Jumaat, September 25, 2009

Novel : Indahnya Cinta Prolog

Nama Pena : Izz Faizah

Macam mana ni? Takkan aku nak bayar? Eh, tak mungkin! Bankrupt aku kalau macam ni. Ish,ish,ish boleh diserang migrain aku ni.

"Hoi Lya! Termenung nampak." Sergah Auni.

Aku tersentak. Hei, budak ni nak aku mati cepat ke? Aku ingatkan hantu cina manalah tadi. "Apalah kau ni? Terkejut aku." Rasa geram sudah mula bertandang.

"Yelah, dah beratus-ratus kali aku panggil nama kau. Siap panggil nama penuh kau lagi, Kamilya Aisyah bt Ahmad Syukri. Tapi kau asyik dengan dunia kau je. Kau ni kenapa?" Tanya Auni sambil melabuhkan punggung di kerusi kecil di hadapanku.

Aku tersengih. Dah mulalah dengan mulut murai dia tu.Aku menggaru ubun-ubunku yang dilapik dengan selendang yang ku pakai. Tak taulah gatal ke tak? Apalah aku ni? Mataku meleret pada wajah Auni yang masih menunggu jawapanku. Dia juga merupakan rakan serumah sewa denganku. "Mana ada apa-apa. Yang kau ni pun satu, pergi duduk kat kerusi budak-budak ni apahal? Karang runtuh tak pasal-pasal kene beli baru." Aku cuba menukar topik perbualan.

Dia menjeling tajam ke arahku. Ha! Buat muka. "Biarlah, aku ni ringan lagi."

Aku mencebik. Perasannya minah ni!

"Budak-budak dah balik?" Suara Kak Rima mengejutkan kami. Dialah pemilik Tadika Mawaddah ini.Jika melihatkan sikap keibubapaannya, pasti tidak mustahil dia mampu menubuhkan tadika ini seorang diri.

Kami berpaling menghadap Kak Rima. Lantas mengangguk serentak. Apa tidaknya? Sudah lebih kurang sejam mereka pulang setelah diambil oleh ayah dan ibu mereka.

"Lydia pun dah balik?" Tanya Kak Rima lagi menujukan pada rakan seperjuanganku.

Aku mengangguk lagi. "Baru je pergi."

Kak Rima tersenyum senang. "Hmm, baguslah. Akak dah nak balik ni. Rasanya dah takde apa-apa. Tak nak balik ke, cikgu-cikgu?" Guraunya sambil menujukan ke arah kami berdua. Yelah, mana ada cikgu lain lagi kat sini.

Belum sempat aku jawab, Auni memotong. "Nak baliklah ni kak. Jom, Lya." Dia mengangkat punggung lantas menarik tanganku.

Setelah kami bersalaman dengan Kak Rima, Auni terus menarikku keluar dan terus memandu kereta.

"Yang kau ni kenapa? Rushing je?" Ujarku sambil mengerling ke arahnya yang sedang memandu.

Dia memuncungkan bibirnya. "Aku laparlah. Perut aku dari tadi tak abih-abih nyanyi lagu Kuch Kuch Hotta Hai ni." Ujarnya sambil bernyanyi-nyanyi kecil.

Aku tergelak mendengar hujahnya. Apa-apa je lah, Auni. "Auni, hari ni aku takde seleralah. Kalau ko nak makan, makanlah. Aku teman kau je. Entahlah, tiba-tiba penat sangat aku rasa." Kataku sedikit perlahan sambil menutup mulut kerana menguap.

Dia memandang sekilas ke arahku. "Ha, nampak sangat penatnya. Selalunya kau tak macam ni. Bila time makan je, berselera macam singa betina."

Aku mencubit lengannya. "Amboi sedapnya cakap. Takde insurans ke mulut tu." Geram rasanya sambil terus memulas-mulas cubitanku di lengannya.

Dia mengaduh kesakitan. "Karang tak pasal-pasal kereta ni accident dek penangan cubitan ketam kau tu. Macam manalah dengan suami kau nanti. Kesian dia asyik kena cubit je." Guraunya sambil tergelak-gelak.

Aku turut serta melepaskan tawa bersamanya . Lantas melontarkan pandangan ke luar tingkap. Fikiranku terus menerawang pada kejadian pagi kelmarin kerana kemalangan kecil yang tidak aku sengajakan.

"Merajuk ke cik adik? Tapi buat pengetahuan cik adik, mulut saya memang ada insurans. Mahal tau." Usik Auni tiba-tiba.

Aku menjeling tajam ke arahnya. Budak ni nak kena lagi ke?

Seakan dapat membaca apa yang berada di fikiranku, Auni hanya tersengih tanda memohon maaf.

Aku hanya tersenyum lantas menarik nafas panjang. "So, nak makan kat mana ni?" Tanyaku sedikit ceria.

"Eh, tadi kata tak nak makan?" Sindirnya.

"Laparlah pulak." Senyumku sedikit malu.

Auni hanya mencebik.

1 ulasan:

  1. menarik, tapi dari segi penceritaan banyak kekurangan. tahniah. semoga menjadi penulis berjaya.

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan