Nama Pena : syaza mardhati
Bab 1
"Betul ni tak nak ayah hantarkan?" Dato' Zaidi inginkan kepastian. Selalunya dia yang mengambil dan menghantar anaknya yang satu itu ke kampus. Tapi hari ini lain pula jadinya.
"Betul la.. Lagipun bukan jauh pun UM tu dengan rumah kita.. Tak sampai sejam pun! Bolehkan ayah?" aku mengetap bibir. Bimbang jika ayah masih berkeras mahu menghantar.
"Biar je lah dia pergi.. Yang abang risau sangat ni kenapa? Bukan dia tak biasa pergi sorang-sorang!"
Aku hanya tersenyum hambar mendengar kata-kata emak.
"Ish awak ni.. Risau-risau saya pun, tu anak awak jugak!"
"Salahlah apa yang saya cakap tu? Semua salah saya.. Yang baiknya Aliya seorang!" Datin Rohaida jelas menunjukkan riak tidak puas hati. Memang dia benci jika suaminya itu memberi perhatian lebih kepada Aliya.
"Yelah yelah. Malas saya nak bertekak dengan awak..Dengan anak sendiri pun awak nak berkira. Tapi ingat, nanti bila Liya dah sampai sana terus telefon ayah!" lelaki itu bersuara tegas setelah sekian lama membisu.
Anggukan lemahku disertai jelingan tajam emak. Kelu lidahku menatap wajah wanita yang berada di hadapanku. Entah apa salahku hinggakan wanita itu terlalu membenci diriku? Biarlah, memang macam tu perangai emak.. Aku cuba untuk memujuk hatiku.
"Hmm..baguslah, nanti abang boleh la hantar Ifa balik asrama…." Datin Rohaida menyusun langkah pergi dari situ sambil tersenyum.
~~~~~~
"Bila kau sampai? Rindunya aku dengan kau.." Amirah memeluk Aliya sebaik rakannya itu sampai. Semenjak gadis itu tiada di rumah sewa, dia terlalu merinduinya walaupun baru seminggu tidak bersua muka.
"Aku tahu kau mesti rindu aku.."
Sekurang-kurangnya di sini ada orang yang menyayangi diriku. Jauh di mata emak, bukankah itu apa yang emak nak?
"Mana yang lain?" mataku melilau meneroka seisi rumah itu.. Kosong!
"Alah Liya, macam la kau tak tahu.. Dina ngan Fiza kan still dekat kampung diorang, Isya pulak ada date ngan Amri!" penuh semangat Mira bercerita.. Aku hanya menggeleng kepala lembut. Tahu benar sikap Isya. Lagipun dia dan Amri bercinta sudah hampir setahun lantaran itu mereka semakin mesra. Hmm.. tinggal aku sorang je lah yang single!
"Haa kau ni.. Mana ayah kau, kenapa balik sendiri pulak?"
"Hmm.." malas untuk menjawab soalan itu. Aku melabuhkan punggung di atas sofa kemudian mencari siaran yang lebih menarik untuk ditonton.
Tiba-tiba aku teringatkan kembali permintaan emak kepadaku malam tadi untuk pergi sendiri sahaja supaya Nazifa boleh dihantar pulang ke asrama oleh ayah. Pada mulanya aku agak keberatan, tapi apabila difikirkan kembali biarlah sahaja daripada emak bertambah marah.
"Hello? Ni mesti ada apa-apa kan?" Amirah memandangku tajam. Tidak puas hati apabila melihat aku mendiamkan diri,
"Ifa balik asrama hari ni.." antara acuh atau tidak acuh sahaja aku menjawab. Tumpuanku lebih tertumpu pada siaran televisyen di hadapan.
"Aku tanya lain, kau jawab lain kenapa!" gadis itu memasamkan muka. Geram.
"Betul apa aku cakap. Hari ni Ifa balik asrama so ayah aku kena hantar dia. Ada faham?" aku memandang Amirah yang duduk di sebelahku
"Ooh baru aku faham.. Ni mesti mak kau yang nak ayah kau hantar Ifa balik asrama kan? Tiap-tiap bulan macam tu! Waktu kau dulu, aku tengok kau selalu balik ngan bas je, lemak betul ye adik kau tu"
"Takpe, aku tak kisah pun"
"Masalahnya kau still baru kat sini. Baru dua bulan je!"
Aku akui kata-kata Amirah itu ada benarnya. Tapi aku betul tak kisah. Mungkin sebab sejak kecik lagi aku hidup berdikari. Tak pernah dimanjakan oleh keluargaku melainkan ayah.
"Seriously aku tak faham ngan mak kau. Dia macam tak sukakan kau.. Tengoklah, sekarang ni pundia macam lebihkan adik kau pulak padahal dia tahu kau tak biasa lagi dengan suasana kat sini"
"Atau perkataan lebih tepat adalah benci dekat aku kan?" pantas aku menyampuk. Entah mengapa aku begitu sensitif tatkala ada yang menyentuh perihal keluargaku lebih-lebih lagi emak.
"Sorry. Tapi tu pandangan aku je. Aku tak bermaksud nak.."
"Takpelah Mira.. Aku ok je. Lagipun aku dah biasa. Bila aku tengok mak aku, memang nampak je dia macam tu tapi sebenarnya aku tahu dia sayangkan aku. Kalau tak kenapa dia masih jaga aku sampai sekarang?" aku mengeluarkan penyataan yang tak pernah langsung terbit di akalku. Namun dalam terpaksa, aku tetap mengukirkan senyuman kelat kepada Amirah sambil memegang bahunya kerana aku tahu dia masih bimbang seandainya aku terasa dengan apa yang dia katakan.
Aku menarik nafas lega apabila gadis itu turut tersenyum.. Melalui senyumannya aku tahu keadaan sudah kembali normal walaupun hatiku masih terasa pedih.
"Dahla aku nak naik atas dulu. Nak mandi pastu rehat kejap. Kalau diorang balik kau bagitau ok?"
Aku melangkah laju menaiki tangga sambil membawa beg pakaian. Sampai di bilik, aku terus masuk dan mengunci pintu. Air mataku tidak henti-henti membasahi wajah. Aku jadi tertanya-tanya sendiri, benarkah emak sayangkan aku? Seandainya orang lain sudah dapat melihat kekeruhan hubungan aku dan emak apatah lagi rasa sedih bercampur kecewa yang bersarang dalam hatiku..
Ya Allah, kenapa kehidupan aku begitu rumit??
best nyer....cepat continue
BalasPadam