Sabtu, September 12, 2009

Cerpen : Cinta seorang pendatang

Nama Pena : pop

Seandainya di beri pilihan, akan ku pilih untuk tidak lahir ke dunia ini. Aku hanyalah seorang manusia biasa yg serba kekurangan. Lahir dr keluarga yg sederhana, latar belakang keluarga yg tidak punya apa2. lebih2 lagi pabila d gelar pendatang tanpa izin. Bukan pinta ku menjadi begini, aku juga benci menjadi pendatang. Hakikatnya, kami sekeluarga telah memohon menjadi penduduk tetap d Negara yg aman ini dan permohonan kami sekarang dlm tempoh perlaksanaan..

Bukan ini yg ingin ku ceritakan melainkan tentang kisah percintaan ku yg tak kesampaian. Hatiku telah lama mati semenjak titik hitam itu mewarnai seluruh hidup ku.
Cinta yg ku bina dengah sepenuh perasaan akhirnya ranap d lambung ombak yg tak punya perasaan. Aku tahu, bukan juga pinta kekasih ku ini semua terjadi, tp kami hanya merancang, Allah jua yg menentukan..

Aku mengenalinya semasa aku berumur 26 tahun. Orangnya comel, berambut panjang dan sentiasa ceria. Aku senang berkawan dengannya. Lama kelamaan perasaan senang itu bertukar kepada perasaan sayang. Aku ingin meluahkan, namun aku segan. Aku takut aku akan d tolak memandangkan aku ini ialah pendatang. Ahh.. sukar sungguh hidup ini.. hari2 ku bertambah ceria dengan kehadirannya. Biarlah aku namakannya sebagai lailee..
Lailee,semanis orangnya. Benarlah kata orang, kalau sudah jatuh cinta,semua indah saja.

Semakin lama, aku tidak dapat menahan perasaan sayang ini kerana aku tahu,aku telah jatuh cinta untuk kesekian kalinya. Aku memberanikan diri menghantar sms kepadanya. Aku katakana yg sejujurnya aku telah jatuh cinta padanya dan inginkan hubungan yg lebih dr seorang kawan. Menunggu balasan dr lailee sungguh seksa. Aku mengandaikan dia menolak cintaku. Ohh hati.. sabarlah..
Henfon ku berbunyi.. 1 msg d terima. Hatiku berdebar-debar.. aku membaca sms tersebut..

"kalau awk benar2 cintakan lailee, awk kena melamar lailee face 2 face. Tak nak la dlm fon.." saat itu juga aku melonjak-lonjak keriangan. Betapa gembiranya hatiku. Keesokkannya, aku menemui lailee dan melamarnya menjadi someone special ku.. bermula detik itu, aku telah sah menjadi kekasihnya. Lelaki2 lain yg tahu dia telah d miliki berasa kecewa. Kecewa kerana gagal memiliki lailee dan berasa malu kerana kalah kepada seorang pendatang.

Aku sering bertanyakan kepada lailee kenapa dia memilih aku. Dan dia akan menjawab,

"ayang pun tak tau kenapa, tapi yg pasti, ayang terlalu cintakan abang…"

walaupun jawapan lailee sedikit mengecewakan, namun aku tetap gembira kerana dia mencintaiku. Setelah 2 tahun menjalin cinta, akhirnya, percintaan kami dapat d hidu oleh keluarga lailee. Secara terang-terangan, mereka tidak merestui hubungan kami. Hanya kerana aku seorang pendatang. Saat itu aku merasakan seluruh hidupku suram. Apa salah ku sehingga nasib ku jadi begini. Bukan pinta ku d lahirkan sebagai seorang pendatang.

Saat itu juga aku menangis, menangisi nasibku. Lailee menemuiku dan memberikan aku harapan.

"abang jangan risau, ayang akan tetap menjadi isteri abang walau apa pun yg terjadi. Ayang terlalu mencintai abang. Tiada yg dapat memisahkan kita. Percayalah."

"tapi family ayang bencikan abang"

"kita kawin lari!"

"ayang sanggup tinggalkan family ayang sebab abang ke? Ayang tak takut d cop sebagai anak derhaka?"

"hati ayang sudah lama hancur bang. Sejak kecil, ayang selalu d sisihkan oleh keluarga ayang sendiri. Selama ni, ayang hanya mendapat sisa dari abang dan akak ayang je. Apa yg mereka mahu, mereka akan dapat tp ayang? Ayang dah buat keputusan, ayang akan ikut je kemana abang pergi."

"thanks sayang."

Aku tahu, lailee sering bergaduh dengan keluarganya semata-mata kerana ingin membela maruah ku. Aku benci menjadi seorang pendatang. Kerana aku pendatang la, maruah ku d injak2 manusia yg perasan baik hanya kerana mereka orang tempatan. Yg jahat hanya pendatang, dan yg baik hanya orang tempatan. Aku hanya seorang manusia biasa seperti anda semua. Ingin d cintai dan mencintai. Adakah hanya kerana aku seorang pendatang aku tidak berhak merasa kebahagiaan?

"abang tidak pernah bersekolah, tapi abang tahu menulis dan membaca. Ayang bangga dengan abang. Abang sanggup bekerja keras, sanggup berpanas dan berhujan demi mencari sesuap nasi. Abang lihat la sekeliling kita ni, kebanyakan peragut, perogol dan penanam2 anggur adalah orang tempatan sendiri. Kadang2 ayang malu menjadi sebahagian orang tempatan. Mereka hanya mahu hidup senang tanpa berusaha.
Hanya hidup d bawah ketiak ibu mereka. Itukah yg d banggakan sangat oleh keluarga ayang? Useless.. memalukan sahaja. Mencemarkan nama baik Negara dan bangsa."

Lailee sering merungut tentang perkara ini kepada ku. Namun aku tak mampu membalas karana aku sedar aku hanya menumpang d Negara ini. Biarlah apa yg ingin d katakan lailee kerana dia tak akan merasa penghinaan yg d lemparkan kepada kami.

Saat kami ingin melarikan diri, kami telah d tangkap oleh polis. Ternyata keluarganya telah tahu rancangan kami. Lailee menangis tersedu-sedu tak ingin berpisah dengan ku. Aku d tangkap dan d masukkan ke dalam lokap. Aku hanya mampu menangis dan menangis. Keluarga ku datang menjengukku dengan deraian air mata. Mereka berjanji akan membebaskan ku. Saat itu aku lebih rela d masukkan ke dalam penjara daripada melihat penderitaan keluargaku dan lailee.

Keluarga ku menemui keluarga lailee untuk berunding tentang masalah kami. Walaupun d hina, d keji, ibu ku rela menelan semuanya asalkan aku d bebaskan. Akhirnya keluarga lailee bersetuju dengan 1 syarat iaitu aku harus meninggalkan lailee dan pergi dari tempat itu. Aku meraung ketika mendengar khabar duka tersebut. Aku lebih rela mati dari berpisah. Saat perpisahan, ku lihat lailee sungguh lemah dan tidak terurus. Matanya bengkak menandakan dia terlalu menangis. Air mata nya berderaian d pipi. Ku lihat, keluarga lailee tersenyum sinis kepadaku.

"lailee, kau pilih sekarang. Sama ada pendatang ni bebas atau menjadikan penjara tempat tinggalnya. Kalau kau pilih dia bebas, bermakna kamu harus berpisah dan tak akan pernah bertemu lagi."

Sesungguhnya, kami tak ada pilihan. Itulah kata2 berbisa yg keluar dari mulut ayah lailee. Saat aku d keluarkan, lailee menghambur ke dalam pelukan ku. Itulah pelukan terakhir kami. Lailee d ambil secara paksa dari hidupku. Aku tak mampu berbuat apa2 kerana gari masih ada d tangan ku. Lailee meronta-ronta minta d lepaskan. Akhirnya, dia terkulai lemah tak berdaya. Lailee pengsan d hadapan mataku. Air mata tak henti2 menangisi perpisahan 2 hati. Perpisahan dalam keterpaksaan.

Pada hari itu juga aku bertolak meninggalkan keluarga ku dan segala kenangan yg pernah terukir ketika aku masih d sana. Semuanya akan tetap dalam ingatan ku sehinggalah ketitisan darah yang terakhir. Aku ingin melupakan semua kisah silam ku. Namun aku tak berdaya. Setiap kali aku ingin melemparkan kenangan itu, saat itu jua aku akan terbayang wajah manis lailee, Tersenyum kepada ku. Aku hanya hidup bersandarkan kenangan yg kami cipta bersama.

Khabar terakhir yg ku dengar mengenai lailee, dia kini d masukkan ke dalam rumah sakit jiwa kerana tekanan perasaan yg kritikal. Dia juga pernah cuba membunuh diri kerana tidak sanggup menjalani hidup tanpa kasih sayang dariku. Andai ku turutkan hati, telah lama aku membunuh diri tapi aku masih punya tanggungjawab terhadap keluarga ku. Cukuplah aku menyusahkan dan memalukan mereka. Aku tidak ingin menambah keperitan itu lagi. Menjadi seorang pendatang bukanlah sesuatu yg indah. Kemana saja kami pergi, kami akan tetap d keji dan d hina. Namun itu semua adalah lumrah kehidupan. Yg lemah akan d tindas oleh yg kuat. Hidup masih lagi panjang dan aku berharap, jodohku bersama lailee akan tetap ada. D setiap solat ku berdoa semoga d bukakan pintu hati mereka untuk menerimaku.


THE END

9 ulasan:

  1. best la jgk...tp cam pndek je.cite ni simple sngt..to writer,usaha lg ye.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama14/9/09 3:33 PG

    cam citer betul jer nie..
    nice try writer

    BalasPadam
  3. perpisahan mmg menyaketkan..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama17/9/09 1:19 PG

    cte menarik tp pendek sgt la...good try write...

    BalasPadam
  5. kadang2 same je..kawin ngan pendatang pun selalunye akhirnye sengsara..cth:lombok..pompuan msia kawin org sne memg akhirnya sedar betapa seksanya kawin pendatang..sbb tu fmly x bg..fmly syg kite..so baik dgr ckp mak ayah..restu ibu bapa mengiringi kebahagiaan...
    -anak baik-

    BalasPadam
  6. btul gak..ssh kawen ngan pendatang ni..bknnye nk menhina tp hakikatnye mmg btul lg pun kte berlainan budaya..tp klu dh jodoh nk wat cm ner..

    BalasPadam
  7. SDEY pnye ending...hee..x pe..lain dari yg lain,

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama1/3/11 1:07 PG

    1 word.. ( sedih)!!!

    BalasPadam
  9. BUKAN PENDATANG LAH BODOH..RAJA-RAJA ASAL INDONESIA, PERDANA MENTERI KITA PUN ASAL INDONESIA..

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan