Nama Pena : neza ismail
"umi, abi… aku sudah tak sabar untuk keluar dari ruang gelap dan sempit ini… bilakah masanya akan tiba untuk kita saling mengenal wajah dan berkongsi sayang? Aku lahir dari "eratnya" kasihmu umi dan abi. Aku lahir hasil dari cinta yang Allah sematkan dalam hati naluri insan… cinta yang sering disalahfahami oleh insan dan termasuk dirimu umi dan abi…"
"umi… ku sudah menerima "hadiah" pertama darimu walau jasad kecilku belum lagi menjengah duniamu yang kukira sangat berwarna-warni… warna-warna hidup yang pelbagai ragam, mungkin kan umi? Natijah dari "penawarmu" itu telah merencatkan perjalanan perkembanganku… tanganku tak berjari, malah denyutan jantungku tak selari… lebih malang lagi, umi tulang-tulang kakiku tak berbalut dengan sempurna."
Aku menunjukan jariku yang cacat. BUKAN CACAT!!! malah langsung tak berjari!! kejamnya hati seorang umi… kerasnya hati seorang abi.. aku menangis sedih. Cuba meraih simpati. Mungkin dari hati-hati itu masih ada lagi sifat seorang manusia… manusia yang masih lagi berstatus HAMBA!!!
"umi, aku akan menunggu saat itu… saat dipertemukan kita nanti. Akan kutuntut segala apa yang sudah kau lakukan yang terpias pada diriku, umi. Saat itu akan tiba jua nanti bi izni LLAH."
****
"arg!!! Tidak!!! Aku mimpi je tadi. Tak mungkin itu betul!!!" terasa hangat air mata Jannah yang luruh ke pipi.. pantas, tangannya diusap lemput ke perut. Perutnya makin membesar saban detik dan waktu. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Masih terlayar bayangan janin yang sudah membentuk rupa namun tak sempurna.. perasaan bersalah mula melingkari hati nuraninya. Naluri seorang uminya masih ada.
"nak, umi terpaksa…" jannah mula tak keruan. Hatinya rawan. Dicuba untuk melelapkan kembali matanya, namun gagal… sedaya mungkin cuba ditahan esak tangisnya. Bimbang andai Faqih terbangun. Dia sudah maklum habuannya andai itu berlaku.
"umi terpaksa? Siapakah yang paksa umi? Siapa? Bukankah memang itu niat umi?"
Aku menjerit semahunya. Tubuh kecilku bergetar. Menahan tujahan gelombang suaraku dan mungkin getaran rasaku sekarang. Rasa yang tajam menusuk jauh ke perdu hatiku.
Sekali lagi Jannah terbangun… matanya meliar keseluruh bilik. Mencari-cari arah datangnya suara yang baru didengarinya.
"aku bermimpi lagi? Tolong jangan ganggu aku lagi!!!!!"
"Anna, kenapa ni? dah g**a ker?
Sergahan kasar Faqih berjaya mendiamkan Jannah. Perlahan-lahan tubuhnya dibaringkan semula sambil berbisik perlahan:
"nak, jangan ganggu umi lagi…"
Mata jannah mula tertutup kembali dan mula tidur…
Aku mengeluh.. umi belum "bangun" dari dosanya. Umi belum rasa bersalah malah masih berseronok dengan jalan hitam yang telah dipilihnya. Hatiku sayu. Tersangat sedih. Perlahan kugerakkan "jari-jemariku". Kulihat bukti "murni dan tulusnya" cinta umi dan abi. Cinta yang lahir bukan kerana takutkan Allah. Bukan juga lahir dari hati yang benar-benar tulus ikhlas. Tapi, cinta yang berputik kerana nafsu semata-mata… dilampiaskan keinginan muda. Dan, akhirnya membenihkan aku…
" Ya Allah, kau berikanlah kesedaran buat umi dan abiku… kesedaran tentang hakikat cinta yang sebenar. Jalan yang sebenar-benarnya…"
****
"mana aku nak pergi ni. Balik semula? Oh no… mati hidup balik pun aku takkan balik semula. Titik. Tapi? Aku nak pergi mana ni?"
Jannah masih lagi melilau-lilau di KL Cental. Buntu. Jannah nekad keluar rumah apabila dimarahi abahnya kerana dia telah dibuang sekolah ekoran banyak masalah disiplin. Salah satunya ialah merokok.
"alah, abah pun merokok. Apa yang salahnya kalau Anna pun merokok?’ dengan selambanya Jannah melawan kembali.
Terasa kering darah abah saat itu. Di bawah kawalan kesedarannya, tangannya dihayun kasar ke pipi Jannah.. pang!!!
"Kurang ajar!!! Keluar kau dari rumah ni!! Aku tak nak tengok muka anak yang kurang ajar macam kau!!!
Akhirnya, disinilah perjalannya bernoktah sementara. Di KL Central. Kata orang, kat KL banyak kerja. Lubuk wang…
"erm,bolehlah aku kerja kat sini jer. Untuk sementara jer, kot."
Selajur, Jannah menghalakan langkah kakinya ke MacD sebelum duduk dikerusi. Penat duduk dalam bas mula terasa kendur. Jannah tak mampu menghalang matanya dari memerhatikan gelagat manusia-manusia yang singggah di cornea matanya. Tangannya mula mengeluarkan sebatang rokok sebelum disuakan kemulut dan dinyalakan api.
"fuh, lega. Da boleh hisap rokok"…
Tingkah liarnya menarik perhatian Faqih untuk mendekat. Menghulurkan perkenalan yang mula dibayangi percikan nafsu muda.
Bermulalah hubungan Jannah dan Faqih. Kebaikan yang ditonjolkan Faqih memberanikan Jannah untuk menumpang sementara di rumah Faqih. Segala keperluannya ditanggung oleh Faqih. Dalam sedar dan tidak sedar, mereka telah jauh terlanjur. Lupa pada hidup selepas mati. Lupa pada catatan yang sentiasa dicatat malaikat kiri dan kanan.sehinggalah……………….
"Faqih, Anna takut. Anna dah mengandung…"
"Anna, relax jangan panic.. kita boleh gugurkan jer kandungan Anna tu.. it’s small matter"
Patah-patah kata yang keluar dari bibir Faqih yang masih lagi beriak selamba mententeramkan kembali hati Jannah.
"betul juga kata Faqih. Itu pun aku nak takut.. apa daa.." Jannah bermonolog sendirian.
Pelbagai jenis ubat yang tertera "PEREMPUAN YANG HAMIL DILARANG MENGAMBILNYA" telah dimakannya. Pelbagai cara dan ikhtiar telah diusahakan bermatlamatkan ingin menggugurkan janin yang makin membesar dalam rahimnya, namun gagal. Seolah-olah janinnya sayang nak lepaskan pegangannya di rahim Jannah..
****
"umi, kenapa aku kau tinggalkan disini.keseorangan. tanpa pakaian. aku sejuk umi…kenapa umi? Tali pusatku belum dipotong lagi namun jasad kecilku kau semadikan disini.. umi, ketahuilah aku masih lagi bernyawa!!!!"
"umi, disini masih ada lagi yang sudi ‘membelaiku’. Walau belainya menyakitkan ku. Menyebabkan kulitku yang masih lembut ini berdarah dan menanah. Namun, kuterima andai itu sahaja yang mampu kumiliki.. terima kasih semut-semut yang sudi menemaniku disini… "
Aku cuba menenangkan diri. Tipu kalau kukatakan aku tidak takut. Kiri kananku hutan belaka. Mainan merangkap temanku hanya semut-semut api yang masih setia merayap dan "menggigit sayang" ke seluruh tubuhku tanpa berpakaian ini. Tiba-tiba mataku menangkap satu lembaga yang besar dan menakutkan menghampiriku.
"umi…. Tolong, aku tak kenal apa gerangan yang datang ke arahku. Tapi, ku dapat hidu hadirnya bukan niat yang baik.. umi…. Tolong, aku umi. Tanganku sakit. Tanganku telah ditarik kasar oleh "tamu" baruku…
"umi…. Tangannku telah habis ditelannya. Kini, tamu itu masih lagi memandangku. Belum puas agaknya menjamu tanganku tadi.Umi, aku hanya mampu menangis. Aku tak mampu berlari umi.. aku rasa sakit. Sakit yang amat sangat.."
"umi, dia datang lagi… kali ini, kakiku pula ditariknya. Dadaku dirobek kasar. Badanku diratah semahu-mahunya. Nafasku sudah dihujung nyawa, umi. Namun, ku masih menantimu umi… masihkah kau dengar tangisanku?
"umi.. aku sudah tak bernyawa lagi.. hanya tinggal kepalaku sahaja yang tidak dijamu oleh tamuku. Mungkin jadi bukti untuk dunia. Bukti bahawa aku pernah lahir disini. Aku pernah bernafas dalam rahimmu. Aku pernah dibenihkan bukan secara jalan yang benar."
"umi,aku akan menantimu disana. Ya!!! Aku akan memburumu. Aku akan menjadi saksi. Saksi atas kezalimanmu. saksi cinta terlarangmu dengan abi.."
