Nama Pena : Hana Norisa
Dulu engkau kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpangan usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan
Isma dari tadi leka mendengar dan menghayati lirik lagu Cinta Seorang Teman yang dinyanyikan oleh Bob AF2 itu. Kenangannya terhadap Adam menerjah pemikirannya tatkala lagu itu diputarkan di corong radio. Hampir 15 tahun khabar berita dari Adam tidak di dengar nya. Tup! Tup! Malam tadi, ibunya menerima khabaran kepulangan keluarga Mak Cik Ina ke Malaysia.
Rindunya pada teman kecilnya itu menggamit memorinya. Teman yang sentiasa di sampingnya tatkala sedih dan gembira setelah persahabatan antara dia dan Lia terputus di tengah jalan.
Pelbagai andaian menerjah fikirannya. Hatinya tatkala itu berdebar menantikan pertemuan semula antara dirinya dan Adam. Sudah berubahkah Adam? Atau dia masih seperti dulu? Sentiasa mencari peluang untuk menggembirakannya tatkala dia sedih? Atau Adam kini bukan Adam yang dulu?
Malam ini, setelah 15 tahun tidak berjumpa, mereka akan dipertemukan semula. Malah, menurut ibu Rosnah, ada perkara penting yang akan dibincangkan pada malam ini. Jadi, dia harus pulang awal.
"Hah,"
Sergahan Maria mengejutkan Isma. Mujurlah dia tidak melatah, kalau tidak, jadi bahan tontonanlah mereka di kedai Bakery , tempat mereka bekerja itu.
"Ingat siapa tu? Jauh merenung. Retak dinding tu aku tengok," usik Maria lagi. Mana tidaknya, dari tadi dia melihat sahabatnya itu leka mengelamun.
"Wei," Sergah Maria sambil menyenggol bahu Isma.
"Wei, kau dengar tak apa yang aku tanya tadi?" soal Maria. Mahu dicubit-cubitnya, gadis dihadapannya itu. Geram apabila soalannya tadi tidak didengar oleh sahabatnya itu.
"Hah? Soalan apa?" Isma tersentak dari lamunannya.
"Aku tanya kau ingat siapa? Sampai retak dah dinding Bakery ni!" ulang Maria.
"Eh, aku tak ingat siapa-siapa lah. Lagu ni sedap. Tu je," Selindung Isma. Jujurnya, memang dia sedang teringatkan seseorang tapi takkanlah ingin dikhabarkan pada Maria.
"Lagu apa? Meh sini aku dengar," Isma menghulurkan earphone yang digunakan itu kepada Maria. Maria mengambil earphone dari Isma lalu disumbatnya kedalam telinga. Lagu Cinta Seorang Teman masih lagi berkumandang di radio Hot.FM. Maria tersenyum sendirian.
"Mmm, sedap gak lagu ni. Tapi kan lagu ni dah lama lah," komen Maria.
"Memang lah lama tapi aku suka. Lirik dia best,"
"Ke kau dengar lagu ni then kau teringatkan seseorang? Siapa tu?" usik Maria. Maria benar-benar ingin tahu apa yang difikir oleh Isma. Dia tahu Isma sedang menyembunyikan suatu perkara darinya dan dia harus siasat apakah perkara itu.
Maria terus menerus menggasak Isma dengan soalan hinggakan naik lemas Isma dibuatnya.
"Tak pe, kau tak nak bagi tahu aku ya. Tak pe-tak pe. Lain kali kalau bos Singa cari kau, aku tak nak back up lagi," ujar Maria dalam keadaan merajuk, ada nada ugutan dalam ayatnya.
Siapa yang tidak kenal dengan bos singa yang dimaksudkan Maria. Semua pekerja di Bakery itu maklum sangat dengan perangai bos mereka, Asyraff Dani, seorang yang perengus, pemarah, dan seorang yang degil namun sangat berdedikasi dalam tugasnya. Banyak kali, Isma telat datang kerja sehingga panas telinga Maria menadah bebelan Dani kerana cuba mem’backup’ sahabatnya itu.
"Eh janganlah . Kau macam tak kenal je dia," Isma cuba memujuk Maria. Bukannya sehari dua dia kenal dengan Maria. Kalau putih, putihlah dia. Kalau hitam, tak mungkin putih jadinya. Namun, Isma tidak sedar bahawa Maria tidak mungkin melaksanakan apa yang diucapkannya kerana baginya Isma adalah sahabatnya dunia akhirat dan tak mungkin hati sahabatnya itu dilukai.
Dahi Isma berkerut seribu. Banyak kali dia berfikir, wajarkah rahsia itu diberitahu pada Maria? Apakah yang akan difikirkan sahabatnya itu nanti. Apa pulak yang akan berlaku sekiranya perkara itu diteruskan? Dapatkah sahabatnya itu menerima dan mampukah Maria terus menerus menyokong keputusannya? Akhirnya, dia bertekad, apa salahnya jika Maria tahu, suatu hari nanti pasti Maria akan tahu juga.
"Sebenarnya..." Isma memulakan ayatnya.
"Hey, apa yang kamu berdua buat ni? Waktu rehat kamu dah abis kan? Apa lagi masuk lah kerja. Ingat nak curi tulang je," Berdesing telinga Maria dan Isma mendengar bebelan Ernie, tunang kepada Dani, bos mereka.
Ernie merupakan anak kepada rakan kongsi bapa Asyraff Dani. Mereka berdua akan bertunang dalam masa dua minggu lagi. Pelbagai persiapan telah dibuat. Namun, malang seribu malang, gadis itu hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh Dani.
"Saya kata masuk kerja sekarang, masuk lah. Yang tunggu kat situ lagi tu kenapa?" bebel Ernie lagi setelah melihat Maria dan Isma tidak berganjak dari tempat mereka.
Maria dan Isma tanpa berlengah terus bangun dan menuju ke station masing-masing. Maria di bahagian Pastry dan Isma di bahagian Quickbread.
Ernie tersenyum puas kerana dapat memarahi Isma dan Maria. Selama ini, jika dia ingin memarahi mereka pasti akan di backup oleh Dani. Namun, disebabkan Dani telah pun ke luar syarikat untuk menyelesaikan pinjaman syarikat, dia mula bermaharajalela. Puas hatinya apabila dapat memarahi Isma, bukannya dia tidak tahu bahawa jauh disudut hati Dani, dia ada menyimpan perasaan pada Isma.
*****
Isma mengerling jam di tangannya. Jam digital itu menunjukkan tepat jam 8 malam.
"Aduh, macam mana ni. Aku dah janji dengan ibu nak pulang awal ni. Ni semua sebab minah sekor ni" gerutu hati kecil Isma. Geramnya pada Ernie masih bersisa. Salahkah mereka berbual-bual tadi. Sambung kerja lewat 3 minit sahaja, sudah bising memanjang. Yang lebih menyakitkan hati ada ke patut minah tu tahan dia sampai pukul 9 malam.
"Mesti ibu dah tunggu ni. Macam mana ni?" Isma berusaha mencari alasan supaya dia dapat pulang segera. Sudah banyak kali harapan ibunya itu dihampakan. Semuanya kerana Ernie. Geram sungguh dia.
Jari jemarinya ligat menari-nari mengetuk meja stationnya. Bukannya apa, dia ditahan begitu sahaja. Nak siapkan roti-roti yang ada, malas pula kerana restoran pun sudah hampir tutup. Kalau tak siapkan, bosan melanda. Isma mengeluh berat. Lantas dia mencapai kain lap yang tergantung di sebelah mejanya dan mula mengelap mejanya. Meja stainless steel itu ditenyehnya sehingga berkilat semua kotoran yang melekat, sedangkan dengan hanya menggunakan scraper sahaja kerjanya pasti dapat diselesaikan dengan sekelip mata.
"Pergi lah. Nanti aku ’backup’ kan," suruh Maria. Dia tahu pasti sahabatnya itu bimbang. Mana tidaknya, Maria sangat kenal perangai Isma yang satu ni, dimana Isma akan mengetuk-ngetuk mejanya pada saat dan ketika dia kebosanan dan dalam keadaan ligat memikirkan sesuatu. Puas ditilik dan diperhatikan tabiat rakannya itu. Memang benar, sudah acapkali tabiat itu berulang tatkala kebosanan dan kebingungan melanda diri sahabatnya itu.
"Eh, tak pelah. Aku okay je. Lagipun dah nak dekat habis pun shif kita," Isma berdolak dalih. Tidak sampai hati pula dia mahu membebankan sahabatnya itu. Lagipun, memang salah Isma kerana lewat masuk kerja sebentar tadi.
"Tak pelah. Ibu tunggu kau tu. Nanti apa pulak kata dia,"
"Mana kau tahu ibu tunggu aku?" Isma menyoal Maria.
"Lah, kau yang bagitau tadi. Kata kau, ibu nak bincang sesuatu. Dah lah pergi balik. Tahu lah aku nak buat apa bila tunang singa tu datang," Maria terus menerus memaksa Isma pulang. Dia tidak mahu Isma mengecewakan harapan ibunya seperti mana dia pernah menghancurkan harapan ibunya sendiri. Malah, dia tidak mahu sahabatnya itu menerima nasib malang sepertinya.
"Mmmm, tak pe ke?" Isma meminta kepastian. Isma berasa bersalah kerana terpaksa menyusahkan sahabatnya buat kesekian kalinya.
"Tak pelah. Dah lah, pergi cepat. Jap lagi kalau minah tu nampak susah kau nak lari nanti,"
"Okay, kalau macam tu, aku pergi dulu ya. Thanks," Isma melonjak kegembiraan kerana mendapat lampu hijau dari sahabatnya itu. Isma memandang kiri dan kanan stationnya lalu setelah mendapati line clear, apron yang menyarungi tubuhnya ditanggalkan. Isma berlari anak menuju ke bilik loker. Sempat dia menyinggah station Maria, lalu dipeluknya Maria dan dihadiahkan ciuman di pipi gadis itu. Merona kemerahan muka Maria tatkala itu.
"Dah lah. Pergi cepat," Maria menghalaunya. Sepantas kilat, Isma menuju ke lokernya untuk menukar pakaiannya.
"Isma," Maria tersentak apabila nama Isma dipanggil. Dia mencari arah suara itu. Ernie!
******
Isma meraba-raba beg sandangnya mencari kunci motosikalnya. Seperti tangannya, matanya juga turut mencari-cari kunci motorsikalnya.
’Hish. Mana kunci ni?’ gerutu hati kecilnya. Kakinya tetap melangkah ke hadapan.
"Bang"
Isma terduduk. ’Aduh, sakitnya’ Isma meraba-raba bahunya.
"Hey, are you blind?" marah satu suara dengan loghat mat sallehnya. Kedengarannya seperti suara seorang perempuan.
’Ya Allah. Aku langgar apa tadi," Isma mencari-cari siapakah gerangan yang melanggar dirinya. Soalan perempuan itu tidak dipedulikan.
"Are you okay?" soal satu suara yang lain. Suara seorang lelaki. Isma menaikkan pandangannya kearah suara itu. Ditenungnya lelaki dihadapannya.
"Alamak, hensemnya mamat ni," hati Isma berbunga. Mamat ni ke yang langgar aku? Isma hanya tersenyum. Senyum yang meleret.
"Ingatkan buta ngan pekak je? Rupanya sewel," perli suara perempuan yang mula-mula didengarnya itu. Dilihatnya perempuan itu sedang berpeluk tubuh. Perempuan yang berambut panjang aras bahu itu mencebik. Rambutnya yang berjuraian menutup mukanya diselakkan ke belakang menampakkan tubuhnya. Pakaiannya yang agak mencolok mata itu bisa menarik perhatian semua jejaka di shopping mall itu.
Isma tersentak mendengar ayat itu. ’Eh. Eh. Suka hati je ngutuk aku. Depan aku pulak tu. Nak kena budak ni"
Isma mulai hilang sabar. Isma cuba untuk bangun namun gagal. Punggungnya terasa sakit akibat terduduk di atas lantai shopping mall itu.
Tiba-tiba, lelaki hensem yang berdiri di sebelah perempuan itu menghulurkan tangannya ke arah Isma. Isma tidak menyambut huluran itu tetapi ditenungnya lelaki itu. Dia seperti pernah melihat lelaki itu sebelum ini. Isma cuba mengingatkan kembali namun gagal. Isma berpaut pada palang yang berhampirannya untuk menyokongnya bangun. Mana mungkin dia menyambut huluran itu. Bukankah orang yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan kecuali suami isteri?
“Thank," ucap Isma. Tangannya ligat mengibas debu-debu yang sempat melekat di pakaiannya. "Sori salah saya sebab tak tengok jalan," ujar Isma lemah. Memang betul dirinya salah. Patutnya, dia berhenti seketika semasa mencari kunci sebentar tadi bukannya mencari sambil berjalan.
"Kenapa ni?" soal seseorang. Isma menoleh kearah suara itu. Perempuan tadi terus menerpa ke arah lelaki itu dan memaut lengan lelaki itu. Lelaki itu hanya membiarkan sahaja perlakuan perempuan itu.
"Awek dia lah tu" ngomel Isma, sendirian.
"Ni hah. Perempuan tak guna ni. Dia langgar I. Sakit tau," rengek perempuan itu. Sengaja bahunya yang tidak berlapis itu ditayangkan pada lelaki itu.
"Kau," Belum sempat lelaki itu menyembur Isma, lelaki yang membantu Isma tadi sempat menghalang.
"Adam, jom balik. Mak tengah tunggu tu," ujar lelaki itu. Lelaki baran tadi terus tidak jadi menyembur Isma. Isma menarik nafas lega. Namun, ingatannya terarah pada panggilan lelaki itu pada mamat baran tadi. Adam?
"Bukan kot" Isma cuba menyedapkan perasaannya. Diurut-urut bahunya yang terasa sakit sambil memerhatikan kedua-dua jejaka yang berlalu pergi dihadapannya. Lelaki yang memakai jaket jeans biru itu dilihatnya sehingga hilang dari pandangannya.
******
cm bez je cter nie...
BalasPadamkeep it up!
bley x kasi blog pnulis nie?
BalasPadamcter dier best laa...
time kasih sbb suka ceriter ni...hope that u guys will alwayz follow up cerita ni...this is my blog..http://hananorisa.blogspot.com
BalasPadamthumb ups..saya x pandai la na tulis in english..biasala x cukup ilmu g..cepat sambung yerr..best sgggggt.
BalasPadam