Isnin, September 14, 2009

Novel : Hati Kau & Aku 1

Nama Pena : reen ryn

"Mak!Mak!Nia dah lulus mak.Nia dah lulus!"Dania Aryssa menjerit kegirangan sambil berlari ke arah rumahnya.Matanya melilau-lilau mencari ibunya.Namun Dania Aryssa berasa hampa kerana kelibat ibunya langsung tidak kelihatan di halaman rumahnya itu.Dania Aryssa terus meluru masuk ke dalam rumahnya tanpa sempat membuka selipar yang tersarung di kakinya.Belum sempat Dania Aryssa masuk ke dalam ruangan dapur untuk mencari ibunya,Puan Rosnah telahpun terjengul di muka pintu dapur yang memisahkan ruang tamu dengan ruangan dapur.

"Ya Allah,kenapa dengan kau ni Nia.Terjerit-jerit dari tadi sampai nak runtuh rumah ini dibuatnya.Mak yang ada dekat kebun belakang rumah itu pun boleh dengar kamu tahu tak.Dengan seliparnya dipakai sampai dalam rumah. Kenapa dengan kau ni hah?"Puan Rosnah bertanya kepada anak perempuan tunggalnya dengan nada suara yang sedikit tinggi kerana berasa marah akan anaknya yang dirasakan bersikap seperti keanak-anakan itu sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah kaki Dania Aryssa.

Dania Aryssa sudah tersenyum seperti kerang busuk memandang ibunya setelah melihat kakinya yang tersarung dengan selipar itu."Hehe.Maaflah mak.Nia dah terlampau gembira sangat nak beritahu mak satu perkara ini sampai Nia tak perasan pulak yang Nia masuk rumah sambil pakai selipar ini tadi,"terang Dania Aryssa sambil membuka dan mengangkat selipar yang dipakainya.Setelah itu Dania Aryssa terus menghulurkan surat yang berada di tangannya meminta Puan Rosnah untuk membaca surat tersebut.

"Surat apa ni Nia?Pak Su kamu ke yang kirim?"tanya Puan Rosnah kepada Dania Aryssa tentang adiknya,Emil Hakeem yang telah sebulan berpindah ke Sungai Petani,Kedah setelah mendapat pekerjaan di sana.

"Mak bacalah dulu.Nanti baru mak tahu itu surat apa,"pinta Dania Aryssa.

"Hish,macam-macamlah kau ni Nia,"bebel Puan Rosnah sambil membuka lipatan surat yang berada di tangannya.Setelah hampir dua minit Puan Rosnah mendiamkan diri sambil membaca surat tersebut,dia lantas memeluk Dania Aryssa.

"Ya Allah Nia,betul ke apa yang mak baca ni?"soal Puan Rosnah sambil meleraikan pelukannya."Betullah mak,Nia sudah lulus dalam permohonan untuk sambung belajar ke dalam bidang perniagaan di Kingston University di London itu mak.Anak mak ini sudah dapat masuk universiti mak.Sudah dapat masuk universiti!"ucap Dania Aryssa kepada Puan Rosnah untuk meyakinkan ibunya itu walaupun pada mulanya dia sendiri kurang percaya akan apa yang dibacanya dalam surat tersebut.


"Syukur Nia,tak sia-sia kau belajar bersungguh-sungguh selama ini.Akhirnya kau berjaya juga masuk ke universiti.Nasib baik kau tak ikut jejak langkah mak kau ini.Sekolah pun tak habis."Sebak suara Puan Rosnah meluahkan rasa hatinya itu."Mak,tak perlulah nak bersedih lagi,Nia janji selepas sahaja Nia graduate dan dapat kerja nanti,mak tak perlu lagi susah-susah buat dan jual kuih ni.Nia hendak mak duduk goyang kaki sahaja kat rumah.Nanti tiap-tiap bulan Nia bagilah duit dekat mak."kata Dania Aryssa sambil mengusap-ngusap bahu ibunya itu.
"Nia,mak bukannya mahukan duit kau atau harta kau,tapi cukuplah dengan sekadar segulung ijazah kau bawa untuk mak.Janjilah dengan mak Nia."Sayu suara Puan Rosnah.

"Nia janji mak.Nia janji."Dania Aryssa terus menghampiri ibunya dan lantas memeluk tubuh wanita berusia lingkungan 40-an itu.Air matanya sudah mula membasahi pipinya.Dia melentokkan kepalanya dibahu ibunya. "Sudahlah Nia.Hari pun dah senja dah ni.Waktu maghrib pun dah nak masuk.Pergi mandi selepas itu solat."ujar Puan Rosnah kepada anaknya itu.Dania Aryssa bingkas menguncup kedua-dua belah pipi ibunya.

Usai sahaja mengerjakan solat Isyak,Dania Aryssa lantas mencapai surat kemasukan ke universiti yang diterima petang tadi dan terus berlalu ke arah meja dan kerusi sederhana kecil yang terdapat di satu sudut penjuru biliknya itu.Lantas dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi tersebut.Kemudian dia terus mengeluarkan surat tawaran itu daripada sampulnya.Setelah membaca berulang kali,Dania melipat kembali surat itu dan mencapai borang penerimaan untuk kemasukan ke universiti itu yang turut disertakan di dalam sampul surat yang bersaiz besar berwarna oren,tertera lambang dan nama universiti dari London itu.
Setelah selesai melengkapkan borang tersebut,Dania Aryssa melipat dan menyimpan kembali borang itu ke dalam sampul surat kecil berwarna putih dan meletakkan di atas meja tersebut.Dania Aryssa kemudian melangkah ke katil kayunya yang kelihatan sedikit usang itu.
Kemudian Dania Aryssa baring di atas katil sambil tersenyum sendirian memikirkan kemasukkannya sebagai pelajar di universiti itu kelak.Dalam mengelamun Dania Aryssa terus terlena dengan nyenyaknya.

Dania Aryssa terjaga sewaktu azan Subuh berkumandang.Suara azan sayup-sayup kedengaran dari surau berdekatan dengan rumahnya itu telah menyentuh tangkai hati Dania Aryssa.Dia bingkas bangun daripada pembaringannya dan terus berlalu ke arah bilik air yang terdapat di dalam biliknya itu untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk seterusnya melaksanakan solat Subuhnya pada pagi itu.
Selesai mengerjakan solat Subuh,Dania Aryssa melangkah menuju ke arah dapur yang terletak bersebelahan dengan biliknya itu.Puan Rosnah telahpun berda di dapur itu terlebih dahulu sedang memasak nasi goreng untuk sarapan mereka berdua.
"Hmm,sedapnya bau.Mak tengah masak apa ni mak?"soal Dania Aryssa sambil meninjau-ninjau ke dalam kuali untuk melihat apakah yang dimasak oleh ibunya itu.
"Mak tengah masak nasi goreng,"jawab Puan Rosnah.
"Kamu sudah lapar ke?"
Puan Rosnah mengerling ke arah Dania Aryssa. "Belum lagilah mak.Mungkin Nia makan lewat sikit hari ini."balas Dania Aryssa.
"Suka hati kaulah Nia,nanti kalau kau nak makan ambil saja bawah tudung saji tu."ujar Puan Rosnah.
"Mak,Nia sudah nak keluar dah ni,Nia nak pergi pejabat pos untuk beli setem dan poskan borang jawapan Nia untuk kemasukkan ke universiti tu,"beritahu Dania Aryssa.
Puan Rosnah hanya menggangukkan kepalanya sambil sempat mengerling ke arah anaknya itu.
Dania Aryssa terus menghulurkan tangan bersalaman dengan ibunya.Puan Rosnah begitu terharu sebaik sahaja tangannya dicium oleh Dania Aryssa.Kemudian Dania Aryssa terus berlalu ke arah pintu utama.Sementara itu di dapur,Puan Rosnah mula memikirkan kehidupannya tanpa Dania Aryssa disisinya kelak.Puan Rosnah berasa sungguh sebak dan akhirnya air mata yang ditahan supaya tidak mengalir itu telah mengalir dengan derasnya membasahi pipi tuanya itu.
--------------------

Hanya tinggal satu jam sahaja lagi kapal terbang yang akan membawa Dania Aryssa ke kota London itu akan berlepas.Dania Aryssa telah pun berada di Kuala Lumpur International Airport(KLIA) semenjak dua jam yang lalu.Dia mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebelum semua penumpang dibenarkan masuk ke dalam kapal terbang sambil melihat pelbagai kerenah manusia yang turut berada di situ.
"Hai,jauh termenung nampak.Kau teringat dekat siapa tu?"
"Hish,kau ini Ilya,buat aku terperanjat saja.Cuba kalau aku ada sakit jantung?Mesti dah arwah aku kat sini dibuatnya,"marah Dania Aryssa sambil mengusap-ngusap dadanya.
"Kau tu yang tak sedar yang aku dah ada kat sebelah kau ni sudah lama dah tahu.Itulah asyik termenung saja kerja kau,sampai apa yang terjadi pada sekeliling kau pun kau tak tahu."balas Irdina Hilya,
"Dahlah,malas aku nak layan kau ni.Lebih baik aku layan lagu Bengang nyanyian Akim ini,"sambung Irdina Hilya sambil terus menyumbat telinganya dengan earphone dan membelek-belek ipod nanonya.
Terkebil-kebil mata Dania Aryssa melihat kawan karibnya itu semenjak mereka berada di tingkatan empat lagi.Seorang gadis yang berasal dari golongan orang berada,tetapi tidak mementingkan darjat atau keturunan untuk berkawan dengan sesiapa jua.Dania Aryssa mendengus marah.
"Hish,sudahlah buat orang marah.Lepas tu tak reti minta maaf pula tu,"Dania Aryssa mengomel sendirian dengan mulut terkumat-kamit seperti membaca mentera lagaknya.

2 ulasan:

  1. comment2 okie.
    tq

    BalasPadam
  2. best la.... cpt smbung..xsbr nk tau nma hero..good luck!!

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan