Ahad, Oktober 11, 2009

Cerpen : Cinta Gila

Nama Pena : aLi

Aku mempercepatkan langkahku. Guruh berdentum lagi. Aku kena cepat, kalau tak, aku mungkin akan dibasahi hujan. Selalunya aku memang suka main hujan, sebab aku ‘immune’ dengan hujan. Walaupun seharian bermain hujan, aku tidak akan demam. Ayah aku selalu cakap yang aku ni kebal hujan (rainproof). Haha…tapi hari ini aku ada temuduga kerja. Jadi, maybe next time aku main hujan. Dalam kekalutan aku berjalan, beberapa kali aku ‘terpeleot’ dek kasut tumit tinggi yang aku pakai semata-mata untuk temuduga ini.

"Hampeh punya kasut. Dah la aku beli mahal. Ingatkan lagi mahal lagi stabil. Main-main la dengan aku. Kalau kasut ni cari pasal lagi dengan aku, lepas interview ni, siap la kau, aku campak kau masuk longkang. Biar bersemadi di situ." Naili membebel di dalam hati selepas ‘terpeleot’ buat kali yang ke sepuluh.

Akhirnya, aku sampai ke destinasiku. My first ever job interview. Nervous tak boleh nak cakap la. Fail yang berisi CV, sijil dan lakaran pelan bangunan rumah banglo aku pegang erat agar tidak tercicir.

"Cik Naili, cik boleh masuk ke pejabat sekarang." Ujar penyambut tetamu yang agak ramah itu.

Aku mengetuk pintu 2 kali. Memutar tombol pintu setelah terdengar perkataan ‘masuk’ dilaungkan dari dalam. Nafas ku tarik sedalam-dalamnya supaya rasa gementarku hilang. Mataku tertawan pada senireka dalaman pejabat itu. Elegant, classy and contemporary. Sejurus selepas aku puas menghayati ‘interior design’ bilik itu, mataku terarah kepada seorang lelaki yang duduk membelakangi aku. Mungkin itulah Encik Zarul, ketua arkitek bahagian landskap Senirama Sdn. Bhd., pegawai yang bakal menemuramah aku.

"Apa khabar, Cik Naili? Please have a seat." Sapa Zarul sambil memusingkan dirinya menghadap Naili.

"OMG. Hot gila mamat ni. Mengikut firasat aku, aku rasa umur dia macam around late 30s je. Specky, fair, spiky hair. Ohoh… just the type of man I’d like to have around." Naili berkata di dalam hati sambil tersipu-sipu.

Setiausaha Encik Zarul menghidangkan teh panas kepada aku dan Encik Zarul. Temuduga berjalan dengan lancar pada awalnya. Namun, konflik berlaku setelah aku perasan yang aku dan dia berbeza citarasa dan pendapat.

"Cik Naili. Personally speaking, saya rasa lakaran rumah banglo dan landskap anda ni sangat bagus walaupun pelik. Very detailed, fine and unique. But forgive me if I’m wrong, syarikat saya hanya ‘interested’ dengan arkitek yang telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dan ke atas. Padahal, anda merupakan fresh graduate dari universiti di Paris. Sayang sekali. Tapi maafkan saya kerana kami tidak boleh menerima Cik Naili bekerja di sini." Terang Zarul panjang-lebar.

Mukaku terasa panas. Kesejukan dari air-conditioner tak mampu menyejukkan hatiku yang terbakar membara ni. Macam mana la aku tak perasan benda ni masa aku baca ad kat The Star. Aku kena counter-attack mamat ni. Malu la kalau dia tahu aku ni salah baca ad.

"Kenapa muka you merah, Cik Naili? Air-cond kat sini tak cukup kuat ke? Saya dah nak terketar gigi ni." Zarul berkata dengan ikhlas sambil tersenyum sedikit.

Mamat ni kan, aku tengah marah ni, dia boleh buat lawak pulak ye.

"Kalau begitu, tak mengapa la, Encik Zarul. Sebenarnya saya sudah lama teringin untuk bekerja di syarikat Senirama ini. Malah, saya sanggup belajar di Paris pun semata-mata untuk menjadi arkitek yang terunggul agar saya dapat bekerja di Senirama. Saya ingatkan Senirama mementingkan mutu keaslian senireka saya, tapi saya salah, saya rasa Senirama terlalu mementingkan protokol. Jangan melutut dengan saya kalau Senirama akan menanggung kerugian apabila saya ditawarkan bekerja di syarikat yang lain. Huh…" ujar Naili dengan tona suara yang agak tinggi sambil bangun dari kerusi dan meluru keluar dari pejabat Zarul.

"Naili, nanti dulu. Saya harap awak faham. Memang syarikat ini terlalu mengikut protokol. Tapi itu tak bermakna awak tidak diterima kerana lakaran awak. Saya sukakan lakaran awak yang fresh. Saya harap awak tidak akan putus asa." Zarul berkata dengan tenang.

Sorry la. Aku dah ter-putus asa. Tanpa disedari, aku berjalan kembali ke meja Encik Zarul lantas mencapai cawan teh yang masih tidak terusik sekaligus mencurahkan teh ke baju Encik Zarul. Encik Zarul terundur ke belakang kerana terkejut.

"I’m sorry. I suppose you deserved that. Nasib baik teh tu dah sejuk." Kata Naili dengan lantang.

Aku keluar dari bilik itu. Sempat juga aku menghempas pintu dengan kuat.

Air mataku bergenang di kelopak mata sejurus aku keluar dari lif bangunan Senirama setinggi 56 tingkat itu dan menuju ke ruang legar tingkat GF. Tak guna betul mamat tu. Tak bagi ‘can’ langsung kat aku. Dah la memang impian aku sejak sekolah lagi untuk bekerja di Senirama, syarikat yang paling berprestij di Malaysia. Hm…takpelah. Kalau aku marah-marah ni, nanti aku yang sakit hati. Bukan dia pun.

Aku membuka fail lantas mengeluarkan keratan surat khabar yang mengandungi alamat tempat temuduga ku yang kedua. Oh…kat Bangsar. Boleh naik Putra je ni. Jimat sikit dari naik teksi. Kemudian, aku berjalan dengan cepat, boleh dikatakan separa berlari, menuju ke pintu masuk utama Senirama. Lagi cepat aku keluar, lagi cepat hilang sakit hati aku ni. Namun, langkahku terhenti setelah keluar dari pintu apabila kulihat hujan sedang turun mencurah-curah di luar.

"Patut la pun tadi ada guruh, nak hujan rupanya." Ujar Naili di dalam hati.

Hujan reda selepas sejam aku menjadi Statue of Liberty sambil menahan kesejukan di luar ini. Cukup sejuk untuk menghilangkan kepanasan hatiku ini. Jalan yang agak basah dan lecak terpaksa aku lalui untuk ke Stesen Putra Masjid Jamek. KL tak begitu sesak seperti selalu. Mungkin orang tidak tahu yang hujan telah pun berhenti. Aku berjalan menyusuri Sungai Gombak. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi seperti kaca pecah. Langkahku terhenti. Kaki kanan ku angkat.

"Aku ada terpijak kaca ke? Tapi takde apa-apa pun kat jalan ni." Naili bermonolog dalaman sambil memandang ke sekitar jalan.

Aku terdengar bunyi orang ketawa di belakangku. Lantas aku menoleh. Berdirinya seorang lelaki, umur mungkin dalam 27 atau 28, lebih tinggi dari aku, lebih kurus dari aku dan lebih putih dari aku. Wajahnya…sejuk mata memandang. Spiky hair tapi tidak memakai cermin mata.

"Apsal awak gelak tadi? Awak gelakkan saya ke?" tanya Naili.

"Sorry. Memang saya gelakkan awak. Tapi saya tak berniat jahat. Saya cuma gelak bila saya terdengar bunyi macam kaca pecah. Bila awak tercari-cari bunyi tu, tu yang saya gelak tu. Awak macam clueless."

"Macam mana saya tahu yang awak ni tak berniat jahat? Awak ni ‘follow’ saya dari tadi ye? Baik awak pergi, sebelum saya panggil polis." Aku takkan mengalah.

"Ok. Ok. Easy la, cik kak. Saya tak ‘follow’ you pun. Saya cuma nak lalu jalan ni je."

Setelah mamat tu ‘blah’, aku pun meneruskan perjalananku. Selepas membeli tiket tren, aku beratur menunggu tren. Semasa aku sedang melayan perasaan sambil menunggu tren, aku menangkap suara-suara orang seperti menggelakkan aku. Bila aku pandang diorang, diorang terus senyap. So, aku pun pelik la. Kemudian, aku terpandang kasut aku. Damn…kasut aku telah bertukar warna dari warna putih ke warna coklat. Kasutku penuh diselaputi lecak. Mungkin aku tak perasan yang aku telah terpijak lecak masa aku hampir bergaduh dengan mamat tadi tu.

"Ish…malunya. Patut la diorang ni gelakkan aku. Apa aku nak buat ni? Mana boleh aku pergi interview pakai kasut kotor ni." Naili berdiri seperti cacing kepanasan.

Aku terus keluar dari barisan, menaiki tangga dan menuju ke kaunter tiket. Aku membeli tiket baru menuju ke KLCC untuk membeli kasut baru di sana.

Tren ke KLCC dah tiba. Tren agak sesak, jadi, aku pun berdiri sambil memegang palang besi yang dapat tanganku capai. Mataku melilau-lilau melihat gelagat manusia yang pelbagai ragam itu. Ada yang sedang membaca novel, membalas sms dan berborak sesama sendiri. Mataku kemudiannya terpaku ke arah seorang mamat yang seperti ku kenal yang sedang duduk betul-betul bersebelahan tempatku berdiri. Mata bertentang mata.

"Eh, tadi awak cakap saya yang ‘follow’ awak kan? But I think la kan, you yang ‘follow’ I. Sampai I naik Putra pun you ‘follow’." ujar mamat yang aku jumpa di tepi Sungai Gombak tadi dengan nada yang ‘cynical’.

Aku telan liur. Terkedu seketika.

"Nak duduk? Sure sakit pakai high heels tu kan. You pun nampak macam tak biasa pakai heels je. Time you jalan tadi kat tepi Sungai Gombak pun, I nampak dekat 3 kali you macam nak terjatuh." Offer mamat tu sambil berdiri untuk membenarkanku duduk.

"Ish…macam mana la aku tak perasan ada orang nampak aku nak tergolek tadi? Malunya." Naili berbisik antara dengar tak dengar.

Aku pun duduk. Memang kaki aku tengah sakit pun. Gentleman nya mamat ni. Lepas duduk, aku terus pandang bawah. Malu nak bertentang mata. Kami membisu sepanjang perjalanan dalam tren tu. Mamat tu tengah dengar iPod lagipun. Aku pun takde modal nak borak dengan dia.

"Stesen berikutnya, KLCC. Next station, KLCC."

Aku cepat-cepat turun dari tren. Dengan harapan, tak nak jumpa mamat tu. Malu dowh. Haha…Aku berjalan menuju ke Vincci, kedai kasut kegemaranku. Tapi biasalah, aku singgah sebentar membeli lemonade di kedai apa ntah nama kedai tu. Ala, kedai yang famous dengan pretzel yang sedap tu.

Sampai di Vincci, aku ‘mengusha’ kasut-kasut yang terdapat di rak ‘display’. Aku mencari sesuatu yang bukan high heels, probably flats or pumps dan semestinya white in colour. Warna favourite aku tu.

"Miss, how may I help you?" satu suara menyapaku dari belakang. Mungkin pekerja Vincci.

"Yes. I’m looking for a pair of shoes yang…" Naili terkedu. Dia tak dapat menghabiskan ayatnya.

"Hahahaha…what a surprise. Tak sangka kita berjumpa lagi. Patut la saya macam pernah nampak baju yang awak pakai ni. Dan yang saya lagi tak sangka, awak sanggup ‘follow’ saya sampai kat tempat kerja saya." Mamat Sungai Gombak menyambung tawanya.

"Excuse me there. Saya tak ‘follow’ awak la. Saya nak beli kasut je. Siapa kata KLCC ni awak punya?" balas Naili.

"Relax la. Garangnya. Ye ye saya tau awak tak ‘follow’ saya. What happened to your shoes? Kenapa nak beli baru?"

Aku tak membalas soalannya. Tapi aku menghalakan jariku ke arah kasutku supaya dia melihat sendiri high heels aku yang penuh lumpur tu.

"Oh. I see. Awak baru perasan ke yang kasut awak tu kotor? Sure awak terpijak lecak tadi. But it’s okay, awak duduk dulu. Nanti saya bawakan a few kasut untuk awak cuba. Your size is?"

"Seven. And white please." Naili membalas.

Mamat tadi datang semula dengan dua pasang kasut putih. Satu high heels dan satu lagi pumps. Dia melutut di hadapanku sambil tersenyum dan kemudiannya menanggalkan kasut dari kaki kananku. Dia meletakkan kasutku ke lantai. Tiba-tiba, kami berdua terdengar bunyi seperti kaca pecah. Aku memandangnya dengan seribu tanda tanya. Kemudian, dia mengangkat kasutku itu dan melihat ke bahagian tapaknya. Sesaat kemudian, kami berdua gelak bersama-sama, serentak pula tu.

"Euh…gelinya. Patut la masa saya tengok kat atas jalan tadi takde apa-apa. Rupanya dia terlekat kat kasut saya. Kesian dia, mati sia-sia." Ujar Naili sambil memegang perutnya menahan gelak.

"Haha…mysterious betul bunyi kaca pecah tu. Rupa-rupanya bunyi cengkerang dia pecah. Awak pun jalan bukan main cepat, sampai tak tengok jalan. Sampai boleh terpijak siput babi ni haa. Penyek habis siput ni."

"Mesti siput babi ni tengah jalan-jalan lepas hujan tadi. Saya mana la pernah terpijak siput babi selama ni."

"Poor thing. Tak sempat siput ni nak menghirup udara segar, awak dah penyekkan dia."

Dekat sepuluh minit kami gelak bersama. Akhirnya, aku memilih untuk membeli white pumps setelah mamat tu membantuku mencuba kasut-kasut tersebut.

"Boleh saya tahu nama awak?"

"Naili. You?"

"Imran."

"Boleh saya ajak awak lunch sama hari ni?"

"Hm…sure." Biarlah interview tu, esok lusa boleh pergi.

Kami berjalan beriringan menuju ke Kenny Rogers Roasters. Imran orderkan food yang kami boleh share bersama. Sementara menunggu makanan tiba, kami berborak tentang diri masing-masing. Imran ni cuma temporary worker je kat Vincci tu. Cita-cita dia ialah nak jadi pereka kasut yang ternama. Boleh tahan juga mamat ni. Sedang kami leka menjamu selera, phone Imran berdering.

Cinta ini cinta gila,

Tuk kita berdua.

Wooo wo woo

Tiada yang dapat menghalangkan,

Kita berdua terus bercinta selamanya…

"Nice ringtone." Naili memuji sambil menyuakan mufin yang keenam ke dalam mulutnya.

"Thanks. Haha…banyaknya mufin yang awak dah makan. Awak ni lapar lagi ke? Asyik mengunyah je dari tadi. Hujan pun tahu berhenti."


Aku tersedak setelah Imran menghabiskan ayat terakhir.

"Dia perasan ke aku makan banyak mufin?" Naili berbisik dalam hati sambil tersenyum simpul.

"Anyway, tadi abang saya yang call. Dia kata dia nak jumpa saya kat sini kejap lagi. Dia nak suruh saya temankan anak dia pergi Petrosains. Cuti sekolah la katakan. Kalau awak sudi…awak nak join kitorang?"

"Boleh juga."

"Hai, Zarul. Sorry Along lambat sikit. Biasa la KL. Lunch time pula tu. Nia ni pun bising lapar dari tadi. Ni siapa ni?" seorang lelaki menegur kami sambil menepuk-nepuk bahu Imran.

Aku mendongakkan kepala. Comelnya Nia. Lawa pula tu. Kemudian, aku menoleh ke arah lelaki yang menyapa kami tadi. Alamak…kecilnya KL ni. Encik Zarul yang interview aku pagi tadi sedang berdiri di tepi Imran. Matanya tak berkedip apabila dia terpandang akan aku.

"Naili. Kebetulan pula jumpa awak di sini." Sapa Encik Zarul.

"Along kenal dia ke? Dia ni kawan Along ke?" tanya Imran.

"Tak la. Along interview dia pagi tadi. Naili ni kawan Zarul ke?" Balas Encik Zarul sambil tersenyum ke arahku.

"Hm…tak…eh ye. Kami baru je kawan. Kenapa Encik Zarul panggil Imran…Zarul?" tanya Naili kehairanan.

"Oh…Along ni nama dia Zarul Adam. Tapi family kitorang panggil dia Along. Nama saya pula Zarul Imran, so family panggil Zarul, tapi kawan-kawan selalu panggil Imran." Terang Imran.

Aku mengangguk faham. Tiba-tiba, Encik Zarul menghulurkan sepucuk sampul surat kepadaku.

"Eh? Surat apa ni, Encik Zarul?" Naili bertanya.

"Surat untuk awak. Kebetulan saya jumpa awak kat sini. Tak payah la saya poskan surat ni ke rumah awak. Lagi cepat awak tahu, lagi bagus. Ni surat perlantikan jawatan kepada awak sebagai Penolong Ketua Landskap Senirama. Saya dah berbincang dengan bos saya dan dia bersetuju mengambil awak sebagai pekerja."

Hatiku berbunga riang. Sesaat kemudian, aku telan liur. Damn. Sekarang dia dah jadi bos aku. He will be the type of man I’d like to have around. Kalau aku dengan Imran ada apa-apa dan kami naik pelamin, that means...Zarul Adam will be the type of man I’d like to have around FOREVER aka abang ipar la. Malunya aku…aku tak patut cari pasal dengan dia.

"Naili. Your face is getting red. Are you okay?" Tanya Imran.

"I’m fine." Balas Naili. Aku cuma blushing je ni. THE END

128 ulasan:

  1. wah...
    menarik la cite ni...
    macam2 benda berlaku kat naili...
    hahaha...nice...
    keep it up writer....=)

    BalasPadam
  2. ...hmmm best jalan citernya,boleh sambung cepat sikit tak?

    BalasPadam
  3. erk..speechless..

    -miss_purple-

    BalasPadam
  4. best..nice...hehe...congrate

    BalasPadam
  5. bestnye.. sweet habis! bahasa melayu/ english writer gunakan pn bagus :) keep on writing!

    BalasPadam
  6. bgos...jln cte pon ok..
    tajuk cte pon ssuai sgt la..
    " cinta gila "
    teruskn berkarya!!

    BalasPadam
  7. ok laa...

    BalasPadam
  8. best gak
    A.1

    BalasPadam
  9. hurmm..part yg curah teh tu mcm tak logik jerrkk.. takkan tak dpt keje wat camtu kot??

    BalasPadam
  10. x sukenye pompuan mcm tue... x pasal2 curah air kat bj org.. pdhal org tu x wat pe2 pun kat die.. malah ckp sopan sekali dgn die... ikutkan die sndiri yg salah x bc syarat kelayakan temuduga tu... pas2 nk sedih2 x tentu pasal.... kalo la org lain wat mcm tu kat die confirm mengamuk... adakah org mcm ni wujud dlm dunia....... huhuhuhu

    BalasPadam
  11. ntah ppe curah air kat bju org.sah gle minah ni..harap blaja ovrsea je..x logik r..ppe pun cte n BOLEY RR..

    BalasPadam
  12. ada ke g temuduga tapi g wat benda gila cm 2..yg company 2 pown gla ke amek org gila? ke semua orang da gila..

    BalasPadam
  13. sweet..ahaks

    BalasPadam
  14. plik btol manusia ni...hmmm...x phm...ap yg baiknye klu pmpuan cmtu...kurg ajr namenye tu...da xdpt tu..bleh cube ag...rezeki ALLAH DA TETAPKN...cume plu trus b/usaha n bdoa jer...ni ap kes? company tu pon bleh lak amk pkrja kurg ajr cmtu...ish...dunia akhir zaman ni..manusia plik2...x dpt bezakan mane intan,mane permata...hmmm,usaha lg writer...sbb klu dlm dunia realiti,rasenye x mgkin org mcm tu dpt keje..susah yg teramat...sy phm,ini hnye cerpen tp logik pon pntg jgk...wslam..maaf ye klu trase..bleh pbaiki lg idea tu..gud luck

    BalasPadam
  15. ermmm..sy pun pelik..
    pompuan 2 mengamuk x tentu pasl..
    padhal dh terang2 silap die..
    x suka pompuan cm 2..

    BalasPadam
  16. tajuk ni same ngan tajuk novel cinta gila..
    woo...hehehe..best jugak..

    BalasPadam
  17. Erm cite mcm biase sgt.. xmenarik pun.. mcm boring sikit

    BalasPadam
  18. bez r cte nie....
    sweet glew.....
    i luv it....

    BalasPadam
  19. nice story..bila nk sambung nie???huhuuhu

    BalasPadam
  20. plik la si naili ni,dh slh die yg nk curah air tu nape...
    selalunya kalau org x dpt kerja mane ade sampai curah air teh...
    ingatkan nk minum air tu rupa2nye nk curah kat encik zarul...huh........but, for the writer keep it up....

    BalasPadam
  21. urm,quite good..but ppuan 2 kurg beradap r..papepun, jln citer ni okay lar...best...xsbar nk tggu smbungannya

    BalasPadam
  22. ni cerpen...so xde la sambungannya

    BalasPadam
  23. baik minum air teh tu..mungkin cerpen jadi lg menarik..tak payah nak curah2. sori la, sekadar brkongsi pendapat. pepun, nice story.

    BalasPadam
  24. best2x...tp ending die xpower la..
    can tergantung jerk..

    BalasPadam
  25. citer ni mmg best & gile2.....klu ble smbung lg best....huhuhu

    BalasPadam
  26. bez la cter nih..
    memang klakar cter die..
    layan la..klu smbg lg cter die,mst bez gler la..

    BalasPadam
  27. hmm.. writer sy rse cite awk ni smetime mrepek n smetime tu okey larh gark.. ade part2 yg sy rse mngarut larh..jln citer awk seolah2 cam di alam fantasi.. over siket.. myb awk bley perbaiki lg coz cite awk bley thn r best gark.. ending citer awk ni cm trgntung n x menarik dan membosankan.. dr segi ayat bm & bi okey.. no prob.. urm pape pon all da besh to u ALI.. try to improve ur story to make it more crazy, fun and interesting..

    (sory larh klu komen sy niey wt awk trase.. sy stakat nk beri komen spaye awk bley menghasilkan citer yg mnarik..)

    BalasPadam
  28. sweet..simple je cte dia
    n senang faham..
    best sangat2..

    BalasPadam
  29. bagus cerita ni.sambung la lagi.

    BalasPadam
  30. best r citer ni.klu smbg jd novel best gak.mcm x ok je hbs kt sini.klu de mase smbg lg ek.nice try.gud luck.

    najwa rawi
    adriena_25@yahoo.com

    BalasPadam
  31. ade smbgn kew???

    BalasPadam
  32. ni cerpen r.. mne ade smbungan doh..

    BalasPadam
  33. salam ali..
    gud idea..
    so kalo cerpen pn..leh je cntinue..
    make it more intresting..
    keep up a gud work..
    niya1501@yahoo.com

    BalasPadam
  34. salam...
    tol tu...
    cerpen pon leh jew sambung...
    tukar lerr jd novel..
    hehehehe
    best ler...
    nk thu sambungan dye...
    (:

    BalasPadam
  35. wow . nice cerpen . besh bangat . first time bace bace cerpen sampai habis kat penulisan2u nih . before dis selalu baca sekerat jer . keep in on writing oke . ade bakat untuk jadi penulis . good luck .!! =)

    BalasPadam
  36. lawak gila!but,tk sesuailah dengan tajuknya.knapa tk buat tajuk lain.ini de ke cinta gila.tk sesuai langsung!

    BalasPadam
  37. waaaa.....bestnye.........

    BalasPadam
  38. mula2 tu okey la..tp,part last sekali cm tergantung jek..xbeshlah...baru jek nak naik feel...pape pum overol ok lah...nice try..

    BalasPadam
  39. cerita tlalu kelam kabut.
    kalau dipanjangkan sikit citernye mesti best.
    emm,,ptotnye u cite la betapa si naili ni b'cite-cite nk keja kt senirama tuhh..

    BalasPadam
  40. best le....
    ade wat cite lagi tak??
    lau ade,tjuk pe yekk??

    BalasPadam
  41. hi my readers,

    thanx sbb sudi baca my first ever cerpen! yuhoo... saya belum berkesempatan utk menghasilkan second cerpen... sbb kekangan masa. hopefully saya dpt menghasilkan sesuatu pada masa yang akan dtg. (aLi)

    BalasPadam
  42. best....suker nyer....hehe

    BalasPadam
  43. hmm...
    cpatkanlah tmbh
    mnariklah

    BalasPadam
  44. nice one . ilove it :D tapi cam pendek la .. apa jadi dekat naili and zarul tu ? but however , best :D

    BalasPadam
  45. sy xbrape minat la ngan watak naili ni coz da la mgamok x tnt2 psl kt ofis encik zarul 2.. then trus declare if dia n imran ade ape2... pdhal bru je knl x smpai 1 ari.. cm gelojoh je cte ni.. rsanya penulis should create somthing yg more interesting n logik dek akal.. anyway.. nice try.. ;)

    BalasPadam
  46. Tanpa Nama5/2/10 12:02 PG

    cite ni mmg nmpk cam ngarut
    smbgn untuk wat cite ni , trus bhubungn pun ..klu bly cube mantapkan sket...
    agak bosan cuz klu ni mmg cite fantasi, bley diterima gak, tp cuz ni ad unsur2 high clas cam hign edu...so, x bes r klu jalan cite die cmn
    so, perbaiki lgi ..supaya kesinmbungn cite n fakta2 lbh relevan n matang

    BalasPadam
  47. best citer nie...part curah air tu....x per...tu idea besa kan...next time do the best...

    BalasPadam
  48. orait......
    from:bdk baek... punya

    BalasPadam
  49. yg part curah air kt zarul 2 mmg lar cam x logik cket... tp bg sy cite ney da oky cme pndek sgt lar.... ending dye pon cam x wape bez n tergantung... klu leh,,next time wat lar ending yg lbh pnjg n mnarik cket... nway gud job 4 wrter...huhu

    ****yuyu****

    BalasPadam
  50. nice tp not hepy ending n xgmpak ar ending dia

    BalasPadam
  51. cte nie best but ending die tk bert la..cm t'tnye plak ape jd ble die kje kat stu,ape hubungan die dgan imran 2 nanti........

    BalasPadam
  52. best citer nie..
    keep in touch

    BalasPadam
  53. Tanpa Nama1/4/10 8:54 PTG

    knp lah x ade ending yer...bosan lah..cube lah abis kan cerita yer

    BalasPadam
  54. pelik ar....de ker terpijak siput babi...emmm.. bute ke ape... x pandai pakai heel ker?... dah tuh fresh graduated from paris... kurang ajar...dapat kerja lak... xmatured lgsg... sori...xlogik..

    BalasPadam
  55. Tanpa Nama8/5/10 9:58 PG

    bab curah air tuu mmg x msuk akal laa..
    ntah pa-pa dia mau bgitu... masalahnya pun bkn tragik sgt.
    n bab bunyi kaca pecah tu.. i ingatkan nada dering msg ker.. nie bunyi siput babi kena pijak plak..pelik.. smpi klcc siput tu melekat kat kasut dia..

    BalasPadam
  56. Tanpa Nama18/5/10 1:46 PG

    best2...
    so sweet..
    tp knpe tjuk die 'cinta gila'?
    xfhmla....
    tp mmg nice story..

    BalasPadam
  57. Tanpa Nama20/5/10 4:21 PG

    best cite ny..like=)

    BalasPadam
  58. citer die pelik lah..bab simbah air tu mcm tak kene plak pasal rase nyer encik zarul tu ckp dgn baik what!! pastu poerempuan ni pon mcm pelik jer baru knl dag bole fikir pasal kahwin ngan adik encik zarul tu kan..tp kalo panjang cikit die myb ukey lah kot pasal cerite die tersgt lah tersangkut..

    BalasPadam
  59. Tanpa Nama7/6/10 2:48 PTG

    salam
    cerita ni lawak...
    but the girls is too much..
    kalo buat pompuan yg agak femini n sopan - santun
    maybe ok kot..
    rasenye x de lg pompuan simbah air
    for her first interview...
    but...
    apapon ...
    tahiah..
    terhibur membacanye..
    seterusnye..
    good luck..


    .... lyn ....

    BalasPadam
  60. errmmm.not bad...tpi x dpt nk fham motif dye...n part ending mcm x ok cozcam t'gntung..sory coz t'lalu honest..

    BalasPadam
  61. xsuka.....cerita ntah paper2...hahahaah

    BalasPadam
  62. Tanpa Nama11/6/10 4:42 PG

    knape mcm tergantung je?tp best la..keep it up

    BalasPadam
  63. simple story..nice!tp mmg ada yg pelik,idea curah air teh kt bj 2 not gud laa.lain la kalo zarul adam 2 bt xelok kt die br la naili 2 ptt melawan.then kasut dier penuh gn lecak trs p beli kst baru.Woww.dasat.Scra logiknye ptt cuci gn air jela.tp xpela sy phm,myb penulis nk wat spya naili bertemu gn imran.then,die terpijak siput babi...huh,xkan la selama berjalan 2 boleh xterasa lgsg ada benda kt tapak kst...pelik2.... tapi okla,teruskn usaha.

    BalasPadam
  64. Erm cemnie jer cter nyer...rasanya u blh buat baik lagi....walau apa pun tahniah idea u "fresh"

    BalasPadam
  65. SERIUSS best gilee storyyy neyy (:
    I LOVE it -,-

    BalasPadam
  66. Tanpa Nama1/8/10 2:45 PTG

    best tp plik part curah air teh kt bju...mcm x logik...truskn usaha~

    BalasPadam
  67. jln cte okey la tp kn mcm tulis blog jeh..

    BalasPadam
  68. little_miera31/8/10 6:32 PG

    emm bez sgt99..aku suker cite ni..arap writer dpt wt cter cmni lg, laen dri y laen...sweet..

    BalasPadam
  69. nice story...tapi xkn x prsn trpijak siput babi kot em...x logik

    BalasPadam
  70. best lah cite nie..
    so sweet.. hehehe..
    tapi mase interview..klau kite buat mcm tu..
    ade ke owng nak ambik kite keje lagi..
    pelik je..
    anyway.. i luv this writing..

    BalasPadam
  71. bezz gk cter ney... semp0i jerkk... ggud j0b writer..
    WELL DONE...!!!

    BalasPadam
  72. hoho

    best kodd :)

    BalasPadam
  73. ad bakat w0o..

    troskn menulis oke :D

    BalasPadam
  74. mcm tergntung je cter ney..tp nice try..

    BalasPadam
  75. actually sye x phm

    BalasPadam
  76. citer nie, mcam x der ending.... mcam trgantung jek.... klaw tmbah cikit ag, okey kot

    BalasPadam
  77. ahaha. nice la citer ny.
    teruskan usaha k.

    BalasPadam
  78. best gak...p x logik ah tibe2 je nk mngamuk!!!!!!!!!!!1

    BalasPadam
  79. klu ye pun nak wat cter tp x logik le nak curah air ms tmdga..xdpt say thanx jela..but gud try..nice jer..

    BalasPadam
  80. boring..

    BalasPadam
  81. Faizura Fadzil2/12/10 2:28 PTG

    tegantung loh . uh .
    siput babi .
    heee , ;D

    BalasPadam
  82. cute j cite nih..if blh smbg lg pn bgs..huhu!

    BalasPadam
  83. bez..keep it up!

    BalasPadam
  84. wohoo..nice lah
    best3,keep it up k! :)

    BalasPadam
  85. part yang curah air2 memg xkena...1 lagi...ending x best langsung...

    BalasPadam
  86. ingtkn i sorang yg xbkenan ngan part curah air tuh..
    neway..pbggunaan n ssunan ayt ok

    p/s : cinta tak gila..tp org yg bcinta tuh yg jd gila.sapa agree angkt tngn!hehe

    BalasPadam
  87. Tanpa Nama1/3/11 9:53 PTG

    tak pham lah citer dia............ape nie.....

    BalasPadam
  88. Tanpa Nama5/3/11 10:35 PG

    best giler cite ni.first time bca cite yg lwak cm nie..

    BalasPadam
  89. xbrapew faham citernya..
    cbew mncari dimana 'gilanya cinta'2??
    coz dorang mseh bkwn..
    not sure for bcinta..
    pperpon nice job..
    jln citer mnarik..
    cmew kmbangkn idea n pnjgkn cerite spaya nmpk kgilaan cinta dlm story ni!!

    BalasPadam
  90. aik .ending ?? .g2 je ker ?? .
    cter best .juz lgie best lau smbg ckit ag.
    ~@~afie

    BalasPadam
  91. ehm....camtu jer??
    ade plak nk interview keje camtu pnye bruk prangai.....hahaaa
    baru jmpe trus nk kawen ngna zarul imran tu....
    xcukup wat research nih.....huhuuu

    BalasPadam
  92. k la 2...mcm bes je lau byk kbtulan n jd kt ak...
    igt kn die ng zarul...

    BalasPadam
  93. Tanpa Nama4/4/11 4:07 PTG

    menarik cter ni..kelakar pon ade gak..keep it up!~~

    BalasPadam
  94. Tanpa Nama21/4/11 4:36 PG

    alahai...biase je pn...

    BalasPadam
  95. best citer ni but yg x logik nye nape zarul adam x mrah2 pun? x kisah la.. best citer ni... gud try!

    BalasPadam
  96. kelakar ar jgak,,,nice try,,

    BalasPadam
  97. sweet acik lu......ctew dy agk srbowt laa..then xdew the end..so bored but gud try

    BalasPadam
  98. syokla tp ada part2 yg xlogik.psl curah air tu n baru ajk lunch,dah angan2 drg dah kawen

    BalasPadam
  99. perrhhh best abes!! harap2 ada sambungan lah. keep up , writer!! aLi, right? sambung2.. yepp..

    BalasPadam
  100. tak est pu citer ni mcm budak budak

    BalasPadam
  101. gila org tu ckp tk best novel kau tu bagus sangat ker

    BalasPadam
  102. bagus lh dari kau stipd

    BalasPadam
  103. sowi for this bad komen but irasa cite nieyh gantung larh..
    x menarik...
    sowi~

    BalasPadam
  104. Tanpa Nama5/8/11 1:34 PTG

    xphm la pe yg cube di smpaikan oleh penulis..mule2 da ok tpi bile ending?? cmtu je? cm pape ntah..

    BalasPadam
  105. Tanpa Nama29/8/11 4:25 PG

    TAK BEST!

    BalasPadam
  106. myiez watson1/9/11 6:58 PTG

    k jerk.
    cme de bbpe yg x msk akl.

    Ending crpn nie mcm nie jew ke?

    but,pe function nye Imran? Pnuls x nk smbg ke?maybe,,, after this ley wt yg lbey TERBAEK.

    BalasPadam
  107. komen2 kt atas da cukup huraikan apa persepsi saya..cuba cipta logik n jadikan ia menarik...nice then.. :)
    keep it up..

    BalasPadam
  108. sblom 2 sorry sebb comment... saye x brape suke ngan sikap naili bcoz what,,dy x tntu pasal nak mgamok kat ofiz org len sebb x dapt job yg dy nak...what up..?? spatutnye dy kenelah bersopan sikit...em,, apepon citer ni bes lah jugak,,,hope dapt wat sambungnnye sebb nak tahu sangat ap kesudahan yg terjadi kat naili and imran,, good luck for your "cerpen" next time!!! k bye2..

    BalasPadam
  109. huh...langsung xpaham ap yg story ni nak diceritakan..hello!! penulis pandai ke tak nak menulis ni.. huh! very bored,, budak tadika lagi pandai lah nak wat cerpen,, series i not liar.. haha

    BalasPadam
  110. ad smbungan ke x citer nie??

    BalasPadam
  111. i thihk.. protokaol is important for sometime
    memeang best klu da sambungan nyer.
    klucepat g bagus..
    berjodoh tol kan
    zarul?????

    BalasPadam
  112. watak Naili nih macam desperate sangat nak bekerja tapi malangnya dia tak menggambarkan ciri-ciri gadis timur yang bersopan santun.supposely, watak ni patut tak terlalu ego sangat.
    anyway,..boleh diperbaiki lagik..gud try..gud luck!

    BalasPadam
  113. buatlah sambungan die please ~ citer nie bestt

    BalasPadam
  114. xske nyer pompuan ni...tetiba curah air kt org..org tu ckp leklok je..n pompuan ni cpt nyer cyer kat org xnal...xphm cter ni

    BalasPadam
  115. Tanpa Nama1/1/12 12:13 PG

    alaa..
    jalan citer dah best..
    cuba la panjangkan cket..
    nk taw apa kesudahannya

    BalasPadam
  116. Tanpa Nama5/1/12 3:53 PTG

    citer nie best ..tp knape endng die cam trgantong????????ade smbungan kew?????????

    BalasPadam
  117. ending cter nhe ape er..

    BalasPadam
  118. greed job!!! jln crita yg mnarik..best sngt2...tgah syok2 baca tup2 habis plk..uhuhhu...kalau ada smbungan mmg tmbh2 la best....good luck!!

    BalasPadam
  119. erh??? da abiz da"??? ni yg xsyok nii...

    BalasPadam
  120. seorg bkas student dri paris tp brprangai xmtg..stwu aq owg yg amek cos sni bina seowg pnybr tp nii??bnyk sgt ketdak logikkan 2 tp pnulis pndai brmain ayt, de la smngt skit tp ble nk twu endding dye cmne ttibe THE END????

    BalasPadam
  121. best la jln citer..arp2 ending pon wll be fun...

    BalasPadam
  122. jalan citernya best cuma saya tengok citerni mengisahkan ttg dirinya(Aku) tapi kadang pula cerita tentang org lain iaitu Naili...selain tu,agak tidak logik dia mencurah air teh tsebut disebabkan hal remeh..bukan terlalu menyakitkan hatinya..dan lagi ending dia tlalu awal dia berfikiran lelaki itu suaminya sedangkan mereka baru saja kenal dan belum menjadi sepasang kekasih...thanks

    BalasPadam
  123. haha, DAMN yg tak paham tu X)

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan