Ahad, Mac 22, 2009

Novel : Aish!! laki ke perempuan nie? 3

Nama Pena : Zachwan

Muka diraup. Doa diamin. Telekung sembahyang dilipat kemas. Kemeja yang tadinya di atas lantai dipungut kembali. Lantas disarung ke badan.
" Dah siap?", telekung yang dihulur disambut. Angguk. Beginilah rutin harian Ween dan Illa sewaktu masa rehat. Bagi mengelakkan rahsia Illa dari terbongkar, dia terpaksa bersolat di dalam bilik make-up Ween.
" Ween, asal kau ada bilik sendiri?", topi yang tersangkut di kepala tali pinggang seluar dicapai.
" Sebab aku pernah dapat anugerah ‘Make-up artis Harapan’ masa majlis tahunan syarikat. Sebenarnya aku jarang guna bilik nie sebab aku malas nak naik atas. Yerlah kerja aku pun banyak dekat bawah", telekung dimasukkan ke dalam paper bag.
" Sorry Ween. Aku dah susahkan kau naik atas", kedua-dua tangan dirapatkan. Mata dikenyit sebelah.
" Big deal! Kalau kau tak ada, aku rasa bilik nie dah jadi sarang Spiderman+ kandang Ogy & the Cockroaches= tak berguna langsung. So, I’m lucky to have you here!", kepala Illa digosok dengan buku lima.
" Ak..". Trut...Trut..Trut.. Belum sempat Illa menghabiskan ayat, bunyi mesej telefonnya menganggu.

Woit,budak! Kau dekat mana tue? Mana lensa kamera yang aku suruh kau tukar hari tue? Kau ingat tak yang kita ada photo shoot dengan pengarah kreatif majalah Unseen? Cepat datang dekat Studio 3 – Lan

" Eh, tak apalah Ween. Aku kena gerak sekarang. Kau tunggulah lif nie. Aku turun guna tangga. Tata", kaki Illa terus berlari ke arah tangga kecemasan sambil tangannya melambai ke belakang.
" Illa, lif dah......sampai. Hurh!" keluh Ween. Mustahil untuk Illa mendengar panggilannya. Dia sudah hilang dari pandangan.

**********

Kawan aku tue kalau bab berlari memang nombor 1. Berdesup. Cepat. Tue yang boleh lari dari rumah tue. Tapi kalau bab lain memang 1 dari belakang. Dia perasan tak yang Lan dah main ting-tong dekat dia. Bila aku cakap macam tue, dia jawab Lankan ingat dia lelaki pasal tue dia asyik kena kerja-kerja berat. Kalau fikir logiklah, bos suruh dia jadi pembantu fotografer. Bukan hamba fotografer! Kerja-kerja yang dia buat sekarang bukan kerja dia tapi kerja budak Finer. Tapi aku peliklah. Kenapa Lan macam tak suka sangat dengan Illa? Kalau ada photo shoot dekat luar, sengaja jer dia cicirkan Illa dari kumpulan dia. Sampai aku kena kutip dengan teksi. Kalau kena deal dengan model yang banyak songeh, comfirm dia letak nama Illa paling top. Biar Illa kena sembur. Setahu aku mamat tue tak adalah anti dengan budak baru. He just have this not-so-friendly-with- girl sickness! Or he has discovered that....No!

**************

" Okay. Nice job!" ujar seorang lelaki berpakaian kot sambil menepuk bahu Lan. Model wanita yang tadinya lagak berposing di lensa kamera Lan terus meluru ke arahnya.
" Lan, I rasa gembira sangat sebab dapat bekerjasama dengan you dalam buat promosi untuk produk nie" ujar perempuan tadi sambil tersenyum manja ke arah Lan.
" You nak tahu tak? You are one of the reason why Ireanna nak jadi model untuk produk nie. At first, she reject my offer but when I mentioned your name...purh! Without any second to lose, she agreed" terang lelaki tadi sambil tersenyum bangga kea rah Lan.
" Oh yeah? I’m flattering", senyum paksa.
" Of course. Takkan lah I nak lepaskan peluang untuk bekerja dengan ‘ Fotografer of the Season’! No way. Hrm..Lan, how does dinner sound to you? On me for sure", tangan Lan dipaut. Mesra.
" Dinner? I can’t. Nenek sebelah rumah I pelawa I keluar makan dengan dia malam nie. Kesian dia nanti kena makan seorang. Seorang lelaki yang tolak ajakan seorang perempuan cantik adalah lelaki yang bodoh dan nenek tue cun sangat! So, sorry", tangannya ditarik kembali dari pautan Ireanna.
" What? Nenek?" soal Ireanna dengan muka yang baru dikalahkan oleh seorang nenek yang layak permohonannya ke rumah Seri Kenangan. Huhuhu..

**********

" Budak, kau pergi ambil senarai model untuk cover billboard dengan Lemon!" arah Lan. Tangannya diunjur ke arah Lemon.
" Lemon? Okay" ujar Ryu. Tiang kamera ditinggalkan.
" Kau letak dekat bilik aku. Kalau aku tak ada, kau letak jer atas meja" pinta Lan dengan kamera di tangan.
" Ai,ai kapten!", tangan memberi tabik hormat. Spontan.
" Biol betul mamat sepet nie" keluh Lan sambil mengeleng kepala. Mug di tepi dicapai. Di bawa ke mulut. Lidahnya tidak dapat mengesan sebarang rasa. Mug dibawa ke aras mata. Kosong.

Hrm...time aku tengah haus nielah yang dia nak kering. Malasnya aku nak pergi refill.
" Mana-mana budak Finer yang nak rehatkan telinga dia dari kena sembur dengan aku, boleh tolong bawakan aku mineral water tak?" laung Lan tanpa berpaling ke belakang. Malas menyusahkan otot-otot. Sigma 10-20mm F4-5.6 EX DC HSM di letak ke tempatnya dan diganti dengan jenis F2.8 EX DG MACRO. Setelah berpuas hati dengan semuanya, kamera tadi dicapai. Berdiri.
" Lan, min...". Sebelum sempat salah seorang Finer menghabiskan ayatnya, ‘hujan’ turun.
Splash.
" Ya Allah!", tangan Lan sudah terangkat ke atas menyelamatkan kameranya dari hujan jadian+ buatan= muntah mineral water.
" Eh, sorry. Saya tak perasan pula yang Lan nak bangun" cepat-cepat Finer tadi menerangkan kejadian sebenar. Menyelamatkan diri. Huhuhu...
" Hurh..Okay. Nasib baik kamera aku tak kena. Dah larh. Kau buat kerja kau", bahu Finer tadi dipegang. Cuba menenangkan perasaan seorang pekerja bawahan. Angguk. Finer tadi pergi meninggalkan Lan.
Tak pasal-pasal baju aku lencun time kemarau nie. Dah lah satu botol tumpah. Siak betul! Baik aku pergi ganti baju dulu dekat bilik. Nasib baik ada baju spare. Kalau tak, haru!

********

T-shirt biru yang masih basah dilempar ke kerusi. Laci meja dibuka. Mana pula t-shirt aku nie? Masa aku desperated nie arh yang dia nak missing without a trace! Huhuhu..
" Lan, sen..."
" Apa?", matanya yang sibuk scan laci mejanya dialih ke muka sepet Ryu.
" Kenapa kau bogel nie?", diri terus dipusing. Membelakangi Lan.
" What? Bogel? Siapa ajar mamat sepet macam kau perkataan tue? Lucah betul cikgu kau", mata Lan menangkap sehelai baju dibalik pintu di mana Illa berdiri.
" Yang kau berpakaian tak senonoh nie kenapa? Malulah sikit"- Kurang harga diri betullah Lan nie.
" Baju aku basahlah. Takkan aku dengan relanya nak kena virus selsema dengan pakai baju basah. Aku pakai seluarlah. Lagi pun, kau kan lelaki. Nak malu buat apa?"- Kecohlah budak nie!
" Kau nak buat apa nie? Jangan datang dekat!"- Kenapa makin dekat pula manusia tak berbaju nie dengan aku? Ya Allah, selamatkan aku! Ween, kenapa aku terima idea kau yang gila nie?
Kedudukan mereka sudah tak sampai sedepa. Lan meluruskan tangan ke arah Illa. Mata Illa sudah menjadi sebulat bola tennis.
" Kau nak bua......T-shirt?" soal Illa. Tidak percaya dengan benda yang diambil Lan disebalik dirinya berdiri. Dengan mudah t-shirt tadi disarung Lan ke badan.
" A’arh. T-shirt! Aku tak tahulah kalau kau dah dengar khabar angin apa pasal aku dekat sini tapi minat aku bukan terpesong lagi. Memang aku anti sikit dengan perempuan tapi tue tak bermaksud yang aku dah minat nak jadikan orang yang ada halkum+misai=lelaki jadi pasagan hidup aku", kertas A4 yang dipegang Illa dirampas.
" Sorry" ucap Illa sebelum terus keluar dari bilik Lan.

Kenapalah aneh sangat budak Ryu nie? Cakap fotografer macam aku tapi pegang kamera pun macam tak larat jer. Dah lah suka cakap benda pelik-pelik. Ada ke patut mulut cakap sorry tapi muka merah padam macam berdendam dengan aku jer gamatnya. Huhuhu..


p/s:s0wi lmbt upl0ad c0z bz sgt. h0pe k0men bnyk2 erk?

22 ulasan:

  1. Tanpa Nama22/3/09 8:49 PG

    hihi...
    yes! jd org yg first komen..
    ahaks..gler kelaka..
    eemmm...
    rsnye msti lan kn hero cite ni...
    hehehe...

    BalasPadam
  2. huhu....
    best ler...
    ryu tu illa ea...
    klaka la plak dy jd laki....
    heheh...
    tp nape ngn lan ea???
    cm anti jew ngn illa...
    hihihi...papae pon cayok3...
    teruskan usaha anda....
    hihi...

    BalasPadam
  3. wakakaka klako gila!!
    tapi nape pendek sngt ko nye en3 kali nie??
    nanti wat pnjg ckt tau.
    lme aku tnggu en3 kali nie..

    BalasPadam
  4. wawawa..
    best siak citer nih...
    tader blog ke?

    BalasPadam
  5. kontot arr kali ni..kasi panjang lebar ler lain kali..best ni...

    BalasPadam
  6. pjg kn la skit.....
    xsyok nk bce pendek2.....
    huhu......

    BalasPadam
  7. nk lgi2..
    huhu..
    pendek lorh..
    penulis...!!!
    xder blog ker??
    huhu..
    da ramai pembce mintak nieh..wat la..
    isk2..

    BalasPadam
  8. baca disini.. penerbit sedang memerhati karya menulis.. malah diberi hadiah.. bagi pembaca mmg la senang untuk baca.. tapi untuk penulis.. ruang terbaik ada disini

    BalasPadam
  9. hehe penulisan2u..jgn arh mara..bkn ape..kat sini lmbat sgt kuar n3 bru..tuh jer..tp ktrg ttp stie kat sini taw..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama23/3/09 9:23 PG

    best ar cite ni..sempoi je..aku baca pn releks je.tak kelam kabut sgt.tak sabr nak tunggu next n3..huhu..

    BalasPadam
  11. emmmmm.....camera 2 yg lan pkai 2...sounds good to meeeeeee.............pergh,naik smgt plak ak nak beli bnda 2..pe2 pon tanks n ok ar citer nie....congrat,tehhee

    BalasPadam
  12. komen saya,
    macam biasalah.
    BEST SANGATTTT.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama26/3/09 1:14 PG

    buat aku membaca pada pkul 1.13 pg.

    BalasPadam
  14. lan ke hero cite ni?
    ingatkan egy.
    writer ade buat blog x?

    BalasPadam
  15. huhuhu...best. gud move man. pas ni wat lg gempak k. sapa la hero ni? egy ke lan? tak sabar nk tau ni....newey, gud job man !!!!

    BalasPadam
  16. bagus skali!!!..
    smbung la lgi... ayat tw mmg xlekang dri jari sy utk minta awk smbung lagi..
    lgi s2, camne result??>.
    penulis xde blog ke???..addres??

    BalasPadam
  17. ramai gak peminat awk kat sini erk..
    saye penah baca novel opss tangkap basah tu..tapi x baca smpi habis coz awk guna ayat sms..hilang mood nk baca..yg ni ok sikit..

    BalasPadam
  18. pulutpanggang30/3/09 10:16 PTG

    hai..first time ak komen utk hasil nukilan ko nih..bru lps bce ops!tangkap basah..pastu smbung cter yg ko rekemen kan nih..hmm..pwer gak r jln cter ko nih..ayat pun best gak..ade harapan terbit buku nih..bru lps spm ek..bpe dpt?hope capai target..pape pun truskan berkarya..

    BalasPadam
  19. hehehe.. mmg de harapan nak terbit buku nih. gud job!

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama3/4/09 11:07 PG

    x sbr nk tggu en3 bru..

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama7/7/09 9:38 PTG

    he he nakal-nakal..
    best best....

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan