Nama Pena : Dia Adila @ Dyadila
Maz mengelap peluh yang menitik di dahinya. Ini versi filem mana pulak aku kena jadi tiang tepi mall ni. Jam Gucci Hitam hadiah Kak Lin dipandang lama. Nasib baik ada Kak Lin kalau nak harapkan aku beli benda mahal macam ni. Kirim salam. Nampak sangat nak cari pasal budak dua orang ni. Janji melayu betulah..ehhhh kenapa pula janji melayu? Ingat orang melyu je ke pandai mungkir janji? Jason anak uncle Mick pun suka buat janji kosong pe. Salah betul fakta janji melayu tu.
Ini kali ke lapan belas nombor Mimi a.k.a dalang segala masalah didail. Semua masuk peti suara.’ Maaf panggilan anda tidak dapat dihubungi’. Panas hati dah aku duduk terpacak dekat sini. Dari jauh kelihatan lambaian mesra satu malaysia dari Syamin. Mazliana tersenyum sinis.
"Maaf Maz terlambat, kami ada meeting tergempar tadi..lama tungu?" wajah Zikri tak bersalah.
Kura-kura dalam perahu,
suka hati buat tak tahu.
Nak rasa makan kasut aku?
Bisik hati Mazliana sempat lagi buat pantun tiga kerat. Dia melontarkan senyuman yang masam-masam manis.
"ehh..tak apa lepas ni korang pulak yang kena gempar"bisiknya lagi.
"awak marah ke Maz?"
"ehh..tak apa saya tak kisah bos" jawabnya bersahaja. Syamin menggaru kepalanya. Tahu sangat lenggong bahasa temannya itu. Matilah.....jelingan Mazliana meramalkan sesuatu yang buruk akan terjadi..
Lagi nak tanya aku dah panas hati duduk dekat sini, ingat cantik sangat ke muka aku dok tayang dekat depan orang ramai ni. Dahlah ada yang siap bagi duit syiling!.. ingat aku mintak sedekah. Eiii..memang nak kena ajar budak dua orang ni. Kalau nak kenal siapa Mazliana hj Nordin inilah masanya..
Nak rasa sangatkan lakonan ala-ala membalas dendam...One...role...action!!!...
"Apa dosa maz!!!" jerit Mazliana kuat tiba-tiba sambil meluru kearah Zikri. Syamin dan Zikri terkejut mereka saling berpandangan.
Air mata mengalir deras, esakkan mula terhasil. Dia terduduk di situ. berkerut dahi Zikri matanya terus dihalakan ke wajah syamin di sebelah. Apa dah jadi ni?. Ada mata yang memandang. Ada juga yang berhenti melihat aksi spontan Mazliana. Orang ramai yang lalu di situ berheni sambil memandang ke arah mereka bertiga.
"sampai hati abang!!apa kurangnya Maz berbanding perempuan ni?" hahhh...sudah dia dah mula dah. Wajah syamin berona merah. Dia tahu niat sebenar Mazliana. Aduhhh. Matilah macam ni. Ada yang sudah berbisik-bisik.
"Eh..kenapa ni Maz? " Zikri cuak. Semua mata memandang ke arahnya.
"sebab perempuan ni cantik abang pilih dia? Sebab dia ada harta? Abang sanggup tinggalkan Maz dan anak dalam kandungan ni? Apa salah kami bang?" merah muka Zikri. Malu. Perlahan tali lehernya diungkai. Butang atas kemejanya dibuka. Panas. Peluh mula menitis di dahi.
Mazliana masih berwajah sedih. Dalam hati hahahha....padan muka nak main drama sangat dengan Mazliana Hj nordin. Memang pelakon betullah kau ni Maz.
"apa sebenarnya ni..dik?" tanya seorang perempuan sebaya ibunya. Mazliana tersenyum. Muncul dah pelakon tambahan. Tubuh wanita itu sengaja dipeluk menambahkan lagi keberkesanan lakonannya.
"Kak apa salah saya sampai kawan baik saya sendiri bermadu kasih dengan suami yang saya sayang? Apa salah saya?"
Wanita itu memandang wajah Syamin dan Zikri dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan. Marah. Syamin tersenyum kelat. Sempat dia menangkap senyuman sinis Mazliana.
"sabarlah dik jangan sedih..mungkin adik bukan untuk lelaki macam ni.. jangan bazirkan air mata untuk perempuan perampas macam ni" hahhh... ambik kau sebijik. Dalam hatinya macam digeletek. Kelakar tengok muka Syamin dan Zikri dimarah pelakon tambahan. Bersemangat pulak mak cik ni.
"oklah Mak cik kami pergi dulu.."
Syamin menarik kuat tangan temannya. Gila betullah budak ni buat malu aku . Zikri mengejar langkah dua wanita itu dari belakang. Masih belum keluar dari lakonan palsu Mazliana. Masih terbayang wajah sedih Mazliana. Dia blur....
"kau memang nak makan kasut saiz 6 kan?" syamin mendengus. Marahlah konon. Geram dia mendengar ketawa kuat Mazliana.
"marah ke??" tanya Mazliana sambil mengangkat sebelah keningnya.
"taklah..suka sangat.."
"janji pukul berapa?" tanya Mazliana kembali.
Syamin terdiam. Alamak!!....dia tersengih macam kerang busuk.
"kau ingat kau cantik buat muka macam tu?" balas Maz geram. Dia mencubit pipi temannya kuat.
Sekali lagi syamin tersengih. Zikri hanya berdiam diri. Tak sangka Mazliana seberani itu. Memang niatnya nak angin je dengan perempuan ini tapi melihat ketawa ceria.
"Sorrylah bos saya ni panas sikit kalau bab-bab tunggu menunggu ni, memang keturunan saya ni tak dilahirkan untuk menunggu" Zikri tersenyum.
"alaa kita bukan sengaja, bakal ‘calon suami’ kau yang tiba-tiba buat meeting"
Terhenti gerakan tangan Maz. Hampir terkeluar air yang diminum. Calon suami?. Hishhh tu hiperbola melampau tu. Kalau cikgu sastera aku tahu si syamin ni suka-suka guna perkataan mesti kena denda pusing padang bola. ‘bahasa kita budaya kita’ kata cikgu akulah.
"kami minta maaf kalau buat Maz tertunggu, saya tak sempat nak call tadi"
"itulah susahnya kalau kita semakin maju ni, teknologi secanggih manapun pun berfaedah kalau tak digunakan.."
"tapi gilalah kau Maz, gerun aku dengan Mak cik tu tadi. Acam nak di cekiknya aku"
"Yalah kau kan perampas suami orang" ketawanya kuat.
"tak sangka awak seberani itu. Terkejut juga saya tadi tetiba awak melolong macam orang hilang pertimbangan" Zikri menyampuk.
"itulah yang dia dapat sebab suka sangat kawan dengan orang-orang dekat tanjung rambutan and tampoi" giliran Maz pula kena. Syamin ketawa kecil.
"kau ni macam tahu-tahu aku ni ramai bestfriend dari sanakan. Termasuklah kau"
"ha arrr betul-betul bak kata pepatah macam lembu dicucuk hidung" celah syamin.
"haaa betullah tu macam kau dicucuk hidung.. kalaulah cikgu Salmah masa kita form 5 dengar kau punya peribahasa tu mesti dia menangis 3 hari 3 malam..hishhh2 bahasa melayu kau dapat apa ek?"
Ketawa Zikri pecah tiba-tiba, memang syamin ni bendul betullah. Suka hati mulut dia nak kata apa, janji dia faham walaupun orang sekeliing tak faham pun apa yang dia cakap.
"sebenarnya bos secara tulus ikhlas lahir dari hati saya yang suci ni, saya tak berminat langsung dengan watak yang bos nak bagi tu..tapi disebabkan paksaan anasir-anasir si Mimi ni saya terpaksa..tapi seperti kali ke seratus satu saya cakap..segalanya hanya untuk malam itu saja" fuhhh panjang lebar penerangan. Macam penerangan Formula kimia yang aku tak pernah nak lulus. Hehehe...
"tak apa Maz saya faham. Saya berterima kasih sangat dengan bantuan awak"
"so apa yang perlu saya buat dengan watak tu?"
"ok semuanya bermula di sini..." bermulalah satu hikayat yang panjang lebar dari mulut Zikri. Matanya tepat memandang ke arah mata hitam bulat itu. Ada kejujuran di situ, wajah yang putih bersih kelihatan sentiasa berseri. Bibir merah melambangkan dia pengikut setia kempen ‘tak nak rokok’.
Kalau dianalisis ikut teori sains memang Encik Zikri memiliki wajah yang lengkap pakej kehensemannya. Senyumannya saja dah boleh buat wanita terduduk nasib baik aku memang dah duduk. Mazliana terus mengukur wajah di depannya.
"ok awak faham Mazliana?"
Mazliana masih memandang tepat wajah lelaki di depannya itu. Masih kaku.
"Mazliana?!!".panggil Zikri lagi apabila melihat mata itu masih tepat memandang ke arahnya.
"hoiiii Maz!!!" penampar Syamin hinggah di bahu temannya. Membuatkan Maz tersedar. Kembali semula ke alam nyata. Aduhhh!.
"kau faham tak?" . tanya Syamin lagi. Berangan pula minah ni. Tak cover langsung kalau ya pun nak berangan pilihlah tempat yang logik sikit ini tengan restoran yang bingit dengan suara orang ramai ni pun boleh layan.
"hah?!..faham..faham.." ehh apa yang aku faham?. Dia menggaru kepala yang tak gatal. Memang mangkuk tingkatlah kau ni Mazliana. Sempat mengutuk dirinya sendiri.
"ini semua tentang Tengku Iskandar..saya harap ini dapat membantu awak mengenai perwatakannya dengan lebih rapat" Fail hitam itu bertukar tangan. Dahi Mazliana berkerut rapat. Air liur di telan perlahan. Mak aiiikk tebalnya. Macam aku rajin je nak baca tebal-tebal macam ni?.
"perlu ke saya baca semua ni?"
"saya nak malam tu adalah malam yang sempurna.. jadi untuk elakkan awak tersasul maka awak kena bacalah" juling mata Mazliana memandang wajah lelaki di depannya. Skemalah mamat ni.
"kalau tebal macam ni saya kena baca, semua tentang luar dalam Encik Iskandar..?? hishh malaslah, Syamin kau baca untuk aku" fail itu ditolak ke arah Syamin.
"ehhh apa pula aku?" ditolak semula Fail itu.
"nanti kalau kau dah habis baca kau present dekat aku ok..oklah bos saya gerak dululah ada hal sikit ni" Mazliana bangun meninggalkan Syami dan Zikri yang terpinga-pinga.
Mazliana hanya mengangkat tangannya tanpa berpaling ke belakang. Ada ke suruh aku membaca dia tak tahu ke yang aku ni spesies mamalia yang fobia dengan membaca, kena pula baca benda tebal tambah pening pulak baca pasal diri seseorang. Hishhh apekehal....
"kan saya dah cakap tadi Encik Zikri tak percaya" fail Hitam tebal itu sudah dipegang. "ni siapa pula nak baca all about tengku Iskandar ni?"
"siapa lagi awaklah" Zikri bangun. RM10 diletak atas meja. Berlalu meninggalkan Syamin yang membelek Fail Biodata Iskandar.
"hahhh aku pulak yang kena..Encik Zikri..tunggu..." Syamin mengejar bosnya dari belakang.
***
Mazliana meletakkan kepala di riba Puan Maznah. Rambutnya diusap lembut. Inilah perkara paling best yang dapat dilupai.
"anak mak ni dah besar rupanya" Maz tersenyum mendengarnya.
"tapikan Mak. Maz rasa macam tak nak jadi besar, kalau Maz kecik mesti hari-hari Maz dapat tidur atas riba mak kan"
"dah besar mcam ni pun boleh baring lagi atas riba" tercetus ketawa anak dan ibu itu.
"sayang Mak..."
"mak pun sayang anak mak ni...mak tak sabar nak tengok Maz duduk atas pelamin"
"emmm jomlah kita pergi sekarang"
"kemana?"
"la...kedai Mak Andamlah kan kata nak tengok Maz duduk atas pelamin" bulat mata Puan Maznah mendengar lawak anaknya. Mazliana sudah ketawa melihat muka kelat maknya.
"main-main ek"
"laaa...mak ni suka terbalik code tau.. sepatutnya Kak Lin dengan Kak ida dulu laaa... tak akan Maz pula nak langkah tangga"
"bukan apa anak sayang mak ni manja sangat..kak Lin dan Kak Ida tak macam Maz nak 24 jam berkepit bawak ketiak mak, kalau apa-apa jadi dengan mak dan ayah macamana?..itulah sebab mak nak Maz ada seseorang untuk bergantung"
"mak jangan risau ek..kalau jodoh Maz dah sampai Maklah orang pertama yang akan tahu, mak ni tengok kakilah, Maz dah besarlah lagipun ingat baju ke nak gantung-gantung? Lagi satukan mak punya ketiak wangi tu sebab Maz suka" ketawanya kuat.
"hishhh budak ni"
"amboi manja ye budak busuk ni?" Azlin keluar dari dapur bersama Mug berisi milo di tangan. Kak Lin nampak cute dengan tocang dua dan klip berwarna pink menarik depan rambutnya.
"cemburulah tu..??"
"tak ada masa" Azlin duduk di sofa sebelah Puan Maznah. Mazliana tersenyum manja, bahagia di kelilingi orang tersayang.
"Lin dengar tadi ada yang nak kawin ek mak?"
"Emmm... tapi tulah dia si johan tu lambat bertindak slow betul laa mamat tu..kata maklah"
Puan maznah menampar lembut bahu anaknya. Pandai menambah cerita pulak.
"amboiiii mengumpat akak tadi ek?"
"bukan mengumpat mengenang.." pantas peha adik bongsunya dicubit kuat. Mazliana menjerit. Mak aiiikk sakitnya peha aku boleh lumpuh sistem endoktrin macam ni.
"sakitlah...akak ni doktor tapi main cubit-cubit orang pulak..apa hal.."
"tu ubat untuk orang yang sengaja cari penyakit"
Kata-kata Azlin mati di situ apabila melihat Haji Nordin muncul di pintu dengan senyuman. Jelas kepenatan. Sudah pukul 9 malam baru ayahnya balik? Hishh sibuk sangat ni kalah doktor. Haji Nordin memberi salam perlahan lalu disambut oleh tiga beranak yang setia menantinya di ruang tamu.
"lambat abang balik hari ni?" ahh baru aku nak tanya dah mak take over dulu.
"ada perbincangan sikit dengan budak-budak ni tadi, ada yang tak faham dengan apa yang abang ajar"
"hishhh apa yang susah sangat diorang nak faham tu ayah? Kan ada masa perundingan kenapa tak datang masa tu?" Mazliana tak puas hati. Haji Nordin ni kalau dengan pelajar dia baik sesangat.
Rungutan anaknya dibalas dengan senyuman. Malas nak bagi jawapan yang entah ke berapa ratus, dah memang itu tugas dia sebagai pendidik terpaksalah dia berkorban. Anak-anaknya susah nak faham.
"itulah ayah suruh Maz jadi cikgu maz tak nak..kalau sekarang maz mengajar tentu maz faham keadaan ayah" usik Hj Nordin.
"Maz ni ayah bukan tak nak jadi cikgu tapi kerja cikgu tu yang tak nak dengan Maz" ketawanya pecah. Kepala ayahnya sudah mengeleng.
Sejak aku baru merangkak-rangkak membaca ABC sejak itu juga cadangan ayah sentiasa terdengar sebelah telinga aku.
‘Maz nanti dah besar jadi cikgu ek sayang’
‘anak ayah ni nanti besar mesti bijak.jadi seorang guru’
Mazliana tersenyum..hishhh kesian ayah aku dari dulu berangan-angan nak aku jadi seorag pendidik tapi malangnya dapat anak hampeh...jangan kata pendidik bau-bau mempelam pun tak ada nak jadi pendidik. Terus tersasar jauh.
"abang nak minum?" pertanyaan Puan Maznah tiba-tiba.
"emmm...boleh juga tapi abang nak air kopi dari tangan anak manja awak ni.. Maz buatkan Ayah kopi" alaaahaiiii malasnya aku nak bangun. Tulah dia terlalu pakar sangat buat kopi kan dah dapat permintaan.
"akak pergilah buat kopi untuk ayah.." bisiknya pada Azlin yang asyik menonton skrin TV di depannya. Ntah cerita apa entah. Plastik betul.
"ayah kan nak anak manja dia yang sorang ni buat.. tak reti-reti bangun?" Mazliana tersenyum apabila matanya bertembung dengan ayah dan mak. Mata tu dah bagi isyarat suruh dia bangun sebelum apa-apa terjadi.
Mazliana memang anak yang pada luarannya nampak degil tapi pada dasar dia adalah anak yang mudah di bawa berunding. Dalam banyak hal pendapat yang lahir dari mulut anak bongsunya itu sering diguna pakai. Haji Nordin sendiri mengakui sikap anaknya itu sangat disenangi oleh ramai orang termasuklah jiran tetangganya.
"untuk Mak sekali ek" hahhh lagi satu order. Laris jualan hari ni. Kebiasaan keluarga Hj Nordin kalau dah seorang nak air alamatnya kena buat untuk semualah..yang jadi mangsa selalu siapa? Tak payah tanyalah mesti aku!!...
"baik boss....." berlari ke dapur kopi mesti disiapkan dalam masa 2 minit untuk mengelakkan sebarang rungutan atau perli-memerli di kalangan bos-bos tak terlatih.
11.00 PM: dalam kamar beradu....
Baru sekejap tadi dia mengirimkan email untuk kak ida, skrip hidupnya hari ini sudah dihantar kepada kakaknya. Memang itu sajalah cara untuk mereka berhubung, kalau selama ini kak idalah tempat dia menumpahkan segala masalah. Kini dia lebih senang mengirimkan skrip harian untuk tatapan kakaknya. Setiap minggu skrip hidup mazliana Hj Nordin akan diberi kritikan.
Selepas seharian berhempas pulas berkejar ke sana ke mari ini adalah waktu privacy yang dinanti-nanti iaitu acara bersenang-lenang di atas katil. Mazliana memang seorang gadis aktif tapi punya satu kelemahan yang ramai orang tak tahu, iaitu sebelum tidur mesti kena nyanyi versi untuk diri sendiri secara solo.
Kalau asa kecil dulu Puan maznah akan mendendangkan pelbagai lagu dari pelbagai genre muzik tapi kini dia terpaksa berdikari. Maksud berdikari = Iaitu pasang lagu nyanyi sendiri untuk diri sendiri.
The Colour of My Love
I\'ll paint my mood in shades of blue
Paint my soul to be with you
I\'ll sketch your lips in shaded tones
Draw your mouth to my own
I\'ll draw your arms around my waist
Then all doubt I shall erase
I\'ll paint the rain that softly lands on
Your windblown hair
Bukan lagu versi lidah berbelit-belit saja yang singgah di bibir Mazliana tapi sampai satu tahap apabila datang angin dari timur yang bertiup sepoi-sepoi bahasa..lagu yang sering membuat dia tersenyum sendiri...
Lagu Tiga Kupang
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
( korus )
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !
Dari lagu omputih sampailah habis lagu keluar dari bibir selagi mata tak pejam dengan sendiri selagi itu jangan haraplah mata ni nak tidur. Tiba-tiba sayang’ berbunyi....
Sistem pesanan ringkas = SMS yang ke 103 aku terima sepanjang tiga hari ini. entah ingatan yang keberapa aku sendiri tak tahu. Siapa lagi kalau bukan dari Syamin atau nama tak berapa popularnya Mimi. Layan mesej syamin ni aku juga boleh sewel.
+'jgn lpe temujanji dgn 'calon suami' ek '
-'ala ko ni Mimi mng OVER kn...dh 100 x arr...bosannnn '
+ 'xpe mla2 bosan nti suke he3'
- 'ko jgn smpai aku kawinkan ko dgn bos ko tu..bru knl ko Mazliana'
+ 'gurau senda di hari ry pun mrh..cm singa zoo taiping arr ko'
- 'klau aku singa ko arr dulu aku baham...k nite'
+ 'k nite Puan Mazliana...sweet dream ek..he3 c u '
- ' nite...C U'
Nokia 3310 kesayangannya dicampak ke tepi katil. Bosan pulak aku minah ni, masalah betul bila ikutkan rasa nilah padahnya badan juga yang binasa. Disebabkan bakat yang tak seberapa mengenakan orang ni tak pasal-pasal aku terjerumus dalam masalah peribadi orang. Muka calon suami sendiri tak pernah tengok, harap nama je Iskandar..sedap. ehh boleh percaya ke nama?. lembu Nek wan dekat kampung dulupun nama dia micheal. Hishhh macamana rupa calon suami aku ni ek?. Micheal dengan Iskandar mana lagi hensem? Hehehe...
***
best la..
BalasPadamcpt smbg eh..hehehe..
chaiyok3x!!
-sYiDa-
mmg best...ade blog?
BalasPadamhahahah...kelakar la si maz ni...kak Dya next ep plz...
BalasPadambeszttt...memang best..
BalasPadamlagi best klau cepat2 smbg heheh
hope dr.cinta akan lbh menarik
lawa. kelakar...wat aq gelak..
:) 4 star 4 DR CINTA.
hahaha..funny la maz nih..
BalasPadamslumber gaban jer..
best nye..smbg la lgi cpt2..
kah3....nape xwat nevel trus...nk beli...nk simpan kat rak
BalasPadamsonoknyer!!!!!
BalasPadamx sbar nk tgu next n3...
huhuhu~
best banget la part ni. mintak mintak bila maz tgk iskandar, terus jatuh cinta pandang pertama.........heheheeh.............................
BalasPadameiiiii..nak MAz dgn zikri...
BalasPadamLove Dr.cinta..best sgt...
cepat2 N3...xsbr dh ni...
tersangat lah best!!
BalasPadamSalam...
BalasPadamKomen ikhlas yang datang jauh dari lubuk hati...
Penulis ada potensi untuk mengembangkan bakat. Tapi kalau boleh tambahkan lagi 'perasa' dalam karya saudari.
best sgt...suka Dr.cinta bila nak Novelkan..
BalasPadamsya pun nak simpan dlm almari hehehe
good writer..dyadila..
Ermm.. ada sket kekurangan..naper lak jd citer maz tak kenal muka iskandar?? pd hal awal2 episod bukan ker maz yang jd doktor tipu rawat/urut kaki iskandar?? then masa kt opiz mimi pun maz dah penah jumpa iskandar?? ms dia nyamar jd mak mimi tu.. apa kes citer berbelit lak ni??
BalasPadamciter dah best.. tp biar logik kak!!!! sy ni pengikut setia citer ni... sorry!!! teguran membina...~~emmie~~
laa...emmie...diorg mn ada berkenalan kan..ms kat klinik pun mn ada dia tnya nama..logik tu... pape pun Dr.cinta bestttt zikri pun cam konfius dia png jumpa dgn Maz, mkne ye diorg tak berapa ingt arr....heheheh....
BalasPadamErmm.. tak kesah laa. yang penting citer ni besh.. cepat2 sambung. tak sabor!!heheheh ~~emmie~~
BalasPadamGILA BETULLAH SI mAZ NI.. POMPUAN PALING SEMPOI..
BalasPadamBESTTT SGT DR.CINTA....NK LAGI,...HEHEHE
nk g..nk g..nk g....hehhehe best sgt..
BalasPadamEiiii...sukanya aku cite ni...
BalasPadamnext N3, tak sabo ni....
Adoooiiii lambat lagi ke bab ke 8 niii...copek yo
BalasPadambest....so funny...cpt sikit ekk....
BalasPadamnak tau pasal Maz lg....
cerita dia best..klu dinovelkan lg best.
BalasPadamboleh la baca direct...
dyadila awk ada baka...terukan berkarya..
BalasPadamsaya suka karya awak menarik....
sangat teruja apabila awak mengetengahkan watak Mazliana
gadis sempoi...cute sangat...
wish u luck..
chayok:)
.........(gadis34)
best....best..best....
BalasPadambest giler la jatuh ati pada cite doktor cinta ni...
BalasPadambest...suka aq cite ni..
BalasPadami agree to nvel je bk ni
x yah tggu nak bc... hehehe
penantian satu penyiksaan..
suke cite ni sweet sgt.....
BalasPadamcpt lh smbng Dr.Cinta 8..
BalasPadambest sngt2 lh..apa yg jd kt Maz tu..
BalasPadamada ke novel Dr.Cinta..best sngt2 tau cite nie..rsa nk bli..hehehehe......
BalasPadamalaa... mn dr cinta 8 ni..
BalasPadamxsabar nak tggu...
plzz..next ep..
best sangat
BalasPadamsuka3
cepatlah sambung.....
yekkkk????
love doktor cinta
tak sabar nak baca sambungan novel ni..
BalasPadamgood job writer!