Ahad, September 27, 2009

Novel : Lady Gagah 2

Nama Pena : SilVer SiLinDeR

"Riana, kau dari mana ni?" tegur Dato’ Hassan. Surat khabar yang dibacanya dilipat kemas. Dia yang sedang duduk santai di kerusi sambil mengambil udara petang memandang penampilan anak tunggal perempuannya dari atas ke bawah. Tidak ubah seperti lelaki.


Sudah berbuih dia menasihatkan Khairina tapi satu pun tidak jalan. Jalan-jalan cari makan je ada lah budak ni. Tapi tak juga gemuk-gemuk. Tak makan saman. Sama seperti mencurahkan air ke daun keladi. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Fuh, kalau boleh semua perumpamaan hendak digunakan untuk menggambarkan perangai anaknya itu. Macam dah ada tiga anak lelaki dalam rumah banglo itu walaupun hakikatnya Khairina satu-satu anak perempuannya.


Mungkin salahnya juga kerana tidak pernah meluangkan banyak masa untuk bersama anak gadisnya itu. Masanya banyak dihabiskan dengan kerja. Dia sibuk dengan urusan perniagaannya semenjak isterinya meninggal dunia. Terbang sana terbang sini sehingga Khairina terabai.


Khairina lebih rapat dengan abang-abangnya iaitu Fikri dan Fakri sejak kecil sebab tu sedikit sebanyak perangai lelaki meresap ke dalam jiwa Khairina. Fakri dan Fikri tu pun satu. Yang melayan Khairina macam adik lelaki tu pasal apa.


Nak menyesal pun tak berguna. Memang sudah nyata salahnya juga tidak menjalankan tugas sebagai bapa dengan baik kepada anak perempuannya itu. Tetapi Khairina masih lagi ada harapan untuk diubah. Kalau dah perempuan tu perempuanlah juga. Takkan boleh diubah jadi lelaki. Aduh, membebel pulak aku ni.


"Khai baru lepas jumpa Laila tadi,pa?" jawab Khairina malas. Dia memandang wajah Dato’ Hassan tanpa perasaan. Buat muka macam cekodok basi. Dia tahu papanya tidak suka akan penampilannya. Berseluar jeans lusuh dan berbaju t-shirt. Tapi dia buat bodoh aja.


Sudah berpuluh-puluh pasang baju kesayangannya dibuang oleh Dato’ Hassan dengan bantuan pembantu rumah mereka, Mak Dah. Apa nak buat, papa kesayanganku jealous tengok baju-baju yang dia tak dapat nak pakai masa muda-muda. Kwang...kwang...kwang...


Hendak mengamuk dia tidak kuasa. Baju tersebut bukanlah satu isu baginya. Baju-baju tersebut masih boleh dibeli. Bukannya mahal sangat pun. Lagi pun duit tu duit bapaknya. Tak kan nak kecoh-kecoh pasal benda macam tu. Yang penting tiap-tiap bulan income tetap masuk poket.



Seingatnya dia hanya mempunyai sepasang baju kebaya di dalam almarinya. Baju tu pun atas belas ehsan Dato’ Hassan. Fesyen kurun ke berapa entah. Ikut body pulak tu. Ish..teruk betul pereka baju kebaya ni. And teruk jugak taste bapak aku. Huhuhu....




"Riana, cuba jangan bahasakan diri dengan panggilan Khai bila bercakap dengan papa. Papa tak pernah ada anak lelaki yang ketiga dalam rumah ni. Cukuplah dengan abang-abang kamu tu," ujar Dato’ Hassan. "Erm, yeke??" soalan yang hanya terluah dalam hati. Nak mampus kalau cakap direct. Memang kena penampar jepun.


Kruk...kruk.. Kepala yang gatal digaru-garu. Khairina mengangguk. Hanya sekadar mengangguk. Esoknya dia membahasakan semula dirinya dengan panggilan Khai. Buat-buat lupa.


Dato’ Hassan sudah hilang idea.


Bercakap dengan Khairina umpama bercakap dengan tunggul. Angguk dan geleng. Itu sahajalah yang Khairina tahu jika berhadapan dengannya apabila topik mengenai penampilan dan pembahasaan diri dipersoalkan. Dengan Khairina dia terpaksa berlembut. Jarang dia hendak bertegas kecuali sesetengah perkara.


Khairina tidak pernah mendengar kata. Apa yang hendak dilakukan itulah yang akan dilakukannya. Tindakan dan tingkah laku Khairina susah hendak dikawal. Perangai mengalahkan lelaki. Bingung Dato’ Hassan dibuatnya.


"Lagi satu, papa nak Riana tutup gerai tu. Macam dah tak ada kerja lain. Kalau kamu tu lelaki papa tak kisah. Ini tidak. Kalau dah nak kerja sangat, berhenti dari kolej tu. Kerja dengan papa dekat syarikat. Selagi Riana tak tutup gerai tu, jangan harap Riana nak buat pergi jamming lepas ni. Duit poket pun papa potong. Tak da kompromi lagi. Pilihlah mana yang Riana suka," arah Dato’ Hassan. Dia terpaksa memberikan kata dua kepada Khairina kerana dia cuba untuk buat yang terbaik untuk puteri kesayangannya itu.


Bulat mata Khairina memandang wajah papanya. Papanya sedang menggugutnya. Satu-satunya aktiviti kegemaran Riana ialah berjamming. Ala papa ni nak main pilih-pilih pulak. Dua-dua aku tak suka. Mati kutulah aku kalau aktiviti kegemaran aku pun disekat. Bukan setakat kutu yang mati tapi aku pun sama mati. Kutu tu dia punya pasal. Tak da kena-mengena antara hidup dengan yang mati aku. Arh, sempat pulak buat iklan dalam gawat-gawat ni.


Kemudian Khairina tunduk. Dengan Dato’ Hassan memang dia anak yang patuh tetapi hanya di hadapan papanya. Hipokritlah katakan. Hanya papa yang mempunyai kuasa veto atas dirinya. Aku benci kuasa veto! Aku nak kuasa Ultraman Tarooo!!! So, bleylah aku fight dengan bapak aku ni.


Khairina hanya mampu menggangguk. Dia melepaskan keluhan berat. Nanti-nanti ajalah aku fikir. Papa ni pandai ugut je. Buat-buatlah bergurau agaknya. Sejuklah jugak hati aku ni.


"Pa, masuk dalam dululah ya?" Khairina meminta izin. Lemah suaranya. Hilang dan terbang segala semangatnya. Pulanglah wahai semangatku. Seru Khairina.


"Kenapa pula papa nak masuk dalam? Papa nak duduk sini je. Nak ambil angin kejap," soal Dato’ Hassan kebingungan. Lurus macam bendul.


Khairina sudah tersenyum kelat. Kepalanya yang tidak gatal sudah digaru-garu. Susah betullah bapak aku ni. Ada jugalah sedikit kesengalan badan di situ. B.M nak kena perfect je. Tak boleh nak guna shortcut sangat. Lain pulak yang diterjemahnya. Kalau speaking tu fahamlah pulak. Nak kata lurus pun tak juga. Ada je yang bengkang bengkok. Papa oh papa.


"Riana masuk dalam dulu ya papa? Papa ambillah angin tu banyak-banyak. Jangan sampai kembung pulak," Khairina meminta izin sekali lagi. Lagaknya sopan sahaja. Sempat dijeling perut Dato’ Hassan yang sedikit boroi. Hehehe..Perli sebenarnya tadi tu.


Dato’ Hassan menggangguk. Laju langkah Khairina masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke biliknya di tingkat atas.

* * * *

Khairina menghempaskan tubuhnya di atas katil. Siling berukir cantik di biliknya ditenung lama. Tangannya disilang ke belakang kepala menjadi bantal sementaranya.


"Ish.... Apa aku nak buat ni. Kacau betullah. Gerai tu baru nak mula takkan nak tutup pula. Mesti mamat-mamat ni bengang dengan aku nanti," Khairina sudah duduk di atas katilnya. Dia harus memikirkan cara untuk menghalang daripada perkara itu berlaku.


Mungkin dia tidak kisah jika gerai tersebut ditutup tetapi bagaimana pula dengan rakan-rakannya. Mereka bukanlah orang senang sepertinya. Datang dari kampung pula tu. Poket penuh habuk ada lah. Duit modal untuk membuka gerai itupun dia yang sumbangkan.


Khairina mula memikirkan bantuan yang diminta Laila lewat petang tadi. Berbaloikah dia membantu Laila semata-mata kerana sebuah gerai? Wajarkah dia membantu Laila? Wah..Ayat nak cantik je kan.
Kepalanya melayang kepada pertemuannya dengan Laila petang tadi.


* * * *


"Erm sebenarnya, aku nak kau ubah penampilan kau untuk satu hari je. Aku nak kau pergi majlis makan malam," ujar Laila lambat-lambat.


"Hah?! Ubah penampilan?" Khairina terjerit.


"Tak hingin aku. Kalau di buat cabaran macam tu tak hingin aku nak tolong kau. Kau cari ajelah orang lain yang sanggup," Khairina tak sanggup nak membantu.


Kalau setakat pergi makan malam tu tak pa lagi. Ini nak kena ubah imej pulak. Senang-senang aja minah ni nak ubah penampilannya. Bapaknya sendiri pun belum mampu nak ubah perangai keras kepalanya. Inikan Laila.


"Ala, bukan itu persoalannya sekarang. Bukan pasal penampilan kau yang dia nak cabar. Kau kenal tak Qhaizriel Fizo?" soal Laila. Dia perlu menerangkan duduk yang sebenarnya agar Khairina dapat faham dengan bahasa yang paling mudah.


"Tak? Nama macam tu aku tak pernah dengar. Apsal nama unik sangat mamat tu? Tak sedap langsung. Bapak tak pandai bagi nama ke hapa? Bagilah nama Karim ke Kassim ke. Sedap jugaklah telinga aku mendengarnya. Tak pun Leman. Senanglah lidah aku ni nak menyebutnya. Ini entah hapa-hapa," ujar Khairina selamba.


"Ewah.. Ewah... Tau lah nama kau tu sedap. Khairina Iryana Dato’ Hassan. Suka hati aja nak kutuk nama orang lain," Laila menyebut nama penuh Khairina.


Khairina sudah menjenggilkan matanya. Dia tidak suka orang lain menyebut nama penuhnya kecuali papa dan abang-abangnya. Sensitif baginya. Entah apa yang sensitif pun dia tak tahu. Yang penting memang itu dah jadi isu sensitif.


"Mamat apa entah namanya tadi. Milo. Pillow. Hah, kenapa dia? Jatuh sakit ke?" Khairina sudah menopang kepalanya di atas meja.


"Laser betullah mulut kau ni. Tak baik cakap macam tu tahu tak. Dia tu anak Dato’ Kahar. Anak sulung tak silap aku. Ni yang Zack dok cabar aku, kalau ada sorang girl yang boleh buat dia tangkap lentok malam tu memang dia akan lepaskan aku dari jadi mangsa buli dia kat kolej. Dia sengaja buat macam tu sebab dia tahu yang Qhaizriel tu tak akan terpikat dengan mana-mana perempuan pun even cantik nak mampus," Laila bermain-main dengan jari runcingnya sambil matanya tepat ke wajah Khairina.


Ternganga Khairina dibuatnya dengan penerangan Laila. Apalah bengapnya si Laila ni. Memanglah mamat tu tak terpikat. Kalau cantik tapi dah nak mampus nak buat apa. Bukannya hidup lama. Apalah Laila ni. Cakap tak pernah nak fikir ayat yang cantik sikit.


"Gila," Khairina sudah membuka cermin matanya.



"Apsal? Pillow tu gay ke sampai nak buat dia jatuh hati? Kalau dah jatuh hati nanti jatuh cinta pula. Kau terlepas dari Zack aku pula terperangkap dengan mamat tu. Brilliant betul otak kau ya. Apasal bukan kau je yang pergi ngorat Pillow tu," soal Khairina tak bertapis.


"Ala, satu malam je. Lagipun, takkan ada yang kenal kau. Lepas malam tu, kau boleh hidup macam biasa. Kau lupakan aja mamat yang bernama Qhaizreil Fizo tu. Qhaizriel Fizo! Bukannya Pillow okay! Aku memang nak jadi perempuan yang ngorat mamat tu tapi Zack tak nak. Dia kata aku tak cukup cantik. Sedih aku bila dia cakap macam tu," Laila menarik muka kecewa.


"Memang kau tak cantik pun," selamba Khairina mengutuk.


"Sampai hati kau kutuk aku," bulat mata Laila memandang Khairina.


"Ada aku kisah?" Khairina buat muka.



* * * *

Khairina serba tak kena dibuatnya.
Pantas tangannya mencapai telefon bimbit di atas meja di sisi katilnya. Kemudian diletak semula di atas meja. Jangan buat kerja gila Khai. Kau sanggup ke campak maruah kau tu dekat longkang?! Arghhh!!!


Khairina semakin buntu. Jika dia meneruskan hasratnya untuk terus membiarkan gerai tersebut terus beroperasi itu bermakna dia sedang menempah tiket maut daripada papa. Tiket maut tu Cuma tunggu masa je nak jatuh ke tangannya.


Kalau gerai tersebut ditutup itu bermakna dia menempah tiket err....tiket ke mana ya? Hah, tiket ke perlawanan bola sepak antara MU dengan Chelsea. Ah, malas aku nak fikir. Khairina mengambil bantal dan menekup mukanya. Dia terbaring lagi di atas katil.


Selang beberapa minit Khairina bangun dan duduk sekali lagi. Bantal yang berselerak di atas katil dibiarkan sahaja.

Dicapainya semula telefon tersebut.

Err... 12344 siku lipat siapa cepat dia yang dapat. Ish apsal pulak boleh lupa nombor minah ni. Erm....hah! dah ingat dah. Jarinya mendail nombor yang sudah dihafal dalam kepalanya.

"Hello,"
.

10 ulasan:

  1. hahahaha first comment!! cpt2 sambung!!!

    BalasPadam
  2. atie duckling27/9/09 2:25 PTG

    cerita yg cukup menarik dan jalan cerita yang santai dan tidak membosankan...membuatkan pembaca tak sabar-sabar untuk membaca ke noktah akhir.

    BalasPadam
  3. simple je cte ni but really2 nice.mmg best!!!gd job.ble nk smbung ni..???

    BalasPadam
  4. ohho.nanti sangkut lah si pillow n khai ye? teringat movie 10 things i hate about you..hehee
    best!

    BalasPadam
  5. da dapat bayangkan plot seterusnya..
    penulis byk bercerita dalam monolog watak..

    BalasPadam
  6. citer best..
    xbOwiNG

    BalasPadam
  7. huhu...gaya penulisan yg mmg best..tp asal cter melayu mesti nak kena crta org kaya2..anak2 dato segala..huhu..bosan..mcm tradisi la plak...dan dah dpt agk jln crta..hehe...hrp2 penulis dpt wat kelainan yg x dpt diduga..

    BalasPadam
  8. ayat bnyk shok sendiri le..kadang2 ble wt bosan gak...
    jg trlampau over k..
    keep it up...

    BalasPadam
  9. bestnyer...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama3/8/10 2:40 PTG

    cter best arh.....xder blog ker????

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan