Nama Pena : Anastasya
~ Kanashimi no Cello ~
Life is Like a View of Sea
Seperti hari-hari biasa, Azusa akan pergi ke Taman Hakari untuk menenangkan fikiran. Suasana di taman itu amat nyaman. Ia terletak berhampiran laut dan menjadi kunjungan pasangan kekasih serta keluarga. Azusa berjalan menaiki bukit. Perjalanannya terhenti apabila Akito memanggilnya. Lelaki berusia 16 tahun itu tidak pernah penat mengejar Azusa yang sering memencilkan diri.
Mereka berjalan sehingga ke pancuran air di Taman Hakari. Azusa mengeluarkan cello yang dibawa oleh Akito lalu memainkan sebuah lagu. Akito sekadar duduk di sebelahnya dan mendengar dengan penuh minat. Alunan irama balada menambahkan lagi suasana romantis di taman tersebut. Selesai sahaja Azusa memainkan lagu, Akito membelikan ais krim perisa mint coklat kepada Azusa – kegemaran Azusa
"Azusa, gaya permainan kamu semakin maju. Saya pasti kamu akan terpilih dalam pertandingan muzikal itu. Kalau kamu terpilih, saya akan menyaksikan permainan kamu setiap hari!" kata Akito.
Azusa mengomel dalam hatinya, "selama ini memang dia pun yang selalu dengar laguku".
Akito dapat membaca fikiran Azusa. Mana tidaknya, hanya dia saja yang tahu apa yang Azusa ‘perkatakan’, hanya dia saja yang tahu apa yang bermain di fikiran Azusa kerana hanya dia sajalah sahabat karib Azusa. Azusa memandang Akito. Sudah dia jangka bahawa Akito terasa dengan ngomelan hatinya.
"Ha! Ha! Ha! Saya tak kisah la apa yang awak nak kata sebab saya ni memang pelik! Betul tak Azusa? Hei! Katakan saja aku ni pelik! Ha! Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!" Akito ketawa sepuas – puas hatinya. Ramai orang memandang ke arah mereka. Ada yang memandang dengan wajah yang kehairanan. Ada yang memandang dengan tanggapan yang kelakar. Azusa pening melihat mereka semua tetapi dia sudah biasa dengan sikap Akito.
"Akito….hem, bagaimana aku boleh rapat dengannya?". Azusa memeluk cellonya. Cello inilah hadiah pertama daripada Akito yang diberi pada hari pertama kami berjumpa.
Tamparan ibu masih terasa kebas di pipi. Aku benar-benar marah dengan keputusan ibunya. Sudahlah aku tidak diberi kebenaran untuk bersekolah di sekolah khas bidang muzik, kemudian ibunya tidak benarkan aku bermain cello. Kata ibu, aku ini anak yang tidak patut lahir ke dunia. Aku ialah sumpahan sial kepada keluarga. Tatkala ibu merampas cello kepunyaanku – yang aku beli menggunakan duit gaji kerja separuh masaku – aku menjadi berang lalu menjatuhkan pasu bunga yang ayah dibeli di China. Ayah juga kelihatan geram tetapi dia berlalu pergi begitu saja. Selepas menerima ‘hadiah’ daripada ibu, aku berlari keluar. Keluargaku memang tak adil. Kerana aku ingin mengawal kebencianku, aku membisukan diri selama bertahun – tahun.
Aku duduk di sebuah kerusi yang menghadap ke laut di Taman Hakari.
Hidupku umpama ombak yang menghempas ke batu sisa di pantai. Seperti batu sisa yang sentiasa berdiam diri dan tetap berdiam diri walaupun ombak menghempas berkali-kali kerana batu sisa tu tahu, apabila air pasang, air laut akan melindunginya daripada hempasan ombak. Mungkin juga ia akan terhakis dek ombak lalu mengharungi hidup di laut pula.
Yang mana satu aku? Adakah aku ialah batu sisa yang hidup untuk dihempas atau aku batu sisa yang akan terhakis lalu meneruskan kehidupan di dasar lautan yang tidak diketahui cabaran yang bagaimana lagi harus ditempohi?
Aah! Mustahil aku mampu melarikan diri daripada keluargaku kerana mereka keluargaku. Jadi mustahil aku ialah batu sisa yang akan terhakis. Aku hanya mampu menunggu air pasang untuk melindungiku. Dan air pasang itu adalah usahaku. Tetapi aku sudah berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata mereka. Kenapa mereka melayan aku dengan layanan yang teruk? Azusa tunduk, menahan air matanya.
"Hinohara - san?"
Azusa memandang ke tepi. Seorang budak lelaki yang tidak dikenali berdiri di tepi kerusi sambil memegang sebuah beg yang besar. Azusa menundukkan kepalanya agar lelaki itu tidak nampak riak wajahnya.
"Betullah Hinohara – san! Saya Akito Hondo, pelajar kelas 3A – 2 dari Sekolah Kazenari. Saya sudah lama memerhatikan Hinohara – san. Hinohara – san amat berbakat bermain cello dan saya ada sebuah cello lama. Pasti Hinohara – san pernah dengar nama Meister Ryo Hakuji, seorang pemain cello terkenal suatu ketika dahulu?".
Azusa menggeleng kepala. Akito tersenyum.
"Dahulu, Meister Ryo Hakuji ialah seorang pemain cello yang terkenal. Dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Malangnya beliau dikhianati oleh rakan baiknya sendiri. Rakan baiknya menyebarkan satu fitnah yang mampu menjatuhkan nama baik beliau. Segala harta dan kekayaan beliau hilang angkara fitnah hutang. Tidak cukup dengan tu, isteri dan anaknya mati dalam satu kemalangan ngeri. Meister itu akhirnya mati akibat tekanan dan meninggalkan sebuah cello. Cello yang tiada siapa mampu memainkan cello terpilu! Inilah cello yang saya maksudkan".
"Saya kerap mengekori kamu dan akhirnya saya dapat jawapan kenapa kamu jarang bercakap".
Azusa menjeling cello itu. Cerita Akito berjaya menarik perhatiannya.
"Ayah saya telah menyimpan cello ini kerana ceritanya yang menyayat hati. Yang menjadi misterinya, walaupun beribu orang pemain cello terhebat cuba bermain cello ini, semuanya berbunyi sumbang. Khabarnya, hanya orang yang memahami cello ini saja dapat memainkannya. Ayah saya dah simpan cello ni bertahun-tahun untuk mengkajinya tetapi masih gagal. Saya pasti kamu mampu membunyikannya semula dan menghiburkannya seperti Meister Ryo Hakuji".
Akito berjalan menghampiri Azusa dan menyerahkan cello itu kepadanya. Azusa kelihatan agak keberatan untuk menerima cello itu tetapi minatnya amat tinggi. Tangannya memegang cello itu dan Azusa mengemaskan kedudukannya.
"Mainkanlah satu lagu agar ia mengeluarkan irama yang indah seperti Meister Ryo..".
Saat Azusa menggesek tali cello itu, dia dapat memainkan satu lagu dengan indah dan lancar – ‘Life is Like a Boat’. Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa dan menyamankan suasana. Alunan irama cello bagai bergerak seiring dengan irama ombak. Jiwanya dapat merasai kepedihan cello yang kehilangan tuannya yang tidak bersalah. Tangannya bergerak lancar memainkan lagu itu. Akito duduk di sebelahnya, menghayati lagu tersebut.
" Terima …kasih, Akito. Te…rima ka…sih. Teri…ma ka…sih ba…nyak-banyak". Azusa berbisik perlahan, suaranya sebak.
Akito terkejut. Itulah kali pertama dia mendengar suara Azusa yang disangka bisu. Walaupun Azusa menghadapi kesukaran untuk berkata-kata tetapi kata-katanya ikhlas dari lubuk hatinya.
Azusa menangis. Cello terpilu itu dipeluknya, erat. Dia tidak henti-henti mengucapkan terima kasih. Akito membiarkan Azusa meluahkan segala isi hatinya.
‘Sekurang – kurangnya, cello itu turut membuatkan Azusa bersuara", desis hati kecil Akito.
Malam itu, Azusa sedar bahawa air laut pasti akan melindungi batu sisa walaupun mengambil masa yang agak lama. Azusa pasti tidak akan berputus asa kerana dia mempunyai Akito untuk menjadi sahabat karibnya.
" ....Azusa....!"
Azusa tersentak. Lamunannya terhenti di situ. Azusa mengenyeh matanya. Akito sekadar diam.
Azusa melihat jam tangan dan membuat isyarat untuk pulang ke rumah. Akito menyindirnya " Haha..jauhnya lamunan! Nasib baik saya kejutkan. Kalau tidak sehingga malam kamu mengelamun di sini". Azusa menjeling tajam.
Matahari kian terbenam. Azusa dan Akito berjalan seiringan menuju ke rumah masing - masing. Pastinya Akito yang memegang cello itu ekoran sikap ibu Azusa. Dalam kelam senja itu, Akito hanya perasan satu saja – senyuman Azusa. Sukar untuk melihat senyuman Azusa serta mendengar suara Azusa. Akito pasti Azusa terkenang semula kenangan semasa mereka berjumpa.
( sambungan Cello Terpilu part 2 : A Strong Determination inside It )
combination of japanese element and musical element,nice!
BalasPadaminteresting!!
BalasPadamkeep it up writer!!
sy tunggu next episode k...
interesting..
BalasPadami'm violinist..
so..i can feel the sorrow inside the cello..