Rabu, September 30, 2009

Novel : Andai Itu Takdir Cinta 4

Nama Pena : Fara Syafiea

BAB 4

Ilham berjalan dari kiri kekanan. Seusai berjalan dia kembali duduk namun tidak sampai beberapa saat dia kembali berdiri. Haikal yang melihat hanya mengeleng gelengkan kepalanya beberapa kalii.Pening!! " woi..

\"apa kau ni .. kehulu ke hilir.. pusing kepala aku tau tak.. cuba la duduk diam diam??" dia menjerkah Ilham..

"Ish kau ni.. kalau tak kejutkan aku tak sah gamaknya .. kalau aku ader sakit jantung dah lama jalan tau tak." Ilham memarahi haikal sambil mengurut gurut dadanya perlahan. lemah jantung dia dek sergahan teman baiknya itu. ‘Sekali aku cepuk baru tahu’

Haikal mencebik.. "kau ni kenapa macam orang tak betul je aku tengok…"

Ilham hanya diam membisu. Kata kata haikal langsung tidak kedengaran di telinganya..

Bam!! Haikal menepuk meja dihadapannya kuat.. ‘ aku cakap ngan dia.. sempat lagi dia duk berangan’ ..

"Ish kau ni.. kenapa .. cuba la duduk diam diam.. ini hospital kau tau tak.."

Haikal mengerutkan keningnya seketika.. ‘ aku kata dia .. dia kata aku pulak.. hampeh sungguh’

"Ye la aku la yang salah.." dia bersuara seakan merajuk… geram!!

"La.. kau ni.. itu pun nak touching ker?"

"Abis apa guna kawan.. penat aku datang sini tau.. kau pulak dari tadi tak reti duk diam.. pastu nak marah marah aku pulak.."

Ilham mencebik. Wat lawak pulak mamat ni. Sudah lama dia dan Haikal berkawan jadi dia sudah maklum akan taktik yang selalu haikal gunakan sekiranya dirinya diabaikan.. ‘sekali tengok macam perempuan pun ader’

"Aku risau la.. sofea.."

"Kenapa dengan sofea.. dia dah selamat dah kan" haikal bertanya lagi. Semalam ilham menghubunginya menyuruh dia bergegas ke medical centre.. mengetahui kejadian buruk yang menimpa sofea dia turut bergegas ke situ. Tapi pagi tadi Doktor sudah memberitahu mereka kalau sofea Cuma pengsan kerana badannya terlalu lemah.

"Kau tahu kan.. aku tak lama kat sini.."

"Maksud kau.."

"Kau ni kan .. hari tu kan aku dah citer umi suh aku tinggal kat Uk in one month time!!"

"Ouhh.. umi kau serius ke nak maustautin kat Uk"

"Hmm.. tu la pasal.. papa aku pun dah bising2.. abang aku pun satu hal.. tak sabar sabar nak balik sini.."

"Ouh.." haikal menganguk lagi. Dia berasa kasihan dengan nasib temannya itu..

Tiga bulan yang lepas keluarga Ilham mengambil keputusan untuk menetap di United Kingdom apabila Tuan Johari disahkan menghidap penyakit ketumbuhan bagi menerima rawatan di hospital pakar dan mengarahkan Ilham supaya menguruskan business mereka di sana. Apatah lagi apabila Abang Longnya nekad untuk kembali ke Malaysia. Jadi sebagai pertukaran Ilham harus mengambil alih posisi abangnya di syarikat keluarga mereka..

Ilham mengeluh perlahan.. masa nya hanya tinggal kurang dari seminggu sahaja lagi.. sedangkan hati nya semakin hari semakin terasa berat untuk meninggalkan Malaysia apatah lagi melihatkan keadaan sofea sekarang.. hatinya yakin yang dia mencintai sofea dan dia terlalu pasti keadaan sofea pasti tidak terjaga apabila dia meningalkan gadis itu sendirian.

"So apa kau nak buat sekarang.."

"Entah lah.. jiwa aku kacau.."

"Kau tak cuba cakap ngan aunty baik baik.."

"Aku dah call ngan bincang ngan umi aku tadi.. dia kata dia nak bincang ngan papa dulu.. so tengok je la nanti…"

"Ouh.. sofea.??"

"Kenapa dengan sofea.."

"Kenapa ngan dia tu..satu2 masalah datang.. aku agak dia kena mandi bunga la.." haikal berkata selamba. Mana tidaknya satu satu masalah menimpa gadis itu.. bak kata pepatah sofea ngan masalah dah macam isi ngan kuku.. tak dapat dipisahkan.. Akhirnya dia tersengih sendiri.. apa punya pepatah la yang aku bagi ni..

"Woii.. kau ni nak mengata agak agak ar.. dengar dek sofea nanti.. kan merajuk pulak dia.." Ilham berkata serius walaupun berasa agak lucu, namun jauh disudut hati puncak kerisauannya terasa mengunung.

"Alah aku gurau je lah.. tapi betul la.. usahkan engkau aku yang menengok ni pun risau mana tidaknya.. lepas satu satu masalah dia…" haikal membela diri.

Ilham mengeluh lagi.. dia tahu itu.. dan atas alasan itu jugalah dia tidak mahu meninggalkan sofea.. tampang Haikal dipandang lama.. " entahlah weyh.. aku pun tak faham .. tapi apa yang aku tahu aku memang tak nak tinggalkan dia dan aku harap sangat kalau aku memang tak perlu tinggalkan dia.."

………………………………………………………..

Ryana memandang sekeliling. matanya pejam celik.memandang bilik yang didiami. Hidungnya terhidu bauan persis bau ubatan.. seketika keningnya kembali bertaut.. melihat sekeliling dia pasti dia kini berada di hospital biarpun tidak jelas di hospital mana.. bunyi kriut pintu dibuka membuatkan matanya terarah ke pintubilik yang berwarna merah jambu itu..

"Hey ryan… how are you??"adilla berstanya sebaik sahaja memasuki kamar merah jambu itu. Dia tersenyum melihat ryana yang terbaring bagai orang bingung.. hairan la tu..

Ryana hanya tersenyum membalas pertanyaan Adilla.. seketika kemudian muncul wajah ana dan hani dibelakang adilla..

" kau kenapa Ryan..kecoh satu café kau tahu tak.. apa yang hafiz buat kat kau.."
Ryana hanya berdiam diri.. mengingati kejadian semalam dia terasa bagai mahu menjerit.. aku benci kau Hafiz…

"Kau kenapa Ryan.. senyap je.. cite la kenapa wey.. kau tau tak skarang Hafiz kat mana.." hani menyampuk sebelum sempat pertanyaan adilla dijawab

Ryana mencebik.. ‘Ah.. ader aku peduli dia dekat mana.. pergi mampus la…’ hatinya memberontak geram..

"Kat mana wei.." Ana bertanya laju.. teruja mengetahui keadaan lelaki itu..

"Kat mana lagi.. kalau dah wat macam tu lokap la jawabnya wei.." Adilla menyampuk ..

Hah!!! Ryana terjerit kecil.. terkejut.. bersabung dengan jeritan yang keluar dari bibir ana..

"Lah.. yang kau ni kenapa.. nama lagi report polis mana mana pun mesti la kena tahan.. siasat sampai habis.." adilla berkata sambil mengerutkan keningnya. Hairan melihat reaksi yang dipamerkan Ryana.

"Mana kau tahu ni.." ana bertanya lagi. Menyampuk!! Semalam dia tidak turun ke café jadi cerita tentang hal yang berlaku di café semalam hanya diketahui melalui kedua temannya itu.. itu pun dia langsung tidak tahu menahu tentang berita Hafiz masuk balai..

"La.. dia call aku pagi tadi.. tidur balai la mamat tu semalam.. dengan muka lebam dah macam mafia dah aku nengok tadi…"

Hah.. Dia terjerit lagi.. Hafiz tidur balai..

"Lah kau ni kenapa… sawan erk..bukan kau ke yang buat report.. nasib baik hafiz tu anak da`to.. so kau tahu la kan.. ayah dia guna pengaruh dia la tu.. so tak kena masuk lokap la.. tapi apa yang aku tahu.. after dapat kau punya persetujuan baru diaorang akan lepaskan si hafiz tu.. tu pun kalau kau tarik balik dakwaan kau pada dia.. dengan ikat jamin la…"

Erk.. ryana termenung seketika.. bila masa lak dia buat report polis.. jangan jangan.. ilham.. tapi bagus jugak mamat tu masuk lokap tapi.. ish kesian lak ngan auntie ngan uncle.. maunya tak tidur malam auntie zara anak laki dia aku sumbat dalam lokap.. " eh.. bukan aku yang buat report" tiba tiba kata kata itu terluah dibibirnya.

"Habis siapa.." Mereka bertiga bertanya serentak..

Belum sempat ryana menjawab tiba tiba pintu bilik dikuak dari luar.. matanya terpegun melihat gerangan pelawat yang memasuki kamarnya itu..

"Ryan auntie minta maaf .. auntie tak sangka hafiz sanggup buat kamu macam ni." Datin Zara berkata sambil memegang erat tangan gadis dihadapannya itu. Hancur hatinya apabila mengetahui akan perbuatan anaknya itu kepada ryana..

"Auntie.. saya.."

"Ryan.. auntie mintak tolong dengan kamu.. auntie memang marahkan Fiz tapi.. auntie tak sanggup tengok
dia duduk dalam lokap.. auntie.."

"Auntie.. Ryan tahu auntie.. ryan.."

Bunyi ketukan pintu sekali lagi mematikan perbualan mereka.. Ryana melihat wajah ilham dan Haikal disebalik pintu yang terbuka. Dia ingin memanggil ilham tapi melihat wajah ilham yang serius sementara esak tangisan auntie zara membatalkan hasratnya. Dia hanya menghantar pergerakan ilham yang akhirnya terhenti di sudut jendela kamarnya itu..

"Auntie.. saya maafkan Hafiz…"

"Err.. jadi kamu akan tarik balik dakwaan kamu pada dia.. " Datin zara bertanya lagi. Lega hatinya apabila Ryana sudi memaafkan anaknya itu.

Ryana menarik nafas perlahan.. Dia memandang Ilham.. seketika kemudian dia menganguk perlahan..

"Terima kasih ryan.. nanti auntie suruh dia minta maaf dengan kamu."

"Tak payah.. auntie.. saya tak nak jumpa dia.." Ryana berkata tegas. Kata maaf yang diberikan tidak menjamin bahawa dia akan melupakan.. bak kata orang kata maaf hanya dibibir hatinya belum pasti menerima.

Biarlah jikalau mereka mahu mengatanya talam dua muka pun. Yang pasti itu keputusannya dan keluarga lelaki itu harus menerimanya.Muktamad!!

Datin zara tersenyum hambar.. apa lagi yang mampu dia harapkan.. kesudian ryana memaafkan anaknya itu sudah cukup.. biar teruk manapun perangai anaknya namun hati kecilnya tetap tidak mampu melihat anaknya terseksa..

"Terima kasih ryan.. Auntie minta maaf sekali lagi auntie balik dulu.."

Ryana hanya tersenyum. Pelukan Auntie zara dibalas perlahan..

"Weyh.. k lah.. aku pun nak balik dulu.. kau jangan risau nanti aku brainwash hafiz banyak banyak.. kau jaga diri tau…bye.. " adilla bersuara sebaik sahaja kelibat Datin Zara hilang di pandangan. Terlalu lama melihat drama sebabak Ryana dengan Datin zara dia tidak sedar kalau dia sudah terlalu lama disitu…
Apabila semua berlalu Ryana berpaling menghadap Ilham.. kelu lidahnya disaat melihat raut wajah lelaki itu yang tenang bersandar…..

……………………………………………………………………….

Ilham hanya memandang dengan renungan tajam. Sakit hatinya apabila mendengar kata kata maaf yang keluar dari bibir gadis itu.

Haikal mengaru garu kepalanya yang tidak gatal.. suasana sepi diantara mereka bertiga membuatkan dia rasa canggung..lengan ilham disiku beberapa kali.. seketika dia mencebik melihat riak selamba yang dipamerkan temannya itu"You okey.." haikal bertanya apabila Ilham langsung tidak menghiraukan mereka berdua.. apa punya kawan la mamat ni..

"Ermm.. okey.." Ryana menjawab sambil membalas senyuman yang dilemparkan lelaki tersebut.

"Dah makan.." haikal bertanya lagi..

"Belum.."

"Lah kenapa tak makan lagi.."

"Errr.. baru bangun.."

"Ouh.. nak makan.. nak I suapkan ke" dia berselorah..

Ryana tersenyum Cuma. Sekali lagi pintu biliknya diketuk dari luar. Haikal yang melihat terus menuju ke pintu dan membukanya dari dalam. Seketika muncul seorang perempuan yang manis bertudung dari sebalik pintu.

"hei.. ryan… awak ni kenapa .." Amyra yang baru sahaja tiba terus bertanya ryana sebaik pintu dikuak dari
dalam... tubuh ryana dipeluk perlahan… dia tersenyum sekilas kepada dua lelaki yang berada di bilik itu..

"Kenapa kenapa apa.." ryana bertanya pelik. Serasanya tidak ada yang tidak kena pada dirinya ketika itu

"Ye la.. asyik dapat masalah je.. saya rasa awak kena mandi bunga la.." Amyra berkata selamba sambil bibirnya terukir seulas senyuman.

Hahahaha.. haikal ketawa lepas.. kelakar betul dia mendengar kata kata gadis yang baru sahaja melangkah ke tempat mereka bertiga. Sama seperti kata katanya tadi!!

Ilham hanya tersenyum.. faham akan ketawa yang dihamburkan oleh temannya itu..

Ryana memandang binggung. Seketika pandangannya berlaga dengan Amyra

Amyra memandang pelik.. sambil tangannya mengaru kepalanya yang tidak gatal.. " ada apa apa yang tak kena ke sampai macam tu sekali awak ketawa.."

"Erk.. tak de aper aper.. awak berdua sembang la saya pergi sana.." haikal berkata sambil tersenyum senang.. matanya sempat merlirik gadis tersebut.. ermm. ayu.. comel!!

Ditinggalkan berdua mereka kembali menyambung cerita..amyra merupakan satu satunya teman baik nya yang boleh dikatakan agak warak..Amyra yang dikenalinya itu merupakan seorang wanita yang lembut.. baik.. dan sopan.. tapi kuat berceloteh.. nasib gadis itu lebih sadis dari hidupnya. Amyra merupakan anak yatim piatu.. dan tidak mempunyai adik beradik .. lebih parah apabila dia lahir dari keluarga yang susah.. apabila ibubapanya meninggal dia terpaksa bekerja keras untuk menyara hidupnya itu..

Hampir dua jam mereka berbual.. amyra meminta diri.. Ryana mengerutkan dahinya apabila melihat haikal turut tergesa gesa keluar sebaik temannya keluar.. tinggal berdua dengan ilham yang sedari tadi membisu membuatkan dadanya sesak.. ‘marahkah ilham kepadanya’

…………………………………………………..

"Awak marah saya.." Ryana bertanya sambil kakinya melangkah menuju ke tempat Ilham berdiri.

"Kenapa cakap macam tu.." Ilham bersuara mendatar

"Dah tu awak diam dari tadi lagi.."

"Saya kesal!!"

"Kenapa.."

"Kenapa??.. awak Tanya kenapa..awak tahu tak kalau saya tak ikut awak.. apa yang jadi pada awak fea.. kenapa?? Kenapa?? .. awak langsung tak nak dengar cakap saya.." ilham bersuara meluahkan ketidak puasan hatinya. Bingung dia bila disoal begitu.

"Saya.. saya minta maaf.."

"Bukan kata maaf awak yang saya nak fea.." dia bersuara sedikit kesal. Jujur bukan itu yang dia mahukan.

"Saya minta maaf.. saya tahu saya salah.." air matanya mengalir keluar.. terasa bagai anak kecil apabila dimarahi begitu..

"Berulang kali saya bagitahu awak.. jaga diri.. tapi awak….Saya tak selalu ada untuk awak fea.."

"Awak.. nak gi mana.."

Ilham hanya diam.. buntu..

"Am.. Fea minta maaf.. awak jangan lah marah fea lagi.. fea janji fea tak buat lagi.." Ryana mengengam
tangan Ilham kemas.. sungguh dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu..

Ilham hanya memandang sayu.. hiba hatinya melihat Ryana merayu nya sebegitu.. gengaman tangan Ryana dibalas lembut.. Kemudian Dia berbisik perlahan.. "Saya takkan tinggalkan awak .. saya janji.. tapi.. dengan syarat!!

Hah!!!

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama2/10/09 7:09 PG

    salam fara..
    ha..mst nk ajak kawen..hehehe...
    y ri2 demam je erkk..??sib bek..
    flow cter nye ok..bes je bc..
    so cept2 la continue..keep up a gud work..!!
    niya1501@yahoo.com

    BalasPadam
  2. citenye best jgk...
    not so bad... x sbr2 nk tau smbnganye...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama7/2/10 11:18 PG

    salam...best cte nih...tp ade x sambungan cte ni sampi la ending...sory la sy bru jer trjmp web nih blk,,,,sy sgt2 la trcari2 sambgn cte nih...huhu..

    BalasPadam
  4. salam...
    best lah cite nie, suka sangat,
    x sabar nk tunggu sambngan dea..=)

    BalasPadam
  5. huhuhu best cter ni.. ble nk uat smbngan????
    cpt la smbng...
    x sbr nk taw ending...

    BalasPadam
  6. ALEEYA QAZRINA2/1/12 1:10 PTG

    hehe .. meme top cter neh , wlaupun kekadang ssah gax na bce . apa syarat ilham tu ? jngan2 ilham na ajk ryan kawin kot ?
    hehe ..kalau mcm tu lgi sweet :))

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan