Ahad, Mac 22, 2009

Novel : Penjara Rindu 4

Nama Pena : Nia Arissa

Haziq melangkah menuju ke biliknya. Diletakkan briefcasenya di atas meja. Matanya terpandang gambar yang terletak elok di atas meja kerjanya. Gambar itu di tenung dalam. Merenung wajah yang pernah menjadi pujaan hatinya.
Segala memori ketika dia bersama Irma bermain di ruang fikirannya.Semuanya indah belaka. Namun itu dulu.

Kini Irma sedang berbahagia bersama suaminya. Luluh hatinya ketika mendengar khabar itu. Dia masih teringat lagi janji Irma yang mahu sehidup semati dengannya. Kesanggupan Irma menghentikan segala aktivi-aktivi yang berkaitan dengan modeling setelah mereka berkahwin nanti.
Kesungguhannya menjadi ibu kepada anak-anaknya kelak membuatkan Haziq betul-betul terharu. Hatinya sebak. Dia masih tidak dapat melupakan cinta Irma. Dia tidak kisah dengan tomahan yang di lemparkan terhadap Irma. Baginya, Irma adalah segalanya.

Malam semakin larut. Namun matanya tidak mahu lena. Semuanya tidak kena. Pusing kiri salah. Pusing kanan tak kena . Sudahnya dia telentang mengadap siling.


Farisya terjaga dari tidur. Dia melihat sekeliling. Katilnya habis berselerak dengan buku-buku kuliahnya. Di kerling jam di meja solek. Jam menunjukkan pukul dua pagi. Tekaknya merasa dahaga. Dibiarkan saja katilnya yang bersepah lalu bangun menuju ke dapur. Farisya membuka pintu dengan perlahan tidak mahu mengejutkan sesiapa.
Dia malas untuk membuka lampu. Kesamaran cahaya dari dapur membantu dia berjalan di dalam gelap. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Telinga terdengar suara orang seperti mengaduh.

Dia menunggu lagi, mana tahu suara itu kedengaran lagi. ‘nasib baik tak dengar dah…hehehe…malam ni malam apa eks… arggg..lantak la ..takkan rumah besar macam ni ada hantu’ gumam Farisya.

Dengan perlahan dia menuruni tangga di dalam gelap. Tiba-tiba…
"Opocot mak kau..!" entah macam mana Farisya terlanggar sesuatu lalu terjatuh.
Gedebuk!!! Sebijik macam nangka busuk. Dia dapat merasa ada sesuatu sedang menindihnya. Tubuhnya mengigil. Dia tidak sedar yang menindihnya adalah Haziq. Dadanya sesak kerana tidak dapat menampung berat Haziq. Ketakutan menguasai dirinya.

"Arggghhh…Tolong…..!"
"Hoit… yang kau jerit-jerit tu kenapa?" Dia tidak mengendahkan sergahan itu.
"Arrrggghh…" Haziq terpinga-pinga apabila racau Farisya semakin menggila. Ketika itu lampu telah pun terpasang. Jeritan Farisya telah membuat semua orang terjaga.

Racau Farisya terhenti apabila terpandang cahaya memenuhi ruang itu.
"Arrgghhh" Farisya menjerit kerana terkejut apabila wajah Haziq betul-betul berada di depan matanya. Cepat-cepat tanganya menolak tubuh Haziq yang menindihnya.
"Haziq .. apa yang bising-bising ni?" Dato’ Razlan dan Datin Rosma menuruni tangga. Tidur mereka terganggu apabila terdengar jeritan Farisya.
Haziq mengalihkan tubuhnya dari Farisya.

"Kenapa Farisya?" Dato’ Razlan melihat wajah Farisya seperti sedang menahan sakit.
"Tak ada apa-apa papa. Tadi Isya haus.Nak ke dapur tapi terlanggar dengan Haziq kat tangga." Dato’ Razlan melihat anak dan menantunya, masing-masing menunjukkan wajah kesakitan.
"Macam –macam la kamu berdua ni. Dari pagi sampai ke malam asyik nak accident saja." Ngomel Datin Rosma. Farisya hanya tersengih menampakkan giginya yang putih.
"Dah pegi masuk tido. Dah lewat dah ni." Dato’ Razlan meredakan suasana yang agak kecoh sedikit. Bibik turut sama terjaga dari tidurnya.

"Kau tu jalan pakai hidung ke? Menyusahkan." rungut Haziq lalu bangun meninggalkan Farisya termanggu sendirian. ‘apahal pulak aku yang kena…dah dia terconggok dekat tangga tu sapa suruh…’ rungut Farisya. Akhirnya dia sendiri tidak jadi untuk ke dapur.

Farisya masuk ke biliknya. Hatinya sakit bila terkenangkan segala incident yang berlaku diantara dia dan Haziq. Hatinya sedikit resah. Bagaikan ada kuasa magnet mengalir ke dalam tubuhnya ketika dia rapat dengan Haziq. Perasaan itu hanya hadir ketika dia bersama Aswad dulu.

Dia teringatkan Aswad. Kenapalah jodoh aku bukan dengan Aswad. ‘Kenapa lah dengan mamat tiang lampu yang macam singa tu.’ Hatinya merintih sedih. Dia melihat nota yang sering di berikan oleh Aswad. Kata-kata semangat sentiasa tertulis di setiap helaian nota Aswad renungnya.

"Faham?" Farisya menggaru kepala yang tidak gatal. Dia menggeleng lalu tersengih. ‘Mentang-mentang la gigi cantik, asyik nak tayang je.’
"Boleh explain lagi…hehhe..please," Farisya merayu. Kedua belah tangannya di satukan memohon simpati buah hatinya. Dengan sabar, Aswad menerang semula formula-formula bagi memudahkan dia menghafal data-data penting. Penat study Farisya cuba merenggangkan badannya. Cuba menghilangkan lenguh di badannya.

"Han, awak sayang saya tak?" Farisya sedikit terkejut dengan ucapan Aswad. Sudah acap kali dia menyatakan kasih dan cintanya kepada untuk Aswad.
"Kenapa? Awak masih tak percayakan saya lagi?" soal Farisya kembali. Dia bangun sambil berjalan menghampiri tasik. Di ambil sebiji batu lalu di lontarkan kearah tasik.

Aswad memerhati gelagat Farisya Hani. Dia tersenyum. Faham benar dengan apa yang sedang di fikirkan oleh Aswad.
"Kenapa pandang saya macam tu. Batul la . Saya cuma sayang awak seorang.je tau" Aswad masih merenungnya. Farisya berjalan menghampiri Aswad. Tangan Aswad di genggam erat. Mengharap kepercayaan yang tidak berbelah bagi dari Aswad. Aswad mengeluh.

"Tah la wak. Saya tak sedap hatila. Saya rasa macam awak akan tingalkan saya satu hari nanti." Farisya tersenyum. ‘Kenapalah itu yang kau fikir sayang.’

"Jangan la suka fikir macam tu. Awak ni macam tak yakin je dengan saya."
"Bukan macam tu. Macam mana saya tak risau. Awak masih belum bagitau parent awak kan?" Farisya buntu. Setiap kali asyik itu saja yang ditekan kan oleh Aswad. Bukan niatnya untuk merahsiakan hubungannya dengan Aswad dari kedua orang tuanya. Belum sampai waktunya untuk dia memaklumkan khabaran itu.

" Sabar la sayang. Tiba waktunya nanti saya cakap la. Please." Pujuk Farisya lagi. Aswad mengeluh.
"Please…Emm..senyum la sikit." Farisya menyentuh dagu Aswad sambil menghadiahkan senyuman semanis mungkin. Sekali lagi Aswad mengalah. Bibirnya mengukir senyuman dalam paksa.

Kenangan bersama Aswad menjelma lagi. Air matanya menitis untuk sekian kalinya. Rasanya sudah puas dia menangis. Namun air matanya tidak pernah kering. Dia terpaksa akur dengan semua ini. Disebabkan kedegilannya untuk berahsia akhirnya memakan diri sendiri. Ditarik keluar sekeping gambar dari dompetnya.

Wajah Aswad di tatap buat kali terakhir. Rindu pada wajah itu membuatkan tangisannya semakin berlagu. Kecerian wajahnya hanya sebuah lakonan. Biarlah di tanggung luka itu sendiri. Tidak sanggup untuk menghampakan harapan kedua orang tuanya.

‘Relakan ku pergi sayang…anggapla kehadiran ku ini hanyalah mimpi di siang harimu…’ Bayangan serta memori ketika bersama Aswad di buang sejauh mungkin. Ia terlalu sakit untuk diingati. Perlahan-lahan gambar wajah Aswad direnyuk lalu dibalingkan ke dalam tong sampah. Matanya di pejam kuat semoga kesakitan yang di alaminya tidak akan berulang lagi. Dirinya pasrah dalam terpaksa.

******

" Haziq esok bawa Isya tengok baju weading ye. Mama dah arrange appointment ." pesan Datin Rosma kepada Haziq. Namun tiada jawapan.
"Kamu dengar tak? Yang lain mama dah siapkan. Cuma baju kamu dengan Isya je belum lagi," Datin Rosma mengerling Haziq di hadapannya.
"Hmmmm.." jawab Haziq pendek. Matanya masih leka dengan bacaannya. Mendengar jawapan bersahaja Haziq, Datin Rosma tidak lagi mengajak anaknya berbual. Tangannya lincah mengubah jambangan bunga untuk hari perkahwinan anaknya.

Dia hairan kerana mamanya hanya seorang diri. Papa kalau hari cuti begini selalu di padang golf. Bibik jangan cakap la. Kerja dia tak pernah habis. Semenjak kehadiran Farisya, dia tidak pernah lekang dengan mama. Ada saja yang mereka bualkan. Nak ambil hati mak mentua la katakan.

"Assalamualaikum." Farisya melangkah menuju ke arah Datin Rosma. Bacaan Haziq terhenti. Matanya menjeling ke arah gerangan empunya suara yang memberi salam. Dia melihat Farisya melangkah menuju ke arah mamanya lalu mencium tangan mamanya.
" Macam mana? Dah selesai ke urusan kamu?" soal Datin Rosma.
"Em.. dah ma." Jawab Farisya sambil duduk di sebelah Datin Rosma. Dia langsung tidak menoleh kearah Haziq. Dia tidak sedar yang dirinya sedang di perhatikan. Kalau boleh dia tidak mahu ada lagi incident akan berlaku antara dia dan Haziq.

"Mana papa, sunyi je?" soal Farisya sambil tangannya membantu Datin Rosma. Dia bukan la pandai sangat dengan bab-bab gubahan ni, tapi tak salah kan kalau nak mencuba.
"Papa biasa la. Cuti macam ni di padang golf la," hatinya senang dengan keramahan bakal menantunya.
"Oooo" Farisya mengangguk mendengar jawapan Datin Rosma.

Haziq masih lagi memerhatikan Farisya. Langsung tidak menunjukkan sebarang protes atas perkahwinan ini. Walaupun majlis perkahwinan itu dia yang merancang, tetapi tetap dalam paksaan kerana pengantin perempuan telah berganti. Di perhatikan gelagat Farisya yang sentiasa ceria. Dia keliru dengan tangisan yang didengarnya malam tadi. Hatinya memberontak untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.


p/s: sudilah komen seikhlasnya

8 ulasan:

  1. tak de blog ke?

    BalasPadam
  2. erm..aah..
    xde blog ker?
    hihi

    BalasPadam
  3. awk tau x..hero n heroin awk ni...
    kat dlm dunia realiti saya skrang ni tgh hangat bercinta...
    dari dorang form 1 lg...

    BalasPadam
  4. actualy mmg xde blog...sorry k
    mmg x sngka ada persamaan dgn reality..
    sumer tu sbnrnya rekaan je... hrp sumer pembaca
    puas hati... sy akn cuba load secepat mngkin...
    thanks semua....

    BalasPadam
  5. cpt2 smbg!!!

    BalasPadam
  6. nice story

    ye ke, tak pelah now buat lah blog
    kat cini lama lah nak tunggu new n3
    please buatlah blog khas utk kami peminat cerpen awak!

    BalasPadam
  7. sronok2!!hehe

    BalasPadam
  8. seronokmye..berdebar siot,,huhu

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan