Nama Pena : Qasrah_Zaifa
"Asyik-asyik muka kamu yang datang lambat. Hari ni apa alasan yang kamu nak bagi kat saya? Kucing kamu beranak kat rumah? Ke kamu tolong kucing tu beranakkan anak dia?"
Suasana kelas yang sedia sepi itu ceria dengan gelak tawa dari rakan-rakan seperjuangan. Aduh! Cikgu Amran ni, memang nak kena. Malunya muka aku ni. Manalah aku nak letak muka aku yang tak cukup tembok ni. Isyy…Bengang aku macam ni." Syafinaz menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ala cikgu. Relaxlah. Bukan saya seorang aje yang datang lambat, kat luar tu ramai lagi yang tak datang. Cuba cikgu tengok tempat duduk tu…"
Syafinaz mengunjukkan jarinya. Matanya melihat ke setiap sudut kelas. Semua kerusi-kerusi sudah penuh. Hanya tinggal dia dan…
"Assalamualaikum…"
"Ha!Ni seorang lagi. Kenapa awak datang lambat kali ni, Haziq? Awak pun nak ikut jejak langkah si Syafinaz ni ke? Dahlah datang lambat, lepas tu banyak alasan pulak."
"Tak naklah saya ikut perempuan ni. Cikgu pun tahu saya dengan dia memang tak ngam. So, tak ada alasan untuk saya jadikan dia sebagai role model saya. Dahlah datang lambat, tak berdisiplin langsung!"
"Ewah-ewah… Sedap mulut kau bercakap. Kau ingat kau tu baik sangat ke? Tengok bukti hari ni. Kau pun sama macam aku jugak kan? Dah datang lambat pun tak ngaku-ngaku lagi. Huh!"
Syafinaz mendengus kasar. Mata-mata yang sedang memerhati gelagat mereka langsung tidak dipedulikan. Lantak koranglah nak cakap apa pun. Jantan ni pun satu. Tahu naikkan angin aku aje. Dahlah perasan bagus. Siapa yang kahwin dengan dia ni, aku jamin tak bahagia hidup punyalah!
"Kau ni, memang nak kena. Aku tampar kau karang baru tahu." Kesabaran Haziq semakin tipis. Baru sahaja dia hendak berbuat demikian, Cikgu Amran pantas mencelah, tanda ingin meleraikan pertelingkahan yang galak berlaku.
"Dah…dah… Duduk di tempat kamu sekarang. Kalau jumpa mesti bertekak. Macam anjing dengan kucing. Hmmm…"
Syafinaz mencebik. Haziq pula hanya menjeling. Masing-masing keras kepala. Maklumlah masing-masing nak menang dalam ‘peperangan’. Cikgu Amran menggelengkan kepalanya melihat telatah dua orana anak didiknya itu. Nasib akulah dapat anak murid macam ni. Cikgu Amran akhirnya tersenyum sendirian.
********************
"Gilalah kau ni. Nape kau gaduh depan Cikgu Amran tadi? Kalau dengan orang lain aku tak kisahlah. Ini gaduh dengan Haziq. Kau tak cuak ke?"
"Kau bagi aku sepuluh sebab kenapa aku perlu cuak dengan dia. Bagi aku dia tu manusia, bukannya hantu. Tapi kalau nak ikutkan memang dia hantu pun. Hantu gigi dua belas!"
"Isyy…kau ni. Ada ke cakap orang macam tu. Tak elok tahu tak?"
"Ahh! Lantak dialah. Aku malas nak fikir masalah orang yang tak ada kaitan dengan hidup aku. Anyway, kita ada kerja sekolah tak hari ni?" Syafinaz mengalih topik perbualan. Haziq, seorang lelaki yang berlagak pandai cuba bermain api dengannya. Oppss…bukan lelaki, tapi hantu gigi dua belas. Siaplah kau lepas ni. Tunggu pembalasan aku nanti. Senyuman mula terpalit di bibir mungilnya.
"Kau ni kenapa pulak? Sengih-sengih macam orang tak betul aje. Takkanlah baru bergaduh dah rindu kot." Aini cuba mengusik.
"Bukan rindu tapi geram. Tengoklah apa yang aku nak buat esok nanti. Hehehe…" Syafinaz menarik kerusi ke belakang. Akalnya ligat mencari idea untuk mengenakan hantu gigi dua belas itu. Ha! Aku dah dapat dah. Rasakan Haziq, penangan aku untuk kau. Berani kau main tarik tali dengan aku kan…Teriakan Aini langsung tidak dihiraukan dan Syafinaz pantas berjalan menuju ke pintu pagar.
*********************************************
Pagi itu, Syafinaz pergi ke sekolah lebih awal daripada biasa. Niatnya untuk mengenakan Haziq tidak dilupakan. Bibirnya mengulum senyuman senyuman nakal. Rasakan kau hari ini. Memang ‘kaw-kaw’ aku buat. Hahaha…tawanya dalam hati.
"Assalamualaikum cikgu."
"Waalaikummussalamwarahmatullahiwabarakatuh. Baiklah, semua boleh duduk."
Syafinaz memandang Haziq. Haziq begitu yakin untuk mengikuti pembelajaran Cikgu Amran pada pagi itu. Lima minit berlalu namun tiada apa-apa reaksi diterima. Syafinaz terus menunggu dan akhirnya rancangannya berjaya. Ternyata seperti yang telah dia rancang, tidak semena-mena Haziq bangun dari kerusinya sambil mengibas-ngibas punggungnya. Semua mata tertumpu ke arahnya. Pembelajaran Cikgu Amran turut tergendala.
"Awak ni kenapa Haziq? Ada apa-apa yang tak kena ke? Kenapa awak tepuk-tepuk punggung awak tu?" tanya Cikgu Amran kehairanan.
Haziq tidak menghiraukan pertanyaan Cikgu Amran sebaliknya terus mengibas-ngibas punggungnya yang terasa perit itu. Alamak! Apasal pulak ni… Siapalah yang jahat sangat letak minyak angin atas kerusi aku ni…Aduh…
"Err… tak ada apa-apa cikgu."
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa awak tiba-tiba bangun?"
"Sebenarnya…saya rasa punggung saya ‘berangin’."
Bergema satu kelas dengan gelak tawa seketika. Haziq malu sendiri. Matanya tertacap pada Syafinaz. Gadis itu hanya memandangnya sinis. Pantas Haziq berkalih, tidak sanggup menatap seraut wajah yang telah banyak menyusahkan hidupnya sehingga kini.
"Haziq, awak okay tak ni?"
"Okay, cikgu. Maafkan saya kerana mengganggu waktu kelas. Cikgu boleh teruskan pembelajaran."
Haziq kembali duduk di tempatnya. Dia mengulum senyuman pahit. Punggungnya masih merasakan kesan minyak angin tersebut. Pedihnya… namun cuba ditahan sedaya upaya.
"Baiklah. Sekolah kita akan mengadakan ‘Malam Persembahan Pelajar’ dan kelas kita tidak terkecuali daripada turut serta. Cikgu nak tanya, kamu semua nak buat persembahan apa malam tu nanti?"
"Kita buat persembahan teaterlah, cikgu." Aini meluahkan cadangannya.
"Ermmm…bagus jugak tu. Siapa pulak yang nak jadi hero dan heroin?"
Suasana kelas senyap seketika. Masing-masing berbisik antara satu sama lain. Syafinaz pula khayal dalam dunianya sendiri. Matanya mengerling ke arah Haziq. Haziq juga sepertinya, tidak berminat dengan acara yang akan dipertandingkan nanti.
"Apa kata kita pilih Syafinaz sebagai heroin dan untuk heronya pulak erm…ha… Hafiz! Boleh tak semua?"
Syafinaz menelan liur. Takkan aku kot? Malasnya aku…Dahlah kena bergandingan dengan hantu gigi dua belas tu. Siapalah yang sanggup berlakon dengan dia tu. Eee…
bersambung...
besssssssssssst sngt
BalasPadamcpt ckit smbung yer
hafiz ke haziq???confius..ke tersalak letak watak..huhu..citer best sambung gie..
BalasPadamx sabar nk bace sambungan cerita 'KASIH YANG HADIR'
BalasPadambest tapi..............pasal sambung?tak sabar nak baca.cian Haziq
BalasPadamsmbng lah lagi....
BalasPadamcpt ckit smbung tau..
BalasPadamda x sbr nk tau cter diowg..
tp konpius cket..
hafiz kew haziq..?