#nota penulis:
saban hari kita mendengar berita tentang penemuan-penemuan bayi dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Di manakah nilai kita sebagai seorang makhluk yang telah Allah iktirafkan dalam Al-Quran sebagai sebaik-baik makhluk ciptaanNya? Fikir-fikirkanlah sahabat. Jauhilah pergaulanan bebas walau apa pun alasannya. ini kerana \"aku\" hadir ke dunia tanpa cinta yang tidak dilafazkan ijab dan qalbu umi dan abi. cinta yang bertunas daripada pergaulan bebas umi dan abi....
sedeyyyyyyyy...huaw3x
BalasPadamtahniah untuk penulis
BalasPadambagus....
menginsafkan
fikir2 dan renung2 kan lah.....
banyak kn lagi menghasilkan cerpen macam ni.....
cite nie bgoz sgt2 tok di
BalasPadamjdikn iktibr buat remaja pada zaman sekarang.
sdeyh!waaaaa..
BalasPadamkpd remaja2 yg masih
lalai,jdikanlh sbgai
pengajran!
teringat kes pembuangan bayi yg dimakan biawak
BalasPadamsedih ye...
menitis air mata ku...
insaf la wahai manusia
ya ALLAH...
BalasPadamtakutnyer dgr...
cerita yang sangat bagus...sememangnye memang banyak khilaf kite di dunia ni...astagfirullahalazim...
BalasPadamciter agak seram..tp menusuk ke jiwaku
BalasPadamzalim sungguh umat manusia membunuh kerana kekhilafan sndr..
-miss_purple-
ya Allah.. mnyayat hati cerita ni..
BalasPadampndai buat cpen cra gini...
BalasPadammemberi tauladan
BalasPadamgud job writerrr
A.1
cerritanya menarik
BalasPadamdan bae untuk pembelajaran remaja zaman sekarng...
smoga + sukses ya...
:)
sangat menginsafkan.... hope de la lg cite2 camni
BalasPadammmg best. salut kat penulis...
BalasPadam"terima kasih semua yang bagi komen2 membina...
BalasPadam~doakan saya untuk final exam akan datang..
dan hindari pergaulan bebas...~
myblog : nezaismail.blogspot.com (sudi2lah menjengah ek)
sdey sgt2!!
BalasPadamcongrats kt writer sbb wat cte cmni..
btol2 mnginsafkn..
salam...
BalasPadamcerpen yg mnarik n mnginsfkan...
tahniah kpd pnulis...
jauhi couple,insyaALLAH dpt jauhi zina....
bagus2.you are good writer.cerita yg boleh m'insafkan sape2 yg m'baca.kesian bayi yg lahir tidak b'dosa tp mati begitu saja.tanggunglah wahai lelaki dan perempuan yg bebas p'gaulannya.
BalasPadamnajwa rawi
adriena_25@yahoo.com
nezaismail..
BalasPadamtahniah kerana bijak menggunakan medan ini sebagai medium dakwah. Semoga menjadi pemangkin kepada pejuang ALLAH untuk meneruskan amanah sebagai khalifah. sayang awak...
mel~
"selarikan lafaz dibibir, hasrat dihati dengan jawarih kita... ungkap kata sahaja xmembawa erti andai tidak diertikan sama dengan perbuatan"
BalasPadamto mel : doakan agar kita sama2 m'jadi agen dakwah. tak kira dalam apa medium yg kita gunakan..
n sayang awak juga...=)
~neza ismail~
betul tu miss purple...kezaliman manusia memg banayk berpunca dri kesilapan sendiri..demi matlamat menutup silap itu..muncullah konsep matlamat menghalalkan cara..sedangkan sepatutnya akal yang dikurnia disamping hati dan naluri serta keimanan yang menjadi teras panduan dlm melakukan sesuatu..
BalasPadamsalam....
BalasPadamneza ismail seorng penulis yg berbeza,
mnghslkn krya yg mngtnghkn kejadian yg selalu b'laku d khdpn remaja kte skrg nie...
cerpen yg pnh dngn seksaan si kcl yg tdk b'dose dn kkjman seorang remaja yg b'gelar ibu t'hdp anknye.
"buat pandai sngt, lps tuu xnk brtnggungjwb"
jawab lah korang nanti!!!!
kesian baby yg dlhrkn oleh manusia tp dsmbt dngn makhluk lain...
ape2pon, kpd penulis GOOD LUCK AND GO ON!!!
salam...
sedeyh citer ni
BalasPadamn mbuatkn sye mengalir air mta
~ati~