Isnin, Ogos 03, 2009

Novel : Jangan Ada Benci 1

Nama Pena : scooterist inc

"Hello…Hello! Sape tu, cakap la kuat sikit! Tak dengar lah!! Hello!!" Isya terus menekan butang merah di telefon bimbitnya N-Gage QD nya untuk memutuskan talian.
Beberapa minit kemudian telefon bimbitnya kembali berdering dengan true tones Numb/Encore dari Linkin Park/Jay Z. Tanpa melihat nombor si pemanggil, Isya terus menjawab panggilan itu.
"Hello…" jawab Isya ringkas.
"Hello…Hello!! Nak cakap dengan siapa? Janganlah main-main!! Tolonglah cakap kuat sikit, tak dengarlah!" Isya menahan marah kerana suasan di tempat pemanggil sungguh riuh.
"Cakap macam cakap dengan semut…," gumam Isya sendirian selepas memutuskan talian kerana tension dengan si pemanggil.
Selang beberapa minit kemudian,
"Hello….boleh saya bercakap dengan Isya?" suara seorang pemuda jelas kedengaran.
"Ya, Isya ni," dia menjawab dengan agak kasar.
"Janganlah marah cik Isya…nanti kena jual,"
"Jangan nak cakap ikut sedap mulut aje tau!" balas Isya.
"Awak ni siapa hah?? Macam mana boleh tau nama saya? Mana awak dapat nombor telefon saya??" Isya bertanya bertubi-tubi.
"Eh….eh….sabar. Bawak bertenang. Awak nak suruh saya jawab yang mana dulu?" pemuda itu bertanya kembali.
"Jawab lah yang mana-mana awak suka tapi yang penting saya tak kenal awak!"
"Takkan tak kenal kot..Saya kan bakal boyfriend awak." Terdengar gelakan dihujung ayat pemuda itu tadi.
"Awak jangan nak main-main! Saya takde masa nak layan orang gila macam awak ni," balas Isya terus memutuskan talian serta menutup telefon bimbitnya.


"Ira apasal mama call tadi tak dapat? Ira off handphone ke?" mamanya, Pn Aida bertanya sebaik sahaja Isya sampai di rumah.
"Sorrylah mama… tadi ada orang gila mana tah asyik call Ira aje. Ira malas nak layan tu yang Isya off handphone. Ada apa mama call?"
"Takdelah, mama cuma nak tanya kamu balik makan tenngah hari ke tak. Yelah kamu tu kalau dah main skateboard dari pagi sampai ke petang baru balik. Lagipun hari ni Nazril balik," jelas mamanya.
"Ira mesti balik makan tengah hari kat rumah la. Mama tak cakap pun Nazri nak balik! Patutlah pagi-pagi lagi papa dah keluar, nak pergi jemput Nazri rupa-rupanya," sungut Isya.
"Sebenarnya kami nak surprisekan Ira tapi bila Ira tak angkat telefon bagitau balik ke tak tu yang mama terlepas cakap."
"Ha..ha…ha.. kan dah kantoi dengan Ira!" gelak Isya.
"Okay lah mama, Ira masuk bilik dulu. Nak mandi dengan sembahyang Zohor sekali. Nanti kalau Ira tak turun lagi setengah jam, mama naik bilik Ira tau. Manalah tau Ira tertidur ke..," sambung Isya lagi sambil menapak naik untuk ke biliknya.

Isya terus menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas sebuah banglo mewah dua tingkat. Tanpa berlengah dia terus mencapai tuala yang sedia tersangkut dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri serta megambil wudhuk. Setelah selesai membersihkan diri, Isya terus menunaikan solat yang sememangnya menjadi kewajipan semua umat Islam. Walaupun pernah tinggal di luar negara hampir 10 tahun, ibubapanya tidak pernah lalai mndidik dia tiga beradik ajaran Islam dan mengikut adat-adat ketimuran. Bahkan bahasa percakapan mereka tetap bahasa Melayu. Tahun 1999 Isya sekeluarga kembali ke Malaysia setelah bapanya, En Naim mengamanahkan perusahaan automobilnya kepada adik lelakinya. Dan bapa Isya mengendalikan sebuah syarikat automobil juga setelah kembali ke Malaysia.
Usai sahaja solat, Isya terus merebahkan badannya di katil tetapi tiba-tiba sahaja telefonnya berdering. Dengan malas Isya menuju meja belajarnya dimana terletak beg silangnya yang didalamnya ada handphonenya.
"Hello…." jawab Isya setelah menjumpai handphone didalam begnya dengan suara yang macam ayam berak kapur kerana terlalu mengantuk dan ditambah pula dengan penat. Dia juga menyesal kerana menghidupkan telefonnya.
"Hello, Isya kenal tak?" suara lelaki yang menelefonnya pagi tadi kedengaran.
"Hah…awak nak apa lagi? Saya tak kenal awak tau tak!" jawab Isya dengan geram kerana lelaki itu telah mengganggu tidurnya yang baru hendak bermula.
"Mak aii….garangnya! macam singa betina kelaparan tu….," lelaki itu melawak.
"Suka hati sayalah nak jadik singa betina ke singa jantan ke! Buat sakit jiwa je layan orang macam awak ni tau tak!" balas Isya geram. Baru sahaja ingin meletakkan telefon, suara pemuda itu kembali kedengaran kali ini lebih cool walaupun telah dimarahi Isya.
"Okay, sorry…sorry, saya bergurau je. Saya call awak ni pun sebab nak bagi jawapan pada soalan-soalan yang awak tanya kat saya pagi tadi. Saya Amir, Amir Asyraff. Saya dapat phone number awak ni pun dari kawan awak yang selalu skating dengan awak dekat Taman Tasik Titiwangsa tu," jelas Amir.
"Amir? Amir mana pulak ni? Saya tak kenal pun sapa-sapa yang bernama Amir. Lagi satu, sapa budak yang selalu skating dengan saya?" Isya memikirkan siapa yang selalu bermain skateboard dengannya selain Ain. Yang dia tahu, hanya Ain sahaja yang selalu bersamanya. Takkan Ain pulak yang bagi, desis Isya.
"Amir lah, bekas student Victoria Institution (VI). Saya kan selalu skating kat Tasik Titiwangsa, takkan awak tak kenal! Kawan awak yang Ain tu lah yang bagi phone number awak pada saya," Amir berkata dengan geram kerana Isya langsung tidak mengenalinya. Melampau betul minah ni tak kenal aku yang hensem ni!, getus Amir didalam hati.
"Sorrylah saya tetap tak kenal awak," Isya membalas kerana dia sememangnya dia tidak kenal langsung sesiapa yang bernama Amir.
Tiba-tiba kedengaran Pn Aida memanggil Isya.
"Ira….Ira! Cepat turun, apa lagi yang kamu buat dekat dalam bilik tu? Papa dah nak sampai," kedengaran suara ibunya memanggil dari bawah.
"Yelah, Ira nak turun lah ni," balas Isya terus memutuskan talian handphonenya tanpa berkata apa-apa kepada Amir.
"Hello! Hello!" Amir terus membaling handphonenya ke katil kerana geram dengan Isya yang memutuskan talian tanpa berkata apa-apa.
"Ehh….menyirapnya aku dengan si Isya ni! Nasib baiklah cun dengan cute kalau tak, sorry lah…," rungut Amir. Amir teringat kembali perbualannya dengan Ain, kawan Isya, 2 hari yang lalu semasa di Taman Tasik Titiwangsa.

"Oi, Ain! Sape nama kawan kau yang selalu skating dengan kau tu hah? Ala…budak perempuan yang naik scooter biru tu!" Amir bertanya dengan penuh minat.
"Oh..Isya ke?" Ain bertanya kembali sambil membelek-belek skateboard yang baru 2 minggu lepas dibelinya.
"Manalah aku tau nama dia sape! Kalau aku tau takdenye aku tanya kat kau!" balas Amir.
"Yelah, Isya lah yang selalu skating ngan aku," Ain membalas acuh tak acuh kerana sedang khusyuk membelek-belek skateboardnya.
"Nama dia Isya ea? Nama penuh?" tanya Amir dengan bersungguh-sungguh.
"Isya Nadira bt Naim. Tapi dia lebih senang orang panggil dia Isya aje. Kenapa sibuk-sibuk tanya ni? Berminat ke?"
"Takdelah saja tanya. Kenapa tak boleh ke?" balas Amir cuba berselindung.
"Tapi dia tu lain sikit la," Ain menambah.
"Lain yang macam mana tu? Dia alien ke?" sempat Amir melawak.
"Banyak lah kau punya alien!" tukas Ain.
"Dia tu tak berapa suka kawan dengan budak lelaki. Kawan lelaki dia pun abang dengan adik dia aje. Sebab tulah perangai dia cam jantan sikit. Mana taknya dari kecik sampai besar, dia asyik berkepit je dengan abang dia. Cuma sekarang ni dah kurang sikitlah. Lagipun dia takde adik beradik perempuan lain," tambah Ain.
"So, kiranya dia ramai kawan perempuan lah ea?" tanya Amir lagi.
"Tak jugak. Kawan perempuan dia, aku sorang je walaupun dulu kitaorang sekolah kat Convent Bukit Nenas yang semua studentnya perempuan. Tulah yang aku kata pelik tadi. Kawan dengan lelaki tak, kawan dengan perempuan pun tak. Masa kat sekolah dulu, ramai budak-budak ni ingat dia sombong coz jarang gila boleh tengok dia senyum tapi sekali dia senyum, aku yang perempuan ni pun boleh terpikat tau! Dia kawan dengan aku pun sebab masa tu kitaorang student baru so masing-masing takde kawan, tu yang kitaorang jadi kawan. Lagi satu sebab aku dengan dia boleh get along is because we have same hobby, skate boarding," terang Ain panjang lebar.
"Aaa…..Ain! Aku nak phone number dia boleh tak?" Amir meminta.
"Boleh tu boleh tapi aku kena tanya dia dulu lah. Mana aku boleh bagi sesuka hati, nanti tak pasal-pasal dia marah aku coz bagi nombor dia kat orang yang tak dikenali," balas Ain yang sebenarnya keberatan untuk memberinya.
"Ala…Ain, kau bagi je lah kat aku. Kau bukannya tak kenal aku, kitakan kawan sejak kecik lagi.," pujuk Amir.
"Lagi satu, aku janji aku tak cakap kat dia dari mana aku dapat phone number dia. Boleh lah ea?" sambung Amir lagi.
"Ermm….ok, aku bagi tapi kau mesti janji tak bagitau dia dari mana kau dapat nombor dia ni tau!" balas Ain sedikit keras.
"Yelah! Aku janji!" balas Amir sambil mengangkat tangannya.
"Kau nak number phone rumah or handphone dia?"
"Dua-dua sekalilah."
"Nombor telefon rumah dia, 03-43957671 and nombor handphone dia, 012-2215445."
"Okay, cantik lah! Aku sayang kau Ain! Engkaulah satu-satunya kawan aku dunia akhirat," Amir bersuara girang.
"Aii…takkan terima kasih je kot! Koman-koman pun Mc Donald la!" sindir Ain.
"Sebab Isya aku sanggup belanja kau yang tak tau malu ni!" Amir membalas selamba.

Amir tersedar dari lamunan tatkala terdengar ketukan bertalu-talu dimuka pintu biliknya. Dengan malas Amir menapak ke pintu bilik untuk membukanya.

"Apa yang kamu buat dalam bilik ni? Nak kata mengemas, tak juga! Kamu keluar pagi tadi bilik ni macam tongkang pecah, balik pun macam ni juga! Apalah nak jadik dengan kamu ni Amir? Nak kata budak kecik sekolah menengah dah habis. Nasiblah sorang aje anak lelaki aku, kalau 2, 3 orang mati aku!" emak Amir, Pn Azean mengomel sendirian sambil mengutip pakaian yang berselerakan di bilik Amir. Amir yang masih dimuka pintu hanya tersengih-sengih.

p/s:act this is my 1st story b4 cinta pantai pearl.cte ni dh dkt 5 taun t\'perap dlm lappy, n bru ni trase nk share ngn org lain.enjoy reading it n keep cmment me ok.tq...:)

6 ulasan:

  1. garang betul la isya ni..hihi..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama3/8/09 3:48 PTG

    bestla cite nier... cepat sambung nyer..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama4/8/09 8:52 PTG

    huh ko sre cantik x isya tu kah3...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama5/8/09 10:33 PG

    citer nie boleh tahan gak tapi dah boleh agak ler jln citer nie mesti mula dgn sigadis cam tak nak layan,marah,benci2 seterusnya nanti jatuh hati kat si lelaki.tapi apa2 pun tahniah lah kat si penulis cerpen nie sbb citer nie boleh buat org2 ternanti2 sambungannya.

    BalasPadam
  5. norshidayana29/8/09 1:49 PTG

    lawa sangat ke sya 2... huhuhu

    BalasPadam
  6. mesti la lwa ek,, hehe... crite ni boleh dkatakan menarik la... not bad

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan