Nama Pena : LC
Bab 1
" Lihatlah dunia….aku berjaya…aku berjaya…." Dengan penuh riak dan bangganya Liyana menjerit suka. Rakan-rakannya tercengang..dia berjaya? Oh… masing-masing angkat kepala memandang Liyana yang tengah tergelak kesukaan. Lepas itu masing-masing kembali menunduk memandang buku.
" Wei! Aku berjayalah… hoi… kenapa korang tak tepuk tangan?" Soal Liyana masih dengan muka riaknya. Kawan-kawan Liyana serta-merta menepuk tangan dan tayang muka kagum, yang tak kagum pun buat-buat kagum. Liyana bartambah riak dan bangga. Berkali-kali dia menggesel-gesel hidung mancungnya dengan ibu jari. Wah,wah,wah! Lihatlah dunia…..
" Eleh….kalau setakat dapat jawab satu soalan ekonomi tu…tak heranlah….orang lain dah siap jawab semua." Liyana sudah dapat meneka empunya suara itu. Suara yang tidak merdu itu milik seorang jejaka yang selalu jealous kepadanya. Seorang yang selalu ingin kalahkannya dan seorang yang selalu menyakitkan hatinya. Kalau tidak kerana ada cermin di tingkap sudah lama pemilik suara itu di makan selipar.
" Hoi! Kau sibuk buat apa?" balas Liyana pantas mengalih tumpuan ke arah buku ekonominya. Utility sut? Utiliti adalah kepuasan seorang individu selepas menggunakan sesuatu barang atau perkhidmatan. Walau bagaimanapun, utiliti sut ini akan semakin bertambah dalam kuantiti yang semakin berkurangan apabila semakin banyak barang atau perkhidmatan itu digunakan. Otak Liyana cekap mengingati kata-kata cikgu Jagdip Sigh, guru tingkatannya. Sememangnya dia mengagumi guru tingkatannya itu, walaupun nampak serius tapi berkebolehan mengeluarkan lawak secara spontan dan seorang memahami. Dia mengangkat cikgu itu sebagai salah seorang idolanya.
" Ya Allah…perempuan ni..suara tinggi. Kalahkan kaum kami." Sindir lelaki itu lagi. Liyana bengang!
" Hoi… Adib. Perempuan-perempuan jangan main-main. Kerana kami layak digelar wanita atau gadis. Tanpa kami, siapalah kaum lelaki atau jantan. Ingat, kaum macam kami pun boleh mengoncang dunia." ucap Liyana penuh dengan semangat kewanitaan. Kawan-kawannya tidak berani menyampuk. Nanti silap-silap naya. Pertunjukan perang mulut antara Liyana dan Adib memang sudah biasa mereka tonton. Mereka sudah melihat akibatnya kalau ada yang ikut campur dan menyampuk. Ngeri dan memalukan.
" Ah…layak ke kau digelar gadis or wanita? Perangai macam jantan." soal Adib sinis. Sengaja membakar kemarahan Liyana. Liyana mengetap giginya.
" Habis! Ibu kau layak kan? Macam tu jugak aku. Sudahlah…nak pisang ni…pergi main jauh-jauh." Ujar Liyana sambil meletak pisang ke tangan Adib yang berdiri di tepi tingkap. Liyana memang suka membawa bekal seperti pisang ke dalam kelas. Pisang itu dibawa oleh auntie Normaiza ketika menjenguknya hujung minggu lalu.
" Celaka! Ibu-ibu jangan sebut. Kurang ajar.." pekik Adib. Hatinya makin panas apabila tiada jawapan balas dari Liyana. Celaka punya perempuan! Bentak hatinya penuh benci dan dendam.
" Kau akan terima akibatnya!" ucap Adib sebelum berlalu. Liyana tersenyum menang. Heh! Rasakan. Nak cari gaduh pun tengok orang lah… lelaki tak guna! Beruk! Kutuknya di dalam hati.
" Liyana….kenapa kau cakap macam tu pada Adib? Kau tak tau ke ibu dia dah meninggal?" Tanya Nurain. Liyana terkejut. Dah meninggal? Dah jadi arwah ke? Aku tak tau pun…. Liyana dihinggap rasa bersalah. Dia kenal dengan ibu Adib, bahkan dia pernah di dakap wanita itu.
" Eh! aku tak tau pun…hisy…." Liyana mula gelisah. Tumpuannya pada soalan ekonomi hilang. Dia menutup kembali buku mikroekonominya, hilang terus minatnya untuk menjawab soalan seterusnya.
" Itulah…cakap main lepas je..tak pasal-pasal dia marah dan makin berdendam kat kau." Sampuk Julia. Liyana terkedu, aku ke yang bersalah? Patut ke aku minta maaf?
" Tapi…bukan salah Liyana sorang je kan? Adib pun salah jugak. Dia yang ganggu Liyana dulu." Nurhafizam menyebelahi Liyana. Sedikit lega hati Liyana mengdengar sokongan Nurhafizam. Yelah…kalau dia tak menggatal kacau aku tadi, tak lah aku berkasar dengan si gila glamour tu. Dalam dibelengu rasa bersalah, Liyana sempat mengutuk. Dia memang tidak puas hati dengan sikap Adib.
" Ehem,ehem…korang ni, aku tengok tak pernah berdamai. Dari awal kau berdaftar kat sekolah ni, sampai sekarang…asyik gaduh je memanjang. Kat sekolah lama dulu pun korang macam ni jugak ke?" Jojie tiba-tiba menyoal.
Liyana mengangkat kening mendengar pertanyaan Jojie. Rakan-rakannya yang lain mula beralih tempat, duduk berhampiran dengan Liyana dan siti yang duduk bersebelahan dengan Liyana. Siti memang pendiam orangnya, dari tadi dia hanya menjadi pendengar setia. Kesemua rakan rapat Liyana itu berasal dari sekolah itu dan SMK S. Hanya Liyana yang berasal dari SMK A.
" Kami? Hmmm…kami sekelas dari tingkatan satu lagi. Tapi mula-mula tu tak berapa kenal. Tapi selepas tingkatan tiga kami kenal rapatlah jugak selepas result PMR keluar. Kami mana pernah nak damai. Dari masuk tingkatan satu tu kami dah mula bercakaran. Masing-masing tak mahu mengalah. Selalunya kalau dia cadang sesuatu kat cikgu, aku yang kuat bangkang. Begitu jugak kalau aku cadang sesuatu, dia akan bantah. Aku sakit hati betul dengan beruk tu." Cerita Liyana panjang lebar. Pernah jugak dia dan Adib bergaduh besar di sekolah lama dan sampai ke pengetahuan guru tingkatan, mereka dihukum mencuci tandas. Dia memang marah sangat kat Adib masa tu. Cikgu Normaiza, auntienya tak pernah memihak padanya. Auntienya itu akan tetap menyebelahi Adib walaupun kesalahan di pihak Adib.
" Wei! Kawan…..kau satu sekolah dengan dia. Macam mana kau tak tau ibu dia dah meninggal?" Tanya Julia.
" Ni sorang mangkuk ayun ni…ibu Adib meninggal masa kita orang daftar tingkatan enam lah…Liyana mana ada masa tu. 2 minggu lepas tu baru dia datang lepas cabut dari matrik kan?" semua tergelak mendengar kata-kata Nurain.
Julia hanya tersengih, dia betul-betul tidak ingat. Liyana pulak tersenyum, mana taknya. Bila diingat kembali sejarah kemasukkan di sekolah itu memang lucu. Dia sudah pun belajar di Matrikulasi 2 minggu. Oleh kerana rindukan suasana di daerahnya, dia mengambil keputusan nekad untuk cabut lari. Awal-awal pagi dia sudah terpacak di depan rumah auntienya yang duduk di kuaters guru. Heboh auntienya masa itu. Umi dan abanhnya pun terpaksa balik ke Sarawak kerananya. Dia memang tinggal dengan auntienya sejak darjah enam selepas datuk dan nenek sebelah emaknya meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Uminya terpaksa melepaskannya tinggal bersama adik uminya itu kerana auntienya tiada siapa-siapa lagi. Uminya pula masih bertugas disemenanjung, abahnya jugak terikat dengan tugas di semenanjung.
" Tapi….tak ada ke kawan-kawan gosipkan korang berdua? Yelah... mana tau korang ada simpan rahsia dalam hati tu. Biasalah… mula-mula memang macam tu..gaduh-gaduh…lepas tu jatuh cinta. Kemudian happy ever after.." Siti tiba-tiba bersuara.
Liyana terdiam mendengar kata-kata Siti. Tak pernah terfikir nak ‘bergerek’ atau maksudnya ’bercouple’ dengan si beruk tu. Dalam situasi itu mereka menggunakan bahasa malaysia. Mana taknya, Liyana memang terbiasa begitu, dirumah auntienya berkahwin dengan uncle Sameer orang KL. Nurain dan Julia memang asal dari Sarawak, tapi mereka membesar di semenanjung. Mereka baru pindah di situ di tingkatan 5. Nurain anak seorang tentera dan Julia anak seorang guru memang biasa hidup berpindah randah. Sebab itu mereka tidak reti bertutur dalam bahasa melayu Sarawak. Setakat dengar tu mereka faham, tapi nak menyebutnya payahlah jugak. Rakan-rakan mereka yang lain pun terpaksa menukar dialek perbualan ketika hendak berbual dengan mereka.
" Eh! gila ke aku nak ‘bergerek’ dengan si beruk tu. Mintak disimpangkan." Balas Liyana.
" Masa tengah marah, gaduh-gaduh macam ni memanglah nampak macam beruk. Tapi kalau dah jatuh cinta, macam Brad Pitt lah…macam Asyraf Muslimlah…" Usik Jojie.
Liyana hanya mencebik. Dia malas hendak bersuara lagi. Dia melirik ke arah jam ditangan, tidak lama lagi masa study petang itu akan tamat pada pukul 4.30 petang. Dia biasa balik 5 minit lebih awal. Tidak serik-serik dihukum oleh Pn. Salimah penyelia asrama dan pembantunya cik Maizurah. Liyana memang tidak pernah serik dihukum pn. Sal dan cik Mai mengisi tanah di dalam plastic sepanjang minggu. Dan ada kalanya dihukum merumput. Kadang-kadang Liyana seorang dihukum, itupun kalau dia ditangkap seorang diri, selalunya geng-gengnya pun ikut serta. Nama group itu sudah famous menjadi bahan sindiran penyelia asrama dan mana-mana budak-budak asrama yang jealous melihat mereka.
note: Slm..1st novel, tp karya ke 6 yg LC htr kat sini. Hrp pmbc sudi bc n komen. LC bljr mgenal klmhn LC dlm penulisan bdasarkn komen anda smua. LC try htr 1 bab skali.
hahaha..besh ouh..
BalasPadamsmbg cpt eh??:)
best
BalasPadamsalam sejahtera...bro saya nak komen pasal ejaan LADTOP di bahagian iklan DELL..
BalasPadamnice job L cute...haha,pa gik sambung la..insyallah aku mngikuti...
BalasPadambez ...
BalasPadamcpt2 smbung keyh ...
nice :) sik sabar mk tauk sambungan cta..
BalasPadameh..
BalasPadamname kite ar..
hahaha
cite nih best...
smbung cpat yek..
:D
maaf LC..aq nk tanya.. mana ko dpt inspirasi novel nie ea..kalau ada masa ym aq liyanazyla_93@yahoo.com
BalasPadamSlm...agak ssh LC nak ym. LC bru msuk keje, agak busy. LC wat citer ni bdsrkn pglmn jd bdk sek, time stdy kat IPTA, mllui pmbacaan n citer org lain yg LC dgr n olah mjd cerita ni. LC da ckp kat ruangan komen kat cerpen LC 'roommate yg romantik'. citer ni akn da 3 zmn pcintaan Liyana n Adib. Mgkn LC akn muncul dgn sbuah lg novel. Aku, Kau,Berbeza. dua2 dah siap. cume endingnya da kene d p'betulkn. Hope da pmbc sudi bc n komen.
BalasPadam-LC-
Naper la watak namer liyana ganas2? x ley wat yg lmbut ker?
BalasPadamSlm...nvel ni LC dah bhentikn htr kat sini. LC try upload dlm blog bru LC. tp hjg thn ni busy sgt dgn keje. da 91 bab smuanya.
BalasPadamLiyana akn brubah m'ikut usianya nnti.
-LC-
xbesh pown..cte cm bese dgar dah..werk~~
BalasPadamia menarik tapi kurang feeling bila membacanya..tak jiwang
BalasPadamok jee..tdk membsnkan..
BalasPadambest sngat..hehehe coz name same n perwatakan pun nk kt sme..
BalasPadamblog Lc ap?? nk tngok..
BalasPadamhahahhaha..kelakar la
BalasPadamtp papepun best..:)
bangga aq sbentar.famous jgak nma aq
BalasPadamhihihihihihi
x sangka
cite ni best la.klau ade idea lain untuk diterapkan bubuh je. yng pnting cita ni terbaik.
BalasPadamBest...
BalasPadamBoleh saya pelajari cerpen macam nih lain kali juga'? Saya sekarang tengah menulis novel.. n cerpen saya ketepikan dulu..
BalasPadambestt....cta ney...
BalasPadambest
BalasPadam