Ahad, Mac 22, 2009

Novel : Bini aku tomboy ke? 3

Nama Pena : Angelica Risza

"Ni la rumah bang Din, Zack. Jom naik. Tak payah segan-segan." Abang Din menjemput Zack masuk ke dalam rumahnya.

"Tak, tak segan langsung." Zack membalas endah tak endah sambil matanya melilau ke kiri kanan.

"Mak datuk sebelah nenek bapak aku! Bapak besar badak rumah dia!" Zack berkata di dalam hati. Takut pulak abang Din terasa kalau dia cakap kuat-kuat. Tapi, memang besar badak pun, tak dapat dinafikan lagi dah! Apa boleh buat lagi? Abang Din je yang sanggup tolong dia sekarang.

"Rumah ni sempit sikit." Abang Din berkata sambil mengemas-ngemas sedikit barang-barang yang bersepah di atas lantai.

"Tak sempit sikit, bang. Sempit banyak ni! Macam mana la dia boleh duduk dalam rumah sekangkang baby kera ni??" Bebel Zack seorang diri di dalam hatinya. Dia mendongakkan kepala ke atas. Atap rumah penuh dengan lubang-lubang. Anak kucing pun boleh masuk ikut lubang tu! Dinding rumah tak payah sebut lah. Macam mana dia nak buat projek dengan bini dia ni? Kalau orang jenguk dari luar, sah-sah terang bulan purnama orang nampak! Clean and clear!

"Abang duduk seorang je kat rumah ni, Zack. Zack tak biasa ye dengan rumah sempit macamni?" Abang Din menghamparkan sehelai tikar mengkuang lusuh yang boleh dikira macam kena makan tikus. Tak pun lipas buat sarapan tiap pagi.

"Eh, takde, bang. Okay lah ni! Apa pulak tak biasanya? Semalam pun tidur atas lantai. Sejuk bontot, huhu. Orang kata takpe rumah kecik, asal bahagia dalamnya kan, betul tak, bang?" Zack cuba menyembunyikan perasaan di dalam hatinya.

"Yeah. Totally right!" Cewah terer speaking jugak rupanya hehe. Siap ala-ala Usher lagi tu! Selepas duduk, sambil bersila dia mengelip-ngelipkan mata memandang keliling. Di suatu sudut ada tilam nipis sekeping. Tu pun berlubang-lubang jugak dan banyak peta-peta lukisan air. Paham-paham jela air apa kan. Banyak air yang boleh buat corak dekat tilam ni huhu. Tilam tu tersandar di tepi dinding. Di satu ceruk, ada dapur kecik yang diletak atas lantai dan berlapikkan dengan surat khabar je. Dhaif bebenar dah ni. Tahap tikus dalam air dah! Tapi mujur tuan rumahnya baik hati. Kan kan?

"Zack pergilah mandi. Nah tuala ni, bang Din baru basuh. Biasakanlah diri dengan rumah bang Din ni sementara waktu." Abang Din menghulurkan tuala ala-ala dinding tadi jugaklah, berlubang-lubang dan koyak-koyak di hujungnya kepada Zack. Zack yang merewang-rewang fikirannya tadi terus sedar dan menyambut huluran tuala oleh abang Din a.k.a. abang Din berlubang-lubang. Ish kejam betul statement ni! Banyak cakap pulak, dah orang nak tolong, dok diam dah la.

Kenapa takde bini dia eh? Jenuhlah aku kalau kena tangkap basah karang, buat naya je aku! But.. apa kata.. jeng jeng jeng. Idea kepala tanduk Zack sudah muncul..! Bukan selalu ni, hehe.

"Okeh, bang. No hal punya. Beres! Ehem." Zack berdehem supaya suara perempuannya tidak begitu ketara kedengaran. Mujur suaranya yang ala-ala serak basah itu membantunya sedikit sebanyak. Di dalam tandas..

"Fuyyo! Bang Din ni teropong siapa ni?" Lubang kat dinding tandas jelas kelihatan. Zack meneropong ke luar. Kalau aku teropong orang takpe, kalau orang lain yang teropong aku kat dalam ni? Kes naya namanya! Ah, bantai jela. Bukan lama pun aku nak dok sini. Jap je.

Zack membuka baju dan bengkungnya. Huish, patut orang tak kenal aku ni perempuan! Rupanya sebab aku pakai bengkung! Eh, nyanyuk agaknya aku ni? Sampai tak sedar diri sendiri pakai bengkung.

Aku kan tomboy, aku tak suka ‘benda" ni. Kacau hidup aku je adalah. Takde pun takpe. Tu sebab aku hadang dia he he. Takla nampak sangat kan? Tapi, penat jugak aku nak pakai bengkung ni! Sampai semput kekadang tu. Mujur jugak aku ni cekeding je.

Tiba-tiba pintu tandas diketuk. Kelibut jugak dibuatnya! Baju dan bengkung yang dipegang tadi terus dicampak dan tuala yang tersidai tadi segera ditarik bagi mengelakkan sesuatu yang tak sepatutnya berlaku daripada berlaku.

"Zack! Ni baju dengan seluar. Tukarlah! Baju Zack tu nanti abang Din basuhkan." Adei apasal orang tua ni layan aku baik sangat ni? Kena minyak dagu aku ke? Pelik jugak aku! Bila masa aku jumpa bomoh mintak minyak dagu ni? Confuse-confuse.

"Okay, bang. Kejap lagi saya ambik! Abang letak je kat luar tu!"

"Ala. Ambik jela sekarang. Nak malu apanya dengan abang? Kita kan sama-sama lelaki?"

"Sah! Semua orang mata rabun termasuklah pakcik tua sorang ni! Tapi taklah tua sangat pun aku rasa. Aku pulak yang mulut jahat. Ishk ishk." kata Zack dalam hati.

"Okay, bang. Kejap!" Dengan pantas dia mengenakan kembali bengkungnya.

"Eh? Apesal berkemban macam perempuan ni?"

"Eh, takde pape bang. Sejuk. Tak boleh kena angin hehe." Padahal ..

"Ada pulak macam tu? Nah, baju. Tukar singlet kat dalam tu. Nak mandi air panas ke?"

"Eh, takpe bang. Tak payah susah-susah. Dapat mandi pun dah cukup bahagia dah ni." Balas Zack dengan mata bersinar-sinar.

"Okay, mandi elok-elok. Ni sabun. Kalau tak simpan, nanti kena gerik dengan tikus."

Hah? Tikus?? Ohh tidak!! Gile ‘sayang" aku dengan cik ti a.k.a. tikus berbulu putih tu!

"Zack takut tikus?"

"Eh, takde. Eleh, takat tikus tu, apa kelas nak takut-takut. Sekali pijak je bang!" Mereka berdua ketawa kuat. Belagak nak mati si Zack ni! Dah jumpa nanti, baru tau langit tinggi rendah!

"Mandi lah dulu." Abang Din berlalu ke depan.

Ai, apa agaknya jadi lagi lepas ni? Zack merenung seketul sabun GIV yang diberikan kepadanya tadi. Dan sepeket kecik syampu Sunsilk biru. Susahnya hidup dia walaupun ada kerja, duduk seorang-seorang je pun, tapi kenapa gaya macam ada 18 orang anak??

"Ahh!! Katak puru!! Bang Din!! Katak puru!!" Kelam kabut Zack berlari keluar dengan hanya berkemban. Abang Din segera muncul selepas mendengar Zack menjerit memanggilnya.

"Kenapa ni, Zack?"

"Katak puru, bang! Katak puru!" katanya terloncat-loncat sambil menarik-narik hujung baju abang Din di bahagian bahu bajunya. Allah! Habis dah semua kemachoannya sebentar tadi. Abang Din yang melihat kelakuan Zack hairan melihat perangai Zack yang nampak jelas gila keseramannya tu. Pondan ke budak ni? Dah la berkemban, takut katak puru pulak tu. Hairan tahap dewa abang Din dengan Zack ni!

Cei, dengan machonya abang Din menunjukkan keberaniannya kepada si ‘pondan" itu huhu. Sekejap je masuk dalam tandas, abang Din pun keluar dengan senyuman.

"Dah, takde dah."

"Eh? Dah takde dah?"

"A"ah. Takde dah. Masuklah mandi." Zack tak percaya. Dia menjenguk dari luar tandas.

"A"ah dah takde. Bang Din telan katak tu ye? Macam mana boleh ghaib tiba-tiba?" Zack menanya soalan bodoh.

"Adalah ilmu abang. Zack mana boleh tau, hehe. Orang berani je boleh dapat ilmu ni." Nah sebijik! Tu dia. Tadi bukan main nak pijak tikus, baru muncul ANAK katak puru, dah tegak bulu kaki! Belum jumpa tikus lagi! Dah melompat-lompat tarik lengan baju orang, kalau jumpa tikus, lompat naik atas bumbung dah agaknya!

Dengan cepat Zack menutup pintu tandas dan membuka pili air sehabisnya. Uwaa mama!! Takut lipas, katak, tikus dan yang seangkat sebapak dengannya! Aaa!! Tolong! Air paip yang ditadah tadi disiram-siram ke badan secepat mungkin.

Sesudah mandi, Zack memakai kembali bengkungnya dan baju abang Din dan seluarnya. Gila kurus abang Din ni! Seluar dia pun aku padan! Haha. Tak sedar diri sendiri pun kurus kering, sedap nak mengata orang lain pulak! Eh, spentot a.k.a seluar kontot aku macam mana ya? Nasib spentot aku tak berbunga kali ni. Sebabnya aku agak suka spentot berbunga-bunga tambah lagi yang warna-warni walaupun aku tomboy huhu. Tak cukup tomboy lagi la tu. Bantai jela spentot masam ni. Nak buat apa lagi? Takkan spentot pun, abang Din punya jugak yang jadi mangsa??

"Jom, makan! Kejap lagi kita pergi balai."

"Makan? Ya Allah! Rezeki!" Cepat-cepat Zack duduk mengadap makanan yang dihidang di atas tikar mengkuang yang dihampar tadi. Menunya biasa jela, telur, nasik, sardin dan kicap. Orang bujang, lagipun susah nak simpan benda lain sebab takde peti sejuk.

Selepas habis makan, mereka pun bergerak menuju ke balai polis berdekatan menaiki motor cabuk abang Din.

"Nama apa?" Tanya pegawai polis di situ. Mujur abang Din nak hisap rokok, jadi kena tunggu di luar, taklah pecah rahsianya nanti.

"Sofi Zarill binti.."

"Hah? Binti?? Apesal binti pulak?"

"Dah saya perempuan, tuan, sebab tu lah binti." Dah tau tanya lagi. Pakcik polis tu mula merenungnya dalam-dalam. Dalam keraguan, dia kemudian meminta 2 anggota polis wanita mengecamkan samada betul atau tidak dia ialah seorang perempuan.

"Buka baju." Dengan muka tegas seorang daripada 2 polis wanita tadi memintanya membuka baju di dalam sebuah bilik khas.

"Ala, puan. Sungguh-sungguh saya perempuan ni!" Zack masih berdegil tidak mahu membuka baju.

"Bukak sekarang sebelum saya yang bukakkan!" Dah kena ugut macam tu, dengan muka poyo tahap cipan lapar, Zack pun membuka bajunya.

"Apa ni?"

"Bengkung."

"Buat apa pakai?"

"Saja-saja."

"Awak jangan main-main dengan saya!" Lailahaillallah! Makcik polis ni kenapa? Zack merenung dengan wajah tak puas hati. Tapi takpelah kan, sebab aku budak baik, niat di hati untuk bergaduh dan bergusti mulut dibatalkan.

"Sengaja saya pakai sebab saya tak suka dua ‘bukit" tu." Selamba Zack menjawab. Mata dua anggota polis wanita tadi membulat merenungnya. Sah abnormal budak ni! Wanita sejati takkan cakap macam tu punya lah.

"Awak pengkid?"

"Emm, tak kot. Sebab saya tak berapa suka perempuan, and tak lah berapa suka lelaki jugak! Kategori apa lah saya ni, puan?" Kategori burung dodo yang dah pupus tu kot huhu.

"Bukak bengkung!"

"Mana boleh! Malu lah saya! Aurat ni!"

"Awak belajar dekat sekolah mana yang kata situ tu aurat?"

"Sekolah.."

"Dah, tak payah nak mengarut-ngarut lagi. Situ bukan aurat sebab kita sama-sama perempuan. Bukak untuk sahkan awak perempuan."

"Tapi saya.."

"Awak nak saya bukakan??" Mula dah ketegasan kuasa veto nya.

"Yelah yelah. Tapi malu lah! Buat x-ray tak boleh? Tak payah bukak bengkung??" mata Zack bersinar mengharap dan bibirnya mengukir senyum comel.

36 ulasan:

  1. uhuhuhu...
    klaka la zack tu....
    tp giler daif si abg din tu ea....
    ish3...
    cian giler...
    cepat sambung k..
    x sabar nk bace ag...

    BalasPadam
  2. cpatla sambunganyer
    hehehehehehe
    kelakar la

    BalasPadam
  3. spentot? hahahaha..kelakar2..sambungggggggg cepatttt...

    BalasPadam
  4. hahaha.....
    kelakar jg ble org anggap zack lelaki....
    sambung cepat.....!!!!!!!!

    BalasPadam
  5. w0w!! best gler weyh..
    *gelak guling2*..cpt2 smbung..

    BalasPadam
  6. ekekekeee..
    gile klaka...
    huhu...
    aurat??
    mueheheee...
    hadoy..
    smbung2..
    xder blog ker??

    BalasPadam
  7. woa.. best gler cte nih..
    cpt smbung taw..

    BalasPadam
  8. kenape daif sangat si din tu...
    aku rase rumah setinggan lagi bagus dari ape yang digambarkan tu.

    BalasPadam
  9. hahaha
    aq da lama tunggu sambungan nih..
    aduhh nak tunggu lagi
    xsanggup babe
    heheeh
    klakar abih ni
    tahap cipan

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama24/3/09 3:46 PG

    kekeke........
    best la cita, cepat sambung erk...

    BalasPadam
  11. ak xtau ar nak ckp pe kat stori nie...btol k wjd umah 'xsemengah' cam umah 2?n bol k kat balai diowang wat cam 2?....em ak rase btol ar kot kalo org xtau gender pengadu 2.....lucki tol ak xkena cek cam 2 ari 2...mai b diowang dan dpt identified gender ak kot?!.....em,mai b ar...wahahahaha......
    pe2 pon it is nice stori...congrat,dude

    BalasPadam
  12. perghhhh!!!!...comment ak 2 cam ak ade 2 identiti plak!!!..
    citer nie tol,tol...best ar!!!!!!

    BalasPadam
  13. adui ... kelakau gileeee, ramai cakap aku gileeeee gelak sorg2 baca citer ni

    BalasPadam
  14. giler@ pecah perut aku arrrrrrrrr ... zack ni cute ar

    BalasPadam
  15. hahaha....aku sukaa..
    aku sukaa cter ni..
    memang hilang sakit kepala..cepat la sambungg..

    BalasPadam
  16. ala korang ni...jangan la serius sangat
    kalau dok fikir logik jer....tak best la hidup kita
    jangan halang kreativiti penulis
    aku anggap cerita ni untuk release tension...so layan jer la
    tapi memang lawak la
    ayat pun best

    keep up!

    BalasPadam
  17. makin best...
    aq sgt teruja dgn keslumberan zack tu..
    nm dia beh tp panggil zack...

    BalasPadam
  18. bila nak sambung ni....lambat lagi kewwww

    BalasPadam
  19. awak buatlah blog, ari2 leh posy new n3.

    BalasPadam
  20. mne smbungan nie..
    cepatla..
    besh gler novel nie..
    lawak2..
    keep it up!!!huhuhuh

    BalasPadam
  21. gelew kentang!!
    weyh cpt r smbg....!!
    x sab0 aku...
    huhu..

    BalasPadam
  22. menarik cerita ni...
    zack...u cute~

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama3/4/09 11:36 PG

    adoi ai..lwk tahap dewe laaa

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama3/4/09 4:17 PTG

    waaaaaaaa...
    suka3!! klakor giler..hahahahaha
    bla nk smbung citer ni???
    x sabo da.... sob3 :"(

    BalasPadam
  25. penakut gak si zack tu..hahaha..kelakar tul laaa

    BalasPadam
  26. alia ashla robertson8/5/09 1:42 PTG

    kne syukur dgn anugerah ilahi...jd tomboy x berksudhn hidup..cita2 nk ke syurga terlps..pki bj mcm laki act haram.huhu..same ar aku ngan zack..tp aku da berubh skg..aku da blh pki tdung n bt perkara y blh tmbhkn cinta allah kt aku...alhamdulillah..ms rmja mmg konfius dgn idntiti diri...dlu aku ske pki bengkung gk..tp bhaya sbnrny...tu la..knesyukur ar..ade hikmahnye tuhan jdkn kte ni laki@puan..skg aku da thn 5 medic..n cita2 ak mmg da nk trcpi..nt ak nk smbg specialist o&G..smpi pHD..amien..bntu aku ya allah!!

    BalasPadam
  27. hahahahahahahahahahahaha......
    lucu tahap beruk nk
    branak..
    kah..kah...kah...

    BalasPadam
  28. betul ke tomboy..and xleh nak debezakan langsung..
    besenye even pengkid pon in one glance leh tau taw!!
    ee,tgk halkum je sudeh laa..maluenyee wpon same2 pompuan..
    em,tapi kalo polis kan,procedure ttp procedure,and for safety!
    papepon best gile.arap cpt lah die dpt jmpe family die ke..
    best gilee!!

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama1/6/09 8:46 PTG

    fuhhh...byk btul dugaan cZack ney.. paling gawat kne suruh bukak bengkung..nasib baik bkn aurat..tp malu nak hentak kpla kat dinding 17 juta kali jawabnya..

    BalasPadam
  30. besnye cte niey..erm..
    daifnye abg zaid tu..
    fuuhh..klaw aku jd zack,,smpai ke sudah aku tak bukak..mlu gler..

    BalasPadam
  31. emilhlovate@hotmail.com25/8/09 9:50 PG

    hehe..lucunye citer nih.
    wpun pompuan same pompuan, ttp malu gak weyh..
    cian gak kehidupan abg din tu kn??

    BalasPadam
  32. KELAKAR AH WEI... HAHAHAH.. LEH ILANG TENSION.

    BalasPadam
  33. best gler cte ni!!!!!
    tp..............
    mse zack bkmban jmpe abg din, xkn r abg din x dpt bezekn bdn pompuan ngn laki cmne....
    kn bdn pompuan ngn laki beze bntoknye......
    lg satu....
    knp nme zack sofi zarill????
    x sdp r.....
    bg r nme y kperempuann ckt....
    bru r ok....
    btw, cte ni mmg best....
    klaka plk 2.....
    hehehe........

    BalasPadam
  34. geli btol cite ni....zack tu mesti hodoh giler sampai org tak dapat cam dia pompuan....pastu pakai spender masam lak tu..pengotor...tapi penulisan writer ni ada unsur lawak..tu yg jadi best...tapi pemilihan cerita..tak best

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan