Jumaat, September 25, 2009

Novel : Salju Hatiku 1

Nama Pena : esya

"No pain no gain... aku takkan gagal walau apa pun terjadi aku akan tetap berusaha sehingga berjaya". Dengan penuh bersemangat aku melaungkan kata-kata azimat aku. Rafidah ternganga melihat ulah aku.

"madihah..terimalah kenyataan ni. kau xcukup tinggi... kau nampak tak ketinggian minimum 157cm untuk perempuan.. kau.. 153,".

Isk, payah sungguh. Zaman sekarang ni bukan setakat pangkat, harta, rupa dan cgpa jadi taruhan, ketinggian pun nak dinilai juga. Alahai, ubat apa la boleh tambah ketinggian aku. Nak suruh tinggal kat kolej ni.. tak sanggup aku.. dekat dengan hutan, bilik sempit dah tu plak kolej nya macam kubu kalau tengok dari luar. Tak nak aku.

Oh ya, lupa nak kenalkan diri. Hai, saya madihah. Pelajar jurusan fizik dari UPM. Baru 3 hari aku kat UPM. Tadi tengah berbincang dengan kawan-kawan. Yang panggil aku tak cukup tinggi tu namanya batrisya, sorang lagi rafidah aka peah. Kami nak join palapes, sebab utamanya nak lari dari kolej ni, kedua baju palapes tu cantik.. hehe. Itu yang menyebabkan kami bersepakat nak join palapes. Ok kita sambung cerita.

Agak lama jugak kami berdiamkan diri. "ada coin x," peah lompat bangun dari katil. Batrisya menghulurkan sekeping syiling lima puluh sen. "itu je yang aku ada, kau nak buat apa,".

Rafidah mengeluarkan sehelai kertas dari poket. Kertas azimat apa pulak tu ye. Hati aku bermonolog. Rafidah terus berjalan keluar dari bilik. Kami membontoti rafidah. Apa la dia nak buat. Perempuan ni misteri sikit. Baru tiga hari kami bersama rasa macam dah kenal lebih dari sebulan. Batrisya banyak cakap, Rafidah.. emm agak misteri tapi macam ada tarikan kat dia ni.. berkarisma kot.

Rafidah terus mendail dan dengan keyakinan yang tinggi dia menunggu panggilan dijawab. Tiba-tiba, "nah cakap," gagang telefon disuanya kat aku.. apahal aku plak, siapa yang dia call. Aku kebingungan.

"markas palapes, aku dah call turn korang plak bersembang pasepa kami xleh join..."peah ni memang nak kena.

Aku apalagi main tolak menolak gangang tu dengan si batrisya la. "kau la cakap, kau petah, bekas mpp matrik,"

"Apalak, yang xcukup tinggi tu engkau, so engkau la cakap," Batrisya panjang lebar berhujah.. hai penat Rafidah melihat ulah kami berdua, terus dia menyahut. Agaknya dia rimas kot dengan orang dihujung talian asyik hello tidak berhenti.

"ok, kita packing barang, esok orang markas akan amek kita kat sini dalam pukul 8 pagi," rafidah berkata-kata tanpa melihat kami. "masalah aku macam mana?" aku bertanya. "depa cakap ok ja, tp be prepared lepas join ni jangan nak tarik diri pulak," Rafidah memberitahu, siyapnya muka dia..

************************** esoknya ********************************

"ok..ok.. opp.. opp..berhenti,". trak 3 tan telah sampai ke destinasi baru. Kosass. Kolej palapes. Kolej lama tapi masih cantik dan unik. Siap ada kereta kebal lagi kat gerbang masuk kolej ni. Fuyooo

"Alamak tingginya trak ni", Batrisya ni bisingla. Aku melihat kebawah, alamak memang tinggi trak ni. Waktu panjat tadi tak perasan pun. Hai... dah tu plak ramainya yang nak turun. Pakai 1 tangga pulak tu. Macam ni lambat la turn aku nak turun. Tengah aku berkira-kira cari jalan nak cepat tetiba terdengar suara sumbang dari bawah,

"hai pinky", mamat tu tegur aku ker.. Ah, biar. Panas ni. Terus aku melompat turun, betul-betul didepan pelajar lelaki tersebut. Terkedu dia.

Bilik apa la yang mereka kasi, blok rusa.. ermm... beg, my fatty beg. aku tercari-cari beg aku. Besar ya amat, sampai aku pun boleh masuk dalam beg ni.

Tengah aku duk tarik beg aku tiba-tiba suara tadi dengan ramahnya menegur, "navy ke army?". Amenda dia cakap. Aku tak faham. Terus aku berusaha mengangkat beg aku, sebetulnya mengheret my fatty beg ke blok aku.

"aku rasala minah ni tak faham apa yang ko cakap. Cuba ko melayukan sikit ayat ko."

"tu la aku pun rasa dia xfaham", isk mereka ngata aku ka.. hampeh, ngata depan-depan pulak tu. Bukan nak tolong,dah berpeluh ni.

"cik, cik join palapes darat ke laut?" pelajar tersebut mengulangi ayat dia...

"laaauuut..." isk kacau la mamat dua ekor. Bukan nak tolong.

"ye.. laut eh, blok mana meh sini saya tolong," dengan lagak hero terus mamat tu capai beg aku. Terpinga-pinga sebentar. Siapa dia nih...

Aku berehat dibilik, kawan aku batrisya dan rafidah masih mengangkut beg ke bilik kami ditingkat 3. Penat. Aku tolong sikit-sikit. Barang aku semua da diangkut oleh lelaki tadi. Lupa nak tanya nama dia. Rasanya pelajar sini dan palapes laut juga. Bakal berjumpa la kami nanti. So, tak mengapa tak tahu nama dia pun.

2 ulasan:

  1. hye..mgg nak jemput sesiapa yg berminat membaca nOvel berbentuk cinta n suspen..Join blog mgg..terima kasih.,, :)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/1/10 9:37 PTG

    boleh tahan tpi perlu perbaiki lagi k!!
    gud luck!!!
    trus berkarya k

    -sweet lolipop-

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan