Nama Pena : Haliza Haliz
Matahari tegak di kepala. Dia mendongak. Joran yang dipegang rasa mahu dihempas. Mana tidaknya, sejak pagi dia menapa dalam bot mewah ini tetapi tiada seekor pun ikan yang terpikat dengan umpannya. Dia melihat jam tangannya yang kebal air itu. Dia melihat ke atas langit. Ah, dia teringat kata arwah isterinya, kalau stress jangan dongak langit nanti gila. Mengenangkan wajah jelita isterinya yang mungkin sedang dimamah cacing itu, hatinya sakit yang amat. Mujurlah ada permata hati, Amar yang sudi menjadi pengubat dukanya. Meskipun bukan anak dari darah dagingnya sendiri, sekurangnya adalah juga orang yang sudi menjaga masa tuanya.
"Hai, Mastura. Kalaulah kau masih hidup," keluh hatinya. Sedar tidak sedar, usia sudah mencecah ke 52 tahun. Ketika Amar berusia 10 tahun, hadir seorang lagi buah hatinya iaitu Aizah. Aizah anak yang dia sendiri tidak tahu asal-usulnya. Aizah dia temui di tepi jalan merayau sendirian tanpa tujuan. Wajah Aizah yang comot itu menyentuh simpatinya. Apabila dia bertanya Aizah akan tempat tinggalnya, Aizah kata dia tiada rumah. Waktu itu, tanpa fikir panjang, dia terus bawa Aizah ke rumahnya. Dengan pengaruh dan kabel yang kuat, maka mudahlah prosedurnya dalam mengambil Aizah sebagai anak angkat.
Tetapi, dia bersyukur kerana Amar dan Aizah tidak kekok bergaul bahkan kedua mereka memang mesra dan bagai adik-beradik kandung. Dia masih menanti. Langit membiru diselangi panas mentari itu menyebabkan dia menanggalkan topinya lalu mengibaskan badannya dengan topi.
"Dato", kita akan lama lagi ke?" soal pembantu yang menemaninya, Kam. Dia diam sahaja. Kam yang memang segan dengan dirinya mengangkat bahu sahaja apabila pertanyaannya tidak berjawab.
Jasad yang masih bernyawa tetapi tidak sedarkan diri itu masih terapung. Darah di dahi dan anggota badan yang lain terus mengalir. Laut yang menghijau itu nyata dihiasi dengan darah merahnya. Jasad itu terus terapung dan terapung. Seolah tiada arah tujunya.
Sementara itu, dari atas bot mewah itu lelaki koperat itu terus meneguk air pepsi yang disertakan dengan ais itu.
"Kam, saya ingat lagi satu jam tak ada hasil, kita baliklah," katanya seolah merajuk. Dia merajuk dengan laut yang tidak memberinya rezeki pada hari ini.
Kam senyum sahaja.
"Dato" apa itu?" soalnya kerana melihat satu objek terapung. Dia yang sedang meneguk air itu tersedak dan tersembur. Lantas, dia berlari ke arah yang ditunjukkan Kam.
"Mayat ke?" soal Kam lagi. Dia mengarahkan Kam menggunakan apa-apa sahaja yang ada pada bot itu untuk menarik jasad yang tidak pasti statusnya.
Nazrin membuka matanya. Dia memandang siling hospital itu. Nyata, dia masih sukar terima hakikat yang sedang melanda dirinya.
"Abang, kenapa?" soal Nazrin. Dalam hatinya, dia rasa mahu sahaja berdoa agar Allah mempertemukannya dengan Hairi walau seminit untuk dia menjelaskan segalanya.
"Kenapa aku masih cintakan dia? Masih rindukan dia? Dia telah rosakkan segalanya. Dia hilang tanpa memberi sebarang penjelasan. Aku ini tidak layak bergelar isteri ke?"
Pintu bilik wad itu terbuka secara perlahan. Tasha masuk bersama Jamal dan mereka menghampiri Nazrin yang masih baring di atas katil itu.
"Awak sahajalah beritahu dia," cuit Tasha kepada Jamal. Jamal mengeluh. Dia tidak tahu harus cakap bagaimana.
"Nazrin, kami ada berita untuk kau,"
Nazrin tahu, mesti berita buruk punya. Dia tahu sejak kebelakangan ini, segalanya tidak menyebelahinya.
"Encik Taufiq sudah sedar. Tetapi, keadaannya masih lemah,"
Nazrin mengeluh kesyukuran. Alhamdulilah, masih ada satu lagi sumber kekuatan. Kalau dia dituduh sebagai isteri yang curang, dia ada bukti untuk tangkis dakwaan itu.
"Kau sudah telefon kepada isterinya yang kini berada di Australia?"
"Belum lagi. Tadi, aku cuba. Sibuk talian dia,"
Nazrin bersandar. Dia harap selepas Taufiq sedar, segalanya lebih baik.
"Rin, aku nak tanya sesuatu boleh tak?" soal Jamal sambil mengambil tempat di kerusi betul-betul di tepi katil Nazrin.
"Tanya sahajalah, Mal. Macam kau tidak biasa pula dengan aku,"
Jamal harap, soalannya nanti tidak menimbulkan kemarahan atau keraguan di hati Nazrin.
"Soalan ini dah lama aku nak tanya, tetapi yalah, soalan sensitif macam ini…..,"
"Mal, kau jangan buat aku takut,"
"Okaylah, kita kawan, kan?"
Nazrin angguk.
"Ingat tak, sebelum nenek kau meninggal, maksud aku masa dia tengah sakit. Dia ada sebut satu nama. Tapi, aku tak ingatlah nama "tu. Tapi, secara jujurnya, kau ada adik-beraik lain ke selain Tasha. Maksud aku, abang ke?"
"Abang?" soal Nazrin semakin bingung.
"Yalah. Sebab dia sebut nama "tu masa dia tengah tidur. Dia tengah sakit tenat masa "tu,"
"Aku tak pastilah, Mal. Tapi, setahu akulah, aku hanya ada Tasha sahaja,"
"Ibu bapa kau meninggal masa kau umur berapa ya?"
"Aku tak ingat. Tapi, yang aku tahu, aku bayi lagi masa itu," Azura berkata sambil menyuakan nasi ke mulutnya.
"Hai, aku tak dapat bayangkan macamana tabahnya nenek kau jaga korang berdua ya," Julia mengeluh.
"Aku bukan nak kata apa. Tapi, kata Kak Nazrin, masa arwah ibu bapa aku hidup, diorang tak pernah jenguk nenek dekat kampung. Kami tak pernah berkenalan pun dengan nenek. Tapi, disebabkan atas dasar kesian, dia jaga juga kami. Nak buat macamana, mereka kahwin tanpa restu nenek,"
"Tak restu? Kenapa nenek kau tak restu pula?" soal Julia bertambah hairan.
"Kata Kak Nazrin, ibu kami itu isteri kedua pada ayah kami. Gara-gara ibu, ayah bercerai denga isteri pertama dia. Ayah kata, isteri pertama dia enggan lahirkan zuriat,"
"Hai, apa ini cerita sedih-sedih "ni. I ni dari tadi macam tunggul mati tahu tak, dengar cerita korang," Akmal yang nyata bosan dengan cerita-cerita dari Azura tiba-tiba bersuara.
"Akmal, kalau you tak suka, itu masalah you. I perlukan seseorang untuk berbicara dan yang nyata, you bukan orangnya," selamba sahaja Azura melahirkan sikap tidak senangnya pada Akmal.
"Lepas itu, diorang gaduh sampailah kitorang sampai ofis," cerita Julia kepada Tasha.
"Hmm…, Akmal tak kerja ke hari itu?" soal Tasha sambil menyuakan secawan kopi ke mulutnya.
"Dia itu tak akan duduk senang kalau tak dekat dengan Azura,"
"Tapi, takkanlah sampai sanggup abaikan kerja?"
"Entahlah, kak Tasha. Oh ya, sebelum kita melalut cerita tentang Akmal dan Azura, ini dia barang-barang yang kakak pesan dari Azura yang kakak suruh beli,"
Tasha menggeleng. Hai, alamatnya bila agaknya dua orang itu akan kahwin ya?
best laaa citer dia nih..
BalasPadam