurnaan..walaupun seseorang tidak dikurnia kn dgn paras rupa yg sempurna namun tetap jua di cintai..kerana semua insan ada hak utk di cintai..jgn menilai pada ksempurnaan semata..kita semua tetap ada kekurangan..

    BalasPadam
  29. eh2?? comey nme dye..
    alia natasha n aina natalia..
    yg nme natalia tuu dekat2 ngn nme sye..he3..
    (p..mksd dye ape yer??hu3)

    BalasPadam
  30. NAPE CITER NI TERGANTUNG?X SDP LA KALAU MCM NIEEEE...

    BalasPadam
  31. hye..mgg nak jemput sesiapa yg berminat membaca nOvel berbentuk Cinta N Suspen JUST ADD MY BLOG K..terima kasih!

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama8/12/09 3:59 PG

    tahniah ! cerpen ni mmg best.
    x ske natasha 2....ngade-ngade je...
    sume nk lebeyh melebihkan ank kndung...hee geramnyew

    BalasPadam
  33. sara sassy gurlz11/12/09 3:43 PTG

    tahniah wat penulis...
    bila bc cite nie,,,
    sy mcm dpt merasai karakter watak2 dlm cite nie...
    kasih sayang yang melibatkan sebuah keluarga...
    percintaan antara dua kasih adik beradik...
    sbgai seorang y juga turut menulis,,,
    saya setuju dgn ending cite nie...
    sbab x semua kisah kita ada penamatnya...
    bila wat kisah cm nie,,,
    nmpk mcm watak n cite ni idup...
    tahniah wat penulis...

    BalasPadam
  34. Tanpa Nama6/2/10 2:01 PTG

    Apasal x smbung jew biar adik dye 2 mti???
    nyampah tolll

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama27/3/10 1:15 PG

    good ending... karekter yang disampaikan dgn baik... tahniah penulis...

    BalasPadam
  36. best.wat la smbungannye..tntu lg mnrik

    BalasPadam
  37. cite mmg best giler....knp x smbg jer cite ni.aq meluat snggh kat natasya tu.kalu aq ada adik macam dia tu dah lama aq tampar dia.biar padam muka dia......huhuhu

    BalasPadam
  38. Tanpa Nama15/5/10 2:53 PG

    best sgt..
    tp geram gler kt tasya 2..
    xsedar dr anak angkat je..
    watla cara mcm ank angkat..
    papepn...
    nice idea...
    :)

    BalasPadam
  39. congrats uat penulis
    saya faham perasaan nat
    jln citer dier lebih kurang dgn kisah hidup sayer

    BalasPadam
  40. sangat sedih n sayu jer

    BalasPadam
  41. Tanpa Nama3/6/10 3:56 PTG

    Best..tapi rasa macam ada sambungan jer, maybe akan ada lebih banyak konflik..

    BalasPadam
  42. SAMBUNGLA....BENCINYE NGN TASHA....XKENANG BUDI...ANK ANGKAT TP POYO....MAK AYH DIE PN SATU HAL...

    BalasPadam
  43. wow...tahniah kpd penulis..best btul jalan ceritanya. but kepada tak sambung..tak puas baca novel...nieeeee

    BalasPadam
  44. best sangat,sambung ar lg..
    huhu..

    BalasPadam
  45. sambung la cte ni..
    xkn la si tasya 2 xnk mintak maaf dgn akak dia..
    bkn nya salah akak dia kalau lelaki 2 x cinta kn tasya..
    dia jew yg x sedar diri

    BalasPadam
  46. cite xhbs lg ni..biila nnak smbung??best jgk..tingkatkan lg

    BalasPadam
  47. grm ngn adk agkt die yg x seda diri 2!!
    nsb bek ni jz cerpen..
    nice story...

    ~jarihantu07~

    BalasPadam
  48. Tanpa Nama3/9/10 8:32 PTG

    salam...
    aq rasa cite nie ksh hidup aq lak...sedihkan???
    cam m'harap bulan jatuh ke riba...apepun...tahniah ar coz b'jaya m'hidupkan cite nie...
    walaupapepun...aq rasa parents diorang x b'sikap adil...
    aq kasihan sgt dekat nat...tapi aq tetap bangga kerana nat x mengungkit semua 2...

    BalasPadam
  49. best cter ni..
    tp nape tergantung???

    BalasPadam
  50. mcm citer seribu kali sayang je..
    karya anis ayuni..
    apa2 pun, citer ni best...
    teruskan...

    BalasPadam
  51. Respect habis ah.. Hehehe... Love the story, love the character. Mampu membuatkan pembaca menyelami watak ini. Good job and teruskan usaha anda.

    BalasPadam
  52. cerita nee dah best sangat tapi ending yg x best..=(
    papa pon ok la..good job..

    BalasPadam
  53. best sgt crta ne...tp time ending mcm tak btul jew...npe lak si kakak nk berkorban ag buat la ending dia si adik mintak maaf kat si kakak dan keluarga tu kembali bahagia...huhuhu,,,just pandangan jew...

    BalasPadam
  54. hmm.. iBubapa hnDaklah b'laku adil pd anak2nya.......jgn laRh memilih sgt dlm b'kasih syg~!! kasih syg n penuh p'haTian ibubapa sgt diperlukan seseorg anak~!!harTa pangkat wang ringgit xb'nilai lgsung jika dibanDingkan dgn anak2 yg dianugerah oleh ALLAH swt...!!berilah kasih syg dgn adil,,,!!xkiralah anak 2 xcantik , cantik , xpandai n pandai~!!jgn laRh nak menilai anak2 krn ALLAH xpnah m'nilai hamba2Nya ...!!wallahu alam...بارك الله فيك!!

    BalasPadam
  55. Tahniah kepada penulis kerana berjaya menimbulkan konflik yang menarik antara 2beradik. itu realiti yang ada, cuma kita tidak mendengarnya.
    - emm cuma terperasan sedikit (saya akui saya tak tahu penulisan). antara pembuka dan penutup cam ada jurang kaitan. cuba bayangkan sendiri situasi awal dan akhir kisah melalui dialog ayah dan ibu.. ada sedikit percanggahan pada saya.
    - xperlu adik minta maaf pada kakak. sebab tak semua kisah happy ending (w/pu ia lebih best, people expected so..) cam cerita raja azura kat drama tu. xingat pe tapi impak besar.
    -mmg cerita ini best kalau ada sambungan. lama mana pun masa diambil, kalau setakat 4jam tak mengapa kan, Sofi :) kami pembaca ternanti-nanti.
    - all da best

    BalasPadam
  56. biasala konflik adk brdk..setiap manusia di kurnia kn perangai yg berbeza2.depend drpa cara didikan or faktor persekitaran dia la..tp citer nie mmg best,x puas baca..
    smbng la ag citer nie yee...

    BalasPadam
  57. wah,sedih lah cita ni jaln cita dia pun pham n x meleret

    BalasPadam
  58. Tanpa Nama21/2/11 4:05 PG

    blik jgak c natasha 2..

    BalasPadam
  59. Tanpa Nama4/3/11 12:14 PG

    hm ok la..best...
    cuma ending dia agak tergantung...
    mcm tiba2 je terus ending...
    elaborate lah lg..ok??
    keep it up!=)

    BalasPadam
  60. sedehnyer !!!! huhhu.. btw, thanx sbb buat cter camnieh. huhu so sad~ but i love the ending..

    BalasPadam
  61. npe tjuk dye nur alia natasya
    coz rsenye cter nie byk sal natalia ?! .
    x bnyk sal tasya .n smbg lar cter nie smle .
    ~afie

    BalasPadam
  62. wow...thniah penulis
    jln ceritanya sgt best..harap sgt ada smbungan lg..
    wat la smbungan natasha bls dendam kat nat ke..natasha nie nk rmps luqman balik..just bg idea..sy tnggu taw smbungan nye..

    BalasPadam
  63. Tanpa Nama9/4/11 6:16 PTG

    jln cerita yg mnrik tp pntup xbrpa mnrik..pmbca still trtnya2 stkat mna ksh syg kluarga trhadap natalia

    BalasPadam
  64. Menyayat Hati....tapi patut ditruskn crita ni...
    LIKE!!

    BalasPadam
  65. sedih gak citer ni an...tapi best r....
    tacing dow..haha...tahniah kepada penulis..

    BalasPadam
  66. best la..citer nie..tpi napa ending mcm tergantung...??

    BalasPadam
  67. as salam...sgt2 best....geram btul la dgn c natasha 2...nsib cuma rekaan.....x sdar dri...sdhla ank angkt....parents dorang pun 1....nmpk sgt plih ksih...kalo thdp ank sndri x pe jugak...ni sbliknya...hishh....ksian natalia....
    btw...well done writer...i love it...:) (geram pon ada)

    BalasPadam
  68. bestnya citer nie lau bleh sambung lg lah citer nie....

    BalasPadam
  69. hurm..da bese bc story mcm ni..tp cite ni tgantung..moucan arh aku bace.

    BalasPadam
  70. saya baca sanagt2lah best...harap ada sambungannya... ^^

    BalasPadam
  71. best ctenye..tapi ending x syok ar..
    k pe2 pon all the best penulis

    BalasPadam
  72. u~~~ sambunglah cerita ni... tp nak sambung cerita adik dia tu... xmau dia g rampas luqman tu balik...biar luqman tu duk diam2 kat brunei... hahaha

    BalasPadam
  73. Sambungla..sambungla..sambungla..sambungla..
    Sambungla..sambungla..sambungla!! N

    BalasPadam
  74. bezz citerr nie...sedey pown aderr...
    tpi bley x tolong smbung....
    mcm xlengkap jerr citerr nie..

    BalasPadam
  75. gaya bahasa ok, penggunaan kata2 ok, cuma plot, jalan cerita perbaiki sikit

    BalasPadam
  76. sadis nyer cita nie

    BalasPadam
  77. Cerita yg menarik. Tp ending mcm tergantung. Knp x teruskan dgn Nur Alia Natasha 2? At least taw gak tasha tu nyesal ke x ngn sikap dia yg xle blah tu. Huhuhu......

    BalasPadam
  78. cerita yg cukup menarik...
    :)

    BalasPadam
  79. NOVELIS ! Nama saya , NURALIA NATASHA :')
    TERHARU YANG AMAT :)
    GOOD JOB :)

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan