Jumaat, Julai 31, 2009

Cerpen : Boss, Asik Lupa jE!

Nama Pena : dr.rock

"Kau memang nekad nak bertanding ke untuk pilihan raya tahun ni Helmi.Aku yakin kau boleh menang election tu tapi ada satu perkara yang kau kena ingat".

Kata-kata yang terhambur dari mulut Azril membuatkan tangan Helmi terhenti.Borang pilihan raya kampus dipandang sepi.Rasa pelik bila pengikutnya yang setia berkata-kata sedemikian rupa.Entah mana hilangnya sokongan dari Azril & janji-janji untuk jadi pengempen sejatinya.

"Opps..ko jangan kata nak ingatkan aku bab-bab amanah weh!Ko pun dah terhasut dengan ceramah minah tudung labuh tu ke?Aku tahu apa yang aku buat.Aku yakin yang ramai akan sokong aku.Aku yakin aku boleh memang.So what else,bab amanah tu nanti sikit aku study.Satu je aku harapkan,kau jangan lak nak buat hal last-last minute nih.Kalau kau tak setuju,mana aku nak cekup jurucakap aku?",soal Helmi kembali.

Azril Cuma terdiam.Memang dia tahu,Helmi ramai peminat.Dia pun dah berjanji,akan membantu kemenangan Helmi.Helmi yang mahu bertanding atas populariti.Awalnya dia bersetuju tapi kata-kata dari perempuan bertudung labuh di kafe kelmarin membuatnya tersentak.Betapa menyimpangnya hasrat hati mereka.

"Insyaallah.Kita berjuang demi memartabatkan agama dan amanah dari Islam tercinta.Allah akan Bantu.Najwa bertanding demi menegakkan keadilan.Demi Islam yang kian tertindas,Najwa tekad.Sesiapa yang membantu agama Allah,pasti bantuan dari Allah swt sentiasa ada buatnya.".

Kata-kata itu terus melekat di kepala Azril.Amanah agama!Dan die tersedar,betapa niat perjuangannya menyimpang.Entahlah.Sudah acapkali kata-kata sebegitu sampai ke telinganya.Cuma kali ini,dia terkesan.Hatinya bersetuju tanpa bantahan lagi.Mungkin tutur kata perempuan itu yang membuatnya tersedar.Kata-kata penuh berhikmah yang menyentak tangkai hati.

"Oi..kau menung apa lagi tu?Aku tinggal turun tanda tangan nih.Kau setuju ke tidak ke,aku tetap nak bertanding.Kalau kau tak mahu jadi orang kuat aku,aku tetap yakin aku akan menang.".

Azril kembali ke alam nyata.Lamunannya terhenti.Takpe lah,demi kawan,aku berkorban.

Bila masa aku cakap aku tak mahu sokong kau.Sign je lah.Kalau diizinkan Allah swt,kau menang.Insyaallah",balas Azril perlahan.Malas nak bertekak dengan teman baiknya sendiri.

"Sal kau sekarang ni bercakap semua ada Insyaallah.Kau dah tangkap cintan dengan perempuan tudung besar tu ke?!",

"tak ada la.Nonsense semua tu.Cepat la sign,aku banyak kerja lagi ni",dalih Azril.

Azril menggaru kepalanya yang tak gatal.Aku jatuh cinta ke?Helmi ni bercakap ikut mulut je,kalau dia jumpa perempuan tu esok,baru la dia tahu penangan dia.Dan Azril amat berharap,petemuan kelmarin bukan pertemuan terakhir dia dan perempuan itu.

"Moga esok adalah lebih baik untukku",doa Azril dalam hati.

Helmi yang berada tidak jauh dari Azril menggelengkan kepala.Sambung balik menung kawan baik dia nih.Sah,penyakit angau Azril dah datang!

--------------------------------------

"Sekarang dipersilakan calon ke-6 dari Fakulti Kejuruteraan Awam,Saudari Fatimatun Najwa untuk menyampaikan ucapan & kempen beliau.Dengan segala hormatnya dipersilakan".

Najwa bangun dengan penuh yakin.Dia berjalan perlahan kea rah podium tidak jauh dari tempat duduknya.Seluruh dewan yang tadinya gamat bagai hilang gemanya.Entah kemana gelak tawa mahasiswa tadi.Mungkin terkejut dengan perempuan yang tiba-tiba berani mencabar kredibiliti lelaki yang memonopoli persatuan pelajar itu.

Mikrofon dicapai.Najwa memulakan bicara.

"Bismillahirrahmaniirahim.Assalamualaikum wbt.Tiada apa yang ingin saya katakan.Apa yang saya kata adalah,kita sentiasa mencari yang terbaik untuk kehidupan kita.Jadi pilihlah yang terbaik untuk bersama mencapai kehidupan terbaik.Insyaallah.Sekian,terima kasih".

Tiada tepukan tangan yang bergema.Semua seakan terpaku.Helmi yang berda tidak jauh dari Najwa mencebikkan mulut.

"Nak raih undi pun tak usah la wat ayat yang sadis sangat.Ingat boleh menang la tu.Blah la kau perempuan",detik hati Helmi.

Entah la,dari awal majlis dia mencuri pandang kearah perempuan itu.Bukan ada tarikan,tapi cerita-cerita Azril membuatkan dia nekad menjejaki & menyiasat latar belakang perempuan itu.Rasanya dia tak pernah bertemu dengan perempuan itu.Najwa namanya..Cuma hati terdetik,merasakan bertapa berbezanya mereka.Dan protes di hati makin menjadi,dapat dirasakan Najwa akan jadi pencabar terdekatnya.Helmi kian bermain dengan perang perasaan.

"Dipersilakan calon seterusnya untuk menyampaikan kempen.Saudara Ahmad Zulhelmi bin Abdul Aziz.".

Tepukan di dewan kian gemuruh.Berbeza dengan Najwa tadi.Namun,Helmi tetap duduk di kerusinya.Dia terpaku dan menungannya makin menjadi-jadi.

"Saudari Helmi,ur turn now",sapa Nazira,pengerusi majlis.

"Ya,ya….".Helmi bingkas bangun.Dia termalu sendiri.Entah kenapa,ayat manis kempennnya hilang entah kemana.Dia hilang kewibawaan buat pertama kalinya.Di khalayak ramai.Dia malu sendiri.

-------------------------------

Keputusan pilihan raya kampus sudah pun keluar.Helmi tak senang duduk.Entah la,dia giat berkempen.Cuma dirasakan,bilangan undinya bukanlah yang terbanyak.Ada orang lain yang duduk di tangga teratas.Azril diutus untuk melihat keputusan.

Hanphone diangkat.Azril yang menelefon,menyampaikan berita yang paling ditunggu-tunggu.

"Helmi,good new.Lebih dari kau punya target.Congratulation,bro",suara girang Azril membuatkan Helmi mengukir senyuman.

"Yes,cayalah.Kampus ku,tunggu la Yang Dipertua MPM UTM nih.Hehehe.".

"Kau jangan bongkak bleh tak.Tu bukan target kau la weh.Kau nak tahu whole result ke?",Tanya Azril tiba-tiba.

Ketawa Helmi terhenti.

"Mestilah.Cepat bagitau aku",gesa Helmi.

"Kau rangking no 2 la weh.Ada orang lain lagi best pada kau".

Kata-kata Azril perlahan tapi cukup membuatkan Helmi terpaku & terkaku.

"Don’t say perempuan pujaan kau dapat undi lagi tinggi.Kau jangan main-main weh".

Azril memang kuat bergurau.Tapi suara Azril cukup serius menandakan dia bukan main-main.

"Yup.She’s the best.Nampak gayanya kau kena tarik balik la kata-kata tadi.Mungkin ada sejarah baru UTM tahun ni.YDP MPM perempuan.Hehe".

Gurauan Azril dibiarkan sahaja.Dia mati kata-kata.

"Aku mimpi ke?.

-----------------------------------

Perbincangan di bilik mesyuarat MPM berjalan lancar.AJK tertinggi telah pun dilantik.Senyuman Helmi kian lebar.Kebimbangan yang meraja di hati telah pun hilang.Jawatan YDP tetap disandang.Cuma satu,dia dihantui kata-kata dari Najwa.Kerana kata-kata Najwa juga,semua yang lain terdiam.Semuanya menerima dengan redha keputusan itu kerana kata-kata dari Najwa yang menyedarkan mereka semuanya perancangan dari Allah swt.

"Saya bukan menolak kerana saya merasakan saya lemah.Tapi saya merasakan lelaki adalah pemimpin terbaik.Allah menghadirkan lelaki dengan 9 akalnya.Lelaki lebih akalnya,lebih banyak ideanya dan lebih kuat semangat.Dan sesuai dengan firman Allah swt yang bermaksud Lelaki adalah pemimpin bagi wanita,saya menolak jawatan YDP ini.Berikan pada yang lebih berhak.Dan ini semua pastinya perancangan dari Allah swt.Amanah untuk kita semua.Ingatlah firman Allah swt."Kamu merancang,Allah merancang.Tapi perancangan Allah lebih baik.Wallahu’alam".

Kerana kata-kata itu,semua terdiam.Helmi juga menikus.Najwa punya auranya sendiri.Dia terdiam dengan sendirinya.Dan kini,Najwa rasmi jadi setiausahanya.Sayap kirinya dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan mahasisiwa.

----------------------------

"Buat renungan kita bersama.Sabda Rasullallah saw yang bermaksud:Setiap kamu adalah pemimpin & setiap kamu akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kamu pimpin.Semoga kita semua sentiasa bertanggungjawab atas kepimpinan kita.Insyaalllah.Assalamualaikum wbt!".

Ucaptama Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia itu bergema di segenap ruang bilik mesyuarat.Najwa menarik kerusinya kembali,berkira-kira untuk duduk.Dia cuba berlagak tenang.Padahal hatinya resah,takdir menentukan dia sebagai orang penting dalam organisasi itu.Organisasi yang memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan pelajar .

Nafasnya ditarik perlahan.Memejamkan mata seketika,mengharapkan sedikit kekuatan lahir dalam diri.Kekuatan untuk berdepan dengan Helmi,Yang Dipertua MPPUTM yang baru 2 hari dilantik.Helmi yang memang terkenal di kalangan pelajar perempuan di UTM.Mungkin disebabkan wajah yang tampan jadi sandaran.Mungkin juga sebab kata-kata yang manis membuat perempuan-perempuan terpikat!

Najwa memang tak pernah ambil tahu siapa gerangan manusia bernama Helmi sebelum ini.Tak ada faedah dan tak masuk ujian pun kalau dia tahu.Dia lebih senang mengambil sikap tak peduli.Peduli apa kalau Helmi dikenali dengan penampilan memikat.Yang Cuma dia tahu,dia akan berjuang semampunya.Menjalankan tugas setiausaha yang setia selagi tak bertentangan dengan agama.Dan dia akan tetap memperjuangkan agama yang tercinta.

Dia sendiri terkejut dengan keputusan pilihan raya lalu.Sangkanya,semua membencinya bila kempennya tak bersambut.Sungguh,keyakinan pada Allah swt mengatasi segalanya.Akhirnya kemenangan berpihak padanya.Dia terpilih.Ranking no 1 yang membuatnya menolak jawatan tertinggi secara terhormat.Ada yang lebih layak untuk itu.

Entah lah,dia yakin dengan Helmi.Helmi akan membawa perubahan pada wajah kampus ini.Jika Helmi bersungguh mendapatkan sokongan & pengaruh dari seluruh kampus.Pasti perubahan Helmi suatu hari nanti akan merubah pengaruhnya juga.Insyaallah.

-------------------------------------

Najwa mengeluh perlahan.Kepenatan melanda.Banyak urusan yang harus diselesaikan.Thesis,Final Project,Proposal Program dan Teks Ucapan.Dia tak menang tangan.Memikirkan amanah yang kian bertambah,dia harus menggandakan speed larian.Memastikan semuanya berjalan lancar dan cemerlang.

"Najwa,dah siapkan teks ucapan saya malam ni",teguran Helmi membuatkannya tersentak.

Najwa bingkas membetulkan duduknya.Senyuman dilemparkan.Tangannya bingkas mencapai file dari beg tangannya.Helmi memerhatikan gerak tangan Najwa yang lincah.Najwa memang setiausaha yang cekap.Semua kerjanya teratur & perfect,Dia kagum dengan Najwa.

"Boss,here ur speech.Gud luck tonite.All the best k",ujar Najwa.

"Ok.thanks a lot.Syukur aku dapat secretary macam kau ni.Kalau la kau tak ada,tak menang tangan la aku jawabnya.",balas Helmi.Pantas dia berlalu.Entah lah,dia tak selesa bila bersama Najwa.Dia merasakan hatinya berdegup kencang.

Najwa menggelengkan kepala melihat gelagat Helmi.Sekejap saya,sekejap aku.Layan jelah.Dan seperti selalu,perangai Helmi yang satu tu tetap ada.Kalut & kelam kabut sepanjang masa.Boss,boss!

"Najwa,one more thing.Jangan lupa lak jalan nak ke dewan malam ni.Nanti saya sms ingatkan awak.Awak tu kalau dah start kerja,Perang Dunia ke-3 pun awak tak sedar.".

Najwa terkejut.Bila masa lak hamba Allah ni patah balik.Najwa Cuma mengangguk kepala perlahan.Masih banyak kerja yang harus dibereskan.Mungkin Helmi bimbang dia terlupa jalan nak ke dewan utama malam ni bila dah start wat kerja.Dia memang tak peduli kat dunia keliling,itu sifatnya yang dah pun masuk dalam kepala Helmi.Najwa tersengih mengenangkan perangainya.

Dia pelik dengan perangai Helmi 2,3 menjak ni.Dulu awal-awal perkenalan & perlantikan mereka,tak pernah nak berlembut.Kalau suruh dia buat kerja,tak reti nak cakap elok-elok.Sekarang ni,ayat dia dah baik sikit.Bagus juga Helmi berubah,tak la dia stress memanjang.

---------------------------------

"Weh perempuan,aku nak kau siapkan proposal tu ujung minggu ni juga.Minggu depan aku dah kena submit kat Vice Canselor.Kau jangan wat-wat lupa lak".

Kasar arahan dari Helmi.Najwa bungkam.Baru semalam Helmi berbincang tentang program Bakti Siswa di Mesing,arini dah keluar arahan siapkan proposal.

"Dia ingat aku ni robot ke ape?"detik hati Najwa..

Pening melayan perangai Helmi yang makin menjadi-jadi.Tak pernah nak minta tolong cara baik.Arahan macam dictator.Semua kerja dia,ada cacat celanya.Padahal dia dah lakukan yang terbaik.Paling Najwa tak tahan,suka sangat keluarkan arahan last minute.Terpaksalah dia berjaga malam hari menyiapkan kerja.nescafe jadi teman setia menghabiskan kerja bertimbun.

"Ya,saya dah buat pun semalam.Tinggal nak print je lagi.Ada lagi kerja yang saya kena buat,boss",Tanya Najwa.

Helmi terkejut.Cepat betul Najwa bertindak.Mungkin dia dah masak dengan perangai bossy nya.Sebab tu dia siapkan cepat.Tapi dia mengakui betapa profesionalnya Najwa.Dan pandanagn serongnya pada perempuan bertudung labuh it uterus berubah.

"Tak ada dah.Buat elok-elok kerja kau.Nanti kalau ada apa-apa,aku bagitau kemudian.".

Helmi malu sendiri. Sedangkan Najwa tersenyum puas.Akhirnya,dapat juga dia melawan bossnya itu.

Betapa salahnya pendangan dia.Awal pertemuan,dia merasakan Najwa seorang yang rigid.Tak reti buat kerja,public relation tunggang langgang.Tapi ternyata tekaannya salah.Najwa sangat komited & professional ketika berkerja.Selepas disoal siasat ternyata Najwa wanita yang hebat.Najwa bekas pemimpin pelajar ketika di sekolah dan matrikulasi.Cuma selama ini,Najwa mendiamkan diri.Bila keadaan kampus makin tercalit keburukan,barulah Najwa menonjolkan diri.Dan mungkin juga,Najwa sudah dikenali sebelum ini.Cuma perangainya yang merasakan dia hebat membuatkan dia tak peduli orang lain.Nasib la badan!

---------------------------------------------

Vibrate telefon bergetar di meja.Ada sms yang masuk.Handphone dicapai.

"Najwa.Udah la tu buat kerjanya.Cepat bersiap.Program start pukul 8 ok.".

Sms ringkas dari Helmi mengingatkan dia tentang pertemuan bersama Timbalan Canselor malam ini.Najwa menggeliat,meluruskan urat-urat yang tak betul kerana berada dalam kedudukan yang sama sekian lama.Laptop ditutup.

Matanya terpaku pada buku tebal di atas meja.Sirah & Cara Kepimpinan Rasulullah!Bukan buku dia.Seingat dia,buku miliknya ada di rumah.Masih dipinjam Aisyah.Buku berkulit biru itu dicapai.Helaian demi helaian diselak.Dia tertarik pada tulisan di muka pertama.

"Ya Allah,Bantu aku jadi pemimpin yang bertanggungjawab atas apa yang aku pimpin.Moga aku dapat mengikuti cara pimpinan kekasih-Mu.Walaupun payah,aku akan cuba kearah itu-Zul’.

"Zul?Zul mana lak ni",getus hati Najwa.

Erm,seingat dia,Cuma Helmi yang singgah di bilik gerakan MPM petang tadi.Erm,tak ade orang lain la nih.Encik Zulhelmi la meninggalkan barang ni.Suka betul la meninggalkan jejak.Tak habis-habis dengan perangai lupa dia tu.Aiysh,bila la nak berubah agaknya.

Buku milik Zulhelmi dimasukkan ke dalam beg tangannya.Mahu dipulangkan sebentar lagi.Seingat dia,baru 2 hari yang lalu mereka berbual tentang buku itu.Tak sangka pula,Helmi dah memilikinya.Beriya dia promote,rupanya hamba Allah tu dah ada.Segan lak rasanya.

--------------------------------------------

"Boss,ni buku awak.Tertinggal kat bilik gerakan tadi.".

Huluran buku dari Najwa disambut.Macammana lak boleh tertinggal buku ni.Kan dah kantoi,aku ada buku nih.Nampak gayanya pasni,tak ada lagi la kupasan & ulasan buku dari Najwa.

"Tq Najwa.Bukan tertinggal,saja tinggal.Nak test awak alert ke tidak.Hehe’.

"Erm,kalau boss.Bab saja-saja ni,saya tak percaya lah.Berapa banyak dah barang boss tinggalkan.Mana-mana pergi mesti ada punya barang tertinggal.Saya dah hafal dah perangai boss tau",balas Najwa.

Helmi terdiam.Aisyh,macammana dia boleh teliti betul dengan perangai aku ni.Mujur la Najwa bukan manusia kuat membebel,kalau tak,bingit juga telinga dia.

"Erm,boss.Teks ucapan tadi ada tak?Mana tau tertinggal kat mana-mana?",tanya Insyirah tiba-tiba.Mungkin memastikan dia tak lupa lagi.

Tangan Helmi diangkat.Kertas berwarna kuning tersebut dikibarkan.Najwa menarik nafas lega.Helmi ni bukan boleh percaya sangat.

Paling Najwa tak boleh lupa,dia terhilangkan teks ucapan time dinner dengan Menteri Pengajian Tinggi.Terpaksalah Najwa bertindak cepat dan pantas.Tak sampai 3 minit,siap teks ucapan.2,3 menjak ni tahap lupa dia makin menjadi-jadi.Dimana-mana dia pergi,mesti ada barang yang tinggal.Pen,buku nota,hearphone,camera dan kawan-kawan.Mujur la ada Najwa yang sangat teliti untuk urusan rasmi.Untung juga ada Azril,sahabat sejati dah ibarat kembar tak seirasnya.Kalau tak boleh bangkrup silap haribulan.

Ayat yang terbaik punya dari Najwa.Tapi Najwa tak marah,senyuman masih menghiasi bibir.Itu yang membuatnya makin kagum dengan Najwa.Sepanjang perkenalannya dengan insan bergelar wanita,tak pernah sekali dia bertemu sosok perangai begitu.Najwa tenang sepanjang masa.Entah la,sesekali dia teringin melihat Najwa marah dan merungut akan perangai buruknya.Tapi Najwa bukan begitu.Jika ada kesilapannya,Najwa akan menegur dengan cara terbaik.Beserta ayat Quran & hadith Nabi.Sedikit sebanyak,membuat dia tersedar.Betapa khilafnya dia.

"Boss.One more thing,pasni boss kena bagi kupasan buku Cara Kepimpinan Rasulullah tu.Boss jangan ingat saya tak tahu yang boss dah ada buku tu tau.Takkan la ada buku agama pun boleh terlupa kan.Dun worry,kalau boss lupa pun pasni,saya akan ingatkan",kata Najwa tegas.

Helmi mati kutu.Macam mana la aku nak dekat Najwa pasni ye?Aisyh!

------------------------------------------------

"Salam.Macammana dengan big boss awak?Moga-moga semua urusan berjalan lancar.".

Sms dari Mr.No Name Najwa terima lagi.Mula-mula naik bosan juga dengan gangguan sms dari hamba Allah yang langsung tak dikenalinya.Bila ditanya dari mana dapat nombor telefonnya,Mr.No name Cuma mendiamkan diri.Najwa rimas pada mulanya.Tapi akhirnya,sms dari No name dibalas juga.Entah kenapa,dia merasakan adanya keikhlasan dari teman yang taj pernah ditemuinya itu.

Jemari Najwa lincah menari di keypad NOKIA nya.Mahu membalas sms yang sudah diterima 30 minit yang lalu.Kesibukan menguruskan majlis & mempengerusikan majlis membuatkan Najwa melupakan handphone kesayangannya seketika.Ada waktu sebentar untuk menjeling telefon sebelum sesi soal jawab bermula.

"Wslm.Alhamdulillah,dah ok sikit.Tak ada dah kehidupan zaman Jepun dah.Yelah kan,big boss saya dah penat makan ubi kayu gamaknya.Tu yang dia insaf sikit tu.Hehe.Alhamdulilllah.Maaf lambat reply.Busy sikit sekarang".

Tekan send..message delivered.

----------------------------------

Azril tersenyum sendiri.Terasa lucu membaca sms kiriman Najwa.Najwa pada jangkaannya sombong di awal perkenalan tanpa pertemuan mereka.Najwa rupanya bukanlah manusia yang civic dan serius seperti disangkakan.

Bila Najwa merungut mengenai Helmi,Azril jadi penasihat setia.Mungkin persahabatannya dengan Helmi yang sudah hampir 3 tahun membuatkan dia amat faham akan rentak & perilaku Helmi.Helmi yang gemar bergaya,Helmi yang senang jadi perhatian dan sering diminati perempuan.Dan tak kurang juga,ada yang mendekati Helmi untuk mengenali Azril lebih dekat.Tapi Azril bukanlah seperti Helmi.

Bagi Azril,jika takdir dan jodoh sudah sampai.Tak usah diseru,pasti ada yang terbaik Tuhan hadirkan sebagai teman.Tak usah dikejar,pasti terbina mahligai impian.

"Hai,lebar senyuman kau.Ada apa-apa ke?".

Teguran Helmi membuatkan Azril tersentak.Tak sedar bila Helmi masuk ke biliknya.Patut la orang kata,kalau dah start angau ni,elakkan diri dari duduk sorang-sorang.Nanti tak pasal-pasal,check in kat Hospital Tanjung Rambutan.Hehe.

"Tak ada lah.Saja senyum soarang-sorang.Erm,how function tadi?Ada baik ka?",tanya Azril kembali.Sengaja mengubah topik perbincangan.Tak mahu terus-terusan dia disoal-siasat.

"Function macam biasa la.Penat.Letih.Tired dan seangkatan dengannya.Mujur ada Najwa.Dia yang banyak tolong aku.Kalau nak harapkan aku handle everything,tak terkejar weh.".

Azril tersenyum mendengarkan nama Najwa disebut.Entah kenapa,dia pula yang berbangga.Akhirya,Helmi tersedar bertapa pentingnya Najwa dalam urusan rasminya.Tak ada lagi Helmi yang rasa serba betul macam dulu.Berubah jug akhirnya.

"Yang kau tersengih-sengih lagi ni apa hal?Ko berkenan dengan Najwa ke?",soal Helmi.Cuba memerangkap Azril yang suka berahsia.Selama dia mengenali Azril,ta pernah sekali Azril bercerita soal hati.Mana lah tau kan,dah tangkap cintan dengan Najwa.

"Hehehe.Kalau aku suka,kau boleh tolong aku ke?".Soalan yang terpacul dari mulut Azril membuatkan Helmi tersentak.Isk,biar betul???

----------------------------------------------------------

Azril,aku dah kantoi weh.Najwa dah tau taktik aku nak dekat dengan dia.Apa kau nak buat ye?",soal Helmi.

Suapan Azril terhenti.Serta-merta seleranya mati.Apa nak dikata ya?Hatinya sebak tiba-tiba.Betapa dia sendiri berharap pertemuan Helmi dengan Najwa.Berharap dengan pertemuan itu akan menghadirkan perubahan pada Helmi.Tapi bukan harapannya,Helmi jatuh hati pada Najwa.Tapi hari ini,Helmi menyatakan kebenaran itu.Dia terpana.

"Sal ko diam je bro!Please bagi la idea kat aku?",soal Helmi lagi bila tiada respon dari Azril.Dia naik geram.

"Erm,kau kan banyak pengalaman memikat perempuan sebelum ni.Takkan la dah mati akal kot?".

"Dia lain la Azril.Tak sama macam perempuan-perempuan aku kenal sebelum ni.B4 ni,aku happy bila dengan dia.Bila aku kantoi nih,aku tak tentu arah tau.Sentiasa teringatkan dia.Entah apa la yang merasuk aku.Perempuan yang aku tengking,aku panggil kedai kain bergerak tulah yang dok ada kat kepala aku nih.Tolong weh",jerit Helmi.

"Bab nih,aku tak boleh tolong.Aku mana la pernah bercintan-cintan nih.Ko yelah.Erm,kau banyakkan berdoa.Cinta & perasaan ni fitrah.Tapi sometimes,boleh jadi mainan syaitan juga",nasihat Azril.

Helmi terdiam.Kata-kata Azril sama seperti kata Najwa semalam.Najwa meminta mereka berjauhan seketika kerana sudah ada perasaan lain dalam hati Helmi.Dia tak mahu dia terperangkap dengan situasi itu.Dia tak mahu fitnah melanda hubungan itu.Dia tak mahu Helmi hanyut dengan perasaannya.Yang mungkin mainan dan panahan dari syaitan.

Di halaman terakhir bukunya,Najwa mencatatkan kata-kata nasihat.Dibawah luahan rasanya pada wanita itu.Tinta hitam itu terus kekal di situ.Satu motivasi & inspirasi juga.

"Ya Allah,jauhkan kami dari memberi fitnah kepada agama mu.Tuhan,berikan aku cinta-Mu sebelum aku jatuh cinta pada hamba-Mu.Hadirkan keikhlasan dalam hatiku ini.Aku mengenali agama-Mu agar bertambah kedekatan & kecintaanku pada agama-MU.Bukan kerana rasa cinta pada hamba.".

p/s;Boss,ikhlaskan hati.

-------------------------------------------------

Najwa menghilangkan diri setelah buku Namanya Lukamul Hakim diserahkan kepada Helmi.Hadiah ulangtahun pertama yang mengajarnya erti islah dalam kehidupan.Islah demi mencari cinta-Nya.Belajar & menerapkan rasa ikhlas dalam setiap perjalanan hidup.Belajar bahawa setiap perjalanan hidup adalah demi mencari sebuah keredhaan.Dan yang paling penting dia belajar rencana Tuhan adalah rencana terbaik untuk setiap insan.

"Boss,ni jemputan kahwin saya.Jangan lupa datang tahu".

Helmi memandang kad yang dihulur Najwa.Sedikit kecewa dalam hati.Tapi pantas dipujuk,dia hanya hamba.Dia tak ada kuasa melawan takdir dari Allah Maha Kuasa.Dan sudah takdir juga,dia bertemu dengan Najwa.Mengenali Najwa adalah detik terindah dalam hidupnya.Najwa hadir menyedarkan dia.Dan dia rela,Najwa bukan miliknya.

"Siapa Bakal suami Najwa.Saya kenal ke?",tanya Helmi perlahan.

"Kad ada di tangan.Mungkin kenal",balas Najwa.

Kad dibuka.Nama Azril terpahat di situ.Dia tergamam.Kira benar tekaannya,Azril menyimpan perasaan yang sama pada Najwa.Patutlah Azril resah bila dia meluahkan perasaan sukanya pada Najwa.Tapi Azril memang baik,sesuai dengan Najwa.Tanpa sedar,dia menggelengkan kepala.

"Boss,apa tandanya tu?",tanya Najwa lagi.

"Tak ada apa-apa.Cuma tak sangka,awak bertemu jodoh dengan kawan baik saya.Azril".

"O,ya.saya tak pernah tahu pun.Dia pun saya tak sempat berkenalan lagi.Mak kata ada orang merisik,then saya setuju.Sebab saya ada buat isthikarah sebelum tu.Memang saya yakin jodoh dah sampai.Doakan saya ya!Saya pergi dulu,nak edarkan kad pada yang lain.Jangan lupa datang tau",pesan Najwa.Helmi sekadar mengangguk lemah.

"Bos..boss,asik lupa je kojonya".

Suara dan kata-kata Najwa yang satu itu terus bergema.Dan paling disesalkan,dia lupa lagi.Lupa yang dia pernah menyimpan rasa sayang pada Najwa.Lupa untuk memohon petunjuk dari Allah swt.Lupa untuk membuktikan dia benar-benar suka pada Najwa.Dan di hatinya terdetik satu kata:

"Ruginya aku".

Kad kahwin diselak lagi.Ada kata-kata nasihat di belakang kad.Seperti selalu,Najwa tak pernah lupa menasihatkan dia.Tinta hitam itu dibaca.

"Kita merancang,Allah merancang tapi perancangan Allah lebih baik.Moga Allah memberikan yang terbaik untuk boss juga.Adios.Jangan lupa ayat ni ye!".

Ayat itu.Semuanya adalah takdir & ketentuan dari Allah swt.Ayat yang satu ni dia tak lupa.Silap lak si Najwa ni.Aku bukan boss yang asik lupa ye!

57 ulasan:

  1. Tanpa Nama31/7/09 7:27 PG

    bestnye cite ni!!!!
    taniah penulis

    BalasPadam
  2. ok 4 stengah bintang utk cerita ni. cerpen pjg tapi berisi. nice 1!
    dulu penah jd jd s/u agung fakulti..memang penat giler, mana nk siapkan minit, proposal, text ucapan, laporan aktiviti etc..sedang asingnmet, practical reports, tutorial dan nota menunggu utk disentuh. nk fikir psl perasaan? ada masa ke?
    baik jd mcm najwa tu..tunggu je org pinang. haha..apa aku mengarut ni?

    BalasPadam
  3. best cte nie...
    congrats untk penulis....

    BalasPadam
  4. cite ni mmg best.
    congratz

    (:~D)
    ske komen

    BalasPadam
  5. bezt citer nie...
    moga2 kta insaf dgr kealpaan kta pd Yg 1..
    'kta sering lupaknNya tp dia xprnh lupakan hambaNy yg pelupa"...

    BalasPadam
  6. yanna nabil31/7/09 2:49 PTG

    nice story..

    BalasPadam
  7. cinta yg blndskn agama...
    best citer nie..

    BalasPadam
  8. menusuk ke kalbu..btl2 mmberi 1 peringatan d minda nie ttg prancangan allah s.w.t..insaf2..

    BalasPadam
  9. cinta islami...good work! cuma, kalau boleh jangan singkatkan perkataan 'wat'...ia bahasa sms kan?...tak cantik dan nampak tidak molek...maaf, hanya satu teguran...~Z.A.~

    BalasPadam
  10. best...thanks

    < MassFDya >

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama1/8/09 12:26 PG

    best..best..tahniah kpd penulis. citer ni rasa mcm terkena pada btang hdung sendiri lak...
    Ya Allah, Kau permudahkan aku untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab ini. Kau bantulah aku....

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama1/8/09 1:52 PG

    best!
    t'cpai harapan nk bce cte cintan yg b'manfaat.
    ya Allah, aku pohon redha, keberkatan dan kemudahan sepanjang kehidupanku :)

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama1/8/09 10:03 PG

    wa,,..bestnyer citer nie..so sweet..watak Najwa tu sebijik macam kakak aq..huhu...windu kat dyer..anyway...tq to writer krn memberikan senyuman yang memanjang untuk Aq...penuh hikmah...

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama1/8/09 11:28 PG

    so sweet...percintaan yg berlandaskan islam...kan bagus macam tu..banyak pengajaran...keep up writing penulis...
    ~nadz~
    wnmfarah_farisha@yahoo.com

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama1/8/09 3:59 PTG

    bagus2..sy ske cter ni..keep writing this kind of story k..good luck in ur life..hehe..

    BalasPadam
  16. best nyer citer ni...walaupn simple but nice...gud job...

    BalasPadam
  17. btul3x!
    cite nie mmg best sgt2!
    congratz dr.rock!
    =)

    BalasPadam
  18. cte yg bez untuk pngajarn...
    ~kita mrncng, allah jua menetukn~
    =)

    BalasPadam
  19. menarik citer ni..
    berunsurkan islamik..

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama3/8/09 1:57 PG

    menarik sgt2..respek sgt kt najwa...sushnye nk jd pmpn mcm 2 kn...betuah azril...apepon tabik spring kt penulis..cite ni x syok sndri mcm cite lain...harap2 dpt jd mcm najwa 1 hari nanti..hehe

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama3/8/09 4:39 PTG

    best sgt cte ni, lain dr yg lain..mmg susah nk jumpe dgn gadis serupa dgn najwa ni..conrgtn penulis..god luck..

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama5/8/09 3:11 PTG

    salam..citer yang cukup baik..teruskan mnulis untk cerpen2 camni..sesuai lau de niat ntuk da'ei.. :)

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama6/8/09 10:47 PG

    MMG CERPEN YANG BAGUS UTK REMAJA SEKARANG. TP TAKDE BABAK SUSPEN KE? KLU ADA BEST CKIT TP BEST LA CITER NI

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama6/8/09 3:16 PTG

    boleh layan arh.
    boss,makan kismis manyak2 okyh!
    ha ha ha.
    cool.

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama6/8/09 8:19 PTG

    huhuhuhuu bestla citer ni....

    BalasPadam
  26. Syabas!!! Ada kelainan cerpen kali ini. Banyak ciri-ciri islamik diserapkan.. Semoga cerita ini menjadi pedoman kepada kita semua... Apapun yang terjadi... Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita..

    BalasPadam
  27. suka cerita ni...
    syabas penulis
    -salam-

    BalasPadam
  28. orang baik adalah untuk orang yang baik...

    BalasPadam
  29. saya suka....tapi kesian lah pulak dkat c helmi tu

    BalasPadam
  30. wah best gle crita ni...............
    thniah pd pnulis......

    BalasPadam
  31. cter brunsurkan islamik..
    jarang de..
    congratz penulis..
    bez sgt cter ni...
    wat lg erk..

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama8/8/09 6:09 PTG

    best nye cter nie..and cter nie bnyk nsht..bagus teruskan usaha anda..all the best..and gud luck

    BalasPadam
  33. salam...
    bes sangat cerita ni..
    tak adalah nak mengarut lebih2..
    pengisian pun ada..
    teruskan usaha..

    BalasPadam
  34. huhuu betul2..jadi s/u memang bz..saye penah pegang jawatan ydp...agak bz gak nak pikir sumebende...n cite ni memang besh..ape2 pon kite kene kembali kepada penciptanya..tahniah penulis.....

    BalasPadam
  35. interesting..
    love in islamic way..
    byk nasihat..
    good job.interesting plot..

    cokelat..

    BalasPadam
  36. crita yg best...
    tahniah..
    sy suka crita islamik cmni,bleh mbri prgtn n keinsafan..
    teruskan usaha..
    cuma perlu baiki ayat kepada lebih formal sedikit..
    apa2 pun,good job!

    BalasPadam
  37. election merupakan bhs inggeris, maka setiap penggunaan bhs inggeris yang ingin di gunakan dalam ayat bhs melayu perlu disertai pengikat kata contoh "election". kalu dlam dialog atau ayt lengkapan bahasa inggeris yg penuh tanpa ada bhs lain mengiringi,maka tdk perlu pengikat kata. begitu juga sebaliknya...penulisan adalah gaya penyampaian dakwah terkini jd anda telah berjaya berkarya mewah dan penuh perlip..congrats!

    BalasPadam
  38. setiap hari kita makan benda yg melupakan...ia menerangkn bhw lupa yg di maksudkn ialah nasi.lupa dalam syarah b.arab ialah nasiya..sudahlh lupa kita mkn pula nasi hari2 takke lupa? haha,joke je...

    BalasPadam
  39. nice story
    gd luck n truskan berkarya
    jd lah pemimpin yg amanah dlm tugas

    BalasPadam
  40. Tanpa Nama14/8/09 2:06 PG

    nice..aku hapy dri mula smpai akhir cite ni...urmm..sesungguhnya ALLAH yang mengatahui semuanya.

    BalasPadam
  41. Tak usah diseru, pasti ada yang tuhan hadirkan sebagai teman. Tak usah dikejar, pasti terbina mahligai impian... :D

    BalasPadam
  42. nice..
    good job!
    tp..mcm x relevan nk jmpe gul mcm njwa..
    terima je sape2 yg dtng meming skrng ne..
    huk3

    BalasPadam
  43. cerpen yang paling best.
    byk nasihat.
    tahniah penulis.

    BalasPadam
  44. Tanpa Nama23/8/09 7:27 PG

    wah
    best3
    tahniah

    BalasPadam
  45. Tanpa Nama26/8/09 1:56 PG

    nice story...kpde penulis harap try lg wat story yg best2...

    BalasPadam
  46. eh,ada je girl macam najwa terima ja pinangan risau nk tilik2 muka ada hensem ke x.. xdolak dalik, serah pd org tua..malas nak pk..macam saya :)... happy 5th anivesari to me...hmm..teringat zaman kampus dulu

    BalasPadam
  47. Salam Ramadhan,

    Bagus citer ni. Ada isi,ada nasihat. All the best.

    BalasPadam
  48. fisha humaira7/10/09 2:00 PTG

    sangat best...
    takpuas sekali baca...
    keep up the gud work,writer...
    nak baca citer awak lagi...
    keep on writing,ya...

    BalasPadam
  49. salam,,
    alhamdulillah,,,1 cerpen yg sgt baik,,
    penuh dgn pengisian rohani jugak,,
    teruskan berkarya,,,
    teruskan berdakwah,,

    BalasPadam
  50. alhamdulillah..setelah lama tak membaca novel yg sempoi tp penuh dgn msg..akhirnya jumpa juga..good try dr rock..teruskn usaha!

    BalasPadam
  51. naskhah yang baik..
    penuh pengisian dan idea yg tak 'klise'..
    bagus..teruskan berkarya..


    MISS F

    BalasPadam
  52. takpernahadajawatan2/12/10 1:33 PG

    best cita ni.bnyk pengisian.........gud job!

    BalasPadam
  53. Tanpa Nama3/1/11 1:21 PG

    mabruk.... teruskan usaha... (",)

    BalasPadam
  54. tahniah penulis..... bagus sangat2 cerita ni... bnyak pngajarn n jalan cerita pun mnarik.... barakallahu fik =)

    BalasPadam
  55. tahniah best cter teruskan usaha anda!!!!!!!!............

    BalasPadam
  56. NICE STORY I JUST LOVE THE STORY. HOPEFULLY COME OUT WITH MORE NICE SHORT STORY I WILL BE WAITING. THANKS I LOVE RAEDING IT.......................................

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan