Ahad, Mac 22, 2009

Novel : Kau Penawarku 4

Nama Pena : anarif

Hilda jadi penolong aku? What is this crap? Ligat kepala Adi memikirkan tentang mesyuarat tadi. Mesyuarat agung tahunan Persatuan Bahasa Inggeris telah menyaksikan Hilda dilantik menjadi naib presiden kepada presiden persatuan yang juga Adi. Hmm…mungkin aku boleh gunakan peluang ni. Siapa tahu. Bicara Adi sendiri.

Hilda runsing. Adi memintanya menyediakan laporan persatuan yang telah hampir setengah tahun berjalan di mana Adi dan Hilda bertindak sebagai penerajunya. Dia akui bukan senang untuk menghabiskan masa selama itu terpaksa mengikut telunjuk dan berjumpa dengan orang yang dibencinya. Peristiwa katak tempoh hari masih segar diingatannya. Mana mungkin dia lupa. Adi yang membelit keadaan. Dia runsing. Ini kerana laporan tersebut sudah disediakan dan diserah kepada Adi namun menurut Adi, laporan itu tidak sampai ke tangannya. Apa ni? Mana pulak laporan tu pergi? Bukan dia tidak boleh menyediakan laporan tersebut sekali lagi bahkan dia ada menyimpan salinan laporan tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah dia pasti Adi sudah mendapat laporan itu tapi kenapa dia kata tak ada? Dia nak kenakan aku lagi? Runsing Hilda. Pada fikirannya Adi sudah berubah sedikit kerana selama ini mereka dapat bekerja dengan baik walaupun dalam hati ada benci. Ini kerana Hilda tidak mahu orang lain melihatnya sebagai seorang yang tidak professional dalam berkerja.

"mana?" Adi menghulurkan tangan. Hilda resah.

"saya tak sempat buat salinan lagi. Saya kena susun semula maklumat yang saya ada. Sabar la." Hilda bersuara perlahan.

"awak suruh saya sabar? Boleh awak bagitau saya, sejak bila saya mintak awak sediakan benda ni?" suara Adi sedikit tegang.

"2 minggu lepas tapi awak kena faham. Saya dah buat dan bagi laporan tu pada awak. Bukan salah saya kalau awak hilangkan laporan tu. Kot ye pun bagi la masa sikit. Saya pun banyak benda lain nak buat tau." Ujar Hilda bengang.

"saya hilangkan? Saya kan dah cakap kat awak, saya tak ada dapat pun laporan tu. Salah awak sebab awak tak bagi terus kat tangan saya!" suara Adi meninggi. Mujur tiada orang lain di situ.

"awak yang cakap kat saya suruh pass dekat Sarina kan? So, salah sapa? Takkan salah Sarina kot?" Hilda mencebik.

Adi mendengus. Riak wajahnya menunjukkan rasa tidak puas hati.

"saya tak kira. By hook or by crook, laporan tu mesti di beri pada saya esok."

"boleh saya Tanya? Kita kan ada setiausaha? Kenapa pulak saya yang kena buat laporan tu?" ujar Hilda tidak puas hati. Pada asalnya dia malas hendak bertanya tapi bila dh jadi macam ni, rasa geram pula.

"awak kan tak ada kerja? Tau goyang kaki je. Saya nak awak tau tanggungjawab jadi naib presiden bukan senang." Ujar Adi. Masih tegang suaranya. Dia bangun mahu melangkah pergi dari situ.

"jangan lupa. Esok saya nak, faham?" sempat dia mengingatkan. Hilda mencebik menyampah dan geram.

"tau lah!" pantas dia menjawab. Lantas dia juga bangun dan berjalan melewati Adi yang baru hendak mengorak langkah.

Adi tersenyum. Tau gelabah.

"Hilda, ada mesyuarat malam ni tau. Adi baru bagitau tadi." Ujar Sarina keesokan harinya. Sarina merupakan bendahari persatuan. Hilda tersentak. Alamak! Tak sempat siap ni. Hilda gelabah. Ah, dia nak cakap pasal benda lain kot? Esok je la bagi. Takkan dia sekejam tu nak marah aku? Namun Hilda tidak tahu bala apa yang menantinya.

"saya nak menegur sikap sesetengah antara kita yang tak ambil serius kerja dan tugas yang telah diamanahkan. Antaranya ialah naib saya sendiri. Saya amanahkan kepada dia untuk sediakan laporan setengah tahun persatuan dua minggu yang lepas tapi laporan itu tak Nampak batang hidung sampai sekarang. Cik Hilda, ada laporannya malam ni?" Adi berbicara sambil matanya menjeling Hilda.
Hilda gelabah. Jahatnya dia!!!
"saya...saya mintak maaf pada semua. Laporan tu tak sempat disiapkan lagi. Tapi, awak tak boleh menuduh saya macam tu depan semua orang tanpa menceritakan hal keseluruhannya." Hilda membangkang. Semua mata tertumpu padanya.

"ok, ceritakan lah apa yang sebenarnya berlaku." Ujar Adi mencabar. Matanya mencerlung memandang Hilda. Siap kau!

"saya dah siapkan laporan tu sebenarnya dan saya dah bagi pada Sarina untuk diberikan pada presiden. Boleh Tanya pada Sarina kalau nak sahkan benda ni. Betul kan Sarina?" Tanya Hilda pada Sarina yang berada di sebelahnya.

"betul. Saya dah berikan laporan tu pada Adi." Ujar Sarina menyokong.

"baiklah. Awak beri pada saya? Tolong beritahu yang lain macam mana awak beri pada saya?" Tanya Adi pada Sarina.

"saya..err..saya letakkan atas meja awak je. Lagipun, masa tu saya nak cepat."

"so, kalau saya tak jumpa laporan tu dan kalau saya katakan ini adalah salah Hilda kerana tidak memastikan laporan itu betul-betul sampai ke tangan saya macam mana?" Tanya Adi lagi. Kelihatan yang lain berbisik-bisik sesama mereka.
Hilda terasa wajahnya panas.

"betul ke awak tak dapat laporan tu?" Tanya Hilda lagi. Marah dan malu bercampur-baur.

"apa yang awak cuba katakan ni? Saya berbohong pada awak dan semua orang?" ujar Adi seakan tidak percaya.

"baiklah, siapa lagi yang terfikir saya berbohong?" Tanya Adi tegas pada semua.
Masing-masing diam.

"cik Hilda, tuduhan awak tu berat. Adakah awak nak mengulangi kisah dulu? Atau awak masih tak puas hati tentang hal tahun lepas? Awak nak bawak hal ni ke atas? Be my guest." sindir Adi bertalu-talu. Hilda Cuma tunduk. Kolam matanya panas. Tak pernah dia dimalukan seteruk begini di depan orang. At least tahun lepas Cuma ada guru disiplin.

"saya tak sangka awak boleh menuduh saya macam tu. Sungguh saya tak sangka." Ujar Adi seakan-akan kesal. Rakan-rakan yang lain ada yang memandang jelik kepada Hilda.

Hilda sudah tidak mampu membendung segalanya lagi. Dia bingkas bangun sehingga kerusinya terbalik ke belakang.

"baiklah, saya ni orang yang tak amanah dan kurang ajar. Itu yang awak nak buktikan di depan semua orang bukan? Kalau macam ni, saya rela letakkan jawatan saya dari menghadap muka awak! Terima kasih atas segalanya, Adi! Terima kasih!" tempelak Hilda sebelum dia melangkah laju keluar dari bilik mesyuarat itu. Air matanya sudah tak tertahan lagi. Basah bantalnya lagi malam itu. Sampainya hati Adi!

Semenjak peristiwa itu, Hilda terpaksa menjawab pula dengan guru penasihat kelab. Namun dia tidak berani menceritakan hal sebenar, bimbang dimalukan lagi. Penat menjawab dengan guru, pandangan rakan-rakan padanya pula dirasakan serong. Pasti cerita mesyuarat itu telah sampai ke telinga diorang, Hilda mengeluh. Ke mana sahaja dia pergi terasa janggal. Rakan sekelas juga seakan menjauhkan diri. Sering kali Hilda menangis di dalam tandas dan juga di atas katil. Hilda sedar dia dipandang sebagai kambing hitam kerana menempelak Adi yang dihormati ramai itu di dalam mesyuarat. Dua bulan setelah peristiwa itu, Hilda nekad menyuarakan isi hatinya kepada ibu bapanya untuk berpindah sekolah namun alasannya bukan seperti yang berlaku. Dia menggunakan alasan ketidakserasian dengan kursus yang ditawarkan di sekolah itu dan akhirnya, di awal tahun 2005, dia bertukar sekolah dan khabar Adi langsung tidak lagi diketahuinya.

2005 – Adi

Adi bingung. Hilda telah berpindah sekolah seperti mana yang diharapkannya namun dia tidak gembira. Surat yang diberi Hilda melalui Sarina sudah lusuh kerana berulang kali dibacanya. Surat pertama dan terakhir. Dia menatap kembali surat tersebut. Setiap baris kata dibaca dengan tekun.

Assalamualaikum wrt..

Hai Adi. Agak pelik rasanya untuk saya menulis kepada awak tapi percayalah. Ini yang pertama dan terakhir. Saya tak akan menganggu hidup awak lagi. Itu yang awak mahukan?

Adi, saya tak tau kenapa kita tak boleh berkawan baik. Mungkin kita bermula dengan cara yang tidak begitu menyenangkan pada awak. Yela, awak bertukar sekolah selepas ditegur ayah saya dalam perhimpunan. Kalau kerana saya awak berpindah, seribu maaf saya pohonkan. Tapi jika melihat kembali pada situasi tu, memang salah awak dan saya tak perlu meminta maaf tapi saya tetap ingin minta maaf sebab saya tak nak kita berakhir dengan saling membenci. At least awak tahu saya dah maafkan awak jugak untuk segala salah awak (jika ada) sebab kita mungkin dah tak akan berjumpa lagi lepas ni. Saya sangat berharap kita takkan berjumpa lagi dan saya pasti awak juga mesti berfikir begitu.

Maafkan saya juga kerana mempersoalkan awak di dalam mesyuarat hari tu. Saya juga nak awak tahu yang saya berpindah sekolah atas sebab lain dan ianya tak ada kena mengena dengan hal kita. Saya rasa antara kita dah tak ada apa yang boleh dipertikaikan lagi. Ini sahaja yang ingin saya sampaikan.

Semoga awak hidup bahagia selepas ketiadaan saya dan semoga Berjaya di dalam SPM.
Sekian,
Hilda.

Adi meraup wajahnya. Kenapa aku jadi begini?

2008 – Hilda dan zul

Hilda menatap bait-bait sms yang dihantar Zul. Tiada perasaan yang singgah.

‘hi syg. Bt apa tu?’

Hilda mengeluh kecil. Digagahkan jari menaip balasan walaupun hatinya terasa malas nak melayan.

‘tengah siapkan assignment’

Butang ‘send’ ditekan dan handphonenya dicampakkan sahaja ke atas katil. Dia yang kini merupakan mahasiswa sebuah university tempatan sudah berada dalam pengajian ijazah tahun 2. Siapa pula Zul? Zul dikenalinya semasa bekerja sementara menunggu kemasukan ijazahnya setahun yang lalu dan dia tahu Zul menaruh perasaan padanya. Cuma dia yang berlagak tidak tahu kerana tiada perasaan mahu melayan. Zul baik orangnya dan semua ciri-ciri yang dia mahukan ada pada Zul tapi entahlah, seakan ada sesuatu yang menyebabkan pintu hatinya tertutup.

Hilda mengeluh sendiri. Handphonenya berbunyi nyaring tanda ada sms yang masuk. Argh! Malasnya! Dia mencapai handphone tapi bukan sms yang masuk itu yang dibacanya. Sebaliknya dia mendail nombor Fairuz. Teringat pulak pada dia.

"hai yus. Yus buat apa?" Hilda memulakan sebaik talian di sebelah sana disambungkan. Bantalnya dicapai lalu dipeluk.

"tak buat apa-apa pun. Baru lepas pergi kedai. Belikan mak sos dan tepung. Akak ni mimpi apa telefon yus ni?" Fairuz mengusik.

"amboi, akak telefon pun tak boleh. Mak dan abah sihat?"

"sihat semua. Akak ni kenapa? Macam ada yang tak kena je? Selalu telefon mak, tak telefon yus pun. Ada masalah ke? Gaduh dengan kawan?" Tanya Fairuz prihatin. Lagaknya macam abang pula sedangkan Hilda lebih tua.

"yus ni pandai ek. Tak de la. Tak ada apa-apa pun. Semua ok. Cuma akak malas nak melayan orang yang mesej-mesej akak. Rimas." Hilda mengadu.

"sapa pulak?"

"ala, kawan office hari tu. Zul."

"oh, yang tu. Dia ok apa?"

"hmm..memang la ok tapi akak tak ada perasaan la. Kalau melayan karang jadi lain pulak. Akak anggap dia kawan je. So akak tak nak la bagi dia ingat akak ni pun suka kat dia."

"kenapa akak tak boleh suka pulak? Cuba la dulu. Mana tau he is your Mr. Right, who knows?"

"tak payah cuba-cuba. Nanti buang masa akak dan dia je."

"apalah akak ni. Akak tau tak, tak ada sorang laki pun pernah melekat kat akak sejak si Haris tu. Is there something yang yus tak tau? Well, maybe you are still waiting for him?" Fairuz menduga.
Hilda terdiam. Nampaknya Fairuz bijak mencari sebab musabab yang dia sendiri tidak pasti.

"yus, antara kami dah tak ada apa-apa."

"mana akak tau? Akak buat kesimpulan sendiri kan?"

"yela. Tu cerita sekolah rendah. Takkan dia masih ingat. Lagipun, orang laki ni umur macam tu dia tak fikir panjang la. So, mustahil dia ingat apa yang dah jadi dulu dan akak tak ada kata pun akak mengharap dia."

"tapi akak, your heart is trying to tell you something. Can’t you be honest at least to yourself? Cuba dengar apa kata hati. Sometimes hati kita memandu kita ke arah yang betul. Betul tak?"

"ish yus ni. Ok. Katakan la akak masih ingatkan dia. Yus nak akak buat apa? By this time akak rasa tak mustahil dia dah ada awek tau. Come on la. Even yus pun dah ada apatah lagi dia." Hilda beralasan sedang hatinya berdegup kencang. Berdebar-debar setiap kali soal haris dibicarakan.

"akak, akak. Suka hati akak la tapi one thing yus nak cakap. Walaupun akak perempuan, tak semestinya akak tak boleh start dulu. Akak pun tau, Fiza dengan yus, dia yang start dulu kan? Kalau tak, akak ingat kitorang akan macam ni ke? Yus sokong akak, apa jua yang akak buat. Cuma yus nak akak think it over. If betul akak masih menunggu dia, start over. Tell him so that he knows. Lepas ni, kalau dia kata dia dah ada somebody, so tak apa la. At least, akak dah luahkan and akak tak menanti buah yang takkan gugur. Betul tak? At least, bila ada orang nak macam si Zul tu, akak dah tak rasa teragak-agak untuk terima dia. Kan?"ceramah Yus panjang lebar. Hilda mengeluh. Apa yang dikatakan yus memang betul. Semuanya betul.

"yus, just wait and see ok? But thanks sebab bagi pendapat. Akak akan consider pendapat Yus tu." Ujar Hilda lemah.

"macam tu la kakak yus. Dah, tenang-tenangkan hati. Baca Quran. insyaAllah. Nanti ok la."

"tak boleh, uzur. Hehehe..ok… kirim salam mak dengan ayah. Thanks again. Assalamualaikum." Sebaik telefon dimatikan, dia melihat mesej yang dikirim Zul, yang baru sahaja diterima. Yang tadi pun tak baca lagi. Apa yang perlu aku buat? Oh Tuhan, bantulah hambaMu yang lemah ini…

2 ulasan:

  1. pd para pembaca siri ini,ada kesilapan dicni..sbnrnya, sy dh hntr siri yg ke 3 tetapi siri ke 4 ni pula yang diterbitkan..kepada yg nak baca siri sbetulnya, sila ke blog sy..http://anarifartpiece.blogspot.com..

    BalasPadam
  2. url blog sy yg sbetulnya http://anarifartpieces.blogspot.com

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan