Ahad, Mac 22, 2009

Novel : Kisah Cinta 2

Nama Pena : farsyaliana

2

"Murid-murid, hari ini cikgu nak kenalkan seorang lagi warga kelas kita yang baru berpindah dan mendaftar di sekolah kita hari ini. Okey, Eric perkenalkan diri anda kepada kawan-kawan baru anda."ucap Cikgu Sofea pada suatu hari.
"Elly, ni ke mamat hensem yang kau cakap hari tu?" tanya Anne.
"Bukanlah. Hari tu aku tengok bukan student tapi cikgu baru."
"Cikgu baru? Apasal kau tak beritahu kitorang. Aku ingat student. Kau tak bagitahu pun yang kau tengok hari tu cikgu. Senyap-senyap je kau ni. Mana kau tahu cikgu?" tanya Fiza pula.
"Hehe.. Aku tahu pun sebab aku tanya Cikgu Sarah. Kau tahu jelah,aku ni kan peramah. Tu yang aku tanya tu. Eh, aku tak bagitahu korang ea? Sorrylah guys. Aku lupalah."
"Ssyy.. Korang,dah lah tu. Cikgu Sofea dah tengok kita lain macam dah tu,"sampukan Nia kembali menyedarkan mereka.
"Ops, sorry."
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Nama saya Eric Ezani. Saya baru pindah ke sini seminggu yang lalu dari Johor Bahru. Saya harap kamu semua dapat menerima saya seadanya. Terima kasih."ujar pelajar baru tersebut.
"Mak aih, bestnya suara dia. Tergoda aku."ujar Fiza separuh berbisik kepada teman-temannya sambil tertawa kecil.
"Gatalnya anak Mak Ipah ni. Kecewa Tamahome kau nanti." Mereka tertawa lagi.
"Terima kasih Eric. Okey, kelas saya mahu kamu semua melayan dia dengan baik dan, Elly jangan buli pelajar baru ini sama seperti kamu buli saya dulu ye."ujar Cikgu Sofea sambil memberi ingatan kepada Elly dan terus keluar. Elly yang tekun melukis sesuatu di atas kertas tersentak dan merasa darah menyerbu ke muka.
Fikiran Elly segera melayang ke peristiwa tahun lepas di mana dia dan teman-temannya yang bertiga itu mengusik gurunya yang ketika itu baru berpindah. Hampir haru biru sekolah dengam gelagat mereka. Dipanggil guru disiplin dan guru kaunseling kerana kenakalan mereka. Mujurlah tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib. Tiba-tiba Elly tertawa kecil sendirian.
"Hei,perempuan. Kau kenapa ketawa sorang-sorang ni? Sewel ke?"sergah Anne.
"Suka hati akulah nak ketawa sorang-sorang pun. Takkan nak gelak berjemaah pula." Sekali lagi mulut mereka riuh berdebat sesama sendiri buat hari itu. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata memerhati dari jauh.
"Hai, boleh saya duduk kat kumpulan ni? Lagipun saya tengok kumpulan lain tak ada tempat kosong. Itu pun kalau tak menyusahkan."
"Tak, duduklah."jawab Anne dan Fiza hampir serentak. Tak sempat Elly menahan pelajar baru itu segera duduk di sebelahnya yang kebetulan kosong. ‘Alamak,mamat ni. Kerek betullah. Ni tempat beg akulah. Kau pergilah duduk tempat lain. Banyak lagi kosong tu. Budak dua ekor ni ni pun satu hal lah. Pantang betul,’ngomel Elly dalam hati sambil mulutnya berkumat-kamit seperti pawang membaca jampi serapah.
"Hai, nama saya Eric Ezani. Awak semua boleh panggil saya Eric."
"Kitorang tahu. Tadikan kau dah cakap,"ujar Elly. Entah mengapa dia merasa meluat melihat pelajar baru itu. Terkulat-kulat Eric melihat Elly. ‘Padan muka kau.’
"Eh, Elly! Tak baiklah. Erm, takpelah awak. Kitorang minta maaf bagi pihak kawan kitorang ni. Dia memang gitu,"ujar Fiza pula.
"Siapa suruh korang minta maaf ni. Lantaklah,biar dia tahu aku macam mana. Nak duduk kat sini kena tahanlah sikit dengan perangai kita ni. Kalau tak tahan maknanya dia kena pindah tempat lain. Banyak lagi tempat kosong. Tu,kalau dia nak tukar dengan Gina pun boleh. Aku rasa Miss Universe sebelah sana tu sanggup tolak kawan dia seorang asalkan ada mamat hensem kat kumpulan diorang."
"Terima kasih,"kata Eric tiba-tiba.
"Apasal pulak kau ni ucap terima kasih?"
"Sebab kata saya hensem."
"Huh, perasan!"dengus Elly. Eric memandangnya sambil tersenyum lalu meneruskan perbualan dengan teman-teman Elly yang lain. Elly hanya mendengar sipi-sipi sahaja.
Elly tiba-tiba teringat guru yang baru yang ditemuinya pada dua hari yang lepas. Wajahnya begitu menenangkan. Kulit yang cerah tanpa sebarang noda sungguh menarik perhatiannya. Bibir mungil Elly tiba-tiba menguntumkan senyuman.
"Awak ni cantik kalau senyum." Elly segera mematikan senyumannya.
"Eric, kalau awak nak tahu; ramai yang cuba nak ayat Elly ni tapi dia ni jual mahal sangatlah. Bukannya tak cantik dia senyum tapi dia malas katanya. Takut makin ramai yang terpikat." Setelah usai Nia berbicara meledak lagi ketawa dari bibir comel kawan-kawannya yang lain. Sekali lagi darah menyerbu ke muka Elly.
"Dah lah korang aku nak pergi toilet kejap. Makin aku duduk dekat sini makin panas pula." Elly berlalu dan diperhatikan oleh sepasang mata yang amat menawan dari jauh.
"Eh, Elly! Tunggu, Nia nak pergi juga,"pekik Nia sambil berlari mengejar Elly.

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama23/3/09 3:59 PG

    hmm..not bad..
    teruskan.. =)

    BalasPadam
  2. besh gle cite nie!!!!
    teruskan klau x aq bunuh ko...hahaha

    BalasPadam
  3. best la...
    ctew yg mnarik...
    THNIAH!!!

    afie@afeea(sweethoney_afee@yahoo.co.nz)

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan