Nama Pena : penaemas
6 Disember 1986
"Tidak, dia bukan anak aku. Aku tak mahukan dia. Bawa dia keluar dari sini." Puan Rozana mula mengamuk. Dia tidak dapat menerima hakikat itu. Anak yang dikandungkan selama 9 bulan itu kini berada dihadapannya. Baginya anak itu hanya akan mengundang bencana pada dirinya. Akan mengubah statusnya sebagai orang yang berpengaruh dalam Marzana Global SDN. BHD. Anak yang baru dilahirkan itu cacat. Hakikat itu yang tidak mampu untuk diterimanya. Anak itu lahir dengan sebelah tangan yang kecil.
-----------------------------------
6 Disember 2007
"Selamat hari jadi Jiha." Ain meletakkan kek yang baru dibuatnya pagi tadi dengan berhati-hati. Puas hatinya bukan sahaja kerana kek dihadapannya itu malah kerana senyuman yang terukir dibibir sahabat baiknya.
"la… kenapa tengok je kek tu. Cepat la tiup. Aku dah tak sabar nak makan ni." Najiha terus meniup lilin dihadapannya itu. Dia begitu terharu dengan hadiah dari Ain. Sahabat baiknya itu memang pandai mengambil hati. Najiha mengucapkan terima kasih kepada Ain. Ain hanya tersenyum.
Bagi Ain, Najiha adalah segalanya. Mereka telah dibesarkan bersama. Ain masih ingat pesanan ibunya yang menyuruhnya menjaga Najiha dengan baik. Najihah tidak bernasib baik sepertinya. Najihah telah diberikan kepada ibunya kerana ibu Najiha tidak dapat menerima keadaan Najiha yang cacat.
Najiha adalah sahabatnya yang paling baik. Dua tahun lepas kedua ibu bapa Ain telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Ain langsung tidak dapat menerima hakikat itu dan menyesali nasib dirinya yang sebatang kara. Namun Najiha menemaninya, memberikan semangat kepadanya. Walaupun dengan kata-kata, semangat yang Najiha berikan membuatkan dirinya lebih cekal menghadapi hidupnya. Dia tidak seperti Najiha. Gadis itu dilahirkan cacat dan dibuang keluarganya. Najihah tidak pernah menyesali nasib dirinya. Itulah yang membuatkan Ain bangga dengan sahabatnya itu.
"Kenapa muram je ni?" entah mengapa Ain dapat melihat kesedihan dalam anak mata sahabatnya itu. Najihah hanya diam. Tunduk membisu.
"Kau sedih ke? Janganlah sedih. Aku kan ada. Aku akan jadi kawan kau sampai bila-bila. Itu yang kau kena ingat." Kata-kata Ain benar-benar menguatkan kembali semangat Najihah. Walaupun dia cacat, Ain masih ingin menjadi sahabatnya, menemaninya tanpa rasa malu.
"Kau memang kawan aku yang baik. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku." Bicara Najiha dengan penuh keiklasan Ain hanya tersenyum. Terharu dengan ketulusan Najiha.
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan ketukan dari pintu rumah sewa mereka. Ain lantas beredar untuk membuka pintu. Kini dihadapan Ain berdiri dua orang lelaki dan seorang perempuan yang tidak dikenali.
"Boleh saya tolong?" sapa Ain membuka bicara.
"Maaf kerana menganggu. Kami ke sini kerana mencari Nurul Najiha binti Mazlan."
"Saya Ain, kawan Najihah. Tapi, boleh saya tahu siapa encik dan kenapa encik nak berjumpa dengan dia?" sengaja Ain menyoal begitu. Tambahan pula wajah orang dihadapannya kini itu begitu asing. Tentu sahaja Najiha juga tidak mengenali mereka.
"Saya Mahmud, ini Razlan dan adiknya Raihana. Kami datang mengenai ibunya, Puan Rozana." Terkejut Ain mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Memang diketahuinya ibu Najiha yang meninggalkan Najihah kerana kecacatannya. Puan Rozana tidak mahukan Najiha lantas Najihah diserahkan kepada keluarganya. Tapi dia benar-benar tidak menyangka yang mereka akan datang kembali mencari Najiha. Ain kemudian menjemput ketiga-tiga tetamu masuk ke dalam rumah.
"Jiha, ada orang nak jumpa kau." Ain memperkenalkan ketiga-tiga tetamu itu dan mempersilakan mereka untuk duduk. Ain lantas ke dapur meninggalkan Najihah dan tetamu yang ada.
"Cik Najiha, kami datang ni kerana permintaan dari Puan Rozana. Dia mahu bertemu dengan Cik Najiha. Dia benar-benar menyesali dengan apa yang telah dilakukan." Mahmud memulakan bicaranya. Najiha benar-benar terkejut dengan ucapan yang didengarinya. Najiha hanya mampu terdiam. Perbagai persoalan bermain di benaknya kini. Najiha hanya mampu diam tanpa sebarang kata.
"Betul tu kakak. Pulanglah. Maafkan mama. Mama betul-betul menyesal dengan perbuatannya." Najiha terkejut dengan pangilan gadis muda dihadapannya kini.
"Siapa awak? Kenapa panggil saya kakak. Setahu saya, saya sebatang kara. Ditinggalkan kerana kecacatan saya. Saya benar-benar tak faham dengan semua ni." Suara najiha tidak dapat dikawal lagi. Dia benar-benar keliru dengan semua yang berlaku.
"Saya Raihana, adik kakak. Ini abang saya Razlan. Dia pun adik kakak jugak. Pulanglah kak. Maafkanlah segala kesilapan mama. Mama tengah sakit sekarang ni. Dia betul-betul nak jumpa dengan kakak." Najiha hanya memandang wajah Raihana dan Razlan. Selama ini dia tidak pernah mengambil tahu mengenai keluarganya walaupun dia mengetahui kewujudan mereka. Lagipun dia sedar yang mereka memang tidak mahukannya.
"Maafkan? Senangnya. Semenjak lahir tiada siapa mahukan saya kerana kecacatan saya. Sekarang awak nak saya maafkan semua ni? Tidak semudah itu."
"Tapi…"
"Tapi apa lagi? Sudah. Saya tak mahu tengok muka awak semua. Keluar! keluar semua dari sini." Pantas Najihah memotong kata-kata Razlan. Suaranya mula meninggi. Dia tidak dapat menahan perasaannya lagi.
Ain yang menyedari kekecohan yang berlaku terus ke ruang tamu dan menyuruh semua tetamu yang ada beredar. Dia berjanji akan cuba memujuk Najiha.
"Jiha, kenapa ni? Mengucap jiha." Ain cuba menenangkan Najihah ketika ini.
"Tapi kenapa? Kenapa baru sekarang mereka nak cari aku. Aku dah bahagia macam ni. Kenapa mesti nak musnahkan kebahagiaan aku lagi?" ucap Najiha dalam sisa tangisan yang masih ada.
"Sebab Allah nak kau bahagia. Bahagia dengan keluarga kau. Itu yang kau nantikan selama ni kan?"
"Aku dah cukup bahagia dengan apa yang ada. Aku tak mampu untuk maafkan mereka setelah apa yang meraka lakukan. Aku bukan tunggul. Aku diciptakan dengan hati dan perasaan. Kenapa mereka tak fikir semua tu dulu?" Ain sedar Najiha terluka dan luka yang dialami sukar untuk diubati.
"Dia ibu kau Jiha. Ibu yang melahirkan kau. Tanggungjawab kau adalah menjadi seorang anak, yang bersedia memaafkan segala kesilapan dia."
"Tanggungjawab? Macam mana pulak dengan tanggungjawab dia? Tanggungjawab dia untuk membesarkan aku. Menjaga aku tidak kira apa pun yang berlaku?"
"Biar pun dia tak pernah jalankan tanggungjawab dia, tapi kau perlu memaafkan dia. Kau kena ingat syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Maafkanlah dia sebelum terlambat. Sedangkan Nabi ampunkan umat. Inikan pulak kita manusia Jiha?" Ain masih cuba memujuk. Janjinya untuk memujuk Najiha harus ditepati.
"Sudahlah! Kau memang tak memahami perasaan aku. Senanglah kau bercakap sebab bukan kau yang alami semua ni? Marah Najiha tidak dapat dibendung. Najiha terus masuk ke dalam biliknya. Ain hanya menghantar najiha dengan ekor matanya sahaja. Dia tidak menyangka Najiha yang beperwatakan lembut begitu keras hatinya.
---------------------------------
"Mama faham, mana mungkin dia akan memaafkan mama setelah apa yang mama lakukan." Perlahan-lahan Puan Rohana menuturkan kata-kata kepada Razlan dan Raihana.
Setelah Najiha dilahirkan, dia terus memberikan Najihah kepada keluarga angkat. Ketika itu suaminya berada di luar negara. Namun setelah suaminya pulang dan mendapat tahu berita itu, suaminya terus bersikap dingin dan beberapa tahun selepas Raihana dilahirkan, suaminya meninggalkannya. Puan Rohana benar-benar menyesali akan perbuatannya. Dia cuba mencari Najiha namun, keluarga angkatnya telah berpindah.
Baru kini dia dapat mengetahui tempat tinggal Najiha. Namun segalanya telah terlambat. Najiha telah banyak terluka dengan perbuatannya. Puan Rozana semakin pucat dan kurus. Kini, penyakit barah usus yang dialami sudah ditahap kritikal. Tiada peluang untuk sembuh. Dengan sisa hidup yang tinggal membuatkan hatinya membuak-buak untuk memohon maaf kepada Nabila.
"Mama tahu mama bersalah, mama tak jalankan amanah yang diberi. Mama bongkak dengan segala yang mama miliki. Mama betul-betul dah menyesal. Tolonglah mama Lan, Ana. Mama perlu berjumpa dengan Najihah sebelum mama menutup mata. Mama nak minta maaf." Tutur kata Puan Rozana mengalir bersama dengan air mata penyesalan. Razlan dan Raihana hanya mampu diam. Mereka sedar hayat ibu mereka tidak lama. Mereka tidak mahu ibu mereka pergi dalam keadaan bersalah dan menderita.
--------------
"Kau masih dengan keputusan kau Jiha?" sengaja Ain mengutarakan soalan itu. sudah seminggu dia membiarkan Najihah membuat keputusan. Baginya Najihah berhak membuat keputusan yang terbaik kerana dia tahu Najiha sudah terlalu matang.
"Entahlah Ain, susah aku nak kata. Mereka datang secara mengejut. Aku mungkin dapat memaafkan dia. Tapi terlalu sukar bagi aku untuk menerima keluarga tu dengan tiba-tiba. Aku perlukan masa. Tapi aku memang dah maafkan mereka." Perlahan Najihah menuturkan kata-kata.
Selepas beberapa hari kedatangan tetemu yang tak diundang itu, fikiran Najiha benar-benar kusut. Lantas dia membuat solat istikarah untuk menenangkan hati dan memohon petunjuk. Kini hatinya benar-benar tenang. Sebenarnya dia mungkin sudah boleh memaafkan segala perbuatan ibunya. Sifat pemaaf yang ada dalam dirinya membuatkan dia memaafkan segala kesilapan ibunya dulu.
"Baguslah kalau macam tu. Lebih baik kau pergi jumpa ibu kau cepat. Sebenarnya semalam Raihana ada telefon aku, dia beritahu yang ibu kau sedang tenat. Cepatlah berjumpa dengannya sebelum terlambat." Najiha benar-benar terkejut mendengar berita itu.
"Ok, jomlah kita pergi sekarang." Najiha merasa hatinya tenang, tidak seperti sebelum ini. Dia tahu dengan kemaafan ini mampu memberi kebahagiaan kepada semua orang termasuk dirinya.
Najiha dan Ain terus bersiap untuk ke rumah Puan Rohana.
-----------------------
Tanah perkuburan itu kini mulai basah dengan rintik-rintik hujan yang mula turun—hanya gerimis.
Hampir semua orang yang membantu menyempurnakan jenazah sebentar tadi telah pulang. Pulang dengan perasaan hiba.
Puan Rozana hanya mampu melihat tanah merah itu di atas kerusi rodanya. Dia membiarkan tetamu tanah perkuburan itu pergi. Dia benar-benar terkilan. Puan Rozana hanya mahu sendiri Dia tidak terkilan kerana tidak mendengar ucapan kemaafan dari mulut Najiha kerana dia tahu Najiha sudah memaafkannya. Itu yang Ain katakan tadi. Namun dia benar-benar sedih kerana belum sempat memberi kasih sayangnya sebagai seorang ibu. Puan Rozana kini hanya mampu menangis. Dia sedar takdir telah menentukan segalanya. Kadang-kala Puan Rohana merasakan itu adalah balasan dari kesilapannya.
"Terima kasih Najiha. Terima kasih kerana memaafkan mama." Hanya itu yang mampu diucapkan Puan Rozana ketika ini. Kini air matanya turun bersama gerimis yang makin menggila. Dia hanya mampu menagis, menangisi atas segala kesilapan masa lampaunya.
hah????
BalasPadamknape tbe2 mati
plak????x phm r
TAK FAHAM LAH...NAPE NAJIHA MATI TIBA2
BalasPadamaduh..citer ape ni..
BalasPadamplik btul..
xpaham la.
npe najiha mati tiba2..
heran la ending citer ni...
sptutnya penulis story la cket nape najiha meninggal...cite ni mcm x de olahan y terperinci.mcm mane najiha blh meninggal...terlalu short.nway,truskn usaha...
BalasPadamhoit penulis!! ko tak reti buat cerpen ker? kalo tak reti tak payah r buat. cerita ko ntah ape2.
BalasPadamknape xciter mcmne najiha 2 mnggl??n aper kecactn najiha..
BalasPadamciter best tp tergantung lak..
kah3..no komen...
BalasPadammaaf.. kurang faham.... mengapa dia boleh mati pula? dia tolong ibunya ubati barah atau alami kemlangan atau...????
BalasPadamhm~~~
anggap jelah jiha derma usus kat emak dia, kah kah kah,
BalasPadambleh plak cam 2?
BalasPadamderma usus? kikiki..
aku bru j rs nk sdih2...
tup2 jiha dh mninggal...
mati mgejut ke apa?
lorhh...
BalasPadamdh abis ke?
ade konfius sikit.
knp najiha mati..?
cik penulis blh jelaskn tak??
AKU RASA NAJIHA MATI KEMALANGAN LA...
BalasPadamAPA2 PUN, PD PENULIS INI NASIHAT AKU..
LEN KALI OLAHKAN CERITA BIAR TERPERINCI BIAR ORANG SEMUA FAHAM APA SEBENARNYA MESEJ @ CERITA YG INGIN DISAMPAIKAN..
NEXT TIME,KALAU NK BUAT CERITA LG PASTIKAN BIAR PEMBACA FAHAM CERITA ANDA..
XLA YG CAMNI..
ANYWAY, GOOD LUCK FOR THE NEXT..
~qaseh~
adr k 0rg yg drma usus??
BalasPadamxprnah dg0r p0n...
=p
apesal wtak jiha tgantung..
xder ending lain k...
g0od luck for future cerpen...
... ... ...
BalasPadamknp die mati mengejut??? ... ... ... ?
aah ye..
BalasPadambest citernye..
tp t'gntg plk..
pening... pening........
hahahaha..x tau nak komen pa..mula2 baca mcm excited nk tau kesudahan.tp smpai bab ending,nak trgelak pun ada...work hard ye writer.
BalasPadamitu mesti sebab author tu dah mengalami mental block! takpe. keep on posting good story after this!
BalasPadamtbe2 je mati...
BalasPadamxfhm la ak..
adui...
ingt mak dia mati..
rupanya jiha..
kwang2...
dy mati terkejut da..ak bru nk sdih tiba-tiba mati..ingtkn sinopsis td..penulis,perhatikan ejaan perbagai,bkn begitu ejaannya. ia adlh pelbagai...
BalasPadamdah ajal..
BalasPadamexcited tgk tjk cerpen ni...
BalasPadamtp hampeh...
npe najiha 2 mati??
dh la import nme ak kt cni...
hehehe~~
sepatutnya kepergian najiha dijelaskan oleh penulis agar pembaca mampu mempunyai flow mood yang baik... tengok semua yang bagi komen, ternyata ramai yang x puas hati... at least, buatlah sebaris ayat untuk beritahu kat pembaca apa yang dah jadi kat najiha... contoh:
BalasPadam-belum sempat najihah pulang ke pangku ibunya, rohnya terlebih dahulu pergi gara-gara kemalangan tempoh hari dan hanya meninggalkan sisa-sisa kemaafan buat ibunya
~semoga terus cemerlang dalam berkarya~
asal najihah mati erk...
BalasPadamalaah
BalasPadampelik bin ajaib....
BalasPadamingtkan mama jiha yg mninggal...
camna jiha bleh mninggal?
try make it somthing dat easy to read dan mdah difahami....
hmmm..
BalasPadam1001 persoalan kenapa tiba-tiba najiha yg pergi dahulu.harap cerpen yg bakal di karya lg oleh writer ini akan lebih baik dari segi ejaan dan olahan jalan cerita.contohnya.."perenggan atas nama puan rozana.masuk pertengahan perenggan ada kesilapan puan rozana jadi puan rohana dan najiha menjadi najihah,nabila..poninggg2..harap writer lebih berhati2 ek.."...walau apa pun cerita menarik,cuma perlu lbh berhati2..gud luck...<~~"iena"~~>
BalasPadampe ni??
BalasPadamnpe tbe2 je jiha 2 mti??
dia 2 cacat pe??
tp pe2 cte ni best,...
walaupon pening2 lalat tntg story ni...
BalasPadamtapi ada mesej yg nk disampaikan..
kpd penulis..jgn putus asa ekk...
story ni menarik, improve lg k..
chaiyo2!
aduh,kcewanya bc ending die.
BalasPadamingatkn mak die yg mati ..rupe2 nye ank yg mati.x phm2..
BalasPadamhuh,first time dengar cite cam ni...ye la,mana tau,banyak cite cam ni kan?tak semetinya org sakit tenat mati dulu...haha.tapi,memang pelik.penulis berjaya membuat banyak oran tak puas ati,kira bagus la,sebab banyak orang bace..tuk penulis,lain kali, wat la cerita 'pelik' lagi ye.anyway,saya hargai penat lelah penulis menulis~
BalasPadamwakakaka.....lawak la cte nie
BalasPadamnak pecah perut aku baca....
Aik! mcm mane nie..,tup2 najihah mati..,sbb ape.???
BalasPadamMyb betol la kot kemlangan an.. Wat ever la..,tp kpd PENULIS cerpen nie..,next time
GUD LUCK..N BT LAH CERPEN YG BLEH BT PMBACE MUDAH
PHAM..
ha ha ha ha
BalasPadamknapa najiha yg mati plak ??
BalasPadamx pham arr crita nih..
truskan usaha
lansung x phm cerpen nie....cerita tergantung jer.....tibe2 najiha mati.....lg xphm....
BalasPadamhoi!!!!! pehal mati lak ni...najiha maafkn mak dy dgn terima penyakit mak dy kt....huhu...bgs btul najiha ni...
BalasPadamx faham weh... tetibe je najiha mati, asal? accident ke? x crite pon... kepada penulis... bagus ending tu, tapi kena le crite nape najiha yang mati.... x panjang... maybe dlm satu perenggan je... contoh aa... najiha lintas jln tetiba, pastu Ain menjerit bile nampak sebuah kereta sdg meluncur laju. x yah crite kes dalam spital pun x pe... pembaca da leh phm... sekian... hehehe
BalasPadam