Nama Pena : nadra93
Hari persekolahan bermula seperti biasa. Hari Rabu merupakan hari aktiviti kokurikulum, justeru Ainur, Izzatie, Alma, dan Dayang serta rakan-rakan mereka yang lain perlu menghadiri mesyuarat mingguan Persatuan Agama Islam (PAI). Selesai makan tengah hari di dewan makan asrama, mereka terus bersiap untuk ke Dewan Kautsar.
Dari jauh mereka dapat melihat Nadiah, naib pengerusi persatuan berjalan menjinjit pelbagai jenis fail. Isi kandungan fail itu tidak pula mereka ketahui. "Assalamualaikum. Nak ana tolong?" sapa Izzatie ramah. Mereka sudah maklum, pada hari Rabu mereka perlu menggunakan kata ganti nama dalam bahasa Arab. "Wasalam. Boleh juga. Berat ni," balas Nadiah dengan senyumnya yang manis. Beberapa fail bertukar tangan. Izzatie cuba meneka-neka isi fail tersebut. Tetapi, atas dasar amanah Izzatie tidak membuka fail itu. Satu saat nanti dia akan tahu, insya-Allah.
Selesai bacaan al-Fatihah dan doa penerang hati, Hakim memulakan mesyuarat dengan wajah yang kusam. Semua ahli berkira-kira apakah yang bakal dikatakan oleh pengerusi kesayangan mereka itu.
"Assalamualaikum. Mulai hari ini ana meletakkan jawatan dengan rasminya, maafkan kesilapan ana selama memimpin antum," ucap Hakim. Tanpa disangka-sangka, Hakim keluar meninggalkan Dewan Kautsar. Ahli PAI yang lainnya, terutama Nadiah, termangu-mangu. Bagi ahli Dorm Khadijah, mungkin kes Intan yang menjadi punca perletakan jawatan itu. Tetapi bagi ahli dorm lain, mereka tidak tahu hujung pangkalnya perletakan jawatan Hakim.
Ahli PAI kelihatan kelam-kabut, terutama Nadiah. Malang seribu kali malang, guru-guru PAI semua tiada di sekolah. "Harap bertenang semua. Ana minta maaf bagi pihak Hakim. Baiklah, kita teruskan majlis kita dengan sedikit tazkirah. Tazkirah hari ini akan disampaikan oleh .. Ainur Amirah,"
Ainur Amirah yang sedang leka mengenangkan Hakim, tersentak. Belum sempat dia menyuarakan bantahan kerana tidak bersedia, Nadiah telah mendekatinya lalu berbisik, "Ainur, permintaan dari seorang sahabat untuk seorang sahabat. Ana merayu, ana tahu enti boleh buat, bi iznillah. Tolong ana, ana pun buntu tentang Hakim. Teks sudah disediakan, tolonglah,". Ainur terdiam. Berfikir sejenak. Lantas dia mengambil fail dari tangan Nadiah sambil tersenyum. "Jazakillah," ucap Nadiah lega.
"Assalamualaikum. Alhamdulillah, Allah telah memberikan kita satu saat di mana ukhwah diperkukuh. Ana sedia maklum bahawa antum tertanya-tanya tentang perletakan jawatan Hakim, tapi percayalah, Allah tidak menjadikan apa-apa pun tanpa hikmah. Justeru tenangkanlah hati dengan zikir kepada Allah.
Ana tidak mahu berbicara terlalu panjang. Cukuplah antum tahu bahawa ana akan menyampaikan tazkirah pada hari ini, bi\'anwan, "Al-Insyirah Penenang Hati". Kita semua akan membaca al-Insyirah, atau lebih dikenali sebagai \'alam nasyrah\', ketika berasa resah gelisah. Surah ini diturunkan oleh Allah ketika Nabi Muhammad S.A.W. berduka cita atas penentangan terhadap Islam.
Dalam surah ini ada menyebut, "inna ma\'al \'usri yusra", maknanya, di setiap kesulitan ada kemudahan. Janji Allah itu benar. Ana tahu, setiap kali kita bersedih, kita akan merasa inilah pengakhiran hidup. Kita salah. Nikmatilah kesengsaraan itu, kerana tekanan sekali pun tidak akan mampu menyelesaikan segala masalah. Dan sesudah itu akan ada yang lebih baik, percayalah. Janji Allah sentiasa benar.
Itu sahaja yang dapat ana jelaskan pada hari ini, kerana ceteknya ilmu yang ana punyai dibandingkan dengan Allah. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh," akhir Ainur dengan setiis air mata. Entah kenapa rasa sayu merantai hatiny a, bila dia berbicara tentang kemudahan selepas kesulitan. Sungguh, dia berada dalam kesulitan yang tidak tertanggung.
"Tahniah. Enti lakukan dengan baik sekali," ucap Fatimah, sambil mendakap erat tubuh Ainur. Nadiah memerhati di tepi sambil menguntumkan senyumannya. "Syukran, kak Fatimah. Nadiah, ana rasa 5 minit yang ada ini kita manfaatkan dengan memilih Pengerusi baru," usul Ainur. "Tapi, kita belum tahu sama ada Hakim nekad atau tidak meletakkan jawatan. Lagipun, elok rasanya kita bagi tempoh satu minggu. Ana yakin ahli PAI semuanya masih mahukan Hakim sebagai ketua, insyaAllah," ucap Nadiah lembut. Ainur mengangguk.
"Baiklah, sebelum kita tutup mesyuarat ini dengan al-Asr dan tasbih kifarah, ana ingin memaklumkan kepada antum bahawa antum punya masa satu minggu untuk memilih penegrusi baru. Ana tidak dapat berjanji bahawa Hakim akan terus menjadi pengerusi, tetapi ana akan usahakan. Assalamualaikum," akhir Nadiah lalu tunduk membaca al-Asr dan tasbih kifarah, diikuti ahli PAI.
"Kak Nadiah!!". Dari jauh Nadiah mendengar seorang pelajar tingkatan 2 memanggil namanya. Nadiah yang sedang berjalan pulang ke asrama puteri (aspuri) menghentikan langkahnya. "Ada apa, Alia?" soal Nadiah risau. Dari gaya Alia, kelihatan seperti ada hal penting yang ingin dikatakannya. "Abang Hakim nak jumpa.." ucap Alia termengah-mengah. "Oh, jom ikut akak," ujar Nadiah. "Dia nak jumpa berdua.." sambung Alia. "Astaghfirullah, Hakim..Hakim.. Takkan nak menimbulakn fitnah? Tak mengapa Alia, kalau dia nak sangat jumpa akak, dia takkan halang akak bawa Alia. OK?" Nadiah cuba menerangkan. Alia mengangguk-agguk. Kasihan Nadiah pada budak ini. "Kita jumpa dia dekat kantin. Akak belanja Alia minum." sambung Nadiah. Alia tersenyum ringan.
"Assalamualaikum akh," sapa Nadiah sederhana. Dia duduk bertentangan dengan Hakim. Haram hukumnya duduk bersebelahan dengan lelaki bukan muhrim, itu masih jadi pegangan Nadiah. "Waalaikumsalam. Ana minta maaf atas keterlanjuran ana meninggalkan majlis tadi. Ana tahu ana biadab tapi ana didesak emosi," ujar Hakim tanpa diminta. Nadiah mendengar dengan teliti sambil menunduk. "Maaf kalau tersinggung, tapi kenapa anta letak jawatan?" soal Nadiah ingin tahu. Dia benar-benar didera rasa ingin tahu itu. "Ana melakukan aib. Ana malu untuk memimpin. Ana tidak layak untuk memimpin. Ana diberhentikan dari semua jawatan yang ana pegang," jawab Hakim, tenang. "Aib apa yang anta lakukan?" soal Nadiah lagi. "Ana bercinta.." balas Hakim. "Astaghfirullah.. Hakim, apa nak jadi dengan anta? Anta tahu hukum, bukan?" ucap Nadiah dengan diplomasi. Dia tidak mahu Hakim tersinggung sama sekali. "Nadiah, perkara yang telah terjadi ana mohon jangan diungkit. Sekarang, ana buntu. Ana rasa ingin bunuh diri.." Hakim bernada sedikit keras. Nadiah tergumam. "Bunuh diri? Sudah tiada jalan lainkah?" Nadiah membentak. "Alam nasyrah laka sadrok, bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Fainna ma\'al \'usri yusra, sesungguhnya selepas kesusahan ada kemudahan. Ingat itu, akh" Nadiah cuba bertenang. Sakit hatinya mendengar perkataan bunuh diri. Bukannya dapat syurga kalau bunuh diri! Hakim tunduk. Ada benarnya kata-kata Nadiah daripada al-Insyirah itu. Benar, marah itu kunci masuknya syaitan.
Hakim benar-benar marah saat itu. Dia cintakan Intan. Mengapa Ustaz Hamdi perlu memisahkan mereka?? Dia dan Intan langsung tidak melakukan maksiat. "Habis? Nak tunggu buat maksiat baru nak saya halang?" pedas jawapan Ustaz Hamdi. "Kubur kami masing-masing ustaz.." bentak Hakim lagi, tapi suaranya diperlahankan. "Hah?! Apa lagi, pergi telefon penggali kubur, kata dengan dia kubur kamu berdua biar kamu gali sendiri. Bila kamu mati urus jenazah sendiri. Bila dah siap pakai kain kapan, terjun dalam liang lahad. Kubur masing-masing, tak ada orang nak tolong. Kan?" sinis Ustaz Hamdi. Hakim terdiam. Ustaz Hamdi memang tidak boleh dibuat main. "Mulai hari ini juga Hakim, berkuatkuasa sekarang, saya haramkan kamu memegang semua jawatan di sekolah dan di aspura!" sambung Ustaz Hamdi lalu melibaskan rotannya. Hakim mengaduh kesakitan. Ustaz kejam!!!
Dia sempat bermuhasabah. Dia sempat tahu, bahawa cinta Allah yang dia perlu cari. Bukan cinta Intan. Dia tahu, jodoh itu dalam tangan Allah. Dia tidak layak menentukannya. Dia hanya mampu mencari cinta Allah setakat yang dia mampu. Allah, bantulah aku. Aku ingin sekali mencapai halwatul iman-Mu ya Allah.
"Akh.." sapa Nadiah. Dia telah memberi Hakim masa untuk merenung kata-katanya. Dan dia percaya, Hakim yang punya ketokohan itu bukanlah orang yang tidak mengerti. "Ya, ukhti, terima kasih untuk segalanya. Ana bersyukur dapat kawan macam enti. Syukran wa jazakillah.." ucap Hakim dan berlalu. Nadiah tersenyum. Matahari mulai condong menandakan waktu Asar bakal tiba. Moga dosamu diampunkan serentak dengan tibanya Asar, sahabat. Nadiah merenung gelas kosong milik Alia yang sudah terlelap. Kasihan, tak tentu pasal jadi mangsa perang psikologi aku dengan Hakim. Nadiah berbicara dalam hati dan menepuk lembut bahu Alia. "Alia, balik, jom." Alia tersenyum lagi.
Nadiah merenung langkah lemah Hakim. Bukankah Allah telah melapangkan dadamu?
besh gak cite ni...
BalasPadamteringat mase zaman skolah dulu
cm ni la
ari rabu kene berbahasa arab..teruskan usaha penulis..
insyaAllah....ade yg mengikutinya
BEST GAK LA CITER NIE...
BalasPadamADE BLOG X..
perghh...semart pnye citer!
BalasPadam