Nama Pena : wahaza extra
Matanya terkebil-kebil menahan leka kisah cinta agung. Sesekali tersenyum memandang pencerita di hadapannya.
"Setelah Mumtaz mati, Shah Jehan bina makam yang indah, semata-mata memperingati isterinya itu," bersungguhan Mumtaz bercerita, tangannya melakar-lakar di awangan mengambarkan keindahan kota Taj Mahal.
Jehan mengangguk, cuba membayangkan di fikirannya.
"Mum lihat dengan mata Mum sendiri. Sungguh hebat, Jehan!" tambah Mumtaz membuka luas matanya meyakinkan temannya itu.
Mumtaz rapat pada Jehan, membisik sesuatu ke telinga. Dicapai tangan kecil Jehan, mengheretnya pergi. Berlari mereka ke arah deru air terjun.
Sayup berketawaan kecil.
* * *
Jehan berjinjingan, lincah mengatur tapak mengelilingi Mumtaz yang tunduk bersimpuhan di lantai bercorakan. Dia melompat-lompat melangkau garis-garis berkotak terukir pada putih lantai berbunga halus berlingkaran.
Sesekali Mumtaz berkalih, memandangnya asyik. Mengalunkan jemari halusnya ke hujung telinga, menyelak hujung rambut jatuh melepas ke wajah.
Terserlah alis mata, ayu membalas senyum, menarik perhatian.
Berhenti Jehan di depan si gadis kecil yang kembali leka melakar di kertas putih. Batang-batang krayon pelbagai warna berserakan, dicapai Muntaz satu persatu, berselisihan ganti.
Tunduk Jehan mengintai apa yang dilakar si manis, kawanan barunya. Berkalih dia, kiri dan kanan cuba meneka apa yang dilukis Mumtaz. Si gadis manis berambut ikal ke bahu itu jua tidak henti cuba menghalang pandangannya.
"Mum, bagilah Han tengok" rayu Jehan.
Mumtaz mendongak, merenung ke dalam hitam anak mata Jehan. Menjeling tanpa sepatah kata.
Jehan mengejek, merapatkan kedua ibu jarinya ke pipi dan mengerakkan jemari laju. Terus dia melangkah menjauhi Mumtaz.
Lampu kuning suram indah berjuntaian dari siling melakar kosong bayang Mumtaz ke lantai. Bunyi pancutan air dari kolam pancuran hiasan di tengah ruang istirehat beralunan merdu. Sinar cahaya petang pudar dihalang kaca berukiran pelbagai warna memenuhi tingkap.
Jehan bersandar ke dinding, menghitung warna-warna tersirna di matanya.
Mumtaz di hadapan leka. Dihabiskan lakaran, sesekali memandang Jehan yang duduk asyik memandang ke sekeliling.
Dihitung riak wajah Jehan. Dia menongkah badan, menarik kakinya beralas paha dan duduk membilang batang-batang krayon.
Satu persatu diletakkannya ke dalam kotak kecil berukiran halus. Dicapai lukisan di lantai, menongkat tangannya ke sisi, bangun dan melangkah menuju ke arah Jehan. Terus dia duduk di sisi Jehan bersebelahan, bersandaran ke bahu.
Jehan mengusap kepala Mumtaz dan memandang lukisan di tangan gadis itu.
‘Mumtaz sayang Jehan’ terlukis indah berlatar belakangkan Taj Mahal.
Pintu bilik terbuka perlahan, menerjah terang siang ke wajah Jehan. Berdiri di pintu seorang wanita. Jehan memandang ke sisi, Mumtaz dan ruang indah Taj Mahal hilang dari pandangannya.
* * *
Keringat lusuh dari celah-celah rambut pendek mengalir turun ke dahi. Tangan diusap melintang di dahi, menghilang basah. Cincin di jari manis memantul sirna matahari, terpalit peluh. Mata asyik merenung kelibat seorang gadis kecil bermain buaian berhadapan. Alun-alun rambut anak gadis manis itu mendedah telinga, ketawa berseorangan, menenangkan seluruh fikirnya.
Jehan membetul tali leher yang terua dari kolar bajunya. Perit bahang petang membasah tengkuk. Dibuka kancing di leher mendedah bulu merayap penuh di dada. Peluh mengalir dari janggut pendek jatuh ke halkum yang bergerakan menelan air liur. Terkacip taring di bibir bawah, bergerakan menjelir hujung lidah membasahi.
Ditelan air liurnya lagi.
Jehan menyentuh hujung-hujung jemari ke mancung hidungnya, mengirama nafas, ganas menghembus. Dileret jemari pada misai halus, menyimpul ke janggut, menyentuh telapak tangan ke hujung lidah, basah memberahi.
Anak mata terkesima.
Jemari bergegaran kecil mengenggam kerusi batu. Nafsu membakar benak merayap ke paha bergelora ke telapak kaki. Dingin angin mengusap ke tengkuknya, merayap ke jiwa.
"Mumtaz sayang Jehan" terngiang bergema di telinga Jehan.
Jehan bangun melangkah merentasi taman permainan. Kasut hitamnya menapak di lopak-lopak pasir tidak berumput hijau. Di tangan kirinya, mengentel cekak rambut bercorakan pelangi. Matanya melilau memerhati persekitaran kosong. Tenang Jehan menghampiri si gadis kecil berambut ikal.
Tersenyum gadis kecil molek membalas kehadiran asing seorang lelaki.
"Ini Suri punyakan?" Jehan berdiri menghadap menghulur cekak di tangannya.
"Aaaahhh, dah puas Suri cari, ini Suri punya favorite tau, mana Uncle jumpa?" balas Suri tersenyum riang.
Jehan membara, mendidih ke hujung pangkal hati. Fikirannya semerta, kosong tandus meluas padang pasir. Yang tinggal hanya dia dan si gadis manis itu.
"Semalam, Suri tertinggal atas kerusi batu so Uncle simpanlah" Jehan memancing perasaan.
Terpegun Jehan melihat bibir-bibir manis merekah senyum. Genang anak mata Suri membasah ke hujung alis mendebar degup jantungnya. Suri membuai kembali badan, bebas ke hadapan. Menolak kedua kaki kecilnya ke tanah, menerjah ke belakang. Gemalai beralun ke hadapan. Hujung rambut hitam pekat Suri kemas dikena cekak pemberiannya.
Mata Jehan memerhati jemari halus mencengkam tali buaian. Kakinya berat. Jehan menelan air liur tiada henti, cuba mengubat cedera jiwanya.
"Suri nak ais krim? Uncle belanja" terpacul pantas dari bibirnya.
"Nak!" Suri melompat dari buaian, mencapai lekas tangan Jehan.
Jehan mengenggam erat jemari halus. Melangkah perlahan meninggalkan kawasan permainan, berpimpinan tangan.
Dia berkalih pandang, ke belakang. Di buaian, Mumtaz tersenyum membibit kata tanpa suara.
"Mumtaz sayang Jehan"
Jehan memandang Suri di sisi, mengusap rambut, tersenyum meleret ke telinga. Percik nafsunya, menyala.
* * *
Tenang lopak air berkecaian, sisa-sisa dedaun mati melekat ke betis. Kaki halus tiada beralas, pedih terkena duri bebatu tanah. Baju merah berenda cantik, koyak mendedah dada dipekup tidak.
Tangisan kecil cuba dibuangnya jauh, dicekal hati menyelongkar gelap asing. Rambut kusut masai melekat ke bibir merah delima, merekah luka. Nafas halus berderuan deras menampung gigih larian.
Sesekali memandang ke belakang meneka suram. Gelap senja susah diteka akan sekilas pandangnya. Rerintik hujan jatuh ke muka halus, luka di pipi pedihnya tiada terkata.
Tangan menyentuh batang pohon kelapa sawit. Ditongkat badan, mencari hela singkatnya nyawa.
"Muuuummmtaaazzzz" laungan bergema dari dalam gelap mengganggu fikirnya.
Tubuh kecil cepat-cepat berselindungan di balik batang sepemeluk.
Menggigil seluruh tulang badan menghilang seram ketakutan. Langkahnya disambung, pantas mencari terang sirna yang tiada di mana. Berpusing-pusing dari satu pangkal pohon ke pangkal yang lain.
Disingsing ropol lengan baju yang sudah terkulai ke lengan. Terpandang lebam di pergelangan tangan.
Suri melangkau pelepah kering terbaring kering. Sekuat langkah jua tiada, kaki kecil terperosok. Badan terlambung ke hadapan, jatuh ke tanah persis kain buruk dilempar bergolekan. Luka tersiat di kaki sejengkal panjang, mengalir darah tiada jua henti. Ditekap tangan, diraungnya tiada henti.
Dari gelap malam, kelihatan wajah itu. Muncul menerjah tak semena dari celah-celah kelapa sawit tersusun atur. Suri menongkah tangannya meraba rata tanah. Ditolak badan menjauhi, cuba bingkas untuk berlari lagi.
Sudah tiada dayanya.
Dironta kaki menghalang terpa badan itu di atasnya. Tangan menyentap menempelek wajah yang mencium bau.
Suri lemah. Badannya rapat ke tanah. Terasa kotor lopak air membasah setiap inci belikatnya. Nafas ganas itu menyelongkar setiap inci tubuh kerdilnya. Suri mendongak kepala menahan perit, tiada akan erti dilapah seksa dunia.
* * *
Jehan terduduk bersandaran pada batang pohon kelapa sawit, melihat kujur tubuh kerdil di celah kelangkangnya.
Hujan renyai bertitisan dari celah-celah pelepah sawit. Bunyi unggas-unggas malam bersiangan halus. Lumpur di tangan disapunya pada seluar yang terlekat ke lutut, ditarik perlahan menutup kembali paha yang terdedah.
Nafas ditarik puas terus mengangkat badan layu terbaring bersimpuhan. Erat dipeluknya tiada henti menyedari kaku tiada bernyawa jasad itu. Fikir benaknya kusut melawan nafsu galak. Jemarinya menyelongkar kusut rambut membuang dedaun kering melekat.
Jehan merenung lesu rosak wajah bercalaran.
Ganas dipanjang lidahnya menyentuh kulit muka. Kuat telapak tangan mengoyangkan kepala cuba mengejutkan anak gadis itu.
Jehan ketawa. Memecah kesunyian malam.
"Mum cakap Mum sayang Jehan, kenapa Mum lari?" ditekan ibu jarinya kasar pada kelopak mata, membuka mata yang tiada lagi memandang balas.
Digoyang lagi badan longlai itu. Riang di wajahnya hilang tiba-tiba. Iras berubah. Air mata mengalir dari alis mata.
"Mum! Bangunlah!"
Tangannya terlucut dari genggaman kuat mencengkam kepala Suri. Terkulai badan Suri ke tanah.
Dari jauh, kanak-kanak lelaki melangkah perlahan, samar menghampiri. Jehan berundur perlahan, mengesot punggungnya ke tanah. Bingung mula bermain di minda. Mata bertentangan, asyik Jehan memerhati luka di kepala kanak-kanak itu. Teralir darah menitis tiada henti penuh di baju. Badan kuyup seakan disimbah air.
Jehan menggeleng-geleng kepala. Merah darah mula menitis membasahi batang hidungnya memenuhi seluruh wajah.
"Kenapa Mum tinggalkan Jehan?" suara halus kanak-kanak itu mengacau tenang jiwa Jehan.
Jehan terpandang lopakan air di sisinya, bayangan wajahnya berubah di permukaan tenang air. Tiada lagi Jehan. Semerta dihentak lopak air kuat.
"Aku Jehan! Aku Jehan! Mumtaz dah mati!"
Suara perempuannya menjerit hiba.
* * *
Kalut fikiran mula berseloka di minda. Jerkah tawa, tangis hiba berjongkang-jongkit silihan ganti. Pandangan bersergahan. Tiada lagi dapat dia menentu yang mana satu benar mahupun khayalan.
Darah di tangannya hilang sekelip mata, Jehan dirinya lenyap sekelip mata. Digerakkan mayat gadis kecil terkujur di kakinya.
Mumtaz bingung. Nafasnya sesak. Terkebil mata memandang persekitaran. Tiada tahu lagi di mana kepala jua ekor hidupnya. Dia bingkas dari kusam bungkam perasaan. Mencari teguh jiwa. Mempersoal apa yang ketentuan di dalam hutan kelapa sawit itu. Disimpul rambut mengurai ke bahu. Berpusing-pusing dia mengelilingi mayat Suri, menghitung apa yang perlu dilakukannya.
Mumtaz tunduk membelek-belek tubuh kecil patah riuk dikerjakan buas manusia di dalam dirinya. Dicapainya pergelangan tangan Suri, lebam kesan ikatan. Perlahan diheretnya ke pangkal kelapa sawit. Titisan airmatanya mengurai ke pipi sambil tangan menutup telanjang Suri dengan pelepah sawit.
Mumtaz menghela nafas lanjut, cuba mengerti iblis dirinya.
* * *
Terjah air menerpa batu-batu deras. Mumtaz meniti licin batu sambil memimpin tangan Jehan di belakang. Seluar labuh ke buku lali basah ke paras lutut.
"Hati-hati Jehan, nanti jatuh" pesan Mumtaz.
Jehan mengenggam erat tangan Mumtaz menuju kolam air terjun di tengah-tengah jeram. Cahaya matahari tenang berpantulan pada permukaan deruan air. Lelumut hijau lunyai dipijaknya.
"Mum, jauh lagi ke?" risau di wajah Jehan jelas.
"Depan tu je" Mumtaz melangkau satu batu besar diekori Jehan.
Mumtaz berdiri di atas batu, melontarkan badan melompat ke dalam tenang takungan air, berpercikan menyimbah air merata. Jehan ketawa kecil memerhati kawannya itu hilang ke dalam genangan air.
"Terjunlah" Mumtaz muncul di permukaan melambai tangannya pada Jehan. Hujung rambutnya mengerbang berselerakan di permukaan.
Jehan perlahan memusingkan badan terjun ke dalam air sambil tangan mengimbangi tubuh kecilnya. Hilai ketawa mereka memecah kesunyian pagi. Bergurauan senda kanak-kanak ria.
Mumtaz menghampiri Jehan. Diusap rambutnya yang basah dan bersandaran bersebelahan Jehan.
"Mumtaz sayang Jehan" bisiknya ke telinga dan mencium pipi Jehan.
Jehan terpinga penuh asing, memandang pelik apa yang diucapkan Mumtaz.
Wajah Mumtaz bertukar kemerahan. Dia keliru, perasaan yang dipendam selama ini dingin sahaja balas Jehan. Sayang perlu dibalas sayang lumrah fikirnya. Kenapa perlu Jehan jua membisu tanpa jawapan. Semerta dicapainya kepala Jehan. Jehan mengapai tangan, menghalang. Mumtaz sekuat kudrat tenaga dan amarah, berkali-kali menghentak kepala Jehan ke batu.
"Mumtaz sayang Jehan" laungnya berulangan kali.
Jehan terkulai dari tangannya tenggelam ke dalam merah air.
* * *
Diletaknya surat khabar perlahan. Rambut yang mengurai ke bahu disikatnya, tiada henti. Berkerdipan mata melakar wajah, memandang asyik rupa paras. Dia mengukir senyum akhirnya. Terus mengerling ke arah tajuk utama akhbar.
‘Suri, mangsa ke-5 pembunuh bersiri ditemui‘
Mumtaz merenung asyik Jehan dirinya di dalam cermin. Berdialog di fikiran bertali arus.
"Mumtaz sayang Jehan" terucap ayu di bibir merahnya pada Jehan di hadapan.
Mumtaz menitis airmata, resah Jehan dirinya sesak di dalam.
TAMAT
aku x paham!!??
BalasPadammaaf....tp aku tetap x paham...
:(
maaf sekali lgi???
BalasPadamaku memang xleh paham jalan cerita ni..
sesapa tolong explain sket kat aku....
xpe3...
BalasPadamikhlas dr aku:teruskan usaha anda untuk berkarya...
ye..aku pn x faham...sgt2 x faham...
BalasPadamwowwwwwwwwww
BalasPadamsuka sgt cara penyampaian cerita camni
mysterious gila
n saya faham ape yg nak disampaikan dlm cite ni
yep i totally do ;)
you did a great job, writer!
actually watak utama adalah seorg pembunuh misteri...tol x
BalasPadamhuhuhhu....agak sastera..tapi best...gud job
Reference pada yang tak faham,
BalasPadamDissociative identity disorder (DID) is a psychiatric diagnosis that describes a condition in which a single person displays multiple distinct identities or personalities (known as alter egos or alters)
http://en.wikipedia.org/wiki/Dissociative_identity_disorder
Mohon maaf kepada yang tidak faham, penulisan cerpen ini ditulis mengunakan olahan bahasa yang berlainan dari cara penulisan cerpen biasa.
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamem...mumtaz tu perempuan,kan....
dia bunuh jehan ker?
mumtaz la yg bunuh suri kan...
dia ada 2 identiti,ye...
dia mumtaz tapi dia ingat diri dia jehan,kan....
mungkin sebab rasa bersalah sebab dia bunuh jehan,kot....
tu la yg sya fham...
menarik.....
BalasPadamkejam....
BalasPadamseolah2 awak menyokong apa yg perogol wat pda kanak2 lain...
sory,tu pendapat sy...
wow..... olahan yang menarik.... bes...bes... bes... tapi ini penulisan berat, bkn ringan cam selalu dibace
BalasPadam