Ahad, Oktober 04, 2009

Cerpen : Bride & groom

Nama Pena : Loli-Shota Honey Idea : Lollipop Gurlz

Fay, budak lelaki yang ‘cool’ dan menjadi pujaan pelajar perempuan di sekolahnya. Selain daripada kacak dan ‘verstail’, dia juga merupakan pelajar contoh dan menjadi sebutan para warga sekolah. Kira dia ini budak baeklah. Tak pernah langgar peraturan. Tetapi siapa sangka putera idaman Gordon High School tak pernah bercinta. Jadi....Macam mana keadaannya semasa jatuh cinta dengan seorang pelajar baru? Meh, ikuti kisahnya..... :)


--------------------


Suatu hari dalam kelas...

Fay melukis di atas kertas tanpa mempedulikan keadaan kelasnya yang boleh dikatakan seperti pasar borang. Walaupun sudah beberapa kali jet pejuang kertas melintasi kepalanya, dia masih tak endahkan sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian terhadap lukisannya. Dia ini seorang yang obses terhadap komik dan Anime tetapi tidaklah setahap ‘otaku’.

Fay ini, nama sahaja presiden kelas merangkap juga presiden pelajar, tetapi kalau kelasnya bising tahap gaban sekalipun tetap tak kisah. Memang dia ini mamat ‘stone’ betul. Malahan dia lebih memilih untuk tenggelam dalam dunianya.

‘ Ahh! Lukisan aku bertambah great. Boleh hantar dekat Gempak ni..’ Lantas dia tersenyum sorang-sorang.

Kalaulah berlaku gempa bumi ataupun Cikgu Yuda, guru disiplin sekalipun mengamuk, dia tetap tak boleh lepaskan hobinya ketika lapang. Ada saja hendak dilukisnya. Maklumlah pelajar pintar, tak ‘study’ pun takpe...

" Fay-chan...Fay-chan...." Apple melaung namanya dari hujung kelas. Semua pelajar memandangnya hairan.

" Heh..Heh...Apasal korang tengok aku? Relaks suma...Gimik ajerlah.." katanya sambil menggaru kepala.

" Ko ni memang capublah!" Fay memandang Apple yang semakin menghampirinya.

Apple tersengih, " Ko tak tahu lagi ke camner kawan baek kau yang cun melecun ni. Capub, biasalah ....."

Fay mencebik. Cantiklah sangat...Tumpuannya kembali kepada kertas yang dilukisnya. Apple terlopong, kagum melihat lukisan Fay. Dengan nakal, dia menarik kertas itu dari genggaman kawan baeknya itu.

" Weyh!! Lukisan akulah....Bagi balik!" Fay merampasnya semula.

Apple tersengih kembali, " Ko ni banyak betul speselnya. Lepas graduate sekolah nanti, ko bley jadi macam-macam. Dengan rupa ko yang macam prince charming, ko bley jadi model yang femes. Dengan otak ko yang bergeliga tu, ko bley jadi saintis yang bley dapat anugerah nobel. Dengan bakat ko yang terer melukis, ko bley jadi kartunis hebat. Bley keje dekat Gempak. Bestnyer.....Kalau aku jadi kau, of coz kaya hidup aku..." Apple membayangkan wang yang banyak menari-nari di hadapannya.

" Tak payah ko susah-susah berangan jadi akulah....." Fay menggeleng. Ada-ada saja Apple ini. Memang minah tiga suku betul.
"Apehal ko cari aku?"

Apple tersenyum, " Akhirnya ko tanya aku juga, ye!" Lantas, Apple menarik kerusi lalu mendudukinya. Betul-betul bertentangan dengan Fay! Sudah pasti ramai yang cemburu.

" Kita dah lama best friend. Dari kecil sampai besar kedabak, asyik kepit dua orang jer. Kadang-kadang aku terfikir...." Belum sempat Apple menghabiskan kata, Fay merenungnya. Tajam!!

"Straight to da point, plez.... Tak payah dok kona-kona," Apple menggaru kepalanya yang tak gatal.

" Peh... Dah keluar loghat nampaknyer. Ko macam tau-tau jer apa aku nak kata sebenarnya!"

Apple menarik nafas, " Sebenarnya macam ni, tadi aku...."

Fay memberi tumpuan terhadap lukisannya seolah-olah tiada sesiapa yang bercakap dengannya. Apple memandangnya geram. Lantas, dia menepuk meja Fay dengan kuat.

" Tadi kata nak dengar. Sekarang ni buat derk jer. Ko dengar tak apa aku cakap?"

" Ake dengarlah, ngok.." balas Fay tak berperasaan. Apple merengus geram. Macam cakap dengan batu sajalah kalau cakap dengan mamat ‘stone’ ini.

" Yelah..Yelah..Aku straight to da point jer bro. Ni aku nak gitau, ada awek cun baru masuk kelas aku tadi. Ko tak nak cuba-cuba ke? Don’t worry..aku rasa dia tu cun sikit daripada aku jer.." kata Apple dengan ceria sekali.

" Tak!" Seperti ada guruh yang mengiringi kata-kata Fay. Mata Apple terbuntang!

" What! Again! Masuk ni dah 365 kali ko kata tak sama dengan hari-hari dalam setahun tahu tak. Takkan ko tak nak bercintan sekalipun. Eh silap! Bercinta. Ko jangan bro...."

Fay sekadar mencebik. Apple menyentap bibir dengan geram. Walaupun tindakan mendesaknya agak ‘busy body’ tetapi niatnya hanyalah ingin menolong rakan baeknya itu. Alahai Fay... ko ini memang menyedihkan.

"Ah! Aku tak kira. Balik nanti, masa tido tu ko fikir elok-elok. Awek cun jangan ditolak. Pastu, kalau ko setuju ko call aku. No problem... demi ko aku sanggup mencemar duli menolong," Apple menepuk bahu Fay sebelum mengorak langkah beredar. Fay termenung sendiri....


---------------------


Selepas sekolah.....

Hujan yang lebat telah membasahi bumi. Dari jauh, Fay berlari pantas ala-ala pelari pecut ke arah ‘bus stop’. Pakaiannya habis basah kuyup tetapi langsung tak menenggelamkan imejnya yang kacak. Seperti kata orang, air tak bisa mencederakan lelaki kacak. Dia mula menggigil kesejukan.

‘ Nampaknya hujan makin lebat...’

Dia menunggu bas dengan sabar dan ‘cool’. Baginya, sabar separuh daripada iman. Tergesa-gesa tak baek untuk kesihatan kulit mukanya. Apehal pula dengan kulit muka?

Walaupun sudah 10 minit dia berada di ‘bus stop’ itu, barulah dia menyedari dia tak keseorangan. Terdapat seorang gadis yang berambut panjang yang perang serta lurus di hujung bangku. Ternyata, gadis itu sama sekolah dengan Fay. Ini yang menyebabkan Fay tak senang duduk.

‘ Nak tegur ke tak nak? Kalau aku tegur nanti dia fikir aku nak ngorat pula...’ Fay menggaru kepala.

‘ Kamonlah. Kalau ko tak tegur tak manis. Tak pasal-pasal ko kena cop sombong pula’ Ada suara lain yang menghasuti.

Fay menggangguk lalu bingkas bangun dan berjalan mendekati gadis itu. Kerana menyedari dirinya dihampiri, gadis itu berpaling.

Fay dalam keadaan ‘control macho’ tersenyum lalu menghulurkan tangannya.

" Fay"

Gadis itu membalas senyumannya, " Eva". Tangan mereka bertaut. Fay terpesona.

Dengan rasa kekok, Fay duduk di sebelah Eva. Gadis itu sedikit berganjak.

" Saya tak pernah tengok awak. Awak baru lagi ke di Gordon? Maaflah kalau saya menyibuk sebab saya ni presiden pelajar," Fay berkata tanpa memandang gadis itu. Agaknya dia malu pada Eva.

Eva berpaling, " Ya! Saya baru masuk tadi. Orang di sini peramah, kan! Sekolah saya sebelum ni tak seperamah ni. Tak sangka seronok juga sekolah di Gordon." Tanpa disuruh Eva ramah bercerita. Fay sekadar menggangguk.

" Jadi, yang nilah awek yang Apple kata! Cantiklah..." perlahan Fay berkata.

"Awak kata apa?"

" Eh, takde apa-apa. Awak tinggal di mana?"

" Dekat jer.. Saya tinggal dekat-dekat dengan Caramel Theater."

Dari tadi lagi Fay asyik menggangguk. Agaknya Fay sudah dijangkiti dengan penyakit burung belatuk. Dalam masa 30 minit di ‘bus stop’, mereka rancak berbual sehingga tak menyedari kedatangan bas. Hmmm .....Fay, kata nak tegur saja. Nampaknya, Fay sudah membuka langkah.

----------------------


Di rumah Fay......

Sejak 10 minit yang lalu Fay telah berbaring santai di atas katil. Kerana asyik memikirkan Eva, dia langsung tidak menyedari Apple di dalam biliknya.

" Fay-chan. Ko tengah ingat dekat saper? Aku, ke? Maaflah, tadi aku ada latihan drama. Tak sempat kita balik sama-sama. Mesti ko rindu kat aku" Apple sedaya upaya membangunkan Fay daripada pembaringan. Aduh! Berat betul mamat nih..

" Ko makin beratla. Baper kilo ko ni?" Fay sekadar mengangkat bahu.

" Camner ko bley ada di sini? Kacau line aku jerlah"
" Sampai ati ko kata dekat aku yang baek ni. Rumah kita kan sebeleh-menyebelah. Aku seberang sajalah. Ape susah!"


Dengan rajinnya, Apple mengemas bilik Fay yang bersepah-sepah. Sebijik macam tongkang pecah. Nampak saja Fay ini perfect, tetapi pemalas tahap gaban. Dalam diam Apple mengutuk Fay.

" Ko tak sedar ke kita tinggal tingkat 13. Kalau ko jatuh aku yang susah..." Fay hanya memerhati Apple mengemas. Itulah sebab dia sayangkan Apple. Walaupun Apple agak menyibuk, sikap Apple tak ubah macam kakak yang cukup rajin.

Apple memandang Fay dengan mata yang bersinar. " tak sangka Fay bimbangkan aku. Sayang ko Fay" Apple merangkul tubuh Fay.

" Saper kata? Aku cuma takut orang tuduh aku tolak ko jer." Balas Fay tidak berperasaan. Apple meleraikan rangkulan.

Baru saja Apple ingin merengek dia terlihat sesuatu di atas katil Fay. Ia merupakan sebuah lukisan yang cantik.

" Bro, ni saper?"

" Saper yang ko tanya?"

" Dalam lukisan ni. Macam kenal jer..."

Terbeliak mata Fay melihat lukisan Eva yang dilukisnya sebentar tadi di tangan Apple.

‘ Habis la aku’ Fay meneguk air liur.

" Kejap...kejap. Ini bukan ke Eva, awek baru kelas aku? Macam mana ko tahu muka die? Jangan-jangan ko......."

Apple terlopong mengenangkan apa yang berada dalam fikirannya. Fay mula berpeluh.

Dengan ‘cool’ dia membalas. " ngok!" sambil menolak kepala Apple. " Aku tak buat apa-apalah. Terjumpa dia kat bus stop tadi, tu jer. Ko jangan fikir lebih-lebih. Berangan jer lebih ko ni"

Apple tak mempercayai kata-kata Fay. Baginya Fay telah jatuh cinta pada Eva. Kalau tak, masakan Fay melukis gambar Eva dengan cukup jelas. Dalam diam dia memasang rancangan.

" Yelah...yelah... Aku percaya cakap ko. Aku nak gi tolong mak ko masak makan malam. Mak aku takde kat rumah. Harapkan ko alamatnyer lambatlah mak ko masak..." Apple bingkas bangun dan beredar keluar.

Fay mengeluh lega. Fuh.....

Sementara itu, di sebalik pintu....

" Hello...Eva. Ini aku, Apple. Esok bley kita jumpa? Emm....dekat Great Cinema..pukul 10.30 pagi bley? Okey, thanx! Bye...." selepas akhir perbualanya dengan Eva, Apple tersenyum gembira. Nantilah ko Fay. Berbahagia esok!!!

---------------


Di Great Cinema......


‘ Mana Apple ni? Kata nak tengok wayang dengan aku....’

Fay memundar-mandir sorang diri di hadapan Great Cinema. Orang ramai yang lalu-lalang langsung tak mengendahkannya. Kalau ada orang lain yang menyedari sekalipun, pasti mereka katanya gila kerana bercakap sorang diri.

Kerana sibuk merungut sorang-sorang, dia tak menyedari langsung bahawa dia didekati seorang gadis cantik. Yang pasti bukannya Apple.

" Awak pun di sini..." dengan suara yang lunak, gadis itu menyapa. Fay berpaling.

Fay hampir ternganga,

Tubuhnya beku,

Mulutnya kelu,

‘Gila! Macam mana Eva ada di sini?’

" Macam mana awak bley ada di sini?" walaupun dalam kekalutan dengan ‘cool’ juga dia bertanya.

" Apple ajak saya ke sini... Awak pula?"

Dahi Fay berkerut hairan, " Apple jugak yang ajak saya ke sini. Jangan-jangan....." dia berhenti berkata setelah seorang lelaki yang dia cukup kenali mendekati mereka.

" Fay..Eva..ada surat dekat korang. Good luck,ye! Jangan bimbang I keep this secret." Kata Takeshi, teman lelaki Apple sebelum melangkah pergi. Dari jauh, Apple melambai ke arah mereka lalu memaut lengan Takeshi.

"Kenapa Apple tak datang ke sini, Fay?" tanya Eva hairan.

"Entah. Saya pun tak tahu. Em...Biar saya bukak surat ni dulu," Eva menggangguk.

Fay-chan,

Good luck for ur love relationship. Aku kasi ko tiket wayang. Don’t worry. Free of charge. Eva, jaga adek aku elok-elok. Dia ni cool tau. :)

Apple yang comey.....

" Baeknya dia bagi awak tiket wayang free....." kata Eva ceria.

" Emm...Aaa...Awak nak tengok dengan saya?" gugup Fay bertanya.

" Why not? Jom!! " mereka berjalan bersama masuk ke dalam pawagam.

--------------------






Sepanjang perjalanan pulang...


Sepasang kekasih berjalan bersama. Dari pemerhatian orang, pasti mereka katakan mereka sedang hangat bercinta. Sejak tadi Fay masih belum lepaskan tangan Eva. Emm.....Nampaknya persepsi Fay terhadap cinta sudah berubah.

" Fay....."

" ya, Eva...." dengan romantisnya Fay membalas.

" Kuatnyer genggaman awak!"

Dengan pantas, Fay meleraikan genggamannya. " Opss..Sorry kalau awak tak selesa"

Eva menggeleng, " Taklah. Selesa saja."

" Emm....Saya tinggalkan awak di sini,ye!" kata Fay lalu tersenyum.

Eva menggangguk lalu berpaling. Sedia untuk melangkah pergi. Fay melakukan perkara yang sama. Setelah jauh melangkah baru dia tersedar akan sesuatu.

" Eva!!! Sudi tak awak jadi pasangan saya masa malam prom nite?" laung Fay dengan kuat. Eva dengan mata berkaca menggangguk senang.

Maka, mereka dua orang berpisah. Nampaknya Fay semakin serius sukakan Eva. Tetapi bagaimana pula dengan Eva?


-------------------



Malam Prom Nite.....

Semua pelajar perempuan bergosip-gosipan setelah melihat kekacakan Fay dengan sut hitamnya yang menawan. Ditambah pula dengan kecantikan Apple di sini bersama-sama gaun merah maroon yang cukup indah. Antara mereka banyak yang cemburu dengan keintiman mereka berdua kerana menyangkakan mereka sepasang kekasih. Apa-apa sajalah asalkan hubungan Fay dan Eva masih belum terbongkar sebelum masanya tiba......

" Ko tak ajak Takeshi datang ke Apple? Suma girls pandang ko pelik jer. Aku takut jadi apa-apa kat ko jer." Kata Fay tanpa memandang Apple sekalipun. Matanya meliar mencari kelibat puteri idamannya.

" Dah! Ko jangan risau. Suma akan settle kejap lagi. Apa yang perlu ko buat ialah terus berlakon. Bila masanya tiba ko buat apa yang kita rancang." Balas Apple sambil tersenyum manis. Sengaja dia memaut tangan Fay dengan lebih erat.

" Ko jangan pula tercari-carikan die. Die datang dengan Takeshi. Relaks sayang" sengaja Apple tekankan perkataan sayang semasa gadis-gadis peminat Fay melintas.

Gadis-gadis itu menjeling marah ke arahnya. Tanda tidak puas hati. Apple tak endahkan langsung jelingan mereka kerana sudah biasa.

Suasana dewan yang riuh rendah bertukar sepi. Semua orang tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Ya, seorang bidadari di kalangan manusia sedang berjalan memasuki dewan. Hampir semua lelaki melepaskan kekasih mereka kerana terpegun dengan kecantikan bidadari manusia itu. Dengan lagak yang ‘macho’ terhabis, Fay melangkah mendekati Eva dan Takeshi.

" Thanx Takeshi to bring my princess...."

" No problem bro." Takeshi menunjukkan ‘thumb up’ " Good luck. Berbahagia malam ni." Takeshi menepuk bahu Fay lalu melangkah ke arah Apple. Dengan penuh kasih, ( yalah itu) dia mengucup lembut dahi Apple.

Seluruh pelosok dewan tergamam. Drama ini mereka saksikan dengan penuh minat. Rupanya selama ini mereka tertipu dengan lakonan hebatnya mereka. Sebenarnya tidak. Siapa suruh mereka sangkakan Fay berkasih dengan Apple selama ini. Nampaknya putera idaman Gordon High School sudah bertemu dengan bidadarinya yang cantik.

Secara tiba-tiba muzik beralun indah dipasang. Semua pria mendapatkan pasangan masing-masing. Golongan nerd atau tiada pasangan sudah pasti di tepi saja.

Dengan bergaya, Fay melutut, " sudi tak awak menari dengan saya? Saya tak sekacak Takeshi Kaneshiro yang awak minat tu, tapi awak tak kisahkan?"

Eva menangis gembira lalu tersenyum manis.

" Awak sudi tak? Lenguh saya melutut ni....." kata Fay sengaja bergurau.

" Saper suruh awak melutut? Awak berdiri pun saya terima...."

Akhirnya pasangan ‘hot’ itu menari juga. Indah gerak tari mereka mengikut rentak lagu. Yalah kalau muzik waltz takkan nak menari tango pula. Mereka menari dan terus menari. Asyik dengan rentak mereka ciptakan. Tiba-tiba jam besar berbunyi menandakan waktu 12 tepat tengah malam.

" Jom ikut saya ke belakang dewan..." romantisnya Fay berkata. Kalau peminatnya dengar pasti cair.

" Untuk apa?" Eva bertanya. Alahai kenapa dia tanya? Ikut saja lah.

" Nanti awak tahu"

Fay memimpin tangan Eva ke belakang dewan sambil menutup matanya. Dalam kiraan dia menjatuhkan tangannya. Buat seketika Eva terpegun dengan suasana lilin yang penuh mengelilingi sebuah pondok yang dihiasi indah di bawah sebuah pokok sakura yang mekar berbunga. Mereka bergandingan melangkah ke dalam pondok itu.

" Eva.."

" Ya, Fay..."

Fay melutut untuk kali yang kedua tetapi dengan lebih bermakna.

" Eva Kimora..... Will u marry me and spend de rest of ur time wit me? After graduate?"
Eva tergamam. Tak tahu nak kata apa.

" Eva...."

" Yes....Yes.." kata Eva. Pantas.

Dengan gembiranya, Fay meraih Eva ke dalam dakapannya. Perlahan- lahan wajah Fay menghampiri wajah Eva. Bibir mereka hampir bercantum. Satu.....dua.....dan ti.....
-------------------


"Fay....Fay....bangunlah sayang. Nanti lambat kamu pegi sekolah. Bangun cepat..."
Kedengaran suara Puan Yukiko pada pagi yang segar ini. Fay mengesat matanya.

"Mak? Macam mana mak bley kat sini? Mana Eva saya?" dahi Puan Yukiko berkerut. Nampaknya anakku masih mamai.

" Eva mana pulak ni? Awek baru kamu ke? Wake up honey..... Nanti kamu lambat ke sekolah..." Kata Puan Yukiko sebelum beredar.

Fay bingung. ‘ Kalau aku bermimpi, kira Eva tak wujudlah. Nasib baik! Gila! Hampir saja aku nak bercium dengan dia. Mintak-mintak mimpi saja.’

Fay tersenyum. Fikirnya untung saja tak berlaku kejadian itu. Lalu dia bingkas bangun ke bilik air untuk bersiap.

---------------------


" Fay! Pengetua nak jumpa dengan kau.." kata Keiji sebelum menduduki tempatnya semula. Fay hairan. Jarang pengetua mahu berjumpa dengannya.

Fay bingkas bangun dan berjalan ke bilik pengetua.

" Pengetua mahu berjumpa dengan saya?" tanya Fay setelah berjabat mesra dengan Tuan Sato. Mereka menduduki sofa.

" Ya. Saya mahu kenalkan awak dengan pelajar yang baru sahaja masuk ke sini kelmarin. Lagipun dia tu anak buah sya. Memandangkan awak ni ketua pelajar, saya nak awak bertanggungjawabkan untuk kenalkan sekolah ini kepadanya." Dengan gaya yang berkarisma, Fay menggangguk. Tugas yang ‘simple’ masakan dia tak boleh buat.

" Awak tunggu kejap. Saya nak panggilkan pelajar tu." Tuan Sato melangkah keluar.

Selama 5 minit Fay menunggu bosan. Matanya mula meliar memandang bilik pengetua itu.

‘ Mewah jugak bilik ni!’ hatinya memuji.

Tuan Sato kembali dengan seorang gadis di sisi.

Fay terlopong,

Eva terkejut beruk,

" Awak!!!" serentak mereka berkata. Tuan Sato pula terkejut.

" Nampaknya kamu berdua dah kenal. Senanglah keja awak Fay!" kata Tuan Sato lalu menepuk bahu Fay,

Dengan matanya yang terbeliak Fay berkata, " saya tak mau jadi pengantin awak.."

" saya jugak!!"

Rupa-rupanya semua ini adalah mimpi. Tetapi mereka bermimpi mimpi yang sama. Nampaknya mereka ada chemistry. Jadi, bolehlah meraka gitu-gitu, kan!

49 ulasan:

  1. wauuuu.....romantiknya.

    BalasPadam
  2. xt'kata....usaha lg

    BalasPadam
  3. nina tergelak gler..n serius ley wat release tension time tgh gler nk exam nie...

    BalasPadam
  4. citer jepun ker...

    BalasPadam
  5. erm ntah le....agak x logik gak cite ni...
    and x bape pham jlan cite...
    pape pon gud luck writer...cube lg ye...

    BalasPadam
  6. lol...writer ni mesti dh addicted ngan komik gempak..baca caremal theater ea? lol..i pn ske siri tu..

    BalasPadam
  7. best...keep up,writer!

    BalasPadam
  8. best arr cita ni...
    walaupun mcm x logik.
    thnx writer.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama6/10/09 1:14 PG

    anime..anime..anime..sweet kot..sy ske jer..
    terbyg wajah fay time prom nite tu..haha..wajah x lain x bukan..ehemm..hehe

    -miss_purple-

    BalasPadam
  10. pergh..nme x bley bla..eva,fay,takeshi..
    x bpe best r...wat cte laen lg ye wrter..
    x yah la trkut sgt anime...jdk pelik..
    kre x logik r..

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama7/10/09 9:36 PG

    xbest langsong...
    ntah ap2 ntah...
    bweeeek...

    BalasPadam
  12. adoi la..pening kepala makcik bc.huhuhu

    BalasPadam
  13. not bad..

    -Dzilda-

    BalasPadam
  14. sengal doe
    but still ley layan

    BalasPadam
  15. ???????????????
    xsedappppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  16. erm..pengaruh komik byk ni.. ;)
    xpe2..igt sng ke nk interprate citer komik/anime dlm bentuk ayat cam novel n cerpen ni? sbb dia komik, yg x logik pun jd logik je..yg membaca pun tua muda kecik besar lyn je..bile jd ayt camni, mmg bekerja keras jgk la nk phm citer..terpaksa lyn cam anime jgk la..hehe..
    tp apa2 pun, adik usaha lagi ea.. jgn terlalu 'komikkan' cerita..org fhm komik melalui gmbrn lukisannya, tp org fhm novel n cerpen melalui idea n cara penulisannya..work hard lg k dek..nice.. \(^_^)/

    BalasPadam
  17. i pown gle anime gak!!
    i ske tukakan bnd skliling dgn anime n lukis gamba2 anime..but not otaku k!
    haha..whateva..anyway..
    next time make it more intrsting n easy 2 understand..
    gud luck writer..

    BalasPadam
  18. cerita xbest

    BalasPadam
  19. ok la..
    tp ending ea pning cket..
    huhu

    BalasPadam
  20. sedap cerita boleh smbung lagi tak,best..................

    BalasPadam
  21. Issabella Elaine17/10/09 1:29 PTG

    Actually i dun really understand the story.. Its too complicated!! But its stil ok.. Cheers!!

    BalasPadam
  22. cter ok....tp ending dye xphm r

    BalasPadam
  23. ahaks! thanx a lot bout all comment...i will improve...

    BalasPadam
  24. pelik...

    BalasPadam
  25. ayat skema sgt..

    BalasPadam
  26. tak best langsung...sorry..

    BalasPadam
  27. boring n not interested...
    but nice try...
    try again
    do the better than this...
    gud luck...

    BalasPadam
  28. hmm..
    ngAtkn applE 2 hErOin...
    frUst nyEr..
    pminAt kOmik+kOrEA ek??
    nOt intErEstEd r..
    try agAin

    BalasPadam
  29. cik writer oii...boring la citer ni

    BalasPadam
  30. haha.
    kartun giler criter nie.
    byk ta logik.
    mcm org brangan pnye criter.

    BalasPadam
  31. ni mcm citer org yg berangan jer..

    BalasPadam
  32. erm,,nmpk cm writer
    terlalu berfantasi,,then sepatutnya,,
    writer kne tnjolkan moral value,,
    walaupn,,,dy pnye plkon non muslim sekalipon,,

    memg nvel @ cerpn nih sekadar cerita,,tapi,,sbgai writer,,ap2 yg ditulis,,akn mmpgruhi mnda ssorg,,
    sbb skrg nih,,bdk sk rndh pon bce nvel @ crpn nih,,
    myb ni slh 1 sbb,,budk2 skrg lbh mmtgkan ksronokkan hdp,,
    sbb dyorg terdedh pd bhn pmbcaan yg kurg baik

    BalasPadam
  33. ho ek leh.. gerenti ko banyak bacer komik ni..
    siap ada kun, chan, sama otaku plak tu.. emnde ni bro??!! p.. klah wat ringan kn kepala aku yg sedia ada berat nih.. fufufu...


    regards,
    alexander dhani

    BalasPadam
  34. mcm adaptasi dari komik je..hehe

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama3/8/10 3:25 PTG

    den ni xfhm apo2 pon.. cian kat den..huhu

    BalasPadam
  36. lawak giler lepas stres tau nk dekt exam ni

    BalasPadam
  37. kalau untk lpskn stress..citer ni bgus la..tp ni lebih kpd komik la..hehehe..

    BalasPadam
  38. hahaha~
    good jobs kalau cerita ni d'jadikan cerita anime
    kat tv..gerenti dpt sambutan..kalau d'jadikan komik pon
    mesti laris..
    saya pon kaki buat cerita2 mcm ni kalau bosan..
    apa2 pon..well done writer

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama6/3/11 5:56 PTG

    eeeeeeiiiiiii..
    xlogik toi...

    BalasPadam
  40. em,ala2 citer LE GARDENIe kluaran gempak star.
    cmew da di edit tuk versi malaysia!!
    well done writer..
    cmew ader beberaper moral value yg mcm trikot2 bdaya barat!agak xsesuai tuk bdaya timur..
    pape pon well done writer!!

    BalasPadam
  41. citer yg xmsk dek akal..

    BalasPadam
  42. Tanpa Nama14/5/11 9:31 PG

    cite ni ok je.. tpi ni suasana kt mne ek?
    jepun ke? tpi crite dh ok.. maybe penulis nk buat crite lain drpd yg lain yea.. hehe.. thumb up.. i like it! :)

    zira91

    BalasPadam
  43. releqse tension bce cerpen ni...:)

    BalasPadam
  44. Bezzz giler citer nie...leh buat sy tersenyum sorang2...sampai mak ngan ayah ingat sy nie x betul dah..anyway good job and teruskan usaha.. :)

    BalasPadam
  45. Tanpa Nama6/9/11 6:13 PTG

    sy rase cite ni dpngaruhi ngn komik lam gempak tu..tajuk dia ape ntah..xigt sgt tp asenye mermaid..klu salah sorry

    BalasPadam
  46. huhuhu..tak logik tapi besttt..........

    BalasPadam
  47. best gak ne..sy suka.apa pn yg pting ada gak daya imaginasi yg kreatif kat cite ne..tak pduli lh kalo ada kaitan ngan anime pn yg pting aku baca tak jemu..^_^
    keep it up writer :)

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan